Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
INDEKS HALAMAN
1.0 PENDAHULUAN 2
6.0 PENUTUP 12
BIBLIOGRAFI 13
1
CABARAN UMAT ISLAM DALAM ERA MODEN
1.0 PENDAHULUAN
Di Malaysia Islam seakan – akan dianggap sebagai satu kaum iaitu Melayu.
Apabila seseorang itu berbangsa Melayu, anutannya mestilah Islam. Itulah indahnya
Islam di Malaysia. Sudah sebati di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum. Akan
tetapi, wujud juga isu – isu yang boleh dikatakan agak klise, apabila permainan isu ini
dimainkan oleh pengamal-pengamal politik yang taksub.
Dunia hari ini juga penuh dengan prejudis kepada Islam. Islamofobia dan
persepsi negatif terhadap Islam berlaku di mana-mana di dunia. Bukan itu sahaja,
pelbagai fahaman dan pemikiran kini menular dalam masyarakat seperti pemikiran
liberal, sosialis, neo-sosialis, kapitalis,libertarian, atheist dan banyak lagi isme-isme
yang boleh mengancam kefahaman dan akidah.
Keadaan ini disulitkan lagi dengan pertelingkahan antara salafi dan sufi, sunni v
syiah, tradisi v wahabi dan yang terkini doktrin ‘Islamic State’ atau ISIS. Pertelingkahan
tiada penghujungnya telah menimbulkan pelbagai polemik dan ada yang membawa
kepada pertumpahan darah. Konflik dan krisis berterusan dunia Islam telah
menimbulkan persoalan besar dikalangan bukan Islam adakah wajar ajaran Islam sedia
ada, atau pun mungkin ajaran Islam perlu diterapkan dengan unsur baharu.
Intipati yang perlu setiap umat Islam yang yakin akan anutannya adalah, yakin
akan apa yang dianuti, bertepatan dengan maksud keimanan. Mengikut pandangan dari
2
Bernard Lewis di dalam bukunya yang berjudul The Crisis Of Islam, permasalahan dan
cabaran yang terus diuji dalam dunia Islam merangkumi dari sudut poiliti, ekonomi,
sosial dan juga sosio budaya. Ini dapat dibuktikan dengan krisis – krisis yang melanda
di Timur Tengah seperti di Yaman, Mesir, Libya, Syria, Gaza, Yaman dan banyak lagi
termasuk di Negara-negara Rantau Asia turut terheret.
Naluri seseorang manusia yang sentiasa berfikir dan bersifat ingin tahu, menimbulkan
ruang pemikiran akan apa yang telah menjadi pengetahuan kendiri. Sifat keterbukaan
dan ingin tahu inilah yang akhirnya menimbulkan Liberalisasi dalam Islam. Mengikut
sejarah setelah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w, timbul isu di mana umat Islam ketika
itu yang seakan-akan berfikir akan agama Islam itu “wafat” bersama-sama Rasulullah.
Ini kerana pada zaman Nabi Muhammad s.a.w masih hidup tidak timbul perselisihan
pendapat di kalangan umat Islam kerana boleh merujuk terus kepada Baginda
Rasulullah. Akan tetapi, apabila Baginda wafat, wujud perselisihan pendapat di
kalangan umat Islam. Perselisihan pendapat ini mencetuskan perang Jamal dam
perang Siffin dan wujudlah Kaum Syiah dan Khawarij. Ekoran perpecahan ini, ada
ilmuan yang menganggap peluang keemasan untuk menaikkan reputasi nama sendiri,
wujud pula fahaman Muktazilah, Qadariyah, Jabariyah, Murjiah, Najariyah dan
Musyabbihah.
Pemilihan empat Khalifah terulung di dalam umat Islam selepas wafat Nabi
Muhammad s.a.w telah menjadikan umat Islam yang masih beriman mempunyai
pegangan dan yakin. Wujud Empat Mazhab utama iaitu Mazhab Syafie, Mazhab
Hanbali, Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki menjadi panduan umat Islam sehingga kini.
Di Malaysia, kita berpegang kepada Mazhab Ahlil Sunnah Wal Jamaah ini. Mengapa
timbulnya Mazhab-Mazhab ini adalah kerana, umat Islam ketika itu dan boleh dikatakan
sehingga dunia yang serba moden ini, tidak lagi berpegang kepada Al-Quran dan
Hadith. Maka tampillah keempat-empat Imam yang mengetuai Mazhab masing-masing
memimpin umat Islam. Perbezaan mazhab-mazhab utama ini adalah hanya berkisar
kepada permasalhan Furu’ atau cabang hokum agama yang berkaitan dengan
masyarakat. Kesemua Mazhab ini tidak berselisih pendapat dalam urusan Tauhid, iaitu
3
pokok pangkal agama, kerana keempat Imam besar ini tetap berpegang kepada Al-
Quranm Hadith dan Sunnah rasul. ( Abdul Latip Talib, 2011).
