Anda di halaman 1dari 8

1. X dalam jadual berikut berkaitan dengan bahan kajian yang dilakukan oleh ahli arkeologi.

Barang yang dicipta oleh manusia


X seperti kapak,pisau, dan pinggan
mangkuk
Apakah X?

A. Ekofak
B. Artifak
C. Feature
D. Alatan

2. Pernyataan berikut merupakan perkembangan yang berlaku semasa Zaman Neolitik.

Masyarakat Zaman Neolitik telah mewujudkan sistem pertukaran barang yang


dikenal sebagai sistem barter.
Bagaimanakah sistem tersebut wujud pada zaman tersebut?

A. Penggunaan peralatan moden


B. Permintaan masyarakat sekitar
C. Peningkatan perdagangan maritim
D. Penghasilan makanan melebihi keperluan

3. Pernyataan berikut berkaitan dengan proses pembentukan tamadun awal manusia.

Penyesuaian kehidupan manusia dengan alam sekeliling menjadikan


seseorang individu lebih kreatif dan inovasi

Apakah ciri-ciri yang perlu dimiliki untuk mewujudkan individu yang kreatif dan inovasi?
I Kecergasan fizikal
II Pengalaman hidup
III Pemikiran tinggi
IV Kekuatan rohani
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

4. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri negara kota tamadun Mesopotamia.

• Berkeluasan lebih kurang 1000 batu persegi


• Kerajaan yang berdaulat
• Mempunyai unit politik yang tersendiri

Apakah faktor yang membawa kepada kesatuan negara-negara kota tersebut?


A Pemilihan raja
B Serangan musuh
C Sistem keagamaan
D Membina sistem pengairan

1
5. Apakah tujuan sistem pendidikan dalam tamadun Mesopotamia?
A melahirkan jurutulis
B melahirkan manusia seimbang
C mewujudkan masyarakat berilmu
D menanam semangat cintakan negara

6. Maklumat berikut berkaitan dengan sistem tulisan dalam Tamadun Mesir Purba.

Berasaskan kombinasi gambar dan


simbol yang berdasarkan bunyi.

Apakah sistem tulisan tersebut?

A Hieroglif
B Ideogram
C Cuneiform
D Piktograf

7. Apakah sumbangan terbesar tokoh berikut terhadap tamadun Mesir Purba?

Imhotep

A memajukan pendidikan
B menyatukan kerajaan
C memumiakan mayat
D membina piramid

8. Masyarakat dalam Tamadun Indus (2000 Sebelum Masihi) berjaya membina bandar terancang tertua
di dunia.
Kemampuan masyarakat dalam tamadun tersebut membina bandar terancang adalah disebabkan oleh
I amalan sikap terbuka
II pertembungan dengan budaya lain
III perluasan wilayah pemerintahan
IV kejayaan kegiatan penjelajahan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

9. Penemuan tulang oracle telah memberi sumbangan yang besar kepada sejarah perkembangan
Tamadun Hwang Ho.
Apakah kesan penemuan tulang tersebut?
A Jumpaan Peking Man
B penghasilan tulisan
C penciptaan kalender
D kepesatan perniagaan

10. Maklumat berikut berkaitan dengan sistem kalendar yang diperkenalkan semasa pemerintahan
Dinasti Shang.

• 30 hari dalam sebulan


• 360 hari dalam setahun

Antara berikut, yang manakah merupakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat mengikut
kalendar tersebut?
I Perburuan
2
II Peperiksaan
III Perniagaan
IV Pengebumian
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

11. Mengapakah agora penting bagi sesebuah polis?


A Pusat ekonomi
B Pusat keagamaan
C Kubu pertahanan
D Pelabuhan persinggahan

12. Jadual berikut menunjukkan dua buah negara kota di Yunani yang mengamalkan sistem
pemerintahan yang berbeza.

Negara Kota Pemerintahan


Athens Demokrasi
Sparta Sistem X
A Diktator
B Republik
C Tentera
D Tirani

13. Jadual berikut menunjukkan perubahan sistem pemerintahan dalam tamadun Rom.

Tahun Perubahan
509 Sebelum Masihi Rom menjadi sebuah republik
Mengapakah perubahan tersebut berlaku?
A Penaklukan oleh orang gasar
B Pemberontakan golongan patrician
C Pertembungan dengan tamadun luar
D Peningkatan ekonomi penduduk

14. Senarai berikut berkaitan dengan undang-undang yang digubal untuk mewujudkan kehidupan yang
sejahtera.

• Undang-undang sivil
• Undang-undang rakyat
• Undang-undang natural

Undang-undang berikut berkaitan dengan


A Kod Undang-Undang Hammurabi.
B Undang-Undang Rom.
C Falsafah Legalisme.
D Tiang Asoka.

15. Bagaimanakah kedudukan seorang raja di India diperkukuhkan?


A Penggunaan gelaran maharaja
B Pelantikan golongan Ksyatria
C Pengamalan upacara keagamaan
D Pengiktirafan golongan Brahmin

3
16. Bandar berikut wujud pada zaman tamadun Indus.

• Anga
• Kalinga
• Karusa

Apakah persamaan fungsi bandar tersebut?


A Pusat perdagangan
B Pusat penterjemahan
C Pusat ketenteraan
D Pusat pertanian

17. Rajah berikut merujuk kepada sistem pemerintahan pada zaman Dinasti Chin dalam Tamadun China.

Maharaja Shi HuangTi Pemerintahan autokratik

Apakah perubahan yang dilakukan oleh tokoh tersebut?


A Menjalankan pemerintahan warisan
B Memperkenal sistem peperiksaan awam
C Membentuk sistem pentadbiran birokrasi
D Menghapuskan kuasa golongan bangsawan

18. Sekiranya anda ingin menjadi seorang pegawai kerajaan di China, apakah kelayakan yang anda
perlukan?
A Lao Tze
B Chin Shih
C Chun-Jen
D Hsiu-Tai

19. Jadual berikut berkaitan dengan sumbangan tokoh falsafah dalam Tamadun Yunani.

Tokoh Sumbangan
• Pakar dalam kaedah soal jawab.
X • Dituduh merosakkan pemikiran masyarakat.
• Dibunuh dengan cara meminum racun.

Tokoh X ialah...
A Herodotus
B Socrates
C Aristotle
D Plato

20. Tokoh berikut telah menyumbang kepada peningkatan tamadun China.

• Lao Tze
• Confucius

Apakah sumbangan tokoh-tokoh tersebut?


A Pengasas ajaran
B Perancang bandar
C Mengatur strategi peperangan
D Menggubal kod undang-undang
4
21. Rajah berikut menunjukkan tahap perkembangan sesebuah pelabuhan dalam kerajaan awal di Asia
Tenggara.

Pelabuhan Pelabuhan Pelabuhan


Pembekal X Entrepot

Pelabuhan X dalam rajah tersebut ialah


A pelabuhan bandar
B pelabuhan nelayan
C pelabuhan kerajaan
D pelabuhan bebas

22.
Tasik Tonle Sap telah membolehkan kerajaan Angkor menjadi sebuah kerajaan
agraria yang terkenal.

Apakah kepentingan Tasik Tonle Sap?


I Membekalkan sumber protein
II Membekal air minuman
III Menjana tenaga elektrik
IV Memudahkan perhubungan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

23. Senarai berikut berkaitan dengan istilah-istilah yang telah diberikan kepada Tanah Melayu dan
Sumatera di Asia Tenggara.

• Suvarnadvipa
• Suvarnabhumi
• Golden Khersonese

Mengapakah istilah tersebut diberikan?


A Tempat pertemuan pedagang
B Pengeluaran rempah ratus
C Keluasan wilayah takluk
D Kaya dengan emas

24. Apakah faktor yang menyumbang kepada perkembangan Srivijaya sebagai kuasa maritim menurut
catatan I Tsing?
A Kawasan pertanian yang luas
B Hubungan dengan Kedah Tua
C Barangan tempatan untuk perdagangan
D Kemahiran dalam teknologi perkapalan

25. Rajah berikut memperlihatkan kedua-dua kerajaan saling melengkapi antara satu sama lain.

Kerajaan Agraria Kerajaan Maritim

Apakah barangan mewah yang diperlukan oleh kerajaan agraria daripada kerajaan maritim?
A Hasil laut
B Cengkerang
C Tembikar
D Beras

5
26. Antara berikut, yang manakah merupakan cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia
Tenggara?
A Dibawa oleh maharaja
B Disebarkan oleh artisan
C Melalui golongan Ksyatria
D Menerusi karya kesusasteraan

