Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Secara ringkasnya sejarah sistem gadaian Islam di Malaysia bermula dengan penubuhan Muassasah
Gadaian Islam Terengganu pada 23 Januari 1992.
Gadaian atau Ar-Rahnu telah diaplikasikan sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Ar-Rahnu bermaksud
meletakkan sesuatu barang yang berharga sebagai jaminan atau cagaran oleh pemiliknya untuk
mendapatkan pinjaman.
Sekiranya pemilik tersebut tidak dapat menyelesaikan hutangnya, si pemberi hutang berhak untuk
mendapatkan kembali wang dipinjamkannya daripada barang gadaian tersebut.
Prof. Dr. Yusof Al-Qaradawi dalam bukunya Al-Halal wa Al-Haram fil Islam menghuraikan maksud
gadaian sebagai sesuatu barang yang dijadikan peneguhan atau kepercayaan dalam urusan hutang-
piutang.
Barang yang dijadikan jaminan itu boleh dijual, jika hutang tidak dapat dibayar. Tetapi penjualan itu
mesti sama nilainya dengan nilai wang dipinjam.
Hukum Gadaian adalah harus. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: Jika kamu dalam
perjalanan (dan bermuamalah tidak secara tunai) sedangkan kamu tidak memperoleh seorang
penulis, maka hendaklah ada barang jaminan yang dipegang (oleh yang berpiutang). (al-Baqarah:
283)
Ia juga selari dengan hadis daripada Aisyah r.a yang bermaksud: Rasulullah SAW pernah membeli
makanan dari orang Yahudi dan beliau menggadai kepadanya baju besi beliau. (riwayat Bukhari
dan Muslim).
Ar-Rahnu merupakan Pajak Gadai Islam yang menggabungkan konsep-konsep syariah Ar-Rahnu, Al
Wadiah Yad Dhamanah dan Al Qard
Ar-Rahnu adalah mekanisma di mana satu barangan berharga dijadikan sandaran yang
terikat denagn pinjaman secara bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekirannya pinjaman
tersebut tidak dapat dijelaskan.
Al Wadiah yad Dhamanah adalah merujuk kepada simpanan barang berharga dengan
jaminan. Setaip simpanan dikenakan upah simpan.
Al Qard adalah merujuk kepada simpanan yang diberikan mengikut peratusan tertentu
daripada nilai marhun
KANDUNGAN ILMIAH
Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran
yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak
dapat dijelaskan.
Ar-Rahnu dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap
ataupun ia bermakna tahanan, seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang
dikerjakannya............."
PENGERTIAN
Ahmad Azhar Basyir - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadikan suatu benda yang bernilai
menurut pandangan syara" sebagai tanggungan hutang dengan adanya benda yang menjadi
tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima"
H.M Arsjad Thalib Lubis - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadi suatu barang yang berupa
harta dan ada harganya jadi jaminan hutang dan ia akan dijadikan pembayarannya jika hutang itu
tidak dapat dibayar"
Abdul Rahman Al-Jaziri - menerangkan bahawa Ar-Rahnu menurut syara’ bererti " menjadikan
barang yang ada harganya menurut pandangan syara’ sebagai jaminan kepercayaan hutang piutang.
Dalam erti seluruh hutang atau sebahagiannya dapat diambil, sebab sudah ada barang jaminan
tersebut.
HUKUM
Firman Allah SWT - "Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu berhutang) dan tiada
memperolehi penulis, maka boleh diserahkan sahaja jaminan yang dapat dipegang
(Al-Baqarah : ayat 283)
Dalam sebuah Hadis - "Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada
seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyak 30 sha gandum
untuk keluarganya."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah Hadis - "Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w pernah membeli makanan dari
seorang yahudi dengan harga yang dihutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w
menyerahkan baju besinya"
(Riwayat Al-Bukhari)
Dalam sebuah Hadis - "Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju
besinya masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan makanan yang
dibelinya untuk nafkah keluarganya"
(Riwayat Tirmidzi)
RUKUN AR-RAHNU
Mengandungi lima perkara iaitu :
Penerima gadaian atau pemegang gadai : iaitu pihak yang memberi pinjaman.
Barang gadaian : iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima.
Sighah atau perjanjian : iaitu perjanjian berkaitan pinjaman atau hutang dan gadaian
KONSEP AR-RAHNU
Jumlah maksimum pinjaman bagi setiap gadaian ialah 60% atas nilai marhun dan tertakluk
kepada maksima sebanyak RM 5,000.00.
