Anda di halaman 1dari 4

Bangunan Bersejarah: Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di hadapan Dataran Merdeka adalah mercu tanda bagi
bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul
Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894.
Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Di sinilah tempat di mana
bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan.
Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah kepada era masyarakat yang merdeka.
Kota A’famosa
Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termasyhur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis
sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar
Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan
seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada
1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina
kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu
utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A
Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan
makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota
tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.
Tugu Negara
Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8
Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia
Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia
terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.
Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu
tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap
patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian,
dan pengorbanan.

Forg Margherita
Fort Margherita adalah sebuah kubu lama dibina pada tahun 1879 oleh Charles Brooke, Raja
Sarawak terletak di Kuching, Sarawak, Malaysia. Kubu ini adalah sebuah mercu tanda dan tugu
dalam sejarah Sarawak yang bermula dengan Dinasti Brooke. Kubu ini, dibina dalam gaya sebuah
istana kota Inggeris, direkabentuk untuk melindungi Kuching dari serangan lanun. Ia digunakan
sebagai sebuah Muzium Polis dari 1971 sebelum ia diserah kepada kerajaan negeri Sarawak dan
kini ia merupakan satu tarikan pelancong di Kuching.

KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN INDUSTRI PERLANCONGAN TERHADAP


PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA

Sektor pelancongan telah meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran mata
wang asing ke dalam negara. Pelancong yang datang ke Malaysia perlu menukar mata wang
asing kepada Ringgit Malaysia untuk berbelanja. Pertukaran mata wang asing boleh dilakukan di
bank-bank tempatan dan pusat pertukaran mata wang asing. Mata wang asing ini digunakan
untuk membiayai perbelanjaan pengimportan barang dari luar negara. Menurut Laporan Ekonomi
2010/2011 pendapatan negara melalui sektor pelancongan telah meningkat kepada RM59.20
bilion, ini menunjukan pengaliran mata wang asing yang banyak dalam negara.
Sektor pelancongan juga secara tidak langsung memajukan bidang perniagaan di Malaysia.
Pelancong asing yang datang ke Malaysia memerlukan tempat penginapan yang selesa, makanan
dan minuman yang mencukupi, perkhidmatan pengangkutan, juru pandu pelancong dan lain-lain
perkhidmatan agar destinasi perjalanan mereka berjalan dengan lancar.
Pelancong juga amat menggemari makanan di Malaysia kerana mempunyai beraneka jenis
yang boleh dinikmati sama ada di hotel, restoran, medan selera, kedai atau warung di tepi jalan.
Malaysia dikenali sebagai negara majmuk dengan pelbagai kaum, begitu juga dari segi makanan
dimana terdapat pelbagai jenis masakan seperti masakan Melayu, masakan Cina dan masakan
India. Rendang, ketupat, nasi lemak adalah masakan kaum Melayu, manakala pau, char kuey teow
adalah masakan kaum Cina. Masakan kaum India pula adalah tosai, capati dan idili. Setiap
masakan mempunyai keunikan dan citarasa yang tersendiri yang boleh dinikmati oleh pelancong
dan ia tidak pernah atau dapat dirasai di negara lain. Rasa baharu akan meningkatkan lagi
permintaan terhadap makanan tempatan mewujudkan peluang perniagaan kepada usahawan
tempatan.
Sektor pelancongan juga dapat mengembangkan industri kraf tangan malah menjadi
periuk nasi kepada pengusaha kraf tangan tempatan. Barangan kraftangan yang bermutu dibuat
oleh rakyat tempatan ditawarkan dengan harga yang berpatutan kepada pelancong-pelancong
asing dan juga rakyat tempatan. Barangan kraf tangan yang dimaksudkan adalah kain batik,
songket, wau, seramik, kayu, perak, kaca dan kulit yang direka bentuk jadikan sebagai cenderahati
kepada pelancong. Kebanyakan pelancong suka untuk membeli-belah cenderahati yang ditawarkan
untuk dibawa sebagai kenangan atau untuk diberi sebagai buah tangan kepada ahli keluarga dan
rakan.
Sektor pelancongan juga mempromosikan budaya amalan Malaysia yang unik kepada
pelancong luar negara. Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum etnik antaranya
Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Bajau, Iban dan lain-lain. Setiap kaum mempunyai adat dan
budaya yang berbeza-beza, mampu menarik minat pelancong untuk turut menyertai persembahan
kesenian tradisional dan permainan. Persembahan kesenian tradisional adalah wayang kulit, dikir
barat, kuda kepang manakala permainan pula adalah sepak raga, congkak, wau dan lain-lain.
Kenangan manis yang diamati oleh pelancong mendorong mereka untuk datang semula.
Sektor pelancongan merupakan sumber ekonomi yang penting untuk negara. Kita
haruslah menggunakan kelebihan yang ada dengan spenuhnya untuk menjadikan pusat
pelancongan yang terkenal di dunia.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN INDUSTRI
PELANCONGAN

