Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK

TARIKH 08 MEI 2017 HARI ISNIN


SUBJEK MATEMATIK TINGKATAN DUA
KELAS 2F MASA 60 MINIT (0815 – 0915)
BIDANG PEMBELAJARAN SUKATAN DAN GEOMETRI
TAJUK 4.0 POLIGON
STANDARD KANDUNGAN 4.1 POLIGON SEKATA
STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.1 Menghuraikan sifat geometri poligon sekata menggunakan pelbagai perwakilan.
4.1.2 Membina poligon sekata menggunakan pelbagai kaedah dan menerangkan rasional
langkah-langkah pembinaan.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
i. Menghuraikan tiga sifat geometri poligon sekata menggunakan pelbagai perwakilan.
ii. Membina tiga jenis poligon sekata (segitiga sama sisi, pentagon, heksagon) dengan
betul.
STANDARD PRESTASI Tahap Penguasaan 1:
Mempamerkan pengetahuan asas tentang poligon sekata dan tak sekata.

Tahap Penguasaan 2:
Mempamerkan kefahaman tentang pembinaan poligon sekata.
PENGETAHUAN SEDIA ADA TAJUK 9: POLIGON (TINGKATAN 1)
AKTIVITI PEMBELAJARAN Aktiviti Pemula: (10 minit)
Think, Pair, Share – Murid menjalankan ujian pra secara individu. Kemudian murid
berpasangan dengan rakan sebelah untuk menyemak jawapan. Guru meminta salah
seorang murid untuk berkongsikan jawapan yang betul kepada seluruh kelas.

Aktiviti Utama : (30 minit)


1. Cikgu meminta murid memberi contoh poligon yang boleh digunakan dalam aktiviti
kehidupan seharian.
2. Aktiviti penerokaan seperti menggunakan bahan konkrit (video origami), Website
“Maths is fun” dengan lembaran kerja. Murid menjalankan aktiviti yang berlainan
serentak dalam kumpulan. Guru boleh menegaskan kekongrunen sudut perlu
dilibatkan.
3. Layari Website “Maths is fun” untuk huraian sifat geometri. Murid melengkapkan
lembaran kerja untuk sifat geometri termasuk panjang sisi, sudut dan bilangan paksi
simetri.
4. Murid menjalankan aktiviti untuk melukis poligon sekata dengan membahagi sudut
pada pusat

Aktiviti Penutup : (20 minit)


1. Team Stand and Share – Setiap wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan
mereka dalam aktiviti yang berlainan tadi. Guru memberi respon dan membantu murid
membuat pengukuhan konsep dalam poligon sekata dan poligon tak sekata.
2. Guru boleh menegaskan kekongrunen sudut perlu dilibatkan.
3. Murid merumuskan hasil dapatan dalam pelajaran hari ini.

*LATIHAN / KERJA RUMAH Latih Diri 4.1a


REFLEKSI
Lembaran Aktiviti 1 (Ujian Pra)

SOALAN 1: Apakah jenis-jenis poligon?

Sila isikan butiran dalam jadual berikut.

Bilangan Nama Bilangan Nama


Bentuk Poligon Bentuk Poligon
sisi Poligon sisi Poligon

SOALAN 2: Apakah ciri yang membezakan antara satu jenis poligon dengan jenis yang lain?