Anda di halaman 1dari 9

KAEDAH PENYELIDIKAN I

________________________________________________________________
NAMA :ALI BIN ABU
MATRIK :P 9678607
TUGASAN :TUGASAN 1
PENSYARAH :DR. HARRIS BIN BAHAR
TAJUK :Tahap Pengetahuan Pedagogi Isi
Kandungan dan Penggunaan Teknologi
Bagi Pendidikan Sains Awal Di Kalangan
Guru Tabika
_________________________________________________________

Penyataan Pengenalan
Masalah
Sejak kebelakangan ini Pendidikan Sains berkembang pesat selaras
dengan arus permodenan. Perkembangan sihat ini telah menyebabkan
pendidikan sains diberi perhatian seawal di peringkat prasekolah. Ia
bertujuan untuk mendidik dan membentuk pelapis negara pada masa
akan datang menjadi seorang yang inovatif, kreatif dan berfikiran aras
tinggi. Justeru itu, guru prasekolah memainkan peranan yang penting
dengan menggunakan pengetahuan dan penggunaan teknologi dalam
merancang aktiviti pendidikan sains peringkat prasekolah. Oleh hal
demikian, tahap pengetahuan pedagogi seseorang guru prasekolah
merupakan aset dalam menilai kecekapan dan kejayaan pengajaran dan
pembelajaran seorang yang bergelar guru termasuklah guru Tabika
KEMAS. Ini terbukti apabila Malaysia meletakkan kepentingan amalan
pedagogi sebagai satu agenda utama dalam pendidikan negara. Ia juga
telah termaktub di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Di dalam NKRA ada menyatakan bahawa seorang guru prasekolah perlu
memastikan pendidikan prasekolah yang diberikan kepada kanak-kanak
yang berumur 4 hingga 6 tahun adalah satu pendidikan yang berkualiti
supaya dapat memastikan peningkatan minat dan kesinambungan kepada
pendidikan di peringkat lebih tinggi (Kementerian Pelajaran Malaysia,
2010a, ms.5). Sementara itu, menurut Souto-Manning dan Dice (2007)
ada menyatakan bahawa guru prasekolah perlu mengetahui bagaimana
untuk menguruskan amalan pedagogi dalam pendidikan awal kanak-
kanak bagi memenuhi tuntutan dan aspirasi pendidikan negara,
Sehubungan dengan itu, menurut Lihanna (2005), dalam melaksanakan
pendidikan prasekolah, seorang guru termasuk guru Tabika Kemas boleh
menggunakan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia iaitu Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK). Oleh hal demikian, guru Tabika Kemas perlulah
mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
terkini yang bersesuai dengan kanak-kanak terutama untuk subjek Sains
Awal. Menurut Zarah (2016), Sains merupakan subjek yang memerlukan
kanak-kanak untuk membuat penerokaan dan penyiasatan terhadap alam
persekitaran semula jadi. Oleh itu, pengajaran Sains Awal di peringkat
prasekolah bertujuan untuk memupuk satu perasaan seronok, teruja dan
meningkatkan sifat ingin tahu kanak-kanak dengan menggunakan kaedah
penerokaan terhadap persekitaran dan penggunaan teknologi yang seiring
dengan arus perkembangan dunia. Justeru itu, guru Tabika Kemas
perlulah mewujudkan suasana pembelajaran subjek Sains Awal yang
menarik dan berkesan dan mempunyai kemahiran pengetahuan pedagogi
dan bijak untuk memilih teknologi yang bersesuaian untuk subjek Sains
Awal. Ini kerana berdasarkan kajian dan keputusan daripada Pertubuhan
Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD) bagi subbjek Sains dan
Matematik, Malaysia menduduki tempat ke 52 dalam kalangan 76 buah
negara dan Malaysia juga masih ketinggalan jika hendak dibandingkan
dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Singapura,
Thailand dan Vietnam (Utusan Online 2016).

