Anda di halaman 1dari 61

EDU 5105

Penilaian Dalam Kaunseling

Tugasan Individu:

PERBANDINGAN PROFIL
PERSONALITI

Oleh:
Zuraini binti Yahaya (GS18698)
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
KANDUNGAN

Pengenalan

Latar Belakang Alat Ukuran

Inventori Personaliti Eysenck Junior (JEPI)

Inventori Personaliti Sidek (IPS)

Inventori Personaliti Warna (IPW)

Skala Konsep Kendiri Tennesse (TSCS)

Keputusan Ujian

Inventori Personaliti Eysenck Junior (JEPI)

Inventori Personaliti Sidek (IPS)

Inventori Personaliti Warna (IPW)

Skala Konsep Kendiri Tennesse (TSCS)

Perbincangan Profil

Inventori Personaliti Eysenck Junior (JEPI)

Inventori Personaliti Sidek (IPS)

Inventori Personaliti Warna (IPW)

Skala Konsep Kendiri Tennesse (TSCS)

Perbandingan Profil Personaliti

Komen dan Cadangan

Penutup

Rujukan

2
Lampiran

Pengenalan

Personaliti menitikberatkan perkara-perkara yang paling penting, yang paling rapat

dengan kehidupan psikologi seseorang. Ia mengambil berat persoalan suka duka,

energetic atau apathetic, remeh atau leceh, dsb. Personaliti melibatkan corak atau operasi

global system mental.

Warren dan Carmichael (1930) menyatakan personality sebagai seluruh organisasi mental

manusia pada semua peringkat perkembangan manusia termasuk intelek, temperament,

kemahiran, moral dan sikap yang dibentuk sepanjang hayat seseorang.

Hal ini disokong oleh Mayer (2005) yang mengatakan corak proses psikologikal

seseorang terbentuk daripada tujuan, perasaan, pemikiran dan beberapa bidang fungsi

psikologi. Personaliti ditampilkan melalui pemikiran yang mempengaruhi tubuh badan,

dalam keadaan mental yang sedar, dan melalui tingkah laku social seseorang.

Latar Belakang Alat Ukuran

3
Dalam dunia psikologi, alat ukuran psikologikal telah menjadi tumpuan yang penting. Ia

membantu ahli psikologi dalam membuat pentafsiran profesional terhadap persoalan

penting berkaitan perlakuan, emosi dan pemikiran klien. Cronbach mendefinisikan ujian

personality sebagai satu prosedur yang sistematik untuk memerhati tingkah laku manusia

dan menerangkannya dengan bantuan skala numerical atau system kategori. Anastasi

(1988; 1976) berpendapat bahawa ujian psikologi adalah pengukuran sample tingkah laku

yang objektif dan standard. Kronheim et al (2007) mengatakan ujian personality

membolehkan ahli psikologi dan psikiatri untuk memahami personality klien dengan ditil

dan mengesan tret-tret personality yang mungkin menyebabkan berlakunya penyakit

mental dan/atau penyakit-penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, angin ahmar, sakit

jantung dan sebagainya. Mengapa ujian personaliti

Othman (2003) menyatakan bahawa penilaian psikologikal melibatkan perlakuan

manusia berkaitan dengan masalah khusus yang dialami oleh seseorang individu yang

berbeza dengan individu lain. Oleh yang demikian, dalam kaunseling, kaunselor yang

membuat pentafsiran ke atas hasil ujian mesti mentafsirkan skor ujian yang diperoleh itu

dalam konteks kehidupan individu tersebut. Terlebih dahulu, elemen-elemen konseptual

psikologikal klien perlu dikenalpasti supaya hasil ujian yang bakal diperoleh adalah adil

dan munasabah kepada klien tersebut.

Kronheim ae al (2007) menyatakan bahawa suatu perkara yang sukar mengenai ujian

psikologikal ialah terdapat pelbagai jenis ujian untuk dipilih, yang mana setiap satu

mengukur aspek-aspek tertentu personality seseorang, dan setiap ujian dihasilkan

4
mengikut aliran pemikiran yang berbeza. Sebagai contoh, terapis yang berorientasikan

psikodinamik akan memilih alat ujian yang melibatkan proses-proses tidak sedar.

Dalam membicarakan mengenai alat ukuran psikologikal, kita perlu sedar bahawa alat

ukuran ini mempunyai kekuatan dan kelemahan bergantung kepada beberapa ciri yang

terdapat padanya. Antaranya ialah cara menjawab, masalah penipuan, kebolehpercayaan

dan kesahan, masalah pentafsiran dan cara pembentukan penerimaan jawapan yang

sesuai. (Othman, 2003).

Tugasan ini akan membincangkan mengenai empat jenis alat ukuran ialah JEPI, IPS, IPW

dan TSCS. Sebelum meneliti setiap alat ukuran tersebut, eloklah jika dihuraikan sedikit

tentang jenis-jenis alat ukuran yang digunapakai oleh terapis dalam dunia kesihatan

mental. Pada asasnya, ujian personality dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu

projektif dan objektif. Ujian projektif ialah ujian yang mempunyai limitasi dari segi

struktur dan subjektif dari segi skor dan pentafsiran data yang diperoleh. Ujian ini

menggunakan gambar, objek dan material-material lain yang menggambarkan sesuatu

ciri atau personaliti. Contohnya ialah Thematic Apperception Test dan Ronschach

Inkblot Test. Terapis akan membuat pentafsiran berdasarkan orientasi psikologikal

mereka atau aliran pemikiran yang mereka ikuti.

Ujian objektif sebaliknya, adalah ujian yang lebih berstruktur, mempunyai set soalan dan

set jawapan seperti pilihan jawapan, benar atau salah dan sebagainya. Ujian jenis ini

adalah lebih standard kerana pentafsiran data lebih berstruktur. Contoh alat ujian jenis

5
objektif ialah Inventori Personaliti Sidek dan MMPI-2 or Minnesota Multiphasic

Personality Inventory 2nd Edition.

Walaupun kedua-dua jenis alat ujian ini memiliki kekuatan dan kelemahan masing-

masing, ia menjadi salah satu wadah yang paling berharga yang boleh digunakan oleh

terapis. Kedua-duanya meningkatkan kefahaman terapis terhadap klien dan stail

personality klien, selain menjadi alat untuk mengesan psikopatologi seseorang.

Ramai pakar dan pengasas teori kerjaya mendakwa bahawa perkembangan personaliti

penting dalam perkembangan kerjaya. Roe (1956), Super dan rakan-rakan (1963),

Tiedemen dan O’Hara (1963) serta Holland (1973) menyatakan bahawa perkembangan

personaliti pada peringkat awal, ada hubungannya dengan interaksi keluarga yang

mempengaruhi pula arah pekerjaan dan vokasional. Mereka juga sepakat bahawa ada

hubungan yang signifikan antara perkembangan personaliti dengan konsep kendiri seperti

keperibadian dan perkembangan kognitif yang mempengaruhi perkembangan kerjaya.

Inventori personaliti memberi maklumat yang berharga untuk mengenal keperluan dan

memberi tarikan untuk mencari pekerjaan. Dalam beberapa kes, hasil inventori

personaliti memberi dorongan dan stimulasi untuk tindakan supaya boleh memenuhi

keperluan harian individu.

6
Inventori Personaliti Eysenck Junior (JEPI)

JEPI dibangunkan oleh Hans Jurgen Eysenck, seorang tokoh yang dilahirkan di Jerman

pada tahun 1916. Semasa pemerintahan Nazi, beliau berhijrah ke England dan membina

kerjayanya sebagai psikologis di London. Sumbangan Eysenck di dalam bidang psikologi

terutama personaliti, amat banyak sekali. Di antara buku yang ditulis oleh beliau adalah

Dimension of Personality (1947), The Structure of Human Personality (1953), The Causes dan

Cures of Neurosis (1965), The Biological Basis of Personality (1967). Pengaruh beliau terhadap

teori personaliti amat terkenal, dengan penggunaan kaedah kuantitatif terutama analisis faktorial,

untuk intergrasi dan interpretasi data klinikal.

Junior Eysenck Personality Inventory dibentuk berasaskan pendekatan analisis factorial.

Asalnya, Eysenck (1942) menggunakan analisis factor untuk mengukur personaliti berasaskan

dua dimensi sifat asas manusia iaitu faktor ekstroversi-introversi dan neurotisme-stabiliti. Kedua-

dua faktor ini mempunyai hubungan dengan skim 4 temperament Galen-Kauf-Wundt yang asal.

Kemudian Eysenck telah membentuk Eysenck Personality Inventory (EPI) untuk mengukur

personaliti manusia dengan berasaskan kepada dua dimensi trait yang disebutkan di atas. EPI ini

adalah perkembangan daripada Maudsley Personality Inventory (MPI), (Eysenck, 1942). Alat

ukuran MPI dikatakan berupaya mengukur dua faktor utama iaitu Neurotisme dan Ekstroversi.

Alat ukuran ini kemudiannya dikaji semula dan diubah menjadi Eysenck Personality

Questionnarie (EPQ). Alat ukuran EPQ ini juga dikaji semula dan beberapa perubahan telah

dibuat dan akhirnya terbentuklah Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI).

Pentadbiran dan Pemarkahan JEPI

7
Dari segi pentadbiran, alat ukuran JEPI tidak memerlukan tempoh masa yang panjang

untuk diselesaikan, cukup dalam 20 hingga 30 minit. Walau bagaimanapun, suasana yang selesa

dan fasiliti yang baik dapat meningkatkan mood individu dalam melaksanakan ujian ini. Selain

itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon

yang mengambil ujian. Individu perlu menjawab ujian ini dengan jujur dan ikhlas iaitu menjawab

berdasarkan apa yang sebenarnya dan bukan berdasarkan apa yang difikirkan baik atau orang kata

baik.

Inventori JEPI mempunyai 3 borang iaitu borang item-item soalan ,borang jawapan dan

borang kaedah pemarkatan inventory JEPI.

1. Individu menjawab soalan yang dikemukakan dengan menandakan item Ya atau Tidak di

dalam borang jawapan.

2. Individu kemudian mengisi borang ke 2 yang mempunyai tiga kategori iaitu Ekstroversi,

Neurotisme dan Penipuan di mana setiap kategori mempunyai nombor-nombor item Ya

dan Tidak. Individu dikehendaki menandakan nombor-nombor item yang berkenaan

berpandukan jawapan dari borang jawapan.

