Anda di halaman 1dari 16

Anda perlu mengemukakan sebanyak mana yang boleh pendapat dan idea anda untuk

soalan KBKK sebab skema pemarkahannya ialah mana-mana jawapan yang


munasabah. Jadi jawapan anda munasabah, dapatlah markah.

Nilai patriotisme

1. Cinta akan negara


2. Setia kepada negara
3. Menjaga nama baik negara
4. Sanggup berkorban
5. Berani berjuang
6. Bersemangat kental
7. Sanggup mempertahankan maruah negara
8. Bijak merancang
9. Mengekalkan kedaulatan negara
10. Mematuhi peraturan
11. Bangga kejayaan Malaysia diperingkat dunia
12. Bangga dengan keunikan negara
13. Bangga sebagai rakyat Malaysia
14. Bangga dengan kepelbagaian bahasa dan budaya
15. Menyanjung warisan bangsa
16. Memartabatkan bahasa kebangsaan
17. Bersemangat kekitaan
18. Menghormati lambang-lambang negara
19. Kekayaan negara dinikmati bersama
20. Menghargai perjuangan tokoh
21. Menghormati raja
22. Menghormati pemimpin
23. Sedia berubah
24. Tolak ansur
25. Menyokong dasar-dasar kerajaan
26. Menolak amalan rasuah
27. Bijak bertindak
28. Bijak urus masa
29. Bertanggungjawab
30. Kreatif dan inovatif
Antara isu/fakta kbkk yang boleh berkait dengan negara dan patriotisme

 Bangga kejayaan negara


 Bangga keunikan negara
 Bangga sebagai rakyat
 Bangga dengan kepelbagaian bahasa
 Berani berjuang
 Bersemangat kental
 Bersyukur dengan kemerdekaan
 Hormati undang
 Hormati perlembagaan
 Hormati raja
 Sedia berkorban
 Sedia berubah
 Setia kepada negara
 Tolak ansur
 Taat kepada pemimpin

1. Pada pendapat anda, mengapakah pendidikan penting dalam menghadapi era


globalisasi?

 Membentuk masyarakat yang berilmu pengetahuan


 Membentuk masyarakat yang inovatif dan kreatif
 Mewujudkan masyarakat yang berkemahiran tinggi
 Mewujudkan masyarakat yang berdaya saing
 Mana-mana jawapan munasabah

2. Pada pendapat anda, apakah kesan sekirannya rakyat negara ini tidak
mempedulikan konsep pakatan murni?

 Rakyat tidak bersatu padu


 Pergaduhan
 Perpecahan masyarakat
 Sikap tidak bekerjasama
 Kestabilan politik tergugat
 Mana-mana jawapan munasabah

3. Pada pendapat anda, apakah bukti kejayaan negara sehingga mendapat


pengiktirafan dunia sebagai model negara islam.

 Mempelopori hab lalal


 Menubuhkan UIAM
 Menubuhkan tabung haji
 Menyelesaikan konflik di negara islam
 Memajukan sistem perbankan islam
 Mana-mana jawapan munasabah

4. Bagaimanakah cara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu


bertaraf dunia?

 Menaiktaraf institusi pengajian tinggi


 Mengadakan program berkembar dengan negara luar
 Membawa masuk tenaga pengajar luar
 Menawarkan kursus-kursus yang diiktiraf oleh seluruh dunia
 Meningkatkan pengetahuan tenaga pengajar
 Mana-mana jawapan munasabah

5. Apakah langkah yang wajar diambil oleh orang Melayu bagi menghadapi
dasar ekonomi British yang meminggirkan rakyat pribumi?

