Anda di halaman 1dari 3

PANTUN MALAYSIA MERDEKA KE 56

Bendera berkibar di rumah Pak Agos


Di halaman rumah pasang pelita
Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos
Tarikh kemerdekaan negara kita

Bersyukur menjadi rakyat Malaysia


Bumi bertuah indah permai
Lima Puluh Enam tahun kita merdeka
Tanah Tumpahnya Darahku aman damai

Setiap tahun menyambut merdeka


Jalur gemilang berkibar megah
Sejarah negara jangan dilupa
beratus tahun kita dijajah

Kaum melayu, Cina dan India


Hidup sejahtera bersatu padu
Jasa pemimpin jangan dilupa
Malaysiaku Berdaulat negara maju

Para pemimpin silih berganti


Kini Dato Najib di tampuk kuasa
Kita isi kemerdekaan ini
membina peradaban negara tercinta

Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat


Bersama kita menyambut merdeka
Bersatu berazam penuh semangat
Mari pertahankan kemerdekaan kita.
MALAYSIA MERDEKA

Indah sungguh bunga seri pagi


Disimbah mentari kembanglah ia
Terasa bertuah diri ini
Karna dilahirkan di bumi Malaysia

Tersusun tari lemah gemalai


Mengikut irama chuk chuk kendung
Bumi Malaysia aman dan damai
Sehingga menggamit ramai pelancung

Lincah si gadis menganyam ketupat


Bersama rendang enak dicicah
Merdeka negara lebih setengah abad
Minda dan tingkahlaku masih terjajah

Megah mentari memayungi bumi


Tumbuh tumbuhan hijau melata
Sumber rezki kepada insan
Wahai generasi masa kini
Usah hanya sambut merdeka
Hayati jua sejarah kemerdekaan

Manis dara berbaju kebaya


Keronsang emas menjadi hiasan
Kepada semua rakyat Malaysia
Salam merdeka hamba hulurkan
PANTUN HARI MERDEKA

Sambut merdeka sekali setahun


Keringat tercurah pejuang berjasa
Malaysiaku merdeka 56 tahun
Itulah sejarah perjuangan bangsa

Musim perayaan terlebih makan


Bergelimpangan di jalan mangsa tembakan
Semangat Kebangsaan perlu disuburkan
Prinsip keadilan kita tegakkan

Tulisan rumi bacaan dewasa


Memenuhi laman setiap terbitan
Berjuanglah demi memartabatkan bangsa
Diskriminasi perkauman cuba elakkan

Asap jerami berkepul di titi


Di hujung paya mengail toman
Kestabilan ekonomi menjadi bukti
Malaysia kini melangkaui zaman

Bunga raya bunga kebanggaanku


Jatuh terjemur kelopak merata
Majulah Malaysia tanahairku
Semoga makmur dari sengketa

Anda mungkin juga menyukai