Tempoh gadaian adalah 6 bulan (lanjutan tempoh tidak melebihi 4 bulan), tertakluk kepada
syarat dan peraturan yang ditetapkan.
Jumlah terkumpul bagi setiap pinjaman tidak melebihi RM 5,000.00.
Emas 999
Emas 950
Emas 916
Emas 875
Emas 835
Emas 750
Kelayakan
Ar- Rahnu YaPEIM membolehkan anda memperoleh wang tunai sehingga 65% daripada
nilai emas(marhun). Jumlah pembiayaan maksimum sehingga RM25,000 seorang dengan
RM5,000 setiap transaksi.
Penebusan
Penebusan gadaian boleh dibuat secara ansuran atau sekaligus atau pada bila-bila masa
sebelum atau tarikh matang.
Tempoh Gadaian
Menyediakan kemudahan mikro kredit dimana suatu barang yang berharga dijadikan
sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya
hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
Semua simpanan barangan gadaian diinsuranskan dan dikenakan upah simpan keatasnya.
Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman
yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-
Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh
Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada
pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam.
2. Nilai Gadaian Tidak Merosot
Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak
berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai emas
apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.
3. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan
Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya
apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang
gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan
dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.
4. Barang Kemas Yang Disimpan Selamat
Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana, penerima gadaian
akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh
pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan
penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian.
5. Caj perkhidmatan Yang Rendah
Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos
dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai
Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau
tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai
walaupun akta melarang kegiatan tersebut.
6. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.
Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa
timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa
timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.
Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan
pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam.
Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua
pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang
tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh
pembayaran balik pinjaman mereka.
8. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan
Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian
mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini
pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan
untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.
Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak
Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu,
penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai
oleh penggadai.
Ar-Rahnu menggabungkan dua konsep syariah yang utama iaitu Ar-Rahnu dan Al-Wadiah Yad
Dhamanah:
• Ar-Rahnu merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang berharga dijadikan sandaran yang
terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya hutang tersebut tidak dapat
dijelaskan.
• Al-Wadiah Yad Dhamanah merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap
simpanan akan dikenakan upah simpan.
OBJEKTIF TUGASAN
Di dalam perbezaan antara pajak gadai Ar-Rahnu dengan system konvensional sangat berbeza dalam
islam,kumpulan kami di beri amanah untuk mencari maklumat mengenai sistem ini untuk di
kongsikan bersama pelajar yang lain,antara objektif yang kami kaji ialah
ABSTRAK
Di dalam tugasan kumpulan kami telah membuat tajuk sistem gadaian Ar-rahnu dan sistem
konvensional di dalam segi islam.selain itu,kami telah memahami perbezaan sistem ar-rahnu
semasa dalam sistem dalam islam.di samping itu,kelebihan sistem ar-rahnu banyak dalam
islam antaranya ialah kenakan faedah 9 (unsur riba), nilai gadaian tidak merosot,nilai gadaian
munasabah,selain itu,skim gadaian juga penting dalam pengurusan ar rahnu dalam islam.
PERBINCANGAN
Di dalam perbincangan kami telah memahami konsep pajak gadai islam iaitu ar- rahnu dan
sistem konvensional yang di jalankan pada masa kini,sistem ar-rahnu yang di jalankan di
setiap pengurusan pajak gadai telah banyak mengikut ajaran islam dank ita lihat dari zaman
dahulu lagi Rasulullah telah mengamalkan pajak gadai mengikut jaran islam,dan zaman
sekarang banyak unsure riba yang wujud dalam kalangan manusia demi untuk mendapatkan
kekayaan dunia semat-mata.jikalau kita lihat,sistem secara islam berkesan dan menyenagkan
KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat kami simpulkan ialah sistem pajak gadai iaitu ar-rahnu lebih baik
daripada kaedah konvensional yang sedia ada pada masa sekarang,sistem pajak gadai islam
ini telah mengikut syariah yang sedia ada dan mengikut prosedur yang di tetapkan dalam
ajran islam supaya menjaga keselamatan pengguna dan dapat memnuhi kehendak penguna
serta tidak menindas pengguna itu sendiri,akhir sekali rukun pajak gadai secara islam perlu di
patuhi dan kerajaan Malaysia juga wajib mengeluarkan undang-undang mengikut cara ajaran
islam.