Anda di halaman 1dari 294

Rakaman Kembali Pengalaman

Penulis Bersama Datuknya......


TAMAR JALIS
SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
JILID 5

1
98. Tubuh Terapung Di Udara

"Hei Tamar, mahu ke mana?”, jerit Udin Tarzan. Belum pun sempat menjawab, dia
sudah berada di belakang kami.

"Mahu ke mana?”, ulang Udin Tarzan lagi.

"Kami nak duduk jauh dari gelanggang", jawab Najib.

"Kenapa?"

"Kalau ada sesuatu yang buruk terjadi, kami sempat melarikan diri", jelas saya
dengan jujur.

"Hum, jangan pergi ke mana-mana. Aku ada, aku tak akan biarkan kamu mati
katak", wajah Udin Tarzan kelihatan cukup bengis. Saya dan Najib berpandangan.

"Mari", perintah Udin Tarzan.

"Ha...”, mulut Najib separuh terbuka.

"Ikut saja cakapnya", bisik saya ke telinga Najib.

Udin Tarzan tarik tangan kanan saya. Tidak ada bantahan. Saya hanya mengikut
sahaja. Langkah Udin Tarzan cukup cepat. Sesekali saya terlihat ada sesuatu dalam
saku seluarnya. Bentuk benda itu bulat dan berat. Saya terus menumpukan
perhatian pada benda yang berada dalam saku seluar Udin Tarzan.

Bila Udin Tarzan melangkah, benda dalam saku seluarnya dapat dilihat dengan
jelas. Darah saya tersirap. Udin Tarzan memiliki pistol. Jenis apa? Saya sendiri tidak
tahu. Dan saya tidak kuasa untuk menyoalnya. Itu bukan urusan saya. Kalau
ditanya, mungkin menimbulkan kemarahan pada dirinya.

"Kamu berdua duduk di sini", itu arahan Udin Tarzan. Saya dan Najib segera
mematuhinya. Duduk tepi gelanggang dekat Agam yang kelihatan menggigit hujung
jari kelingking. Lelaki dari Kelantan itu terus menepuk-nepuk kepala ayam
sabungnya dengan penuh manja. Dia terus keliling gelanggang, mempamerkan rasa
bangganya kerana memiliki ayam sabung yang handal.
Bila sampai depan Agam, lelaki dari Kelantan itu terus menghentak-hentakkan kaki
kanannya. Orang yang berada keliling gelanggang terus ketawa. Lucu melihat
telatah lelaki dari Kelantan itu. Agam terus mengeliat dan turut ketawa.

"Diam", jerit Udin Tarzan.

Ketawa terus berhenti dengan serta-merta. Udin Tarzan keluarkan pistol. Muncung
pistol dihalakannya ke dahi Agam.

"Kamu mahu menggagalkan semua yang diatur", lanjut Udin Tarzan. Muncung pistol
terus bertemu dengan kulit dahi Agam. Semua yang menyaksikan peristiwa itu jadi
cemas. Tidak ada seorang pun yang berani bersuara. Lelaki dari Kelantan bersama

2
ayam sabungnya terus menyembunyikan diri di perdu bertam. Ternyata pada lelaki
itu, lebih mengutamakan eselamatan ayam sabungnya dari dirinya sendiri. Ayam
sabungnya dimasukkan ke dalam bajunya.

"Mahu lawan sabung atau tidak?", Udin Tarzan beri kata dua. Agam masih kelihatan
tenang. Masih sempat senyum dan menjamah hujung pistol yang bertemu dengan
dahinya.

"Sabar, marah mainan syaitan. Orang yang waras tidak pernah marah", ucap Agam.

"Jangan nak mengajar saya.”

"Tidak, saya bercakap perkara yang benar", tambah Agam. Perlahan-lahan pistol
dari tangan Udin Tarzan diambilnya. Saya lihat Udin Tarzan tidak melawan.
Kelihatan seperti kena pukau.

"Kita mesti bertindak dengan tenang", tambah Agam. Pistol Udin Tarzan yang
berada di tangannya dicampakkan ke tanah. Saya dan Najib gelengkan kepala, bila
melihat telapak kaki kanan Agam memijak pistol milik Udin Tarzan.

Pistol itu terbenam dalam bumi. Bila telapak kaki kanannya diangkat, badan pistol
kelihatan berasap. Semua orang yang ada di situ gelengkan kepala. Pistol itu
bertukar menjadi besi yang amat buruk serta berkarat.

"Minta maaf, saya tak mahu bersabung ayam", ujar Agam lembut. Udin Tarzan terus
gosok batang leher. Sinar matanya memancarkan kemarahan tetapi, dia tidak dapat
bertindak atau melakukan sesuatu.

"Kenapa? Tadi awak yang mencabar", suara Udin Tarzan amat perlahan sekali.
Tunduk tidak berani menentang wajah Agam. Kehebatan, kesombongan dan
kegagahan Udin Tarzan hilang dengan serta-merta. Semua orang yang berada di
sekeliling gelanggang merasa hairan dan amat terkejut sekali.

"Kenapa?”, susul Udin Tarzan lagi.

"Saya memang tak minat.”

"Kalau tak minat kenapa kamu mencabar?”

"Saya cuma nak tengok muka orang yang ada menyimpan ayam sabung.”

"Hum, awak permainkan kami", Udin Tarzan mengeluh.

"Berjudi bukan mainan hidup saya", suara Agam bergetar.

Dia menoleh ke kanan sambil menggosok pangkal hidungnya dua tidak kali. Agam
terus tepuk pangkal lengan kanan dengan telapak tangan kiri, tiga kali berturut-turut.

TEPUK

3
Selesai sahaja Agam tepuk pangkal lengan kanannya. Udin Tarzan bagaikan
tersedar dari lamunan. Dia terus bertempik sambil mengambil sepotong kayu yang
berada di sudut kanan gelanggang. Udin Tarzan bersedia untuk memukul kepala
Agam. Cita-citanya tidak diteruskan. Dihalang oleh suara yang menyebut-nyebut
namanya dari arah perdu pohon petai. Udin Tarzan segera menoleh ke arah
tersebut. Kayu di tangan terus dicampakkannya keluar gelanggang.

"Kau datang juga", sergah Udin Tarzan.

"Kalau dah berjanji mesti datang. Belum pernah menolak kalau nak bersabung,
ayam siapa lawan si jaguh aku?", kata lelaki yang muncul dari arah pokok petai. Dia
memakai seluar panjang warna kuning, baju merah lengan pendek yang sudah
pudar warnanya.

"Banyak, dekat tujuh ratus ringgit, Ali", jawab Udin Tarzan penuh yakin.

"Siapa lawan ayam saya?”, tanya orang yang bernama Ali.

"Jaguh seluruh Kelantan.”

"Mana dia mukanya?", Ali ketawa kecil.

"lni dia orangnya", lelaki dari Kelantan muncul. Menerpa ke tepi gelanggang. Lelaki
dari Kelantan itu terus melepaskan ayam dalam gelanggang. Sorak dan tepukan
kian bertambah hebat. Ali renung tiap wajah yang berada di situ dengan senyum.
Tiba-tiba, senyum Ali terus berhenti, bila matanya tertumpu ke wajah Agam.
Tetapi,semuanya kembali berbunga, bila Agam memalingkan wajahnya ke arah
hutan tebal.

"Duit sewa gelanggang, serahkan di sini", pekik Udin Tarzan. Lelaki dari Kelantan
dan Ali pun serahkan duit sewa gelanggang. Kemudian Udin Tarzan pun
menyerahkan wang sewa gelanggang pada ketuanya. Dari jauh, Udin Tarzan angkat
tangan kanannya tinggi-tinggi memberitahu pada orang yang hadir bahawa
gelanggang boleh digunakan. Sorak dan tepuk tangan orang ramai bergemuruh
menguasai kawasan terpencil itu.

"Aku nak lepaskan ayam, Udin", jerit Ali.

"Silakan", balas Udin Tarzan. Tepukan dan sorak bertambah gamat.

"Kau lawan dia jaguh, kau bunuh dia dengan taji kamu", itu yang dibisikkan oleh Ali
pada ayam sabungnya. Orang ramai yang bertaruh mula membuat kumpulan
sendiri. Wajah mereka didakap kegembiraan yang amat sangat. Masing-masing
mengharapkan tuah dan keuntungan yang berlipat ganda.

Di tengah gelanggang, dua ekor ayam mula bertentangan. Mengembangkan kepak


dan bulu leher kelihatan membesar, bersedia untuk menewaskan antara satu sama
lain. Dua ekor ayam itu tidak tahu, bahawa nyawa mereka dipertaruhkan demi
kepuasaan hati manusia yang selama ini dianggap bijak dan bertamadun
mempunyai nilai budi dan perasaan yang tinggi. Bila berdepan dengan suasana

4
demikian, saya segera terfikir bahawa ada waktu dan ketikanya, manusia ini lebih
kejam, lebih bodoh dari dua ekor ayam sabung yang berada ditengah gelanggang.

Setiap kali ayam milik Ali membenamkan tajinya ke leher ayam jaguh milik lelaki dari
Kelantan, suara sorakan dari tepi gelanggang terus melangit. Ada yang terkinja-kinja
menari macam beruk dapat belacan. Secara mendadak tepukan dan sorakan terus
terhenti. Semua biji mata tertumpu ke arah Agam yang berdiri di tengah gelanggang.
Bagaikan kilat Agam menangkap ayam milik lelaki dari Kelantan yang kelihatan
terhoyong-hayang. Beberapa helai bulu kepaknya mula berjatuhan. Balungnya
berdarah begitu juga dengan bahagian lehernya. Agam segera mendekati lelaki dari
Kelantan.

"Ambil ayam kamu", kata Agam pada lelaki dari Kelantan.

"Kami berlaga ayam, apa hak kamu mengganggu kami?”

"Islam melarang pengikutnya berbuat kejam dengan binatang.”

"Saya mencari rezeki.”

"Bukan ini caranya mencari rezeki."

"Tapi...”

"Tak ada tapinya, ambil ayam kamu dan pergi dari sini, kalau kamu tak dengar
cakap aku, buruk padahnya nanti."

Agam mula tunjuk taring. Lelaki dari Kelantan mula membantah tetapi, bila dilihatnya
muka Agam, dia tidak jadi membantah. Tanpa banyak cakap dia terus ambil ayam
sabungnya. Lelaki dari Kelantan itu mengatur langkah menuju ke arah pondok
tempat ketua Udin Tarzan berehat. Agam renung ke kiri, didapatinya ayam sabung
Ali tidak berada di gelanggang lagi. Sebahagian orang ramai yang berada di tepi
gelanggang mula beredar. Masing-masing bersedia untuk menyelamatkan diri
andainya tercetus sebarang perkelahian.

"Eh, kamu ke mari dekat aku", ujar Agam pada Ali yang bersila di tepi gelanggang.
Ali tidak memperhiraukan arahan dari Agam. Dia terus membiarkan ayam
sabungnya mematuk padi atas telapak tangannya. Sesekali, Ali meraba ulu golok
yang terselit di pinggangnya. Dia terus bersiul-siul kecil.

"Hei, ayam sesat jangan cuba nak tunjuk handal di tempat orang", Ali mula
menyindir.
Badan ayamnya diurut perlahan-lahan.

"Pulanglah dan buat kerja lain", tingkah Agam.

"Jangan nak ajar saya!", jawab Ali.

"Bukan mengajar tapi nasihat.”

5
"Diam bangsat!", pekik Ali sambil mencabut golok di pinggang lalu di baling ke arah
Agam.
Cepat-cepat Agam mengelak. Golok melekat pada pohon pulai. Agam terus
menerpa ke arah Ali. Cepat-cepat Ali melompat dan lari ke arah pondok tempat
ketua Udin Tarzan berehat. Ayam Ali terlepas lari ke dalam semak. Agam masih
berdiri di tengah gelanggang yang sudah ditinggalkan oleh para peminat sabung
ayam. Saya dan Najib yang sejak tadi menjauhkan diri dari gelanggang mula
gelisah. Tetapi kami yakin Agam tidak akan bertindak sesuatu terhadap kami. Demi
keselamatan diri, kami segera berlindung di balik pohon besar.

"Kita balik saja, Najib. Aku tak suka tengok orang bergaduh", kata saya lemah.

"Kita tunggu dulu, Tamar, Kita tengok siapa handal. Lagipun kita duduk sembunyi di
sini, tak ada siapa yang tahu.”

"Aku takut dan...”

"Sudahlah Tamar, kau tengok tu.”

Saya segera tegakkan kepala. Sepasang mata saya tertumpu ke arah Agam yang
sedang berdepan dengan ketua Udin Tarzan. Dalam jarak beberapa kaki dari
ketuanya, kelihatan Udin Tarzan, lelaki dari Kelantan dan Ali. Mereka memegang
kayu bulat yang panjangnya lebih dari enam kaki.

MERANGKAK

Saya dan Najib merangkak di celah-celah pohon kecil, mendekati mereka. Kami
mahu mendengar apa yang akan diucapkan oleh ketua Udin Tarzan pada Agam.
Tanpa diduga, Udin Tarzan, lelaki dari Kelantan dan Ali melakukan serangan yang
serentak ke arah Agam. Saya lihat Agam begitu tangkas mengelakkan serangan
yang datang bertubi-tubi. Agam lebih banyak bertahan dari melakukan serangan.

Agam berusaha dengan sedaya upaya, agar orang yang menyerangnya tidak
cedera. Dia lebih suka melihat mereka tewas akibat kepenatan. Ternyata taktik yang
digunakan oleh Agam amat berkesan sekali. Ketiga-tiga penyerangnya tercungap-
cungap dan terus jatuh ke bumi.

"Aku tak mahu bergaduh, aku sekadar mahu membetulkan kamu dari membuat kerja
maksiat, baliklah ke rumah kamu," tutur Agam dengan tenang. Udin Tarzan, lelaki
dari Kelantan dan Ali segera bangun. Mereka seperti dipukau mencari lorong untuk
pulang ke rumah masing-masing. Tanpa diduga, Udin Tarzan pusing ke kanan lalu
mengeluarkan rantai basikal yang diikat pada kayu kecil dari saku seluarnya. Udin
Tarzan menerpa ke arah Agam. Dia terus melibaskan rantai basikal ke badan Agam.

Aneh, walaupun mata rantai basikal itu membelit ke tubuhnya tetapi, Agam tetap
tenang dan tubuhnya tidak mengalami sebarang kecacatan. Tubuh Udin Tarzan
menggeletar, dia jadi panik bila melihat mata rantai basikal relai, jatuh ke bumi
dalam bentuk ketulan hitam yang kecil macam tahi kambing. Udin Tarzan terus buka
langkah seribu. Langgar tunggul dan akar hingga jatuh tunggang langgang. Dia tetap
bangun dan terus lari.

6
Bahu Agam dipaut dengan kuatnya dari belakang. Sukar untuknya menoleh ke kiri
dan ke kanan. Pautan itu seperti mencengkam dan terbenam dalam kulit tubuhnya.
Agam yakin cengkaman itu bukannya dari jari jemari manusia.

"Kamu belum tahu siapa aku. Kamu mencari penyakit datang ke tempat aku", suara
parau dan keras menendang gegendang telnnga Agam. Serentak dengan itu
cengkaman yang singgah di bahunya berakhir. Dia segera memusingkan tubuh dan
wajahnya menatap orang yang bersuara.

"Kamu tahu belum ada orang yang berani kacau aku. Ketua kampung penghulu dan
ketua balai polis di sini tak berani kacau aku. Kenapa kamu pula yang sibuk?"

Sebagai orang Islam aku berhak memberitahu atau membetulkan kesilapan yang
kamu buat."

"Apa kesilapan yang aku lakukan?"

"Kamu bapak maksiat!", ucap Agam lantang.

"Biadap!", sergah lelaki ketua Udin Tarzan. Agam tidak menjawab kutukan itu. Dia
termenung sejenak. Macam ada sesuatu yang difikirkannya. Agam mengambil
keputusan tidak mahu berkeras dengan lelaki berbadan tegap. Tingginya hampir
enam kaki.

"Nama aku Amjal Kamal", lelaki itu memperkenalkan dirinya. Dia membuka baju
yang membalut tubuhnya. Baju yang dicampakkan ke bumi lalu dipijaknya. Kedua
belah lengannya penuh dengan tangkal dan azimat. Lelaki itu mengeluarkan sebilah
keris pendekar. Dia terus menikam perutnya dengan keris bertubi-tubi. Mata keris
terus bengkok. Kulit perutnya tidak tercalar ataupun luka. Lelaki itu mencampakkan
kerisnnya yang sudah patah itu ke dalam semak.

"Kau nampak sekarang?", kata AmJal Kamal sambil ketawa. Dia keluarkan pistol
dari paha kanannya (pistol itu diikat ke pangkal paha kanan dengan tali guni).
Muncung pistol dituamkan ke dahinya. Kemudian dia menarik pemetik pistol. Satu
letupan bergema. Amjal terus ketawa. Peluru pistol tidak mendatangkan sebarang
kesan. Amjal Kamal terus memecahkan sebiji botol. Kaca dari botol tersebut terus
ditelannya.

"Apa kamu sanggup menentang aku? Kalau tak sanggup, eloklah kau pulang.
Jangan kacau kerja aku", Amjal Kamal renung muka Agam.

"Kamu memang hebat, tubuh kamu tak makan peluru."

"Kalau sudah tahu, kenapa kamu cari penyakit?”

"Aku bukan mahu mencari penyakit. Aku mahu menyembuhkan penyakit kau.”

"Apa penyakit aku? Cakap!", tanya Amjal Kamal sambil menggosok-gosok pistolnya.

7
"Kau tamak, tak pernah puas. Tak mahu ingatkan Allah. Kamu harus tahu, bila
tamak dah menguasai diri kamu, kamu lupa diri sendiri lalu mahu menyesatkan
orang lain.”

"Kurang ajar!”

"Ya, aku nak ajar kamu. Tangkai dan azimat tidak dapat menentang kuasa Allah.
Mulai hari ini, kamu jangan buka gelanggang di sini. Sebaik-baiknya kau berambus
dari sini", Agam memberi amaran.

SABAR

Sampai di sini, Amjal Kamal sudah tidak menahan sabar. Dia segera menatang
muncung pistol ke arah Agam. Beberapa saat kemudian terdengar letupan yang
berturut-turut. Anehnya, pepohon di kiri kanan Agam jadi sasaran peluru pistol Amjal
Kamal. Agam tidak mengalami sebarang kecederaan. Amjal Kamal renung kiri
kanan. Dia mencampakkan pistol ke arah kami. Jatuh betul-betul di depan Najib dan
terus meletup. Najib menjerit dan terus jatuh pengsan. Saya yang tidak tahu untuk
berbuat sesuatu segera keluar dari tempat persembunyian. Agam mendekati saya
tanpa membuang masa. Saya segera memberitahu padanya apa yang telah terjadi.

"Kau jangan ke mana-mana, sebentar lagi kawan kamu akan sedar dari pengsan",
katanya pada saya. Sebaik sahaja saya anggukkan kepala, Agam kembali
merenung kearah Amjal Kamal yang sedang membawa sebatang besi. Saya tidak
tahu dari mana Amjal Kamal memperolehi besi itu. Amjal Kamal terus mendekati
Agam. Saya lihat, Agam bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Dia
biar Amjal Kamal mendekatinya. Bila Amjal Kamal angkat besi untuk memukul
kepalanya, Agam menampar bumi. Besi di tangan Amjal Kamal terlepas.

"Kamu memang handal tapi...", Amjal Kamal tidak dapat meneruskan kata-katanya.
Dia terus melepaskan satu tendangan yang kencang ke arah Agam. Amjal Kamal
membuka silat Siam. Agam tetap bertenang dan menepis setiap serangan yang
datang. Usaha Amjal Kamal untuk menewaskan Agam dengan kekasaran tidak
berhasil. Kali ini, Amjal Kamal menggunakan ilmu kebatinannya untuk menundukkan
Agam. Mereka berdiri bertentangan. Masing-masing memeluk tubuh. Agam memberi
isyarat tangan pada saya supaya kembali ke tempat persembunyian. Bila saya
sampai ke tempat tersebut, saya dapati Najib sudah pun sedar dari pengsan.

Dalam keadaan yang kelam-kabut itu saya terdengar bunyi petir dan diikuti dengan
gumpalan asap hitam berkumpul di tengah gelanggang sabung ayam. Dari
gumpalan asap itu keluar percikan bunga api yang menuju ke arah tubuh Agam.
Pelik, bila percikan bunga api mahu mengenai tubuh Agam, percikan itu segera
berpatah balik ke dalam gumpalan asap dan terus hilang.

Muka Agam kelihatan berpeluh. Agam terus menajamkan kedua belah bibirnya
sambil menghembuskan udara yang berkumpul dalam mulutnya ke arah gumpalan
asap. Dengan sekelip mata asap tebal itu terus hilang. Apa yang saya dan Najib lihat
ialah, lengan kanan Amjal Kamal ditumbuhi bulu macam bulu orang utan. Kukunya
panjang macam kuku harimau tetapi, tangan kirinya tetap macam biasa. Muka
sebelah kiri Amjal Kamal berubah bentuk iaitu kelihatan sama, tidak ada hidung,

8
tidak ada mata, pipi dan bibir. Kelihatan rata macam papan yang sudah diketam.
Amjal Kamal berdiri kaku macam patung batu. Dari bahagian belakangnya kelihatan
kepulan asap yang menipis. Dada saya terus berdebar dan saya segera menoleh ke
arah Najib. Dia kelihatan tergamam.

"Tamar, apa yang kita lihat benar-benar terjadi?”. tanya Najib.

"Ya, aku yakin Amjal Kamal banyak ilmu dunianya, kebal dengan sihir. Dia
melindungi syaitan", bisik saya ke telinga Najib. Sebaik sahaja saya selesai
mengucapkan kata-kata tersebut, bulu tengkuk saya segera menegak. Badan terus
menggeletar. Saya pun segera membaca beberapa ayat suci untuk menghalau
syaitan.

"Lihat, Tamar", Najib cuit bahu kanan saya. Tanpa membuang masa, saya renung
ke arah Agam yang sedang menumpukan seluruh biji matanya ke arah tubuh Amjal
Kamal. Setiap kali Agam menggerakkan kelopak matanya, tangkal di leher Amjal
Kamal putus sendiri. Jatuh ke bumi lalu terbakar. Bila Agam gerakkan lehernya ke
kanan. Azimat atau tangkal yang membelit di lengan Amjal Kamal segera relai
menjadi habuk yang akhirnya berterbangan entah ke mana dibawa angin.

"Heiiiii...”, Amjal Kamal bertempik. Tangannya yang bertali diangkatnya tinggi-tinggi.


Dalam sekelip mata sahaja, dia menjatuhkan dirinya ke bumi. Amjal Kamal
menyondolkan mukanya ke tanah. Tidak ubah macam babi menyondol batas ubi
keledek. Agam tetap tenang melihat keadaan yang amat ganjil itu. Semua gerak-geri
Amjal Kamal diikuti dengan penuh teliti. Agam meramas-ramas jari-jemari tangan
kanannya. Dia menarik nafas panjang, kelima-lima jari-jemari tangan kanannya
menutup mata sebelah kirinya.

"Heiiiii...”, lagi sekali suara jeritan Amjal Kamal bergema menguasai kawasan hutan
tersebut. Serentak dengan itu dia terus melompat dan berdiri lurus. Saya lihat
wajahnya ke arah Agam. Dan tanpa disangka-sangka, Agam jatuh terlentang. Kedua
belah kaki Agam terangkat dan badannya berpusing-pusing di bumi, macam ada
tenaga ghaib yang memusingkannya. Saya dan Najib terpaku melihat keadaan yang
tidak pernah kami fikirkan selama ini. Biasanya, keadaan seperti ini wujud dalam
filem yang bertemakan kisah zaman purba.

Tamar", Najib seperti berbisik.

"Kenapa, Jib?", tanya saya perlahan-lahan.

"Aku dengar macam ada šuara orang sedang azan", jawab Najib. Matanya tetap liar.
Renung kiri renung kanan.

"Aku juga dengar Jib.”

"Di sini tak ada masjid, siapa pula yang azan tu. Waktu Asar pun belum masuk",
Najib bersuara penuh keraguan.

"Sudahlah, jangan fikirkan. Itu kerja makhluk Allah, asalkan jangan ganggu kita
sudah cukup.”

9
"Aku tak puas hati kalau tak tahu Tamar.”

"Kau jangan merepek", suara saya keras lalu menutup mulut Najib dengan telapak
tangan kiri.

KASAR

Saya bersyukur pada Allah, tindakan saya yang agak kasar itu, tidak menyinggung
perasaan Najib. Dia menerima semuanya itu sebagai satu perintah yang wajib
dipatuhi. Kami segera mengarahkan biji mata kami ke arah Agam dan Amjal Kamal
kembali. Saya lihat Agam sudah pun berdiri. Saya tidak tahu bagaimana dia bangun.
Suara azan yang mengusik gegendang telinga saya dan Najib terus ghaib entah ke
mana. Agam dan Amjal Kamal bertentang wajah.
Kedua-duanya memeluk tubuh. Antara Amjal Kamal dan Agam, ternyata Amjal
Kamal lebih hebat. Ulas-ulas lengannya kelihatan berketul-ketul. Dadanya nampak
bidang dengan rambut panjang hitam terkandar atas sayap bahunya. Saya lihat
dada bidang Amjal Kamal kelihatan berombak-ombak ketika dia menarik dan
melepaskan nafas. Dari gerak-gerinya itu ternyata Amjal Kamal menggunakan
semua ilmu batin yang diketahuinya untuk menentang Agam.

"Aku tak mahu apa-apa dari kamu. Aku tidak mahu berlawan. Aku minta kau
tinggalkan tempat ini", suara Agam lembut penuh sopan.

"Kau tak berhak menahan apa juga keinginanku", cukup angkuh suara Amjal Kamal.
Tangan kanannya merayap atas bahu kiri. Dia terus memulas hujung rambut. Setiap
kali hujung rambutnya dipulas, Agam menjerit kesakitan. Macam ada benda tajam
yang menusuk tiap sendi Agam.

"Aku merayu, tinggalkan tempat ini," ujar Agam dalam kesakitan.

"Tidak ", suara Amjal Kamal keras. Dia terus memintal-mintal hujung rambutnya.
Agam terus mengerang kesakitan. Saya lihat kedua belah kaki Agam tidak mampu
menahan tubuhnya. Dia jatuh perlahan-lahan dan terduduk atas bumi. Dari lubang
hidung dan mulutnya keluar air macam air liur.

"Allahu akbar", suara Agam meninggi. Serentak dengan itu saya lihat dia bertenaga
kembali. Agam bagaikan mendapat satu tenaga ghaib. Air yang keluar dari mulut
dan hidung berhenti terus. Agam menggosok-gosok kedua belah telapak tangannya.
Saya lihat bibir Agam bergerak-gerak macam membaca sesuatu. Tangan kirinya
menepuk bumi dua kali. Amjal Kamal terus ketawa, dia seolah-olah
mempersendakan apa yang dilakukan oleh Agam.

"Aku merayu kepada kamu, tinggalkan tempat ini", Agam mohon belas ikhsan dari
Amjal Kamal. Ternyata Amjal Kamal tidak berganjak dari keputusannya. Agam terus
duduk bersila di bumi. Saya dongakkan kepala melihat beberapa ekor burung
belatuk mematuk batang meranti yang sudah mati. Saya terasa aneh, belum pernah
saya melihat burung belatuk begitu banyak. Beberapa helai daun tua mula gugur ke
bumi dirempuh angin. Saya lihat langit begitu cerah dengan gumpalan awan putih
bersih berarak lembut ke arah selatan.

10
"Ini hutan, tak ada manusia yang diam di sini, sudahlah kau jangan merepek", Amjal
Kamal terus mempersendakan Agam. Dia yakin, Agam akan tunduk padanya. Amjal
Kamal mengambil seketul kayu lalu dibalingkan ke arah Agam. Saya dan Najib
terpampan, bila melihat kayu yang dibalingkan ke arah Agam tidak menuju ke
sasarannya. Kayu itu berpusing-pusing di udara untuk seketika kemudian hancur
menjadi serbuk.

"Kau nak tunjuk kehebatan kamu?", Amjal Kamal jadi marah.

"Tidak, semuanya atas kehendak Allah. Aku berdoa pada Allah supaya diberikan
perlindungan."

"Hiss kamu", Amjal Kamal melompat dan menerkam ke arah Agam. Cepat-cepat
Agam mengangkat tangan kanannya. Amjal Kamal terpekik. Dia tidak dapat
bergerak ke mana-mana, terapung-apung di udara. Agam menurunkan tangannya
perlahan-lahan. Tubuh Amjal Kamal yang terapung-apung di udara turut sama
bergerak perlahan-lahan ke permukaan bumi. Bila telapak tangan Agam bertemu
dengan bumi, tubuh Amjal Kamal terletak atas tanah.

