Anda di halaman 1dari 2

Teks Pengerusi Majlis Sambutan Ambang Merdeka

Yang Berusaha, Encik Ja’afar bin Md nasir, Guru Besar Sekolah


Kebangsaan SK LKTP bt 27 Lenga, Yang dihormati Encik Abdul
Halim Tawfek bin Khalil, Guru Penolong kanan pentadbiran,
Yang dihormati , Puan Sulaili bt Timyati, Guru Penolong kanan
Hal Ehwal Murid,
Yang dihormati, Encik Rizal bin Sulehan, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum, rakan-rakan guru serta murid-murid yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Malaysia Baru….


Alhamdulillah dengan limpah kurnia dan izinNya, dapatlah kita
sama-sama berkumpul pada pagi ini bagi meneruskan sambutan
ambang kemerdekaan ini.

Irama beralun gendang dipalu,


Langkah diayun berpasang-pasangan,
61 tahun telah berlalu.
Malaysia megah menyambut kemerdekaan.
Sayangi Malaysia …begitulah tema bulan kebangsaan Malaysia
pada tahun ini.

Hadirin sekalian,
Bagi memberkati majlis perasmian ambang merdeka ke 61 pada
hari ini, dijemput Al Fadhil Tn Hj Ruslee bin Bedul untuk
membacakan doa.
Dipersilakan,

Alhamdulillah, Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar


tadi. Semoga kita mendapat keberkatan sepanjang hayat.
Bagi meneruskan acara pada pagi ini, dijemput Guru besar SK
LKTP Bt 27, Encik Ja’afar bin Md Nasir umtuk memberikan ucapan
sempena majlis sambutan ambang merdeka ini.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En jaafar di atas ucapannya
sebentar tadi.

Hadirin sekalian, acara pada pagi ini diteruskan lagi dengan


deklamasi sajak yang akan disampaikan
oleh__________________________________________________________
______.
Dipersilakan.
Terima kasih di atas pendeklamasian sajak sebentar tadi.
Semoga kita dapat menyuntik semangat sayangi Malaysia terus
ke dalam jiwa dan raga.
Baiklah, bukan sahaja bersajak, malah mari kita berkoir/
bicara berirama pula. Dengan itu, majlis diteruskan dengan
menjemput kumpulan koir/ bicara berirama dengan lagunya,
“Inilah barisan kita” dan lagu keranaMu Malaysia.
Buat pengetahuan semua, kumpulan koir/ bicara berirama ini
adalah di bawah bimbingan ______________________
Terima kasih diucapkan di atas persembahan sebentar tadi.

Baiklah dengan berakhirnya persembahan itu tadi maka


berakhirlah perasmian ambang merdeka tahun 2018 ini, diminta
para hadirin berdiri bagi kita sama –sama menyanyikan lagu
“Tanggal 31”.
Semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2018.