Anda di halaman 1dari 3

MODEL EKONOMI BARU

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan “ Model Ekonomi
Baru “ pada 30hb. Mac, 2010.

Najib berkata, keutamaan MEB adalah untuk menangani masalah jurang pendapatan
dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

Majlis Penasihat Ekonomi Negara ( NEAC ) menggariskan lapan inisiatif pembaharuan strategi
bagi merialisasikan hasrat kerajaan menjayakan Model Ekonomi Baru ( MEB ).
Lapan inisiatif pembaharuan strategi jayakan MEB, ialah :

i. Menyuburkan kembali sector swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi.


ii. Membangunkan tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan
kepada pekerja asing.
iii. Mewujudkan ekonomi domestic yang berdaya saing.
iv. Memperkukuhkan sector awam.
v. Melaksanakasn tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran.
vi. Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan.
vii. Meningkatkan sumber pertumbuhan.
viii. Memastikan pertumbuhan yang mapan.

Ketiga-tiga matlamat MEB iaitu ; berpendapatan tinggi, kemapanan dan keterangkuman


memerlukan kita mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara ( KDNK ) yang lebih tinggi
untuk dekad seterusnya. “ Oleh itu, dasar-dasar yang perlu kita laksanakan mesti menyentuh isu-
isu asas bagi memastikan momentum pertumbuhan dapat dipercepatkan melalui pendekatan
yang holistic, untuk menghapuskan semua halangan “,katanya ketika berucap pada persidangan
Invest Malaysia 2010, disini hari ini. Matlamat ini memberi penekanan kepada bina upaya bukan
hanya pembangunan Negara semata-mata sebagai langkah mencapai pembangunan yang mapan.
Mengulas lanjut, katanya majority inisiatif yang telah diwujudkan adalah berkaitan dengan
semua fakrtor yang penting dalam memperbaiki hala tuju ekonomi Negara.
“NEAC telah mengenal pasti sector utama untuk membolehkan ekonomi Negara, maju dan
berdaya saing dengan rakyatnya menikmati kualiti hidup yang tinggi serta berpendapatan Tinggi
hasil daripada pertumbuhan yang mapan. Banyak lagi yang perlu kita lakukan , namun bagi
meraih peluang yang ada sepenuhnya, kita perlu memberi focus ke atas sector-sektor utama ini” ,
katanya.

Dari ucapan dasar tersebut , dapatlah dibuat satu kesimpulan bahawa MEB yang dilancarkan
oleh PM adalah bermatlamat untuk menaik taraf rakyat dari pendapatan kecil ke satu era baru
iaitu “ berpendapatan tinggi “ serta mapan. Saya rasa seolah-olah PM ingin membawa rakyatnya
kesatu arah yang sama, seperti beliau membawa sekolah ke taraf SBT ( sekolah berprestasi
tinggi ) bermula pada tahun 2008. Sekarang beliau membawa rakyatnya kearah yang sama
seperti SBT. Ingin saya menerajui minda guru-guru yang sealiran dengan saya waktu ini kearah
menganali apa itu “ INFLASI “. Ekonomi Negara akan berada pada satu tahap inflasi, apabila
masyarakat menguasai wang dengan banyaknya dipasaran, sedangkan barangan yang
dikeluarkan tidak mencukupi, dan wang yang dibelanjakan pula melebihi permintaan, negara
kita akan mengalami inflasi dan spekulasi juga akan berlaku. Pasaran berada pada tahap
ekonomi lembab bagi sesetengah aktiviti ekonomi. Sedangkan golongan yang berpendapatan
rendah dari golongan bukan penjawat awam yang berkerja dengan kerajaan terpaksa menderita
kerasna tekanan ekonomi yang tinggi. Mereka tidak ada penambahan pendapatan dalam kerja
harian mereka tetapi sector awam yang berkerja dengan kerajaan beruntung kerana nasib mereka
dibela oleh Negara. Perasaan cemburu akan timbul dari kalangan sector awam yang berpendapat
-an rendah dan statik. Output yang bagaimanakah yang ingin dijual dengan begitu banyak
sehingga memberi keuntungan yang begitu besar kepada kerajaan dan orang awam yang berkerja
sendiri ?

Saya dapat meneka, PM menjurus kearah ingin menaik tarap pemimpin-pemimpin sekolah yang
terlibat dengan NKRA dalam industry Pendidikan. Bertuah para guru kerana mereka berpeluang
mendapat ganjaran yang besar dalam dekat ini kerana taraf mereka seiring dengan sekolah yang
mereka bawa, iaitu SBT. Kepala-kepala sekolah yang difokuskan oleh kerajaan dalam MEB itu
sebenarnya, iaitu kearah 4% mendapat ganjaran menjelang 2012. Itulah matlamat sebenar yang
ingin dicapai oleh MEB sebenarnya.