 Pemimpin memberi kesedaran kepada orang Melayu


 Orang Melayu diberi pendedahan, pengetahuan tentang kegiatan ekonomi
 Memberi galakan kepada orang Melayu untuk menceburkan diri dalam
ekonomi
 Meningkatkan ilmu pengetahuan orang Melayu
 Kegiatan ekonomi lebih tertumpu di kawasan bandar, jd galakan masyarakat
peribumi wujudkan petempatan di bandar secara proaktif
 Mana-mana jawapan munasabah

6. Bagaimanakah anda menunjukkan semangat cinta akan negara?


 Mengibarkan bendera Malaysia di kenderaan, rumah, kelas
 Mengharumkan nama Malaysia
 Menglibatkan diri dalam perarakan hari kemerdekaan
 Mengadakan kempen kesedaran
 Mempromosikan keindahan Malaysia
 Mana-mana jawapan munasabah
7. Pada pendapat anda, mengapakah rakyat patut melibatkan diri dalam
sambutan hari kemerdekaan negara?

 Menghargai dan mengenang jasa tokoh kemerdekaan


 Menunjukkan rasa syukur kerana negara dapat kebebasan daripada penjajah
 Membuktikan negara luar yang Malaysia mampu berdikari
 Membuktikan bangsa Malaysia hidup dalam keharmonian
 Mana-mana jawapan munasabah)

8. Mengapakah setiap warga negara Malaysia mesti mempunyai semangat


patriotik?

 Meningkatkan kesungguhan untuk memajukan negara


 Menwujudkan masyarakat bersatupadu
 Mengingati dan menyanjung dan membantu pejuang tanah air
 Melahirkan rakyat yang mempunyai nilai moral
 Bangga menjadi rakyat Malaysia
 Mana-mana jawapan munasabah)

9. Jika anda menjadi pegawai perancangan bandar pada masa hadapaan,


apakah bentuk bandar yang anda impikan?

 Bandar berbentuk moden


 Bandar yang bersih
 Sistem perhubungan moden, pantas
 Sistem perumahan eletronik
 Selamat dan aman
 Seni bina yang unik
 Mana-mana jawapan munasabah

10. Bagaimanakah anda memanfaatkan karya Sun Tzu, The Art of War untuk
menguatkan kecemerlangan diri?
 Strategi menangani musuh
 Taktik dalam urusan perniagaan
 Menjadi seorang yg tabah dan tegas
 Membentuk disiplin diri
 Memupuk semangat juang
 Memupuk daya saing
 Mana-mana jawapan munasabah
11. Pada pendapat anda, apakah kepentingan undang-undang kepada sesebuah
negara?

 Menjaga keamanan negara


 Mengekalkan kemerdekaan negara
 Menegakkan keadilan
 Mewujudkan perpaduan
 Mengukuhkan kedudukan raja
 Membendung tindakan liar
 Menjamin kemakmuran negara
 Mana-mana jawapan munasabah

12. Mengapakah tindakan perluasan kuasa tidak dibenarkan pada masa kini?

 Menghormati kedaulatan negara lain


 Melanggar hak asasi manusia
 Mematuhi piagam PBB
 Mengelakkan kematian
 Mengelakkan kemusnahan alam
 Mengelakkan keamanan sejagat
 Mana-mana jawapan munasabah

13. Apakah tanggungjawab anda untuk menjadi anggota masyarakat yang


maju dan bersaintifik?

 Menguasai ilmu pengetahuan


 Mengamalkan amalan kreatif
 Mempunyai sifat inovatif
 Menggunakan teknologi terkini
 Mana-mana jawapan munasabah
14. Apakah ciri-ciri masyarakat yang menyumbang kepada kegemilangan
sesebuah tamadun?

 Mempunyai kreativiti
 Berfikiran terbuka
 Mementingkan pendidikan
 Bersifat daya saing
 Bersemangat patriotik
 Hidup bersatu padu (Mana-mana jawapan munasabah)
15. Nyatakan konsep hijrah yang telah anda amalkan dalam kehidupan seharian
untuk kecemerlangan diri.

 Malas kepada rajin


 Nakal kepada baik
 Berfikiran negatif kepada positif
 Mana-mana jawapan munasabah

16. Apakah kepentingan undang-undang adat kepada masyarakat Melayu?

 Menjamin keharmonian hidup


 Menjadi panduan mentadbir
 Perjalanan masyarakat tersusun
 Menentukan hukuman kesalahan
 Menjadi panduan pentadbiran
 Mana-mana jawapan munasabah

17. Mengapakah unsur kesenian di Malaysia patut diwarisi oleh generasi hari
ini?

 Lambang jati diri bangsa


 Bukti ketinggian tamadun
 Sumber pekerjaan
 Warisan bangsa
 Mengelakkan kepupusan
 Mana-mana jawapan munasabah

18. Mengapakah pendidikan tidak format patut diberi penekanan?


 Menyerapkan nilai moral
 Merapatkan hubungan kekeluargaan
 Mewarisi tradisi keluarga
 Menjadi tanggungjawab ibubapa mendidik anak
 Mewujudkan pendidikan sepanjang hayat
 Mana-mana jawapan munasabah

19. Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada masyarakat Zaman Renaissance
di Eropah?

 Perubahan dalam pemikiran


 Penzahiran emosi atau perasaan dalam muzik
 Melahirkan keyakinan diri
 Menggunakan keupayaan minda
 Sifat inkuiri
 Berani meneroka bidang baharu
 Bersikap kreatif
 Bersikap inovatif
 Mana-mana jawapan munasabah

20. Sebagai pemimpin masa depan, apakah cara anda untuk menghalang berlaku
imperialisme moden?

 Memajukan pendidikan
 Membangunkan teknologi
 Menjadi negara maju
 Melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran
 Menyemai sikap patriotik kepada rakyat
 Mana-mana jawapan munasabah

21. Apakah yang menjadi asas perjuangan golongan nasionalis di Asia


Tenggara?

 Semangat kental
 Pengorbanan tinggi
 Perpaduan rakyat
 Kebijaksanaan pemimpin
 Sifat kepimpinan berwibawa
 Berilmu pengetahuan
 Penggunaan pelbagai strategi
 Mana-mana jawapan munasabah

22. Pada pendapat anda, apakah pencapaian negara kita sehingga rakyatnya
berbangga sebagai bangsa Malaysia?

 Politik stabil
 Rakyat bersatu
 Kebebasan bersuara
 Negara aman
 Ekonomi maju
 Mampu menghantar angkasawan
 Pencapaian sukan bertaraf dunia
 Mempunyai kereta nasional
 Mana-mana jawapan munasabah

23. Apakah iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union?

 Perlu bertegas dalam menyatakan bantahan


 Perlu adanya perpaduan
 Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat
 Berhati-hati dengan tindakan orang asing
 Pentingnya pemimpin berwibawa
 Mana-mana jawapan munasabah

24. Apakah bukti wujudnya tolak ansur dalam penggubalan perlembagaan


merdeka?
 Menerima memorandum raja, pertubuhan politik, dan orang perseorangan
 Rundingan antara kaum
 Pakatan murni
 Mengambil kira isu sebagai panduan
 Memelihara kepentingan semua kaum

25. Apakah keistimewaan cara kemerdekaan negara kita dicapai?

 Pemimpin berwibawa
 Tanpa pertumpahan darah
 Sikap bekerjasama antara kaum
 Mengutamakan perundingan
 Musyawarah
 Melalui pakatan murni
 Melalui pilihanraya
 Mengamalkan tolakansur
 Melalui perjanjian
 Mana-mana jawapan munasabah

26. Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang diperoleh dari penubuhan
Malaysia kepada rakyat hari ini?

 Keluasan negara bertambah


 Bilangan penduduk bertambah
 Pertahanan negara lebih kukuh
 Komunis dapat dibanteras
 Penjajahan asing ditamatkan
 Merapatkan hubungan antara kaum
 Memperkayakan budaya negara
 Meluasakan pasaran
 Mana-mana jawapan munasabah

27. Mengapakah jata negara penting kepada negara? / Mengapakah negara


mempunyai bendera kebangsaan?

 Lambang rasmi negara


 Identiti sesebuah negara
 Kebanggaan warga negara
 Lambang perpaduan
 Lambang kedaulatan negara
 Pemangkin semangat patriotik rakyat
 Mana-mana jawapan munasabah

28. Bagaimanakah kita harus mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam


kehidupan seharian?

