Anda di halaman 1dari 6

KRIKET

KOD KURSUS

QSI3101

BUKU LOG KRIKET

NAMA : FEROVEN SIMON

NO.MATRIK : D20151070510

GROUP :A

NAMA PENSYARAH : DR.Sanmuga Nathan A/L K. Jeganathan


SEJARAH
Kriket adalah sebuah olahraga kumpulan yang dimainkan antara dua kelompok yang
masing-masing terdiri daripada sebelas orang. Bentuk kriket berasal dari Inggeris, dan sukan ini
popular di negara-negara Persemakmuran. Di beberapa negara di Asia Selatan, misalnya India,
Pakistan, dan Sri Lanka, kriket adalah sukan paling popular. Kriket juga merupakan sukan yang
penting di Inggeris dan Wales, Afrika Selatan, Zimbabwe dan wilayah Karibia yang penduduknya
metuturkan bahasa Inggeris (dipanggil Hindia Barat atau West Indies).Mengikut sejarah sukan
kriket, pemainan ini bermula di Hamspire, England pada tahun 1760. Sungguhpun begitu,sebuah
kelab iaitu Marylebone Cricket Club (MCC) selalu dikaitkan apabila sejarah perkembangan
permainan kriket dibincangkan.
Kelab sukan inilah yang mengkaji semula undang-undang permainan kriket yang berbeza
pada masa itu. Pada tahun 1835, MCC memperkenalkan satu set undang-undang yang piawai bagi
permainan kriket. Usaha ini menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan sukan ini
di England. Pertandingan kriket antara bandar telah dimulakan pada tahun 1873. Di Malaysia, kriket
diperkenalkan oleh pihak British ketika mereka memerintah Negeri-negeri Selat. Permainan ini
dimainkan oleh pelajar-pelajar di sekolah mubaligh dan oleh askar-askar British yang berpangkalan
di kawasan-kawasan bandar.
Dari segi perkembangan popularitinya di Malaysia, permainan kriket jauh ketinggalan jika
dibandingkan dengan permainan-permainan lain. Keadaan ini disebabkan oleh banyak faktor. Pada
tahun 90-an, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan permainan kriket kancil
sebagai satu permainan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kokurikulum Sukan di
sekolah-sekolah rendah. Langkah yang positif ini bertujuan menghidupkan semula permainan kriket
di kalangan penduduk di negara ini.
KEPERLUAN DAN PERALATAN

Ball Guard Pengadang Muka Glof

Thigh Pad Batting Pad Bat

Cara Pemakaian Pemain


Padang Kriket
CARA BERMAIN
Kriket ialah satu permainan dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada 15 orang
pemain. Di mana 11 orang akan bermain dan 4 orang lagi menjadi simpanan. Pasukan pertama akan
memukul(batting) manakala pasukan kedua pula akan memadang(fielding). Bagi menentukan
pasukan mana memukul dan memandang dahulu ialah melalui proses toss coin yang akan dilakukan
oleh ketua pasukan masing-masing sebelum permainan dimulakan,padang permainan bagi kriket
disebut Cricket Oval, terdapat dua jenis oval ini iaitu artificial tuft dan turf tanah.

Kesemua anggota pasukan memadang akan mengambil posisi atau kedudukan mereka di
padang, sementara para pemain pasukan satu lagi bergilir-gilir membuat pukulan. Seorang daripada
mereka akan bertindak menjadi pembaling dan seorang lagi menjadi penjaga wiket yang memakai
pengadang muka, sepasang glof untuk menangkap bola, pengadang kaki dan pengadang dada.
Penjaga wiket akan mencangkung di belakang wiket di belakang pemukul. Pemain-pemain lain atau
pemadang tidak memakai apa-apa peralatan khas kecuali penjaga wiket sahaja.

Apabila bola dibaling, pemukul akan cuba memukul bola tersebut. Apabila bola berjaya
dipukul, dia akan berlari ke arah wiket bertentangan yang jaraknya kira-kira 20 meter dan kemudian
berlari semula ke arah pemukul tadi. Satu larian diperoleh dan dikira, jika pemukul dapat berlari di
antara kedua-dua wiket.

Sementara pemukul membuat larian, pemadang atau pemain-pemain lawan di padang akan
cuba menggagalkan larian lawannya itu dengan cara menangkap bola yang dipukulnya atau cuba
mematikan pemukul. Begitulah seterusnya apabila pemukul mengambil giliran masing-masing
sehinggalah pasukan lawan atau pemain yang berada di padang iaitu pemadang dapat mematikan
semua pemukul atau sebahagian daripadanya.

Selepas pusingan tersebut, kedua-dua pasukan akan bertukar kedudukan dengan pasukan
lawan yang berada di padang atau pemadang pula mengambil peranan sebagai pemukul Tambahan
lagi, permainan kriket juga dikenali sebagai gentlemen game kerana terdapat banyak nilai-nilai baik
yang dapat dipelajari melaului permainan ini sendiri.
Thank you for using PDFelement 6 Professional.

You can only convert up to 5 pages in the trial version.

To get the full version, please purchase the program here:

https://pdf.wondershare.com/ad/store/buy-pdfelement.html?f=p
ro

Anda mungkin juga menyukai