Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PANITIA SENI VISUAL TINGKATAN 6


SMK Lubok China
78100 Lubok China
Melaka

KERTAS KERJA

“PAMERAN & APRESIASI


SENI CATAN TINGKATAN 6”

PROGRAM : PANITIA SENI VISUAL TINGKATAN 6

PERSATUAN TINGKATAN 6

GURU PEMBIMBING : PN. SYARIFAH KAHAR

SMK LUBOK CHINA Page 1


KERTAS KERJA

1.0 PENDAHULUAN

Aktiviti pameran ini secara khususnya adalah bagi memenuhi keperluan akhir
murid-murid tingkatan enam yang mengambil mata pelajaran Seni Visual, STPM
2018. Ianya adalah wajib bagi murid berkenaan bagi memenuhi markah projek
kerja kursus penggal 3, STPM 2018. Selain itu ia juga bertujuan untuk
mendedahkan dan mempamerkan hasil karya seni kepada murid-murid, guru-
guru dan juga warga sekolah. Seni mungkin seringkali dipandang sepi
terutamanya dalam kalangan murid-murid. Hal ini mungkin berlaku disebabkan
kurangnya pendedahan tentangnya. Dengan adanya pameran sebegini ia
menjadi satu platform bagi menaikkan lagi martabat mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual di sekolah seterusnya dapat memupuk minat terhadap mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual khasnya dalam kalangan murid-murid. Melalui
projek pameran ini juga kreativiti murid-murid dapat ditingkatkan melalui pelbagai
garapan idea penghasilan seni daripada karya yang dipamerkan. Ia secara
langsung akan mendorong minat murid untuk menghasilkan karya seni dengan
lebih baik pada masa akan datang seterusnya dapat menonjolkan bakat yang
terpendam dalam kalangan murid-murid.

2.0 RASIONAL

Penganjuran program Pameran & Apresiasi Seni Catan ini merupakan satu
wadah bagi semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok China
khasnya murid-murid dalam meningkatkan kreativiti dan juga minat terhadap
Pendidikan Seni Visual. Karya-karya yang dipamerkan adalah dari hasil karya
murid di mana murid perlu membuat kajian tentang tema yang telah diberikan,
kertas cadangan dan juga proses lakaran awal murid selama 4 bulan bermula 25
Mei 2018 hingga 10 Oktober 2018. Pameran ini adalah wajib diadakan oleh
murid berkenaan bagi memenuhi markah keseluruhan bagi subjek Seni Visual
penggal 3, STPM 2018. Selain itu adalah diharapkan agar pameran ini dapat
menarik minat murid lain terhadap Pendidikan Seni Visual ditingkatkan. Murid-

SMK LUBOK CHINA Page 2


KERTAS KERJA

murid juga akan memperoleh idea baru dalam penghasilan karya seni melalui
karya-karya yang dipamerkan. Oleh itu, ia secara langsung akan dapat
meningkatkan daya kreativiti dalam kalangan murid dan juga warga SMK Lubok
China serta dapat menjadi satu lonjakan bagi mencungkil bakat seni yang
terpendam dalam kalangan murid.

3.0 MATLAMAT

3.1 Menerapkan minat dan kecintaan dalam mempelajari subjek


PendidikanSeni Visual.
3.2 Melahirkan generasi yang kritis, kreatif dan berkemahiran dalam
menghasilkan karya seni.
3.3 Mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan guru dan murid
disamping menambah pengetahuan tentang seni visual.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Meningkatkan minat terhadap mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual


melalui karya yang dipamerkan.
4.2 Mempertingkatkan dan meluaskan pengetahuan dalam pelbagai jenis
karya seni dalam empat bidang mengikut sukatan pelajaran.
4.3 Meningkatkan daya kreativiti melalui idea-idea yang diperoleh daripada
karya yang dipamerkan.
4.4 Memperkembangkan bakat seni dan juga mencungkil bakat yang
terpendam melalui pameran.
4.5 Memberi peluang murid meneroka pengalaman baru melalui aktiviti
pameran yang dilaksanakan.
4.6 Memupuk semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.