"Aku minta kamu berhenti dari membuat kerja maksiat", kata Agam masih
berlembut.

"Itu urusan aku."

"Ya, aku tahu itu urusan kamu tapi...", Agam berhenti bercakap.

"Tapi apa, manusia laknat?"

"Orang-orang yang berjudi di sini sudah mengotorkan masjid dan surau tempat kami
beribadat. Mereka kencing dan berak ikut suka hati."

"Kamu bohong!", bantah Amjal Kamal.

"Baik, aku buktikan", Agam merenung ke arah sebelah kiri. Tidak ada apa-apa yang
dapat dilihat kecuali hutan kecil dengan pohon yang menghijau.

"Aku bukannya budak-budak", Amjal Kamal menepuk dada dan meludah ke arah
Agam. Tiba-tiba saya dan Najib terdengar bunyi suara orang membaca ayat-ayat
suci. Saya amati pembacaan itu dengan teliti. Saya kagum, pembacaan itu memang
betul, samada dari segi tajuwid, tekanan suara dan dengung. Pembacaan yang
sempurna itu membuat saya terpesona.

99. Kaki Berbulu

Dalam irama pembacaan ayat-ayat suci itu, saya terdengar bunyi orang menumbuk
padi dan berpantun. Terdengar kokok ayam dan hidung saya terbau nasi dan bau

11
gulai. Saya dapati diri saya bagaikan berada di tengah-tengah sebuah
perkampungan yang jumlah penghuninya bukan sedikit. Para penduduk sentiasa
sibuk dan rajin berusaha. Taat pada perintah Allah. Semua yang saya rasakan itu
tidak dapat saya lihat dengan mata kasar.

"Beberapa orang anak-anak cucu aku patah kaki dan tangan dan luka akibat
perbuatan orang-orang yang kau ajak berjudi di sini", tambah Agam.

Sebaik sahaja Agam selesai bercakap terdengar suara budak-budak menangis


menahan kesakitan.

"Kamu sihir aku", bantah Amjal Kamal.

"Tidak, kami makhluk Allah seperti kamu, kami minta sesuatu dari Allah", suara
Agam lemah.

"Bohong", sergah Amjal Kamal.

"Ya, aku buktikan lihat sekarang", Agam meluruskan jari telunjuknya ke sebelah
kanan.

"Ajaib sungguh", keluh saya dalam hati. Najib tidak berkata apa-apa. Amjal Kamal
bagaikan terpegun melihat apa yang wujud di depan matanya. Semuanya terjadi
tanpa diduga. Saya gosok kelopak mata dua tiga kali hingga terasa pedih. Bagaikan
mimpi rasanya, melihat sebuah perkampungan yang besar, lengkap dengan masjid
dan rumah yang bentuknya seperti rumah orang-orang Melayu, berdinding tepas
dan beratapkan rumbia. Keliling kawasan rumah terdapat pokok pisang, cabai dan
terung. Binatang ternakan seperti ayam, itik dan kerbau.

Para penghuni kampung tersebut, kebanyakannya berkulit cerah. Sama ada lelaki
atau perempuan, bentuk tubuh mereka tetap besar dan tinggi. Sukar untuk mencari
yang rendah. Pada hemat saya, rata-rata mereka berukuran sekitar lima kaki
sepuluh inci atau lebih. Mereka nampak ramah sekali. Kanak-kanak yang berusia
sekitar enam tahun, berkumpul di surau belajar membaca Quran. Mereka juga
belajar hukum-hukum agama secara terperinci dari seorang lelaki yang berjubah
hitam.

Hampir semua orang lelaki memakai jubah warna putih bersih, ada juga yang
memakai serban dan songkok dibuat dari kain putih. Semua orang perempuan di
perkampungan tersebut memakai mini telekung putih. Baju dan kain juga dari kain
putih. Suasana sekitar kampung terasa damai. Semuanya kelihatan bersih, setiap
halaman rumah sukar untuk mencari daun. Orang-orang tua duduk di anjung rumah
membaca Quran atau berkasidah memuji Nabi Muhammad S.A.W. dan para
sahabat.

"Ini perkampungan, Islam", demikian hati kecil saya membuat kesimpulan. Saya
segera bangun.

"Nak ke mana Tamar?" Najib terkejut.

12
"Aku nak masuk ke kampung tu, aku nak berkenalan dengan orang-orangnya", jelas
saya.

"Jangan", Najib segera memaut tangan kanan saya.

"Kenapa?"

"Boleh jadi apa yang kita lihat tu, hanya bayangan saja. Kau mesti ingat kita berada
dalam hutan. Dalam hutan begini macam-macam boleh jadi", Najib mengingatkan
saya.

"Ah, aku nak pergi", saya membuat keputusan yang amat nekad. Saya cuba
melangkah, tiba-tiba sahaja pangkal paha sebelah kanan saya terasa sakit. Kedua-
dua belah bahu saya seperti dihempap dengan benda berat. Saya tidak terdaya
berdiri dan terus jatuh. Apa yang saya alami, tidak mematahkan niat saya untuk
pergi ke tempat tersebut. Makin berkobar-kobar semangat saya mahu pergi ke
kampung tersebut, makin hebat sakit di pangkal paha kanan saya.

Bila saya membatalkan niat tersebut. Semua sakit yang saya deritai terus hilang.
Perasaan saya terasa lapang dan lega. Jadi, saya mengambil keputusan melupakan
terus hasrat yang bersarang dalam dada. Bila melihat saya pulih, Najib
mengucapkan syukur pada Allah beberapa kali. Dia mengajak saya pulang.
Ajakannya itu saya bantah terus, Najib terpaksa tunduk pada kemahuan saya.

"Kita tengok apa yang akan terjadi selanjutnya, Najib."

"Merbahaya, Tamar."

"Kita cuma tengok saja, bukan nak buat apa-apa."

"OK, aku mengikut saja."

"Bagus", bahu kanan Najib saya tepuk beberapa kali. Saya dongakkan kepala ke
langit. Matahari sudah beransur condong. Berpandukan pada kedudukan matahari di
langit, saya kira waktu itu dah hampir pukul empat petang. Tetapi, saya tidak merasa
jemu atau bosan berdepan dengan peristiwa yang pada tanggapan saya amat
menyeronokkan. Dan jarang-jarang pula terjadi.

"Apa yang kamu ingini, sudah aku buktikan. Aku tidak berbohong dengan kamu. Aku
bercakap sesuatu yang benar", terdengar suara Agam cukup lantang. Saya dan
Najib tumpukan perhatian pada dirinya dan Amjal Kamal.

"Kamu tak puas hati lagi?", tanya Agam.

"Hum...", suara Amjal Kamal mendengus macam orang marah.

HILANG

13
Perkampungan di tengah hutan itu terus hilang. Kawasan tersebut segera ditumbuhi
pokok-pokok kecil seperti pokok paku, pokok senduduk dan rumput-rampai yang
menjalar menutup bumi. Kawasan yang ditumbuhi pokok kecil itu cukup luas.

Di kiri kanan kawasan tersebut dipagari dengan pokok-pokok besar yang digayuti
dengan akar, tempat monyet bergantung atau melompat. Amjal Kamal menolak
kenyataan yang wujud di depan matanya. Dendamnya belum berakhir. Dia berusaha
untuk memusnahkan Agam yang pada hematnya cuba mencabar kebolehan dan
kehandalan dirinya, cuba

menghalang segala cita-citanya. Amjal Kamal mengeluarkan seketul batu kecil dari
saku seluar sebelah kanannya. Batu kecil itu diletakkan atas telapak tangannya.

Amjal Kamal hembus batu itu tiga kali berturut-turut. Beberapa detik kemudian
terdengar bunyi deru angin yang kuat. Ribut besar pun berlaku di sekitar kawasan
tersebut. Dahan pokok terus patah malah ada pokok tumbang. Saya dan Najib
segera memeluk pokok di depan. Andainya kami tidak memeluk pokok besar
kemungkinan tubuh kami akan diterbangkan oleh angin. Walaupun ada pokok yang
tumbang tetapi, Agam tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

Setengah jam kemudian, ribut besar yang menggila itu terus berhenti. Agam masih
berada di tempatnya tetapi, Amjal Kamal terus hilang entah ke mana. Saya
terdengar suara ganjil dari sebelah kiri. Saya amati suara tersebut dan saya pasti
suara itu adalah suara beruang.

Ramalan saya tidak tepat. Itu bukan suara beruang tetapi, suara Amjal Kamal yang
sudah berubah wajah dan bentuk. Seluruh wajahnya ditumbuhi bulu tebal yang
berwarna kemerah-merahan. Begitu juga dengan rambutnya. Sepasang mata Amjal
Kamal bertukar jadi macam mata harimau dan bahagian mulut bertukar bentuk
seperti mulut orang hutan. Sepasang kakinya berbulu hitam. Bahagian badannya
berbelang macam belang harimau.

Sepasang tangannya memiliki kuku, seperti kuku harimau. Amjal Kamal yang
berubah rupa itu terus melompat, kedua belah tangannya bergerak ke kiri dan ke
kanan. Mencakar dan mematah apa sahaja yang tersentuh oleh tangannya.

Agam segera memanggil nama saya. Tanpa membuang masa saya terus
mendekatinya. Badan saya terus berpeluh. Macam-macam yang datang dalam
fikiran saya.

"Kamu berubah dari situ, orang ini terlalu akrab dengan syaitan dan boleh
melakukan apa sahaja untuk memesongkan setiap orang yang percayakan
kewujudan Allah", itu perintah Agam.

"Baiklah", balas saya.

“Sekarang pindah”, Agam mengamati saya.

“Pindah ke tempat Iain Jib.”

14
“Pindah ke mana Tamar?”, tanya Najlb.

“Sebelah sana, kita berlindung balik pokok kempas besar.”

“Baiklah”, sahut Najib. Kami pun berubah tempat. Saya gembira tempat yang saya
pilih terletak di kawasan tanah yang agak tinggi. Pokok kempas yang saya pilih
sebagai tempat berlindung cukup besar. Kawasan di bahagian perdunya bersih dan
lapang. Mudah untuk melihat gerak-geri Agam dan Amjal Kamal. Dari perdu kempas
saya lihat Amjal Kamal mendekati Agam yang berdiri tegap. Bersedia untuk
menghadapi sebarang kemungkinan.

“Tak usahlah bergaduh, tinggalkan saja tempat ini. Itu saya permintaan aku.
Bermusuh bukanlah tujuan hidup aku", Agam berusaha menenangkan perasaan
Amjal Kamal. Sayang, Amjal Kamal yang sudah bertukar rupa itu tidak dapat
berkata-kata. Setiap kali Agam bersuara dia akan mencabut anak-anak pokok yang
berdekatan.

Amjal Kamal menerpa ke arah Agam. Dengan tenang Agam menantinya. Kedua
belah bibir Agam kelihatan bergerak-gerak macam membaca sesuatu. Ketika Amjal
Kamal mahu mencakar mukanya, Agam segera menegakkan ibu jari kirinya.

Saya terkejut bila melihat Amjal Kamal jatuh dengan tiba-tlba. Dia berguling-guling
atas tanah. Amjal Kamal bertempik dengan sekuat hatinya. Seluruh bulu yang
melekat di tubuh Amjal Kamal gugur dengan sendirinya dan akhirnya terus hilang.
Tubuh Amjal Kamal kembali dalam bentuk biasa. Terkapar di bumi, tidak terdaya
mahu menggerakkan tangan dan kaki.

Dalam keadaan hati saya yang cemas dan takut itu saya lihat empat orang lelaki
muncul di kiri kanan Agam. Keempat-empat lelaki itu segera mengangkat Amjal
Kamal lalu diletakkan di pangkal pokok jelutung. Tubuh Amjal Kamal lalu ditutup
dengan daun pisang. Empat lelaki yang mengusung Amjal Kamal terus ghaib.

"Ke mari Tamar", perintah Agam. Saya dan Najib segera mendekatinya.

“Jangan apa-apakan kami”, saya merayu.

“Aku tidak akan apa apakan kamu berdua, kamu datang sekadar mahu melihat
bukannya bermaksud jahat.”

“Kalau begitu biarlah kami balik dulu”, Najib merayu.

“Nanti dulu, aku nak bercerita pada kamu tentang Amjal Kamal”, kata Agam.
Serentak saya dan Najib anggukkan kepala.

Agam pun bercerita. Memang sudah lama dia berusaha mengusir Amjal Kamal dan
kuncu kuncunya yang membuka gelanggang sabung ayam ditempat tersebut. Cara
yang dlilakukan oleh Agam ialah dengan melepaskan kerbau clan kambing setiap
kali perjudian itu diadakan.

15
Kadang-kadang dia sendiri memunculkan diri dalam bentuk manusia yang bertubuh
besar dan hitam legam. Tetapi semua yang dilakukan itu tidak mendatangkan kesan.
Amjal Kamal cukup keras kepala.

SEPIT

Bila sudah tersepit, Amjal Kamal akan menggunakan ilmu kebatinan yang
dituntutnya dari orang-orang yang melakukan pertapaan di kaki gunung Hlmalaya.
Memang datuk nenek Amjal Kamal berasal dan Nepal. Ayahnya dulu berkhidmat
dalam Tentera British di cawangan Pasukan Gurkha.

Dalam masa darurat sekitar 1948, pasukan yang dianggotai oleh ayahnya
ditempatkan di bandar Sungai Petani, Kedah. Dengan kehendak Allah, ayahnya
bertemu jodoh dengan perempuan rakyat Malaya berketurunan Bangladesh.
Ayahnya memeluk Islam lalu memilih nama Abdul Kamal.

Bila Amjal Kamal berusia dua tahun, ayahnya meninggal dunia akibat ditembak oleh
pihak pengganas komunis dalam satu serangan hendap tidak jauh dari bandar
Sungai Petani. Amjal Kamal terus membesar dalam jagaan ibunya, Aishah Kamdar.
Amjal Kamal menamatkan persekolahan dalam tingkatan empat di salah sebuah
sekolah Inggeris di Alor Setar. Kemudian pergi ke Bangladesh dan tinggal bersama
keluarga ibunya.

Setelah bekerja dengan sebuah syarikat perusahaan membuat jerami di Bangladesh


selama lima tahun, Amjal Kamal berhenti kerja. Dia merantau ke Nepal untuk
mencari kaum keluarga ayahnya. Di samping itu dia berhasrat untuk menjadi
pemandu pada pendaki yang ingin menawan kemuncak Everest.

