Anda di halaman 1dari 4

SJK (T) LADANG SUNGAI BONGKOH

08100 BEDONG KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT KURIKULUM 3/2018

Tarikh : 26.08.2018 ( Ahad)


Tempat : Pusat Sumber
Masa : 2.00 pm – 4.00 pm

KEHADIRAN GURU

1. EN.R.SUBRAMANIAM (GURU BESAR)


2. EN.S.VASUDEVAN ( PK PENTADBIRAN)
3. PN.K.KALAISELVI ( PK HEM)
4. PN.V.RENGGAMAH ( PK KOKURIKULUM )
5. PN.P.SARKUNAVATHY
6. EN.T.MUNIRAJOO
7. EN.V.SELVAN
8. EN.S.SOMESUNTHER
9. PN.R.BANU

TIDAK HADIR
-

I. UCAPAN ALUAN
Penolong Kanan Kokuriklum mengucapkan terima kasih kepada semua guru di atas
kerjasama dalam pelaksanaan program kokurikulum. Beliau berharap agar semua guru
berdedikasi dalam menjayakan setiap program ko-kurikulum sekolah sepanjang tahun
ini.

II. PERUTUSAN PENGERUSI

1
1. Guru Besar mengalu-alukan kehadiran para guru ke mesyuarat Kokurikulum kali
ketiga bagi tahun 2017.
2. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru di atas sumbangan yang
diberikan selama ini kearah peningkatan kualiti dan prestasi sekolah.
3. Beliau meminta semua peyelaras menyediakan post mortem bagi sepanjang enam
bulan ini dan juga membuat analisis kekuatan dan kelemahan semua aktiviti yang
telah dibuat.
4. Beliau juga mengingatkan semua guru supaya melatih pasukan elit sekolah yang
mewakili sekolah ke semua pertandingan.
5. Beliau juga meminta guru –guru menjaga keselamatan murid –murid pada waktu
kokurikulum dijalankan.
(Tindakan Semua Guru )

III. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU


6. Pengerusi membacakan minit mesyuarat kali kedua.
7. Pn.S.Manchula telah mencadangkan minit mesyuarat yang lalu, minit telah disahkan
tanpa pindaan dan disokong oleh Puan. R.Banu.

IV. PERKARA BERBANGKIT


8. Dokumentasi Program Sekolah
a) Semua guru diminta untuk menghantar dokumentasi aktiviti atau pertandingan
yang telah diadakan untuk semakan guru besar.
b) Dokumentasi yang dihantar itu juga menjadi bahan bukti bagi setiap aktiviti
yang dijalankan di sekolah serta membantu untuk membuat tuntutan.
(Tindakan Semua Guru Penyelaras)

V. PENGURUSAN FAIL DAN KEHADIRAN MURID


9. Guru Besar meminta semua guru supaya melengkapkan fail persatuan, badan
beruniform dan sukan permainan.
10. Guru-guru penyelaras dikehendaki meyediakan rancangan tahunan bagi persatuan,
badan beruniform dan sukan permainan.
11. Selain itu, guru-guru penyelaras juga dikehendaki mengambil kehadiran murid
untuk aktiviti kokurikulum dan melengkapkan laporan aktiviti yang dijalankan.

2
12. Guru-guru diminta untuk menghantar fail persatuan, badan beruniform dan sukan
permainan bagi pemantauan oleh Guru Besar setiap minggu.
(Tindakan: Semua Guru)

VI. PERTANDINGAN KOAKADEMIK BAHASA TAMIL


13. Penolong kanan kokurikulum mengucapkan terima kasih kepada semua guru
persatuan bahasa kerana telah melatih dan menghantar murid-murid ke pertandingan
koakademik peringkat daerah.
14. Penyelaras persatuan bahasa diminta mengadakan pertandingan bahasa di peringkat
sekolah supaya dapat mengenalpasti murid-murid berbakat.
15. Beliau juga mengingatkan guru-guru supaya melatih murid-murid dari awal tahun
kerana dapat menyertai semua kategori dalam pertandingan koakademik tahun
hadapan.
(Tindakan Guru Penyelaras)

VII. SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN


16. Sambutan Hari Kemerdekaan merupakan aktiviti Kokurikulum yang belum
diadakan dan dirancang untuk diadakan bulan Ogos.
17. Encik.V.Selvan dilantik sebagai pengerusi sambutan hari kemerdekaan peringkat
sekolah ini.
18. Beliau mencadangkan membuat satu perasmian pada 16 Ogos 2017 di perigkat
sekolah dan menjalankan aktiviti-aktiviti sempena kemerdekaan sepanjang bulan
Ogos hingga September.
19. Tugas-tugas akan diagihkan kepada semua guru.
20. Penolong Kanan Kokurikulum meminta kerjasama daripada semua guru bagi
menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan kali ini.

VIII. LAWATAN SEKOALH


21. Guru besar memberi cadangan membuat lawatan sekolah pada tahun ini.

3
22. Encik V.Selvan dilantik sebagai penyelaras program lawatan ini.
23. Pn.P.Sarkunavathy memberi cadangan tempat lawatan seperti zoo dan muzium di
Taiping Perak.
24. Guru Besar meminta penyelaras program membuat persediaan awal seperti kutipan
duit, borang kebenaran dari JPN Kedah, dan pengakutan.

IX. HAL-HAL LAIN


25. Guru Besar mencadangkan mengadakan Kem Kokurikulum selepas peperiksaan
UPSR.
26. Beliau meminta PK Kokurikulum supaya mengemaskini papan kenyataan
kokurikulum masa ke semasa.
27. Beliau juga mengingatkan penyeleras persatuan, kelab dan badan berunifrom supaya
membuat TOV dan ETR bagi bidang masing-masing.
28. Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum di luar sekolah pencapaian murid-
murid dalam tahap yang memuaskan kerana murid-murid hanya mendapat sijil
penyertaan bagi kebanyakan aktiviti yang diambil bahagian.
29. Penolong Kanan Kokurikulum berharap agar murid – murid dapat mencapai lebih
banyak kejayaan lagi dalam bidang kokurikulum pada tahun hadapan.
(Tindakan Penolong Kanan Kokurikulum)

X. PENUTUP
30. Penolong Kanan Kokurikulum mengucapkan terima kasih atas kehadiran,
kerjasama, kesabaran dan idea guru – guru dalam mesyuarat ini serta berharap
komitmen daripada semua guru.
31. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.
(Tindakan Semua Guru)

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

……………………………. ……………………………..

(VASUDEVAN A/L SUBRAMANIAM) (SUBRAMANIAM A/L RAJOO)


PENOLONG KANAN KOKURIKULUM GURU BESAR
SJK (T) LDG SG BONGKOH

Anda mungkin juga menyukai