Anda di halaman 1dari 2

KATA-KATA ALUAN YANG DIPERTUA

PIBG SK TASEK PERMAI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi


kita berjumpa bersama-sama dalam usaha memantapkan lagi Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Tasek Permai.

Adalah menjadi harapan PIBG agar pihak ibu bapa dan guru saling bekerjasama
dan berganding bahu dalam menggembeling tenaga ke arah memajukan sekolah
untuk kepentingan anak didik kita sendiri. Persefahaman dan sikap toleransi semua
pihak adalah penting dalam merealisasikan hala tuju dan wawasan pendidikan yang
diingini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih


kepada pihak ibu bapa dan sekolah kerana sentiasa berusaha bersungguh-sungguh
dalam menjayakan aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG.

Justeru itu, saya menyeru agar pihak ibu bapa dan guru dapat menjadikan PIBG
sebagai saluran untuk memajukan sekolah dan seterusnya anak-anak kita.

Sekian , terima kasih.

( EN SHARIFFUDIN BIN DAYAN )


Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Tasek Permai.
KATA-KATA ALUAN GURU BESAR
SK TASEK PERMAI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Segala puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat Yang Maha Esa
kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul dan
bermesyuarat buat kali ke-19 pada hari ini. Harapan saya, agar
perjumpaan kita ini akan menjadi warkah perbincangan dua hala ke arah
membentuk kecemerlangan pelajar seterusnya memperkasakan sekolah
sebagai arena pendidikan.
Permuafakatan, kerjasama, persefahaman dan perkongsian idea
pihak ibu bapa dan penjaga, masyarakat setempat, orang perseorangan
dan guru-guru amat dialu-alukan dan dihargai. Semoga dengan
permuafakatan ini, diharapkan akan dapat membantu meningkatkan
kemajuan diri murid dan seterusnya guru dalam mempertingkat kualiti
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan lagi. Terima kasih
atas segala kerjasama yang diberikan oleh PIBG selama ini.
Semoga menerusi Mesyuarat Agung Kali ke-19 ini, akan dapat
mencapai kata sepakat dalam merintis jalan untuk memajukan anak-
anak didik di sekolah ini. Akhir kata, terima kasih dan setinggi
penghargaan kepada semua ibu bapa yang telah melapangkan masa pada
hari ini.
Sekian , terima kasih.

(PN SARIFAH RAFEAH BINTI YA’ACOB)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Tasek Permai.

Anda mungkin juga menyukai