Anda di halaman 1dari 11

3.

2 – Pembentukkan Dan Perkembangan Masyarakat Setempat

Langkah Ketiga – Perkembangan Masyarakat

:-Perkembangan Budaya
https://soscili.my/adat-resam-pantang-larang-melayu-beranak-kahwin-mati/

 MELAYU

Kehamilan dan kelahiran

Antara pantang larang semasa kehamilan dan kelahiran:

1. Dilarang mencaci atau meceritakan kecacatan, dikhuatiri anak bakal lahir juga akan
mengalami cacat.

2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan binatang, dikhuatiri anak yang bakal
lahir mengalami kecacatan.

3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang
bakal lahir akan sumbing.

4. Dilarang melihat sesuatu yang ganjil, takut akan terkenan.

5. Dilarang makan sotong, nanti tali pusat anak boleh tercerut.

6. Dilarang minum air tebu dan kelapa serta memakan nenas, ia boleh menyebabkan gugur.

7. Dilarang melihat gerhana, nanti anak akan bertompok hitam.

8. Dilarang tidur sampai tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.

Budaya dan Adat Resam Orang Melayu


https://www.slideshare.net/ggiidoo/budaya-dan-adat-resam-orang-melayu

SEWAKTU MENGANDUNG --

Melenggang Perut

Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung
Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada
wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau
lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang
mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di
dalam perut.

SEWAKTU BERSALIN –

Bersalin

Persediaan ini akan diuruskan oleh keluarga berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan
ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Adakalanya tempoh kehamilan boleh
mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang dipanggil bunting kerbau. Mengikut
kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan
dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi
mengelakkan gangguan makhluk halus.

BERSALIN—

Azan/Qamat

Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di keduadua belah telinganya manakala bayi
perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan melakukan upacara
ini.

SELEPAS LAHIR –

Tanggal Pusat/Cuci Lantai

Pada ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik
buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur
disamping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.

SELEPAS LAHIR –

Bersunat / Berkhatan

Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa
hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani
upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini akan dijalankan
oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil
berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan
dijalankan oleh Tok Mudim.

PERKHAWINAN –

Merisik

Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk
memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu. Di samping itu, adat ini juga
bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab
sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya.

PERKHAWINAN –

Meminang

Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan
menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan akan
dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan
mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding
untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula.

PERKHAWINAN –

Bertunang

Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak lelaki akan
diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari
tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak
perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan
utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih,
pakaian dan lain-lain.

PERKHAWINAN –

Akad Nikah

Dijalankan oleh Tok Imam


PERKHAWINAN –

Majlis Perkahwinan

Persiapan akan dijalankan termasuklah mendirikan, khemah tetamu, menyiapkan pelamin dan
bilik pengantin serta menyediakan bunga telur. Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari
langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari
inilah pengantin digelar raja sehari.

KEMATIAN –

Semasa Kematian

Apabila berlaku kematian, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh keluarga si mati ialah
memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan
jiran tetangga di sekitar kawasan itu. Di kampungkampung misalnya, pengumuman akan dibuat
di masjid oleh tok imam.

• Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dari
kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua
tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada. Orang yang
menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada kebiasaannya di hadapan
mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan akan dibakar.

KEMATIAN –

Semasa Kematian

Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan diadakan. Mayat
tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin. Sebelum dikebumikan, mayat
dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan tertib dan cermat. Mayat perempuan akan
dimandikan oleh tukang mandi mayat perempuan dan begitulah sebaliknya. Namun begitu
mereka yang paling baik memandikan mayat ialah di kalangan ahli keluarga si mati sendiri.

KEMATIAN

• Jenazah seterusnya dikapankan, iaitu dengan cara membalut badan mayat dengan kain putih.
Bagi jenazah lelaki, mereka perlu dibalut dalam tiga lapisan manakala jenazah wanita pula
sebanyak lima lapis beserta telekung. Jenazah juga akan dipakaikan celak dan dibubuh kapur
barus. Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan
mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah. Mayat
seterusnya disembahyangkan samada di rumah atau di masjid.

KEMATIAN –

Semasa Kematian

Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris si mati akan memberi
ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika selama hayatnya beliau
pernah berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut juga akan meminta supaya mana-
mana hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun si penuntut
boleh menuntutnya pada waris si mati.