Jika kita lihat kepada lapan inisiatif pembaharuan strategi MEB, semuanya menjurus kepada
factor kewangan yang mapan. Maka, saya ingin sentuh inisiatif yang ke 2, iaitu : Membangun
tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Disini,
sedar tidak sedar sebenarnya kita bergantung kepada pekerja asing, iaitu sector pembantu rumah.
Kadar bilangan pertambahan kanak-kanak berusia antara 1 hingga 5 tahun adalah tinggi. Kadar
kelahiran bayi pada setiap tahun, bertambah. Sehingga kerajaan mengambil inisiatif mengurang
kan pembantu rumah dengan menambah bilangan “ pra sekolah “ untuk kanak-kanak yang
berusia 5 dan 6 tahun. Percambahan prasekolah swasta membantu kearah pengurangan kadar
pembantu rumah, tetapi sedar tidak sedar , kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah wang
untuk menghantar guru-guru prasekolah berkursus dan menimba ilmu dalam industry
Pendidikan, begitu juga pembantu guru. Gaji merekalah sebenarnya yang ingin dinaik taraf oleh
kerajaan untuk meletakkan mereka supaya berada setaraf dengan guru-guru berprestasi tinggi.
Rungutan sering berlaku sejak NKRA dilaksanakan diseluruh Malaysia, terutama guru-guru
Tadika dan guru-guru Pra. Mereka berkata kepada saya, kerja banyak, hari minggupun terpaksa
kerja tetapi gaji saya kecil. Gaji saya kecil, perbelanjaan besar. Jawablah si kancil yang
berpendapatan tinggi, padanlah dengan SIJIL. Kamu SPM dan STPM , kami PHd. Patutlah gaji
kami besar, gaji kamu kecil. Cuba nilai apakah jurang perbezaan antara si gaji kecil dengan si
gaji besar. Sama seperti perbezaan antara sekolah SBT dengan sekolah AMANAH. Jurangnya
adalah dari segi “ akademik “. Kalau cikgu sekolah tinggi, peratus kelulusan pelajar yang dinilai
tetapi bagi cikgu Tadika pula, KPM akan bertanya, “ Berapa orang dah cikgu, murid cikgu boleh
membaca ?”. Bezatara ini adalah “cabaran” dalam arus globalisasi industry pendidikan di Negara
kita. Hanya itu yang ingin saya sentuh dalam refleksi ini. Sesungguhnya jurang pendapatan
adalah satu perkara yang lumrah dalam industry pendidikan di Negara kita. Penyelarasan gaji
telah dibuat pada tahun 1996-97. Namun begitu, tahun 2010 perkara yang sama juga akan
berlaku. Nasib siapakah yasng beruntung ? Dulu, guru-guru lepasan “sijil pergurun asas”, yang
tidak ada “ Diploma “ diberi keutamaan untuk dinaikkan gaji bagi menyamaratakan pendapatan
guru berijazah yang memiliki kelulusan Diploma Pendidikan, dari DGA 1 ke DG 41 selepas
dapat Ijazah. Penyelarasan gaji Guru tua, kerana mereka telah mendapat Ijazah. Mereka tidak
dipinggirkan, keistemewaan diberikan dalam penyelasrasan gaji pada tahun 1997/8. Pada tahun
1996, alaun guru pelatih Maktab Perguruan dinaikkan dari RM 300.00 sebulan kepada RM
500.00 bagi KPLI, dan RM 200.00 kepada RM 350.00 sebulan bagi guru-guru Diploma
Perguruan Asas, disebabkan kerajaan menaiktarafkan Sijil Perguruan Asas kepada Diploma
Perguruan. Begitulah Peruntukan yang disediakan oleh kerajaan dalam Model Ekonomi Baru,
khususnya NKRA Pendidikan, bahagian Sub-NKRA yang ke-4, iaitu “Tawaran Baru Untuk
Pemimpin Sekolah“, khususnya Guru Besar dan Pengetua yang melepasi kompetensi yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Industri Pendidikan akan di “mapan”kan
bagi tujuan menaiktaraf guru-guru lepasan NPQEL-IAB dan Sarjana Kepengetuaan, IPK
menjelang tahun 2012, peringkat pertama sebanyak 2 % dinaikkan pangkat dan mendapat
penyelarasan gaji dan pada tahun 2012 target KPM , sebanyak 4 % lagi akan mendapat kenaikan
pangkat dan penyelasan gaji. Itulah implikasi Model Ekonomi Baru kepada Industri
Pendidikan.
Dengan sijil yang dimiliki dan PTK melepasi target, maka guru-guru bertuah akan memperolehi
kenaikan pangkat dan penyelarasan gaji yang seimbang dengan kelulusan yang dimiliki secara
adil dan mereka berada di zon berpendapatan tinggi.