Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYU ARA

71300 REMBAU
NEGERI SEMBILAN

MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA SESI 2018

Masa : 8.30 pagi – 11.30 pagi


Tarikh : 26 Disember 2017
Tempat : Makmal Komputer SK Kayu Ara

KEHADIRAN
1. Pn Zainun@Norainun Bt Lain (Guru Besar)
2. Pn. Hajjah Norsiah Binti Abd Majid (Guru Penolong Kanan Akademik)
3. Pn. Norashikin Binti Majid (Guru Penolong Kanan HEM)
4. En. Rizuwan Bin Che Razak (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
5. En. Arian Smail
6. Pn. Rohana Binti Rain@Arbain
7. Pn. Zalina Binti Md. Jadi
8. Pn. Nor Faiza Binti Zakariya
9. Pn. Zaharah Binti Baharudin
10. Pn. Siti Faiznur Binti Norman
11. Latifah Bt Ibrahim
12. En. Mohd Hanif B Mohd Yasin

TIDAK HADIR BERSEBAB


1. Pn. Hazlina Binti Mohamat

AGENDA MESYUARAT

Bil Agenda Mesyuarat

1.0 UCAPAN GURU BESAR


1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. Mengucapkan terima
kasih kepada semua guru kerana dapat hadir dan berkorban masa demi
meningkatkan kecemerlangan tahun 2018.
1.2 Guru besar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang
bertungkus – lumus mendidik murid-murid sekolah ini, khususnya murid –
murid Tahun 6.
1.3 Guru besar menyatakan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Rembau telah
memaklumkan bahawa sekolah- sekolah perlu mengadakan mesyuarat
pengurusan sebelum 2 Januari.
1.4 Guru Besar juga mengucapkan terima kasih kepada guru – guru yang hadir
semasa cuti sekolah dan membuat persiapan kelas untuk awal persekolahan.
1.5 Guru Besar menyampaikan dapatan yang diperoleh hasil taklimat Majlis
Guru Besar bersama PPD. Beliau juga mengucapakan terima kasih kepada
Pn Norashikin kerana sudi menggantikan beliau pada sesi taklimat
tersebut.(rujuk lampiran)
1
Bil Agenda Mesyuarat

Makluman semua guru

2.0 UCAPAN GURU PENOLONG KANAN AKADEMIK

2.1 GPK 1 mengucapkan terima kasih kepada guru besar atas ucapan.
2.2 Beliau membuat agihan tugas guru tahun 2018. (rujuk lampiran)
2.3 Beliau menyatakan tujuan mesyuarat ini adalah untuk:-
1. Memantapkan lagi pengurusan sekolah pada sesi 2018
2. Memberikan agihan tugasan sesi 2018
3. Membincangkan tentang perancangan tahun 2018.
2.4 Beliau juga telah membentangkan keputusan analisa peperiksaan UPSR 2017
serta analisa Peperiksaan Akhir Tahun bagi setiap kelas dan mata
pelajaran.(rujuk lampiran).
2.5 Beliau juga mengingatkatkan guru – guru mata pelajaran agar membuat
intervensi dan menyediakan laporan berkaitan murid yang lemah
berdasarkan analisa mata pelajaran yang diperoleh.
Tindakan : Guru mata pelajaran

3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3.1 Setiausaha kurikulum membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

Pn. Zaharah Binti Bahrudin mencadangkan minit mesyuarat disahkan.


Disokong oleh Pn. Latifah Bt Ibrahim
Tindakan: SU Kurikulum

4.0 PERKARA BERBANGKIT

4.1 Tiada

5.0 PERANCANGAN PENGURUSAN KURIKULUM 2018

5.1 Pengerusi memaklumkan program – program kurikulum untuk tahun 2018


perlu dirancang awal dan lebih baik
Tindakan: Semua Guru
5.2 Pengerusi juga mengingatkan agar setiap panitia merancang program
peningkatan murid. Beliau menyarankan panitia berbincang dan merancang
program tersebut pada mesyuarat panitia kali pertama.
Tindakan:Semua panatia
5.3 Pengerusi menyarankan agar panitia merancang program panitia sekurang –
kurangnya empat aktiviti dan membuat penilaian aktiviti selepas ia
dijalankan.
5.4 Pengerusi juga menyatakan peruntukan PCG 2018 setiap panitia sebanyak
95% dan beliau mengingatkan panitia masing – masing berbincang supaya
2
Bil Agenda Mesyuarat

dapat merancang kewangan atau pembelian dan tinggalkan 10% duit panitia.
5.5 Pengerusi memaklumkan bahawa semua KP bagi matapelajaran teras mesti
mengumpulkan data analisis item, melaksanakan post mortem,
membincangkan intervensi matapelajaran masing-masing.