Masa mencari keluarga ayahnya itu Amjal Kamal bertemu dengan bangsa Nepal
yang menuntut ilmu kebatinan. Dia tertarik dan terus melibatkan diri dalam kumpulan
tersebut.

Bila merasakan ilmunya sndah cukup, Amjal Kamal kembali ke Malaya. Dia
melakukan berbagai-bagai pekerjaan. Antara pekerjaan yang paling diminatinya
ialah menyeludupkan beras dari Thailand ke Malaysia.

Dia juga menjalankan kegiatan judi empat ekor secara haram. Padang Besar di
Perlis, Bukit Kayu Hiram di Kedah dan Rantau Panjang serta Pengkalan Kubur di
Kelantan adalah tempat yang sering digunakan oleh Amjal Kamal untuk menyeludup
beras, ganja dan sebagainya.

Supaya rancangannya berjalan lancar, dia memberi rasuah pada pihak tertentu.
Mungkin kerana faktor usia atau mungkin kerana tindakan tegas dari pihak kerajaan
membuat Amjal Kamal merasakan menjadi penyeludup tidak selamat. Dia pun
membuka langkah lain untuk menampung hidupnya.

“Salah satu dari caranya, mengadakan judi sabung ayam. Jadi perompak dan pecah
rumah dengan ilmu pukau", Agam meraba pangkal kening kirinya.

16
Saya lihat dia cukup tenang dan wajahnya mcmbayangkan kepuasan yang teramat
sangat.

"Dia memang hebat", Najib mengeluh.

"Ya, dia memang hebat. Dia juga kepala mencuri kereta dan motosikal untuk
dihantar ke Siam. Semua kerja-kerja yang dibuatnya tu, saya tak peduli, saya tak
kisah", suara Agam mula meninggi. Dua tiga kali dia mengeluh. Matanya menatap
wajah saya.

"Jadi, apa sebab sebenar yang awak marahkan dia?" , soal Najib.

"Saya marah, bila dia mencemar kampung halaman kami dengan membuka
gelanggang sabung ayam. Ada masanya dia bawa perempuan Siam tidur di
pondoknya. Khabarnya, perempuan-perempuan Siam tu diseludup dari Golok untuk
dihantar ke bandar-bandar besar di Semenanjung", Agam genggam penumbuk.
Dadanya kelihatan berombak melepaskan nafas yang berbaur dengan kemarahan.

Saya dan Najib diam. Kami berpandangan dan keberatan untuk mengajukan
sebarang pertanyaan. Pada hemat saya, biarkan dulu hati dan perasaan Agam
tenang. Bila sudah tenang, mudahlah bercakap dan dia tentu bersedia menjawab
apa-apa pertanyaan dari kami.

Saya melihat dada langit kembali. Awan putih terus berarak. Sayup-sayup terdengar
suara gagak di hujung rimba. Burung helang tetap terbang rendah bermain angin
ketika sinar matahari mula meredup.

"Kau orang baliklah, dulu. Jangan cerita pada sesiapa apa yang kamu tengok di
sini", Agam menggaru pangkal lehernya berkali-kali. Ekor matanya menjeling tajam
ke arah beberapa helai daun tua yang gugur. Melayang-layang dimain angin.

"Kami boleh merahsiakan perkara ini. Tetapi, macam mana kalau ada orang lain
yang tahu dan menghebahkannya?", saya beranikan diri meluahkan pendapat. Najib
tersenyum, mungkin dia terasa lucu dengan pertanyaan yang saya ajukan pada
Agam.

"Orang lain, jangan ambil peduli. Apa yang penting saya mahu kamu berdua
merahsiakan perkara ini. Itu saja yang saya harapkan dari kamu berdua", Agam
meluahkan sebuah harapan. Penuh keikhlasan dan kejujuran.

"Kami berjanji, tak akan ceritakan pada sesiapa apa yang kami lihat. Percayalah
cakap kami", serentak saya dan Najib bersuara. Sepasang mata kami merauti paras
Agam.

Segaris senyum berlari di kelopak bibir Agam. Perlahan-lahan dia anggukkan


kepala. Tanpa diduga, Agam menepuk kepala Najib beberapa kali, penuh
kemesraan.

"Kamu baliklah, mudah-mudahan Allah menyelamatkan perjalanan kamu berdua."

17
"Terima kasih", kata saya.

"Tapi...", Najib tidak dapat meneruskan kata-katanya.

"Teruskan, apa yang mahu kamu tanyakan", Agam mendesak.

"Kami nak tahu, siapa abang ini yang sebenar? Manusia atau penung-

gu tempat ini?",

Dada saya berdebar. Memang di luar dugaan saya yang Najib boleh
mengemukakan pertanyaan demikian. Saya kira pertanyaan itu agak keterlaluan dan
bersifat peribadi. Boleh menimbulkan kemarahan kepada Agam.

"Saya adalah hamba Allah seperti kamu. Saya bukan penunggu seperti apa yang
kamu fikirkan. Saya ada karnpung halaman sendiri. Itu saja yang dapat saya
terangkan", ujar Agam dengan wajah yang tenang.

"Abang tak berbohong?", Najib minta kepastian.

"Kamu tak percaya dengan apa yang aku katakan?", Agam menyoal Najib kembali.
Saya lihat Najib mati akal. Dia tidak dapat menjawab pertanyaan tersebut. Saya
kenyit mata ke arah Najib. Beri isyarat supaya jangan mengkemukakan sebarang
pertanyaan pada Agam.

“Bagaimana, ada apa-apa yang mahu kamu tanyakan pada saya?”, soal Agam lagi.
Serentak saya dan Najib gelengkan kepala. Saya lihat Agam menarik nafas panjang.
Tanda lega dan puas hati.

“Kamu berdua baliklah. Si Amjal Kamal sudah pun saya suruh orang-orang saya
menghantarnya ke tepi jalan raya”, tambah Agam dengan nada suara yang lembut.
Dia hulurkan tangan kepada Najib untuk bersalaman.

TANGAN

Agam hulurkan tangan pada saya. Ketika bersalaman dengannya terasa telapak
tangan Agam cukup lembut macam kapas.

“Kau mesti inga, dalam dunia ini tak ada satu yang kekal. Setiap manusia ada
kelebihan dan kekurangannya", bisik Agam ke telinga saya.

“Saya faham”, segera saya anggukan kepala.

“Baguslah kalau kamu sudah faham. Semoga hidup kamu diberkati oleh Allah. Kita
semua adalah hamba Allah yang tertakluk pada peraturan yang ditetapkan.”

“Peraturan apa?", mulut celupar Najib terus mengajukan pertanyaan.

18
Agam tersenyum. Tangan saya tidak juga dilepaskannya. Rasa dingin terasa
menjalar ke seluruh telapak tangan. Setiap kali tangan saya digoncangnya, hati saya
terasa aman dan damai sekali.

“Kita orang Islam kalau mahu hidup bahagia dan tenteram, patuhilah ajarannya.
Berjanjilah untuk jadi orang Islam yang baik, patuh pada hukum-hukum yang
ditetapkan", dalam keadaan yang suntuk itu, Agam masih sempat memberikan
nasihat pada saya dan Najib.

“Jangan sekali-kali menambahkan hukum yang ada dengan hukum baru", sambung
Agam lagi.

“Kalau ditambah bagaimana?”, tanya saya.

"Untuk apa menambah hukum dan ajaran yang sudah ada. Untuk apa?”, soal Agam.
Matanya menatap wajah saya.

“Untuk mencari Allah, untuk mengenaliNya serta mendampingiNya”, sahut Najib


dengan penuh keyakinan. Agam gelengkan kepala.

“Ramai manusia yang binasa dan sesat kerana mahu mencari Allah serta mahu
mendampinginya”, Agam jegilkan biji mata ke arah saya dan Najib. Kemudian Agam
dongakkan kepala renung ke arah awan yang berarak lembut.

“Kenapa kata macam tu. Perbuatan mereka baik”, ujar saya.

“Kerana mereka terlalu ghairah mahu mencari Allah mereka lupa pada diri mereka
yang sebenar tanpa disedari mereka melakukan amalan yang bertentangan dengan
ajaran agama yang sebenar. Niat suci mereka menjadi sebaliknya”, Agam menarik
nafas panjang. Telapak tangan saya yang digenggam segera dilepaskannya.

Agam sandarkan tubuhnya ke pangkal pokok yang berhampiran dengannya. Buat


beberapa saat saya dan Najib saling berpandangan. Suara burung liar terus
berkicau.

“Sesungguhnya, Allah sentiasa mendekati kita bila kita berpegang teguh pada ajaran
Quran dan Hadis. Ikut segala hukum dan peraturan yang ditetapkan”, Agam
melanjutkan kata-kata dengan penuh tenang dan keyakinan.

“Begitu”, keluh Najib.

“Apa yang diharapkan semoga kamu tidak akan tersesat dalam mencari kebenaran
Allah. Selalulah bertanya pada alim-ulama dan orang yang pandai dalam hal agama
bila menghadapi sesuatu masalah", lanjut Agam lagi.

“Kalau belajar dari buku dalam hal-hal selok-belok agama boleh tak?", Najib
bertanya.

“Boleh. Sebaik-baiknya cari orang pandai untuk kita jadikan tempat rujukan. Jangan
terlalu berharap pada buku semata-mata. Sebabnya, belajar hal agama mesti

19
berguru dan guru itu rnestilah yang benar-benar arif. Jangan guru sebarang”, Agam
mengingatkan saya dan Najib.

Agam berpusmg ke kanan. Maju dua tapak ke arah pokok besar. Dia berhenti di situ
untuk beberapa saat. Agam berpaling ke arah saya dan Najib.

“Baliklah. Semoga Allah melindungi kamu berdua dalam perjalanan, soal Amjal
Kamal sudah saya suruh orang-orang saya menguruskannya", kata Agam lagi
sambil mengangkat tangan kanannya separas telinga kiri. Dia tetap mempamerkan
senyum pada kami.

"Terima kasih atas nasihat", jerit saya.

"Sama-sama", sahut Agam. Dia ketawa kecil mempamerkan gigi putihnya yang rapi.
Agam berpusing ke kiri lalu membongkokkan badannya macam mencari sesuatu di
celah pepohon renek.

Saya dan Najib terdengar bunyi suara orang batuk dari arah belakang. Kami segera
menoleh ke arah tersebut. Tidak ada tubuh manusia yang wujud di situ. Saya dan
Najib merenung ke arah Agam kembali. Aneh, Agam hilang dari pandangan kami.
Dia hilang entah ke mana. Sukar untuk dikesan. Najib cuba melaung-laung
namanya. Tidak ada jawapan yang diperolehi. Kicau burung kian rancak. Sayup-
sayup terdengar suara orang membaca Quran dalam hutan yang tebal dengan
pepohon besar. Saya dan Najib jadi ce-

as. Bulu tengkok terasa kembang.

"Tak boleh jadi kita ni", keluh saya.

"Kita mesti cabut, tak boleh lama-lama di sini", jawab Najib.

"Hum...", suara saya terkulum. Saya tersentak mendengar bunyi suara monyet
menjerit macam dikejar sesuatu. Serentak dengan itu saya melihat sekawan gagak
terbang rendah sambil berbunyi dengan nyaring.

"Mari", saya terus menarik tangan Najib.

100. Orang Tua Misteri

Kami pun terus berlari melanggar tunggul-tunggul buruk, melanggar akar yang
menjalar di bumi. Matlamat kami mahu sampai segera ke tepi jalan raya yang
jaraknya bukan dekat.

Dua tiga kali kami jatuh dan setiap kali jatuh kami segera bangun. Apa yang
menakjubkan diri saya, setiap kali saya bangun dari jatuh, saya rasa seperti ada
orang membantu saya. Selain dari itu, saya juga merasai seperti ada orang yang

20
mengikut atau menemani perjalanan kami. Saya tanyakan perkara tersebut pada
Najib. Dia juga merasakan seperti apa yang saya alami.

Akhirnya, kami sampai di tepi jalan raya Batu Hampar - Taiping. Seluruh tubuh kami
dibasahi dengan pelih. Kami terpaksa berehat sebentar di bangsal tempat orang
menanti bas. Bila rasa penat sudah hilang, perjalanan pulang ke rumah akan
disambung kembali.

"Eh kamu tak mahu tengok orang pengsan tepi jalan?”, seorang lelaki yang
berbasikal melintasi di depan bangsal tempat kami berhenti rehat.

"Di mana?", jerit Najib.

“Di depan sana,” jawab lelaki itu tanpa mahu berhenti. Siapa pula hamba Allah yang
malang itu? Ini sudah pasti jadi korban kenderaan yang lari. Memang, pemandu
yang tidak bertimbang rasa patut dihukum. Fikir saya dalam hati.

“Mari kita tengok Tamar.”

"Jom, siapa pula yang malang tu."

"Kita tengok dulu baru kita tahu siapa orangnya."

"Cakap kamu betul Najib."

"Ah, sudahlah. Marilah", Najib segera menarik tangan saya. Dan kaki saya pun
melangkah menuju ke arah tempat yang dikatakan oleh lelaki yang berbasikal tadi.

SAMPAI

Dari jauh saya dan Najib nampak orang ramai berkerumun tidak jauh dari tiang
telefon. Ada beberapa buah kenderaan yang berhenti tetapi bergerak kembali
sesudah melihat apa yang berlaku. Kami sampai ke tempat orang ramai. Tanpa
membuang masa kami terus bergabung dengan mereka.

Saya dan Najib terkejut. Kami segera berpandangan. Memang tidak kami duga
orang ramai sedang mengerumuni Amjal Kamal yang terlentang atas rumput. Di
tubuhnya tidak terdapat sebarang luka atau kecederaan. Anehnya Amjal Kamal
tetap mengeluh dan mengadu sakit. Sepasang kelopak matanya berkeadaan
separuh terbuka.

Amjal Kamal memberitahu orang ramai yang mengelilinginya, kulit tubuhnya terasa
pedih seperti kena bahang api yang cukup kuat. Sesekali dia membengkokkan
badannya.

"Siapa orangnya?", terdengar seseorang bertanya.

"Aku tak berapa kenal, tapi pernah melihat rupanya sekali dua masa di pekan",
terdengar suara dari seseorang.

21
"Ah, ketua Udin Tarzan kepala judi dan penyamun. Biarkan dia di situ. Dia dah
menerima balasan dari Allah kerana kejahatannya", jawab seseorang dari arah
kanan saya.

