Anda di halaman 1dari 1

BAB 6

KESIMPULAN

Segregasi bermaksud permisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan
kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan
antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan dan kemudahan awam. Segregasi
berlaku wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya.

Sebelum merdeka, tanah melayu telah melaksanakan dasar pecah dan perintah di bawah
penjajahan British. Dasar ini mewujudkan segregasi dalam kalangan etnik yang mengukuhkan
kuasa politik dan ekonomi British di tanah Melayu Justeru, bagi mengukuhkan perpaduan dalam
kalangan rakyat, Malaysia mengutamakan integrasi.

Tajuk kita adalah peranan Rukun Tetangga dalam mengintegrasikan masyarakat. Dalam kajian
ini, kami dapat mengkaji konsep Rukun Tetangga dalam konteks hubungan etnik di Taman
Universiti, Batu Pahat. Kita juga dapat mengalpasti peranana Rukun Tetangga ke arah intergrasi
dan perpaduan di Taman Universiti. Selain itu, kita mengenalpasti cabaran jawatankuasa Rukun
Tetangga dalam mengeratkan hubungan etnik antara penduduk Taman Universiti dan
mengenalpasti kesan intergrasi dalam masyarakat di Taman Universiti.

Dari kajian ini, kita dapat mengetahui keadaan dan situasi sebenar yang dihadapi serta berlaku
oleh masyarakat. Malah ia juga boleh sebagai iktibar dan panduan untuk generasi akan datang
daripada apa yang berlaku kepada generasi dan sejarah yang lepas. Di samping itu, ia boleh
dijadikan tauladan yang baik untuk generasi akan datang dan cuba untuk atasinya supaya ia lebih
baik dan tidak berlaku lagi. Selain itu, masyarakat kini dapat mengenang semula peristiwa-
peristiwa menguji kehormonian dan perpaduan antara kaum yang berlaku dahulu dengan peristiwa
yang berlaku kini.

Anda mungkin juga menyukai