Anda di halaman 1dari 4

9/23/2018 Umur 18 tahun wajar dapat hak mengundi | Muka 10 | Berita Harian

RENCANA (/RENCANA) » Muka 10 (/rencana/muka10) 


Isnin, 9 Julai 2018 | 1:03pm

Cari Kata Kunci 

Umur 18 tahun wajar dapat hak mengundi


Oleh Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar

Share
(https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/07/446925/umur-18-tahun-wajar-dapat-hak-mengundi)

(https://twitter.co
ref_src=twsrc%5Etfw&text=Umur%2018%20tahun%20wajar%20dapat%20hak%20mengundi&tw_p=tweetbutton&url=https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/0
18-tahun-wajar-dapat
Share
(https://plus.google.com/share?app=110&url=https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/07/446925/umur-18-tahun-wajar-dapat-hak-mengundi)

HAK mengundi dalam pilihan raya ialah perkara utama yang perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan dan badan yang
mengendalikan pilihan raya dalam sebuah demokrasi berperwakilan dan dijamin di bawah Perlembagaan.

Perkara 119(1) Perlembagaan Persekutuan menjamin setiap "warganegara yang mencapai umur 21 tahun dan bermastautin
dalam sesuatu bahagian pilihan raya pada tarikh kelayakan adalah berhak mengundi dalam bahagian pilihan raya itu bagi Dewan
Rakyat atau Dewan Undangan Negeri".

Bagaimanapun, di bawah perkara yang sama, Perlembagaan juga meletakkan sekatan hak mengundi kepada rakyat 'jika ia hilang
kelayakan' seperti yang termaktub di bawah Perkara 119(3)(a) dan (b).

Perlembagaan menetapkan umur 21 tahun sebagai hak kelayakan mengundi bagi mereka yang layak di sisi undang-undang.
Negara telah melalui 14 Pilihan Raya Umum (PRU) dari PRU-1 (1959) hingga PRU-14, baru-baru ini.

https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/07/446925/umur-18-tahun-wajar-dapat-hak-mengundi 1/8
9/23/2018 Umur 18 tahun wajar dapat hak mengundi | Muka 10 | Berita Harian

Had umur kelayakan mengundi 21 tahun tidak pernah dikaji untuk diturunkan kepada 18 tahun seperti di negara lain yang
mengendalikan proses pilihan raya di bawah sistem demokrasi berperwakilan.

Sebelum 1970-an, had layak mengundi di seluruh negara demokrasi ialah 21 tahun ke atas. Langkah menurunkan had umur
kepada 18 tahun bermula selepas 1970-an di United Kingdom (1969/70), Eropah Barat (1970-an), Amerika Syarikat (1971),
Kanada, Jerman (1972), Australia, Perancis (1974), diikuti India, Pakistan, New Zealand dan semua negara di Amerika Latin,
Afrika dan Asia pada 1980-an serta Jepun negara yang terakhir pada 2016.

Dalam kalangan negara ASEAN pula, rakyat Indonesia dan Timor Leste ialah pengundi yang termuda, iaitu 17 tahun. Kecuali
Malaysia dan Singapura, negara lain telah menurunkan had umur kepada 18 tahun.

Demokrasi Westminster

Terkini, selain Malaysia dan Singapura, enam negara lain masih mengekalkan had umur 21 tahun ialah Kuwait, Lubnan, Oman,
Cameroon, Samoa dan Tongga.

Ini bermakna, semua negara Komanwel lain (mengamalkan demokrasi Westminster), termasuk India selaku negara demokrasi
terbesar di dunia, masing-masing menetapkan 18 tahun sebagai umur kelayakan rakyat diberi hak mengundi dalam pilihan raya.

Pakatan Harapan (PH) melalui manifesto PRU-14 berjanji mengkaji dan melakukan reformasi beberapa perkara utama dalam
sistem pilihan raya. Di bawah Kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu, pernah dibuat beberapa penambahbaikan dan pindaan
kepada proses pilihan raya, namun tidak mencukupi.

