Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST THERESA

08000 SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KALI KE -7 TAHUN 2018

Tarikh : 05 September 2018


Masa : 12.00 PM
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : En. Ahmad Bin Jahaya ( Pengetua )

Kehadiran : En. Ahmad Bin Jahaya ( Pengetua)


En. Lim Ehu Chai ( PK Pentadbiran)
En. Dass a/l Velaisamy ( PK HEM )
Pn. Hajah Noryati bt Jusoh (PK Kokurikulum )
En. Azmi bin Mat Isa ( PK Ting 6)
En. Subramaniam a/l Perinan ( PK Petang)
Cik. Lim Teik Gin ( GK Bahasa )
En. Mohd Khalid bin Abd Rahman (GK Tek & Vok )
En. Wong Poh Wah ( GK Sains Matematik )
Pn. Ratna Devi a/p Murugaya ( Kaunselor)

Tidak hadir : En. Mohamad Hilmi bin Hassan ( GK Kemanusiaan )


Pn suzana ( kaunselor )

I. Perutusan Pengerusi

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran para pentadbir pada mesyuarat
pengurusan kali ke – 7.

2. Ucapan tahniah kepada En. Subramaniam dan En. Mohd Khalid atas perlantikan
sebagai PK Petang dan Guru Kanan Tek dan Vok.

3. Sekolah akan cuba berusaha untuk merealisasikan beberapa cadangan yang menjadi
perkara utama oleh Menteri Pelajaran.

4. Setiap laporan yang dikemukakan oleh guru perlu diambil tindakan yang sewajarnya
selagi tidak melanggar peraturan dan perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan.

1
5. Dalam Mesyuarat Panitia, para pentadbir perlu menekankan kepada ahli panitia
tentang membudayakan aspek happiness, love dan mutual respect di sekolah dalam
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif.

6. Cadangan untuk mewujudkan sudut Pidato akan dikendalikan oleh PK Tingkatan 6


dengan kerjasama GKM Bahasa dan Unit Kaunseling.

7. Usaha untuk mewujudkan bilik rehat guru tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan
bilik yang diperlukan. Oleh itu sebarang tindakan yang dicadangkan akan diambil
mengikut kemampuan sekolah.

8. Kejayaan para pelajar akan terhasil dengan pelaksanaan PAK 21 melalui keupayaan
pelajar dalam mentelaah pelajaran dan melahirkan para pelajar yang kreatif.

9. Tahun 2019, merupakan Fasa Developmental, Oleh yang demikian segala


perancangan dan program yang telah dilaksanakan perlu dinilai semula
keberkesanyannya dan bagi yang kurang berkesan perlu digantikan dengan program-
program yang lebih sesuai dan berkesan.

10. PBS / PBD – memastikan para pelajar mampu melaksanakan aktiviti penilaian ke tahap
yang terbaik.

11. Peperiksaan percubaan PT3, SPM dan STPM – diharap guru-guru telus dalam
menyemak dan memberi markah kepada pelajar.para pentadbir akan memainkan
peranan dalam memantau proses semakan dan penilaian markah pelajar.

12. Pentadbir bertugas perlu menjalankan tugas seperti biasa, fleksibel dengan waktu
bermula dan akhir masa brtugas. Selain itu, lengkapkan buku laporan pentadbir
bertugas.

13. Laporkan keberadaan guru kepada pentadbir sekiranya ada guru-guru yang diperlukan
untuk tugas-tugas diluar kawasan sekolah.

14. Diharap semua guru telah menghabiskan sukatan melengkapkan kontrak latihan
mengikut ketetapan panitia masing-masing. Semak juga tugas-tugas guru yang belum
dilaksanakan.

15. Pada 17 hb September 2018, Pemantauan Kewangan dari Jabatan Pelajaran akan
hadir ke sekolah.

Makluman

II. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu

16. Minit mesyuarat kali keenam 2018 dibentangkan.


Cadangan : Pn. Hajah Noryati Bt. Jusoh
Sokongan : En. Dass a/l Velaisamy

III. Perkara-perkara Berbangkit

2
17. Agenda IV, perkara 9. Folio Geografi PT3 dalam proses semakan akhir dan seterusnya
menunggu semakan dari pentaksir kawasan.
Makluman

IV. Laporan Penolong Kanan Pentadbiran

18. PPPBP – perlu di isi untuk penilaian akhir.

19. Sistem SAPS masih belum dibuka, guru-guru diminta untuk mengisi markah melalui
system MY STUDENT untuk tujuan persediaan bagi program jaya waris.

20. Pn Hasmahani akan cuti bersalin, oleh yang demikian, kelas Pn Hasmahani akan
diambil alih oleh En. Mohd Amin dan En. Velakumaran, untuk semakan kertas akan
diambil oleh Pn. Maziah dan En. Wong.

21. Pengedalian Peperiksaan PT3 akan dipertanggungjawabkan kepada En. Mohd Khalid
selaku Ketua Pengawas dan dibantu oleh 6 orang guru.

22. Cadangan untuk jawatan Ketua Panitia PJPK akan diserahkan kepada En Abd Rahman
menggantikan En. Mohd Khalid.

V. Laporan Penolong Kanan HEM

23. Enrolmen pelajar sejumlah 684 orang.

24. Disiplin pelajar terkawal

25. Peringatan berkaitan pentadbiran supaya jangan dedahkan perkara-perkara urusan


pejabat dan isu – isu dalam sekolah kepada pihak luar kerana ini akan menjadi sumber
utama pihak luar untuk menyerang pihak sekolah.