3. Jumlahkan nombor-nombor item yang bertanda bagi Ya dan Tidak untuk setiap kategori

iaitu bagi Neurotism, Ekstroversi dan Penipuan.

4. Jumlah setiap kategori ditandakan pula kepada borang ke-3 yang memberi kuadran dan

menentukan individu di kuadran mana.

Panduan pengiraan skor JEPI

1. Borang jawapan yang telah lengkap diisi.

2. Alat ukuran JEPI mempunyai 60 item yang ditulis secara positif atau negatif.

3. Setiap jawapan Ya untuk item positif akan diberi 1 markah, sementara setiap jawapan

Tidak akan diberi 0 (kosong) markah.

8
4. Setiap jawapan Tidak untuk item negatif akan diberi 1 (satu) markah, sementara setiap

jawapan Ya akan diberikan 0 (kosong) markah.

5. Markah maksima untuk skala E dan skala N ialah 24 sementara untuk skala L ialah 12.

Secara keseluruhannya, JEPI mempunyai 4 kuadran yang utama dan memberi gambaran

personaliti individu yang mengambil ujian JEPI ini.(Gambarajah 3):

Kuadran 1 – Personaliti Melankolik

Individu di dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri Introvert-Neurotisme(tidak stabil)

memberikan gambaran ciri-ciri seperti muram, cemas, bimbang, tidak fleksibel/rigid, pendiam,

tidak peramah, pesimis dan tenang.

Kuadran 2 – Personaliti Kolerik

Individu di dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri Neurotisme-Ekstrovert memberikan

gambaran ciri-ciri seperti mudah tersinggung, gelisah, agresif, ghairah, mudah berubah, impulsif,

optimistik dan aktif.

Kuadran 3 – Personaliti Phlegmatik

Individu di dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri Stabiliti-Ekstrovert memberikan gambaran

ciri-ciri seperti pasif, berhati-hati, bertimbang rasa, tenang, terkawal, jujur, boleh diharapkan dan

tenteram.

Kuadran 4 – Personaliti Sanguin

Individu di dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri Introvert-Stabiliti memberikan gambaran

ciri-ciri seperti peramah, gemar bercakap, responsif, bebas, kepimpinan, bersemangat, selesa dan

ekstrovert.

9
Skala L – markah atau skor maksima untuk skala L yang boleh diterima ialah 5. Skor 5 ke atas

bermaksud individu tidak jujur dalam menjawab soal selidik, oleh sebab itu profil yang diperolehi

tidak sah dan tidak boleh dipercayai. Skor 5 dan ke bawah menggambarkan individu jujur

semasa menjawab, oleh itu profilnya sah dan boleh dipercayai. Setiap satu kuadran yang memberi

gambaran ciri personaliti individu boleh digunakan untuk menjelaskan jenis-jenis pekerjaan yang

sesuai dengan personaliti individu tersebut.

Inventori Personaliti Sidek (IPS)

Latar belakang IPS

Inventori Personaliti Sidek (IPS) telah dibangunkan menggunakan pendekatan rasional

oleh Dr. Sidek Mohd. Noah pada tahun 1987 (Sidek Mohd Noah 1998). Alat ukuran oleh IPS

adalah inventori atau ujian yang boleh digunakan untuk mengenal pasti ciri-ciri atau tret-tret

personaliti individu.

Dari segi format, IPS mempunyai format jawapan berbentuk kategori atau dwipilihan

iaitu ’Ya’ atau ’Tidak’ dan gerak balas individu kepada item-item yang terkandung dalam alat

ukuran ini dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Alat ukuran IPS

mengandungi 16 skala yang berkaitan dengan 15 tret personaliti individu yang meliputi tret

personaliti Agersif, Analitikal, Autonomi, Bersandar, Ekstrovert, Intelektual, Introvert,

Kepelbagaian, Kritik-diri, Mengawal, Menolong, Sokongan, Struktur, Pencapaian di samping

satu skala khas yang dikenali dengan skala Kejujuran. Dari segi kesahan dan kebolehpercayaan,

alat ukuran IPS ini telah dikaji kesahan dan kebolehpercayaannya oleh Sidek Mohd Noah (1998)

10
Pentadbiran dan pemarkahan IPS

Inventori Personaliti Sidek (IPS) mestilah ditadbirkan di dalam bilik yang selesa dan

kondusif. Bilik mestilah mempunyai peralatan-peralatan asas seperti kerusi, meja, kipas angin

atau penghawa dingin. Keadaan hendaklah jauh daripada kebisingan atau lain-lain gangguan.

Walaupun tiada peruntukan masa ditetapkan untuk menyelesaikan ujian namun adalah

dicadangkan agar ujian ini dapat diselesaikan dalam tempoh masa antara 20 hingga 30 minit.

Sebelum alat ukuran IPS ditadbirkan, arahan-arahan ujian yang perlu mestilah diberitahu

kepada klien. Arahan-arahan seperti cara menjawab soalan, masa untuk menyelesaikan ujian dan

arahan-arahan khsusu mengenai sesuatu ujian adalah antara perkara-perkara yang mesti

diterangkan kepada pengambil ujian. Klien atau individu yang mengambil ujian perlu diingatkan

agar mematuhi segala arahan yang terdapat di muka surat depan kertas ujian. Jawapan hendaklah

dibuat pada borang jawapan yang disediakan.

Skala yang terkandung dalam alat ukuran IPS:

Bil. Skala Keterangan mengenai tret personaliti


1. Agresif Tret personaliti yang menunjukkan individu terlalu kritikal terhadap

orang lain, tegas, berani dan tidak suka dimanipulasikan.


2. Analitikal Tret personaliti yang menunjukkan individu sanat sensitif dan

prihatin kepada persekitaran, suka membuat pemerhatian dan akan

menganalisis sesuatu perkara sebelum membuat sesuatu keputusan


3. Autonomi Tret personaliti yang menunjukkan individu lebih sukakan

kebebasan dalam tindakannya dan dapat mengawal dan menentukan

aktiviti-aktiviti hariannya
4. Bersandar Tret personaliti yang menunjukkan individu suka bergantung kepad

aorang lain dan memerlukan bantuan orang lain dalam membuat

keputusan. Tret ini juga dikenali dengan tret personaliti

kebergantungan.
5. Intelektual Tret personaliti yang menunjukkan individu berminat kepada

aktiviti-aktiviti yang memberikan cabaran dari segi intelektual

11
6. Introvert Tret personaliti yang menunjukkan individu suka mengelak situasi-

situasi yang akan memaksa mereka berkomunikasi di samping suka

bersendiri menyelesaikan sesuatu tugas


7. Kepelbagaian Tret personaliti yang menunjukkan individu dapat menghayati

pelbagai situasi bagi mendapatkan pengalaman yang baru ke arah

perubahan yang berterusan


8. Ketahanan Tret personaliti yang menunjukkan individu yang cekal dan

bermotivai untuk menghabiskan atau menyelesaikan semua tugas


9. Kritik-diri Tret personaliti yang menunjukkan individu yang tidak stabil dari

segi emosi dan psikologi, rendah diri dan suka menyalahkan diri
10. Mengawal Tret personaliti yang menunjukkan individu suka mengawal orang

lain atau lebih suka memimpin daripada dipimpin


11. Menolong Tret personaliti yang dikaitkan dengan individu berkeinginan untuk

menunjukkan atau meluahkan simpati, kasih sayang juga memberi

bantuan serta membuat kebaikan kepada orang lain


12. Sokongan Tret personaliti yang menunjukkan individu suka memerlukan

perhatian, simpati dan ingin dikasih.


13. Struktur Tret personaliti yang menunjukkan individu suka kepada

kekemasan, kebersihan serta perkara-perkara yang berstruktur,

berulang-ulang dan terperinci


14. Pencapaian Tret personaliti yang menunjukkan individu bermotivasi, mahukan

status yang tinggi dan suka persaingan


15. Kejujuran Skala ini adalah skala khusus yang dibangunkan untuk mengesan

tahap kejujuran individu atau kecenderungan individu menipu

dalam menjawab item ujian. Secara tidak langsung, skala ini juga

menjelaskan tret personaliti kejujuran individu. Skala ini

merupakan skala kesahan dan telah dimasukkkan ke dalam alat

ukuran IPS pada tahun 1998

Pengiraan Skor dan Pembentukan Profil IPS

12
Pengiraan skor dan pembentukan profil IPS boleh dilakukan secara manual atau

menggunakan program komputer yang khusus. Sekiranya pengiraan skor dan pembentukan

profil ujian personaliti dilakukan secara manual adalah sangat perlu agar ianya dibuat dengan

teliti dan hati-hati.

Umumnya, borang jawapan IPS mengandungi 16 barisan dan 10 lajur. Bilangan baris

menjelaskan bahawa alat ini mengukur 16 faktor iaitu 15 tret personaliti dan 1 skala penipuan,

sementara 10 lajuar menjelaskan bahawa setiap tret atau skala diwakili oleh 10 item. Untuk

tujuan pengiraan skor mentah, fokus hanya diberikan kepada jawapan Ya yang peru dibuat baris

demi baris. Oleh kerana setiap tret diwakii oleh 10 item, kadr skor maksima yang boleh

diperoleh individu ialah 10. Kadar skor mentah ini kemudiannya ditukarkan kepada peratus

dengan didarabkannay dengan 10.

Pentafsiran IPS

Inventori Personaliti Sidek mempunyai 16 skala yang mampu mengenal pasti 15 ciri-ciri

personaliti individu di samping 1 skala khas yang dikenali sebagai skala Kejujuran. Kaunselor

mestilah menjelaskan kepada kliennya prinsip-prinsip asas pentafsiran profil IPS. Antara

prinsip-prinsip asas yang penting ialah :

1. Tiada personaliti yang gagal dalam erti kata yang sebenarnya. Personaliti hanya akan

gagal jika dikaitkan dengan kerjaya-kerjaya tertentu.

2. Tiada individu yang personalitinya sempurna. Oleh sebab itu, tiada individu memperoleh

skor 100. Skor maksimum yang boleh diperoleh ialah 99%.

3. Tiada individu yang personalitinya sifar atau kosong. Oleh sebab itu, tiada individu

memperolehi skor 0. Skor minimum yang boleh diperolehi ialah 1%.

13
4. Personaliti boleh berubah. Perubahan personaliti banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor

persekitaran termasuk pembelajaran baru.

Dari segi pentafsiran, terdapat tiga pembahagian skor iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Bagi

skor antara 1 hingga30% markah dianggap skor yang rendah, 40 hingga 60% dianggap yang

sederhana, sementara skor antara 70 hingga 90% dianggap yang tinggi. Pentafsiran ringkas

bagi setiap skor yang diperolehi daripada alat ukuran IPS adalah seperti berikut:

Agresif

Skor tinggi (70-99%) menunjukkan individu adalah seorrang yang agresif. Individu suka

mengkritik orang lain. Dalam kebanyakan hal, hati dan perasaan orang lain bukanlah

merupakan tumpuan dan perhatian utamanya, yang penting ialah hajat dan matlamatnya

tercapai.

Skor sederhana (40-60%) menunjukkan individu adalah seorang yang asertif atau mempunyai

ketegasan diri. Dalam kebanyakan hal, individu selalunya menuntut haknya tetapi pada masa

yang sama, hati dan perasaan orang lain dijaga.

Skor rendah (1-30%) menunjukkan individu adalah seorang yang pasif. Dalam kebanyakan

hal individu membenarkan orang memanipulasi diri dan perasaannya.

Agresif

Skor Tinggi Sederhana Rendah

(70-99%) (40-60%) (1-30%)


Petunju Agresif, suka Asertif (tegas), selalu Pasif, membenarkan diri

k mengkritik, abaikan hati menuntut hak tetapi jaga dimanipulasi oleh orang

dan perasaan orang lain perasaan dan hati orang lain

14
demi matlamat peribadi lain

Analitikal

Skor tinggi menunjukkan individu adalah seorang yang sensitif kepada persekitaran, suka

menganalissi orang lain, diri sendiri mahupun situasi. Individu suka mempbuat pemerhatian,

penyelidikan dan analisis.

Skor sederhana menunjukkan yang ciri analitikal individu adalah sederhana. Minat anda

untuk menganalisis adalah pada tahap sederhana.

Skor rendah menunjukkan individu adalah seorang yang kurang atau tidak berminat dengan

perkara-perkara yang memerlukan anda membuat analisis. Individu adalah seorang yang

praktikal. Ketika berinteraksi dengan orang lain, individu tidak cuba membaca yang tersirat.

Analitikal

Skor Tinggi Sederhana Rendah

(70-99%) (40-60%) (1-30%)


Petunju Sensitif kepada Minat untuk Kurang atau tidak

k persekitaran, suka menganalisis pada tahap berminat untuk

menganalisis orang lain, sederhana menganalisis, praktikal

diri sendiri dan situasi, dan tidak cuba membaca

suka membuat yang tersirat ketika

pemerhatian, berinteraksi.

penyelidikan dan analisis

Autonomi

Skor tinggi menunjukkan individu sukakan kebebasan sepenuhnya dalam segala tindakan

serta dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti seharian.

15
Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri autonomi individu adalah pada tahap sederhana.

Skor rendah pula menunjukkan individu lebih suka menerima arahan oran glain dan struktur

sosial yang memerlukan keakuran.

Autonomi

Skor Tinggi Sederhana Rendah

(70-99%) (40-60%) (1-30%)


Petunju Suka kebebasan Tahap autonomi yang Suka terima arahan

k sepenuhnya, dapat kawal sederhana orang lain dan struktur

dan tentukan aktiviti sosial yang memerlukan

seharian. keakuran.

Bersandar

Skor tinggi individu menunjunjukan suka bergantung kepada orang lain. Dalam membuat

sesuatu keputusan, individu selalunya mengharapkan pendapat dan nasihat daripada orang

lain terutama individu yang mempunyai autoriti.

Skor sederhana menggambarkan tahap pergantungan individu adalah pada tahap sederhana.

Skor rendah menunjukkan yang individu adalah seorang yang suka berdikari. Dalam

membuat sesuatu keputusan dan melakukan sesuatu aktiviti, individu selalunya tidak

bergantung kepada orang lain.

Bersandar

Skor Tinggi Sederhana Rendah

(70-99%) (40-60%) (1-30%)


Petunjuk Suka bergantung kepada Tahap pergantunagan Suka berdikari tidak

orang lain, yang sederhana bergantung keapda

mengharapkan nasihat orang lain dalam

dan pendapat orang lain membuat keputusan.

dalam membuat

16
keputusan, selalu minta

orang lain menunjukkan

arah yang harus dituju.

Ekstrovert

Skor tinggi menunjukkan individu adalah seorang yang sosial. Individu suka berinteraksi dan

dikelilingi oleh orang ramai di samping merasa tidak selesa duduk bersendirian.

Skor sederahan menunjukkan individu mempunyai kedua-dua ciri sosial dan tidak sosial.

Umumnya, tahap sosial individu adalah sederhana.

Skor rendah menunjukkan individu adalah seorang yang kurang dan tidak sosial. Individu

selalu mengelak untuk berinteraksi dalam kumpulan besar dan lebih selesa berada dalam

kumpulan kecil. Individu lebih selesa berada dalam suasana kerja bersendirian atau sama-

sama-satu.

Ekstrovert

Skor Tinggi Sederhana Rendah

(70-99%) (40-60%) (1-30%)


Petunju Seorang yang sosial, suka Mempunyai ciri sosial Kurang atau tidak

k berinteraksi, tidak suka dan tidak sosial. Tahap bersosial, elak interaksi

bersendirian sosial yang sederhana dalam kumpulan besar,

selesa dalam kumpulan

kecil, suka bersendirian.

Intelektual

Skor tinggi menunjukkan individu sukakan aktiviti yang memberi cabaran dari segi

intelektual. Individu merasa puas dengan aktiviti-aktiviti keilmuan tetapi tidak puas dengan

aktiviti-aktiviti yang berulang-ulang.

17
Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri atau sifat keinteletualan individu berada pada tahap

sederhana.

Skor rendah menunjukkan individu tidak berasa selesa dengan perkara-perkara yang bersifat

teoretikal. Individu lebih berminat dan selesa dengan kerja-kerja yang berstruktur, praktikal

dan pragmatik. Kerja yang dipilih selalunya adalah kerja-kerja berkemahiran

Intelektual

Skor Tinggi Sederhana Rendah

(70-99%) (40-60%) (1-30%)


Petunju Suka aktiviti yang Sifat intelektual pada Tidak selesa dengan

k mencabar intelektual, tahap yang sederhana perkara teoritikal, minat

puas dengan aktiviti dengan kerja berstruktur,

keilmuan, tidak puas praktikal, pragmatik dan

dengan aktiviti yang berkemahiran

berulang-ulang

Introvert

Skor tinggi menunjukkan individu adalah individu yang tidak sosial dan suka mengelak

situasi-situasi yang memaksanya berkomunikasi. Individu lebih selesa dengan ’setting’ kerja

bersendirian atau satu-sama-satu.

Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri sosial individu adalah pada tahap sederhana iaitu tidak

terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

Skor rendah menunjukkan anda adalah individu yang suka melibatkan diri dalam

perhubungan interpersonal dan suka berada di kalangan orang ramai. Anda adalah seorang

yang sosial.

Introvert

Skor Tinggi Sederhana Rendah

(70-99%) (40-60%) (1-30%)

18
Petunju Tidak sosial, elak situasi Ciri sosial yang Suka kepada

k yang melibatkan sederhana perhubungan

komunikasi, selesa kerja interpersonal, suka

sendirian. berada dalam kalangan

orang ramai, sosial.

Kepelbagaian

Skor tinggi menunjukkan individu dapat menghayati situasi-situasi yang dapat

memberikannya peluang untuk pengalaman-pengalaman baru. Individu suka kepada

perubahan dan selalunya suka mencuba sesuatu yang baru. Individu adalah seorang yang

’adventures’.

Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri kepelbagaian anda adalah pada tahap sederhana.

Skor rendah menunjukkan individu lebih sukakan situasi-situasi pekerjaan yang stabil dan

selamat. Individu lebih selesa dengan situasi-situasi dan pengalaman-pengalaman baru.

Kepelbagaian

Skor Tinggi Sederhana Rendah

(70-99%) (40-60%) (1-30%)


Petunju Suka kepada perubahan Ciri kepelbagaian yang Suka situasi yang stabil

k dan sesuatu yang baru, sederhana dan selamat, tidak selesa

adventurous dengan situasi dan

pengalaman baru.

Ketahanan

Skor tinggi menunjukkan individu adalah individu yang mempunyai ketahanan dari segi

fizikal, mental dan emosi. Anda akan menghabiskan semua tugas-tugas yang telah

dimulakan dan tidak akan berhenti separuh jalan. Anda sangat bermotivasi dalam melakukan

sesuatu.

19
Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri ketahanan anda adalah pada tahap sederhana sahaja.

Skor rendah menunjukkan individu kurang atau tiada ketahanan diri segi fizikal, mental dan

emosi. Individu mudah mengenepikan sesuatu jika dirasakan tidak bernilai, cepat bosan dan

leibh mendapat kepuasan daripada kerja-kerja kreatif atau berkaitan dengan orang ramai.

Ketahanan

Skor Tinggi Sederhana Rendah

(70-99%) (40-60%) (1-30%)


Petunju Mempunyai ketahanan Ciri ketahanan yang Kurang/ tiada ketahanan

k fizikal,mental dan emosi. sederhana fizikal,mental dan emosi

Sangat bermotivasi,

siapkan tugas dan tidak

berhenti separuh jalan

Kritik-diri

Skor tinggi menunjukkan individu yang bermasalah. Skor yang tinggi ini selalunya dikaitkan

dengan individu yang selalu berasa rendah diri, bimbang, rasa bersalah terhadap apa yang

telah dilakukan atau tidak percaya yang ia telah mencapai sesuatu dengan jayanya. Individu

yang mendapat skor 70% dikatakan akan mendapat faedah daripada kaunseling individu,

sementara indivdu yang mendapat skor lebih daripada 70% dikatakan sangat memerlukan

kaunseling individu kerana individu ini dikatakan terlalu mengkritik diri.

Skor 40% hingaa 60% biasanya dikaitka dengan individu yang stabil dari segi emosi dan

psikologinya. Skor 50% dianggapa sebagai individu yang paling stabil.

Skor rendah biasanya menganggap dirinya sentiasa betul dan yang tidak betul adalah orang

lain. Individu ini pula tergolong dalam kumpulan individu yang kurang atau tidak stabil dari

segi emosi dan psikologinya.