KEMATIAN --

Semasa Pengebumian

Selepas itu jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda dan diusung ke tanah perkuburan. Kaum
lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita kurang
digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut. Tangisan dan ratapan yang
berlebihan terutamanya di tanah perkuburan tidak digalakkan dalam Islam. Sebelum ditimbus,
siak atau sesiapa yang hadir akan turun ke dalam kubur dan membuka papan tutup keranda itu
dan mengerengkan mayat serta membukakan ikatan di kepala.

KEMATIAN ---

Semasa Pengebumian

Kepala mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepalkepal dan selepas diazankan di
telinganya, barulah keranda ditutup dan tanah ditimbus. Dua batang batu nesan tertulis nama,
tarikh lahir dan juga tarikh kematian akan dicacak di atas kubur sebagai tanda. Seterusnya
upacara membaca talkin akan dijalankan oleh tok imam. Selepas talkin dan doa selesai dibaca,
air akan disiram di atas kubur si mati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga
habis. Kemudian bunga rampai pula ditabur
KEMATIAN –

Selepas Kematian

Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati selepas jenazah selamat
dikebumikan. Ia diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau
keseratus hari. Tujuannya adalah untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di alam
barzakh. Ada juga masyarakat Melayu yang melakukan adat turun batu iaitu menimbus kubur si
mati dengan batu-batu kecil dan membina pagar kecil di sekeliling pusara tersebut selepas
seratus hari seseorang itu meninggal dunia.

MASYARAKAT CINA
http://www.jkkn.gov.my/ms/masyarakat-cina-0

Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini. Malaysia dan China
telah mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad dahulu. Pada zaman
Kesultanan Melaka, China pernah berperanan sebagai pelindung Melaka daripada ancaman
Siam. Pemindahan rakyat Cina ke Malaysia adalah kerana desakan pada zaman Dinasti Manchu
( 1644 – 1911 ) kerana Manchu merupakan kerajaan asing dan menimbulkan perasaan tidak
puas hati di kalangan rakyat. Kedatangan orang Cina ke Malaysia jelas kelihatan pada
pertengahan abad ke 19. Fukien dikenalpasti merupakan kawasan memberontak kerajaan
Manchu dan juga yang paling hampir dengan Asia Tenggara.

Kehidupan yang lebih baik di Tanah Melayu juga merupakan faktor yang menggalakkkan
kemasukan orang Cina. Kebanyakan orang Cina datang sebagai buruh dan tukang kraf. Mereka
datang seorang diri tanpa keluarga kerana berharap untuk memperolehi gaji yang tinggi supaya
dapat hantar balik ke China atau membawa ahli keluarga datang ke Tanah Melayu. Kedatangan
orang Cina ke Tanah Melayu juga secara tidak langsung membawa masuk budaya, agama dan
bahasa mereka.

Agama yang dipegang oleh masyarakat Cina ialah agama Buddha. Walaubagaimanapun, ajaran
Konfuciunisme dan Taoisma juga penting kepada masyarakat Cina.

Tema utama dalam ajaran Konfuciunisme ialah “preservatuon of the state and the preservation
of the family” atau dalam perkataan ialah “Hao”. Hal ini jelas dilihat daripada beberapa
perayaan yang masih kekal sehingga hari ini iaitu Ching Meng. Oleh kerana dalam ajaran
Konfuciunisme amat mementingkan Hao, maka untuk mendapatkan anak adalah penting supaya
menjadi warisan keluarga. Dengan ini perkahwinan adalah digalakkan supaya mendapat anak
secara sah.

Taosima merujuk kerada “Tao” yang bermakna “way” atau “Principle” iaitu jalan kepada yang
wujud. Daripada “Tao” wujud dua prinsip “Yin” dan “Yang”.

Dalam ajaran Taoisme, percaya bahawa seseorang itu boleh menjadi dewa selepas mati
sekiranya dia mati mengikut jalan kehidupan yang betul sebelum mati.
Agama Buddha pula di bawa oleh Gautama Buddha dari India. Prinsip agama Buddha,
kesengsaraan dalam hidup dunia adalah disebabkan oleh kejahilan dalam fikiran yang salah dan
tindakan yang salah. Untuk mengelakkannya, manusia mesti menghapuskan keinginan dan
membuatnya dengan berjaya supaya mencapai apa yang disebut oleh Buddha sebagai Nirvana.
Manusia mesti memadamkan keinginan dan kewujudan sekiranya berjaya membuat demikian
maka akan bebas dari kejahilan dan mencapai kegembiraan. Agama Buddha juga ada
menyentuh kepada “cycle of life” iaitu manusia akan terus lahir, mati dan lahir semula.