Pihak kerajaan dan pihak swasta perlulah melakukan pelbagai usaha untuk
memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Kerajaan perlulah merancakkan lagi aktiviti promosi
untuk menarik masuk lebih ramai pelancong asing ke negara kita. Kementerian Pelancongan
perlulah mempromosikan destinasi pelancongan yang menarik, kebudayaan dan karnival jualan
barang-barang keluaran tempatan secara besar-besaran. Kempen Cuti-Cuti Malaysia dan Tahun
Melawat Malaysia perlu dijalankan setiap tahun untuk mempromosikan Malaysia kepada luar
negara. Usaha-usaha untuk memperkenalkan negara Malaysia sebagai destinasi pelancongan di
seluruh dunia hanya boleh dilakukan melalui penggunaan teknologi maklumat iaitu internet dan
rakyat Malaysia sendiri yang berada diluar negara atas tujuan kerjaya, lanjutan pelajaran dan lain-
lain sebab. Melalui penggunaan internet, semua pelancong dapat memperoleh maklumat tepat
mengenai destinasi pelancongan di Malaysia dan mampu menjadi daya tarikan pelancong untuk
berkunjung ke Malaysia. Bagi rakyat yang berada di luar negara boleh mempromosikan tempat-
tempat yang menarik di Malaysia seperti Pulau Langkawi, Cameron Highland, Genting Resort,
Pulau Pangkor dan banyak lagi untuk dilawati.
Peranan ibubapa dan sekolah juga penting dalam menggalakkan pembangunan sektor
pelacongan di Malaysia. Ibubapa perlulah mendidik anak-anak agar tidak terlibat dengan gejala
sosial contohnya vandalisme yang boleh menjatuhkan imej negara ketika pelancong datang ke
negara kita. Ibubapa perlulah meluangkan masa membawa anak-anak mereka melancong ke
tempat-tempat bersejarah agar mereka tidak ketinggalan. Hal ini dapat merapatkan lagi hubungan
keluarga dan dapat menghabiskan percutian dengan sempurna bersama keluarga. Begitu juga
pihak sekolah, perlulah memperkenalkan Malaysia kepada anak-anak murid melalui matapelajaran
Geografi dan Sejarah. Pihak sekolah juga bolehlah menganjurkan aktiviti seperti lawatan sambil
belajar ke tempat pelancongan bersejarah agar pelajar-pelajar dapat menyelami ilmu pengetahuan
secara mendalam.
Masyarakat setempat juga berganding bahu dengan usaha kerajaan dalam membawa
Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di dunia. Sikap ramah-tamah dan berbudi bahasa
semas kehadiran pelancong asing dapat memberi keselesaan untuk mereka untuk berkunjung
semula. Rakyat tempatan sendiri yang merancang untuk bercuti dan melancong, Malaysia adalah
pilihan destinasi pelancongan yang pertama, tujuannya untuk menjimatkan pengaliran keluar mata
wang negara. Melancong dalam negara dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman malah
mengetahui keunikan budaya dan tradisi masyarakat di negeri-negeri lain di Malaysia.
Kerajaan juga perlulah berusaha membangunkan banyak lagi destinasi pelancongan
yang baru. Tempat-tempat yang dipilih mestilah lebih menarik dan memenuhi citarasa pelancong
masa kini. Semakin banyak tempat dipelopor untuk destinasi pelancongan, potensi untuk menerima
lebih banyak pelancong ke Malaysia.
Pakej pelancongan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan dan pihak swasta perlulah dalam
harga yang berpatutan. Harga yang berpatutan dapat mendorong minat para pelancong untuk
meneroka negara kita. Kebanyakan pelancong inginkan pakej pelancongan yang disertakan
dengan juru-pandu, pengangkutan, penginapan dan makanan kerana mereka tidak mahu
perjalanan mereka diganggu oleh sebab-sebab tertentu. Oleh itu, pihak kerajaan dan swasta
perlulah merangka satu set kos bagi setiap pakej pelancongan mengikut situasi ekonomi agar
pelancong tidak tertekan untuk bayar atau tidak tertipu oleh orang-orang yang tidak
bertanggungjawab.
Aspek kebersihan juga perlulah diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan swasta.
Kebanyakan pelancong mengkritik kualiti kebersihan di negara kita contohnya di tandas awam,
perhentian bas dan teksi, bilik penginapan hotel dan warung-warung makanan di tepi jalan yang
amat memalukan. Usaha-usaha membawa imej positif terhadap negara perlulah diberi penekanan
agar pelancong selesa dengan keadaan di Malaysia.
Pihak kerajaan dan swasta perlulah mempelbagaikan usaha dan kempen untuk
mempergiatkan lagi aktiviti pelancongan. Industri ini juga merupakan penyumbang utama
pendapatan negara untuk jangka masa yang panjang. Kejayaan sektor pelancongan dapat
direalisasikan sekirannya semua pihak berganding bahu memajukan industri pelancongan kerana
tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

Anda mungkin juga menyukai