Antaranya ialah dalam aspek urusan perjalanan pilihan raya, termasuk had perbelanjaan kempen, penggunaan dakwat kekal untuk
mengelak penipuan, pengundian pos rakyat luar negara, pengundian awal anggota keselamatan, penyertaan kumpulan pemerhati,
pengenalan pasukan penguat kuasa kempen dan peraturan kecil lain.

Penambahbaikan dan pindaan terhadap perkara asas amalan demokrasi dasar seperti yang membabitkan sistem, hak asasi rakyat
dan kuota perwakilan dalam demokrasi, hak dan kelayakan mengundi, hak dan sistem pendaftaran, kaedah pengundian,
sumbangan dana politik, pembiayaan kempen, penyuburan demokrasi, pengagihan dana parti dan lain-lain.

Langkah segera

Apapun, sebagai langkah segera, perkara yang perlu dikaji untuk penambahbaikan ialah berkaitan hak rakyat dalam proses
demokrasi untuk memilih wakil dan kerajaan. Paling utama perlu dilaksanakan ialah had umur layak mengundi perlu diturunkan
dari 21 tahun kepada 18 tahun.

Bercakap kepada media baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan memberi reaksi yang positif dan menganggap
cadangan itu satu perkara yang perlu dikaji dan dibawa ke Parlimen.

Perdana Menteri bersetuju bahawa rakyat Malaysia sekarang ialah golongan bermaklumat dan umur 18 tahun dianggap berupaya
untuk membuat keputusan bijaksana mengenai kepentingan masa depan negara.

Selepas lebih 60 tahun mencapai kemerdekaan dan 14 kali PRU, sampai masanya dasar had kelayakan umur mengundi
diturunkan kepada 18 tahun, sekali gus meletakkan Malaysia pada tahap sama dengan amalan semua negara demokrasi maju
dan negara lain.

Dari sudut kesesuaiannya, antara faktor yang menyokong perlunya diturunkan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun
ialah:

Syarat umur 18 tahun dalam banyak perkara ialah dasar sebagai syarat yang ditetapkan mengikut pelbagai perundangan lain yang
berkuat kuasa di negara ini.

Belia 18 tahun telah tamat persekolahan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk masuk ke alam pekerjaan. Bagi
warganegara yang tidak memilih untuk menyambung pelajaran ke kolej dan universiti, selepas tamat persekolahan terus mencari
pekerjaan atau menceburi bidang perniagaan.

Mereka yang bekerja dan mencari pendapatan memikul tanggungjawab sebagai anggota masyarakat. Mereka sudah matang dan
boleh mendirikan rumah tangga, sewajarnya diberi hak mengundi untuk memilih wakil dan menentukan kerajaan.

Warganegara bawah 21 tahun yang berpendapatan tinggi membayar cukai kepada kerajaan. Dasar dan penentuan cukai
ditetapkan oleh kerajaan memerintah, iaitu parti yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Tidak adil kepada golongan ini jika
tidak diberi hak mengundi semata-mata kerana umur belum mencapai 21 tahun.

Perundangan lain yang membabitkan penetapan syarat kelayakan berdasarkan had umur menetapkan 18 tahun sebagai umur
kelayakan dan dianggap rakyat umur dewasa. Umur 18 tahun layak membuat permohonan lesen memandu, lesen perniagaan,
memohon pinjaman kewangan, menyertai pasukan keselamatan, tentera atau polis, menandatangani apa-apa kontrak dan
perjanjian serta dianggap dewasa untuk berkahwin.

https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/07/446925/umur-18-tahun-wajar-dapat-hak-mengundi 2/8
9/23/2018 Umur 18 tahun wajar dapat hak mengundi | Muka 10 | Berita Harian

Umur 18 tahun boleh menjadi ahli dalam parti politik, dibenar terbabit dalam kegiatan politik. dan menganggotai pertubuhan politik
berdaftar.

Tanggapan bahawa warganegara bawah 21 tahun dianggap belum matang dan tidak boleh membuat keputusan bijaksana tidak
boleh diterima. Suasana persekolahan dan persekitaran moden mempengaruhi pemikiran warga muda, terdedah kepada
maklumat yang luas, pengaruh media massa dan kemajuan teknologi maklumat menjadikan mereka kumpulan pintar, matang
berfikir, berdikari dan lebih bermaklumat.

Warganegara umur 18 tahun yang terbabit dalam kesalahan dan perbicaraan di mahkamah, dianggap sebagai dewasa dan
dibicara dan jika disabit, menerima hukuman sebagai rakyat dewasa yang bertanggungjawab atas kesalahannya.

Lebih tiga juta warganegara tidak mendaftar

Mengikut statistik penduduk 2018, daripada 30 juta rakyat Malaysia, 18 juta adalah warganegara berumur 21 tahun ke atas yang
layak mendaftar sebagai pemilih.

Daripada jumlah itu, statistik Daftar Pemilih PRU-14 menunjukkan negara mempunyai 14.9 juta pemilih berdaftar. Mengikut
laporan, lebih tiga juta warganegara layak mengundi tetapi tidak mendaftar.

Ini bermakna, 50 peratus sahaja rakyat yang diberi hak mengundi untuk memilih kerajaan di sisi Perlembagaan.

Justeru, jika had umur diturunkan kepada 18 tahun, dijangka jumlah yang layak tetapi tidak mendaftar akan meningkat hampir 1.5
juta (daripada jumlah empat juta sedia ada bertambah kepada 5.5 juta) daripada jumlah kira-kira 20 juta yang akan layak untuk
mengundi.

Bagi menyelesaikan masalah warganegara yang tidak keluar mendaftar, satu jalan yang ada hanyalah untuk kerajaan dan
Parlimen meluluskan Kaedah Pendaftaran Pemilih Secara Automatik sebelum PRU-15.

Menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun akan memberi hak mengundi kepada lebih ramai warganegara dewasa
untuk mengundi pada pilihan raya. Namun, matlamat itu tidak akan tercapai sekiranya sekadar membabitkan pindaan had umur
kelayakan sahaja.

Justeru, perkara ini perlu diselesaikan bersama-sama dengan melakukan pindaan kepada kaedah cara pendaftaran, dari kaedah
mengisi dan menyerah borang pendaftaran (seperti sekarang) kepada sistem pendaftaran secara automatik.

Sistem pendaftaran diguna pakai sekarang terbukti tidak menyelesaikan masalah rakyat yang tidak mendaftar.

Sejak PRU-12 (2008), jumlah rakyat mendaftar sebagai pemilih meningkat secara berterusan dan konsisten di antara 3.5 hingga
empat juta.

Ini disebabkan warga muda yang mencapai umur 21 tahun tidak mengambil berat untuk mendaftar walaupun ada pelbagai promosi
dan peringatan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mereka mendaftar.

Jika warganegara yang mencapai had umur kelayakan tidak dapat didaftarkan, semua masalah rakyat yang tidak mendaftar akan
terus bertambah tahun demi tahun.

Andainya hari ini atas had umur 21 tahun, rakyat yang tidak mendaftar sudah terkumpul kira-kira empat juta, bayangkan jikalau
had umur diturunkan kepada 18 tahun, dijangka pasti hampir bertambah dua juta menjadikan jumlah rakyat yang tidak mendaftar
melebihi 5.5 juta.

Pangkalan data

Sistem pendaftaran secara automatik perlu dilaksanakan sebelum PRU-15. Ia amat mudah untuk dilaksanakan.

