Oleh:
Hj. Ahmad bin Hj. Awang
Institut Dakwah Dan Latihan Islam, BAHEIS
Pendahuluan:
Tidak ada siapa yang akan mempertikaikan jika ada yang mengatakan bahawa setiap
orang mahu bekerja atau mendapatkan pekerjaan untuk menjamin kehidupannya.
Kalau kita ambil contoh dari golongan belia, baik yang berpelajaran menengath atau
tinggi sama ada mereka yang gagal dan tidak pernah bersekolah langsung,
semuanya bercita-cita untuk mendapat pekerjaan atau boleh bekerja bagi
menampung keperluan hidupnya sendiri atau keluarganya.
Adakah bekerja itu boleh dipandang sebagai suatu kewajipan atau tanggungjawab
yang mempunyai tujuan yang lebih luas? Tetapi apakah yang bekerja itu hanya
sekadar untuk menampung dan menjamin kehidupan di dunia ini. Soalan ini perlulah
kita jawab dengan memahami konsep kerja menurut pandangan Islam.
Pengertian Kerja:
Kerja atau amal menurut Islam dapat diertikan dengan makna yang umum dan
makna yang khusus. Amal dengan makna umum ialah melakukan atau meninggalkan
apa jua perbuatan yang disuruh atau dilarang oleh agama yang meliputi perbuatan
baik atau jahat. Perbuatan baik dinamakan amal soleh dan perbuatan jahat
dinamakan maksiat.
Adapun kerja atau amal dengan maknanya yang khusus iaitu melakukan pekerjaan
atau usaha yang menjadi salah satu unsur terpenting dan titik tolak bagi proses
kegiatan ekonomi seluruhnya. Kerja dalam makna yang khusus menurut Islam
terbahagi kepada:
"Tidaklah ada makanan seseorang itu yang lebih baik daripada apa yang dimakannya
dari hasil usaha tangannya sendiri". (Riwayat al-Bukhari)
Selain daripada itu para sahabat menggunakan perkataan pekerja (amil) untuk
jawatan orang yang ditugaskan menjadi petugas pemerintahan umpamanva kadi,
gabenor dan sebagainya. Oleh yang demikian segala kerja dan usaha yang
dibolehkan oleh syarak baik yang bersifat kebendaan atau abstrak atau gabungan
dan kedua-duanya adalah dianggap oleh Islam sebaga "kerja". Segala kerja yang
bermanfaat Islam dan yang sekecil-kecilnya seperti menyapu longkang hingga
kepada yang sebesar-besarnya seperti menjadi menteri atau kepala negara adalah
merupakan kerja atau amal sekalipun ianya berlainan peringkat dan kelayakan yang
diperlukan untuknya. Berdasarkan konsep ini maka menurut pandangan Islam,
masyarakat seluruhnya dan semua peringkat adalah pekerja.
Oleh yang demikian konsep kerja seperti ini membawa implikasi sosial yang penting,
antaranya:
1. Bahawa asal manusia adalah sama sebagai manusia dan pekerja yang mempunyai
kemuliaan dan kehormatan sekalipun perbezaan itu tidaklah merupakan
keistimewaan satu pihak terhadap yang lain.
2. Para pekerja bukanlah hanya satu kelompok dari masyarakat, bahkan mereka
adalah semua anggota masyarakat. Jadi mengikut konsep Islam bahawa masyarakat
itu adalah tersusun atau terbentuk dari kerjasama antara sesama para pekerja di
dalamnya, bukan terdiri dari kumpulan para pekerja dan para majikan seperti yang
difahami menurut sistem ekonomi komunis atau kapitalis.
Islam menjadikan kerja sebagai tuntutan fardu atas semua umatnya selaras dengan
dasar persamaan yang diisytiharkan oleh Islam bagi menghapuskan sistem yang
membeza-bezakan manusia mengikut darjat atau kasta dan warna kulit. Firman
Allah yang bermaksud:
"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan
perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supava
kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi
Allah ialah orang yang taqwa." (al-Hujurat: 13)
Dengan menggunakan segala unsur-unsur perbezaan darjat atau warna kulit itu
maka jadilah kerja menurut Islam suatu tuntutan kewajipan yang menyeluruh atas
setiap orang yang mampu bekerja untuk mencapai kebahagiaan individu dan juga
masyarakat. Jadi tidaklah kerja itu hanya khusus untuk golongan hamba abdi seperti
sebelumnya.
