KERTAS PENERANGAN
(P-115-02-05-LE2-IS2)
40
ISI KANDUNGAN
LE 2 – ROMBAK RAWAT BREK MASTER PUMP, BRAKE CALIPERS DAN WHEELS CYLINDERS
41
No. & TAJUK
LE 2 – ROMBAK RAWAT BREK MASTER PUMP, BRAKE CALIPERS DAN
PENGALAMAN WHEELS CYLINDERS
PEMBELAJARAN
TEMPAT : Bilik Kuliah TEMPOH : 30 minit Code No. : P-115-02-05-LE2-IS2 Muka: 1 drp : 7
TUJUAN :
Kertas penerangan ini menjelaskan pengenalan,jenis-jenis serta fungsi master pump,brake caliper dan
wheel cylinder.
PENERANGAN :
Brek ialah satu alat mekanikal untuk memperlahankan atau memberhentikan kenderaan dengan
cara geseran.Ia menukar kuasa momentum(tenaga kinatik) kepada haba.Amalan biasa apabila pedal
brek ditekan,gesel brek akan menyentuh gelendung atau piring brek dan memperlahankan kenderaan
pusingan roda,seterusnya geseran diantara tayar dengan permukaan jalan akan memperlahankan
kelajuan kenderaan.Disini jelaslah bahawa yang menyebabkan kenderaan dapat berhenti adalah
geseran diantara tayar dengan gelendung(drum) atau piring(disc) brek.Jadi untuk mendapatkan
kecekapan brek yang tinggi,janganlah menekan brek terlalu kuat sehingga menyebabkan roda
terkunci.Sekiranya ini berlaku tayar akan menggelungsur diatas jalan raya.Geseran yang terjadi ini
ialah geseran kinatik.Brek hendaklah ditekan secara perlahan supaya roda terus bergolek sehingga
ianya berhenti.Dengan itu kenderaan dapat diberhentikan dengan cepat kerana geseran
yang terjadi diantara tayar dan permukaan jalan adalah geseran statik.
Walau bagaimanapun ada beberapa faktor lain yang mempengaruhi kecekapan brek.Faktor-faktor itu
ialah:
1. Jumlah tekanan yang diberikan bagi tiap-tiap satu unit persegi didalam sistem brek .
2. Jejari gelendung brek dan roda
3. Angkali geseran diantara permukaan tayar dengan jalan.
Master cylinder memainkan peranan yang utama sekali dalam sistem brek jenis hidraulik.Ia
mempunyai 3 tugas utama iaitu:
Master cylinder dan wheel cylinder adalah merupakan perkakas-perkakas utama dalam sistem brek
jenis hidraulik disamping saluran paipnya.
42
Code No. P-115-02-05-LE2-IS2 Muka : 2 drp: 7
Dalam sistem brek jenis hidraulik ada 2 jenis master cylinder yang biasanya digunakan pada
kenderaan iaitu:
1.Single piston
Juga dikenali sebagai ‘locked heed master cylinder’.Kenderaan yang menggunakan jenis ini ialah
seperti Austin Mini 850.
2.Double piston
Juga dikenali sebagai ‘Tandem Master Cylinder’.Kebanyakannya dipasang pada kenderaan sekarang
yang mempunyai kelajuan yang tinggi.Contoh kereta jenis Peogeot 504,kenderaan-kenderaan zaman
sekarang.
43
Code No. P-115-02-05-LE2-IS2 Muka : 3 drp : 7
Kebaikan
1. Harga murah
2. Penjagaan yang mudah
3. Rawatan/service yang mudah disebabkan tidak banyak komponen yang perlu dirombak.
Keburukan
seluruh paip brek,mater cylinder ,wheel cylinderdan caliper adalah terisi dengan cecair brek pada
tekanan statik iaitu antara 80-100 kpa (8-16 lbf/in ).Tekanan ini dapat menolak rubber cup wheel
cylinder supaya sentiasa rapat kepada dinding silinder.Dengan ini dapat menghalang udara dari masuk
ke dalam sistem brek dan juga cecair hidraulik dari terlepas keluar.Manakala didalam master cylinder
pula,piston berada rapat dengan sesendal(seal) dan primer rubber cup tidak menutupi kedua-dua liang
pemampas dan pernafasan.Spring didalam master cylinder bukan sahaja dapat menolak primer rubber
cup supaya sentiasa berada ditengah-tengah diantara liang pernafasan,bahkan boleh mengawal injap
cegah balik supaya sentiasa berada pada kedudukannya.
