Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI INDIVIDU PROGRAM MINGGU KEMERDEKAAN

Melalui aktiviti-aktiviti yang telah saya ikuti sepanjang minggu kemerdekaan,


terdapat beberapa kekuatan yang telah saya perolehi iaitu dari segi penerapan nilai.
Penerapan nilai merupakan suatu aspek yang penting kerana nilai positif merupakan
suatu asas pembinaan diri seseorang individu. Misalnya, murid dapat memupuk nilai
kerjasama dalam Pertandingan Melukis Komik secara berkumpulan. Selain itu, aktiviti
yang dilaksanakan turut memupuk sikap berani ke hadapan sejak dari usia muda lagi.
Misalnya, aktiviti Nyanyian Solo. Hal ini menyebabkan mereka berani tampil ke
hadapan jika terdapat tugasan yang dilaksanakan. Seterusnya, program ini dapat
memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid. Misalnya, aktiviti Larian
Kemerdekaan.

Di samping menuju ke tempat destinasi, para murid mengibarkan Jalur


Gemilang sempena Hari Kemerdekaan. Semangat patriotisme amat penting dalam
diri seseorang individu yang berada di negara Malaysia dan aktiviti ini dapat
memperingati penat lelah pemimpin terawal di Malaysia dalam memperjuangkan
kemerdekaan di bumi Malaysia. Secara peribadinya, aktiviti sebegini patut diteruskan
kerana dapat menyemarakkan semangat cinta akan Negara dalam diri. Program
sebegini turut dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan warga sekolah.
Tanpa sokongan yang penuh daripada ibu bapa, sebarang program yang
dilaksanakan oleh pihak sekolah tidak akan berjalan dengan lancar. Misalnya, aktiviti
Peragaan Baju Kemerdekaan.

Antara kelemahan yang saya kenalpasti dalam program ini ialah sesetengah
persiapan aktiviti tidak dilaksanakan terlebih awal dan terpaksa dilakukan pada saat-
saat akhir. Hal ini kerana masalah kekangan masa yang dihadapi oleh warga sekolah.
Namun, aktiviti tetap dapat dijalankan seperti biasa. Sebagai penambahbaikan pada
masa hadapan, aktiviti tersebut haruslah disiapkan terlebih awal untuk mengelakkan
sebarang masalah timbul. Kedua, terdapat beberapa aktiviti boleh ditambahbaik
seperti Peragaan Baju Merdeka boleh diikuti seluruh murid dan bukannya hanya
melibatkan murid prasekolah sahaja. Seterusnya, warga sekolah boleh mengadakan
suatu aktiviti dalam program kemerdekaan yang tidak memerlukan yuran daripada
murid. Misalnya, mengadakan aktiviti yang menggunakan bahan kitar semula seperti
membina Peragaan Baju Merdeka menggunakan bahan kitar semula. Di samping
dapat mengurangkan kos, para murid dapat memupuk semangat cintakan alam
sekitar dalam diri.
REFLEKSI INDIVIDU PROGRAM JOM GEGAR MOLUS

Melalui pelaksanan program Jom Gegar MoLus, terdapat beberapa kekuatan


yang dapat saya kenalpasti iaitu dapat meluaskan pengalaman saya sebagai guru
pemulihan dalam melaksanakan suatu aktiviti berkaitan dengan bidang pemulihan.
selain itu, saya berpeluang untuk menguruskan sesebuah program pemulihan dan
menjadi AJK PA Sistem dan Video. Pengalaman sebegini amat berguna sebelum
saya menjadi seorang bakal guru kelak. Walaupun terdapat beberapa kekangan
ketika melaksankan aktiviti, saya dapat menguruskan kekangan tersebut dengan baik.
Program ini mendapat pujian daripada pihak PPD dan hendak diteruskan pada masa
akan datang. Seterusnya, program Jom Gegar MoLus dapat meningkatkan kemahiran
motor halus seseorang murid pemulihan.