Amjal Kamal meracau tidak tentu arah. Kata-kata yang dituturkan sukar difahami.
Mungkin Amjal Kamal bertutur dalam bahasa Nepal, bisik batin saya. Dua tiga orang
yang berada di situ turut ketawa, bila mereka melihat Amjal Kamal menggerakkan
badannya atas rumput macam ular sambil mengunyah rerumput yang hijau.

“Jangan ketawakan dia, kita harus melakukan sesuatu,” seorang tua muncul dari
arah belakang saya. Seluruh perhatian orang ramai tertumpu pada orang tua itu.

“Mengetawakan orang yang sedang sakit, bukan perbuatan orang yang beriman,”
lanjut orang tua itu. Dia segera menerpa ke dada jalan raya lalu mengangkat tangan
kanannya menahan kereta yang lalu. Sebuah kereta berhenti.

“Kenapa?”, tanya pemandu kereta.

“Tolong bawakan orang ini ke hospital.”

“Hospital Taiping?”, tanya pemandu kereta Ford Escort yang berwarna hitam. Orang
tua itu anggukkan kepala. Pemandu kereta termenung sejenak. Dia agak keberatan
untuk memenuhi permintaan orang tua tersebut. Amjal Kamal masih terkapar atas
rumput.

“Bawalah dia ke hospital, kamu tak rugi menolongnya. Lagipun dia tak sakit kuat,
kereta kamu tak kotor kerana tubuhnya tak berdarah, lepas kamu hantar ke hospital,
kau tinggalkan saja dia di situ. Kerja semudah ini kamu keberatan menolongnya?”,
soal orang tua itu.

“Sudahlah, jangan banyak cakap. Masukkan dia di belakang,” suara pemandu kereta
bersuara lantang. Amjal Kamal pun segera diangkat ke dalam kereta.

“Ada sesiapa yang nak ikut ke Taiping?”, tanya pemandu kereta pada orang ramai
yang berada di situ. Bila mata pemandu kereta tertumpu ke wajah saya, dia
menghadiahkan senyum. Rasanya saya pernah melihat wajahnya tetapi di mana?
Saya kurang pasti.

“Itu Wak Juno, patutlah bahasa Jawanya pekat,” kata Najib.

“Ya, aku ingat sekarang. Dia dari Kampung Talang, selalu datang ke tempat kita,
menjaja tikar mengkuang, tudung saji dan bakul, lama juga aku nak mengingatinya,
Najib.”

“Kamu lemah ingatan,” sindir Najib. Kami ketawa serentak. Orang ramai yang
berada di situ merenung ke arah kami.

22
"Biar saya yang menemaninya", orang tua itu membuat keputusan. Tanpa
membuang masa lagi, dia masuk ke perut kereta. Beberapa minit kemudian kereta
yang dipandu oleh Wak Juno terus bergerak meninggalkan kami. Orang ramai
segera bersurai.

Saya dan Najib kembali ke bangsal untuk menanti bas. Rasa cemas mula
mengganggu perasaan saya. Macam-macam perkara buruk terbayang dalam
tempurung kepala.

Bas yang dinanti pun tiba. Saya dan Najib segera naik. Kami memilih tempat duduk
tidak jauh dari pemandu bas. Saya menoleh ke kanan. Saya terlihat orang tua yang
menahan kereta Wak Juno berada di situ.

"Tadi pak cik ikut kereta Wak Juno?", tanya saya.

"Hum", kata orang tua itu sambil gelengkan kepala.

"Maafkan saya kerana tersalah orang", saya tersipu sipu malu.

"Tak mengapa, salah silap perkara biasa dalam kehidupan manusia. Awak dah
jumpa Agam?", orang tua itu mengajukan pertanyaan. Matanya merenung ke arah
pepokok di kiri kanan jalan. Saya dan Najib sering sahaja membengkokkan badan
ke kiri atau ke kanan bila bas menempuh selekoh yang tajam. Tetapi orang tua itu
tetap tidak bergerak.

Satu persoalan timbul dalam hati saya. Bagaimana orang tua ini mengetahui
pertemuan saya dengan Agam? Siapa dirinya yang sebenar?

"Pakcik ini siapa?, soal Najib. Bas terus meluncur. Penumpang bas tidak begitu
ramai jumlahnya. Banyak bangku yang kosong.

"Aku ni datuk pada Agam."

"Berapa umur pakcik sekarang?"

"Seratus tujuh puluh tahun."

“Huh”, kata saya separuh menjerit. Semua mata yang berada dalam bas tertumpu ke
arah saya. Mana ada manusia yang berusia selanjut itu. Kalau ada pun, pasti tidak
mampu melangkah, apalagi bergerak ke sana ke mari.

“Mustahil”, kata Najib.

“Tidak ada yang mustahil, kalau Allah mengizinkannya,” ungkap orang tua itu
tenang.

Saya terdiam. Bas terus meluncur dengan laju. Saya masih meragui kebenaran dari
kata-kata yang diluahkan oleh lelaki tua itu. Ketika bas melalui selekoh yang agak
tajam, orang tua itu bangun lalu menekan loceng bas.

23
“Aku dah sampai, ingat tentang kebesaran Allah, bila kita ingatkan kebesaran Allah,
tidak ada sesuatu yang mustahil di dunia. Tidak ada manusia yang boleh mengukur
kelebihan Allah, cubalah mengenali diri sendiri,” orang tua menujukan kata-kata itu
pada saya. Memang terasa diri saya disindir. Pemandu bas cuma tersenyum sahaja.

“Di sini hutan tebal, mana ada kampung di sini", Najib bersuara lalu merenung ke
arah hutan tebal di kiri kanan jalan raya. Keadaannya amat menyeramkan dengan
pokok-pokok besar. Apa yang terdengar ialah bunyi suara reriang rimba dan suara
ungka liar.

“Orang yang buta hati dan perasaan saja yang tak nampak kampung halaman
makhluk lain. Orang yang hatinya suci dan hidupnya direstui Allah akan menemui
makhluk lain selain dari manusia, selamat jalan.”

“Ha menyindir kami”, kata saya.

“Tidak, aku bercakap sesuatu yang benar,” orang tua itu menolak tuduhan saya. Dia
pun melangkah turun dari perut bas. Bas pun bergerak. Dari jendela bas saya lihat
orang tua itu masuk ke dalam hutan tebal seperti orang berjalan di atas jalan raya.
Dia melambaikan tangan ke arah para penumpang yang berada dalam bas.

HAMPAR

Saya masih ingat, tempat orang tua itu turun tidak jauh dari pekan kecil Batu
Hampar. (Khabarnya, disitu kini sudah dijadikan pintu jalan untuk masuk ke pusat
Darul Arqam. Agaknya, di kawasan Darul Arqam itu suatu ketika dulu adalah
kawasan perumahan orang tua misteri yang saya temui dalam bas satu ketika dulu).

“Dalam sebulan dua kali orang tua itu turun dan naik di sini,” jawab Mat Tupai dalam
loghat Kedah.

“Dia pergi ke mana?”, desak Najib.

“Kadang-kadang dia turun dekat pekan Air Terjun, kadang-kadang dekat tempat
yang disebut Bendung Siam. Tapi, tempat yang dia turun itu semuanya kawasan
hutan.”

“Selain dari dia, ada orang lain yang naik?"

"Ada, orang perempuan, selalunya orang perempuan naik bas yang terakhir.
Kadang-kadang...", Mat Tupai tidak meneruskan kata-katanya. dia terus memaut
stereng bas dengan tenang dan aman.

"Kadang-kadang apa?", saya cuba mengunckil rahsia.

"Masa mereka naik, selalunya penumpang tak ramai. Paling tinggi dua orang. Bila
dia ada dalam bas, satu bas jadi wangi. Mereka tak banyak cakap, mereka bayar
duit tambang kemudian terdengar mereka berzikir."

24
"Ramai yang naik tu?"

"Kira-kira antara sepuluh hingga lima belas orang."

"Hum", kata saya lalu termenung panjang.

"Perkara macam ini, memang perkara biasa buat kami", kata Mat Tupai. Dia terus
memandu bas, merempuh beberapa selekoh tajam. Mat Tupai senyum bangga.

Menjelang waktu senja baru saya sampai dirumah. Datuk sudah menanti di kepala
tangga. Wajahnya nampak serius sekali.

"Kamu dari mana Tamar?"

"Dari...", saya berhenti bercakap.

"Dari hutan Air Terjun."

"Ha he...", saya tidak dapat memberikan jawapan segera. Rasa serba salah mula
datang ke dalam diri. Memang pada awalnya saya mahu bercakap bohong dengan
datuk. Tetapi bila sudah begini keadaannya, saya tidak berdaya untuk berbohong.

"Ya, saya ke sana tuk."

"Kamu berjudi?"

"Tidak, saya cuma nak tengok saja tuk."

"Apa yang kamu dapat?"

“Susah nak cakap tuk.”

“Lagi sekali kamu pergi ke situ, aku serahkan kamu kepada polis, biar kamu kena
lokap,” suara datuk cukup garang. Dia meninggalkan saya sendirian di kepala
tangga. Datuk menuju ke masjid.

Tanpa membuang masa saya naik kerumah. Saya segera mengambil kain basahan
lantas menuju ke perigi. Kalau saya tidak mahu kemarahan datuk berlarutan, saya
mesti menghadirkan diri di masjid, mesti sembahyang Maghrib bersama para
jemaah yang lain-lain.

“Eh, mandi di telaga”, saya mula terdengar suara dalam keadaan hari yang beransur
gelap. Saya toleh kiri, toleh ke kanan. Orang yang bersuara tidak juga saya temui.
Saya persetankan tentang suara itu dan saya terus mandi.

“Kamu berkawan dengan dia”

Saya pasti itu suara Amjal Kamal. Dugaan saya tepat sekali, Amjal Kamal berdiri di
depan saya sambil berpeluk tubuh.

25
“Eh, kenapa?”, tanya saya, serentak dengan itu batang tubuh Amjal Kamal terus
hilang. Apa yang kedengaran ialah suara ketawanya yang memanjang dan nyaring.

Saya terasa tubuh dilempar dengan tanah liat keras yang datangnya dari setiap
penjuru. Tanpa membuang masa saya terus lari naik ke rumah dengan rasa cemas
yang amat sangat.

Nenek ketawa besar melihat telatah saya yang lucu. Apa yang dialami saya
ceritakan pada nenek. Saya merasa hampa dan kecewa sekali. Nenek tidak dapat
menerimanya dan menuduh saya lemah semangat. Nenek terus menggesa saya
supaya segera pergi ke masjid. Saya tidak ada pilihan dan terus patuh pada
perintahnya itu.

Saya bersyukur, bila sampai di masjid, kemarahan datuk terus reda. Dia masih
mahu senyum dengan saya. Malah, selesai sahaja sembahyang Isyak, saya dan
datuk pulang bersaing. Seperti selalu, bila jalan berdua-duaan dengan datuk, dia
tidak pernah sunyi memberikan nasihat dan petua pada saya.

PERTEMUAN

Tiga hari kemudian, tanpa disangka-sangka saya terserempak dengan Wak Juno di
depan dewan orang ramai. Dia berhenti di situ kerana mempamerkan barang-barang
dagangannya seperti tikar, tudung saji, bakul, nyiru dan lain-lain. Ada sesuatu yang
saya rasakan aneh pada Wak Juno.

Selalunya, dia lebih banyak bercakap tentang barang-barang yang dijualnya. Ada
waktunya, dia bercerita pengalaman pahitnya menentang tentera Belanda di Jawa
Tengah, terutama di daerah Solo tetapi, kali ini dia menceritakan pengalamannya
membawa Amjal Kamal.

Menurutnya, setelah Amjal Kamal naik kereta dengan ditemani oleh orang tua, dia
terus memandu keretanya dengan tenang. Sepanjang perjalanan orang tua tersebut
terus memandang wajah Amjal Kamal tanpa berkata apa-apa. Cuma Amjal Kamal
sahaja menjerit minta tolong dan ampun pada orang tua itu, seperti ada sesuatu
yang dilakukan oleh orang tua itu ke tubuh Amjal Kamal, padahal anggota tubuh
orang tua itu tidak bergerak.

Sesekali Amjal Kamal berjanji dan bersumpah tidak akan mengulangi perbuatannya
yang lalu dan bersedia mahu bertaubat. Setiap kali Amjal Kamal menjerit dia pasti
akan terkencing. Akibat terlalu kerap menjerit dan kencing, bau air kencing itu
bercampur dengan bau najis.

Anehnya, Wak Juno tidak dapat menyatakan perkara yang tidak disenanginya itu
pada orang tua tersebut. Setiap kali dia mahu bersuara, kerongkongnya seperti
tersumbat. Macam ada sesuatu yang melekat di situ.

26
“Bila saya berhenti depan hospital, orang tua terus buka pintu dan keluar. Saya
tengok dia bercakap sendiri seperti mengeluarkan perintah pada seseorang yang
tiada di depannya”, Wak Juno bercerita sambil angkat tangan ke kanan dan ke kiri.
Air liurnya mercik ke arah orang yang berada di depannya. Saya bertambah minat
untuk mendengarnya lalu duduk bersila di tepi dewan orang ramai.

“Selesai saja dia bercakap, saya lihat dua orang pekerja hospital bawa pengusung
lalu mengangkat orang yang sakit ke bilik pemeriksaan”, lanjut Wak Juno, wajahnya
nampak resah. Dia renung kiri dan kanan. Bimbang kalau orang tua tersebut muncul
cara mengejut. Dalam nada suara yang merendah, Wak Juno terus bersuara.

“Saya bersungut pada orang tua itu tentang keadaan kereta yang penuh dengan air
kencing dan bau najis. Orang tua itu tersenyum lalu menumbuk pintu kereta
belakang saya dua kali berturut-turut.

“Lepas tu apa yang jadi?” , tanya seorang perempuan tua yang boleh dipanggil mak
cik.

“Bau air kencing dan najis hilang, kereta saya kembali bersih. Orang tua itu
bersalam dengan saya sambil menghulurkan wang. Saya tolak pemberiannya, orang
tua itu mengucapkan ribuan terima kasih. Dia hilang depan mata saya sendiri,”
sambung Wak Juno. Semua biji mata orang ramai yang berada di situ separuh
terbeliak.

Ramai di antara mereka yang menggelengkan kepala. Di wajah mereka terbayang


rasa takjub yang amat sangat. Wak Juno mengakui peristiwa yang terjadi di depan
matanya itu membuat dia cemas dan badannya menjadi seram sejuk. Akhirnya, dia
menggeletar. Wak Juno segera mencari pekerja hospital yang mengusung Amjal
Kamal tadi.

