Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (P) METHODIST

JALAN CENDERASARI, 50480 KULA LUMPUR

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2018


PENDIDIKAN SENI VISUAL
KERTAS 2
TINGKATAN 4
MASA : 3 JAM

1. Kertas soalan diberi seminggu awal dari tarikh peperiksaan.

2. Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan.

3. Pilih satu soalan sahaja.

4. Kertas lukisan akan disediakan.Pelajar dikehendaki membawa warna dan


peralatan yang secukupnya semasa peperiksaan Pendidikan Seni.

5. Setiap hasil karya hendaklah diwarnakan.

SUDUT KANAN SEBELAH MUKA HADAPAN KERTAS LUKISAN ANDA

Nama :
Tingkatan :
6.
5cm No. Soalan :
Tarikh :

8cm

MUKA HADAPAN

1
Pilih satu daripada soalan berikut:

1. Beberapa ekor rama-rama sedang terbang di satu kawasan yang dipenuhi dengan
pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan berbunga dan berlatarbelakangkan air terjun
Gambarkan suasana tersebut dalam karya dengan memberi penekanan kepada ruang,
warna, jalinan dan pergerakan.

2. Sebungkus nasi lemak, secawan kopi dan sepotong kuih tersedia di atas meja untuk
hidangan sarapan pagi.
Hasilkan karya anda dari jarap dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk,
ruang dan jalianan.

3. Tiba-tiba anda menyedari diri anda berada di atas sehelai daun. Kelihatan beberapa
ekor ulat yang ganjil sedang memakan daun berhampiran anda.
Berdasarkan imaginasi anda, gambarkan suasana tersebut dengan memberi tumpuan
kepada bentuk, jalinan, ruang dan warna.

4. Di hadapan pintu rumah kelihatan sekaki payung yang terbuka dibiarkan berada di
atas lantai dengan di sebelahnya terdapat sepasang kasut kanvas.
Lukiskan suasana tersebut dari sudut pandangan dekat bagi menggambarkan keadaan
ini dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan, ruang dan warna.

5. Di belakang sebuah rumah yang menjadi tempat rekreasi keluarga, kelihatan binaan
air terjun dengan kolam ikan dihadapannya dengan pelbagai jenis ikan di dalamnya.
Gambarkan keadaan tersebut dengan memberi penekanan aspek ruang, bentuk,
jalianan dan warna.

6. Di sebatang jalan raya kelihatan sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah
kereta. Beberapa orang cuba menyelamatkan mangsa dengan memotong dahan kayu
tersebut.
Lukiskan keadaan cemas itu dengan aksi-aksi penyelamat dari jarak dekat.

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh , Disemak oleh, Disahkan oleh,


………………………… ……………..…………..… ………………………………….
(HANIZAH HAMZAH) (ASMA AMIRA BT AZMI) (SHAMSIAH BT HASHIM)
Guru Mata Pelajaran PSV Ketua Panitia Mata Pelajaran PSV Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum
SMK (P) Methodist, KL SMK (P) Methodist, KL SMK (P) Methodist, KL

Anda mungkin juga menyukai