Nota Sivik Tingkatan 4
Nota Sivik Tingkatan 4
WAWASAN DIRI
1.Wawasan diri merujuk kepada suatu pandangan masa depan yang jauh dengan matlamat
yang pasti.
3. Wawasan diri dapat dicapai dengan menentukan matlamat yang ingin dicapai,
menggariskan rancangan yang perlu diambil dan senarai tindakan terhadap rancangan
tersebut.
4. Matlamat merupakan sesuatu yang dapat dilaksanakan dan mesti bersesuaian dengan
minat dan kebolehan individu.
6. Tindakan merupakan usaha yang dilaksanakan untuk setiap rancangan yang digariskan.
8. Kita hendaklah menentukan wawasan diri yang bersesuaian dengan kebolehan, minat dan
kemahiran yang dimiliki.
PERKEMBANGAN DIRI YANG SEIMBANG
1. Perkembangan diri yang seimbang merujuk kepada usaha melahirkan individu yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
3. Intelek merujuk kepada aspek perkembangan minda seseorang untuk berfikir dan
memahami sesuatu. Perkembangan ini dapat dicapai dengan menambahkan ilmu dan
memperoleh pengalaman.
4. Rohani merupakan perkembangan perasaan dan hati yang berkaitan dengan jiwa atau
naluri manusia. Rohani dapat dikembangkan dengan amalan agama, norma masyarakat,
pantang-larang dan undang-undang.
5. Emosi merupakan unsur semulajadi yang ada pada manusia iaitu pengawalan perasaan
seperti sayang, marah, takut, cinta, benci dan sebagainya. Manusia perlu mengawal emosi
agar tidak mendatangkan tindak balas yang negatif daripada pihak lain.
6. Perkembangan tubuh badan dikenal sebagai jasmani. Tubuh yang sihat akan
mewujudkan intelek yang baik, emosi yang terkawal dan waktu rehat yang mencukupi serta
riadah yang sistematik akan menghasilkan jasmani yang sihat.
KEPERLUAN BERKELUARGA
2.Keluarga juga merupakan komuniti pertama yang mula dikenali oleh anak-anak.
4. Keluarga bahagia, berkualiti dan cemerlang dapat dilahirkan jika setiap anggota keluarga
mengetahui tanggungjawab masing-masing.
POLITIK
EKONOMI
Aspek
1. Emosi individu
2. Hubungan kekeluargaan
3. Pengalaman yang didapati
Kesan
-Memberi keyakinan bahawa setiap anggota keluarga akan sentiasa berada di sisi pada masa
susah ataupun senang.
-Menyuburkan kasih sayang antara anggota keluarga kerana orang yang diberi peluang akan
rasa dihargai.
-Memberi kestabilan emosi kepada anggota keluarga yang menghadapi masalah atau
kekeliruan dalam membuat pilihan
-Dapat memberi panduan dan tunjuk ajar berguna untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Kepentingan sokongan moral anggota keluarga terhadap sesuatu kejayaan atau kedukaan
sesebuah keluarga
-Memberi semangat ketika menghadapi masalah
-Sebagai tanda setia akan bersama walaupun waktu susah atau senang
-Keperluan emosi individu terhadap orang yang disayangi dalam keluarga mereka.
Kesan sekiranya tidak mendapat sokongan anggota keluarga apabila menghadapi masalah
-Dapat menjalinkan hubungan yang erat dan mesra di kalangan anggota keluarga
-Mengetahui minat dan perangai setiap anggota keluarga dengan lebih mendalam
TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT
1.Terdapat pelbagai isu dan masalah social yang mengancam masyarakat terutamanya
remaja.
Penyalahgunaan dadah.
Penderaan
Penyalahgunaan teknologi.
Pergaulan bebas.
Vandalisme
Gengsterisme.
3. Antara punca-punca yang mengakibatkan timbulnya pelbagai isu dan masalah sosial
dalam masyarakat:
Kepincangan keluarga.
Pengaruh rakan sebaya.
Pengaruh budaya kuning dari barat.
Tiada pegangan agama yang kukuh.
4. Gejala sosial ini akan membawa kesan yang buruk terhadap diri, keluarga, masyarakat
dan negara kerana ia mengancam keselamatan, kestabilan dan keamanan serta merugikan
negara.
5. Terdapat pelbagai usaha yang dilakukan bagi membasmi gejala sosial negatif:
1. Norma komuniti merupakan peraturan dan amalan-amalan yang menjadi kebiasaan dan
diterima oleh komuniti.
3. Peraturan pula adalah segala yang ditetapkan sama ada secara lisan atau bertulis dan
harus dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat.
5. Jenayah juvana merujuk kepada perlakuan jenayah atau antisocial yang dilakukan oleh
golongan juvana yang berusia di bawah 18 tahun.
6. Pesalah juvana lazimnya tidak akan dikenakan hukuman penjara sebaliknya akan
dihantar ke pusat pemulihan akhlak seperti Sekolah Henry Gurney yang dikelolakan oleh
Jabatan Penjara Malaysia.
TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA
1. Agama merupakan pegangan hidup manusia. Prinsip, amalan dan nilai yang terkandung
dalam agama tersebut dijadikan panduan dalam menjalani hidup dan seterusnya dalam
menghadapi cabaran.
