Anda di halaman 1dari 2

Khozimah Binti Taharim

560412-08-6476
Kafeteria Hospital Sultanah Hajjah Kalsom,
Persiaran Dayang Endah,
39000 Tanah Rata
Cameron Highlands
Pahang Darul Makmur

Manager Branch Officer


Radicare (M) Sdn. Bhd.
Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands,
Persiaran Dayang Endah,
39000, Tanah Rata,
Pahang Darul Makmur. 21 JUN 2018

Tuan,

Permohonan Ganti Rugi Peti Sejuk Ais Krim Kafeteria

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, suis soket bekalan kuasa peti sejuk ais krim tersebut telah dimatikan oleh
pekerja Radicare (M) Sdn. Bhd.semasa kerja pembersihan. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 20 April 2018


Hari : Jumaat

3. Akibat dari tindakan suis soket bekalan kuasa peti sejuk ais krim yang dimatikan oleh pekerja Radicare (M)
Sdn. Bhd., dua (2) buah peti sejuk ais krim iaitu satu (1) Nestle dan satu (1) Wall’s telah tidak berfungsi dan
aiskrim yang terdapat di dalam peti sejuk tersebut rosak.

4. Dengan itu, pihak Kafeteria Hospital Sultanah Hajjah Kalsom ingin memohon ganti rugi akibat tindakan pekerja
Radicare (M) Sdn. Bhd yang mematikan suis soket bekalan kuasa peti sejuk ais krim tersebut.

5. Jumlah kerugian yang dituntut adalah sebanyak RM325.90. Butiran kerugian yang dituntut seperti dalam
Lampiran 1 yang disertakan bersama surat ini.

6. Tindakan susulan dari pihak Tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………………………..
(KHOZIMAH BINTI TAHARIM)
Kafeteria Hospital Sultanah Hajjah Kalsom,
Cameron Highlands, Pahang.

Sk : Pengarah
Hospital Sultanah Hajjah Kalsom,
Cameron Highlands
Lampiran 1

1. Peti Sejuk Ais Krim Nestle


Bil Jenis Harga per unit Unit Rosak Jumlah
1 Pink Fong RM1.90 16 RM30.40
2 Milo RM1.60 17 RM27.20
3 Crunch RM1.70 17 RM28.90
4 Mat Kool Srinkle RM1.50 11 RM16.50
5 Butterfly RM1.90 8 RM15.20
6 Grape RM1.00 1 RM 1.00
7 Asteroid RM1.00 16 RM16.00
8 Tropicana RM1.00 7 RM7.00
9 Cremeria Orange RM3.50 5 RM17.50
10 Drumstik RM2.30 15 RM34.50
JUMLAH RM194.20

2. Peti Sejuk Ais Krim Walls


Bil Jenis Harga per unit Unit Rosak Jumlah
1 Vanilla Cup RM1.60 3 RM 4.80
2 Tornado RM1.00 32 RM32.00
3 Rainbow RM1.00 14 RM14.00
4 Watermelon RM1.50 2 RM 3.00
5 Sandwich RM1.90 11 RM20.90
6 Magnum RM4.50 12 RM54.00
7 Corneto RM3.00 1 RM 3.00
JUMLAH RM131.70

Jumlah Besar RM325.90

Anda mungkin juga menyukai