Sifat ingin mencari sesuatu yang mudah, berfikiran logic dan berfikiran sains,
yang kononnya sains mendahului agama, menjadi punca kepada wujud pemahaman
yang ekstrim ini, Wujud pegangan pegangan yang mendakwa anutan mereka lebih
mudah dan diterima oleh Allah. Ini menjadikan individu yang berpengaruh, mudah untuk
mendapatkan sokongan dari orang lain dengan mengatakan bahawa ada cara yang
lebih mudah. Ini berlaku kerana, di zaman yang moden ini, semua perkara sudah
menjadi “trend” semua di hujung jari. Perkara yang sukar dipermudahkan melalui
perantaraan alatan atau cara. Impaknya, wujud fahaman Islam liberal ini.
Oleh itu, bagi memastikan Akidah umat Islam secara global dan juga di Malaysia,
tidak terkeluar dari landasan yang benar, amatlah penting semua umat Islam
memahami Islam secara mendalam bagi menangkis pemikiran pemikiran yang wujud
bertujuan memesongkan, menggunakan Islam sebagai proksi atau topeng
menghalalkan cara.
4
3.0 GERAKAN LIBERAL DALAM ISLAM
Liberal berasal dari perkataan Inggeris yang dipinjam dari bahasa Latin, “Liber”
ataupun free yang bermaksud bebas, liberal, berpandangan terbuka, tidak dibelenggu
oleh mana-mana tradisi, adat, aliran pemikiran ataupun agama. Manakala “Liberalisme”
pula merujuk kepada pandangan dan prinsip yang liberal terutama dari sudut sosial dan
politik. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP. Kuala Lumpur 1994),
perkataan Liberal didefinisikan sebagai “1. (bersifat) condong kepada kebebasan dan
pemerintahan yang demokratik misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaum
bangsawan, (fahaman) bebas. 2. bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan
terbuka iaitu tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya.
Pada awalnya, golongan pemikir Liberalisasi ini hanya lah lebih kepada
kepentingan berpolitik dan komuniti, tetapi diserapkan di dalam agama. Di barat,
gerakan Liberal timbul apabila ihak pihak pemikir Liberal dan pendokong Sains ketika
itu menganggap gereja sebagai satu punca penghalang arus kemodenan. Wujud
gerakan Illuminati yang dikatakan dipelopori oleh cendekiawan Barat. Pemikiran ini
terus berkembang sehingga berlakunya proses liberalisasi dalam agama Kristian pada
5
zaman Renaissance sekitar abad ke-16 dan ke-17 Masihi. Ini berlaku kerana, pemikir
Liberalisasi ini menganggap suatu ajaran agama hanyalah lebih kepada budaya dan
tradisi, yang dianggap kolot dan tidak membantu kepada kemodenan hidup.
6
tidak mengira latar sosio ekonomi, termasuk golongan cerdik pandai dan profesional
seperti peguam, doktor dan juga penggerak dakwah Islam itu sendiri.
Dalam dunia serba moden ini, gerakan dakwah Islam seiring mengikut tempo
pergerakan kehidupan. Impaknya, wujud golongan pemikir yang bertopengkan Islam ini
dengan secara terbuka mentafsir nas-nas dan hukum hukum dalam Islam mengikut
acuan mereka sendiri. Acuan ikutan mereka yang mereka dakwa sebagai acuan terkini,
mengikut selera mereka sendiri agar dilihat begitu serasi pergerakan arus kemodenan
dan agama itu sendiri. Walhal, tafsiran mereka ini, jauh terpesong dari yang sebenar.
Golongan Islam Liberal ini mempunyai berbagai-bagai fahaman dan pemikiran yang
menjadi dasar kepada perjuangan golongan tersebut dan ia juga turut disebarkan
kepada masyarakat dengan tujuan mempengaruhi masyarakat supaya sama-sama
membela dan mendokongi perjuangan golongan tersebut. Kesan dan keburukan yang
lahir daripada pemahaman dan pemikiran golongan tersebut amatlah merbahaya dan
boleh menjejas serta merosakkan akidah umat Islam itu sendiri kerana pemikiran dan
fahaman mereka telah jelas menyimpang dari landasan Islam yang sebenar.
