Anda di halaman 1dari 22

Pengenalan

Kawalan motor adalah satu sistem yang terdiri daripada gabungan beberapa
peralatan yang bertujuan untuk mengawal pergerakan motor sama ada 1 fasa atau 3
fasa.

Antara fungsi kawalan motor ialah :

1. Menghidup dan mematikan sesebuah motor elektrik sama ada 1 fasa atau 3
fasa.
2. Mengelakkan motor hidup dengan sendiri setelah berlaku keputusan bekalan.(
No- volt coil atau No-volt release ).
3. Meminimakan arus mula bagi sesebuah motor elektrik seperti Penghidup
Bintang- Delta,Penghidup Alatubah-Auto dan Penghidup Rotor Berperintang.
4. Mengelakkan motor daripada terbakar atau rosak dengan adanya komponen
dalam sistem yang mengawalnya.
5. Menghidupkan motor secara berperingkat.
6. Pengendalian motor tersebut dapat dilakukan dengan selamat dan secara
kawalan jauh.

Jenis- jenis Penghidup Motor

1. Penghidup Talian Terus ( Direct On line starter )


2. Penghidup Bintang Delta ( Star- Delta starter )
3. Penghidup Alatubah-Auto ( Auto-transformer starter )
4. Penghidup Rintangan Rotor ( Rotor Resistance starter )
5. Penghidup Mara Songsang ( Forward-Reverse starter)
6. Penghidup Litar Turutan

Kebaikan mengurangkan arus mula

1. Kurang tindakan daya mekanikal keatas gelung.


2. Kurang kejutan mekanikal keatas bingkai motor, aci (shaft) dan penghantaran
dalam motor.
3. Menyebabkan motor berpusing secara berperingkat peringkat dengan beban.
4. Mengurangkan susutan voltan talian.
5. Mengurangkan gangguan terhadap sistem bekalan.

Keburukan mengurangkan arus mula

1. Mengurangkan daya kilas.


2. Kos meningkat dalam menyediakan alat alat bagi sistem penghidup.
3. Keperluan penyelenggaraan meningkat.
4. Alat alat terlalu rumit.
JENIS-JENIS PERLINDUNGAN

 Ketika sesuatu motor hendak bermula atau dalam kendalian , motor tersebut perlu
dilindungi daripada keadaan beban lampau,litar pintas dan hidup dengan tersendiri.

BIL
JENIS KETERANGAN PERANTI
PERLINDUNGAN
1 Tanpa Voltan Mengelakkan motor hidup Gegelung Penyentuh
dengan sendiri setelah
berlaku kegagalan bekalan.
2 Beban Lampau Penggunaan beban yang Geganti Beban
berlebihan daripada kadar Lampau
yang sebenar.
3 Litar Pintas Memberikan perlindungan Fius atau Pemutus
daripada kesan litar pintas Litar
apabila berlaku sentuhan di
antara talian positif dengan
negative

JENIS-JENIS KAWALAN

 Kawalan elektrik boleh dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu kawalan secara
insani,separuh automatik dan automatik.
PERBANDINGAN JENIS-JENIS KAWALAN

BIL JENIS CIRI-CIRI KEBAIKAN KEBURUKAN


KAWALAN
1 Insani Kawalan secara  Mudah  Pekerja perlu mahir
terus dengan  Murah  Tidak dapat
tangan/kaki  Cepat mengawal banyak
 Tidak mudah litar serentak.
rosak  Tidak sesuai untuk
kawalan litar
berterusan dan
berpanjangan.