2. Agama rasmi negara kita ialah agama Islam, namun agama-agama lain bebas diamalkan
secara aman. Malaysia kaya dengan pelbagai agama seperti agama Hindu, Buddha,
Kristian, Sikh, ajaran Confucius dan Taoist.
3. Kesemua agama memberi panduan dan ajaran agar penganutnya menjadi manusia yang
baik, taat kepada ajaran agama masing-masing dan mengamalkan nilai-nilai murni untuk
mencapai kecemerlangan diri.
4. Agama Islam mengajar umatnya untuk berlaku adil kepada manusia lain dan
menyebarkan ilmu yang dimiliki kepada orang lain tanpa mengira waktu.
5. Nilai lain yang ditekankan oleh agama Islam ialah tidak bersifat pilih kasih, bersifat
ihsan, sentiasa sabar untuk menghadapi segala penderitaan dan kesusahan, merendah diri
dan tidak memandang rendah pada orang lain, selain benar dan amanah.
8. Agama Kristian juga mengajar umatnya untuk mempraktikkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan serta berkhidmat untuk masyarakat agar sentiasa dirahmati Tuhan.
KEPENTINGAN AMALAN-AMALAN TERTENTU DALAM PERAYAAN PELBAGAI
KAUM
1. Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang kaya dengan pelbagai perayaan.
3. Antara perayaan-perayaan penting yang disambut di negara ini ialah Hari Raya Puasa,
Tahun Baru Cina, Deevapali, Thaipusam, Hari Wesak, Krimas, Hari Raya Aidil Adha, Hari
Gawai, Tadao Keamatan, Perayaan Ponggal dan Vaisakhi.
5. Amalan baik kampung menjadi tradisi semua kaum apabila menjelangnya sesuatu
perayaan untuk meraikannya dengan keluarga dan sanak-saudara.
7. Islam menyarankan umatnya memohon maaf ketika perayaan Hari Raya Puasa. Amalan
ini dapat menjernihkan sebarang perselisihan faham dan memulihkan kasih sayang antara
anggota keluarga.
9. Mengadakan rumah terbuka merupakan satu lagi amalan yang sering diadakan oleh
kerajaan Malaysia untuk menjalinkan perpaduan antara kaum. Pelbagai acara dan aktiviti
serta juadah tradisional akan dihidangkan untuk semua lapisan masyarakat.
10. Amalan-amalan ini mewujudkan rasa hormat, persefahaman dan tolak ansur antara
pelbagai kaum di negara ini.
KELEBIHAN SAMBUTAN PELBAGAI PERAYAAN
HARI DEEPAVALI
HARI KRIMAS
TADAO KEAMATAN
HARI VAISAKHI
POLITIK
EKONOMI
SOSIAL
Mewujudkan integrasi yang membentuk negara dan bangsa yang bersatu padu dan taat setia
kepada negara.
Menjaga dan memelihara hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan
Sarawak.
Menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
BAHASA
AGAMA
Agama Islam sebagai agama rasmi negara, namun semua orang bebas mengamalkan dan
menganuti agama masing-masing.
Raja/Sultan ialah ketua agama Islam.
KEWARGANEGARAAN
Tiga perkara menjadi hak keistimewaan utama, iaitu peluang dalam perkhidmatan awam,
ekonomi dan pelajaran.
Kedudukan istimewa orang Melayu- berhubung dengan tanah rizab.
HAK ASASI
PENGGUNA RASIONAL
1. Pengguna ialah mereka yang menggunakan barangan atau perkhidmatan yang ada di
pasaran.
2. Pengguna rasional merujuk kepada pengguna yang pandai membuat keputusan,
bermaklumat dan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan. Pengguna rasional
selalunya akan berbelanja secara berhemah dengan membuat bajet dan mengikut keperluan
serta kemampuan.
3. Pengguna yang bijak seharusnya mengetahui haknya dan bertindak dengan
bijaksana. Terdapat 8 hak pengguna:
Hak mendapatkan keperluan asas.
Hak untuk bersuara.
Hak mendapatkan jaminan keselamatan.
Hak untuk mendapatkan ganti rugi.
Hak mendapatkan maklumat.
Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan.
Hak membuat pilihan.
Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat.
4. Etika pengguna dan pengeluar bermaksud membudayakan standard kepenggunaan dalam
kehidupan seharian. Sebagai pengguna yang beretika, kita tidak harus membeli barangan
seludup atau curi.
5. Pengeluar perlu mematuhi kod etika semasa menguruskan perniagaan dan harus mematuhi
garis panduan yang telah ditetapkan oleh SIRIM dan Jabatan Standard Malaysia.
6. Standard amat penting untuk menyelaraskan pembuatan sesuatu produk supaya kehidupan
lebih selamat dan terjamin.
7. KPDNHEP merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kepentingan
pengguna daripada penindasan peniaga.
8. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia telah diwujudkan untuk melindungi hak pengguna
dengan menyediakan alternatif selain mahkamah bagi pengguna menuntut ganti rugi.
9. Pengguna juga harus peka dan mengambil inisiatif untuk memperluaskan pengetahuan
mereka agar tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga atau pengeluar.