Anda di halaman 1dari 3

SKRIP MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR

BIL AGENDA TEKS

1. Ketibaan para Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

jemputan dan ibu


Yang Diraikan En Ziman bin Mohammad Guru Besar
bapa
Sekolah Kebangsaan Kpg Bungai
Yang Dihormati En Radzuan bin Osman, YDP PIBG Sk Kpg
Bungai
Yang Dihormati Guru-guru Penolong Kanan
PERMULAAN MAJLIS
Rakan Guru, ibu bapa dan anak muid yang cikgu kasihi
sekalian.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Alhamdulillah dengan izin Allah swt kita sama-sama kita
dapat berkumpul pada hari ini untuk bersama-sama dalam
majlis perpisahan Tuan Guru Besar Sk Kpg Bungai iaitu EN
Ismail bin Hassan.
Majlis ini merupakan penghargaan serta ucapan terima
kasih yang tidak terhingga kepada EN Ismail bin Hassan
atas komintmen yang tinggi, jasa dan penghargaan serta
segala khidmat bakti dan budi yang telah beliau berikan
sepanjang berada di SK Kpg Bungai sebagai guru besar.

Doa Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput Ustaz _______________ untuk memimpin
bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
3. Ucapan YDP Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh YDP kita En Rdzuan
bin Osman. Dipersilakan.
___________________________________________

Terima kasih diucapkan atas ucapan itu tadi.


4. Ucapan Wakil Guru Seterusnya, majlis menjemput wakil guru kita, Pn Norfizahtun
binti Muhamad untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
____________________________________________
Terima kasih diucapkan kepada Pn Norfizahtun atas ucapan
itu tadi.
5. Ucapan GB
Guru-guru dan hadirin sekalian, kini tibalah masa yang
ditunggu-tunggu iaitu ucapan dan amanat yang akan
disampaikan oleh guru yang diraikan EN Ismail bin Hassan
Oleh yang demikian majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan EN Ismail bin Hassan untuk menyampaikan
ucapannya.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
___________________________________________
Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar atas amanat
yang diberikan sebentar tadi. Moga segala amanat dapat
dijadikan ingatan kepada semua murid SK Kpg BUNgai.

6. Tayangan Video Hadirin hadirat sekalian,


Seterusnya majlis diteruskan dengan tayangan video Jasamu
Dikenang.

7. Persembahan murid Bagi memeriahkan lagi majlis, majlis menjemput murid Tahun
6 untuk mempersembahkan persembahan mereka yang
ditujukan khas buat Guru Besar kita.
______________________________________________
Terima kasih diucapkan kepada murid Tahun 6 atas
persembahan itu tadi.

8. Penyampaian Guru-guru dan hadirin sekalian,


majlis pada malam ini akan diteruskan dengan upcara
cenderamata
penyampaian cenderamata.
Oleh itu majlis dengan sukacitanya mempersilakan EN Ismail
bin Hassan diiringgi Utz Shahril Azri bin Md Latif untuk ke atas
pentas . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dimulakan dengan penyampaian cenderamata daripada PIBG


SK Kpg Bungai. Majlis menjemput En Radzuan bin Osman
untuk menyampaikan cenderamata.
________________________________________________
Terima kasih diucapkan kpd En Radzuan atas penyampaian
cenderamata itu tadi.
Seterusnya, Majlis menjemput Pn Norfizahtun bin Muhamad
untuk menyampaikan cenderamata daripada pihak guru dan
staf SK Kpg Bungai
________________________________________________
Terima kasih diucapkan kpd Pn Norfizahtun atas
penyampaian cenderamata itu tadi.

Seterusnya, Majlis menjemput Ketua Kelas Tahun 6, Adik


Shahminzan bin Siamin untuk menyampaikan cenderamata
daripada murid-murid kelas Tahun 6.
________________________________________________

Seterusnya, semua murid dijemput untuk bersalaman bersama


guru besar kita di atas pentas. (hadiah persendirian)

Penutup Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima
kasih diucapkan kepada Yang diraikan Encik Ismail bin Hassn
kerana sudi bersama kita pada hari ini dan kami semua
mendoakan agar Encik Ismail bin Hassan ceria di tempat baru.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan


hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama
memeriahkan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Ibu bapa dijemput untuk menjamu selera.

Anda mungkin juga menyukai