 Mengamalkan agama dan kepercayaan


 Setia kepada raja dan negara
 Tidak menderhaka kepada raja dan negara
 Mematuhi, menyanjung dan mempertahankan perlembagaan
 Menghormati undang-undang
 Bersopan dan Bertatasusila
 Mengamalkan nilai-nilai murni
 Saling menyayangi
 Mana-mana jawapan munasabah
29. Bagaimanakah pembangunan sosial mampu mencapai matlamat
perpaduan?

 Bahasa yang sama


 Sukatan pelajaran yang sama
 Identiti kebangsaan
 Perasaan kekitaan
 Sikap tolak ansur
 Budaya yang sama
 Mempertingkatkan kualiti kehidupan
 Memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan
 Semangat patriotik
 Aktiviti sukan
 Mana-mana jawapan munasabah

30. Apakah tanggungjawab pelajar dalam merealisasikan Wawasan 2020?

 Menyahut sembilan cabaran


 Terlibat dalam pengisian wawasan
 Meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin negara
 Mengekalkan kemajuan negara
 Meningkatkan ilmu pengetahuan sains dan teknologi
 Menguasai kemahiran IT
 Berinovasi dan kreatif
 Berdisiplin baik
 Mana-mana jawapan munasabah

31. Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan Malaysia membangunkan


sektor pendidikan?

 Mencapai perpaduan
 Menghasilkan sumber tenaga manusia
 Melahirkan tenaga kerja mahir
 Mengatasi buta huruf
 Mendisiplinkan pelajar
 Menjadikan Malaysia negara maju
 Mana-mana jawapan munasabah

32. Pada pandangan anda, apakah kepentingan sesebuah negara menggubal


dasar luar?

 Menjamin keselamatan/keamanan
 Mengekalkan kedaulatan negara
 Menggalakkan pembangunan ekonomi
 Mengekalkan keamanan sejagat
 Mengukuhkan pertahanan
 Membina rangkaian perdagangan
 Menggalakkan pelaburan asing
 Menghapuskan ancaman komunis
 Mana-mana jawapan munasabah

33. Berikan cadangan anda untuk meningkatkan keberkesanan peranan OIC

 Kepemimpinan yang berwibawa


 Mengukuhkan sumber kewangan
 Bertindak dalam satu suara/satu pasukan
 Tegas menghadapi masalah
 Kerjsasama antara pemimpin
 Mana-mana jawapan munasabah

Jika soalan KBKK bertanyakan iktibar pada diri kita,cuba anda kaitkan dengan tiga
aspek iaitu akhlak diri, sifat positif diri dan hubungan sosial. Lihatlah nilai yang telah
disenaraikan untuk membantu anda menjawab soalan KBKK yang berkonteks pada
diri seseorang.

1.1 Akhlak diri

 Mematuhi ajaran agama


 Amanah dalam perbuatan
 Jujur
 Bertanggungjawab
 Menghindari budaya negatif
 Taat kepada tuhani

1.2 Sifat positif diri

 Menguasai ilmu
 Mengamalkan pendidikan sepanjang hayat
 Menguasai kemahiran ICT
 Gigih dan rajin
 Tidak berputus asa
 Bersikap berdikari
 Kreatif dan inovatif
 Melakukan kajian dan inovasi
 Berani
 Tidak mementingkan diri sendiri
 Sanggup berkorban
 Mengamalkan disiplin diri
 Mempunyai ciri kepimpinan
 Berani menegakkan kebenaran
 Tegas mempertahankan idea
 Bijak bertindak
 Bijak merancang
 Bersemangat waja/kental
 Berbudi bahasa
 Menghormati ibu bapa
 Bersikap matang

1.3 hubungan sosial

 Meningkatkan perpaduan kaum


 Bersemangat kekitaan
 Semangat bermasyarakat
 Bersedia berkerjasama
 Saling menghormati
 Menghargai rakan
 Menghormati pegangan agama lain
 Menghormati amalan budaya lain
 Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan
 Menyokong dasar-dasar kerajaan

Jika soalan KBKK berkontekskan negara, cuba anda kaitkan dengan aspek politik,
sosial dan ekonomi. Aspek politik terbahagi kepada kepemimpinan, keamanan dan
hubungan luar. Aspek sosial terbahagi kepada pendidikan, alam sekitar, hubungan
kaum dan kesihatan. Aspek ekonomi pula boleh dikaitkan dengan kemajuan eko dan
mencari peluang baru.