2 Separuh Sebahagian  Selamat  Mahal


Automatik kawalan insani  Mudah  Perlu bantuan
dan sebahagian mengendali manusia untuk
kawalan magnet.  Boleh mengawal memulakannya.
banyak litar.  Kerosakan sukar
 Tidak perlu dibaiki.
pekerja mahir.  Perlukan
penyentuh.
4 Automatik Kawalan  Tidak perlukan  Mahal
sepenuhnya oleh bantuan manusia  Sukar dibaiki
magnet atau  Boleh mengawal  Litarnya rumit dan
elektronik dengan berterusan. sukar dipasang.
menggunakan  Menjimatkan  Perlu
kawalan pandu. masa penyelenggaraan
khas.
AKSESORI KAWALAN MOTOR

PENYENTUH ( CONTACTOR )

 Fungsi penyentuh ialah sejenis suis yang dikendalikan oleh satu


elektromagnet yang mana ia mempunyai satu gegelung yang akan
melengkapkan litar dengan menggunakan punat tekan.

 Boleh berfungsi pada 240V atau 415V.

 Penyentuh mempunyai sesentuh utama ,sesentuh tambahan dan gegelung


penyentuh.

 Fungsi sesentuh utama ialah untuk mengalirkan arus atau memberhentikan


arus kepada motor.

 Fungsi sesentuh tambahan pula ialah untuk mengalirkan arus atau


memberhentikan arus kepada gegelung penyentuh dan alat pandu yang lain.

 Terdapat sesentuh utama dan sesentuh tambahan yang lazim tertutup atau
terbuka.
GEGANTI BEBAN LAMPAU
(GBL)

 Fungsi GBL ialah untuk membuka litar kawalan dan memberhentikan motor
ketika berlaku beban lampau.

 Tiga jenis GBL ialah jenis terma ,magnet dan elektronik.

PUNAT TEKAN

 Fungsi Punat tekan ialah melengkapkan dan membuka litar kawalan apabila
ditekan.

 Terdapat berbagai jenis punat tekan iaitu punat tekan hidup (on) , punat tekan
mati (off) dan juga punat tekan jog.

 Tiga jenis rangka ialah jenis bulat ,empat segi dan jenis kepala cendawan.
PEMASA (TIMER)

 Fungsi pemasa adalah untuk melengkapkan dan membuka litar kawalan


dalam masa yang tertentu.Masa tersebut boleh disetkan.

 Pemasa juga mempunyai sesentuh tambahan yang lazim tertutup atau


terbuka.

 Tiga jenis pemasa yang biasa digunakan ialah jenis motor ,jenis pneumatik
dan jenis elektronik

MCB

 Sejenis pemutus litar yang akan berfungsi apabila berlaku lebihan arus
daripada jenis terma,magnetik atau terma hidraulik.

 Mempunyai peranti pelantikan terma bagi arus beban lampau dan


magnetik untuk litar pintas.
LAMPU PANDU

 Fungsinya sebagai isyarat visual untuk menunjukkan sesuatu peringkat


operasi.

 Pelbagai warna merah ,kuning, hijau, biru.

 Terdapat jenis lampu voltan rendah lengkap dengan perintang siri yang boleh
disambungkan kepada voltan lebih tinggi.
SIMBOL-SIMBOL KAWALAN
MOTOR

BIL SIMBOL KETERANGAN

1 PENYENTUH

SESENTUH TAMBAHAN SEDIA


2
BUKA
SESENTUH TAMBAHAN SEDIA
3
TUTUP

4 PUNAT TEKAN HIDUP

5 PUNAT TEKAN HENTI

6 GEGANTI BEBAN LAMPAU

7 LAMPU PANDU

8 MCB

9 PEMASA

10 PUNAT TEKAN DWI LITAR

11 SUIS KAKI

12 SUIS APUNG

13 SUIS HAD

14 GEGANTI LEWAT MASA


PEMULA MARA SONGSANG

Pemula jenis mara songsang ini digunakan untuk menukarkan arah putaran motor 3
fasa sama ada dalam keadaan mara atau songsang dan ke atas atau ke
bawah.Penukaran arah putaran motor dilakukan sama ada menggunakan suis
pengawal atau litar kawalan magnetik. Pemula ini akan menukarkan kedudukan
urutan fasa (M,K,B).

Contoh penggunaan pemula ini adalah seperti pada :

 Kren
 Lif
 Mesin Pelarik
LLITAR UTAMA PENGHIDUP MARA
SONGSANG
LLITAR KAWALAN PENGHIDUP
MARA SONGSANG
PRINSIP KENDALIAN LITAR
PENGHIDUP MARA SONGSANG

 Apabila bekalan dimasukkan, arus akan melalui MCB dan seterusnya melalui punat
tekan henti .

 Apabila punat tekan hidup untuk mara ditekan, sesentuh tambahan sedia buka mara
akan tertutup dan sesentuh tambahan sedia tutup songsang akan terbuka.

 Ini akan menyebabkan gegelung M bertenaga dan bersambung ke neutral lalu lampu
hijau akan menyala.

 Apabila punat tekan henti ditekan semula, penyentuh mara tidak akan berkendali.

 Kemudian punat tekan hidup bagi songsang pula ditekan.Sesentuh tambahan sedia
buka songsang akan tertutup dan sesentuh tambahan sedia tutup bagi mara akan
terbuka.

 Ini akan menyebabkan gegelung S bertenaga dan bersambung ke neutral lalu lampu
kuning akan menyala.

 Apabila berlaku beban lampau, lampu merah akan menyala.


PEMULA BINTANG DELTA

Pemula bintang delta hanya digunakan untuk motor tiga fasa yang berukuran
sederhana. Tujuan utama penggunaannya ialah untuk mengurangi arus permulaan
ketika motor dihidupkan dan membolehkan motor ditukar arah mara dan songsang
dengan kawalan punat tekan.

Penghidup ini biasanya didapati :


i. Injap motor
ii. Pam elektrik
iii. Pengangkut panggul ( converyor belt )
iv. Sistem penghawa dingin dan sebagainya.

KEBAIKAN PENGHIDUP BINTANG DELTA

 Penyelenggaraan kurang jika dibandingkan dengan penghidup

alatubah auto.

 Bagi keupayaan motor yang sama kos pemasangan adalah lebih

murah dari penghidup alatubah auto.

KEBURUKAN PENGHIDUP BINTANG DELTA

 Keupayaan motor yang digunakan terhad kepada 3 hingga 10 kk.

 Menggunakan punca punca motor yang lebih iaitu 6 hingga 7 punca


LLITAR UTAMA PENGHIDUP
BINTANG DELTA
LLITAR KAWALAN PENGHIDUP
BINTANG DELTA
PRINSIP KENDALIAN LITAR
PENGHIDUP BINTANG DELTA

 Apabila bekalan dibekalkan , arus akan mengalir dari mcb, gbl , hingga punat
tekan henti

 Apabila punat tekan hidup ditekan, gegelung M. Litar lengkap disambung ke


neutral.

 Bila punat tekan hidup dilepaskan , penyentuh M masih berkendali kerana


sesentuh sedia buka M telah berfungsi sebagai sesentuh pegang.

 Arus akan masuk ke gegelung timer TDR ,sesentuh sedia tutup


TDR,sesentuh sedia tutup D, seterusnya gegelung penyentuh S dan S akan
beroperasi.

 Waktu motor berada dalam sambungan bintang, arus bekalan masuk melalui
penyentuh M dan ke poin bintang penyentuh S.

 Dalam jangka masa yang ditetapkan,gegelung geganti TDR akan membuka


sesentuh TDR 1 dan menutup sesentuh TDR 2. Gegelung penyentuh S
terputus litarnya dan semua sesentuhnya berbalik ke kedudukan asal.

 Dalam masa yang sama juga, gegelung penyentuh D dilengkapkan dalam


sambungan TDR 2 dan sesentuh S sentiasa tertutup.

 Ini menyebabkan semua sesentuh D akan beroperasi dan motor beroperasi


pada sambungan delta.

 Litar gegelung penyentuh S dan gegelung geganti TDR tidak lagi


diperlukan.Litar ini dibuka oleh sesentuh D yang sentiasa tertutup.