SMK LUBOK CHINA Page 3


KERTAS KERJA

5.0 MAKLUMAT AKTIVITI

Nama aktiviti : “Pameran & Apresiasi Seni Catan”


Tarikh : 11 Oktober 2018
Masa : 7.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Bilik Kuliah Pra U2, SMK Lubok China

6.0 SASARAN

Murid-murid Tingkatan 6, SMK Lubok China dan warga SMK Lubok China

7.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

7.40 Pagi Bacaan surah Yaasin

8.00 Pagi Persiapan akhir majlis

9.00 Pagi Ketibaan para tetamu majlis dan VIP

Ucapan alu-aluan pengerusi majlis


Ucapan ketua kelas
Tayangan slide
Ucapan Guru Pembimbing Seni Visual
9.30 Pagi
Ucapan GPK Tingkatan 6 (Encik Noordin bin Ambon
Ucapan wakil tuan pengetua dan perasmian (Encik Yahya bin
Hasan-GPK 1)
Lawatan ke booth pelajar dan jamuan ringan

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

SMK LUBOK CHINA Page 4


KERTAS KERJA

Pengerusi : Tuan Hj Hussin bin Sirun (Pengetua)


Naib Pengerusi 1 : En. Yahaya bin Hashim (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : En Noordin bin Ambon (GPK Tingkatan 6)
Guru Pembimbing : Pn. Syarifah bt kahar
Ketua Program : Nor Izyan Diniyah binti Abu Bakar
Penolong Program : Nur iman Dini binti Nordin
Setiausaha : Muhamad Azmi bin Mohd Azlani
Nur Diyana A’qilla binti Anuar
Bendahari : Siti Aidatul Akmar binti Mohd Khalil
Multimedia : Ahmad Firdaus bin Sukarno
: Amirah Basyirah binti Ismail
AJK Jamuan : Nur Asni binti Abd Aziz
: Siti Aidatul Akmar binti Mohd Khalil
PA Sistem : Khalilul Nishad bin Abdullah
: Muhammad Hafizuddin bin Zulkapli
Pengerusi Majlis : Sofea Raihana binti Rosli
: Amirah Basyirah binti Ismail

9.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA PERINCIAN JUMLAH


1. Jamuan 54 pax X RM 9 RM 445.00
2. Dekorasi tempat pameran RM 20.00
3. Banner dan Bunting RM 50.00
4. Hadiah dan Cenderahati RM80.00
JUMLAH RM595.00

10.0 SUMBER KEWANGAN

SMK LUBOK CHINA Page 5


KERTAS KERJA

Sumbangan RM 250.00
Duit tabung koku PU2 RM 100.00
Duit kutipan pelajar seni PU2 RM 110.00
Duit kutipan pelajar PU1 RM 138.00
Jumlah RM 598.00

11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan,program ini mendapat kerjasama dan sokongan daripada


semua pihak dan juga pihak pentadbir sekolah dan dapat dilaksanakan dengan
jayanya pelaksanaan pameran ini. Hal ini penting bagi memberi peluang kepada
warga SMK Lubok China terutamanya murid-murid dalam meneroka
pengalaman baru melalui pameran ini. Semoga dengan penganjuran pameran ini
akan memberikan satu pengalaman baru kepada warga SMK Lubok China dan
juga dapat meningkatkan minat dan kreativiti dalam kalangan murid seterusnya
dapat mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan murid dan warga
sekolah. Kerjasama dan penglibatan yang aktif daripada semua pihak amat
diperlukan bagi memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Atas
kerjasama dan perhatian daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH:

.......................................... ........................................
(Nor Izyan Diniyah binti Abu Bakar) (PN. SYARIFAH BINTI KAHAR)
Ketua program Guru pembimbing
“Pameran & Apresiasi Seni Catan” Guru Panitia Seni Visual Tingkatan 6
Guru Persatuan Tingkatan 6
SMK Lubok China

SMK LUBOK CHINA Page 6


KERTAS KERJA

DISOKONG OLEH: DISAHKAN OLEH:

....................................... ........................................
(EN. NORDIN BIN AMBON) (TUAN HJ HUSSIN BIN SIRUN)
GPK Tingkatan 6 Pengetua
SMK Lubok China SMK Lubok China

SMK LUBOK CHINA Page 7