"Dan katakanlah wahai Muhammad, beramallah kamu akan segala apa yang
diperintahkan, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan
melihat apa yang kamu kerjakan." (al-Taubah: 105)
Islam juga meningkatkan tuntutan kerja itu hingga ke tahap kewajipan agama. Oleh
itu tahap iman sentiasa dikaitkan oleh al-Quran dengan amal soleh atau perbuatan
baik. Ini bererti Islam itu adalah akidah yang mesti diamalkan dan amalan yang
mesti berakidah secara tidak terpisah. Seperti firman Allah bermaksud:
"Demi masa, sesungguhnya sekalian manusia dalam kerugian kecuali mereka yang
beriman dan beramal soleh". (al-Asr: 1-3)
Islam menjadikan kerja sebagai sumber nilai insan dan ukuran yang tanggungjawab
berbeza. Firman Allah bermaksud:
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang itu melainkan balasan
apa yang diusahakan". (al-Najm: 39)
Firman-Nya lagi bermaksud:
"Dan bagi tiap-tiap seseorang beberapa darjat tingkatan balasan disebabkan amal
yang mereka kerjakan dan ingatlah Tuhan itu tidak lalai dari apa yang mereka
lakukan". (al-An'am: 132)
Kerja sebagai sumber nilai manusia bererti manusia itu sendiri menentukan nilai atau
harga ke atas sesuatu perkara itu. Sesuatu perkara itu pada zatnya tidak ada apa-
apa nilai kecuali kerana nisbahnya kepada apa yang dikerjakan oleh manusia bagi
menghasil, membuat, mengedar atau menggunakannya. Kerja juga merupakan
sumber yang objektif bagi penilai prestasi manusia berasaskan segi kelayakan. Oleh
yang demikian Islam menentukan ukuran dan syarat-syarat kelayakan dan juga
syarat-syarat kegiatan bagi menentukan suatu pekerjaan atau jawatan itu supaya
dapat dinilai prestasi kerja seseorang itu. Dengan cara ini, Islam dapat
menyingkirkan perasaan pilih kasih dalam menilai prestasi seseorang sama ada segi
sosial, ekonomi dan politik.
Islam mewajibkan setiap umatnya bekerja untuk mencari rezeki dan pendapatan
bagi menyara hidupnya. Islam memberi berbagai-bagai kemudahan hidup dan jalan-
jalan mendapatkan rezeki di bumi Allah yang penuh dengan segala nikmat ini.
Firman-Nya bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan
Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan." (al-A'raf:
168)
"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah di
merata-rata ceruk rantaunnya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah
dan kepada-Nya jualah dibangkitkan hidup semula." (al-Mulk: 15)
Islam memerintahkan umatnya mencari rezeki yang halal kerana pekerjaan itu
adalah bagi memelihara maruah dan kehormatan manusia. Firman Allah bermaksud:
"Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di muka bumi yang halal lagi
baik". (al-Baqarah: 168)
Islam mewajibkan kerja untuk tujuan mendapatkan mata pencarian hidup dan secara
langsung mendorongkan kepada kemajuan sosioekonomi. Islam mengambil
perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap kemajuan umat kerana itu ia sangat
menekankan kemajuan di peringkat masyarakat dengan menggalakkan berbagai
kegiatan ekonomi sama ada di sekitar pertanian, perusahaan dan perniagaan. Dalam
hadis Rasulullah (s.a.w) sangat ketara dorongan ke arah kemajuan ekonomi di
sektor tersebut, sebagai contoh:
1. Di bidang Pertanian
"Tidaklah seseorang mukmin itu menyemai akan semaian atau menanam tanaman
lalu dimakan oleh burung atau manusia melainkan ianya adalah menjadi sedekah".
2. Di bidang Perusahaan
"Sebaik usaha ialah usaha seorang pengusaha apabila ia bersifat jujur dan nasihat-
menasihati.
3. Di bidang Perniagaan
Rasulullah (s.a.w) pernah meletakkan para peniaga yang jujur dan amanah kepada
kedudukan yang sejajar dengan para wali, orang-orang yang benar, para syuhada'
dan orang-orang soleh dengan sabda bermaksud:
"Peniaga yang jujur adalah bersama para wali, orang-orang siddiqin, para syuhada'
dan orang-orang soleh".