Secara amnya, memang diketahui generasi moden yang ada sekarang banyak
dikatakan sebagai generasi “buta buku”. Pelbagai kempen digerakkan supaya
kesedaran membaca adalah amat penting. Kesan arus moden, semua perkara mudah
diperoleh termasuk ilmu pengetahuan agama menjadikan penggerak Islam Liberal
dengan mudah meluaskan sayap pengaruh mereka. Dengan hanya menafsirkan atau
menerangkan sesuatu permasalahan agama dengan cara yang nampak “benar” atau
berketerampilan sebagai ilmuwan Islam sahaja, telah menjadikan umat Islam yang tidak
kuat Akidah mudah meresapkan pemikiran ini di jiwa mereka.
“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak
mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barang
7
siapa mengambil warisan tersebut dia telah mengambil bahagian yang banyak”.(Hadis
riwayat At Tarmidzi.)
8
Golongan ini juga secara terang terangan mempertikaikan dari segi akhlak dan
moral Nabi Muhammad s.a.w.. Mereka dengan lantang mengatakan bahawa Baginda
Rasulullah sama dengan manusia yang lain yang mempunyai nafsu yang tak terkawal
dengan mengatakan mengamalkan Poligami dan mempunyai ramai isteri. Mereka
mentafsirkan bahawa apabila seseorang lelaki mengamalkan poligami adalah seorang
yang tidak cukup melempiaskan nafsu kepada seorang isteri sahaja. Mereka tidak
mengkaji dengan betul megapa baginda Rasulullah berkahwin lebih dari seorang isteri.
Penjelasan dan penerapan pemahaman dan tafsiran moden ini adalah satu
gerakan Islam Liberal.menggunakan suatu tafsiran mengikut realiti dan logik peredaran
zaman semasa. Dewasa ini, golongan yang giat memperjuangkan Islam Liberal ini lebih
kepada bertujuan untuk kepentingan individu itu sendiri. Mempunyai niat yang
tersembunyi, dengan menggunakan kaedah tujuan menghalalkan cara.
Memperjuangkan nasib nasib golongan yang mempunyai masalah sambil menerapkan
pemikiran mereka.
Antara penyebab Islam Liberal mudah diterima adalah apabila penggerak atau
pendakwah Islam Liberal ini adalah daripada golongan profesional. Golongan
profesional ini mudah menanam pengaruh di kalangan masyarakat disebabkan budaya
masyarakat kita yang mengagongkan seseorang yang mempunyai “nama” atau
pangkat. Kita diajar untuk menghormati golongan golongan ini, bertujuan menerapkan
kesopanan dan tata cara budaya masyarakat Malaysia dan Melayu secara khususnya.
Budaya ini telah dieksploitasi oleh pendakwah Islam Liberal.
9
5.0 CADANGAN MENGATASI PERMASALAHAN ISLAM LIBERAL
Sejarah menunjukkan gerakan Islam Liberal berasal dari TImur Tengah pada
awal kurun ke 20 lagi. Jurang penggunaan bahawa yang menjadikan dengan mudah
pemahaman Liberal ini meresap kepada masyarakat Malaysia.
Gerakan dan fahaman Islam Liberal ini adalah sangat bahaya kepada
kemakmuran AKidah Islam itu sendiri. Semua umat Islam perlu berganding bahu,
merapatkan saf ukhwah dan iman untuk melancarkan gerakan Anti Islam Liberal ini.
Penganut fahaman Islam Liberal ini perlulah didekati dengan cara yang betul. Segala
hujah, tafsiran dan idea idea provokasi golongan Islam Liberal ini perlulah disanggah
dengan cara berpandukan AL Quran dan Hadith. Golongan cendekiawan Islam yang
berpengaruh perlulah bergerak secara kolaboratif menentang Islam Liberal. Keyakinan
umat Islam terhadap ajaran benar Islam perlulah dikuatkan dengan bantuan dari
cendekiawan Islam yang berani untuk mematahkan hujah Islam Liberal.
Golongan pemikir politik dan pemimpin kerajaan juga perlu menggunakan kuasa
yang ada untuk menegakkan apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan
Persekutuan iaitu Islam sebagai agama rasmi. Jelas tertulis di dalam perlembagaan
bahawa Islam agama rasmi, oleh itu, gerakan dakwah Islam yang benar perlu
diperluaskan dengan cara yang betul mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
10
kepada umat Islam di Malaysia. Setiap umat Islam juga tidak terkecuali untuk
mengambil bahagian dalam merealisasikan gerakan menentang Islam Liberal ini.
Setiap individu perlu memperkasakan diri dengan ilmu AKidah yang betul dan
megukuhkan keimanan.
