Anda di halaman 1dari 27

BAB 4

REKA BENTUK ELEKTRONIK

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Peneraju Pendidikan Negara
2.4 REKA BENTUK ELEKTRONIK

Murid dapat:

2.4.1 Menyatakan maksud mikropengawal (microcontroller) dan mikropemproses


(microprocessor)
2.4. 2 Menjelaskan bahagian-bahagian yang tedapat dalam mikropengawal (microcontroller)
2.4.3 Menghasilkan lakaran reka bentuk litar elektronik.
2.4.4 Membina litar simulasi yang berfungsi dengan perisian khas.
2.4.5 Membuat penyambungan litar input dan litar output kepada mikropengawal
(microcontroller)
2.4.6 Menulis pengaturcaraan mudah berdasarkan penyambungan litar input dan litar
output
2.4.7 Membuat pengujian dan penilaian kefungsian litar elektronik
2.4.7 Mencadangkan penambahbaikkan ke atas reka bentuk litar elektronik.

Peneraju Pendidikan Negara


2.4 REKA BENTUK ELEKTRONIK

2.4.1 Menyatakan maksud mikropengawal (microcontroller) dan


mikropemproses (microprocessor)

Definisi reka bentuk elektronik

Susunan dan penyambungan komponen elektronik dalam


satu litar bagi mencapai satu tujuan untuk memenuhi
kehendak pelanggan.

Peneraju Pendidikan Negara


2.4 REKA BENTUK ELEKTRONIK
Maksud mikropengawal (microcontroller)
Mikropengawal (microcontroller) ialah peranti kawalan dalam
satu cip. Ia berfungsi untuk mengawal input dan output.
Contohnya seperti mesin basuh automatik dan Lampu Raya
(LED) berkelip mengikut selang masa yang ditentukan.

Gambarajah blok mikropengawal


Peneraju Pendidikan Negara
2.4 REKA BENTUK ELEKTRONIK
Maksud mikropemproses (microprocessor)
Mikropemproses ialah satu cip bersama sokongan cip-cip lain seperti Input/Output,RAM
dan ROM.
Mikropemproses kebiasaannya digunakan untuk aplikasi atau kawalan yang besar.
Contohnya ialah penggunaan dalam komputer riba

Gambarajah blok mikropemproses


Peneraju Pendidikan Negara
2.4 REKA BENTUK ELEKTRONIK
2.4.2 Bahagian yang terdapat dalam mikropengawal (microcontroller)
Terdapat 3 bahagian pada mikropengawal iaitu input, proses dan output

INPUT PROSES OUTPUT

Gambar Rajah bahagian asas mikropengawal (microcontroller)

Bahagian Fungsi
Input Menerima dan menghantar isyarat kepada mikropengawal (microcontroller).
Contoh peranti yang boleh digunakan ialah suis tekan tutup.
Proses Memproses isyarat daripada input dan memberi arahan kepada output. Arahan
diberi dalam bentuk isyarat. Proses ini dilakukan oleh mikropengawal
Output Melaksanakan arahan berdasarkan isyarat yang dihantar oleh mikropengawal
(microcontroller). Contoh peranti ialah LED.
Peneraju Pendidikan Negara
2.4 REKA BENTUK ELEKTRONIK
Bahagian input
• Bahagian input ialah bahagian yang menerima dan menghantar isyarat
kepada mikropengawal. Input terbahagi kepada 2 iaitu digital input dan
analog input. Berikut adalah contoh peranti input yang boleh digunakan.

Peneraju Pendidikan Negara


2.4 REKA BENTUK ELEKTRONIK

Peneraju Pendidikan Negara


2.4 REKA BENTUK ELEKTRONIK

Peneraju Pendidikan Negara


2.4 REKA BENTUK ELEKTRONIK
2.4.3 Menghasilkan lakaran reka bentuk litar elektronik
Lakaran reka bentuk litar elektronik perlu dihasilkan terlebih dahulu sebelum membuat
penyambungan peranti input dan peranti output pada papan projek.
Sebagai pengetahuan tambahan, murid boleh menggunakan perisian khas contohnya Proteus,
Edison dan Work Bench untuk membuat lukisan skematik dan simulasi.
Lakaran reka bentuk litar elektronik boleh dihasilkan menggunakan lakaran gambar rajah blok

Lakaran gambar rajah blok reka bentuk litar elektronik


Peneraju Pendidikan Negara
2.4 REKA BENTUK ELEKTRONIK
Setelah idea awalan diterjemahkan dalam lakaran gambarajah blok, pengguna perlu
membuat lakaran gambarajah susun atur untuk mengenal pasti tempat
penyambungan peranti input dan output dengan mikropengawal. Pada topik ini,
sebuah papan projek mikropengawal digunakan.