Baginda juga menyatakan bahawa sembilan persepuluh daripada rezeki itu adalah
pada perniagaan.
Islam menuntut umatnya bekerja secara yang disyariatkan atau dibenarkan menurut
syarak bagi menjamin kebaikan bersama dengan mengelakkan dari meminta-minta
dan sebaliknya hendaklah berdikari. Islam sentiasa memandang berat dan menyeru
umatnya untuk bekerja dan berusaha mencari rezeki melalui dua pendekatan
berikut:
Berdasarkan kepada banyak hadis mengenai perkara ini, para ulama membuat
kesimpulan bahawa larangan meminta-minta itu bukanlah sekadar perintah bersifat
akhlak sahaja bahkan orang yang menjadikan kerja meminta-minta itu sebagai
"profesion", hendaklah dikenakan hukuman yang berpatutan.
Kesimpulan:
1. Kerja menurut konsep Islam adalah segala yang dilakukan oleh manusia yang
meliputi kerja untuk dunia dan kerja untuk akhirat.
2. Kerja untuk kehidupan dunia sama ada yang bercorak aqli/mental (white
collar job) atau bercorak jasmani (blue collar job) adalah dipandang sama
penting dan mulia di sisi Islam asal sahaja dibolehkan oleh syarak.
3. Islam mewajibkan kerja ke atas seluruh umatnya tanpa mengira darjat,
keturunan atau warna kulit, kerana seluruh umat manusia adalah sama di sisi
Allah, melainkan kerana taqwanya.
4. Masyarakat Islam adalah sama-sama bertanggungjawab dan bekerjasama
melalui kerja masing-masing. Berdasarkan kebolehan dan kelayakan serta
kelayakan bidang masing-masing kerana segala kerja mereka adalah
bersumberkan iman dan bertujuan melaksanakan amal soleh.
5. Kerja adalah asas penilaian manusia dan tanggungjawab yang diberikan
kepadanya sebagai khalifah Allah dan hamba-Nya untuk memakmurkan bumi
ini dan sekaligus pula beribadat kepada Allah, Tuhan Pencipta alam.
6. Kerja merupakan cara yang tabi'i untuk manusia mencari nafkah bagi
menyara hidup dan keluarga melalui berbagai sektor pekerjaan dan
perusahaan yang sedia terbuka peluangnya dengan persediaan dan
kemudahan alam yang Allah sediakan di atas muka bumi ini.
7. Islam melarang/menolak pengangguran kerana ia akan mendedahkan kepada
kelemahan dan kefakiran dan jatuhnya maruah diri/ummah, kerana Islam
menghendaki setiap umatnya bermaruah dan berdikari, tidak meminta-minta
dan berharap kepada bantuan dan belas kasihan orang lain, bahkan
sebaliknya hendaklah menjadi umat yang kuat dan mampu membela mereka
yang lemah dan tertindas agar seluruh manusia menikmati keadilan dan
rahmat yang dibawa oleh Islam sebagai agama atau "ad-Din" yang tertinggi
dan mengatasi seluruh kepercayaan dan ideologi manusia. Firman Allah S.W.T
bermaksud: "Dialah Allah yang mengutuskan Rasul-Nya (Muhammad) dengan
membawa petunjuk dan agama yang benar (Islam) supaya ia meninggikan
atas segala agama yang lain, walaupun orang musyrik membencinya".
14
Abdurrahmat, Organisasi dan Manajemen Sumber Daya Manusia, PT. Rineka Cipta,
Jakarta, 2006, hal. 158.
15
Yusuf Qardhawi, Norma dan Etika Ekonomi Islam, Gema Insani Pers, Jakarta, 1997, hal.
109.
16
Thaha Jabir, Bisnis Islam, AK Group, Yogyakarta, 2005, hal. 129.
17
Yusuf Qardhawi, Op. Cit., hal. 233.
نبا رمع ىضر للها امهنع الق :لاق لوسر للها ىّلص للها ويلع ملسو
نعو
جّهرّّ قّبّلّ أّنّ يّجّفّ عّ وّقرّّ (هاور نبا وجام)
((أّ اوّطعّ ل ّ اّي ّجّرّ أّ
Artinya : “Ibnu Umar ra. berkata: bahwasannya Rasulullah SAW telah
bersabda (Berikanlah upah kepada pekerjamu sebelum kering
keringatnya).” (Ibnu Majjah).18