Anda di halaman 1dari 2

AMALAN MEMBACA

- CONTOH KARANGAN -

Langkah-langkah bagi meningkatkan minat membaca dalam kalangan generasi muda :

Membaca adalah cara yang paling aula dan berkesan untuk meluaskan ilmu
pengetahuan.Tabiat membaca amat penting untuk melahirkan masyarakat yang
berilmu.Hal ini demikian,melalui bahan bacaan,khususnya buku,majalah dan akhbar
terdapat pelbagai ilmu pengetahuan sama ada yang berkaitan dengan sains,sejarah,bahasa
dan isu semasa dapat diperolehi.Tabiat suka membaca harus disemai dalam diri anak-anak
sejak kecil lagi.

Bagi meningkatkan minat membaca dalam kalangan anak-anak,peranan ibu bapa


merupakan peranan yang penting.Hal ini demikian,ibu bapa mampu menerapkan tabiat
suka membaca dalam diri anak-anak.Ibu bapa hendaklah menyediakan bahan-bahan
bacaan di rumah.Bahan bacaan tersebut hendaklah sesuai dengan keupayaan dan minat
anak-anak.Langkah ini penting kerana anak-anak tidak perlu ke tempat yang lebih jauh
untuk mendapatkan bahan bacaan.Situasi ini akan merangsang mereka untuk membiasakan
diri dengan buku.Bagi keluarga yang berada,ibu bapa harus menyediakan sudut bacaan
atau perpustakaan mini di rumah.Hal ini memastikan bahan bacaan dapat disusun di
tempat yang dikhaskan untuk membina suasana persekitaran membaca yang lebih
menyeronokkan.

Selain itu,ibu bapa juga hendaklah membawa anak-anak mereka ke pameran


buku,kedai buku atau perpustakaan.Memandangkan tempat-tempat sebegitu terdapat
pelbagai jenis buku maka anak-anak boleh memilih buku-buku yang diminatinya.Melalui
tempat-tempat ini,mereka juga akan didedahkan dengan melihat orang ramai,termasuk
rakan sebaya mereka memilih buku.Situasi ini dapat menimbulkan persaingan dalam diri
anak-anak untuk turut serta memiliki buku.Sekiranya ibu bapa kerap kali membawa anak-
anak ke kedai buku dan perpustakaan,langkah ini akan dapat menimbulkan kesedaran
kepada anak-anak betapa pentingnya buku dalam kehidupan harian mereka.

Sudah menjadi kelaziman bagi sesetengah pihak,terutamanya ibu bapa bahawa


mereka akan memberikan hadiah untuk meraikan kejayaan anak-anak.Sesetengahnya pula
memberikan hadiah sempena sambutan hari lahir anak-anak.Oleh itu,dalam usaha
meningkatkan minat membaca dalam kalangan generasi muda,lebih berfaedah sekiranya
ibu bapa menjadikan buku sebagai hadiah untuk anak-anak mereka.Perubahan seumpama
ini perlu dilakukan untuk memperlihatkan kepentingan buku kepada generasi
muda.Apabila buku sudah tersedia di hadapan mata,ditambah pula dengan dorongan ibu
bapa,minat membaca dapat mudah diterapkan dalam diri anak-anak.

Bagi merealisasikan matlamat untuk meningkatkan minat membaca dalam


kalangan generasi muda,ibu bapa perlu menunjukkan tabiat membaca kepada anak-
anak.Hal ini penting memandangkan anak-anak akan mencontohi segala perlakuan ibu
bapa mereka.Sebagai contohnya,sekiranya anak-anak melihat ibu bapa atau ahli
keluarganya yang lain rajin membaca,sudah tentu keinginan untuk turut membaca akan
timbul dengan sendirinya.Tegasnya,dalam usaha untuk menanam tabiat membaca dalam
diri anak-anak,ibu bapa tidak harus menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya
berjalan dengan betul.
Selain ibu bapa,pihak sekolah juga hendaklah menjalankan usaha yang berkesan
kerana peranan pihak sekolah amat penting bagi meningkatkan minat membaca dalam
kalangan generasi muda.Salah satu langkah yang perlu dilakukan ialah melengkapkan
perpustakaan sekolah dengan pelbagai bahan bacaan yang bermutu dan terkini.Kemudahan
asas di perpustakaan perlu dilengkapkan,termasuklah penyediaan alat penghawa
dingin.Buku dan bahan bacaan yang lain di perpustakaan perlu di susun secara lebih
teratur dan sistematik untuk memudahkan pelajar mendapatkannya.Usaha sedemikian
mampu menarik lebih ramai pelajar mengunjungi perpustakaan bagi tujuan membaca.

Kesimpulannya,usaha untuk meningkatkan minat membaca dalam diri anak-anak


bukanlah perkara yang mudah.Walaupun ibu bapa dikatakan orang yang paling
berpengaruh dalam meningkatkan tabiat membaca dalam diri anak-anak,namun tanpa
sokongan pihak lain,matlamat ini sukar menjadi kenyataan.Oleh itu,semua pihak harus
bekerjasama meningkatkan minat membaca dalam kalangan generasi muda agar negara ini
dapat menjadi sebuah negara maju suatu hari nanti.

Anda mungkin juga menyukai