Anda di halaman 1dari 1

Masalah kajian

Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) pada waktu ini sudah mempunyai
jaringannya di seluruh dunia. Walaupun cara hidup dan tuntutan kumpulan tersebut
bercanggahan dengan prinsip islam dan norma kehidupan masyarakat yang normal, kegiatan
LGBT terus berkembang dalam kehidupan masyarakat kini. Dalam konteks kontemporari,
LGBT difahami sebagai sebuah kumpulan atau gerakan yang aktif membantu dan
memperjuangkan hak mereka. Salah satu pendekatan yang terbaik bagi mengawal penularan
dan percambahan jaringan LGBT terutamanya di kalangan umat islam ialah melalui rawatan
kaunseling. Islam secara jelas menolak LGBT dan umat islam memandangnya sebagai suatu
dosa besar kerana terdapat banyak dalil-dalil dari ayat Al-Quran dan hadis yang mengeji
perbuatan ini.

Golongan LGBT merupakan kelompok tertinggi dijangkiti HIV yang mewakili 50


peratus kes baharu yang dilaporkan sepanjang 2017. Berdasarkan laporan sektor HIV/STI,
Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan sebanyak 1,697 individu yang
mengamalkan tabiat seks songsang seperti homoseksual dan biseksual adalah sebahagian
daripada 3,347 kes HIV baharu dicatatkan pada tahun lalu. Konsep golongan LGBT ini lebih
jelas dikaitkan dengan pendekatan Psikoanalis yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud yang
berasaskan bahawa manusia dilahirkan dengan naluri yang semula jadi(Othman, 2000).
Menurut Freud. Teori ini menyediakan pendekatan untuk menganalisis dan merawat tingkah
laku abnormal dalam kalangan orang dewasa termasuk homoseksualiti (Dean&Lane,2003).
Cadangan bagi mengatasi permasalahan ini adalah melalui pendekatan kaunseling dan
program yang bersesuaian wajar dilakukan supaya dapat mengembalikan mereka ke pangkal
jalan.

Oleh itu, kajian secara kuantitatif ini dijalankan untuk mengkaji alternatif atau kaedah
keagamaan & kaunseling sebagai rawatan utama kepada permasalahan LGBT yang kian
menular dalam masyarakat. Pengkaji berpandangan dua aspek ini memainkan peranan
penting dalam menangani masalah ini.