1.0 Aspek politik


1.1 Pemimpin

 Memilih pemimpin yg layak/berwawasan/jujur/amanah


 Menghargai pemimpin
 Menolak pemimpin bersikap perkauman
 Mencontohi pemimpin yang kaliber
 Menghormati pemimpin negara
 Menolak pemimpin yang rasuah
1.2 Kestabilan politik

 Mengekalkan keamanan negara


 Tidak memainkan isu sensitif
 Menghormati hak asasi
 Menghormati agama lain
 Menghormati budaya lain
 Mematuhi undang-undang
 Menolak sebarang bentuk keganasan
 Mengamalkan konsep 1 malaysia
 Elak campur tangan asing
 Menghormati amalan demokrasi
 Menghargai keamanan
 Menghormati prinsip demokrasi
 Menghormati suara ramai
 Mewujudkan perpaduan kaum
 Menolak politik perkauman

1.3 Hubungan luar

 Bersahabat dengan semua negara/menjalin hubungan diplomatik


 Menghormati negara lain
 Menghapuskan diskriminasi
 Tidak mencampuri urusan negara lain
 Mengelakkan peperangan
 Elakkan campurtangan asing
 Mengelakkan peperangan
 Membantu negara
 Menentang penggunaan senjata nuclear

2.0 Aspek sosial/modal insan


2.1 Ilmu pendidikan

 Menekankan kepentingan pendidikan


 Melaksanakan dasar pendidikan wajib
 Memperbanyakkan pusat pengajian tinggi
 Menghargai para ilmuan
 Menggalakkan kajian dan penyelidikan
 Membudayakan pendidikan sepanjang hayat
 Memberi biasiswa
 Membudayakan ilmu
 Menghargai sistem pendidikan negara
 Meluaskan capaian internet
 tingkatkan kualiti guru

2.2 Perpaduan kaum

 Meningkatkan perpaduan kaum


 Sedia bekerjasama
 Menghormati pegangan agama lain
 Menghormati kebebasan beragama
 Menyokong kebudayaan kebangsaan
 Mengamalkan nilai murni
 Membudayakan aktiviti bergotong royong
 Semangat berjiran
 Bertolak ansur

2.3 Dari segi geografi/alam sekitar

 Menyokong pemuliharaan alam sekitar


 Menyertai kempen alam sekitar
 Menjaga kebersihan
 Tidak membuang sampah merata tempat
 Menyokong teknologi hijau
 Mengelakkan pencemaran
 Menjimatkan tenaga
 Menyokong penggunaan tenaga solar
 Menyokong program kitar semula
 Mengelakkan pembakaran semula

2.4 kesihatan

 Bersenam
 Pemakanan seimbang
 Mengamalkan gaya hidup sihat
 Menyokong kempen kesihatan
 Tidak merokok
 Tidak mengamalkan seks bebas
 elak penyalahgunaan dadah
 menaiktaraf hospital
 peka terhadap penyakit berjangkit

3.0 Aspek Ekonomi (3.1 Kemajuan ekonomi)

 Menggunakan sumber negara


 Memajukan ekonomi/mengekalkan kestabilan ekonomi
 Menumpukan kemahiran tinggi
 Menambah bilangan pekerja mahir
 Membina pusat latihan dan kemahiran
 Mempunyai semangat berusaha
 Memajukan industri kecil
 Memajukan perdagangan antarabangsa
 Berusaha menghasilkan produk berkualiti
 Memberi bantuan kewangan
 Memberi bantuan teknikal

3.2 Peluang baru dalam ekonomi

 Meluaskan pasaran
 Meningkatkan kemajuan sains teknologi
 Melakukan penyelidikan
 Menyediakan kemudahan asas
 Mengemukakan idea
 Mampu merekacipta/mengemukakan idea baru
 Menarik pelabur luar
 Mengambil risiko
 Mengantarabangsakan produk negara
 Menumpukan kepada K-ekonomi

Anda mungkin juga menyukai