Anda di halaman 1dari 2

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM 2015/2016

EN. SEZALI DIN


METAFORA TRAINING AND CONSULTANT
Tel : 04-7323062 / 012-4425241
blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Soalan 33
Sektor pertanian dan industri asas tani menghadapi pelbagai kekangan untuk menjadi sektor yang lebih moden, dinamik dan
berdaya saing. Oleh itu, transformasi perlu dilakukan sebagai jalan penyelesaiannya.
Jelaskan.

 Contoh Skema Jawapan :


a) Pengenalan :
A1  Kepesatan pembangunan negara telah menjadikan sektor pertanian semakin dipandang rendah dan menghadapi
pelbagai masalah menyebabkan para petani tidak berminat menjalankan kerja-kerja tani.
A2  Oleh itu, kerajaan perlu mengatasi masalah ini dengan melaksanakan pelbagai pendekatan yang terkini.

b) Isi-isi
Isi / Idea Huraian
A. Kekangan / Masalah :
I.1 Tenaga buruh H.1 Kekurangan tenaga buruh yang mendesak sehingga terpaksa import buruh asing.
H.2 Kekurangan tenaga buruh yang berpelajaran, produktif dan cekap.
H.3 Kebanyakan petani uzur dan tua.
H.4 Generasi muda menganggap bidang ini tiada jaminan masa depan.

I.2 Sumber kewangan H.1 Sukar memperoleh kemudahan pembiayaan pinjaman daripada pelbagai agensi
kewangan.
H.2 Menghalang penyerapan teknologi yang lebih moden dan terkini.
H.3 Sukar untuk melakukan penanaman semula seperti tanaman getah, kelapa sawit yang
telah tua dengan baka benih atau klon yang berkualiti tinggi.

I.3 Input pertanian H.1 Tiada benih bermutu.


H.2 Contohnya bagi sektor sayuran – 95% benih diimport dari Thailand, Taiwan, China dan
Australia.
H.3 Benih tembikai hibrid yang dapat mengeluarkan hasil yang banyak dan berkualiti tinggi
terpaksa diimport dari Taiwan.
Kekurangan sumber bahan kimia seperti baja, racun serangga, bahan kimia pengawet,
H.4
bahan kimia pencegahan penyakit.

I.4 Teknologi canggih H.1 Kekurangan peralatan canggih.


H.2 Pengurusan tidak sistematik dan terkini.
H.3 Pembaik pulih tanah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
H.4 Petani mengamalkan kaedah tradisional ~ bergantung kepada faktor alam semula jadi.

B Transformasi :

I.5 Teknologi moden dan H.1 Meningkatkan pengeluaran daripada bergantung kepada tenaga buruh kepada
kepakaran berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan ilmu pengetahuan/khidmat nasihat.
H.2 Program pemindahan teknologi dan kaedah tanaman yang baru bagi meningkatkan
produktiviti – kaedah mutasi aruhan.
Contohnya teknik fertigasi dan hidroponik/aeroponik bagi melahirkan usahawan tani
H.3
moden.
Bagi pembangunan sektor perikanan, program akuakultur secara nukleus dan open sea
H.4 cage culture (sangkar) bagi mengurangkan kehilangan hasil akibat ’post harvest’ (pos
penangkapan).
Menghasilkan kaedah bioteknologi seperti selembu, puyam, kambing boer dan
H.5 jamnapari.

I.6 Sistem bersepadu H.1 Bagi memperoleh kaedah berskala secara optimum seperti projek berkelompok,
pemuliharaan tanah terbiar secara estet/kelompok, Taman Kekal Pengeluaran Makanan
dan Projek 10 Tan Padi.
Amalan Pertanian Baik digalakkan supaya keluaran pertanian berkualiti dan selamat
H.2
kepada pengguna.
Program penanaman secara integrasi ladang bagi mengoptimumkan penggunaan
H.3 kawasan ladang dan hasil sampingan dengan ternakan lembu.

AWAS !!!
Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.
@ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT
Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM 2015/2016
EN. SEZALI DIN
METAFORA TRAINING AND CONSULTANT
Tel : 04-7323062 / 012-4425241
blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

I.7 Kemudahan H.1 Kemudahan infrastruktur dan khidmat sokongan di sektor pertanian ditingkatkan.
infrastruktur H.2 Kemudahan saliran dan pengairan serta jalan ladang diperbaiki dan dinaik taraf dari
semasa ke semasa.
H.3 Kemudahan pemasaran seperti pusat pengumpulan dan pengeluaran produk pertanian
juga disediakan seperti pasar tani, agensi seperti FAMA.
Dapat meningkatkan keberkesanan rangkaian pemasaran produk pertanian dari ladang
H.4
ke pasaran.

I.8 Penyelidikan dan H.1 Bagi mencari kaedah terkini untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti.
Pembangunan (P&P) H.2 Penjenamaan semula produk pertanian seperti Malaysia Best.

I.9 Sikap petani H.1 Penghasilan peralatan baru seperti alat menuai, pengesanan penyakit, baja dan bahan
kimia.
H.2 Mengubah paradigma terhadap sektor pertanian 'Pertanian Adalah Perniagaan'.
H.3 Sanggup menerima perubahan melalui latihan, kursus dan seminar daripada agensi
swasta dan kerajaan seperti kursus menternak lintah, cacing dan ikan keli.
Mempunyai daya saing tinggi.
H.4

c) Kesimpulan :
A1  Sektor pertanian juga penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara, walaupun menghadapi pelbagai
kekangan.
A2  Sektor pertanian perlukan transformasi agar rakyat memperoleh manfaat daripadanya.

Skema Jawapan = 3 + 2 / 2 + 3

Catatan :
 Pelajar perlu membuat karangan dalam bentuk huraian terhadap isi dan huraian skema yang diberikan.
Catatan PENTING :
 Jumlah PERKATAAN dalam karangan di atas melebihi 400 patah perkataan yang dibenarkan dalam skema pemarkahan.
 Pelajar perlu meringkaskan karangan tersebut agar tidak melebihi 400 patah perkataan.
NOTA Tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan

AWAS !!!
Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.
@ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT