Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

LATIHAN (TRANING OF TRANIER) KEPADA NAQIB (PEMBIMBING)


MAJLIS ZIKIR RATIB AL-ATTAS DAN ASMAULLAH AL-HUSNA

1.0 TUJUAN
1.1 Kertas kerja ini dibentangkan bagi tujuan untuk mendapatkan
pertimbangan dan kelulusan bagi melaksanakan program
latihan kepada para naqib (Pemimpin Usrah) Majlis Zikir Ratib
Al-Attas Asmaul Al-Husna.

2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM


2.1 Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan
kepada para naqib yang terdiri dalam kalangan pemimpin
usrah pelajar di sekolah-sekolah di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam daerah Pekan.
2.2 Ratib Al-Attas dan Asmaul al-Husna merupakan salah satu
amalan dalam zikrullah. Pengasas Ratib Al-Attas ialah Habib
Omar Bin Abdul Rahman Al-Attas (l.992H -w.1072 H) di
Huraidah, Hadramaut Yaman. Beliau merupakan keturunan
Rasulullah saw ke-28 silsilahnya sampai kepada Rasulullah
saw. Tujuan asal bacaan ratib ini adalah merupakan
permintaan dari penduduk kampung pada ketika itu yang
merasa kebimbangan terhadap ancaman ajaran kesesatan
seperti Ibadiah dan mengharapkan dari bacaan zikir-zikir
dalam ratib memberi kesan yang positif kepada kesuburan
tanah, ekonomi dan kesejahteraan penduduk setempat dari
bencana kemarau yang menjejaskan ekonomi dan
kesejahteraan dengan izin Allah.
2.3 Amalan, adat budaya dan tradisi orang yang saleh ini telah
diaplikasikan dalam negeri Johor lebih 90 tahun lalu, kerana
doktrin cetakan yang pertama ditemui pada tahun 1922M
cetakan Madrasah Al-Attas, Johor Bahru, Johor. Manakala
sokongan penerbitan naskah amalan Tarekat Alawiyah oleh
Mufti Kerajaan Negeri Johor pada 8hb Mac 2016 bersamaan
28hb Jamadil Awal 1437. Pengamalan ratib ini lebih dari 200
lokasi termasuk masjid, surau dan lokasi yang sesuai.
2.4 Manakala di negeri Pahang ini, sejarah membuktikan Habib
Zain Al-Attas datuk kepada Habib Hassan Al-Attas telah
sampai ke Pahang dalam bidang perdagangan dan menetap
di Pahang pada awal abad ke-19 masihi. Bersama beliau
bergerak dalam bidang perniagaan ialah Syed Ahmad bin
Hassan Al-Attas, ayahanda kepada Habib Hassan Al-Attas.
Syed Ahmad memperisterikan seorang anak Pahang dan
memputerakan Habib Hassan pada tahun 1832 di satu tempat
bergelar "Kampung Maulana" berhampiran dengan Istana
Bendahara Tun Ali, ayahanda kepada Almarhum Sultan
Ahmad . Pertalian dan perhubungan di antara keluarga DiRaja
Pahang dengan keluarga Al-Attas sangat rapat.

2.5 Sejarah ini termasuk sejarah Habib Hassan telah ditulis oleh
Sir Winsteadt seorang ahli sejarah British di dalam bukunya
"Sejarah Pahang". Habib Hassan menurut sejarahnya dan
sebagainya dinyatakan dalam buku "Sejarah Pahang".
Sebagai seorang pedagang dan pendakwah untuk
mengembangkan agama Islam, beliau meneruskan
sumbangan baktinya kepada agama, bangsa dan tanah air,
beliau telah menjadi pelopor dan peneroka ke arah
pembangunan dalam bidang penyiaran dan penyebaran
agama Islam, dengan turut menolong membuka beberapa
buah sekolah, termasuklah mendirikan sebuah sekolah Arab
"Madrasah Al-Attas" di Pekan Pahang sehinggalah ke hari ini.
Beliau banyak mengorbankan tenaga dan harta kekayaannya
dalam urusan-urusan dakwah dan agama, terutamanya dalam
kebajikan dan pelajaran untuk anak-anak negeri.
2.6 Dapatan kajian yang bersifat imprikal terhadap amalan ini
mendapati bahawa majlis ini dapat memberi impak yang
sangat positif dan model yang mampu membangunkan jiwa
dan insan al-Muhsinin (mendapat jamin kesejahteraan dan
keselamatan dunia akhirat kepada para pengamalnya).