Kritik Diri

Skor Tinggi Sederhana Rendah

20
(70-99%) (40-60%) (1-30%)
Petunju Bermasalah, rasa rendah Stabil emosi dan Anggap diri sentiasa

k diri, bimbang, rasa psikologi. Skor 50% betul dan orang lain

bersalah, tidak percaya dianggap paling stabil salah, kurang stabil

yang ia telah capai emosi dan psikologi

sesuatu dengan jayanya.

Jika skor lebih 70%,

perlu menghadiri

kaunseling individu

Mengawal

Skor tinggi menunjukkan individu yang suka mengawal dan memimpin orang lain. Individu

lebih suka memimpin daripada dipimpin. Selalunya memilih kerjaya yang berkaitan dengan

kepemimpinan seperti pengurus, pentadbir awam, peguam, pegawai tentera, ahli politik dan

lain-lain.

Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri mengawal dan kepimpinannya adalah pada tahap

sederhana.

Skor rendah menunjukkan individu lebih selesa dipimpin daripada memimpin. Kerjaya

utama yang berkaitan ialah setiausaha, pramugarai, akauntan, ahli biologi dan lain-lain.

Mengawal

Skor Tinggi Sederhana Rendah

(70-99%) (40-60%) (1-30%)


Petunju Suka mengawal dan ciri mengawal dan Selesa dipimpin

k memimpin, tidak suka memimpin yang daripada memimpin

dipimpin, memilih sederhana

kerjaya bercorak

21
kepemimpinan

Menolong

Skor tinggi menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai keinginan untuk

mencurahkan simpati, kasih sayang, memberi bantuan serta membuat kebaikan dan kebajikan

kepada orang lain.

Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri menolong individu adalah pada tahap sederhana.

Skor rendah menunjukkan individu tidak suka terlibat secara emosi dengan orang lain.

Individu lebih memfokuskan kepada diri sendiri.

Menolong

Skor Tinggi Sederhana Rendah

(70-99%) (40-60%) (1-30%)


Petunju Ada keinginan untuk Ciri menolong yang Tidak suka terlibat

k mencurahkan simpati, sederhana secara emosi dengan

kasih sayang, beri orang lain, fokus kepada

bantuan, buat kebaikan diri sendiri sahaja.

dan kebajikan

Sokongan

Skor tinggi menunjukkan individu mempunyai keinginan untuk dikasihi, difahami dan

mendapat simpati. Skor tinggi ini jika berkomunikasi dengan skor rendah untuk tret

personaliti. Menolong menunjukkan individu adalah seorang yang sangat mementingkan

diri.

Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri sokongan individu berada pada tahap sederhana.

Skor rendah menunjukkan individu tidak suka bergantung secara emosi kepada orang lain.

Sokongan

22
Skor Tinggi Sederhana Rendah

(70-99%) (40-60%) (1-30%)


Petunju Ingin dikasihi, difahami Ciri sokongan yang Tidak suka bergantung

k dan mendapat simpati. sederhana secara emosi kepada

Jika skor ini orang lain.

digandingkan dengan

skor rendah menolong, ia

menunjukkan individu

tersebut sangat

mementingkan diri.

Struktur

Skor tinggi menunjukkan individu adalah seorang yang suka kepada perkara-perkara

berstruktur, rutin dan terperinci. Individu lebih gemarkan kepada aktiviti dan kerja-kerja

yang memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulang-ulang.

Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri perseonaliti struktur individu berada pada tahap

sederhana.

Skor rendah menunjukkan individu lebih suka kepada aktiviti-aktiviti yang tidak bersetruktur

dan tidak berulang-ulang.

Struktur

Skor Tinggi Sederhana Rendah

(70-99%) (40-60%) (1-30%)


Petunju Suka kepada perkara Ciri struktur yang Suka aktiviti yang tidak

k berstruktur, rutin dan sederhana berstruktur dan tidak

terperinci. Suka berulang-ulang.

kekemasan, peraturan,

23
ketelitian dan berulang-

ulang

Pencapaian

Skor tinggi menunjukkan individu adalah seorang yang bermotivasi tinggi dan suka bersaing

dalam mencapai suatu matlamat.

Skor sederhana menunjukkan motivasi individu berada pada tahap sederhana.

Skor rendah menunjukkan individu yang rendah motivasinya dan tidak begitu kisah tentang

peranan status dan kuasa dalam kerjayanya.

Pencapaian

Skor Tinggi Sederhana Rendah

(70-99%) (40-60%) (1-30%)


Petunju Bermotivasi tinggi, suka Tahap motivasi yang Rendah motivasi dan

k bersaing dalam mencapai sederhana tidak kisah tentang

matlamat peranan status dan kuasa

dalam kerjaya

Kejujuran

Skor kurang daripada 50% menunjukkan individu cenderung untuk bersikap jujur dalam

memberi jawapan dan dengan itu profil yang diperoleh adalah boleh dipercayai. Selain itu,

individu yang memperoleh skor dalam lingkungan ini dianggap mempunyai tret personaliti

kejujuran yang tinggi.

24
Skor 50% dan ke atas menunjukkan individu cenderung untuk tidak jujur dalam memberikan

jawapan dan dengan itu profil yang diperolehi adalah tidak boleh dipercayai. Skor ini juga

menggambarkan individu mempunyai tret personaliti kejujuran yang rendah.

Kejujuran

Skor

Lebih daripada 50% Kurang daripada 50%


Petunju Cenderung untuk tidak jujur, profil Cenderung untuk bersikap jujur, profil

k yang diperoleh tidak boleh boleh dipercayai, tret personaliti

dipercayai, tret personaliti kejujuran kejujuran yang tinggi

yang rendah

Inventori Personalti Warna (IPW)

Latarbelakang IPW

Mengikut Falt (1999) sejarah penggunaan teori personaliti warna dimulakan oleh

Don Lowry melalui kad-kad aktiviti True Colors. Don Lowry adalah usahawan dan anak

murid kepada David Kiersey. David Kiersey merupakan ahli terapi psikologi yang telah

memperkenalkan jenis personaliti iaitu Apollonian, Dionysian, Promethean dan

Epimethean (Hauck 1998). Don Lowry menggunakan model persoanliti yang

diperkenalkan oleh Keirsey untuk dijadikan asas bagi mencipta True Colors.

Konsep True Colors yang diperkenalkan oleh Lowry itu merupakan sejenis kad

permainan yang berasaskan personaliti yang melibatkan empat jenis warna iaitu Emas,

Hijau, Biru dan Jingga. Warna Emas melambangkan seseorang yang mengikut peraturan,

Hijau melambangkan seseorang yang mementingkan intuisi pemikiran. Biru

25
melambangkan seorang yang mementingkan intuisi perasaan dan Jingga melambangkan

seorang yang gemarkan pengalaman dan kehidupan yang mencabar (Falt 1999).

Alat ukuran IPW dibangunkan menggunakan pendekatan rasional berasaskan teori

personaliti warna yang diperkenalkan oleh Don Lowry melalui kad-kad aktiviti True

Colors. Alat ukuran IPW yang asal telah dibina oleh Sidek Mohd Noah dan pelajar

Bacelor Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) Universiti Putra Malaysia Trengganu

(UPMT) pada 1997 semasa mengendalikan kursus penilaian dalam kaunseling (EDU

3105) kepada kumpulan pelajar berkenaan.

Draf asal alat ukuran IPW mengandungi 200 item yang setiap jenis personaliti warna

diwakili oleh 50 item. Namun setelah proses pembinaan alat ukuran selesai hanya 100

item yang benar-benar bermutu dan signifikan telah dimuatkan ke dalam borang akhir.

Alat ukuran IPW mempunyai format jawapan Ya dan Tidak dan gerak balas individu

terhadap item-item yang terkandung dalam alat ukuran tersebut dikatakan dapat

menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Alat ukuran IPW mempunyai empat skala

iaitu yang mewakili personaliti warna Emas, Hijau, Biru dan Jingga.

Pentadbiran IPW

Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, sebagai panduan ujian ini

perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknay ujian ditadbirkan

dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudah-kemudahan asas seperti kerusi dan

26
meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan

dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian.

Pengiraan Skor dan Pembentukan Profil IPW

Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti perlu dibuat dengan teliti dan

hati-hati. Oleh itu, pengguna ujian diminta merujuk cara pengiraan skor seperti yang

terkandung dalam Stensil Pemarkahan IPW.

Pentafsiran Profil IPW

Kesemua skor yang diperoleh harus diteliti dan dibincangkan satu-persatu dengan klien

anda. Umumnya setiap individu mempunyai keempat-empat jenis personaliti, namun

jenis personaliti yang memperoleh skor tertinggi adalah mewakili personaliti dominan

individu. Pentafsiran umum skor adalah seperti di Gambarajah 1.

Personaliti Emas

Ciri-ciri umum

Bersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, praktikal, waras fikiran,

boleh dipercayai, setia, tradisional, konservatif, hidup bersistem dan berperaturan dan

menaruh perhatian. Kata kunci utama ialah Peraturan dan Saya bertanggungjawab.

27
Ciri-ciri Diri saya

• Saya perlu mengikut peraturan dan menghormati pihak berkuasa

• Sangat bertanggungjawab

• Saya taat, boleh diharap dan sentiasa bersedia

• Saya tahu apa yang baik dan buruk dalam kehidupan

• Saya seroang peneliti dan bersifat wajar

• Saya menghormati masa

• Mahu dianggap sebagai seorang yang berguna

• Selain setia, saya juga stabil, ada peraturan dan sistematik

• Saya menghargai hidup berkeluarga, tradisi dan rumah tangga

• Selalu mengambil tahu tentang sesuatu

• Memberi perhatian, bersifat konkrit

• Bersifat keibubapaan

Secara semula jadi saya suka mengekalkan atau memelihara sesuatu adat resam

Saya adalah seorang yang suka menolong

Ciri-ciri saya di tempat kerja

• Saya menjaga kestabilan dan menyususn atur atau mengorganisasikan tempat

kerja

• Berkebolehan untuk mengendalikan urusan yang perlu perincian

• Sanggup bekerja keras membuat saya selalu dianggap sebagai tulang belakang

organisasi

28
• Saya percaya bahawa kita mesti bekerja dahulu barulah bermain, walaupun

terpaksa bekerja lebih masa untuk menyelesaikan kerja itu.