Tindakan: KP BM, BI, MT & SN

6.0 LINUS
6.1 Penyelaras LINUS iaitu Pn. Rohana memaklumkan tentang pencapaian
LINUS sesi 2017, masih terdapat:-
1. 2 orang murid yang tidak melepasi LINUS BM &
MATEMATIK iaitu Khalid Al Qayyum (Thn 1),Haziq Hidayat dan
M. Hakimi Janrisuhaimi (Thn 2)
2. 10 orang murid yang tidak melepasi LINUS BI selepas saringan 2
iaitu:

TAHUN 4 TAHUN 2 TAHUN 1


1. M. 2. Muhd Haqimi 1.Khalid Al Qayyum
Azmil Ali Akhbar
Izal
3. Muhd Hakimi 2. Haziq Hidayat
Janrisuhaimi
4. Muhd Yusri 3.Alisha Amani
4.M Adam Aliff
5.Nur Syamira Balqis
6.Nur Saidatul Ain
6.2 Penyelaras mengucapkan terima kasih kepada semua guru guru yang terlibat
menjalankan LINUS dengan penuh sabar. Beliau mengharapkan agar
prestasi LINUS pada tahun hadapan akan lebih baik lagi.
6.3 Penyelaras juga mengingatkan guru - guru yang terlibat dengan LINUS
dapat menanda kertas saringan dan membuat pengesahan dari GB atau GPK
lebih awal. Selain itu beliau meminta semua guru mengumpul Borang BPPI
dan diserahkan kepada penyelaras.

Tindakan: Guru B.Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris Tahap 1

7.0 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


7.1 Pengerusi.mengingatkan agar Jawatankuasa PBS perlu mengadakan
mesyuarat sebanyak 4 kali setahun
7.2 Pengerusi juga mengingatkan guru – guru agar menyediakan laporan secara
offline dan disimpan sebagai rujukan bila berlaku pemantauan.
Tindakan: Guru mata pelajaran Tahun1 –Tahun 5
7.3 Pengerusi juga mengingatkan guru - guru agar menyimpan evidens untuk
ditunjukkan apabila pemantauan dijalankan.
3
Bil Agenda Mesyuarat

Tindakan: SU PBS
7.4 Pengerusi juga mencadangkan penilaian PBS dijalankan pada bulan Jun dan
November iaitu 2 kali setahun.

Tindakan : Semua guru


8.0 PLC
8.1 Pengerusi memaklumkan bahawa semua panitia perlu melaksanakan PLC
dalam PdPc dan laporan aktiviti yang dilakukan hendaklah dihantar.
Tindakan: Semua Guru

9.0 HAL-HAL LAIN


9.1 Pengerusi mengingatkan semua guru agar menyediakan perancangan
strategik dan sasaran kerja tahunan masing-masing.
9.2 Pengerusi juga mengingatkan guru-guru agar membuat persediaan
secukupnya sebelum sesi persekolahan bermula. Taklimat Tahun satu dan
Pembelian buku tulis,pembayaran yuran serta peralatan lain akan dibuat
pada 29 Disember 2017.
9.3 Program Transisi Tahun satu akan dijalankan selama tiga minggu. Manakala
program Transisi BI Tahun satu akan dijalankan selama 4 minggu. Selain itu
, Program Transisi BI Tahun 2 akan dijalankan selama 2 Minggu.
9.4 Pengerusi mencadangkan agar Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dapat
dijalankan sebanyak 5 kali setahun atau 2 bulan sekali.
Pengerusi berharap pada tahun 2018, guru-guru akan dapat
menyempurnakan tugas dengan cemerlang dan berdedikasi.

Tindakan: Semua Guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(HAZLINA BINTI MOHAMAT) (PN. ZAINUN@NORAINUN BT LAIN)


Setiausaha Mesyuarat Kurikulum Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kayu Ara Sekolah Kebangsaan Kayu Ara
71300 Rembau 71300 Rembau
Negeri Sembilan Negeri Sembilan
4
5