Penyataan Masalah dan Justifikasi


(1) Kurang pengetahuan pedagogi dalam pengajaran Sains Awal
Salah satu cabaran yang dihadapi oleh guru tabika Kemas dalam
pengajaran sains ialah kurang pengetahuan pedagogi untuk mengajar
subjek Sains Awal. Menurut laporan Kementerian Pendidikan Malaysia
(2013;2012), menyatakan bahawa kurang prasekolah termasuk guru
Tabika Kemas kurang menggunakan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang telah dirangka di dalam pendidikan awal kanak-
kanak.di dalam laporan ini juga ada menyatakan bahawa guru lebih
cenderung untuk membuat aktiviti berpusatkan guru dan penglibatan
kanak-kanak di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sangat
terhad. Ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada proses pengajaran
Sains Awal kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun kerana
menurut teori kognitif Jean Piaget (1952), beliau menyatakan bahawa di
dalam umur kanak-kanak 4 hingga 6 tahun, mereka berada di dalam tahap
fasa praoperasi, kanak-kanak belajar menggunakan skima berasaskan
bahasa, dan bentuk daripada perwakilan objek dalam menyelesaikan
masalah dan memahami sesuatu konsep pembelajaran. Teori Jean Piaget
ini juga telah disokong oleh Smith (2010) yang menyatakan sekiranya
seorang guru itu tidak mempunyai ilmu pengetahuan dalam pedagogi di
dalam pendidikan awal kanak-kanak, ia berpotensi untuk menganggu
pembelajaran kanak-kanak. Selain itu, gruru juga haruslah
mempersiapkan diri dengan dunia ilmu sains. Ini kerana sekiranya guru
kurang ilmu tentang subjek Sains, ini memberi kesan kepada kanak-
kanak. Ianya telah dibuktikan melalui kajian yang telah dibuat di negara
Australia oleh Angela & Katrin (2013), mereka mendapati bahawa di
Australia majoriti guru di sekolah mempunyai kurang ilmu pengetahuan
dalam ilmu sains dan ia telah menjadi batu penghalang untuk
memberikan sesi pengajaran yang berkesan kepada pelajar. Oleh hal
demikian, ini menunjukan bahawa seseorang guru itu perlulah
mempunyai ilmu pengetahuan yang baik agar guru tersebut mampu untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan dan kefahaman mereka di dalam kelas.
Menurut Abdul Halim Masnan (2014), seorang yang bergelar guru itu
haruslah mempunyai pengetahuan dan kemahiran semasa mempunyai
aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Pdp) untuk subjek Sains Awal
mengikup tahap perkembangan kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak
lebih berminat dan memahami apa yang diajar oleh guru mereka di
sekolah berbanding dengan apa yang diajar oleh ibubapa di rumah. Selain
itu, di Malaysia, perubahan Kurikulum Prasekolah juga sedikit sebanyak
memberi kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana
di dalam KSPK, ia telah memberi penekanan terhadap subjek Sains Awal
dan perubahan ini memberi impak kepada guru tabika kemas kerana
kurang pengetahuan dalam subjek Sains Awal.

(2) Kurang keyakinan diri dan pengalaman

Sikap kurang keyakinan diri dan kurang pengalaman merupakan 2


elemen yang berkiat rapat dan menjadi salah satu faktor kekangan
seorang guru untuk mengajar subjek Sains Awal. Penyataan ini telah
disokong melalui kajian yang telah dibuat oleh Zurida dan Hashimah
(2004) yang menyatakan bahawa seseorang guru yang mempunyai
pengalaman yang lebih lama dalam dunia Sains lebih mempnyai
keyakinan yang tinggi dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar
berbanding dengan guru yang kurang pengalamn di dalam dunia sains.
Namun begitu menurut Zurida dan Hashimah (2004) di dalam kajiannya
juga, 2 elemen iaitu kurang keyakinan diri dan kurang pengalaman dapat
diatasi jika guru-guru diberi peluang untuk mengikuti Kursus untuk
subjek Sains Awal untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dan
mengurangkan kelemahan mereka agar proses pengajaran dan
pembelajaran sains awal untuk kanak-kanak lebih baik dan berkesan.

(3) Kurang berani dalam menggunaan alat teknolgi


Kekurangan penggunaan teknologi di kalagan guru juga merupakan salah
satu faktor di dalam pembelajaran subjek Sains Awal. Walaupum
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran telah lama diperkenalkan,
tetapi para guru khususnya masih kurang berani untuk menggunakan
teknologi semasa mengajar di dalam kelas. Situasi yang sama juga telah
berlaku di kalangan guru Tabika Kemas. Menurut Sandra, Abu Bakar dan
Norlidah (2013), mereka berpendapat bahawa terdapat beberapa faktor
yang menyebabkan guru lebih cenderung untuk tidak memilih teknologi
di dalam proses pengajaran dan pembejaran, antaranya reka bentuk
perisian yang tidak mesra pengguna, tidak mengetahui secara penyeluruh
tentang penggunaan teknologi serta lebih selesa dengan cara pendidikan
tradisional yang bebas daripada penggunaan teknologi.