27. Unsur mitos merupakan elemen penting dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.
Apakah kepentingan unsur tersebut?
A Memperkukuh kedudukan pemerintah
B Mendaulatkan sistem perundangan
C Mengiktiraf golongan pendeta
D Mengekalkan warisan tradisi

28. Raja Suryavarman II bercita-cita untuk menjadi raja yang berkuasa terhadap seluruh alam semesta.
Bagaimanakah baginda dapat membuktikan kekuasaannya?
A Membina Angkor Wat
B Membina bangunan tinggi
C Menghasilkan arca Buddha
D Mengukuhkan kubu pertahanan

29. Pernyataan berikut menunjukkan struktur pentadbiran peringkat daerah di Srivijaya.

Raja melantik datu untuk mentadbir daerah

Raja melantik datu untuk mentadbir


Antara daerah.
berikut, yang manakah terdiri daripada golongan datu?
I Bhupati
II Senapati
III Yuvaraja
IV Parvanda
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

30. Kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara membolehkan masyarakat tempatan
mampu menyesuaikannya dengan budaya tempatan.
Apakah sikap yang perlu dimiliki oleh masyarakat tempatan?
A Inovasi
B Kreatif
C Terbuka
D Daya saing

31. Apakah maksud jahiliah?


A Naif
B Jahat
C Zalim
D Sombong

32. Apakah yang menjadi titik permulaan Zaman Jahiliah di Semenanjung Tanah Arab?
A Penurunan wahyu
B Kewujudan Sistem Kabilah
C Keruntuhan Empangan Maarib
D Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

6
33. Dialog berikut menerangkan masyarakat Arab Jahiliah.

Aminah : Syukur dapat anak lelaki.

Qasidah : Ya, kalau perempuan, bayi ini akan ditanam hidup-hidup

Mengapakah bayi perempuan ditanam hidup-hidup sejurus dilahirkan?


A Strategi peperangan
B Kelemahan kesihatan
C Menjatuhkan maruah keluarga
D Mengurangkan bilangan rakyat

34. Maklumat berikut memperlihatkan ciri-ciri amalan Sistem Kabilah masyarakat Arab Jahiliah.

• Diketuai oleh Syeikh Kabilah.


• Cara hidup berpuak-puak.
• Mempunyai identiti dan peraturan sendiri.

Apakah kesan daripada pengamalan sistem tersebut?


A Sistem pemerintahan tersusun
B Masyarakat bekerjasama
C Semangat assabiah muncul
D Ekonomi berkembang pesat

35. Peperangan al-Basus berlaku selama 40 tahun antara Bani Bakar dengan Bani Taghlib semasa
Zaman Jahiliyah di Tanah Arab.
Mengapakah peperangan tersebut berlaku?
A Perebutan harta rampasan perang
B Pembunuhan anggota kabilah
C Perselisihan tentang hak perniagaan
D Pencerobohan kawasan penempatan

36. Antara berikut, yang manakah sifat-sifat terpuji yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w.?
I Bijaksana
II Murah senyuman
III Gigih berusaha
IV Berkata benar
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

37. Nabi Muhammad s.a.w. mengatur strategi untuk mengubah corak kehidupan masyarakat Arab
Jahiliah.
Apakah usaha yang dilakukan oleh baginda?
A Menanamkan keimanan kepada Allah
B Menyeru masyarakat mendalami hukum Islam
C Melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan
D Menyediakan asas sistem pendidikan Islam

7
38. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan dakwah secara rahsia?
I Agama Islam masih belum sempurna
II Perintah Allah menerusi wahyu
III Bilangan penganut Islam masih kecil
IV Agama Islam masih baru dikenali
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

39. Mengapakah orang Arab Quraisy menentang usaha penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w.?
I Menolak konsep persaudaraan Islam
II Mempunyai tanggapan salah terhadap tugas baginda
III Memaksa masyarakat meninggalkan agama asal
IV Menghalang penguasaan ekonomi kaum Quraisy
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

40. Rajah berikut menunjukkan usaha Nabi Muhammad s.a.w. dalam menghadapi penentangan.

Meminta pengikut berpindah ke


Habsyah

Merancang ke Taif

Apakah X?
A Penghijrahan ke Madinah
B Pemulauan ke atas Quraisy
C Pembunuhan pemimpin Quraisy
D Perbincangan dengan ketua penentang

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai