Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum wbt.

Bismillah…
Al-Hamdulillah...
Wa as-solatu wa as-salam…

Yang Setia …………………………………………………………………………...


Ketua Balai Polis Kuala Balah, Jeli
Yang Berusaha En. Zulkifli Bin Idris, YDP PIBG SK Kuala Balah
Yang Berusaha En. Zainudin Bin Husin, Guru Besar SK Kuala Balah
Pn. Hajah Fauziah Binti Osman, Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn. Mazniwati Binti Ayob, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En. Ismail Bin Md. Yusof, Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru, Ustaz Ustazah, JK PIBG seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadhrat Ilahi, tuhan yang
Maga Agung, Maha Tinggi kerana dengan limpah kurniaNya serta kehendakNya jua
maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan,
disempurnakan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa untuk kita
sama-sama berkumpul di Dewan SK Kuala Balah ini bagi majlis Watikah Perlantikan
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Pen. Ketua Kelas SK
Kuala Balah bagi tahun 2014.

Memulakan majlis, satu penghayatan bersama...

Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri dan
Lagu Sekolah.

Kalungan bunga terima kasih buat semua.

Hadhirin-hadhirat yang dihormati sekalian,

Majlis bermakna di pagi nan berbahagia ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon
restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Al-fadzil Ustaz Mohd. Zawawi Bin Mat
Napi bagi memimpin pembacaan doa.
Dipersilakan al-fadzil ustaz.

Terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.
Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis kita jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan alua-aluan dari Yang Berusaha En.
Zainudin Bin Husin, guru besar Sek. Keb. Kuala Balah.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha En. Zainudin Bin Husin di atas ucapan
sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari YDP PIBG Sek. Keb. Kuala Balah. Untuk itu,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En. Zulkifli Bin Idris,
untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan dan mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Zulkifli
Bin Idris, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Hadhirin dan hadhirat yang dihormati,

Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat.
“Bertonggak Adat; Yang Datang Disambut, Yang Pergi Diringi”, maka majlis dengan
penuh takzim mempersilakan Yang Setia ……………………………………………..
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Watikah Perlantikan Pengawas
Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Pen. Ketua Kelas SK Kuala Balah
bagi tahun 2014.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Setia……………....................


atas ucapan serta perasmian majlis sebentar tadi.

Hadhirin dan hadhirat yang dihormati,


Majlis kita pada pagi yang penuh berbahagia ini akan diteruskan dengan acara pemakaian
“Vest” bagi ketua pengawas sekolah serta ketua pengawas pusat sumber SK Kuala Balah.
Dengan ini majlis menjemput dam mempersila yang berusaha En. Zainudin Bin Husin
Guru Besar SK Kuala Balah mengiringi Yang Setia……………………………………….
Ketua Balai Polis Kuala Balah untuk menyempurnakan acara ini.
Dipersilakan.

Majlis dengan ini menjemput adik…………………………………………….selaku ketua


pengawas sekolah dan adik……………………………………………………selaku ketua
pengawas pusat sumber untuk tampil ke hadapan; juga mewakili semua penerima
watikah bagi menyempurnakan acara pemakaian “Vest” ini.
Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Setia………………………………
Atas penyempurnaan acara sebentar tadi.

Sebagai makluman kita bersama, pemakaian “Vest” itu tadi memberi gambaran kepada
kita bahawa amanah yang diberi, tanggungjawab yang digalasi natijahnya adalah akan
dilaksanakan oleh semua penerima watikah dengan penuh redha serta dedikasi.
In Sya Allah.

Seterusnya, tiba kita ke acara penyerahan watikah perlantikan pengawas sekolah,


pengawas pusat sumber sekolah, ketua kelas dan penolong ketua kelas bagi sesi 2014.
Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan sekali lagi; Yang Berusaha
En. Zainudin Bin Husin Guru Besar SK Kuala Balah untuk mengiringi Yang
Setia…………………………………………………. untuk menyampaikan watikah.
Dipersilakan.

Majlis akan dimulakan dengan barisan kepimpinan pengawas sekolah.


Dijemput adik…………………………………….yang akan mengetuai barisan pengawas
sekolah.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Setia………………………………


atas penyempurnaan acara sebentar tadi.

Seterusnya, penyerahan watikah perlantikan pengawas pusat sumber sekolah, ketua kelas
dan penolong ketua kelas bagi sesi 2014.
Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En. Ismail
Bin Md. Yusof Pen. Kanan Kokurikulum SK Kuala Balah untuk mengiringi Yang
Berusaha En. Zulkifli Bin Idris YDP PIBG untuk menyampaikan watikah.
Dipersilakan.

Barisan kepimpinan seterusnya; pengawas pusat sumber sekolah.


Dijemput adik…………………………………….yang akan mengetuai barisan
penerimaan watikah.
Dipersilakan.

Seterusnya, barisan ketua dan penolongketua kelas.


Penerima watikah ini akan dimulai oleh ketua dan penolong ketua kelas 6 Siddiq.
Dipersilakan.

6 Amanah. 6 Fathonah

5 Siddiq, 5 Amanah, 5 Fathonah

4 Siddiq, 4 Amanah, 4 Fathonah

3 Siddiq, 3 Amanah, 3 Fathonah


2 Siddiq, 2 Amanah, 2 Fathonah

1 Siddiq, 1 Amanah, 1 Fathonah

Majlis merakamkan sekalungan bunga terima kasih kepada Yang Berusaha En. Zulkifli
Bin Idris kerana sudi menyampaikan watikah itu tadi.

Hadhirin sekalian.
Tentatif seterusnya adalah pembacaan ikrar watikah perlantikan.
Untuk itu majlis menjemput adik……………………………………………untuk
mangetuai pembacaan ikrar ini bersama barisan pengawas sekolah, pengawas pusat
sumber, ketua kelas serta penolong ketua kelas.
Dipersilakan.

Hadhirin Hadhirat yang dihormati.


Sebagai tanda penghargaan di atas kesudian Yang Setia…………………………………
Ketua Balai Polis Kuala Balah menyempurnakan majlis perasmian watikah perlantikan
kepimpinan ini,
Sekali lagi majlis menjemput YDP PIBG SK Kuala Balah En. Zulkifli Bin Idris
mengiringi Guru Besar En. Zainudin Bin Husin untuk menyampaikan sedikit tanda
ingatan.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan.

Hadhirin Hadhirat yang dimuliakan.


Dengan penyampaian cenderamata itu tadi maka, berakhirlah majlis kita pada pagi ini.
Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu noktah, pihak majlis mohon
mengambil sedikit kesempatan waktu dipenghujung ini untuk menyata dan
menyampaikan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis permai pada pagi nan ceria
ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.

Pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan barisan pentadbiran SK Kuala Balah


mengiringi dhif-dhif kehormat; tetamu-tetamu jemputan kita ke bilik santapan.
Majlis mempersilakan.

Sekian, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan, ampun dan maaf
atas kesilapan; In Sya Allah bertemu di lain kesempatan.
Wa billahi at-taufiq wa al-hidayah wa as-salamu ‘alaikum wa rahmatullahi ta’ala wa
barakatuh.

Makluman kepada murid:

Anda mungkin juga menyukai