Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN PONDOK WAKAF (GAZEBO),

POKOK BUNGA DAN KEPERLUAN UNTUK KECERIAN TAMAN

1.0 PENDAHULUAN

Kelab Kompang Sek Keb Jimah bercadang untuk membina sebuah pondok bacaan bagi
menjalankan aktiviti di luar bilik darjah selain berfungsi sebagai tempat rekreasi dan berehat
murid-murid sekolah. Di samping itu, pembinaan pondok tersebut adalah bertujuan untuk
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah dan aktiviti- aktiviti
yang memerlukan murid-murid melakukan pergerakan di ruang yang lebih kondusif.

2.0 LATAR BELAKANG:

2.1 Cadangan tempat di mana pondok bacaan ini akan dibina ialah di antara kelas Pra
Sekolah Integrasi dan Bangunan baru.

2.2 Keluasan yang dicadangkan untuk membina pondok bacaan ini adalah dalam anggaran
6 x 6 kaki persegi.

2.3 Reka bentuk pondok bacaan yang dicadangkan adalah sebagaimana contoh yang
dilampirkan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melaksanakan dan melengkapkan aktiviti sekolah yang dirancangkan dalam sesi

pembelajaran dan pengajaran di luar kelas.

3.2 Mengeratkan hubungan mesra antara guru-guru dan murid-murid

3.3 Menarik minat murid untuk hadir ke sekolah setiap hari.

4.0 RASIONAL

4.1 Memberi satu aktiviti yang sihat kepada murid sekolah pada waktu yang terluang

4.2 Dapat memberi murid-murid peluang memikul tanggungjawab memastikan kawasan

mereka bersih dan ceria

5.0 PERANCANGAN

5.1 Satu projek jangka panjang yang boleh diguna pakai untuk murid-murid sekolah.

5.2 Tempat yang lebih kondusif untuk aktiviti-aktiviti sekolah seperti membaca dan juga
kerja atau aktiviti berkumpulan murid.

5.3 Tempat berteduh untuk murid-murid membaca atau membuat kerja sekolah sementara

menunggu kehadiran ibubapa atau bas sekolah.

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

6.1 Sila rujuk lampiran 1.

7.0 NAMA DAN ALAMAT SYARIKAT PEMBEKAL

7.1 Sila rujuk lampiran 2.

8.0. RUMUSAN:

Kos untuk melaksanakan projek ini agak tinggi dan peruntukan sekolah amat terhad. Justeru,
dengan sukacitanya pihak pengurusan Kelab Kompang Sek Keb Jimah memohon sumbangan
daripada pihak dalaman dan luaran sekolah sama ada daripada Jabatan-jabatan Kerajaan,
Badan-badan berkanun, Syarikat-syarikat swasta dan orang perseorangan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(NOR LAILI BTE MOHAMED NOR) ( PN HALIZA BT AB. MALIB)


Guru Penyelaras Guru Besar
Kelab dan Persatuan Kompang Sekolah Kebangsaan Jimah
Sek Keb Jimah
Lampiran 1

Anggaran kos perbelanjaan untuk membina pondok bacaan di Sek Keb Jimah adalah seperti
berikut:

HARGA
PERKARA BILANGAN JUMLAH
SEUNIT (RM)

Gazebo (6 x 6) 3000.00 1 3000.00

Pokok Bunga 3.50 12 42.00

Tanah Hitam 2.00 10 20.00

Cat 1 liter 15.00 3 45.00

Batu Pijak 6.50 6 39.00

Batu Taman 10.00 3 30.00

JUMLAH KESELURUHAN 3176.00

Rekabentuk gazebo (pondok bacaan) yang dicadangkan di Sek Keb Jimah.


Lampiran 2

ALAMAT SYARIKAT YANG DICADANGKAN

1) SYARIKAT PERABOT JATI SINAR TULIN

No. 534, 535, 538, 539, 540, 541


Jalan Nilai 3/13, Pusat Jualan Borong Nilai 3, Negeri Sembilan.
En. Harun : 012-6111481

2) BUMI HIJAU LANSKAP


26, Jalan Nasional
Felda Bukit Senggeh
77100 Asahan, Melaka

___________________________________________________________________________

KERATAN JAWAPAN

Saya/kami _____________________________________________ bersetuju memberi


sumbangan ikhlas sebanyak RM___________________ kepada pihak Kelab Kompang Sek
Keb Jimah bagi Pembinaan Pondok Bacaan .

Tandatangan:

(Nama dan cop syarikat):

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai