Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

TUGAS PROJEK

TAJUK PROGRAM: NAMA GURU PELATIH:

PISMP

KOD DAN NAMA KURSUS: SEMESTER:

MTES3033 GEOMETRI 2

TARIKH MULA TARIKH HANTAR:

Hasil Pembelajaran Kursus:

Pada akhir kursus ini pelajar dapat :


1. Menghasilkan teselasi satah dan geometri satah yang berunsurkan seni dengan perisian
dinamik geometri. (C3, P4, PLO1, PLO2)
2. Menghuraikan transformasi dan simetri satah menggunakan perisian dinamik geometri.
(C4, P4, PLO1, PLO2)
3. Menghuraikan ciri-ciri binaan pepejal sekata dan separa sekata. (C4, P4, PLO1, PLO2)
4. Mereka cipta produk berunsurkan seni dengan teknik-teknik lipatan dalam kejuruteraan
kertas serta mempamerkan hasil ciptaan secara berkumpulan. (C6, P7, A4, PLO2, PLO3,
PLO4, PLO5, PLO9)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4.

Objektif Projek:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut.

1. Menggunakan pengetahuan dan kefahaman teselasi satah dan geometri satah untuk
merekacipta dan menghasilkan satu teselasi Escher yang berunsurkan seni dengan
perisian dinamik geometri.
2. Menyelesaikan masalah dengan menggunakan pengetahuan dan kefahaman
trasnsformasi dan simetri satah.
3. Membina pepejal Platonik, Archimedes dan Kepler-Poinsot dengan menggunakan
bentangan dan menguraikan ciri-ciri pepejal yang dibina.
4. Menyediakan papan cerita untuk buku cerita ​pop-up​ dan menghasilkan buku cerita
pop-up​.
5. Menguruskan pameran mini untuk produk Kejuruteraan Kertas.
Tugasan Projek (100%) : ​Teselasi Escher, Kuiz​, ​Pepejal Sekata dan Separa Sekata, Buku
Cerita Pop-up dan Pameran Mini

1. Teselasi Escher (15%)

Rama seorang guru matematik telah diberi tugas untuk menghiaskan dinding di luar
makmal matematik dengan corakTeselasi Escher iaitu satu teselasi satah yang
berunsurkan seni. Beliau telah mereka cipta dan menghasilkan satu teselasi Escher
yang menarik.

Tugas anda: Mereka cipta satu teselasi Escher dan cetaknya pada kertas saiz A4.
Anda perlu terangkan langkah-langkah menyediakan motif teselasi itu dan seterusnya
langkah-langkah menghasilkan teselasi satah untuk menghiaskan sebuah dingding.
Gambar rajah atau gambar yang sesuai perlu digunakan untuk menyokong penerangan
langkah-langkah.
2. Kuiz (10%)

Tarikh: __________

Menyelesaikan masalah Transformasi dan Simetri Satah. (Sila lihat Kuiz dan Skema
Pemarkahan yang dilampirkan) : Empat soalan jawapan pendek.

3. Pepejal Sekata dan Separa Sekata (15%).

Cik Gu Rosy ingin menyediakan polihidron untuk menghiaskan pokok Krismas. Anda
sebagai kawan baik Cik gu Rosy ingin membantu beliau dan telah menyediakan semua
pepejal platonik, dua pepejal Archimedes dan satu pepejal Kepler- Poinsot.

Tugas anda: Membina semua pepejal platonik, dua pepejal Archimedes dan satu
pepejal Kepler-Pointsot daripada bentangan masing-masing. Seterunya anda perlu
menulis satu huraian ringkas tentang ciri-ciri salah satu daripada dua pepejal
Archimedes yang anda telah membina.

4. Buku Cerita Pop-up (15%).

Pn. Ramlah seorang guru ingin menghadiahkan sebuah buku cerita ​pop-up​ kepada
anak kawannya pada hari jadi budak itu. Beliau ingin mereka cipta sebuah buku cerita
yang menarik dan menghasilkan buku itu sendiri dengan menggunakan pelbagai teknik
kejuruteraan kertas.

Tugas anda: Menyediakan satu papan cerita yang menyatakan secara ringkas
kandungan muka surat dan teknik kejuruteraan kertas yang akan digunakan.
Seterusnya, menyediakan buku cerita ​pop-up​ berdasarkan papan cerita yang telah
disediakan.

5. Pameran Mini (Kerja Kumpulan)(5%)


Kelas anda dipilih untuk menguruskan pameran mini untuk berkongsi ilmu tentang teknik
kejuruteraan kertas dengan orang awam.

Tugas anda: Sediakan satu rancangan ringkas yang merangkumi maklumat berikut:
Tempat pameran, tarikh dan masa pameran, AJK dan specifikasi tugas setiap ahli kelas
termasuk jadual waktu kerja sebelum, semasa dan selepas pameran.
Bahan yang perlu dipamerkan ialah buku –buku cerita ​pop-up​ yang telah disediakan
oleh ahli kelas anda.
Untuk berkongsi ilmu kejuruteraan kertas, sediakan aktiviti ​hands-on​ yang menunjukan
teknik-teknik kejuruteraan kertas dengan arahan yang jelas.
Laporan bergambar pameran.
Semua ahli kelas pelu bekerjasama untuk menjayakan pameran mini ini.

(Jumlah markah kerja kursus: (60/60) x 100 = 100%

Panduan Pelaksanaan Projek

Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :


1. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini
2. Fon Arial
3. Saiz huruf - 12
4. Langkau 1.5 baris
5. Rujukan mengikut format APA( ​American Psychological Association​)
6. Tulis satu laporan yang merangkumi yang berikut:
Kandungan laporan
(i) Bahagian A: Teselasi Escher
Satu muka surat dengan teselasi Escher yang telah di reka cipta.
Motif: Langkah-langkah menyediakan motif
Teselasi: Langkah-langkah menyediakan teselasi
Borang maklumbalas
(ii) Bahagian B: Kuiz: Kertas Soalan sahaja.
Borang maklumbalas
(iii) Bahagian C: Pepejal Platonik, Archimedes dan Kepler-Poinsot
Gambar setiap pepejal yang telah disediakan
Huraian ciri-ciri salah satu pepejal Archimedes yang telah disediakan.
Borang maklumbalas
(iv) Bahagian D: Buku cerita ​pop-up
Papan cerita buku ​pop-up
Gambar setiap muka surat buku cerita.
Borang maklumbalas
(v) Pameran Mini (kerja kumpulan)
Rancangan ringkas pameran.
Laporan bergambar pameran.
Borang maklumbalas
7. Amalan plagiat tidak dibenarkan
8. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
10. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 60%.

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria - kriteria Cemerlang seperti yang
dinyatakan dalam rubrik pemarkahan.

Disediakan oleh Disemakan oleh

(PUMADEVI.S.) ( )
Penyelaras Kursus MTES3033 Pakar Bidang (SME)
Jabatan Matematik Jabatan Matematik
IPG Kampus Raja Melewar IPG Kampus Raja Melewar

Disahkan oleh:

( )
Ketua Jabatan Matematik
Jabatan Matematik
IPG Kampus Raja Melewar

Anda mungkin juga menyukai