Melalui sistem pendaftaran automatik, warganegara yang mencapai umur pada tarikh kelayakan (18 tahun), iaitu berpandukan
kepada pangkalan data warganegara di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), nama dan butir diri boleh dipindah automatik menjadi
Daftar Pemilih Tambahan (DPT) SPR.

Senarai DPT baharu ini hanya disahkan menjadi Daftar Pemilih Induk (DPI) untuk kegunaan dalam pilihan raya setelah daftar ini
melepasi proses saringan dan pembersihan bagi mengeluarkan nama yang telah hilang hak kelayakan di sisi undang-undang.

Mengikut Perkara 119(3)(a) dan (b) Perlembagaan, dua kategori warganegara yang hilang hak kelayakan untuk mendaftar dan
mengundi iaitu pada tarikh kelayakan, dia ditahan sebagai seorang yang tidak siuman atau menjalani hukuman penjara dan kedua,
sebelum tarikh kelayakan, dia disabit kesalahan mahkamah dan dijatuhkan hukuman bunuh atau penjara selama tempoh melebihi
12 bulan dan masih tertanggung menjalani hukum kesalahan itu.

Selepas proses saringan dan pembersihan, setiap nama di bawah kategori yang 'hilang kelayakan' diasingkan untuk dikeluarkan
sebelum DPT disah dan diwartakan.

https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/07/446925/umur-18-tahun-wajar-dapat-hak-mengundi 3/8
9/23/2018 Umur 18 tahun wajar dapat hak mengundi | Muka 10 | Berita Harian

Proses seterusnya sama seperti yang dibuat sekarang dengan DPT suku tahun diwartakan oleh SPR dan boleh digunakan untuk
pilihan raya bila perlu. Pada akhir tahun, empat DPT suku tahun dicantum untuk diwartakan sebagai DPI.

Menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun perlu dilakukan serentak dengan pindaan sistem pendaftaran pemilih secara
automatik. Untuk melaksanakannya, Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda dan dibahas untuk kelulusan dua
pertiga undi pada sidang Parlimen.

1299 dibaca

Berita Berkaitan
(/berita/nasional/2018/01/376432/36j-rakyat-malaysia-belum-daftar-sebagai- (/node/107505)
pemilih-spr)
Pendaftaran pengundi automatik sukar dilaksana - SPR (/node/107505)
3.6j rakyat Malaysia belum daftar sebagai pemilih: SPR
(/berita/nasional/2018/01/376432/36j-rakyat-malaysia-belum-daftar-sebagai-
pemilih-spr)
(/berita/nasional/2018/06/440545/daftar-undi-secara-automatik-usia-21) (/rencana/muka10/2018/04/417961/demokrasi-pilihan-raya-dan-tanggungjawab-
warganegara)
Daftar undi secara automatik usia 21'
(/berita/nasional/2018/06/440545/daftar-undi-secara-automatik-usia-21) Demokrasi, pilihan raya dan tanggungjawab warganegara
(/rencana/muka10/2018/04/417961/demokrasi-pilihan-raya-dan-
tanggungjawab-warganegara)
(/node/92935) (/berita/nasional/2017/07/307518/pm-gesa-37-juta-rakyat-segera-daftar-
pengundi)
Rang Daftar Pemilih Suku Tahun 3/2015 kini dipamer sehingga 9 November
(/node/92935) PM gesa 3.7 juta rakyat segera daftar pengundi
(/berita/nasional/2017/07/307518/pm-gesa-37-juta-rakyat-segera-daftar-
pengundi)
(/berita/nasional/2018/02/387877/36-juta-orang-muda-belum-daftar-pengundi) (/node/38688)

3.6 juta orang muda belum daftar pengundi SPR terima 57,247 permohonan pendaftaran pemilih baharu (/node/38688)
(/berita/nasional/2018/02/387877/36-juta-orang-muda-belum-daftar-
pengundi)