3.0 OBEJKTIF
3.1 Program ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada para
peserta berkaitan ilmu tasawuf dan amalan seorang salik
menuju keredaan Allah SWT berdasarkan kepada panduan
modul yang disediakan oleh penganjur.
3.2 Objektif kursus ini adalah memberi pendedahan salah satu
cabang ilmu hikmah yang menjadi fardu ain untuk dipelajari
kepada para peserta.
3.3 Mewujudkan semangat bekerjasama antara pemimpin dalam
bidang agama seperti pemimpin usrah pelajar yang
berkelayakan dalam membimbing para pelajar lain melalui
guru pembimbing.
3.4 Mewujudkan masyarakat memiliki nilai ihsan yang tinggi dan
kemantapan kerohanian melalui program yang dijalankan.
3.5 Menolak persepsi dan pandangan negatif terhadap amalan
dalam tarekat terutama zikir.
3.6 Mewujudkan kebarkahan guru dan murid melalui proses
pengkonsian ilmu dengan tokoh-tokoh penyampai ceramah.
4.0 HASIL DAN DAPATAN DARIPADA PROGRAM/KURSUS
4.1 Peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
tentang tasawuf, koleksi zikir dan bentuk amalan.
4.2 Menyemarakan budaya ilmu (zikir, fikir, syukur dan sabar
atas segala ujian Allah) berdasarkan kepada prinsip-prinsip
tarekat dan tasawuf dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah melalui
program ini.
4.3 Peserta dapat menyumbang kemahiran yang dilalui dan
akan dikongsikan kepada masyarakat khususnya membawa
budaya zikir seperti majlis tahlil, bacaan yassin secara
berjemaah yang telah sekian lama diamalkan di Negeri
Pahang.

5.0 BUTIRAN
5.1 Tarikh Program : 20hb Oktober 2018
5.2 Lokasi Program : Masjid Sultan Haji Ahmad Shah,
(Masjid Lama Pekan).
5.3 Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
5.4 HariI: Sabtu
5.5 Sasaran: Pelajar Naqib Usrah sekitar daerah Pekan dan
jemaah masjid
5.6 AJK/Urusetia: Guru-Guru Pendidikan Islam SMK Ahmad,
Pekan
6.0 KEWANGAN
Bil. Perbelanjaan Jumlah
1. Kitab Ratib Al- RM
Attas 1,000.00
RM 10.00 X 100
peserta
7.0 MATLAMAT
7.1 Menyokong usaha Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri
Pahang untuk memperkasa Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam
kalangan masyarakat.
7.2 Peserta akan mendapat pengalaman dan pendedahan
tentang fahaman yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang
melalui program yang melibatkan kursus yang diikuti.
7.3 Peserta mendapat kebaikan kerana didedahkan dengan
amalan yang boleh membantu mensejahterakan,
menyelamatkan dan membahagiakan zahir batin, dunia
akhirat, diri, keluarga, komuniti setempat, daerah dan negeri
yang telah ditinggalkan dan dipusakai dari para solihin
terdahulu.
8.0 KEPUTUSAN
8.1 Dengan hormatnya dipohon untuk menimbang serta
meluluskan cadangan bagi melaksanakan program kursus
naqib (pembimbing) Majlis Zikir Ratib Al-Attas dan Asmaullah
al-Husna.

Disediakan oleh :

........................................
Ustaz Muna Bin Hamzan
Penyelaras Unit Bina Insan,
SMK Ahmad, Pekan Pahang,
Sekolah Kluster Kecemerlangan KPM.

Anda mungkin juga menyukai