Anda di halaman 1dari 5

BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

SOSIOLOGI Perkataan ini merupakan gabungan antara perkataan Latin


Socious (kawan) dan perkataan Yunani Logos (ilmu atau
pengetahuan)

Mohd Salleh (1998) mendefinisikan sosiologi sebagai satu


bidang yang mengkaji secara saintifik mengenai tingkah
laku atau pergaulan masyarakat dan hubungan manusia.

Menurut Sharifah Alawiyah pula (1985), Sosiologi


merupakan satu disiplin sains kemasyarakatan.

PENGERTIAN PENDIDIKAN
Naquib (1991)
menyatakan Pendidikan Menurut Amir Hasan
sebagai proses pembinaan (2006) menyatakan Pendidikan sebagai satu
kefahaman dan pendidikan sebagai proses proses mendidik sehingga
pengakuan tentang pemindahan secara formal seseorang yang dididik
tempat sebenar bagi dan tidak formal memperoleh keilmuan
sesuatu perkara atau pengetahuan, kemahiran yang akhirnya mampu
peristiwa yang membawa dan nilai yang berlaku menerbitkan tingkah laku
kepada kefahaman dan antara generasi ke satu atau amalan yang
pengakuan tempat generasi yang lain dalam dikehendaki
sebenar bagi Tuhan dalam generasi yang sama.
susunan kewujudan.
PENDIDIKAN DIDALAM PERSPEKTIF SOSIOLOGI

 Sosiologi pendidikan hasil daripada penyatuan diantara sosiologi dan pendidikan.



Bidang sosiologi pendidikan ini berkembang secara berasingan oleh para pendidikan
dan ahli sosiologi.
 Pendidikan dalam sosiologi ialah respon pada nilai dan cara ahli sepatutnya bertindak
dan idea yang sepatutnya dipelajari.

TEORI UTAMA SOSIOLOGI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN


Teori Fungsinalisme

Teori Konflik

Teori
Interaksionalisme
Simbolik
• Pendekatan ini diperkenalkan oleh ahli-ahli sosiologi
Augute Comte, Herbet Spencer dan Emile Durkheim.
• Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam
kegiatan yang menyumbang kepada penerusan
TEORI masyarakat.
FUNGSIONALISME • Masyarakat dianggap seperti tubuh yanG mempunyai
bahagian dengan fungsi tersendiri [ada tujuan dan
keperluan tertentu].
• Struktur sosial akan menentukan kelancaran
keharmonian dan perjalanan masyarakat.

• Dibawa oleh Karl Marx


• Teori yang menganalisis konflik-konflik dalam
masyarakat.
• Teori ini mengandaikan bahawa masyarakat selalu
berada dalam konflik seperti ketegangan atau
persaingan kuasa.
TEORI KONFLIK
• Persoalan mengenai sama ada struktur-struktur
masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial
dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia
atau sebaliknya.
• Pendidikan dilihat sebagai alat untuk digunakan oleh
pihak yang dominan.

• Teori ini mengkaji makna simbolik atau makna yang


tersirat secara subjektif dan teori ini juga melihat
bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam
interaksi manusia.
TEORI • Kepentingannya adalah memahami simbolik mengikut
INTERAKSIONISME konteks penggunaannya.
SIMBOLIK
• Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan
manusia dengan dunia luar.
• Teori ini tidak mengaitkan apa yang berlaku di sekolah
dengan apa yang berlaku dalam masyarakat.
PERSPEKTIF SOSIOLOGI DALAM PENIDIKAN

ANTROPOLOGI

• Pendidikan sebagai proses pembudayaan dimana ahli sesuatu masyarakat mempelajari


dan menerima kepercayaan, nilai-nilai, norma, cara bertindak yang diterima masyarakat

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

• Melihat pendidikan sebagai proses membantu pembelajaran seseorang murid untuk


memperkembangkan potensi dan membentuk sahsiahnya.

EKONOMI

• Pendidikan sebagai pelaburan (investment) atau sebagai (consumption). Mengapa


dinyatakan sebagai pelaburan kerana Ia Pendidikan perlu membelanjakan wang, masa
dan juga tenaga.

SAINS POLITIK

• Pendidikan sebagai proses membina warganegara agar mempunyai sikap dan nilai
patriotism serta mengetahui tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai
warganegara.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya sosiologi adalah satu disiplin sains kemasyarakatan dan kajian saitifik
dan sistematik tentang interaksi manusia dalam masyarakat daripada pelbagai sudut saintifik
terdapatnya bukti dan logik. Terdapat 3 Teori utama dalam Sosiologi Pendidikan iaitu Teori
Fungsionalisme iaitu mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang
menyumbang kepada penerusan masyarakat, Teori Konflik yang menganalisis konflik-
konflik dalam masyarakat dan Teori Interaksionisme pula mengkaji makna simbolik atau
makna yang tersirat secara subjektif dan teori ini juga melihat bagaimana makna yang
simbolik digunakan dalam interaksi manusia. Perspektif Sosiologi dalam pendidikan terdiri
daripada Empat perspektif utama iaitu Antropologi, Sains Politik, Ekonomi dan Psikologi
Pendidikan.
RUJUKAN

Mohd.Salleh Lebar (1996), Kurikulum Pendidikan, Kuala Lumpur : Berita Publishing


Sdn. Bhd.

Mohd. Salleh Lebar, 1998, Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah & Pendidikan,
Selangor : Thinker's Library.