Anda di halaman 1dari 6

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SKGP 2017

LAPORAN PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH


SEKOLAH KEBANGSAAN GONG PASIR, 23000 DUNGUN, TERENGGANU

Pendahuluan
Aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti tahunan yang selalu diadakan di setiap
sekolah. Begitu juga dengan Sekolah Kebangsaan Gong Pasir di mana telah
berlangsungnya aktiviti perkhemahan tahunan. Aktiviti perkhemahan ini telah berjalan
dengan lancarnya dari awal hingga akhir dengan disertai oleh 4 badan beruniform iaitu
Persatuan Pengakap, Pandu Puteri Tunas, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Puteri Islam
bersama guru penasihat masing-masing. Perkhemahan ini diadakan di padang Sekolah
Kebangsaan Gong Pasir, Dungun. Tujuan perkhemahan ini diadakan ialah untuk
memupuk semangat, disiplin serta jati diri yang kental dikalangan pelajar.Selain
daripada itu ia juga dapat mewujudkan pelajar yang bersahsiah tinggi dan mempunyai
daya kepimpinan yang menyerlah di samping dapat memotivasikan pelajar ke arah
kejayaan dan daya juang yang tinggi. Ia juga dapat menyemai semangat setia kawan,
kerjasama dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang berwawasan serta dapat
mengeratkan hubungan mesra antara guru dan murid. semua peserta dikehendaki
mendaftarkan diri di kaunter yang disediakan. Selesai pendaftaran, semua peserta
diarah untuk berkumpul mengikut unit masing-masing di padang sekolah. Taklimat
diberikan oleh guru mengenai etika dan peraturan serta pembahagian aktiviti sebelum
memulakan aktiviti perkhemahan ini.

Tarikh / Hari kejohanan


Perkhemahan ini diadakan pada tarikh dan hari di bawah:
Hari : Khamis, Jumaat dan Sabtu
Tarikh : 11, 12 dan 13 Mei 2017

Bilangan Penyertaan
Pasukan badan beruniform yang melibatkan diri dalam aktiviti perkhemahan ini ialah:
1. Pasukan Pandu Puteri Tunas - 20 orang
2. Pasukan Pengakap - 20 orang
3. Pasukan Puteri Islam - 20 orang
4. Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah - 20 orang
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang tiga hari perkhemahan tersebut. Antara
aktiviti yang dijalankan ialah ‘Nigh Walk’, Gajet dan Ikatan, Pertolongan Cemas, Malam
Kebudayaan, Aktiviti Keagamaan, Pertandingan Kawad Kaki dan Pertandingan Memasak
.

Prosedur dan Jadual Kerja


Untuk menjayakan program perkhemahan ini, beberapa kali mesyuarat telah diadakan
untuk mengemaskini segala aktiviti yang dirancangkan. Semua guru telah diagihkan
dengan tugasan masing-masing beserta dengan jadual kerja yang telah ditetapkan .
Untuk tidak membebankan guru dengan tugasan yang banyak, satu jadual tugas telah
disusun atur dengan rapi supaya guru dapat hadir ke tapak perkhemahan mengikut
giliran dan masa yang ditetapkan, dan diharapkan segala program atau aktiviti yang
telah dirancang berlansung mengikut jadual dan dikendalikan dengan baik oleh guru
yang bertugas.
Jemputan yang Hadir
Antara jemputan yang hadir untuk memeriahkan lagi program perkhemahan ini ialah
PPD, AJK PIBG, Pegawai Polis Perhubungan Sekolah,. Selain daripada itu wakil daripada
Pejabat Pendidikan Daerah turut hadir pada hari terakhir perkhemahan untuk majlis
perasmian penutup.

Jawatankuasa Kerja Perkhemahan


Berikut ialah jawatankuasa kerja yang terlibat dalam program perkhemahan ini.

Jawatankuasa Induk
Penasihat :En Ahmad b Mohd Ali
Pengerusi : En.Abu Seman b Mat Salleh
N. Pengerusi 1 : En. Hamka b Abu Bakar
N. Pengerusi 2 : En. Abdul Jabar b Habib Mohamad
Penyelaras : En. Mohd Zaid b Ismail
Kem Komandan : En CK Moh Suhaimi b CK Abd Rahman
Pen. Kem Komandan : Pn Suzana bt arifin
Setiausaha : Puan Nik Elianei bt Nasir
Bendahari : Pn Cik Rosmawati bt Mansor