44
Code No. P-115-02-05-LE2-IS2 Muka : 4 drp : 7
Apabila pedal brek ditekan,rod tunjal akan menolak piston dan primer rubber cup.Bibir primer rubber
cup akan menutup liang pamampas dan in dapat menghalang cecair brek diruang tekanan dari
mengalir balik ke takung cecair brek.Pergerakan piston seterusnya akan membina tekanan di dalam
ruang tekanan dan cecair kemudiannya tertolak keluar melalui lubang-lubang pada injap cegah balik
dan masuk ke saluran brek dan wheel cylinder.Piston pada setiap wheel cylinder akan tertolak keluar
dan menolak lining/pad agar bersentuh dengan gelendung(drum)/piring(disc) brek.
Apabila pedal brek dilepaskan spring dalam master cylinder akan menolak primer rubber cup dan
piston sehingga rapat kepada sesendal pennahhan.Pada permulaan pedal brek dilepaskan dengan
cepat,piston didalam master cylinder bergerak lebih cepat dari aliran cecair brek yang masuk ke dalam
ruangan tekanan.Dengan ini vakum akan terbentuk didalam ruang tekanan.Cecair yang masuk
melalui lubang pernafasan kemudiannya akan mengalir masuk ke ruang tekanan melalui lubang jujus
di kepala piston.Dengan itu ruangan diantara piston di master cylinder dengan piston wheel cylinder
sentiasa dipenuhi cecair brek dan bersedia untuk digunakan lagi.Spring kembali(return spring) lining
brek akan menarik lining ketempat asal.Piston akan tertolak masuk ke dalam dan cecair brek akan
mengalir masuk ke dalam master cylinder.
45
Code No. P-115-02-05-LE2-IS2 Muka : 5 drp : 7
Silinder Induk Berlitar Duaan(Dual/Tandem Master Cylinder) Jenis ini mempunyai kebaikan dalam ciri-
ciri keselamatan yang mana kuasa membreknya adalah berasingan antara roda hadapan dan roda
belakang walaupun tekanan cecairnya terbina dari satu silinder induk.Takungan(reservor) disekat
sehingga seolah-olah menjadi dua takungan,jika salah satu dari litar brek tidak berfungsi maka litar
yang satu lagi masih lagi berupaya untuk memberhentikan kenderaan.
Kebaikan
1. Dapat menentukan satu bahagian brek masih boleh digunakan jika salah satu daripada
breknya bocor.
2. Sentiasa mendapat tekanan yang tinggi.
Keburukan
1. Harga mahal
2. Rawatan yang menyulitkan dan susah
46
Code No. P-115-02-05-LE2-IS2 Muka : 6 drp : 7
1. Untuk menggerakan kekasut brek(brake shoe) supaya rapat ke permukaan drum semasa
pedal brek ditekan.
2. Ia berfungsi untuk menukar kuasa hidraulik kepada kuasa mekanikal.
Biasanya digunakan pada brek jenis disk(piring).Kecekapan membrek adalah lebih baik berbanding
dengan jenis gelendung(drum).Apabila pedal brek ditekan piston dalam master cylinder akan menolak
cecair brek.Cecair brek akan termampat dan membentuk tekanan.Tekanan tersebut akan dihantar ke
brake caliper dan menolak piston keluar.Pergerakan piston keluar tadi menyebabkan pad brek
bersentuhan.
47
Code No. P-115-02-05-LE2-IS2 Muka : 7 drp : 7
SOALAN
___________
___________
___________
___________
___________
___________
___________
___________
___________
___________
___________
RUJUKAN:
48