• Kerja mengikut peraturan, bekerjasama dan mengikut kebiasaan.

Ciri-ciri saya semasa kanak-kanak

• Saya sentiasa mahu mengikut undang-undang dan peraturan sekolah

• Saya memahami dan menghormati pihak berkuasa

• Saya rasa selesa dengan rutin pelajaran

• Saya rasa dapat menyesuaikan diri dengan mudah dalam sistem sekolah

Personaliti Hijau

Ciri-ciri umum

Cenderung dan cekap dalam pelbagi lapangan, cenderung mereka cipta, cekap dalam

menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingin mengetahui, memahami konsep,

berpengetahuan luas, berdasarkan teori, bijak dan mahir, panjang akal, kompleks, tenang

dan sabar, berfalsafah, berprinsip, dan berasaskan logik. Kata kunci utama ilah

mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.

Ciri-ciri diri saya

• Saya cenderung dan cekap dalam pelbagai bidang

• Saya cenderung untuk mereka cipta sesautu yang baru

• Cekap dan berkebolehan menjalankan tugas dengan sempurna

29
• Bersifat ingin mengetahui, berminat tentang konsep, gagasan, tanggapan dan idea.

• Mempunyai pengetahuan yang luas berdasarkan teori, inventif, bijak, mahiran dan

panjang akal

• Mempunyai sikap yang tenang dan sabar, berprinsip dan jujur

• Mempunyai falsafah dan memerlukan penjelasan dan jawapan

• Saya mempunyai ciri-ciri analitikal, investigatif dan hipotetikal

Ciri-ciri saya di tempat kerja

• Saya seorang pemikir konsep yang bebas

• Bagi saya kerja itu adalah suatu permainan

• Sering menghadapi cabaran tugas dengan tenang

• Suka mencipta model, meneroka idea, atau membina sistem bagi memenuhi

keinginan untuk menonjolkan pembaharuan.

• Apabila saya telah menyempurnakan sesuatu idea, saya suka beralih ke projek

lain dan membiarkan orang lain menjaga dan mengendali projek yang lama

Ciri-ciri saya semasa kanak-kanak

• Saya seperti lebih tua dari umur saya dari segi pemikiran

• Fokus saya ialah perkara yang paling saya minati, iaitu mendapat pencapaian

yang tinggi dalam subjek yang merangsang mental saya

• Saya tidak sabar dengan kaedah latih tubi, atau rutin. Saya mungkin menyoal

guru atau orang lain

30
• Saya fikir adalah perlu untuk menghormati guru sebelum saya boleh belajar

daripada mereka

Personaliti Biru

Ciri-ciri umum

Bersifat tulen, perhubungan mesra, mengasihani, bersimpati, unik, berkebolehan

mengalami perasaan dan fikiran orang lain, penyayang dan setia, mesra, berseni, orang

yang memberi inspirasi,riang, gembira, penuh kasih sayang, bersemangat dan

mempunyai perasaan simpati. Kata kunci utama ialah romantis serta sukakan

keharmonian.

Ciri-ciri diri saya

• Saya mahu merasa uni dan seorang yang tulen

• Saya seorang yang mudah bersimpati, berperibadi, dan selalu mencari makna

dalam kehidupan

• Saya inginkan perhubungan yang mesra dan mengasihani

• Ada kebolehan untuk menyelami perasaan dan pemikiran orang lain

• Bersedia dan sanggup memberi penjelasan untuk memberi penerangan

• Mesra, taat, menyayangi dan baik hati

• Saya suka berkarya dan memberi ilham

• Saya romatin, bersemangat, gembira dan imaginatif

• Saya seorang yang puitis

• Saya seorang yang suka membelai dan membantu orang lain

31
• Saya seorang individu romantis yang semula jadi

Ciri-ciri saya di tempat kerja

• Saya mempunyai dorongan yang kuat untuk mempengaruhi orang lain supaya

mereka menikmati hidup yang lebih bermakna.

• Selalunya saya bekerja dalam bidang seni, komuniksi, pendidikan dan profesion

menolong orang lain

• Saya mahir dalam memberi motivasi dan berinteraksi dengan orang lain

Ciri-ciri saya semasa kanak-kanak

• Saya sangat imaginatif

• Agak sukar menyesuaikan diri dalam sisem dan struktur sekolah

• Saya mahukan pengikhirafan

• Tidak sukakan perbalahan atau penolakan dalam diri saya

• Saya sukakan galakan dan bukannya persaingan

• Saya tidak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain

Personaliti Jingga

Ciri-ciri umum

Saya seorang yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifat spontan, suka

kepada pertandingan, tergopoh-gapah tetapi bersemangat, realistik, tidak dipengaruhi

oleh sentimen, berfikiran terbuka, gemar pengalaman luar biasa yang berbahaya tetai

menyeronokkan, berani, tabah, bertindak atas desakan fikiran, suka keseronokan, guruau

32
senda, tabah, tidak taku dan berkemahiran. Kata kunci utama ialah suka mengembara

atau adventurous.

Ciri-ciri diri saya

• Bertindak secara spontan, suka berjenaka, pandai dan menawan

• Menganggap hidup sebagai satu permainan

• Cergas, giat dan pandai menggunakan kesempatan yang ada

• Sukakan keseronokan dan sesuatu yang memberangsangkan

• Sukakan aktiviti yang bercorak persaingan

• Tabah menghadapi sesuatu dan tidak gentar

• Kadang kala mengambil tindakan yang tergopoh gapah, tetapi bersemangat dan

boleh menimbulkan kesan yang mendalam

• Seorang yang realistik, tidak dipengaruhi sentimen dan berfikiran terbuka

• Gemar kepada pengalaman yang luar biasa iaitu berbahaya tetapi menyeronokkan

Ciri-ciri saya di tempat kerja

• Sering bosan dan gelisah jika dapat kerja yang berstruktur, rigid dan mengikut

rutin

• Berpuas hati dalam kerja yang memberikan kebebasan, dapat menggunakan

koordinasi fizikal dan alatan

• Saya seorang performer yang semula jadi

Ciri-ciri saya semasa kanak-kanak

33
• Saya rasa jika dibandingkan dengan pelajar lain, saya menghadapi kesulitan besar

untuk menyesuaikan diri dengan rutin sekolah

• Saya belajar dengan membuat atau mengalami dan bukannya dengan membaca

atau mendengar

• Dalam proses pembelajaran, saya perlukan penglibatan fizikal

• Dorongan yang kuat untuk saya ialah sifat suka bersaing dan inginkan

kegembiraan atau keseronokan

Skala Konsep Kendiri Tennesse (TSCS)

Tennesse Self-Concept Scale (TSCS) adalah alat ukuran yang boleh digunakan untuk

mengukur konsep kendiri iaitu perincian kepada personaliti individu. Dibina oleh Fitts

(1965), alat ini sesuai untuk individu yang berumur 12 tahun ke atas. Ia juga sesuai

digunakan kepada individu yang normal dan maladjuste . Alat ukuran TSCS mempunyai

100 item yang terdiri daripada item positif dan negatif yang memberikan respons jawapan

yang berbentuk skala likert lima mata dan dibangunkan menggunakan pendekatan

rasional. Kebolehpercayaan uji dan uji kembali adalah di antara .60 dan .92 (N=60)

(Fitts, 1965).

Fitts (1965) mengatakan bahawa TSCS boleh digunakan untuk tujuan kaunseling,

diagnosis klinikal, penyelidikan dan pemilihan personal. Bagi tujuan kaunseling dan

diagnosis, perbezaan antara keduanya adalah dari segi pemarkatan. Alat ukuran TSCS

untuk tujuan kaunseling dapat mengenal pasti 8 komponen yang membentuk konsep

34
kendiri iaitu Identiti Kendiri, Kepuasan Kendiri, Tingkah Laku Kendiri, Kendiri Fizikal,

Kendiri Moral dan Etika, Kendiri Peribadi, Kendiri Keluarga dan Kendiri Sosial. Ia juga

mempunyai skala khusus yang digunakan untuk mengukur Kritikan-Diri.

Alat ukuran TSCS mempunyai 100 item yang terdiri daripada item positif dan negatif yang

memberikan respons jawapan yang berbentuk skala likert lima mata dan dibangunkan

menggunakan pendekatan rasional. Alat ujian ini mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan

yang tinggi. Menurut Fitts (1965), nilai pekali kebolehpercayaan uji dan uji kembali alat ukuran

TSCS adalah antara .60 dan .92 (N=60). Di Malaysia, nilai pekali kesahan yang diperoleh oleh

Chiam (1976) adalah antara .63 hingga .85 manakala pekali kebolehpercayaan pula antara .80

hingga .90.

Pentadbiran dan Pemarkahan TSCS

Alat ukuran TSCS mudah untuk digunakan kerana ia tiada had masa yang

tertentu, dan umumnya ia dapat diselesaikan dalam masa 15 hingga 25 minit sahaja.

Walau bagaimanapun, keberkesanannya meningkat jika dilakukan dalam bilik yang

kondusif, lengkap dengan fasiliti sepertii kerusi, meja, kipas angin atau penghawa dingin.

Individu perlu menjawab dengan jujur iaitu menjawab berdasarkan apa yang sebenarnya

dan bukan berdasarkan apa yang difikirkan baik atau orang kata baik.

Pengiraan Skor

Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti perlu dibuat dengan teliti

dan hati-hati. Alat ukuran TSCS mempunyai 100 item berskala likert 5 mata yang ditulis

secara positif dan negatif. Format jawapan TSCS ialah Sangat Benar(SB), Benar(B),

35
Tidak Pasti(TP), Tidak Benar(TB) dan Tidak Benar Sama Sekali(TBSS). Bagi setiap

item positif, format permarkatannya ialah 5 (SB), 4(B), 3(TP), 2(TB) dan 1(TBSS). Bagi

setiap item negatif pula, format permarkatannya ialah 1(SB), 2(B), 3(TP), 4(TB),

5(TBSS).

Pentafsiran Profil TSCS

Dalam membuat pentafsiran, kaunselor seharusnya meneliti dan berbincang setiap skor

dengan klien secara individu mahupun berkelompok. Markah yang diperolehi hendaklah

dibandingkan dengan skor min seperti yang terkandung dalam manual. Skor min adalah skor

yang setara dengan Skor T dan Skor Persentil 50. Pentafsiran skor yang diperoleh berhubung

dengan skala-skala berkenaan adalah seperti berikut:

Kritikan Diri

Skor min untuk subskala Kritikan –Diri ialah 36. Umumnya, skor di bawah min

bermaksud skor yang baik kerana menggambarkan individu stabil dari segi psikologi.