Trending
Syed Hamid sertai AMANAH?
(https://api.cxense.com/public/widget/click/ICSBpFoLqYuwcIyxczKYAeFdImwsZBftdZc_1CEb26VBRilSyg9
VllXaCd36ECSE6Vmerajfbe8BUrxhzDbl1fI8k7vWe9RzYSdl4svcIbSV-
zDErKf3ufhftVugJSHhA1URSlkVobbTswSWCKW7S8MmNPSQNJGdz-
_biLXAIEK02Pgx00voqOGXgzHv3q4cMd1XNagEdMg3l_BPrModClio0HYesClphL_F2Xb-
p2DYS9nhsauBaX9U8Ag2HOLyQ26WgPcBo9saNT65hdxQkkE9h5RzqzJAOd0UP-
whtZEYylDwe9Cn6TANkchWpLn0nJPlKmmgw3OuPC4gjzrHMCUQmLDZ3BjBPtgo8-
gT9KiImRwIcnLHSX7asUxa35AZz8o164mvt6ksImzJVVJdjgjntQigADL7N7TiOSCtu_ZLAtSZCcTaMkLYwkP2
Srq4QWoBkiNLpagFikz3DG5Ev9lDUH9bQYvOjrfxhopk7aPdvud4RuQTyFbs5loPgWRr9pBRMSjcMlXbjaFvo
dUFDIWFL0eHBhvuemGGUskiN2r0RkxD_O5nlX5mauvy2RZznlmNGszi30Icf_wr-
J2WHVxvdiKWf_PVzhyWM0)

(https://api.cxense.com/public/widget/click/ICSBpFoLqYuwcIyxczKYAeFdImwsZBftdZc_1CEb26VBRilSyg9-
VllXaCd36ECSE6Vmerajfbe8BUrxhzDbl1fI8k7vWe9RzYSdl4svcIbSV-
zDErKf3ufhftVugJSHhA1URSlkVobbTswSWCKW7S8MmNPSQNJGdz-
_biLXAIEK02Pgx00voqOGXgzHv3q4cMd1XNagEdMg3l_BPrModClio0HYesClphL_F2Xb-
p2DYS9nhsauBaX9U8Ag2HOLyQ26WgPcBo9saNT65hdxQkkE9h5RzqzJAOd0UP-
whtZEYylDwe9Cn6TANkchWpLn0nJPlKmmgw3OuPC4gjzrHMCUQmLDZ3BjBPtgo8-
gT9KiImRwIcnLHSX7asUxa35AZz8o164mvt6ksImzJVVJdjgjntQigADL7N7TiOSCtu_ZLAtSZCcTaMkLYwkP2FkVmH7ANPiwKwPcIdGUdp0HVC6nhvW9fz16eWYYh
Srq4QWoBkiNLpagFikz3DG5Ev9lDUH9bQYvOjrfxhopk7aPdvud4RuQTyFbs5loPgWRr9pBRMSjcMlXbjaFvo4jns9DJNzsNCSgeR4j7VZ4Aw5NCkaYaRu0vvuG4_xpz
dUFDIWFL0eHBhvuemGGUskiN2r0RkxD_O5nlX5mauvy2RZznlmNGszi30Icf_wr-
J2WHVxvdiKWf_PVzhyWM0)

13 lelaki gaduh pemilihan PKR direman 3 hari


(https://api.cxense.com/public/widget/click/8rfGDK4oum52_hrDwNzi68CvJzIjocnXn396GHdBfK9kmmgiQfV
KaKrzNAyZgmtqQHfl4fZuCKE2VMrDTT0JMB_D2QROw0BjkyZiV80rmUN9SrahpC7vPFl2LPy653sJ3ApY-
TB0qpx-
EOl7Qe8vdkH3SobVFpxsykuf2RJjayqAWWTZuFdfuFV613QGx12VwNs603NFfN_bTtYqHrfYLzTKSgm10f7fJ
BWmCZ8ViTtktHvwA4e3WRqGBSeSABKKSKl0mbEnCb-
hA9680WxaLQkIGM96UwEt8E3eZl4Q48iBkhvPRJr7zwv2_wYxfyFo9XgwIFf8soZqSY3WbdHoS56FyKK4IZfw
s0m-ForUcXPgkuc95b1I7j66DXXguPpoUWSB3vV-
WkovlhSLHMnQztPb4Bzf5jPqjVzyUB_15I_R9e2mGJgQEGp_hPZ4XDhN-
vqBHtV3wDJCjygaFUAoN6IqdvZ0DKqxtIDPeNnsRx1pG3rDwAkQPD4TwIvrOPAc1mUXLapRr0)

