Anda di halaman 1dari 2

Jumaat, 17 Ogos, 2012

Penulisan jurnal praktikum 2


JURNAL 4 (13/8/2012-17/8/2012)

MINGGU 4

MASALAH / ISU

Pada minggu keempat kawalan kelas saya sudah agak maju, saya sudah agak
yakin untuk mengawal kelas dan aktiviti kumpulan juga dapat dikawal dengan agak
baik. Cuma untuk beberapa murid yang agak aktif, saya masih menghadapi sedikit
masalah untuk menarik lebih minat murid-murid pada subjek yang diajar. Sebahagian
besar daripada mereka dapat menguasai pengajaran dan pembelajaran seperti yang
dirancang oleh saya cuma mereka terlalu gemar bermain di dalam kelas semasa saya
memberi penerangan di depan tentang sesuatu topik.

ANALISIS MASALAH

Masalah yang timbul bagi prasekolah ini mungkin disebabkan oleh kaedah
pengajaran saya yang masih kurang menarik dan tidak dapat menarik minat mereka
sepenuhnya. Salah satu juga disebabkan oleh permainan atau aktiviti mereka pernah
lakukan. Ini menyebabkan mereka cepat bosan dan merasakan ia sesuatu yang
mudah dan senang untuk difahami dan dipelajari. Mereka lebih suka melakukan aktiviti
yang baharu dan lebih mencabar. Oleh sebab itu, saya perlu menyediakan aktiviti
yang lebih kreatif dan menarik agar murid-murid lebih berminat.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. Saya perlu lebih kreatif membuat alat bantu mengajar supaya murid-murid lebih
berminat untuk belajar
2. Saya perlu peka dengan tahap kemampuan murid-murid. Contohnya,
memperkenalkan aktiviti yang lebih mencabar dan menarik.
3. Lebih tegas, murid-murid mesti menumpukan sepenuhnya kepada pengajaran
dan pembelajaran.
4. Meminta tunjuk ajar daripada guru-guru lama yang telah berpengalaman untuk
menunjuk ajar yang sepatutnya.
5. Perlu menyediakan lembaran kerja yang menarik dan bergambar.

TEMPOH MASA

Pengurusan masa masih perlu dipertingkatkan. Saya hendaklah memastikan


setiap perancangan saya betul-betul bersesuaian dengan masa yang telah
diperuntukkan. Pengurusan masa yang tidak sesuai sudah tentu akan mencacatkan
pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : ............................................. Tandatangan : .............................................

Nama : ............................................. Nama : .............................................

Tarikh : ............................................. Tarikh : .............................................

Anda mungkin juga menyukai