Peneraju Pendidikan Negara


2.4 REKA BENTUK ELEKTRONIK

Contoh gambar rajah blok susun atur peranti LED Berkelip kawalan suis tekan tutup

Peneraju Pendidikan Negara


2.4 REKA BENTUK ELEKTRONIK
2.4.4 Membina litar simulasi yang berfungsi dengan perisian khas

Sebelum membuat penyambungan litar input dan litar output pada papan
projek mikropengawal, litar simulasi boleh dibina untuk menguji lakaran
litar yang dibuat bagi memastikan litar yang dibina adalah betul. Perisian
khas seperti Scratch, Edison, Tina pro, Crocodile/Yenka Technology dan
perisian yang berkaitan boleh digunakan untuk membina litar simulasi.
Terdapat perisian yang boleh dimuat turun secara percuma untuk
digunakan oleh guru dan murid .

Contoh laman sesawang yang boleh dilayari seperti:


www.crocodile-clips.com

Peneraju Pendidikan Negara


2.4 REKA BENTUK ELEKTRONIK
2.4.5 Membuat penyambungan litar input dan litar output kepada
mikropengawal (microcontroller)

Pemasangan litar input dan output pada papan projek mikropengawal


mestilah mengikut label dan kekutuban yang betul berdasarkan lakaran
litar elektronik yang dibuat.

Pada peringkat ini perkara yang perlu diberi perhatian ialah kaedah
penyambungan litar.

Kaedah penyambungan litar kepada mikropengawal ialah dengan


menggunakan pin penyambung.

Peneraju Pendidikan Negara


2.4 REKA BENTUK ELEKTRONIK
2.4.5 Membuat penyambungan litar input dan litar output kepada
mikropengawal (microcontroller)
Penyambungan peranti Input dan peranti output kepada mikropengawal menggunakan pin
penyambung bersama wayar pelompat. Pengguna hanya perlu menyambungkan pin penyambung
pada peranti dengan papan projek mikropengawal.

Pin penyambung bersama


wayar pelompat yang
disambungkan pada papan
projek mikropengawal

Suis tekan tutup


Gambar rajah blo

Peneraju Pendidikan Negara


2.4 REKA BENTUK ELEKTRONIK

2.4.6 Menulis pengaturcaraan mudah berdasarkan penyambungan litar input


dan litar output
Definisi atur cara ialah suatu set suruhan logik yang mempunyai tertib
tertentu untuk menyuruh mikropengawal (microcontroller) memproses
isyarat input dan menghasilkan isyarat output untuk melaksanakan
arahan.

Untuk membina pengaturcaraan, terdapat pelbagai bahasa


pengaturcaraan yang boleh digunakan seperti C dan pemproses
pengaturcaraan secara text.

Peneraju Pendidikan Negara


2.4 REKA BENTUK ELEKTRONIK
Proses menghubungkan pengaturcaraan menggunakan perisian text dengan
mikropengawal boleh dibuat menggunakan Bluetooth

Peneraju Pendidikan Negara


Di bawah adalah kumpulan arahan-arahan yang boleh digunakan untuk
menulis pengaturcaraan ringkas
Decision
All commands under this group are used to do decision making. Such as: If C_Brightness>=50...End If, If Value1<10...End If, If
C_Din1 = 1...End If.
Semua arahan di bawah kumpulan ini digunakan untuk membuat keputusan. Seperti: Jika C_Brightness > = 50 ... End If, If
VALUE1 <10 ... End If, If C_Din1 = 1 ... End If.

End if
Terminate any ‘if’ command.
Menamatkan mana-mana ' If' arahan.

If C_Ain1=0
If a specific analog sensor value (e.g. C_Brightness) on the project board matches with a specific condition (e.g. = 0, <= 5).
Jika nilai sensor analog tertentu ( cth. If C_Ain1= ) di atas papan projek ini sepadan dengan syarat tertentu ( cth. = 0, <= 5).

If C_Din1 =1
If a specific digital sensor value (e.g. C_Din1) on the project board matches with a specific condition (e.g. 1).
Jika nilai digital pengesan tertentu ( cth C_Din1 ) di atas papan projek ini sepadan dengan syarat tertentu ( cth. : 1).

Peneraju Pendidikan Negara


2.4 REKA BENTUK ELEKTRONIK
Other
Any command which cannot fit into any group above will be assigned in this command group.
Apa-apa arahan yang tidak dapat dimuatkan ke dalam mana-mana kumpulan di atas akan diberikan dalam
kumpulan arahan ini.

Go to = 1
Jump to a specific line (e.g.line 1).
Pergi ke garis tertentu (cth baris 1)

Timer = 1 sec
Pause the program for a specific duration of time (e.g. 1 sec, 200 msec).
Memberhentikan program ini untuk tempoh masa yang tertentu (cth 1 sec, 200 msec ).

~Note
Add a comment or a reminder note in the program.
Tambah komen atau nota peringatan dalam program ini

Peneraju Pendidikan Negara


2.4 REKA BENTUK ELEKTRONIK
Controller I/O
All commands under this group are used to interface with Magnetcode project board,Such as: LED1 = On, Buzzer
= On, Motor1 = Forward.
Semua arahan di bawah kumpulan ini digunakan untuk antara muka dengan Magnetcode papan , Seperti: LED1 =
On, Buzzer = On, Motor1 = Forward .