(https://api.cxense.com/public/widget/click/8rfGDK4oum52_hrDwNzi68CvJzIjocnXn396GHdBfK9kmmgiQfV1620MvJ1ay5wfKQ38dxdZNXQrVWa96eH2_EMzKCDX
KaKrzNAyZgmtqQHfl4fZuCKE2VMrDTT0JMB_D2QROw0BjkyZiV80rmUN9SrahpC7vPFl2LPy653sJ3ApY-
TB0qpx-
EOl7Qe8vdkH3SobVFpxsykuf2RJjayqAWWTZuFdfuFV613QGx12VwNs603NFfN_bTtYqHrfYLzTKSgm10f7fJPJ5eBAGo96lOP3Lt_XF5Hn2qWlDIrAI_yNB87aNIS4hh
BWmCZ8ViTtktHvwA4e3WRqGBSeSABKKSKl0mbEnCb-
hA9680WxaLQkIGM96UwEt8E3eZl4Q48iBkhvPRJr7zwv2_wYxfyFo9XgwIFf8soZqSY3WbdHoS56FyKK4IZfwSo4h5h0dvjAJNOnnX3_jCtB-
s0m-ForUcXPgkuc95b1I7j66DXXguPpoUWSB3vV-
WkovlhSLHMnQztPb4Bzf5jPqjVzyUB_15I_R9e2mGJgQEGp_hPZ4XDhN-
vqBHtV3wDJCjygaFUAoN6IqdvZ0DKqxtIDPeNnsRx1pG3rDwAkQPD4TwIvrOPAc1mUXLapRr0)

Tolonglah ke stadium
(https://api.cxense.com/public/widget/click/XwZWYUk_AYV0XrHC9ZbQqKW36jZwXvL_QFIPKBpQCHBbuc
aMn1gmA5vdDhJCmeQzo-soUx15P2RUNSyG_mHJ_OHKgrlOXRWLC8R-
AshLrstcvNdZCB3NlnBlDbP_bWL9HYhS4oZyDZwAZcYeJZlH3odWDzGRN-
FG6n8hwQm1UMhL3V0r5Pt85zbrnF8k_GbXro6TEF_zj6TQgkowNWIx2dO7OXZ1JpyqYbXF0cKYvyjvs9hLSS
k-UjBuF9sJxOnG-L4olc2TiFxA9OPiW6YKAb7CUlb_BzZwBN-Q-eL4F7QkS-
bKhx2xZtL5DWC3bnA66EQquguv4oR0OhptMk6czkTavT-
6lmd7G4jIYDcqkMqstmd89I0y9T_9sElLFHlME8ZYEHRiTBZp6o94Ylee0l481MnDh40VDB8D6VILLvgHlD4aal
Cpdr1PoiSpuJ_tJ9YNt7qQZKlRX_sZqJKfOVkCzLZCGtln8TqJQC-
NWzxF3jZ9Ub6jgZ1Troch6ZfvPrfT_acwyypfhnHRr8yLpmHnmDdxAsocQ7BvIpTL80BH_6DhfeSsAE8bh6Vd
MAyIcANRUnFG0bjeaYqDY_tqsrqzdjKt0)

https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/07/446925/umur-18-tahun-wajar-dapat-hak-mengundi 4/8

Anda mungkin juga menyukai