Anda di halaman 1dari 2

KEMALANGAN JALAN RAYA

Kebelangkagan ini,sering tarpaper di muka hadapan akhbar tentang kemalangan jalan raya
terutamanya pada musim perayaan yang tercatat tertinggi.Walaupun banyak kempen telah
dijalankan,namun kadar kemalangan jalan raya terus meningkat.

Limah: Semalam semasa saya menonton berita, saya mendapat tahu kadar kemalangan semakin
meningkat. Menurut ketua Polis Diraja Malaysia, purata kematian dalam kemalangan jalan raya di
negara kita ialah 14 orang setiap hari.

Halim: Sebenarnya punca utama yang menyebabkan kadar kemalangan jalan raya semakin
meningkat ialah sikap sambil lewa pemandu. Selain itu, pengguna jalan raya terlalu mementingkan
diri sendiri dan ada antara mereka memandu dalam keadaan mabuk.

Aziz: Tambahan pula, sikap sesetengah pemandu yang acuh tak acuh, iaitu tidak mematuhi undang-
undang jalan raya. Mereka suka berlagak semasa memandu untuk menonjolkan gaya. Di samping
itu, mereka suka memotong di garisan putih berkembar atau tidak memberhentikan kenderaan di
lampu isyarat semata-mata kerana hendak cepat sampai ke tempat yang dituju.

Hassan: Di samping itu, pemandu juga tidak memberikan perhatian dan tumpuan sepenuhnya
semasa memandu kerana leka berbual-bual dengan rakan dan memandu melebihi had laju yang
ditetapkan. Tidak kurang pula yang menjadikan jalan raya sebagai medan pertempuran nyawa dan
menunjukkan kehebatan masing-masing. Situasi ini sering melibatkan golongan remaja yang
menggunakan jalan raya sebagai saluran untuk melepaskan ‘tekanan dan berseronok’ semata-mata.

Limah: Kemalangan jalan jaya turut disebabkan oleh pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya.
Motosikal mencatatkan jumlah tertinggi. Masalah ini telah menyebabkan kenderaan terpaksa
bersesak-sesak antara satu sama lain. Situasi ini akan menyebabkan sesetengah pemandu berasa
tertekan. Oleh itu, pemandu kadangkala hilang tumpuan semasa memandu. Keadaan ini mungkin
menjurumuskan mereka kepada berlakunya kecelakan jalan raya.

Halim: Saya berasa pelaksanaan undang-undang perlu dilaksanakan dengan mengehadkan


pengeluaran lessen kepada pemandu baharu. Lesen hanya akan diberikan kepada individu yang
benar-benar berkebolehan dan cekap memandu. Di samping itu mesti mewajibkan pemandu baharu
melekatkan pelekat “P” supaya tidak digunakan secara sembarangan hingga membahayakan
pengguna lain. Pengawai-pengawai pemeriksa kenderaan pula harus melaksanakan tugas dengan
cekap.

Aziz: Seterusnya, tindakan polis trafik harus mengenakan kompaun yang berat bagi kesalahan lalu
lintas dan operasi mengesan pemandu yang suka memecut di kawasan yang dihadkan amat
disokong. Kamera-kamera video juga perlu dipasang di kawasan yang strategic bagi mengesan
pemandu yang tidak mematuhi undang-undang. Sekatan-sekatan jalan raya perlu kerap dilakukan
oleh pihak polis bagi mengesan kekayaan pemandu,muatan barangan dan sebagainya.

Hassan: Kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya. Sebelum memandu
kenderaan, kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu. Mereka
mengabaikan kesempurnaan kereta mereka. Contohnya, mereka tidak mengganti tayar yang haus.
Apabila tayar kita sudah haus, sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu akan berkurangan. Jelas
di sini, tayar yang haus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya terutamanya sewaktu
hujan.

Limah: Betul kata-kata Sarah. Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada
sikap pemandu itu sendiri. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka kemalangan
jalan raya dapat dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih lagi berdegil dan tidak
mematuhi undang-undang jalan raya justeru kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari
semasa ke semasa.

Halim: Oleh itu kita mesti berhemah semasa memandu di jalan raya. Jalan raya penting untuk sistem
perhubungan di darat tetapi boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita jika kita tidak bijak
menggunakannya. Oleh sebab itu, jangan bersikap cuai,lalai,tidak bertanggungjawab ,
mementingkan diri.

Aziz: Ya,tiada yang lebih berharga di dunia ini selain nyawa yang Tuhan pinjamkan kepada kita! Bagi
menyelesaikan masalah salah laku jalan raya, pihak yang berkenaan seharusnya tidak mengambil
pendekatan penyelesaian mudah seperti berkempen. Sebaliknya, pihak berkenaan seharusnya
mengambil pendekatan menyeluruh seperti mengambil pendekatan “ 3 P”, iaitu pendidikan,
pengundangan dan penyelidikan.

Hassan: Pengguna jalan raya disaran supaya lebih berbudi bahasa dan sentiasa mengelakkan diri
daripada terlibat dalam salah laku jalan raya. Hal ini dapat mengurangkan kadar kemalangan. Semua
langkah ini diharap dapat menjadikan jalan raya kita selamat untuk semua pengguna. Kita juga tidak
mahu nama Malaysia dicatat sebagai negara yang mempunyai kematian terbanyak akibat
kemalangan jalan raya.

Orang lain: Betul! Betul!         

Semua: “Pandu Cermat Jiwa Cermat” “Jangan biarkan keluarga kita menanti dalam tangkisan”
Sedarlah demi keluarga anda yang tercinta!!!

Anda mungkin juga menyukai