Lazimnya, seseorang murid pemulihan mempunyai masalah dalam menulis


dan hal ini disebabkan kemahiran motor halusnya yang lemah. Oleh itu, aktiviti yang
dilaksanakan seperti ‘My Bracelet’, ‘Fun with Colours’, ‘Kolaj’ dan ‘Cut and Paste’
dapat menguatkan lagi daya motor halus para murid pemulihan. Seterusnya, program
ini dapat mengembangkan elemen kreatif dalam diri seseorang murid. Hal ini
disebabkan setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh murid tidak mempunyai format yang
tetap dan setiap hasil yang dihasilkan murid dapat diterima oleh para guru.
Seterusnya, program ini dapat menerapkan nilai-nilai positif dalam diri seseorang
murid. misalnya, nilai kerjasama kerana dalam program ini setiap murid dibahagikan
kepada beberapa kumpulan dan aktiviti turut dilaksanakan secara berkumpulan. Nilai
berani mencuba sesuatu yang baru turut diterapkan melalui program ini. Misalnya,
pada sesi ‘Radio Rosak’ dalam program ini, murid dapat menyerlahkan bakat dari segi
nyanyian dan tarian yang tidak pernah didedahkan sebelum ini.

Antara kelemahan yang dapat dikenalpasti dalam program ini ialah tiada
penglibatan ibu bapa. Sekiranya ibu bapa terlibat dalam program ini, secara tidak
langsung mereka dapat mengetahui perkembangan sebenar anak mereka dari segi
kognitif dan psikomotor. Sebagai penambahbaikan pada masa hadapan, ibu bapa
boleh dijemput bersama-sama ketika anak mereka melaksanakan aktivti yang
dirancang. Akhir sekali, jangka masa yang ditetapkan terlalu terhad. Hal ini
menyebabkan penyediaan aktiviti yang sedikit berdasarkan tempoh masa yang
ditetapkan. Program ini boleh dijalankan dalam jangka masa seminggu dan para murid
dapat mendapat input-input yang lebih banyak melalui program ini.
REFLEKSI INDIVIDU PROGRAM KELAB RUKUN NEGARA

Melalui aktiviti yang dilaksankan program Kelab Rukun Negara, terdapat


beberapa kekuatan yang dapat dikenalpasti iaitu dapat menyemarakkan semangat
patriotisme dalam diri seseorang murid. Sebenarnya, Kelab Rukun Negara tidak
hanya berkisarkan kepada Rukun Negara semata-mata tetapi meliputi pelbagai aspek
yang lain. Guru bertindak untuk menimbulkan semangat cintakan Negara dalam diri
setiap ahli Kelab Rukun Negara. Seterusnya, dapat meningkatkan kemahiran motor
halus seseorang ahli Kelab Rukun Negara. Kemahiran sebegini boleh dilatih melalui
pelaksanaan aktviti mewarna dan aktiviti tersebut turut dapat meningkatkan daya
kreativiti murid.

Menurut pendapat saya, sepanjang mengendalikan program ini, saya dapat


memperolehi pelbagai input yang saya dapat gunakan ketika menjadi seorang guru
penasihat Kelab Rukun Negara kelak. Hal ini disebabkan oleh guru-guru yang
membimbing saya dalam mengendalikan program sebegini. Seterusnya, saya dapat
mengetahui tahap pengetahuan seseorang ahli kelab mengenai negara Malaysia
melalui kuiz yang dijalankan. Oleh itu, saya dapat membimbing ahli kelab berdasarkan
tahap mereka. Hal ini dapat membantu pengajaran saya ketika sesi Kelab &
Persatuan dapat dijalankan dengan berkesan.

Antara kelemahan yang dapat dikenalpasti melalui program ini ialah aktiviti
yang dijalankan adalah terhad. Aktiviti-aktviti tersebut dapat dipelbagaikan dan
diperbanyakkan supaya ahli Kelab Rukun Negara dapat memperolehi input secara
efektif. Misalnya, menggunakan pendekatan ‘outdoor learning’ ketika aktiviti Kelab
Rukun Negara dijalankan. Kaedah sebegini lebih berkesan berbanding menggunakan
kelas sahaja. Selain itu, masa melakukan aktiviti adalah terhad. Hal ini menyebabkan
terdapat sedikit sahaja aktiviti yang dapat dijalankan. Sebagai penambahbaikan,
aktiviti boleh dipelbagaikan tetapi jangka masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti
tersebut lebih pendek. Selain itu, pengurusan masa juga boleh diperbaiki pada masa
akan datang supaya dapat mengelakkan sebarang permasalahan dari segi masa
berlaku.