Dout1 = On
Turn on or off DOUT output on the project board.
Hidupkan atau matikan DOUT output di papan projek.

Read_Controller
Read all sensors values from the project board.
Note: Please add ‘Timer = 100msec’ after this command.
Baca semua nilai sensor dari lembaga projek.
Nota: Sila tambahkan 'Pemasa = 100msec ' selepas arahan ini
Peneraju Pendidikan Negara
2.4 REKA BENTUK ELEKTRONIK
Untuk menulis sebuah pengaturcaraan melibatkan peranti input dan peranti output dengan mikropengawal
kerangka asas perlu digunakan. Kerangka asas sebuah pengaturcaraan mengikut perisian MagnetCode adalah
seperti di bawah.

Peneraju Pendidikan Negara


2.4 REKA BENTUK ELEKTRONIK
BIL BARIS BAHASA CATATAN BAHASA PENGATURCARAAN
ATURCARA
1 1 Note Untuk menulis sebarang catatan

2 2 Read _Controller Perlu digunakan untuk melengkapkan bacaan aturcara apabila


menggunakan peranti input pengesan dan suis
3 3 If C_Din = 1 Suis memberi data

4 4 Dout 1= On Bekalan kuasa elektrik 5VDC akan di hantar ke Dout 1


5 5 Timer = 400 msec Bekalan kuasa elektrik 5VDC dihantar ke Dout 1 selama 400 msec
6 6 Dout 1= off Dout1 diputuskan arus elektrik

7 7 Timer = 400 msec Dout 1 diputuskan bekalan kuasa elektrik selama 400 msec
8 8 Goto = 4 Arahan aturcara dihantar semula ke baris nombor 4
9 9 End If Arahan akan dimatikan jika ada sebarang arahan lain
10 10 Goto = 1 Arahan aturcara dihantar semula ke baris nombor 1

Contoh Pengaturcaraan Magnetcode


Peneraju Pendidikan Negara
2.4 REKA BENTUK ELEKTRONIK
2.4.6 Membuat pengujian dan penilaian kefungsian litar elektronik.
PENGUJIAN
Bil Nama Peranti Bacaan meter pelbagai /multimeter (Ohm) Fungsi (/) atau Tidak (x)
analog
Panduan:
Jarum meter pelbagai / multimeter
bergerak, komponen berfungsi

1 Input
(suis tekan tutup)
2 Output (LED)
3 Bekalan kuasa

Contoh Jadual ujian kefungsian litar elektronik menggunakan meter pelbagai /multimeter
Nota : Bergantung kepada projek kit elektronik yang digunakan
Peneraju Pendidikan Negara
2.4 REKA BENTUK ELEKTRONIK

Penilaian
Penilaian dilakukan untuk melihat kefungsian litar elektronik dengan menggunakan jadual.

Bil Aspek Yang Dinilai Catatan Pemerhatian


1 Input- Suis tekan tutup LED boleh berkelip apabila suis ditekan

2 Kekemasan pendawaian Kabel pelompat diikat dan disusun dengan


kemas.
3 Output LED berkelip

Contoh Jadual penilaian kefungsian litar elektronik

Peneraju Pendidikan Negara


2.4 REKA BENTUK ELEKTRONIK
2.4.8 Mencadangkan penambahbaikan ke atas reka bentuk litar elektronik
• Penambahbaikan dilakukan supaya litar elektronik dapat berfungsi dengan
lebih baik.
• Cadangan hendaklah diberikan dalam bentuk yang ringkas dan tepat serta
sebarang perbincangan tidak boleh disertakan.
• Bahagian ini hanya membincangkan cadangan-cadangan penambahbaikan
tentang kerja-kerja lanjutan atau perubahan yang perlu dilakukan pada masa
hadapan.
• Sebaik-baiknya cadangan dinyatakan dalam bentuk butiran atau senarai.
Berikut adalah contoh jadual cadangan penambahbaikan yang boleh
digunakan.
Peneraju Pendidikan Negara
2.4 REKA BENTUK ELEKTRONIK

BIL KELEMAHAN PENAMBAHBAIKAN

1 Kecerahan LED Tambahkan LED

2 Suis Tekan Tutup Menggunakan penderia cahaya

Contoh jadual penambahbaikan reka bentuk litar elektronik


Peneraju Pendidikan Negara
2.4 REKA BENTUK ELEKTRONIK
PANDUAN LAPORAN PROJEK

• Tajuk
• Abstrak atau ringkasan
• Jadual kandungan
• Pengenalan
• Lakaran gambar rajah blok
• Lakaran gambar rajah susun atur
• Pengaturcaraan
• Jadual pengujian dan penilaian
• Cadangan penambahbaikan
• Penutup
Peneraju Pendidikan Negara

Anda mungkin juga menyukai