 Litar yang masih beroperasi ialah litar gegelung penyentuh M dan D untuk
motor terus beroperasi dalam sambungan delta. Jika berlaku beban
lampau,termal beban akan membuka litar dan motor akan berhenti
beroperasi.
NOTA TAMBAHAN

KADARAN MCB BAGI:

 LITAR UTAMA : 20 A
 LITAR KAWALAN : 6 A

SAIZ KABEL BAGI :


 LITAR UTAMA : 2.5 MM
 LITAR KAWALAN : 1.0 MM

 Kesemua litar kawalan magnetik adalah berasaskan daripada penghidup


talian terus (DOL). ( Rujuk lampiran)

PERBEZAAN ANTARA PENYENTUH DAN GEGANTI KAWALAN .

BIL PENYENTUH GEGANTI KAWALAN

1 Kadaran arus lebih dari 5A Kadaran arus kurang


dari 5A

2 Membawa arus litar utama dan litar Membawa arus litar


kawalan. kawalan sahaja.

3 Sesentuh utama dengan sesentuh Saiz sesentuh utama


tambahan yang berbeza dari segi dan tambahan adalah
saiznya. sama

4 Saiz binaan lebih besar Saiz binaan lebih kecil

5 Sambungan kabel terus ke sesentuh Sambung kabel ke


tapak dan seterusnya
ke sesentuh.
NOTA TAMBAHAN

Selain punat tekan henti dan hidup, kita juga boleh menggunakan punat tekan ‘jog’. (Rujuk
contoh punat tekan jog di lampiran 1 litar DOL )

JOGGING/INCHING

 Jogging atau inching bermaksud kawalan litar untuk pergerakan motor berdikit-dikit.
Selagi punat tekan atau suis jogging itu ditekan, motor atau litar kawalan itu akan
berkendali.Sebaik sahaja punat tekan atau suis jog itu dilepaskan,motor atau litar
akan berhenti berkendali dengan serta merta.

 Istilah jog biasa digunakan untuk kawalan motor arus terus pada talian sementara
istilah inching digunakan untuk pemula voltan terturun.

 Tujuan kawalan ini ialah untuk memeriksa secara kasar hasil sesuatu putaran motor
dan pelarasan yang telah dibuat seperti pelarasan mata mesin pelarik agar tidak
terlalu ke dalam semasa kerja sebenar dijalankan,pelarasan mesin penghantar
supaya ia dapat menyampaikan barangan itu betul pada tempatnya dan sebagainya.
NOTA TAMBAHAN

PEMULA TALIAN TERUS / DIRECT ONLINE STARTER (DOL)

Pemula jenis ini diigunakan untuk menghidupkan motor yang berkadar 1 kk hingga 5 kk
seperti :

 Pengisar

 Pam air

 Mesin yang memerlukan kelajuan tetap dengan keadaan beban yang


berubah.

DOL terdiri daripada jenis magnetik dan elektronik yang membekalkan voltan penuh terus
kepada beban.

Untuk gambarajah litar utama dan kawalan. Sila rujuk lampiran 1 dan 2.
LAMPIRAN 1

LITAR UTAMA DOL STARTER.


LAMPIRAN 2

LITAR KAWALAN DOL STARTER BERSERTA PUNAT TEKAN JOG

Prinsip kendalian

Apabila bekalan dibekalkan, arus akan melalui mcb , gbl, hingga punat tekan henti.apabila
punat tekan hidup dilepaskan, gegelung penyentuh C akan bertenaga kerana disambung ke
neutral. Litar lengkap. Sesentuh tambahan sedia buka C akan menutup dan bertindak sebagai
sesentuh pegang walaupun punat tekan hidup dilepaskan.Lampu 2 akan menyala.Kemudian,
apabila punat tekan jog ditekan , litar akan berkendali seperti biasa. Tetapi apabila punat
tekan jog dilepaskan, litar akan berhenti berkendali. Hal ini kerana, tiada sesentuh pegang di
punat tekan jog yang bertindak sebagai pemegang setelah punat tekan jog ditekan. Apabila
terdapat beban lampau, L1 akan menyala. Ini menunjukkan litar dalam keadaan trip.
LAMPIRAN 3

BINAAN PENYENTUH

Anda mungkin juga menyukai