Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGUAN 1

ANGELINA ANN A/P DAVID

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU 1

Minggu Praktikum :1
Tarikh : (29.07.2018 – 02.08.2018)
Tajuk Jurnal : Pelajar sentiasa lari pada waktu rehat

1. Isu Yang Difokuskan

Saya merupakan guru bertugas di kantin pada minggu pertama praktikum saya. Saya
mendapati ketika menjalankan tugas saya sebagai guru bertugas di kantin pada waktu
rehat, ramai pelajar suka berlari selepas makan. Perkara ini masih berulang walaupun guru
telah menegur murid-murid tersebut untuk beberapa kali. Saya juga dapati murid sentiasa
berlari ke tandas, koperasi, pusat sumber dan sebagainya selepas makan. Perkara ini
mempunyai risiko yang tinggi bagi murid tersebut jatuh dan mengalami kecederaan. Hal ini
kerana pada 31.07.2018(Selasa) terdapat seorang pelajar yang jatuh dan lututnya cedera
ketika pelajar tersebut kejar pelajar lain ke tandas.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu)

Punca murid sentiasa berlari semasa waktu rehat adalah kerana mereka makan dengan
pantas dan ia menyebabkan mereka ada banyak masa lapang semasa waktu rehat.
Tambahan lagi, mereka tidak mempunyai minat ataupun usaha untuk memanfaatkan masa
tersebut. hal ini adalah kerana mereka tidak ditekankan cara penghargaan masa. Kesannya,
murid membazirkan masa lapang mereka di sekolah serta sentiasa membuat bising semasa
waktu rehat sehingga menyebabkan mereka menggangu kelas lain. Secara tidak langsung
keadaan ini akan menjejaskan

3. Kajian Lampau Terhadap Isu

Menurut Sdr. Mohd Firdaus Bin Mohd Khairi “apabila kita telalu menekankan hukuman
sebagai alat penawar untuk masalah displin di kalangan pelajar, kita seolah-olah
mengambil jalan pendek untuk mengatasi masalah ini. Sedangkan kita tidak mengubati
punca penyakit displin ini”.

4. Cadangan Dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah :-
JURNAL MINGGUAN 2
ANGELINA ANN A/P DAVID

i. Guru bertugas harus mengendalikan slot bersama pelajar dimana selepas


pelajar yang sudah makan mereka harus berkumpul di satu tempat khas di
kantin serta pelajar harus membuat persembahan seperti mencerita,
mendeklemasi sajak, menyayi lagu dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
ii. Bahasa yang digunakan akan bertukar dengan bahasa lain utk setiap minggu.
iii. Meningkatkan semangat pelajar yang membuat persembahan dengan sokongan
pelajar lain.

5. Tempoh Masa Penyelesaian


Setiap hari waktu rehat

6. Tindakan Susulan
Saya akan memastikan terdapat guru yang bertugas setiap waktu rehat dan aktiviti
tersebut dijalankan seperti diracang kemudian saya akan memantau bahawa tiada murid
yang berkeliaran pada waktu rehat.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan


05.08.2018

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan


Tindakan yang telah dilaksanakan dengn menggunakan cadangan penyelesaian yang
telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui kadar
pelajar yang berlari dan bising semasa waktu rehat telah menurun.

9. Kesimpulan, Refleksi dan Halangan


Saya marasa puas hati dengan miat murid terhadap slot bersama murid semasa waktu
rehat. Mrerka rasa lebih seronok dan suka menonton pesembahan kawan-kawan
mereka.

10. Rujukan
Mohd Firdaus Bin Mohamed Khairi (2016). Menyelesaikan Punca Masalah Disiplin
Murid, Jurnal Disiplin Murid, 13(2), 29-82.