Di arus kemodenan ini juga telah wujud golongan moden yang cuba
memperlihatkan Islam sebenar seiring dengan realiti. Walau pun sibuk dengan
kebendaan dan persekitaran, dengan wujudnya institusi institusi agama yang bergerak
dengan dengan cara dakwah terkini turut membantu. Dewasa ini, ramai golongan
profesional di kalangan umat Islam telah sedar akan peri pentingnya Bahasa Arab
sebagai bahasa Syurga. Telah wujud institusi Tahfiz moden yang mengajar bahasa
Arab dan mengajar pelajarnya maksud sebenar Al Quran dan Hadith. Institusi institusi
ini perlu diperkasakan lagi dan diperluaskan jangkauan lebar pengaruh terhadap
seluruh umat Islam. Apabila ramai menguasai Bahasa Arab, dengan mudah dan
beraninya kita dapat mematahkan pemahaman Islam Liberal ini dengan berpandukan
AL Quran sepenuhnya. Ini seiring dengan cara golongan Islam Liberal yang hanya
mengikuti fahaman logik akal realiti dan fakta sains semata mata.
Di samping itu juga, setiap umat Islam mesti bergerak seiring dengan era moden
ini, Setiap ilmu yang diperolehi dengan mudah masa kini melalui media massa dan
media internet, perlulah dirujuk kepada golongan yang sahih kepakarannya. Jangan
mudah menganggap apa yang diperoleh melalui sekali pembacaan sahaja mencukupi
untuk memahami sesuatu ilmu. Ini kerana ilmu tentang Islam tidak boleh dipelajari
melainkan dari orang yang meyakininya dan benar-benar mengetahuinya dari
sumbernya yang soheh iaitu Al Quran dan Hadith.
11
6.0 PENUTUP
Kesimpulannya, gerakan Liberal dalam Islam dipelopori oleh dunia Barat yang
kita telah ketahui bahawa mereka sejak dari zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi telah
cuba pelbagai cara memerangi Islam. Mengambil iktibar dari kejatuhan Jerusalem ke
tangan Kristian setelah kota suci itu ditakluk oleh Salahudin Ayubi, mereka dunia barat
tidak mengenal berbeza bangsa dan negara, telah bersatu atas nama Tentera Salib
berjaya mengalahkan tentera Islam ketika itu. Walaupun menggunakan cara yang
begitu licik, iktibar yang kita perlu ambil adalah, tanpa kesepakatan umat Islam, kita
tidak akan berjaya.
Oleh itu, gerakan dakwah Islam perlu diteruskan mengikut arus kemodenan.
Jangan lagi kita berdakwah menggunakan cara yang dianggap tidak mesra zaman.
Golongan muda perlu digerakkan menghampiri dakwah Islam sebenar. Golongan
pendakwah perlu disiapkan dengan ilmu AKidah yang betul dan cukup. Golongan muda
moden era kini perlu didekati dengan cara lemah lembut, bukan paksaan. Tepat dengan
apa yang tertulis di dalam AL Quran “tiada paksaan di dalam Islam”.
Maka, gerakan untuk menentang Islam Liberal ini perlu digerakkan pada skala
yang besar dan berterusan. Dakyah dakyah mereka tidak akan mudah terhenti.
Gerakan dakwah Islam juga jangan lah hanya bergerak mengikut musim. Gerakan
dakwah Islam mestilah berpandukan kepada Al Quran dan Hadith demi memastikan
umat Islam sejagat faham akan bahawasanya gerakan Islam Liberal adalah ancaman
dan musuh Islam sebenar era moden ini.
12
BIBLIOGRAFI
1. Abdul Latip Talib (2010). Salahudin Ayubi : Penakluk Jerusalem. PTS Litera
Utama Sdn.Bhd. (BUKU)
2. Abdul Latip Talib (2011). Imam Imam Yang Benar. PTS Litera Utama Sdn.Bhd.
(BUKU)
3. Mohd Roslan Mohd Nor. (2011). Menangani Cabaran Umat Islam Era Moden.
Jurnal Al-Tamadun, 6, 107-121. (JURNAL)
4. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Dewan Edisi Ketiga, Edisi Ketiga cetakan
ke-7, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur (2002). Terbitan: Harian
(Zulfadzli) Sdn.Bhd. (BUKU)
5. Editor Media Abim (2016) Kebangkitan Islam Gelombang Kedua: Realiti Dan
Cabaran. http://www.abim.org.my (ARTIKEL)
6. Shaharom TM Sulaiman. (2002). Terorisme Global dan Pengganas Agama :
Cabaran Hidup Beragama Pada Alaf Baru . Utusan Publication & Distributors
Sdn. Bhd. (BUKU)
13