Skor di atas min walau bagaimanapun, bermaksud individu kurang stabil dari segi

psikologi. Bahagian ini memberi gambaran sejauhmana individu menerangkan

kelemahan atau kekurangan diri berasaskan kenyataan-kenyataan yang biasanya diakui

oleh individu. Skor kurang dari skor T 30 juga adalah tidak elok.

Kritikan Diri

Min Skor Skor Keterangan

Skor di atas min di bawah min

36 Baik, emosi stabil Emosi kurang stabil o berkaitan dengan gambaran

36
individu tentang kelemahan dan

kekurangan diri

Jumlah skor

Skor min untuk skala TSCS secara keseluruhan ialah 348. Ia menjelaskan konsep

kendiri individu secara keseluruhan tanpa melihat komponen-komponen yang

membentuk konsep kendiri. Konsep kendiri individu secara keseluruhan adalah tinggi

atau positif apabila skornya berada di atas min. Konsep kendiri individu secara

keseluruhannya adalah ditafsirkan sebagai rendah atau negatif apabila skor berada di

bawah min.

Jumlah Skor

Min Skor Skor Keterangan

Skor di atas min di bawah min

348 Konsep kendiri Konsep kendiri o Menjelaskan konsep kendiri

tinggi rendah secara keseluruhan

Identiti kendiri

Skor min untuk subskala ini ialah 127. Skor di atas min bererti identiti kendiri

individu adalah tinggi. Skor di bawah min bererti identiti kendiri individu adalah rendah.

Ia adalah sebahagian konsep kendiri yang berkaitan dengan hal-hal atau pernyataan-

pernyataan yang berkaitan dengan ‘Siapa Aku’. Memberi gambaran tentang identiti diri

individu atau bagaimana individu melihat dirinya.

Identiti Kendiri

Min Skor Skor Keterangan

37
Skor di atas min di bawah min

127 Identiti kendiri Identiti kendiri o berkaitan dengan persoalan

tinggi rendah “Siapa Aku?”

o beri gambaran tentang identiti diri

atau bagaimana individu melihat

diri

Kepuasan kendiri

Skor min untuk subskala ini ialah 104. Skor di atas min bererti kepuasan kendiri

individu adalah tinggi. Skor di bawah min bererti kepuasan kendiri individu adalah

rendah. Ia adalah berkaitan dengan bagaimana perasaan individu terhadap dirinya

sendiri. Mencerminkan tahap penerimaan individu terhadap dirinya dan setakat mana

individu berpuas hati dengan dirinya.

Kepuasan kendiri

Min Skor Skor Keterangan

Skor di atas min di bawah min

104 Kepuasan kendiri Kepuasan kendiri o berkaitan perasaan individu

tinggi rendah terhadap diri sendiri

o mencerminkan tahap penerimaan

individu terhadap diri sendiri

Kendiri tingkah laku

Skor min tuntuk subskala ini ialah 115. Skor di atas min bererti tingkah laku

kendiri individu adalah tinggi. Skor di bawah min bererti tingkah laku kendiri individu

38
adalah rendah. Ia adalah berkaitan dengan pernyataan-pernyataan yang menerangkan

’Inilah Kelakuan Saya’. Ia memberi gambaran tentang persepsi individu terhadap

perlakuannya dan bagaimana dirinya berfungsi.

Kendiri Tingkah Laku

Min Skor Skor Keterangan

Skor di atas min di bawah min

115 Identiti kendiri Identiti kendiri o berkaitan dengan pernyataan

tinggi rendah “Inilah kelakuan saya”

o beri gambaran tentang persepsi

diri terhadap perlakuan sendiri

Kendiri fizikal

Skor min untuk subskala ini ialah 73. Skor di atas min bererti kendiri fizikal

individu adalah tinggi. Skor di bawah min bererti kendiri fizikal individu adalah rendah.

Berkaitan dengan pandangan individu tentang keadaaan tubuh badannya, keadaan

kesihatan, wajah, perawakan fizikal, seksualiti, serta kemahiran-kemahiran yang

dimilikinya.

Kendiri Fizikal

Min Skor Skor Keterangan

Skor di atas min di bawah min

73 Kendiri fizikal Kendiri fizikal rendah o berkaitan dengan pandangan

tinggi individu tentang penampilan

fizikal

39
Kendiri Moral dan Etika

Skor min untuk subskala ini ialah 71. Skor di atas min bererti kendiri moral dan

etika individu adalah tinggi. Skor di bawah min bererti kendiri moral dan etika individu

adalah rendah. Konsep kendiri berkaitan gambaran individu dari sudut moral dan susila.

Ia menyentuh soal harga diri, perhubungan dengan Tuhan, perasaan sebagai orang baik

atau jahat dan rasa puas hati atau sebaliknya terhadap penglibatannya dalam agama yang

dianutinya.

Kendiri Moral dan Etika

Min Skor Skor Keterangan

Skor di atas min di bawah min

71 Kendiri moral Kendiri moral dan o berkaitan dengan gambaran

dan etika tinggi etika rendah individu dari sudut moral dan

etika

o menyentuh soal harga diri,

perhubungan dnegan Tuhan,

perasaan sebagai orang baik/jahat,

puas hati/tidak puas hati terhadap

penglibatan dalam agama

Kendiri Peribadi

Skor min untuk subskala ini ialah 65. Skor di atas min bererti kendiri peribadi

individu adalah tinggi. Skor di bawah min bererti kendiri peribadi individu adalah

rendah. Ia mencerminkan nilai yang dirasai individu iaitu perasaan dan penilaiannya

40
terhadap personaliti diri yang berkaitan dengan tubuh badan atau hubungannya dengan

orang lain.

Kendiri Peribadi

Min Skor Skor Keterangan

Skor di atas min di bawah min

65 Kendiri peribadi Kendiri peribadi o mencerminkan perasaan dan

tinggi rendah penilaian terhadap personaliti diri

Kendiri Keluarga

Skor min untuk subskala ini ialah 71. Skor di atas min bererti kendiri keluarga

individu adalah tinggi. Skor di bawah min bererti kendiri keluarga individu adalah

rendah. Bahagian konsep kendiri yang berkaitan dengan perasaan dan persepsi individu

terhadap kepentingan diri dalam keluarga.

Kendiri Keluarga

Min Skor Skor Keterangan

Skor di atas min di bawah min

71 Kendiri keluarga Kendiri keluarga o berkaitan dengan perasaan dan

tinggi rendah persepsi terhadap kepentingan diri

dalan keluarga

41
Kendiri Sosial

Skor min untuk subskala ini ilah 68. Skor di atas min menunjukkan kendiri sosial

individu adalah tinggi. Skor di bawah min menunjukkan kendiri sosial individu adalah

rendah. Bahagian konsep kendiri yang memberi gambaran dan pandangan individu

menyentuh aspek hubungannya dengan orang lain. Berkaitan dengan penerimaan,

kepentingan dan fungsi individu dalam masyarakat.

Kendiri Sosial

Min Skor Skor Keterangan

Skor di atas min di bawah min

68 Kendiri sosial Kendiri sosial rendah o berkaitan dengan gambaran

tinggi individu tentang hubungannya

dengan orang lain seperti

penerimaan, kepentingan dan

fungsi dalam masyarakat.

Variabiliti

Jumlah keseluruhan V

Skor jumlah V menggambarkan keseimbangan konsep kendiri antara satu bahagian dengan

bahagian yang lain. Skor min ialah 48. Menggambarkan keseimbangan konsep kendiri antara

satu bahagian ke bahagian yang lain. Skor di bawah min menggambarkan bahawa 8 komponen

yang membentuk konsep kendiri adalah seimbang. Skor di atas min menggambarkan bahawa 8

komponen yang membentuk konsep kendiri adalah tidak seimbang.

Variabiliti

42
Min Skor Skor Keterangan

Skor di atas min di bawah min

48 Konsep kendiri Konsep kendiri o menggambarkan keseimbangan

tidak seimbang seimbang konsep kendiri

Jumlah Lajur V

Variasi antara lajur. Skor tinggi menunjukkan wujudnya kepelbagaian skor yang berkaitan

kendiri fizikal, moral dan etika, personal, keluarga, dan sosial. Skor rendah menunjukkan kendiri

fizikal, moral dan etika, personal, keluarga, dan sosial individu berada dalam keadaan seimbang

antara satu sama lain.

Jumlah Lajur Variasi

Skor Skor Keterangan

Tinggi rendah

Ada kepelbagaian skor Kendiri fizikal, moral dan o variasi antara lajur

berkaitan kendiri fizikal, moral etika, personal, keluarga dan

dan etika, personal, keluarga sosial individu berada dalam

dan sosial keadaan seimbang

Jumlah Baris V

Variasi merentas baris. Skor tinggi bererti wujud kepelbagaian berkaitan identiti kendiri,

kepuasan kendiri dan tingkah laku kendiri. Skor rendah bererti wujud keseimbangan antara

identiti kendiri, kepuasan kendiri dan tingkah laku kendiri.

Jumlah Baris Variasi

Skor Skor Keterangan

43
Tinggi rendah

Ada kepelbagaian skor Kendiri fizikal, moral dan o variasi antara lajur

berkaitan identiti kendiri, etika, personal, keluarga dan

kepuasan kendiri dan tingksh sosial individu berada dalam

laku kendiri. keadaan seimbang

Sebaran D

Skor min ialah 120. Ianya berkaitan kesahan dan kebolehpercayaan ujian TSCS. Skor di atas

min menerangkan individu sangat pasti tentang pandangannya terhadap dirinya sendiri. Profil

sah dan boleh dipercayai. Skor di bawah min pula merangkan bahawa individu kurang atau tidak

pasti tentang pandangannya terhadap diri sendiri. Profil tidah sah dan tidak boleh dipercayai.

Sebaran D

Skor min Skor Skor

Di atas min Di bawah min

120 Sangat pasti tentnag Kurang atau tidak pasti dengan

pandangannya terhadap diri pandangan terhadap diri sendiri.

sendiri. Profil tidak sah dan tidak boleh

Profil sah dan boleh dipercayai dipercayai.

