Anda di halaman 1dari 6

Cerakinkan ayat majmuk dibawah menjadi dua ayat tunggal.

(i) Siti dan Aminah akan menyertai pertandingan menyanyi pada akhir tahun ini.
a. ____________________________________________________________________
b. ____________________________________________________________________

(ii) Abang saya mengejar pencuri sambil menjerit meminta pertolongan.

a. ____________________________________________________________________
b.____________________________________________________________________

(iii) Ramlah cepat – cepat menyiapkan kerja rumahnya kerana kesuntukan masa.
a. ____________________________________________________________________
b. ____________________________________________________________________

(iv) Puan Eli menyapu ruang tamu rumah manakala nenek mengemas barang di bahagian
dapur.
a. ____________________________________________________________________
b.____________________________________________________________________

(v) Keluarga saya bercadang untuk berkelah di Resort Tanjung Karang tetapi tempat itu telah
ditutup.
a. ____________________________________________________________________
b. ____________________________________________________________________

(10 markah)
Lihat iklan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam iklan tersebut,
tulis sebuah ulasan yang panjangnya anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.

01. TEMA BUDAYA MEMBACA

 Ilmu pelita hidup

 Membaca jambatan ilmu
 Jauh berjalan luas pengalaman, banyak membaca luas pengetahuan.
 Bangsa membaca bangsa berjaya
 Membaca memerdekakan minda.
 "Saya sanggup dipanggil sebagai pemboros kerana membelanjakan sebahagian besar
daripada pendapatan saya untuk membeli buku". Mantan Perdana Menteri India - Nehru.
 Orang yang tidak membaca umpama katak di bawah tempurung.
 Socrates:"Bertambah banyak aku tahu, bertambah sedarlah betapa tololnya diriku".
02. TEMA SEMANGAT KEJIRANAN

 Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

 Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
 Muafakat membawa berkat.
 Tidak mahu menjaga tepi kain orang lain.
 Anak orang anak sendiri
 Beranak seorang mendidik ramai.
 Bagai aur dengan tebing
 Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
 Hamka:"Kalau anda memberi sesuatu kepada jiranmu,bermakna memberi sesuatu kepada
dirimu sendiri".
03. AMALAN MENABUNG

 Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

 Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
 Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak.
 Ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis.
 Sediakan payung sebelum hujan.
 Ikut hati mati, ikut rasa binasa.
 Victor Hugo: "Tabungan adalah kebijaksanaan menghadapi bahaya".
04. PELANCONGAN

 Jauh perjalanan luas pengalaman.

 Budi bahasa budaya kita.
 Kecil tapak tangan, nyiru sama tadahkan.
 Negara Bersih, Rakyat Sihat .
 Datuk Seri Ng Yen Yen: Pada tahun 2010 seramai 2.2 juta pelancong telah melawat
Malaysia; Perbelanjaan RM6 bilion.
05. KEMALANGAN JALAN RAYA

 Biar lambat asalkan selamat.

 Malang tidak berbau.
 Sudah terhantuk baru tengadah.
 Nasi sudah menjadi bubur.
 Alah bisa tegal biasa.
 Hadis Nabi: Sabar itu sebahagian daripada iman.
06. BANGUNAN BERSEJARAH

 Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

 Hanya jauhari mengenal manikam.
 Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
 Genggam bara api biar sampai jadi arang.
 Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
 Voltaire: "Sejarah manusia tak lain tak bukan hanyalah gambaran masa dahulu sebagai
pengajaran masa sekarang.
07. KELUARGA

 Bapa borek anak rintik.

 Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
 Anak umpama kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya. Jika dilukis dengan warna
pelangi, maka cerahlah masa depannya. Jika ditumpahkan dengan warna hitam, maka gelaplah
masa depannya.
 Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
 Tidak mahu menjadi seperti kata peribahasa,'Ketam menyuruh anaknya berjalan lurus'.
 Ibu bapa sebagai idola kepada anak-anak mereka.
 Peribahasa Bahasa Arab: 'Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu'.
08. NEGARA / CINTAKAN NEGARA / PATRIOTISME

 John F.Kennedy: "Jangan bertanya apakah sumbangan negara untuk anda. Sebaliknya
bertanya apakah sumbangan anda untuk negara".
 Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
 Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
 Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
 Biar putih tulang, jangan putih mata.
 Ibarat telur sesangkar, pecah sebiji pecah semua.
 Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
 Seberkas lidi kuat kudratnya berbanding dengan sebatang lidi yang mudah dipatahkan.
 Bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tidak terputus, tepung tidak berselerak.
Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah melibatkan diri dalam aktiviti sukan dalam kalangan
murid.
Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang
dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk mengisi masa lapang dan beriadah.
Pada tahun 2011, kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan
bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga, renang, bola sepak, tenis,
badminton dan skuasy. Persoalannya apakah faedah jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam
aktiviti bersukan?
Faedah bersukan yang utama kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin. Hal ini
demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi
dan dapat mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya, setiap pemain dalam
sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatih.
Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turut membentuk disiplin murid tersebut.
Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini demikian
kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalanya, seseorang murid
yang bersukan pada setiap petang akan membakar lemak berlebihan dalam badan. Oleh itu, murid yang
aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakanrakannya yang tidak
bersukan.
Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan
masa dengan sewajarnya kerana masa itu emas. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan
menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar.
Contohnya, seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual
belajar. Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.
Faedah berikutnya, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif.
Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan
berkeyakinan tinggi serta tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei tetap tidak berputus
asa walaupun gagal meraih pingat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting
dalam melahirkan murid yang berfikiran positif.
Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang mereka dengan
lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak
berminat bermain permainan komputer dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berpeleseran di
pusat beli-belah, menonton televisyen dan berbual-bual kosong. Oleh itu, sudah pasti mereka akan
menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.
Izharnya, jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak membawa faedah
kepada murid. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah.
Ibu bapa pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu juga dengan guru -guru perlu
melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan. Saya percaya dengan adanya kerjasama antara
semua pihak lebih ramai lagi jaguh sukan negara yang akan menyerlah di peringkat antarabangsa, asalkan
kita tidak melakukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam.