Anda di halaman 1dari 2

KATA GANTI NAMA

Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.


Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri,
Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang
2. Kata ganti diri terdiri daripada:
(a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b)kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.

a) kata ganti diri


Kata Ganti Diri Pertama
1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang
yang bercakap.
2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang
berbentuk jamak.

Kata ganti nama Diri Kedua


Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.

Kata Ganti diri ketiga


kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.

Kata Ganti Nama Diri Tunggal Bilangan Banyak / Jamak


Diri Pertama aku kami
( Orang yang bercakap ) saya kita
patik
hamba
Diri Kedua awak awak semua
( Orang yang dilawan kamu kamu semua
bercakap ) engkau saudara sekalian
encik saudari sekalian
cik encik-encik
saudara cik-cik
saudari tuan-tuan
tuan puan-puan
puan anda semua
anda kalian
tuanku
Diri Ketiga dia mereka
( Orang yang diceritakan ia
halnya) nya
beliau
baginda
b) Kata Ganti Tanya
1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat,
masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

Benda Orang Tempat Masa Hal Bilangan


apakah siapakah manakah bilakah bagaimanakah berapakah
kenapakah
mengapakah

c) Kata Ganti Tempat

1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.


2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:

ata Ganti Tempat Penggunaannya


sana digunakan untuk tempat yang dianggap jauh
digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang
sini
yang bercakap
digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak
situ
sejauh sana
Benda, orang, Binatang ini, itu
Tempat sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat
dengan penutur)
sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)
situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)
Keadaan begini, begitu, demikian

d) Kata Ganti tak tentu.

1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu
2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Ganti Umum / Tak Tentu Ayat-ayat contoh


apa-apa 1. Entah apa-apa yang dibawanya
2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi
gurunya.
Siapa-siapa 1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.
2. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan pertunjukan
itu.
Mana-mana 1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja.
2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.
Kata Ganti Tak Tentu Penggunaannya
sapa-sapa digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu
mana-mana, masing-masing, digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu
seseorang,dan sesuatu digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu
siapa-siapa atau sesiapa