44
Keputusan Ujian

Keempat-empat alat ukuran ini telah diambil oleh Zuraini binti Yahaya dan berikut

adalah keputusan ujian beliau:

I-Keputusan Inventori Personaliti Eysenck Junior (JEPI)

E- Ekstroversi = 10

N- Neurotisme = 8

L- Penipuan = 3

Kuadran III – Personaliti Phlegmatik

Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri introvert-stabil. Antara ciri-ciri

utama termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti pasif, berhati-hati, bertimbang

rasa, tenang, terkawal, jujur, boleh diharapkan dan tenteram.

Perbincangan Profil JEPI

Keputusan ujian JEPI menunjukkan bahawa Zuraini berada di Kuadran Phlegmatik iaitu

kuadran III dengan ciri-ciri introvert-stabil. Introvert-stabil walaupun mempunyai ciri

pasif, ia memberikan kelebihan kepada Zuraini dengan kehadiran ciri-ciri positif yang

lain seperti tenang, bertimbang rasa, jujur dan boleh diharapkan. Jika dirujuk kepada

Panduan Pentafsiran JEPI, tahap neurotisme Zuraini tidaklah tinggi sehingga memerlukan

beliau menjalani kaunseling individu. Skala Penipuan Zuraini ialah tiga (3) yang

menunjukkan bahawa profil beliau jujur semasa menjawab, oleh itu profilnya sah dan boleh

dipercayai. Ujian ini telah menyedarkan Zuraini bahawa ciri-ciri tersebut telah lama berada di

dalam dirinya. Zuraini kini sedar mengapa selama ini dia sering menolak jika dilantik

sebagai ketua, takut untuk bercakap di khalayak ramai, tidak selesa menjadi tumpuan dan

45
selalu membiarkan orang lain lebih ke hadapan. Namun, di sebalik beberapa perlakuan

tersebut, Zuraini adalah seorang individu yang mempunayai ketahanan yang kuat. Beliau

boleh bekerja dalam suasana yang stres, dan dapat menyelesaikan tugas-tugas yang sukar

kerana beliau memiliki kesabaran yang tinggi. Oleh kerana beliau saya bersyukur dengan

ketenangan yang ada dalam diri saya kerana ia banyak membantu saya menyelesaikan

tugas walaupun dalam keadaan yang stres. Bagi memajukan lagi diri saya, saya

mengharapkan agar saya dapat menjadi personaliti sanguin yang lebih peramah,

responsif, bijak berkomunikasi dan ekstrovert.

Semakin jelas sifat-sifat

psikotik
PSIKOTIK 36

24 Neurotik tahap tinggi


NEUROTIK

18

12 Neurotik tahap rendah

NORMAL

Panduan menentukan tahap psikologi individu

46
II-Keputusan Ujian IPS

Agresif = 30%

Skor yang rendah menunjukkan bahawa Zuraini adalah seorang yang pasif. Dalam

kebanyakan hal individu membenarkan orang memanipulasi diri dan perasaannya.

Analitikal =40%

Skor yang sederhana menunjukkan bahawa Zuraini mempunyai ciri analitikal

sederhana. Minat Zuraini untuk menganalisis adalah pada tahap sederhana.

Autonomi=60%

Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri autonomi Zuraini adalah pada tahap sederhana.

Bersandar=90%

Skor tinggi Bersandar menunjukkan bahawa Zuraini suka bergantung kepada orang

lain. Dalam membuat sesuatu keputusan, Zuraini selalunya mengharapkan pendapat

dan nasihat daripada orang lain terutama individu yang mempunyai autoriti.

Ekstrovert=70%

Skor tinggi menunjukkan Zuraini adalah seorang yang sosial. Zuraini suka

berinteraksi dan dikelilingi oleh orang ramai di samping merasa tidak selesa duduk

bersendirian.

47
Intelektual= 20%

Skor rendah menunjukkan Zuraini tidak berasa selesa dengan perkara-perkara yang

bersifat teoretikal. Individu lebih berminat dan selesa dengan kerja-kerja yang

berstruktur, praktikal dan pragmatik. Kerja yang dipilih selalunya adalah kerja-kerja

berkemahiran.

Introvert=40%

Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri sosial individu adalah pada tahap sederhana

iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

Kepelbagaian=70%

Skor tinggi menunjukkan Zuraini dapat menghayati situasi-situasi yang dapat

memberikannya peluang untuk pengalaman-pengalaman baru. Zuraini suka kepada

perubahan dan selalunya suka mencuba sesuatu yang baru. Zuraini adalah seorang

yang ’adventures’.

Ketahanan=80%

Skor tinggi menunjukkan Zuraini adalah seorang yang mempunyai ketahanan dari

segi fizikal, mental dan emosi. Beliau akan menghabiskan semua tugas-tugas yang

telah dimulakan dan tidak akan berhenti separuh jalan. Beliau sangat bermotivasi

dalam melakukan sesuatu.

Kritik-diri=50%

48
Skor 50% membawa maksud Zuraini adalah seorang individu yang paling stabil dari
segi emosi dan psikologinya.

Mengawal=30%

Skor rendah menunjukkan individu lebih selesa dipimpin daripada memimpin.

Menolong=90%

Skor tinggi menunjukkan Zuraini adalah individu yang mempunyai keinginan untuk

mencurahkan simpati, kasih sayang, memberi bantuan serta membuat kebaikan dan

kebajikan kepada orang lain.

Sokongan=70%

Skor tinggi menunjukkan Zuraini mempunyai keinginan untuk dikasihi, difahami dan

mendapat simpati. Skor tinggi ini jika berkomunikasi dengan skor rendah untuk tret

personaliti.

Struktur=80%

Skor tinggi menunjukkan Zuraini adalah seorang yang suka kepada perkara-perkara

berstruktur, rutin dan terperinci. Zuraini lebih gemarkan kepada aktiviti dan kerja-

kerja yang memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulang-ulang.

Pencapaian=60%

Skor sederhana menunjukkan motivasi Zuraini berada pada tahap sederhana.

49
Kejujuran=10%

Skor kurang daripada 50% menunjukkan Zuraini cenderung untuk bersikap jujur

dalam memberi jawapan dan dengan itu profil yang diperoleh adalah boleh

dipercayai. Selain itu, Zuraini yang memperoleh skor dalam lingkungan ini dianggap

mempunyai tret personaliti kejujuran yang tinggi.

Perbincangan Profil IPS

Secara keseluruhannya Zuraini adalah seorang individu yang stabil dari segi emosi.

Walaupun beliau didapati pasif dan sangat bergantung kepada orang lain. Zuraini

mungkin berasa selesa dengan dirinya sekarang, namun beliau perlu belajar untuk

menjadi asertif kerana ia akan meningkatkan lagi locus of control dirinya. Menjadi

seorang yang asertif penting kerana Zuraini tidak boleh membiarkan dirinya mudah

dimanipulasi oleh orang lain yang tahu tentang kelemahan dirinya. Dalam keadaan

tertentu, beliau perlu menjadi lebih tegas dan berani menyatakan pendapat dan

pandanganan. Sebagai contoh, Zuraini mempunyai semangat menolong dan ekstrovert

yang tinggi. Sekiranya beliau bersikap pasif, beliau tidak akan dapat menyalurkan rasa

simpati dan menolong beliau terhadap individu yang sepatutnya. Bagi menjadi individu

yang proaktif, Zuraini perlu belajar menjadi individu yang bebas, tidak bersandar dan

asertif. Beliau akan mendapat manfaat yang banyak dengan menyertai mana-mana

kaunseling kelompok yang sesuai.

III-Keputusan Ujian IPW

50
Alat ukuran IPW mempunyai empat skala iaitu yang mewakili personaliti warna Emas,

Hijau, Biru dan Jingga. Keputusan ujian IPW Zuraini menunjukkan yang beliau adalah

seorang yang berpersonaliti emas dengan jumlah skor 25. Ini diikuti oleh Biru dengan

skor sebanyak 19, Hijau dengan skor 11 dan jingga dengan skor 10.

Personaliti Emas

Ciri-ciri umum

Bersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, praktikal, waras fikiran,

boleh dipercayai, setia, tradisional, konservatif, hidup bersistem dan berperaturan dan

menaruh perhatian. Kata kunci utama ialah Peraturan dan Saya bertanggungjawab.

Ciri-ciri Diri saya

• Saya perlu mengikut peraturan dan menghormati pihak berkuasa

• Sangat bertanggungjawab

• Saya taat, boleh diharap dan sentiasa bersedia

• Saya tahu apa yang baik dan buruk dalam kehidupan

• Saya seroang peneliti dan bersifat wajar

• Saya menghormati masa

• Mahu dianggap sebagai seorang yang berguna

• Selain setia, saya juga stabil, ada peraturan dan sistematik

• Saya menghargai hidup berkeluarga, tradisi dan rumah tangga

• Selalu mengambil tahu tentang sesuatu

• Memberi perhatian, bersifat konkrit

• Bersifat keibubapaan

51
Secara semula jadi saya suka mengekalkan atau memelihara sesuatu adat resam

Saya adalah seorang yang suka menolong

Ciri-ciri saya di tempat kerja

• Saya menjaga kestabilan dan menyususn atur atau mengorganisasikan tempat

kerja

• Berkebolehan untuk mengendalikan urusan yang perlu perincian

• Sanggup bekerja keras membuat saya selalu dianggap sebagai tulang belakang

organisasi

• Saya percaya bahawa kita mesti bekerja dahulu barulah bermain, walaupun

terpaksa bekerja lebih masa untuk menyelesaikan kerja itu.

• Kerja mengikut peraturan, bekerjasama dan mengikut kebiasaan.

Ciri-ciri saya semasa kanak-kanak

• Saya sentiasa mahu mengikut undang-undang dan peraturan sekolah

• Saya memahami dan menghormati pihak berkuasa

• Saya rasa selesa dengan rutin pelajaran

• Saya rasa dapat menyesuaikan diri dengan mudah dalam sistem sekolah

Perbincangan profil IPW

52
Personaliti emas menggambarkan Zuraini sebagai seorang individu yang bersikap

keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, praktikal, waras fikiran, boleh

dipercayai, setia, tradisional, konservatif, hidup bersistem dan berperaturan dan menaruh

perhatian. Kata kunci utama ialah Peraturan dan Saya bertanggungjawab.