Jawatankuasa Kerja
Urusetia : Pn Maliati bt Omar
: Md Hizarudin b Hanafi
Pengurus Peserta : Pn Nor Afisah bt Md Noor (TKRS)
: Pn Nuawati bt Mohamed (Pengakap)
: Pn Rosmini bt Hassan (Pandu Puteri Tunas)
: Pn Nur Jalilah bt Che Azih (Puteri Islam)
Khemah dan Peralatan : En CK Abd Muin b CK Abdul Satar
: Pn Suhana bt Chik
: En Azhar b Ibrahim
Tapak Perkhemahan : Pn Marozita bt Mior Mohamad Yusop
: Pn Maidatol Aslah bt Che Kassim
Makanan dan Minuman : Pn. Che Zukeriah Che Muda
: Pn Fauzah bt Mohd Noor
: Pn Hamidah bt Hashim
: Pn Zabanu bt Awang
: Pn Wan Ainie Zawiyananie bt Zawawi
: Pn Rohana bt Latif
: Pn Normala bt Ali
: Pn Aini bt Mohd Zain
Kerohanian : En Azhar b Ibrahim
: Pn. Hjh. Siti Nora Shaikh Said
: Pn Hanim bt Ngah Baharudin
Keselamatan & Kecemasan : Pn. Hjh Zalilah bt Abu Bakar
: Pn Marozita bt Mior Mohamad Yusop
: Pn Ainum bt Awang
: Pn Hjh Siti Nora bt Shaikh Said
Persembahan : Pn. Lailatul Munirah bt Abdul Hamid
: Pn Salwanu bt Ambak
: Pn Suhana bt Chik
: Pn Rosnani bt Hassain
Elektrik dan Siaraya : En Mohd Hizarudin Hanafi
: Pekerja Swasta Lelaki
Dokumentasi & Buku Program : Pn Normala bt Ali
: Pn Hanim bt Ngah Baharudin
Hadiah, Cenderamata &Sijil : Pn Hairani Ngah
: Pn Rosnani bt Hassain
Aktiviti : Pn Cik Rosmawati bt Mansor
: En Mohd Zawawi b Hamzah
: Pn Hasnah bt Yajid
: Pn Norlela bt Abdullah
: Pn Chan Siew Chin
: Pn Noor Hidawaty bt Ali
Riadah & Senamrobik : Pn Noor Hidawaty bt Ali
: Lailatul Munirah bt Abd Hamid

Atur cara dan Aktiviti yang dilaksanakan

Khamis ( 11 Mei 2017 )

Bermula jam 2.00 petang, para peserta telah mula mendaftarkan diri. Selesai
pendaftaran, semua peserta diarah untuk berkumpul mengikut badan beruniform
masing-masing di tapak perkhemahan SK Gong Pasir. Taklimat diberikan oleh kem
komanden mengenai etika dan peraturan serta pembahagian aktiviti sebelum
memulakan aktiviti perkhemahan ini. Aktiviti pertama yang dilakukan ialah setiap unit
ialah mendirikan khemah bersama-sama dengan guru unit masing-masing.
Pada pukul 4.00 petang, semua murid berkumpul untuk minum petang dan mendirikan
solat asar. Selepas itu aktiviti mendirikan khemah dan persiapan tempat disambung
semula sehingga jam 6.30, semua aktiviti diarahkan berhenti untuk Solat Maghrib,
bacaan Yaasin, Solat Hajat dan juga solat Isyak. Selepas solat Isyak, diadakan pula
ceramah agama yang dikendalikan oleh bahagian kerohanian. Selepas itu peserta
kembali ke khemah dan mengadakan latihan malam kebudayaan. Pada pukul 11.00
malam peserta bersiap diri untuk tidur dan pada pukul 2.45 pagi, para peserta telah
dikejutkan dari tidur untuk aktiviti ‘Night Walk’.

Jumaat ( 12 Mei 2017 )

Lebih kurang pukul 10.30 pagi, berlansung pula aktiviti yang kedua iaitu aktiviti ikatan
dan balutan. Aktiviti ini berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.

Murid dikejutkan pada pukul 5.00pagi untuk mandi dan


bersiap untuk menunaikan solat subuh berjemaah dan diikuti dengan kuliah subuh.
Sebelum aktiviti seterusnya dijalankan, ketua bagi setiap kumpulan diminta melaporkan
bilangan ahli kepada kem komander. Pada jam 7.00 pagi aktiviti senaman pagi diadakan
dikendalikan oleh guru yang bertugas. Kemudian murid menikmati sarapan
pagi. Selepas sarapan pagi, murid bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya iaitu
pertolongan cemas. Pertandingan tersebut diadakan pada pukul 8.30 pagi dan
berlangsung lebih kurang 1 jam 30 minit. Aktiviti pertolongan cemas ini disertai oleh 4
orang murid dari setiap unit. Komitmen yang diberikan oleh para peserta sangat
baik. Aktiviti pertolongan cemas ini berakhir pada pukul 10.30 pagi.

Selepas aktiviti selesai, para peserta berehat seketika. Selepas itu mereka bersiap sedia
untuk makan tengahari dan bagi peserta lelaki mereka akan bergerak ke masjid untuk
menunaikan solat Jumaat. Para peserta lelaki ke masjid dengan kereta guru yang
bertugas. Pada sebelah petang aktiviti bermula pada pukul 2.30 petang, aktiviti yang
berlangsung ialah pertandingan memasak. Setiap unit diwakili seramai 5 orang
peserta. Pertandingan memasak ini berlangsung selama 2 jam, dan cukup meriah
dengan sorakan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh rakan-rakan
seunit. Pertandingan memasak ini adalah bertemakan tepung. Aktiviti ini berakhir lebih
kurang pada pukul 4.00 petang. Selepas itu murid terus ke khemah masing-masing dan
mengambil minum petang serta bersiap untuk ke surau bagi menunaikan solat Asar.

Anda mungkin juga menyukai