Lawatan dan Kunjungan

Semasa mengunjungi rumah orang – orang Cina, tetamu sebaik – baiknya duduk di sebelah kiri
tuan rumah sebagai tanda penghormatan kepada tuan rumah.

Minuman ringan selalunya dihidangkan kepada tetamu secepat mungkin yang boleh. Dalam
pada itu tetamu janganlah hendaknya segera minum kecuali sudah dipersilakan oleh tuan
rumah berulang kali. Adalah dianggap kurang elok mengunjungi rumah keluarga Cina sewaktu
mereka makan malam melainkan kunjungan itu dibuat oleh sebab – sebab yang sangat penting.

Kelahiran

Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung. Misalnya di dalam
bilik ibu, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil, memaku dinding rumah tidak
dibernarkan sama sekali.

Ibu yang mengandung mesti berjaga – jaga supaya tidak terperanjat dengan benda – benda yang
tidak baik. Pantang larang itu diamalkan selama kira – kira sebulan selepas bersalin.

Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji “berat badannya”. Sebaliknya kata – kata pujian
seperti “gemuk” atau “gemuk macam babi” dapat diterima.

Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara mara dan
sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan bayi. Hadiah – hadiah itu dibungkus
dengan kertas merah. Sesetengah keluarga meraikan bagi keduanya apabila anak itu berumur
satu tahun.

Perkahwinan

Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina mahupun
keluarganya. Ia merupakan peralihan yang banyak mempengaruhi perubahan bagi seseorang
lelaki. Pada umumnya, perkahwinan adalah cara yang sah untuk mendapatkan seseorang isteri.
Institusi ini memberikan kebenaran untuk menyambung zuriat nenek moyangnya serta
memulakan zuriat sendiri. Di samping itu, Cina lelaki akan menghadapi banyak tanggungjawab
baru sebagai suami dan sebagai seorang bapa kemudiannya.

Dalam masyarakat Cina, pada masa dahulu pertunangan boleh dilakukan apabila kanak – kanak
itu berumur di antara 7 dan 14 tahun. Selanjutnya tidak terikat lagi dengan peraturan tradisional
bagi seseorang perempuan Cina untuk berkahwin.
Pada waktu dahulu sesuatu perkahwinan adalah diatur oleh kedua ibu bapa. Tetapi keadaan itu
telah berubah pada hari ini. Walaubagaimanapun ibu bapa masih mempunyai kuasa dalam
mencampuri hal perkahwinan anak – anak mereka. Walaupun kini perkahwinan tidak diatur
oelh ibu bapa tetapi peringkat ramalan nasib masih dijalankan dan ia merupakan peringkat yang
sangat penting. Penetapan masa dan tarikh untuk perkahwinan juga penting.

Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa sesuatu
perkahwinan diadakan iaitu :

 Perkahwinan sivil dimana bakal perngantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai suami
isteri yang sah dari segi undang – undang.
 Upacara minum teh - Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana pengantin
baru memberi teh kepada ahli – ahli keluarga yang lebih tua untuk minum sebagai tanda
pengenalan antara satu sama lain.
 Jamuan makan - Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan – kawan akan
dijemput.

Pada kebiasaannya upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah untuk dihadiri
oleh saudara mara yang rapat sahaja.

Perkara yang dianggap mustahak dalam perkahwinan kaum Cina ialah pengumuman
perkahwinan itu kepada kawan – kawan dan dan saudara mara mereka dengan mengadakan
jamuan. Besar kecilnya jamuan ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Oleh kerana
majlis ini penting maka tetamu – tetamu yang hadir eloklah memakai pakaian yang cantik dan
berwarna merah. Sebaiknya – baiknya hendaklah dielakkan daripada memakai baju yang
berwarna hitam, biru atau kelabu kerana warna – warna ini biasanya dikaitkan dengan peristiwa
sedih dalam masyarakat Cina.

Apabila tetamu berjumpa dengan kedua pengantin baru itu mereka haruslah mengucapkan
tahniah kepada mereka. Tetamu janganlah menceritakan atau menyebut perkataan – perkataan
yang sedih seperti kematian, sakit, bencana atau hantu apabila bertutur dengan kedua
pengantin itu.