Dari sudut pandangan peribadi, Zuraini berasa yang dia bertanggungjawab untuk

mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebagai contoh, dia rasa

bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang jalan raya, peraturan majikan, etika

kerja dan ajaran agama. Dalam situasi yang lain, salah satu sikap Zuraini ialah dia tidak

suka membuang sampah merata-rata walaupun sampah itu kecil. Beliau sanggup

menyimpan sampah itu sehingga beliau menemui tong sampah. Perasaan tanggungjawab

itu membentuk dirinya untuk menjadi individu yang taat, boleh diharap dan sentiasa

berfikir panjang dalam membuat sesuatu terutama dari segi kesan baik dan buruk.

Sebagai seorang penjawat awam yang dilatih untuk bekerja di bawah arahan ketua dan

dalam suasana yang tertekan, Zuraini tidak suka membazir masa atau menunggu masa.

Beliau akan menyiapkan segala tugasan tepat pada waktunya walau sesukar mana pun

tugasan itu. Sungguhpun demikian, Zuraini adalah seorang wanita yang mementingkan

hubungan kekeluargaan dan berusaha sedaya upaya menjalankan peranannya sebagai

isteri dan ibu di rumah.

Menyusuri zaman kanak-kanak, Zuraini seorang pengawas perpustakaan tidak ada

masalah dengan peraturan sekolah. Beliau suka bersekolah dan boleh dikatakan antara

pelajar yang cemerlang di sekolah. Hubungannya dengan guru-guru baik dan masih baik

53
sehingga ke hari ini. Bagi Zuraini, sekolah dan gurulah yang telah banyak membentuk

dirinya menjadi individu pada hari ini.

IV-Keputusan Ujian TSCS

Perbincangan Profil TSCS:

Hasil inventori TSCS yang dilaksanakan oleh Zuraini didapati bahawa:

Kritikan Diri Zuraini adalah

. Skor di bawah min menggambarkan individu stabil dari segi psikologi. Bahagian ini

memberi gambaran sejauhmana individu menerangkan kelemahan atau kekurangan diri

berasaskan kenyataan-kenyataan yang biasanya diakui oleh individu.

Jumlah skor keseluruhan Zuraini adalah

Menjelaskan konsep kendiri individu secara keseluruhan tanpa melihat

komponen-komponen yang membentuk konsep kendiri. Skor rendah bermaksud konsep

kendiri individu secara keseluruhannya adalah rendah.

Identiti kendiri Zuraini adalah

Skor min untuk subskala ini ilah 127. Skor di bawah min bererti identiti kendiri

individu adalah rendah. Ia adalah sebahagian konsep kendiri yang berkaitan dengan hal-

hal atau pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan ‘Siapa Aku’. Memberi gambaran

tentang identiti diri individu atau bagaimana individu melihat dirinya.

54
Kepuasan kendiri Zuraini adalah sebanyak

Skor min untuk subskala ini ialah 104. Skor di bawah min bererti kepuasan

kendiri individu adalah rendah. Ia adalah berkaitan dengan bagaimana perasaan individu

terhadap dirinya sendiri. Mencerminkan tahap penerimaan individu terhadap dirinya dan

setakat mana individu berpuas hati dengan dirinya.

Kendiri tingkah laku Zuraini adalah

Skor min tuntuk subskala ini ialah 115. Skor di bawah min bererti tingkah laku

kendiri individu adalah rendah. Ia adalah berkaitan dengan pernyataan-pernyataan yang

menerangkan ’Inilah Kelakuan Saya’. Ia memberi gambaran tentang persepsi individu

terhadap perlakuannya dan bagaimana dirinay berfungsi.

Kendiri fizikal Zuraini adalah

Skor min untuk subskala ini ialah 73. Skor di bawah min bererti kendiri fizikal

individu adalah rendah. Berkaitan dengan pandangan individu tentang keadaaan tubuh

badannya, keadaan kesihatan, wajah, perawakan fizikal, seksualiti, serta kemahiran-

kemahiran yang dimilikinya.

Kendiri Moral dan Etika adalah

Skor min untuk subskala ini ialah 71. Skor di bawah min bererti kendiri moral

dan etika individu adalah rendah. Konsep kendiri berkaitan gambaran individu dari sudut

55
moral dan susila. Ia menyentuh soal harga diri, perhubungan dengan Tuhan, perasaan

sebagai orang baik atau jahat dan rasa puas hati atau sebaliknya terhadap penglibatannya

dalam agama yang dianutinya.

Kendiri Peribadi adalah

Skor min untuk subskala ini ialah 65. Skor di bawah min bererti kendiri peribadi

individu adalah rendah. Ia mencerminkan nilai yang dirasai individu iaitu perasaan dan

penilaiannya terhadap personaliti diri yang berkaitan dengan tubuh badan atau

hubungannya dengan orang lain.

Kendiri Keluarga adalah di

Skor min untuk subskala ini ialah 71. Skor di bawah min bererti kendiri keluarga

individu adalah rendah. Bahagian konsep kendiri yang berkaitan dengan perasaan dan

persepsi individu terhadap kepentingan diri dalam keluarga.

Kendiri Sosial adalah

Skor min untuk subskala ini ialah 68. Skor di bawah min menunjukkan kendiri

sosial individu adalah rendah. Bahagian konsep kendiri yang memberi gambaran dan

pandangan individu menyentuh aspek hubungannya dengan orang lain. Berkaitan dengan

penerimaan, kepentingan dan fungsi individu dalam masyarakat.

56
Variabiliti adalah

Jumlah keseluruhan V

Skor jumlah V menggambarkan keseimbangan konsep kendiri antara satu bahagian

dengan bahagian yang lain. Skor min ialah 48. Menggambarkan keseimbangan konsep

kendiri antara satu bahagian ke bahagian yang lain. Skor di bawah min menggambarkan

bahawa 8 komponen yang membentuk konsep kendiri adalah seimbang.

Jumlah Lajur V adalah

Variasi antara lajur. Skor rendah menunjukkan kendiri fizikal, moral dan etika, personal,

keluarga, dan sosial individu berada dalam keadaan seimbang antara satu sama lain.

Jumlah Baris V adalah

Variasi merentas baris. Skor rendah bererti wujud keseimbangan antara identiti kendiri,

kepuasan kendiri dan tingkah laku kendiri.

Sebaran D sebanyak

Skor min ialah 120. Ianya berkaitan kesahan dan kebolehpercayaan ujian TSCS. Profil

sah dan boleh dipercayai. Skor di bawah min pula menerangkan bahawa individu kurang

atau tidak pasti tentang pandangannya terhadap diri sendiri.

Secara keseluruhannya, adalah di bawah 50 percentil yang menunjukkan Zuraini

mempunyai tahap konsep kendiri yang rendah dan perlu diberikan sesi kaunseling untuk

meningkatkan konsep kendiri beliau.

57
Perbandingan Profil Personaliti

Komen dan Cadangan

Semakin hari semakin ramai majikan yang bergantung kepada alat ukuran personality

untuk mengukur pencapaian pekerja mereka. Sejauh manakah alat ukuran ini boleh

dipercayai dalam menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang pekerja? Baru-baru ini,

pengkaji mengatakan bahawa ujian personality memnag dapat memberikan celik akal

kepada seseorang, tetapi hakikatnya ia mempunyai hubungan yang sangat kecil dengan

prestasi persembahan seseorang dalam kerjaya.

Frederick P. Morgeson, seorang pengkaji dan professor dari Michigan State University

dalam kajian beliau bersama Pennsylvania State University, Purdue University dan

University of Central Florida berkata bahawa ujian personality bukanlah suatu alat yang

reliable untuk menentukan kejayaan sesebuah pekerjaan.

Hasil kajian ini menujukkan bahawa pemohon sebaliknya perlu ditemuduga secara

mendalam yang menggalakkan mereka untuk meletakkan kepercayaan terhadap

penemuduga dan berupaya membuat pendedahan kendiri tentang tret-tret positif atau

negative yang berkaitan dengan pekerjaan yang dipohon.

58
Alat ujian memang terdedah kepada limitasi tertentu penipuan jawapan di pihak calon

yang mengambil ujian tersebut. Sebagai individu yang terdesak untuk mendapat

pekerjaan, mereka akan berbuat apa sahaja asalkan mereka diterima bekerja. Antaranya

ialah dengan menipu dalam ujian personality. Di samping itu, pilihan jawapan juga sukar

untuk dibuat. Sebagai contoh, banyak alat ujian menggunakan jawapan Ya/Tidak seperti

Pernahkah anda mencuri? Bagaimanakah sepatutnya jawapan yang diberi oleh calon?

Calon mungkin pernah mencuri gula-gula semasa kecil dahulu, atau mungkin pernah

mencuri RM5000 daripada majikan terdahulu. Masalahnya ialah kedua-dua jawapan Ya

akan memberikan makna dan berat yang sama tanpa membezakan keadaan atau situasi

sebenar perbuatan mencuri itu dilakukan.

The universities that participated in this research include Michigan State University,.

Their research study has been published in Personnel Psychology.

Source:

http://www.newswise.com/p/articles/view/536085/

Penutup

Lampiran

Rujukan

59
Hall, C. S., & Lindzey, G. (1957). Theories of personality. New York, NY: John Wiley &

Sons.

Mayer, J. D. (2005). A classification of DSM-IV-TR mental disorders according to their

relation to the personality system. In J. C. Thomas & D. L. Segal (Eds.), Comprehensive

handbook of personality and psychopathology (CHOPP) Vol. 1: Personality and

everyday functioning. New York, NY: John Wiley & Sons.

Warren, H. C., & Carmichael, L., Elements of human psychology (Rev. Ed.; Boston, MA:

Houghton Mifflin, 1930), p. 333/Cited in Allport, Pattern & growth in personality

(1937/1961, p.36).

Kronheim, S., Ph.D, Jones, G., Ph.D, Munshell, C., Ph.D. (2007). Module 2: Clinical

Assessment and Evaluation. Retrieved December 11, 2007, from UMUC.

Trull, T. (2005). Clinical Psychology, 7th Edition. Belmont, CA. Thomson Wadsworth.

http://www.associatedcontent.com/article/478711/the_advantages_and_disadvantages_of.

html?page=3&cat=72

Knowing who we are can help guide us and our thinking.

Knowing oneself – developing a personal identity – is a key question for many people.

60
Knowing others is important both to getting along and choosing good partners, and also

to understanding how others are the same and different from oneself.

Making good decisions can lead to adaptive change and personal well being.

61