Dengan diiringi pekerja hospital, Wak Juno dibawa ke wad Amjal Kamal
ditempatkan. Pekerja hospital itu terkejut besar. Katil Amjal Kamal kosong.

“Ke mana dia pergi?”, pekerja bertanya pada orang berdekatan.

“Tadi ada orang tua datang, beri dia minum segelas air”, jawab orang yang ditanya.

“Lepas itu apa dah jadi?”, desak pekerja hospital.

“Saya tengok si sakit terus baik dan minta ampun pada orang tua. Orang tua tu
tampar mukanya sekali. Dia bangun dan terus keluar dari wad ini.”

“Orang tua tu pergi ke mana?”, tanya Wak Juno.

“Dia hilang dengan sekelip mata saja.”

Pekerja hospital dan Wak Juno saling berpandangan. Tanpa mengucapkan sesuatu
pekerja hospital meninggalkan Wak Juno sendirian di situ. Beberapa minit kemudian

27
Wak Juno pun meninggalkan wad tersebut dengan seribu keanehan yang
berserabut dalam tempurung kepalanya.

“Sejak kejadian tu saya selalu rasa takut, bawa kereta seorang diri pun rasa cemas.
Saya rasa macam ada orang yang ikut,” begitulah Wak Juno membongkar
pengalamannya pada para pelanggannya.

"Sekarang ni awak ingat orang tua tu ada tak dekat sini?”, satu pertanyaan nakal
dari pelanggan Wak Juno. Bukan pertanyaan yang ikhlas.

Orang itu mempersendakan Wak Juno. Sebagai orang yang kaya dengan
pengalaman dan karenah kehidupan manusia, Wak Juno hanya tersenyum sahaja.

“Bagi orang yang tak pernah mengalaminya tentu tak mahu percaya, terpulanglah,”
Wak Juno merendah diri. Dia terus mengemaskan barang-barang dagangannya
untuk dimuat ke dalam kereta.

MUNCUL

"Wak Juno”, jerit Udin Tarzan yang muncul secara tiba-tiba. Keadaan diri Udin
Tarzan kali ini agak berbeza dari apa yang pernah saya lihat. Udin Tarzan bercakap
agak sopan, tidak membanggakan diri. Dari wajahnya, saya lihat dia sedang
menghadapi tekanan perasaan yang amat sangat. Sentiasa resah dan cemas.

Kali ini Udin Tarzan memakai baju Melayu potongan Teluk Belanga warna merah
jambu serta bersongkok lebai warna hijau. Sekali pandang, memang dia nampak
macam orang alim atau orang baik-baik. Mungkin kerana jarang bertemu atau tidak
pernah bertemu dengan orang yang menyebut namanya, membuat Wak Juno
termenung sejenak seperti mengingati sesuatu.

“Ya, saya dah lupa, di mana kita pernah berjumpa? Apa khabar sekarang?”, Wak
Juno hulurkan tangan pada Udin Tarzan. Tetapi Udin Tarzan seperti keberatan
untuk menyambut huluran tangan dari Wak Juno. Akhirnya, Udin Tarzan terpaksa
menyambutnya dengan perasaan separuh hati.

“Wak mungkin tak kenal dengan saya, tapi, saya kenal dengan Wak. Maklumlah
Wak orang berdagang”, ujar Udin Tarzan. Wak Juno terus mengedutkan dahinya.

“Saya ingat. Awak pernah cekak leher baju saya, awak tekan mata pisau belati ke
leher saya, kemudian awak ambil duit jualan tikar saya, kira-kira dua ratus ringgit,”
suara Wak Juno tersekat-sekat.

28
101. Muncul Dan Hilang Sekelip Mata

Kredit kepada ahli komunitisbdj sidaksemandin yang menaip semula siri ini.

Din Tarzan tunduk merenung bumi “ Awak rompak saya dekat Changkat Jering.”
Tambah Wak Juno.

“Ya,” tidak diduga Din Tarzan yang gagah dan bongkak membuat pengakuan secara
terbuka.

“Kau nak duit lagi, nanti saya beri, jangan kacau saya nak cari rezeki cara halal,
berapa banyak yang awak mahu?” Muka Wak Juno pucat.

“Saya tak mahu semuanya tu, saya nak minta maaf pada awak tentang perangai
saya yang lalu.”

“Saya sudak maafkan, saya halalkan wang yang awak rompak dari saya tu.”

“Ha...”, Din Tarzan terkejut lalu memeluk tubuh Wak Juno. Kemudian Din Tarzan
menangis, meraung dengan sekuat hati. Perbuatannya itu menarik perhatian orang
ramai. Kejadian yang menyayat perasaan itu berlaku sekitar lima minit. Orang ramai
terpegun dan tidak berkata apa-apa.

“Lupakan perkara yang lalu, bila kamu datang jumpa aku minta maaf, ertinya kamu
berusaha untuk membetulkan kesilapan kamu lalu, perbuatan kamu ini semua
digerakkan oleh Allah, ini menandakan Allah masih sayangkan kamu,” Wak Juno
cuba menenangkan perasaan Din Tarzan.

Pertama Kali, saya dengar Din Tarzan mengucap dua kalimah syahdat dan
menyebut nama Allah berkali-kali.

“Saya sekarang mahu jumpa semua orang yang saya aniaya, saya nak minta maaf.”
jelas Din Tarzan.

Din Tarzan juga memberitahu pada orang ramai yang berada di situ bahawa sejak
akhir-akhir ini, bila sampai waktu sembahyang, dia sering dikunjungi oleh seorang
lelaki tua yang mendesak dirinya supaya menunaikan sembahyang dengan segera.
Kalau dia berlengah-lengah, orang tua itu akan memukul tubuhnya dengan rotan.

“Pukul satu, pukul tiga pagi dia mengejutkan saya dari tidur, suruh saya bertaubah,
dia suruh saya minta ampun pada orang-orang yang saya aniaya,” kata Din Tarzan
sambil mengesat air mata yang mengalir di pipinya.

“Kau kenal orangnya?” Tanya saya.

“Tak kenal.”

“Tak apalah, apa yang penting orang itu mengajar kamu supaya menjadi manusia
yang baik,” Wak Juno bersuara lembut. Din Tarzan tunduk merenung tanah.

29
“Orang yang Wak bawa ke hospital dulu, sudah mati.” Din Tarzan membuka rahsia.
Saya dan Wak Juno terkejut besar.

“Mana kamu tahu?” Soal saya.

“Orang tua itu beritahu saya, katanya dia membawa Amjal Kamal ke masjid untuk
sembahyang. Amjal tak mahu malah dia lari ke arah Bukit Larut, masuk dalam hutan
di situ terus berlari-lari di celah-celah batu, akhirnya jatuh ke dalam gaung.” lanjut
Din Tarzan. Saya menarik nafas panjang.

Din Tarzan minta maaf untuk kali yang kedua pada Wak Juno. Dia tetap melahirkan
hasratnya untuk mencari orang-orang yang pernah dianiayanya untuk memohon
maaf. Din Tarzan bersedia menerima sebarang risiko. Rela dituduh atau dimaki
hamun.

Saya membatalkan niat saya untuk menemui Najib. Wak Juno saya tinggalkan dan
terus kembali ke rumah. Fikiran saya masih berlegar-legar tentang apa yang
diceritakan oleh Wak Juno dan Din Tarzan. Saya masih tertanya-tanya apakah
orang tua yang ditemui oleh Wak Juno dan Din Tarzan adalah orang tua yang sama.
Mungkin orang tua yang mereka temui itu juga orang tua yang saya jumpai.
Semuanya berlegar-legar dalam kepala saya.

MENUNG

Saya terus termenung di pangkal pokok manggis. Jaraknya dari rumah kira-kira tiga
rantai sahaja. Tempurung kepala masih digayuti persoalan tentang orang tua yang
dikisahkan oleh Wak Juno sebentar tadi.

Timbul pertanyaan dalam diri, kenapa kejadian yang tidak masuk di akal, harus
terjadi pada saya? Dalam usaha mencari jawapan pertanyaan tersebut, tanpa
diduga Agam muncul di depan saya. Dari arah mana dia muncul, sukar untuk
dipastikan. Agam hulurkan tangan. Segara saya sambut.

“Aku sekadar nak menumpang lalu saya di sini Tamar. Aku gembira kau sihat.”

“Abang ini dari mana?” Aku segera memanggilnya abang, tanda hormat pada orang
yang lebih tua, “singgah dulu, jumpa datuk dan nenek saya.”

“Tak payahlah, sampaikan salam aku pada datuk kau, sebut nama aku dia mesti
tahu.”

“Betul tak mahu naik?” Agam melepaskan telapak tangan saya yang digenggamnya.

“Betul Tamar, aku tak menentang niat.”

“Niat aku Cuma nak menumpang lalu, bila aku selesai melihat saudaraku yang sakit
di hujung kampung,” jelas Agam sambil jari telunjuknya menunding ke arah hutan
kecil di pinggir kampung yang tak pernah dikunjungi oleh sesiapa pun.

Orang-orang kampung mendakwa kawasan hutan kecil itu dijagai oleh orang

30
Bunian. Sesiapa yang masuk ke situ pasti sesat sampai berminggu-minggu dan
pulang dalam keadaan bodoh.
“Sekejap pun tak boleh?”, desak saya.

“Saya tak boleh melakukan sesuatu yang tidak pernah terniat dalam hati.”

“Begitu.”

“Memang begitu aturan hidup saya,” Agam hulurkan tangan untuk bersalam.

Tiba-tiba darah tersirap, dua tiga kali saya gerakkan kelopak mata. Macam mana
tidak terkejut, telapak tangan Agam yang digenggam erat ghaib secara tiba-tiba.
Sekujur tubuhnya turut sama hilang. Dahi segera saya tepuk dua tiga kali sambil
menarik nafas dalam-dalam.

Gegendang telinga menangkap bunyi telapak kaki orang melangkah di sebelah


kanan. Saya toleh ke kanan, apa yang saya lihat ialah dedaun pokok yang bergerak
seperti baru dirempuh atau disentuh sesuatu. Ah, tak mengapalah, kenapa perkara
sekecil ini harus difikirkan setengah mati, fikir saya. Saya terus duduk di pangkal
manggis kembali.

Seronok juga melihat beberapa ekor burung murai melompat direranting. Sesekali
dedaun manggis bergoyang-goyang akibat dilompati tupai jantan yang mengejar
tupai betina. Bayu yang bertiup membuat kelopak mata terasa berat. Rasa
mengantuk mula datang. Dua tiga kali saya tersenguk-senguk dan hampir terlelap.

Antara sedar dengan tidak, saya bagaikan terpandang-pandang batang tubuh orang
tua yang diperkatakan oleh Wak Juno. Rasanya, orang tua itu bagaikan berdiri di
depan saya. Anehnya, bila saya buka kelopak mata lebar-lebar, bebayang orang tua
itu hilang. Perkara itu berlaku berulangkali, akhirnya saya merasa terkhayal.
Perasaan saya seperti mengembara ke satu tempat yang amat jauh, merempuh
padang, merempuh paya dan hutan belukar. Dalam khayalan yang tidak bertepi itu,
saya berhenti di tebing sungai yang airnya mengalir jernih.

“Kau pernah tengok aku?”

Saya segera dongakkan kepala menatap orang tua yang berdiri di depan. Dia
senyum sambil menggaru-garu pelipis sebelas kanannya.

“Pernah.” jawab saya.

“Dalam bas. Kemudian kau terkejut melihat aku turun di kawasan hutan tebal.” lanjut
orang tua itu.

“Ya.” Saya anggukkan kepala.

“Kemudian kau terus-menerus memikirkan tentang diri aku, bukan begitu hai orang
muda?” tanyanya dengan wajah selamba sambil tersenyum.

“Betul.”

31
“Sekarang sudah berdepan dengan aku. Apa kau masih memikirkan tentang diri aku
lagi.?”
Saya terdiam. Susah untuk memberikan sebuah jawapan. Sesungguhnya, orang tua
itu tidak jauh bezanya dengan orang-orang tua yang terdapat di kampung saya.
Cuma yang peliknya, orang tua di depan saya ini boleh muncul dan hilang dengan
tiba-tiba.

“Orang-orang yang bijak tidak mempersoalkan kebesaran Allah tetapi mereka


mengkaguminya, kerana apa yang dikehendaki oleh Allah itulah yang berlaku. Mana
yang tidak dikehendaki oleh Allah pasti tidak akan berlaku,” orang tua itu memberi
ceramah pendek, secara tidak langsung mematahkan hasrah saya untuk menyoal
dirinya.

“Kau kenal Agam?”, tanyanya.

“Ya,” cepat-cepat saya anggukkan kepala.

“Dunia aku, kampung halaman aku, asal-usulku serupa dengan Agam,


sesungguhnya makhluk kamu dan makhluk aku dijadikan oleh Allah untuk
menyembah-Nya,” lanjut orang tua itu lagi. Saya tetap setuu dengan kata-katanya
itu. Saya bersedia mendengarnya kalau dia mahu melanjutkan percakapan.

MUKA

Perlahan-lahan orang tua itu memalingkan mukanya ke kanan. Dia melihat air yang
mengalir dan dedaun yang bergerak disentuh angin. Dia merenung ke arah saya
kembali.

“Terlalu banyak yang Allah berikan pada makhluk tetapi terlalu sedikit pula yang
makhluk berikan kepada Allah, kau tidak pernah mengucapkan syukur atau
berterima kasih pada Allah yang menjadikan angin dan air sungai ,” lanjutnya. Saya
menggigit bibir. Saya akui apa yang dikatakannya itu.

“Barangkali, kau tidak berapa senang dengan apa yang aku katakan. Tak apalah,
cukup setakat ini saja. Kau pun sudah tahu siapa aku yang sebenarnya. Jangan
peningkan kepala kamu memikirkan tentang diri aku,” orang tua itu terus menepuk
bahu saya tiga kali berturut-turut. Dia ketawa kecil sambil jari kelengkengnya
menggaru hujung pelipis sebelah kiri.

“Apa lagi yang mahu kau tanya padaku?” soalnya, saya terus menelan air liur,
sambil terus berfikir tentang pertanyaan yang akan saya ajukan padanya.

“Kata Din Tarzan, Amjal Kamal dah mati, betulkah cakapnya itu.” Saya kira itu
pertanyaan yang paling baik untuknya. Orang tua itu termenung sejenak.

“Ya, dia sudah mati,” katanya dengan nada suara yang merendah. Matanya
merenung sayu ke arah pepohon dan air sungai yang mengalir, “Dia mati kerana
menyangkakan ilmu dunia yang dituntut itu dapat melawan kekuasaan Allah,”
tambahnya dengan tenang.

32
“Dia melawan awak?”

“Berbudi bahasa sedikit, hormatilah orang tua kerana kamu juga akan tua, bila kamu
tak mahu menghormati orang tua, jangan marah bila kamu sudah tua nanti orang
muda tidak mahu menghormati kamu.”

“Maafkan saya.”

“Aku lebih tua dari datuk kamu.”

“Maafkan saya tuk aku,” saya segera menundukkan kepala setelah menyedari
kesilapan yang telah saya lakukan. Saya jadi malu pada diri sendiri.

“Dia lari bila aku ajak ke masjid, paling menyakitkan hati bila mengejek-ejek dan
mengetawakan aku, bila aku ajak dia sembahyang,” wajah orang tua itu dibalut rasa
kesal yang amat sangat.

“Ke mana dia lari?”

“Lari ke arah Bukit Larut, dia tak peduli dengan orang mengejarnya. Sesiapa yang
cuba menangkap, semuanya kena tendang.”

“Apa yang dibuatnya ke situ?”

“Dia panjat batu besar lalu berdiri di situ, sepasang tangannya diluruskan ke arah
matahari, macam orang menyembah sesuatu. Entah macam mana badannya
terlayah jatuh dalam gaung.”

“Kesian,” saya gelengkan kepala.

Orang tua itu meraba pangkal dagunya dua tiga kali. Matanya tetap merenung awan
yang berarak lemah di dada langit. Dalam diam-diam saya gambarkan wajah Amjal
Kamal dalam kepala. Orang tua itu terus meraba-raba kulit pipi sebelah kanannya.

“Dari tempat tinggi aku lihat tubuhnya terkapar di bumi, tidak bergerak-gerak. Aku
segera mendekatinya tetapi....” orang tua itu mengerutkan dahinya.

“Apa yang jadi padanya?” Tergesa-gesa saya menyoal.

“Tubuhnya hilang, apa yang aku lihat ialah kesan darah. Aku yakin dia akan
menuntut bela terutama pada orang yang pernah melihat dia berlawan dengan
Agam.”

“Ha,” kata saya dengan cemas, “Betul dia mahu menuntut bela?”

“Barangkali begitulah, mengikut andaian aku. Dia akan menuntut bela dalam bentuk
lain, kamu harus hati-hati,” lanjut orang tua itu. Saya tergamam. Macam-macam
perkara buruk datang bertandang dalam tempurung kepala saya.

33
“Jangan susah hati,” bahu kanan saya ditepuknya dua kali berturut-turut, “aku nak
balik dulu,” sambung orang tua itu. Kali ini suaranya terdengar sayup-sayup. Bahu
kanan saya yang ditepuknya terasa amat sakit. Orang tua yang tadi nampak cukup
jelas terus bertukar menjadi samar-samar dan berbalam. Akhirnya terus hilang.

“Asthaghafilrullah,” kata saya sambil menepuk dahi. Cepat-cepat saya menoleh ke


kiri dan ke kanan. Saya yakin, bahawa saya tidak lagi berada dalam dunia khayalan.
Saya dongakkan kepala, merenung reranting dan dedaun manggis.

Saya menarik nafas dalam-dalam. Saya puas hati. Apa yang selama ini menjadi
tanda-tanda sudah pun terjawab. Apa yang saya ketahui dan saya alai harus
diberitahu pada Najib. Kemudian meminta dia merahsiakannya daripada orang
ramai. Pada datuk dan nenek juga perkara ini mesti dirahsiakan, saya membuat
keputusan tersendiri.

BANGUN

Sebelum beredar dari bawah pohon manggis, saya terpaksa menggeliat dua tiga kali
untuk menghilangkan rasa lenguh-lenguh di sendi pinggang dan di pelipat kaki. Saya
memutuskan untuk pulang ke rumah, kalau saya rajin boleh ikut nenek ke ladang.

“Eh Tamar, bagaikan nak mampus aku mencari kamu, rupanya kamu bersenang-
senang di sini,” teriak Najb dalam jarak tiga rantai dari saya. Mata saya, tertumpu ke
arah seorang anak muda yang memakai baju putih dan berseluar hitam, berdiri di
samping Najib.

Setelah puas mengamat-amatinya, saya yakin anak muda itu tidak saya kenali. Dia
orang baru, mungkin keluarga Najib atau kenalan rapatnya, fikir saya dalam hati.
Najib dan anak muda itu terus melangkah mendekati saya. Dan saya menanti
dengan penuh sabar. Dari jauh anak muda yang mengekorinya memberikan
senyumah keramahan dan persahabatan untuk saya.

“Ramli Ahmad dari Kota Sarung Semut, Kedah,” Najib memperkenalkannya pada
saya. Segera saya hulurkan tangan. Buat beberapa saat tangan kami bergoncang.

“Saya Tamar, saya gembira berkenalan dengan awak, saya harap awak gembira di
sini.” kata saya berbudi bahasa.

“Ya, saya juga megah dan gembira kerana berjumpa dengan awak. Najib dah
banyak ceritakan tentang diri awak pada saya,” kata-kata Ramli itu amat
mengejutkan saya.
Wajah Najib segerea saya renungi. Dia senyum lalu menganggukkan kepala. Setuju
dengan apa yang diungkapkan oleh Ramli. Hati saya berdebar, mungkin Najib sudah
menceritakan sesuatu yang tidak wajar diceritakan pada Ramli. Saya memisahkan
diri dengan Ramli lalu mendekati Najib.

“Apa yang kau cakapkan dengannya Jib?”

“Tak ada apa-apa, Cuma aku ceritakan tentang keberaniaanmun, Tamar.”

34
“Aku tak percaya.”

“Sumpah, aku tak tipu kamu,” jelas Najib tetapi rasa ragu-ragu terus menyelubungi
diri saya.

“Kau ceritakan apa yang kita alami dalam hutan dulu?” Aku mula membuat tuduhan
melulu.

“Kau gila, aku tak sebodoh itu. Aku bukannya budak-budak tau!” Herdik Najib.
Mukanya mula merah padam. Bila sudah sampai tahap tersebut, saya tidak berani
melemparkan sebarang tuduhan lagi pada diri Najib. Kalau diteruskan, boleh
menimbulkan kemarahannya. Saya terus membisu dan membuat kesimpulan Najib
memang bercakap benar dengan saya.

Ramli terus mendekati kami.

“Ke mana lagi kita nak pergi?” Ramli mengajukan pertanyaan pada Najib. Saya
menarik nafas dalam-dalam. Saya harus mengambil kesempatan ini untuk
menenangkan perasaan Najib.

“Bagaimana kalau kita melihat jerat pelanduk,” kata saya.

“Boleh juga,” sahut Ramli lalu merenung muka Najib sepupunya. Najib tersenyum
lalu merenung ke arah saya. Dia gelengkan kepala.

“Kenapa Najib?” Saya menyoal.

“Tak ada apa-apa tetapi aku keberatan untuk pergi ke dalam hutan lagi, susah aku
nak cakapkan pada kamu, Tamar. Tapi aku harap kamu faham kenapa aku tak
mahu pergi,” satu penjelasan dari Najib yang jawapannya sudah ada dalam
tempurung kepala saya. Dan saya tidak pula mendesak. Perkara itu mati di situ
sahaja.

Demi kebaikan dalam persahabatan, saya penuhi permintaan Najb yang mengajak
saya minum kopi di warung Pak Mah Noh. Sesungguhnya, minum di warung sama
ada minum kopi atau minum minuman dalam botol, bukanlah kegemaran saya.
Pesan datuk, sebaik-baiknya saya mengelakkan diri dari minum di warung, kecuali
kalau sudah terdesak.

Di warung Pak Mat Noh, Najib minum kopi, Ramli minum teh dan saya minum air
sejuk yang sudak dimasak. Najib memberitahu, sepupunya masih menuntut di salah
sebuah sekolah Inggeris di negerinya. Musim cuti dia suka menghabiskan masanya
dengan mengembara dalam hutan serta memanjat gunung lalu berkhemah di situ
bersama kawan-kawan yang sehaluan dengannya.

“Cuti kali ni, orang tua saya tak benarkan saya pergi masuk hutan atau daki
gunung.” Ramli membuka rahsia dirinya.

“Jadi kerana itu kau datang ke mari,” celah saya.

35
“Ya, memang tepat,” jawabnya ringkas lalu menepuk bahu kanan saya berkali-kali.
Kemesraan dalam keramahan segera terjalin dengan eratnya antara saya dengan
Ramli. Banyak pengalaman menarik yang dialaminya ketika mendaki gunung
diceritakan pada saya.
Lepas minum di warung Pak Mat Noh, saya dan Najib membawa Ramli ke
gelanggang orang belajar silat. Kemudian membawa dia ke rumah Pak Din yang
handal membuat wau dan gasing. Akhirnya, kami berkubang di sungai. Bila sudah
kecut kulit badan baru berhenti mandi.

Kata Ramli, pengalaman yang diperolehinya bersama saya dan Najib amat
menyeronokkan. Saya terpisah dengan Najib dan Ramli. Kami berjanji untuk
bertemu pada petang besoknya dengan beberapa rancangan yang menarik.

PULANG

Seminggu Ramli di kampung, saya rasa cukup seronok dan bahagia sekali. Ramli
yang tidak dapat memisahkan dirinya dari bercakap dalam loghat Kedah itu, ternyata
manusia yang kaya denga humour. Kadang-kadang dia membuat saya ketawa
hingga tidak kering gusi.
Tidak hairanlah, ketika dia mahu berangkat ke Kota Sarang Semut, saya dan Najib
seperti keberatan mahu melepaskannya.

“Sebenarnya, aku nak balik minggu depan tapi, orang tua aku dah datang ambil, aku
tak boleh buat apa-apa,” katanya pada saya dari tingkap kereta Austin Eight,
berwarna hitam milik ayahnya.

“Cuti yang akan datang, dia tak boleh ke mana-mana. Dia mesti menumpukan masa
pada pelajaran,” tanpa diduga ayah Ramli yang jadi guru sekolah Melayu di
tempatnya memberikan keputusan muktamad. Saya dan Najib berpandangan.
Kereta Austin Eight yang membawa Ramli pun bergerak meninggalkan kami.

Beberapa tahun kemudian, saya mendapat tahu Ramli telah melanjutkan


pelajarannya ke Jerman Barat, kemudian bekerja di Singapura, di Kedah iaitu di
Sungai Petani. Akhir sekali dia berkhidmat dengan MARA di Kuala Lumpur.

Beberapa jam selepas Ramli pulang, saya meninggalkan rumah Najib tetapi hasrat
kami untuk pergi ke Alor Setar tetap tidak pudar. Bila sampai ketika dan saat yang
baik semuanya akan dilaksanakan.

Kerana hari sudah hampir gelap, saya mengambil jalan dekat untuk pulang ke
rumah. Bila saya memilih jalan dekat, ertinya saya terpaksa melalui kawasan getah
yang amat luas dan sunyi. Cuma ada sebuah sahaja rumah dalam ladang getah
tersebut. Rumah itu sudah lama tidak didiami tetapi, masih ditunggui oleh beberapa
ekor anjing.

Pemilik rumah sebuah di tengah ladang itu seorang lelaki India yang berusia sekitar
empat puluhan. Dia ditugaskan oleh pemilik ladang tersebut mengawasi pokok
getahnya dari ditoreh secara curi pada sebelah petang oleh orang yang tidak
bertanggungjawab.

36
Kira-kira tiga bulan yang lalu, lelaki India itu telah mengamuk, memburu dua orang
anak lelakinya yang berusia sekitar 16-17 tahun dari pangkal ladang hingga ke
hujung ladang dengan pisau sabit. Dia jadi demikian, kerana kecewa dengan sikap
isterinya yang lari dari rumah mengikut lelaki lain.

102. Rahsia Sebuah Rumah Tinggal

Sejak kejadian itu, kedua-dua anaknya tidak pulang ke rumah. Lelaki India itu
merasa amat kecewa dengan nasib malang yang menimpa dirinya. Akhirnya, lelaki
India itu mengambil keputusan gantung diri dalam rumah hingga mati. Mulai dari
tarikh itu, rumah yang sebuah itu terus kosong. Hanya anjing peliharaannya sahaja
yang masih setia menunggu rumah.

Biasanya, kalau saya yang lalu di situ anjing peliharaan tidak menyalak atau
mengejar saya. Mungkin anjing itu sudah biasa dengan bau badan saya.

Berdebar juga ketika melintas rumah kosong, maklumlah hari sudah samar-samar.
matahari sudah berada di kaki langit. Pepohon getah yang rapat dan berdaun lebat
membuat cuaca di jalan tanah merah yang saya lalui bertambah suram. Kalau saya
ikut jalan raya (jalan jauh) saya tidak menghadapi masalah sesulit ini.

Angin yang bertiup terus menggerakkan dedaun dan reranting getah. Dedaun getah
yang tua gugur ke bumi. Beberapa kali langkah saya terhenti, diganggu oleh monyet
liar yang melompat di dahan getah. Saya kian mendekati rumah usang dan cara
mendadak darah saya tersirap. Suara salakan anjing bertalu-talu membuat tubuh
saya gementar.

Buah getah dan reranting getah berguguran, macam ada kuasa yang mengugurkan.
Monyet-monyet liar berlompatan dari dahan ke dahan macam dikejar sesuatu.
Dedaun getah yang bergerak macam disentuh ribut mengeluarkan bunyi yang amat
menggerunkan.

Dari celah-celah daun yang lebat itu, saya melihat ke dada langit. Awan nampak
bersih, cahaya matahari sudah tidak kelihatan lagi. Saya cuba berlari tetapi, tidak
terdaya saya lakukan. Sepasang lutut saya terasa cukup lemah.

Saya cuba bertenang dan cuba menguasai perasaan gementar supaya tidak
bertambah kuat. Usaha saya itu berhasil, saya berjaya mengawal perasaan cemas
dan takut. Akal fikiran saya mula terbuka, bersedia untuk bertindak untuk
menghadapi sesuatu. Memang betul, cakap datuk yang pernah menasihatkan saya
supaya bersikap tenang, gunakan fikiran, jangan panik bila berdepan dengan
suasana yang mencemaskan.