Warna merah dikalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira. Oleh kerana itu,
sekiranya tetamu memberi hadiah eloklah dibungkus dengan kertas berwarna merah.

Kematian

Pelawat – pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna – warni sewaktu pergi ke
rumah orang mati. Sebaiknya – baiknya pelawat itu memakai baju berwarna muram seperti
hitam atau kelabu dan sebagainya.

Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa sepasang lilin putih
“ duit kertas “ dan lain – lain alat sembahyang untuk diberikan kepada keluarga si mati yang
kurang berada. Sekarang lazimnya pelawat memberikan derma atau menghantar kalungan
bunga kepada si mati. Kadang kala sekumpulan sahabat atau sesuatu persatuan menyediakan
panji – panji yang ditulis dengan kata – kata pujian kepada si mati.
Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang merah atau gula
– gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna merah itu warna yang
membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula – gula yang
diberi itu boleh dimakan.

MASYARAKAT INDIA
http://jkkn.gov.my/ms/masyarakat-india-0

Masyarakat India meruapakan etnik ketiga terbesar di Malaysia, dan juga salah satu kaum yang
telah menyumbang ke arah pembentukan sesebuah masyarakat majmuk di negara kita. Separti
masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih
mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini.

Adat resam yang di amalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan
kebudayaan masyarakat melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan.
Seperti juga masyarakat lain,masyarakat India juga terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru
itu maklumat berikut memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.

Sejarah

Orang India Malaysia ialah satu kaum yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari
India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.

Orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2000 tahun yang lalu. Kedatangan mereka secara
berkumpulan seperti komuniti Chetty Melaka dan komuniti Mamak semasa Kesultanan Melaka
dan semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda.

Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ialah mensasarkan tujuan perniagaan atau
perdagangan. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah
penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta rakyat).

Perkahwinan masyarakat India

Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan
suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat
india iaitu vaitikat thirumanam, tamil thirumanam, dan diya thirumanam yang mana
perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum. Antara adat yang dilakukan
untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan
di bahagian atasnya, menuang air susu kedalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki kedua
ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa,memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua)
dan wang). Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali
dan berkongsi minum' air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan
pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri
Kematian

Bagi masyarakat India,mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah
ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian
adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh.
Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau di kebumikan. Untuk melaksanakan upacara
ini pelbagai adat ditentukan.

Upacara menanggalkan thaali

Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya


sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwunan hanya boleh
ditanggalkan oleh isteri setelah suaminya meninggal dunia.

Upacara vaikkarasi

Setelah dimandi dan dihias cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda.Pada masa yang
sama lagu-lagu suci dimainkan. Saudara mara akan member penghormatan yang terakhir
kepada si mati dan mendoakan agar roh si mati akan tenang. Pada masa yang
sama,ucapan tenna adudaiya shinaneepottri disebut beberapa kali sebagai menandakan
upacara tersebut telah direstui oleh tuhan. Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut
lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan.

Kollic catti

Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengadungi api. Periuk tersebut di angkat dengan
menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk. Kollic
catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung melakukan
untuk bapa apa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu. Seseorang yang
membawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki
mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut
yang baru tumbuh.

Perayaan bagi kaum india

Setiap bangsa dalam Negara Malaysia mempunyai perayaan yang tersendiri bagi kaum mereka
tersendiri. Bagi kaum India mereka merayakan perayaan mereka seperti deepavali, thaipusam,
dan ponggal bagi setiap tahun. Bagi perayaan Deepavali, penganut hindu akan menjalani mandi
minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang
melambangkan permulaan yang baru, penganut hindu akan mengunjungi kuil,dimana patung
dewa hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Bagi thaipusam pula, merupakan
perayaan menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan di atas muka bumi. Tidak semua
penganut hindu melakukan Nazar.

Nazar yang membawa maksud memohon sesuatu hajat kepada dewa Murugan dan jika
permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
Bagi ponggal pula,perayaan ini diraikan secara beramai-ramai, iaitu dengan memasak
menggunakan periuk yang kebanyakannya diperbuat daripada tanah liat, bertujuan untuk
menandakan masa mereka menuai hasil tanaman. Ia membawa muhibbah dan persaudaraan
kepada mereka yang lama terpisah. Perayaan ponggal ini bolehlah dianggap sebagai hari
masyarakat Hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka.

Anda mungkin juga menyukai