Jurang Kajian

Kajian yang dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan pedagogi di


kalangan guru Tabika. Ini kerana sebagai guru Tabika, mereka perlu
menguasai pengetahuan pedagogi. Ini kerana ilmu pengetahuan pedagogi
membantu guru untuk memahami dan mengetahui tentang prinsip-
prinsip di dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pengetahuan
pedagogi juga memberi ilmu di mana pengajaran perlu dimulakan dengan
proses pengajaran yang mudah untuk kanak-kanak dan barulah disusuli
dengan proses penagajaran yang sukar, dengan pengertian yang paling
mudah untuk difahami ialah dari konkrit ke abstrak.

Kepentingan Kajian

Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap pengetahuan pedagogi guru dan
penggunaan teknologi di dalam subjek Sains Awal. Kajian ini memberi
penumpuan kepada aspek pengetahuan pedagogi guru Tabika dan
penggunaan teknologi yang mereka gunakan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Objektif Objektif kajian adalah seperti yang berikut:


Kajian (1) Mengetahui tahap pengetahuan pedagogi guru Tabika untuk
subjek Sains Awal.
(2) Mengetahui tahap pengetahuan kefahaman isi kandungan KSPK
untuk subjek Sians Awal.
(3) Menentukan tahap kesediaan guru Tabika dari segi penggunaan
teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
subjek Sains Awal.
Persoalan Persoalan kajian yang ingin dikaji ialah :
Kajian (1) Apakah tahap pengetahuan pedagogi guru Tabika untuk subjek
Sains Awal?
(2) Apakah tahap pengetahuan kefahaman isi kandungan KSPK
untuk subjek Sians Awal.
(3) Apakah tahap kesediaan guru Tabika dari segi penggunaan
teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
subjek Sains Awal.

Hipotesis Hipotesis alternatif berikut akan diuji untuk menjawab soalan


Kajian penyelidikan:
(1) Kepentingan tahap pengetahuan pedagogi guru Tabika dalam
subjek Sains Awal.
(2) Kesan tahap kefahaman isi kandungan KSPK untuk subjek Sains
Awal.
(3) Kesan penggunaan teknologi yang diaplikasikan oleh guru
Tabika Kemas dalam pengajaran subjek Sains Awal.

Definisi (1) Pengetahuan Pedagogi


Operasional
Pemboleh Pengetahuan pedagogi merujuk kepada pengetahuan tentang prinsip-
Ubah Kajian prinsip kaedah mengajar. Menurut Shelman (1987), pengetahuan
pedagogi merupakan prinsip-prinsip dalam perancangan pengajaran,
strategi dan pengurusan pengajaran. Oleh itu, pengetahuan pedagogi
mempengaruhi pengajaran yang disampaikan oleh guru kerana ianya
meliputi beberapa aspek seperti rancangan mengajar harian, strategi
mengajar yang digunakan oleh guru dan teknik yang digunakan oleh guru
semasa mengajar di dalam kelas. Sementara itu, Kreber dan Cranton
(2000;1997) menyatakan bahawa pengetahuan pedagogi merupakan satu
pengetahuan tentang cara bagaimana seseorang itu belajar dan corak
pembelajarannya dipermudahkan, ia termsuklah gaya pembelajaran dan
proses kognitif yang wujud dalam pembelajaran. Menurut Kreber dan
Cranton lagi, pengetahuan pedagogi memberi tumpuan kepada cara
bagaimana untuk membantu seorang murid dalam memahami sesuatu
ilmu dengan menggunakan cara pemikiran kritikal dan pembelajaran
kendiri. Justeru itu, di dalam konteks pendidikan prasekolah,
pengetahuan pedagogi boleh dilihat dengan corak pengajaran seseorang
guru, jika seorang guru itu mempunyai pengetahuan pedagogi, maka
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan adalah bukan formal
dan lebih tertumpu kepada penglibatan murid. Selain itu, menurut
pandangan Misha dan Koehler (2006), pengetahuan pedagogi merupakan
satu bentuk kepercayaan dan pandangan persepsi yang akan dipegaruhi
oleh Pelaksanaan Kurikulum dan sekaligus memberi bayangan tentang
strategi pengajaran yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran
guru di dalam kelas.