26. Kenderaan guru atau kakitangan untuk meletakkan kenderaan di dalam kawasan
sekolah adalah dilarang sama sekali kecuali mendapat kebenaran pengetua atas
faktor keesihatan.

27. Tapak parking OKU akan dibuat berhadapan dengan kolam ikan.

28. Terdapat alatan tangan dari bengkel KHB yang dijumpai oleh pekerja pembersihan di
kawasan luar pagar sekolah.

29. Penggunaan infrastruktur sekolah pada hujung minggu dikawasan padang sekolah oleh
Cikgu Azwana

Makluman

VI. Laporan Penolong Kanan Kokurikulum

3
30. Pengisian data SEGAK sedang berjalan dan dikemaskini. Manakala Data PAJSK akan
bermula pada bulan Oktober 2018.

31. Perlantikan Pengurus Jualan Koperasi yang baru menggantikan En. Lim Kooi Khim
yang akan bersara pada bulan mei 2019. Jawatan tersebut akan disandang oleh Pn.
Halimatol zalela.

Makluman

VII. Laporan Penolong Kanan Tingkatan 6

32. Keputusan peperiksaan penggal 2 STPM , penurunan sebanyak 16 % dari 96% kepada
80% . PNGK dari 1.86 kepada 1.53

33. MUET akan berlangsung pada 24 dan 29 September 2018 di SMK Ibrahim

34. Bengkel Pengajian Am peringkat Daerah akan diadakan di SMK Ibrahim pada 25
September 2018

35. Peperiksaan Percubaan STPM akan diadakan pada 7 oktober 2018 untuk penggal 1
dan penggal 2.

Makluman

VIII. Laporan Penolong Kanan Petang

36. Pihak pejabat diminta untuk menghantar satu Salinan surat guru-guru petang yang
akan keluar untuk menhadiri taklimat atau mesyuarat kepada PK Petang bertujuan
untuk mengetahui keberadaan guru.

37. Kunci Mangga di Banggunan A telah digantikan dengan yang baru, diharap kunci
mangga itu tidak hilang.

38. En. Karuna telah memaklumkan kepada PK Petang yang segala kerja-kerja yang
berkaitan dengan bangunan baru telah selesai keseluruhannya.

Makluman

IX. Laporan Kaunselor

39. Program Doa Restu akan diadakan pada 23 september 2018, bermula jam 7.30 – 1.00
petang. Kumpulan sasar adalah kepada pelajar-pelajar tingkatan 3,5, dan 6.
Peruntukan perbelanjaan dari PIBG.

40. Program kesihatan mental Anjuran Hospital Sultan Abdul Halim. Sehubungan dengan
itu, unit BNK akan menyertai pertandingan yang dianjurkan.

X. Hal-hal lain

4
41. Penganjuran pertandingan pidato akan dirujuk semula kepada pengetua untuk tindakan
lanjut.

42. Isu bangunan baru dalam proses pembaikan semula dan akan diambil alih oleh pihak
gereja dan kontraktor yang dilantik. Sehubugan dengan itu satu mesyuarat akan
diadakan pada 24 september 2018 bagi membincangkan perkara berkenaan.

XI. Ucapan penangguhan

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh Disahkan oleh

…………………………….. ……………………………..
(Mohd Khalid Bin Abd Rahman ) (Ahmad Bin Jahaya )

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST THERESA

5
08000 SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN

LAPORAN MAKLUM BALAS


STATUS PELAKSANAAN KEPUTUSAN MESYUARAT
TAJUK MESYUARAT: MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KALI KE -7 TAHUN 2018
TARIKH: 5 SEPTEMBER 2018
Bil Muka Surat Perkara Tindakan Status
Pelaksanaan
1 m.s. 2 Cadangan untuk mewujudkan sudut Pk ting 6 Selesai
Pidato akan dikendalikan oleh PK
Perkara 6
Tingkatan 6 dengan kerjasama GKM
Bahasa dan Unit Kaunseling.
2 m.s. 2 Peperiksaan percubaan PT3, SPM Semua Sedang
dan STPM – diharap guru-guru telus Pentadbir dilaksanakan
Perkara 11
dalam menyemak dan memberi
markah kepada pelajar.para pentadbir
akan memainkan peranan dalam
memantau proses semakan dan
penilaian markah pelajar.
3 m.s. 3 Peringatan berkaitan pentadbiran Semua Sedang
supaya jangan dedahkan perkara- Pentadbir dilaksanakan
Perkara 25
perkara urusan pejabat dan isu – isu
dalam sekolah kepada pihak luar
kerana ini akan menjadi sumber
utama pihak luar untuk menyerang
pihak sekolah
4 m.s. 3 Kenderaan guru atau kakitangan Semua Guru Arahan
untuk meletakkan kenderaan di dipatuhi
Perkara 26
dalam kawasan sekolah adalah
dilarang sama sekali kecuali
mendapat kebenaran pengetua atas
faktor keesihatan
5 m.s 4 Program Doa Restu akan diadakan Kaunselor Selesai
pada 23 september 2018, bermula
Perkara 39
jam 7.30 – 1.00 petang. Kumpulan
sasar adalah kepada pelajar-pelajar
tingkatan 3,5, dan 6. Peruntukan
perbelanjaan dari PIBG

Disediakan oleh

……………………………..
(Mohd Khalid Bin Abd Rahman )
GKM TEK & VOK