(2) Penggunaan Teknologi

Penggunaan teknologi merupakan satu kaedah yang boleh digunakan


dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana penggunaan
teknologi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
meningkatkan kecekapan, pemahaman dan keberkesanan epajar terhadap
subjek yang diajar terutama subjek pendidikan awal sains. Selain itu,
dengan melibatkan diri dalam penggunaan teknologi, seseorang guru
dapat mencari maklumat dengan cara berkesan dan menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dengan menggunakan
beberapa pilihan bahan teknologi seperti powerpoint, video, visual dan
sebagainya. Dengan menggunakan bahan teknologi ini, proses
pengajaran yang dijalankan oleh guru akan menjadi lebih mudah, ringkas
dan padat serta kanak-kanak lebih mudah terleka dengan kaedah seperti
ini berbanding dengan cara tradisional yang menggunakan pembelajaran
berpusatkan guru. Di dalam penggunaan teknologi juga, guru dan pelajar
diberi kebebasan yang mempraktikkan alatan dan bahan teknologi,
antaranta ialah computer, LCD, CD, Internet, perisian pendidikan dan
sebagainya.
(3) Pendidikan Sains Awal

Menurut Isaac Asimov (1994), beliau mentakrifkan bahawa Sains


merupakan sesuatu yang kita fikir dan cara kita melihat dunia
persekitaran yang ada di sekeliling kita. Selain itu, Sains juga merupakan
satu proses eksperimen berterusan dan hasil kajian sentiasa berubah dan
tidak focus pada satu jawapan sahaja. Oleh itu, sikap terbukaan berfikir
haruslah diterapkan dalam diri kanak-kanak semasa dalam proses
pengajaran dan pembelajaran untuk Pendidikan Sains Awal. Selain itu,
melalui Pendidikan Sains juga, ia sedikit sebanyak dapat membantu dan
memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang persekitaran mereka
dan sekaligus dapat meningkatkan perasaan ingin tahu kanak-kanak
melalui galakan, peluang dan masa yang diberi oleh guru. Oleh hal
demikian, menurut pandangan Nani Memon dan Rohani Abdullah
(2003), bagi memenuhi permintaan ini, guru haruslah berusaha untuk
membimbing kanak-kanak dengan menggunakan kaedah saintifik, dalam
menyelesaikan masalah. Di dalam konteks pendidikan awal kanak-
kanak, proses sains merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat
mengalakkan semangat ingin tahu kanak-kanak, membuat penerokaan,
dan ingin mencuba sesuatu yang baru. Jika semua elemen ini berlaku,
maka kanak-kanak secara tidak langsung telah terlibat di dalam proses
sains.

Rujukan Sinar Online 2015 http://www.sinarharian.com.my/nasional/ranking-


sains-dan-matematik-malaysia-di-tangga-52- 1.390061
Abdul Halim bin Masnan. (2014). Amalan pedagogi guru permulaan.
Tesis PhD. Universiti Sains Malaysia. (Tidak diterbitkan).
Zurida Haji Ismail & Hashimah Mohd Yunus. (2004). Sikap dan
Keyakinan Guru-guru Prasekolah dalam Pengajaran Sains Awal.
Cloke, C. Sabariah Sharif & Abdul Said (2006). A qualitative study of
pedagogical issues arising from the introduction of the
Malaysian–smart school initiative. Jurnal Pendidik dan
Pendidikan, 21, 129–147.
Angela Fitzgerald & Katrin Schneider. (2013). What Teachers Want :
Supporting Primary School Teachers in Teaching Science.
Vol.59, No.2
Hyung-sook Cho, Chung-Ang, Juhu Kim & Dong Hwa Choi. (2003).
Early Childhood Teacher’s Attitudes toward Science Teaching :
A Scale Validation Study. Educational Research Quarterly, (Vol.
27.2)
Abruscato.J.(2000).Teaching Children : A discovery approach (5th ed).
Bostom: ALLYN & Bacon. CURRICULUM 507 229
Johnston.J.(1996).Early exploration in science.Buckingham. UK: Open
University Press. CURRICULUM 507 437

Anda mungkin juga menyukai