SALAKAN

Suara salakan anjing terus menguasai kawasan ladang. Saya sudah bersedia untuk
melawan anjing-anjing tersebut, sekiranya saya diserang. Saya segera mengambil

37
sepotong dahan getah yang panjangnya kira-kira tiga kaki. Kayu itu tetap saya
jadikan senjata untuk mempertahankan batang tubuh saya dari digigit oleh gigi
anjing yang tajam itu. Lama saya menunggu, anjing-anjing yang dijangka menyerang
saya itu tidak datang.

"Kenapa? Mesti ada sesuatu," bentak batin saya.

Seluruh pandangan saya tujukan ke arah pondok usang. Saya lihat dua ekor anjing
menyalak ke arah tumah usang. Dua tiga ekor lagi megelilingi rumah tersebut.
Biasanya, bila anjing menyalak mesti ada sesuatu. Anjing tidak akan menyalak
tanpa sebab. Siapakah yang berada di dalam rumah usang waktu senja begini?
Timbul pertanyaan dalam diri saya.

Rasa cemas kembali menguasai hati, bila saya terdengar bunyi suara gagak atas
bumbung rumah tersebut. Serentak dengan itu saya terihat pintu rumah usang yang
tertutup rapat, terbuka perlahan-lahan. Saya juga melihat cahaya lampu minyak
tanah. Ada bebayang manusia bergerak dalam rumah. Saya terhidu bau tembakau
rokok.

Bila saya ama-amati ternyata bau tersebut datang dari arah rumah usang. Dua kali
saya terdengar suara orang batuk dan dituruti dengan suara orang bercakap. Saya
pasti yang bercakap itu seorang lelaki Melayu dan seorang lagi lelaki India. Mereka
bercakap tentang masalah kewangan.

Beberapa ekor anjing meluru ke arah saya. Kayu di tangan saya pegang erat-erat
dan bersedia untuk dihayunkan ke arah anjing-anjing tersebut. apa yang
mengejutkan, bila anjing-anjing itu berada dalam jarak yang dekat dengan saya,
terus berhenti menyalak, seolah-olah memperlihatkan sikap persahabatan. Semua
anjing-anjing itu menggoyang-goyangkan ekor sambil mengelilingi saya.

Salah seekor dari anjing tersebut yang berwarna kuning, berbadan besar dan tegap,
berlari berulangkali ke arah rumah usang sambil berbuny. Kemudian datang kearah
saya. Tiga kali saya biarkan anjjing itu berbuat demikian, hingga timbul dalam hati
saya yang anjing tersebut mahu menyatakan sesuatu tentang apa yang ada di
dalam rumah usang.

Saya nekad untuk pergi ke rumah usang. Hati saya tiba-tiba sahaja jadi berani,
beberapa ekor anjing yang mengelilingi saya terus meluru ke depan, seolah-olah
menjadi kepala jalan yang sekaligus melindungi saya.

Langkah kian teratur menuju ke pintu rumah. Sebaik sahaja saya berdiri di depan
pintu, secara mendadak pintu rumah terbuak perlahan sambil mengeluarkan bunyi
yang nyaring akibat engselnya sudah berkarat kerana sudah lama tidak digunakan.

Sarang labah-labah dan sawang yang bergantungan di muka pintu bergerak-gerak


lembut dan akhirnya pecah akibat diterpa angin. Saya terpaku di muak pintu, tidak
tahu, apa yang harus saya lakukan.

Cahaya lampu minyak tanah terus menerangi ruang depan rumah. Anjing-anjing
yang mengiringi saya segera duduk di tanah sambil merendah-rendahkan

38
muncungnya macam mahu menyondol tanah. Anjing-anjing itu tidak menyalak lagi
tetapi, bersuara mendayu-dayu.

Beberapa minit kemudian semua anjing-anjing itu melengking dengan suara yang
tinggi dan melompat lalu lari ke arah kawasan pinggir ladang getah. Saya yakin,
semua anjing-anjing itu dipukul. tekaan saya tidak salah, bila melihat beberapa ekor
badan anjing itu berdarah dan berlari terjingkit-jingkit. Siapa yang memukulnya?

"Siapa di dalam?" Jerit saya.

"Aku, kenapa? Apa yang kau mahu?"

"Ha....."saya gagal meneruskan kata-kata kerana terkejut menerima jawapan yang


diluar jangkaan saya. Suara orang ketawa memanjang dalam rumah usang jelas
kedengaran.

Keadaan cuaca terus beransur gelap dan saya berazam untuk menghadapi
sebarang kemungkinan. Saya maju setapak, berdiri tidak jauh dari ambang pintu.
Bila saya sudah melangkah setapak ke depan, ertinya saya sanggup menerima
sebarang risiko. Saya jenguk ke dalam rumah. Lampu minyak tanah terlekap di
dinding. Sesekali terdengar suara orang berbisik.

"Ya Allah...", saya separuh menjerit. Ranjan (pemilik rumah usang) berdiri di depan
saya. Bagaimana orang yang sudah mati boleh hidup semula? Tanya hati kecil saya.
Walaupun demikian tubuh Ranjan yang terpacak di depan terus saya renungi. Saya
lihat di batang lehernya terdapat kesan luka akibat dijerut dengan tali belati.

Saya tidak mengizinkan sepasang mata saya merenung lehernya lama-lama. Suara
raungan anjing-anjing terdengar sayup-sayup di hujung ladang getah. Entah
mengapa saya jadi berani secara tiba-tiba sahaja. Bagaikan ada sesuatu kekuatan
yang tersendiri datang dalam diri saya. Ranjan terus merenung saya sambil
membuka mulutnya perlahan-lahan.

Bila mulutnya sudah ternganga lebar. Saya lihat lidah pucatnya bergerak-gerak
dalam rongga mulut. Lidah itu kelihatan membesar dan menjulur sedikit demi sedikit
hingga sampai ke paras dada. Lidah tersebut kelihatan terbuai-buai ke kiri ke kanan,
macam daun pisang dara dirempuh angin.

Serentak dengan itu terdengar suara orang bersorak dengan gamat yang datangnya
dari arah kiri dan kanan rumah. Suara tanpa manusia itu mendebarkan hati. Bunyi
dengung lalt, langau bagaikan mahu memecahkan gegendang telinga. Saya segera
menekup telinga dengan sepasang telapak tangan.

Ranjan mengangkat kedua belah tangannya lalu menghalakan ke arah batang leher
saya. Sampai di sini keberanian tidak dapat saya pertahankan, semuanya hancur
berderai. Badan saya berpeluh dan menggigil. Segera saya pusingkan tubuh ke
kanan sambil merendahkan badan. Tanpa membuang masa, saya terus melompat
dalam jarak dua kaki sebelum berdiri untuk membuka langkah lari seribu langkah.

SUARA

39
Saya terus berlari, suara cengkerik, suara katak dan bunyi burung tukang, bagaikan
mempersenda-sendakan langkah saya. Hati terus dibalut rasa cemas dan takut.

"Hai, nanti dulu Tamar,"

Saay segera toleh ke kanan, ke arah suara itu datang. Kali ini langkah saya benar-
benar kaku. Amjal Kamal berdiri senang di bawah pohon cempedak. Sepasang
matanya yang hampir tersembul merenung ke arah saya.

Kulit dahinya terkoyak hingga menampakkan kedua belah tulang keningnya. Darah
merah segar mengalir di kedua belah pipinya. Daging pipi sebelah kirinya terkeluar,
bergantuingan macam daging lembu yang digantung di pasar untuk dijual.

Tulang dagunya terkopak macam dihentak atau terhempas pada benda yang keras.
telinga kirnya terkoyak dan bibir bawahnya pecah. Hidungnya tiada dan kulit di
batang lehernya terkopak, urat dan tulang leher jelas kelihatan, buah halkumnya
bergerak lemah bercampur dengan darah.

Baju yang dipakainya semuanya koyak rabak, begitu juga dengan seluarnya. Saya
tidak tahu apa yang wajar saya lakukan? Apakah saya perlu memberikan
pertolongan padanya? Jangan cari penyakit, cara yang paling baik dan selamat
tinggalkan dia sendirian di situ.

Sebelum saya memulakan langkah, lagi sekali wajah Amjal Kamal yang aneh itu
saya tatap. Sepasang matanya yang tersembul tetap merenung sayu ke arah saya.
Seolah-olah minta pertolongan dan simpati. Renungannya begitu sayu dan
bersahaja sekali. Dia menangis, kata saya bila melihat air matanya mengalir atas
daging pipinya lalu bersatu dengan dengan darah. Saya jadi simpati. Rasanya, tidak
sampai membiarkan dia sendirian.

Saya menarik nafas dalam-dalam. Rasa simpati yang datang dalam hati, membunuh
rasa takut dan cemas dalam diri saya. Setiap kali melihatkelopak matanya yang
tersembul berkelip, rasa mahu menolongnya kian menjadi-jadi dalam hati.

"Kenapa kamu jadi macam ini?" Tanya saya.

Tidak ada jawapan yang saya terima, cuma renungannya kian redup, kian sayu,
minta dikasihani.

"Kenapa kamu lari, waktu orang ajak kamu pergi ke masjid?" Soal saya. Macam tadi
juga, jawapannya tidak saya perolehi. Matanya tetap merauti seluruh wajah saya.
Bila saya terlalu lama merenunginya begitu tanpa berkedip, mebuat hati saya jadi
cemas kembali.

Saya terpaksa menggunakan senjata terakhir, iaitu membuka langkah untuk pulang
ke rumah. Suara lolongan anjing sudah lama berhenti tetapi, sura cengkerik, katak
dan burung hantu tetap menyanyi tanpa irama yang tertentu. Sambil berlari, saya
terus menoleh ke belakang, saya lihat Amjal Kamal yang sudah berubah bentuk itu
tetap berada dekat saya. Dia seolah-olah mengapai-gapaikan tangannya untuk

40
berpaut pada baju saya.

Ketika itu juga saya teringat cakap orang tua ganjil bahawa Amjal Kamal yang mati
akan kembali dalam bentuk dan cara lain untuk menjahanamkan siapa sahaja yang
pernah menghalang cita-citanya. Malangnya, orang tua itu tidak memberitahu saya
bagaimana cara-cara untuk menghancurkan penjelmaan kembali Amjal Kamal itu.

"Tamar, ke mana kamu nak pergi?"

Saya pasti itu suara datuk. Tetapi saya tidak mampu memperlahankan langkah kaki
yang sedang berlari. Terasa sekujur tubuh Amjal Kamal dengan wajah yang
mengerikan tetap mengekori saya.

Datang lagi suara datuk. Saya segera menoleh ke kiri tanpa disangka tubuh
terlanggar pohon petai. Bahu kiri, terasa seperti mahu tercabut. Amjal Kamal dengan
wajah yang menakutkan terus hilang entah ke mana.

GELAP

Cuaca bertambah gelap. Dalam keadaan yang terhoyong-hayang itu, sepasang


tangan kasar memeluk tubuh dengan kuat. Saya terus meronta-0ronta dan suara
datuk terus memukul gegendang telinga saya. Wajahnyatidak dapat saya lihat.
Usaha saya berhasil, sepasang tangan yang memaut tubuh dapat saya buka
dengan membantingkan tubuh orang itu ke perdu petai.

Orang itu mengerang kesakitan, saya tidak dapat mempastikan siapakah yang jadi
mangsa saya. Apakah orang itu patah atau pengsan bukanlah urusan saya. Apa
yang penting, saya harus berlari ke mana sahaja mengikut kata hati. Saya halakan
tubuh ke arah matahari jatuh sambil memulakan langkah.

"Uhhhhh...," pekik saya sekuat hati.

Sepasang tangan saya gawangkan ke kiri dan ke kanan. Saya tidak dapat berdiri
dengan baik. Ada yang menaburkan jala besar ke arah saya. Sepenuh tenaga saya
melompat hingga jala yang menyerkup saya pecah berderai.

Dalam keadaan kelam kabut itu, saya terasa ada orang menyarungkan guni padi ke
kepala saya. Satu tumbukan yang padu dan kuat singgah di rusuk kanan. Saya tidak
dapat berdiri lalu jatuh terduduk.

Sepasang kaki saya ditarik dan dada saya ditekan. Saya terbaring dan tubuh yang
sudah dibalut dengan guni itu terus digolek ke mana-mana. Tubuh saya diangkat
dan diusung. Akhirnya, dihumbankan ke dalam sebuah kolam. Saya mual
kelemasan dan terus menelan air kolam, tekak terasa payau. Terasa ada orang
merentap guni yang membalut tubuh.

Telinga saya masih menangkap suara orang bercakap. entah apa yang dicakapkan,
saya sendiri tidak tahu. Fikiran saya sekejap berada di satu tempat lain dan sekejap
berada di tempat apa yang sedang saya alami sekarang. Tubuh saya diangkat dari
perut kolam. Diletakkan di atas tanah. Dalam keadaan yang tercungap-cungap itu,

41
saya masih mampu melihat api jamung dari daun kelapa menerangi sekitar kolam.

Sukar untuk mengenali orang-orang yang mengelilingi saya. Pandangan saya agak
kabur kerana air kolam masih lagi menguasai kelopak mata. Badan saya
menggeletar kesejukan.

"Apa dah jadi dengan kamu, Tamar?"

Perlahan-lahan saya pusingkan leher ke kiri. Untuk seketika, wajah datuk yang
duduk mencangkung itu saya tatap. Entah, mengapa saya tidak berminat
mendengar suara dan wajahnya. Cepat-cepat saya alihkan pandangan ke langit.

Saya tatap gumpalan awan dan bintang di langit. Tidak semena-mena, muncul Amjal
Kamal di awang-awangan. Bergerak bebas ke sana ke maro sambil melambai-
lambaikan tangan ke arah saya.

"Hei, nanti dulu Tamar," katanya. Dia berhenti betul-betul di depan mata saya. Aneh,
saya tidak berlari atau berjalan tetapi, kenapa dia menyuruh saya menantinya.
Dalam keadaan fikiran yang bercelaru itu. Amjal Kamal terus mendekati saya. Dia
membalingkan seketul tanah di muka saya. Bila tanah menyentuh kulit muka, terasa
panas macam kena api. Buat beberapa detik saya tidak tentu arah.

"Kamu sekarang, tunduk dengan aku, kamu faham!" Ujarnya.

"Faham," jawab saya.

"Kamu ikut perintah aku, tunduk dengan kata-kata ini: Dari hati, dari perasaan, dari
semangat rohani dan jasmani, kau ikut apa yang aku suruh,"

"Saya faham," nada suara saya lembut.

Amjal Kamal yang berada di awang-awangan itu ketawa berdekah-dekah. Saya


tidak tahu, apakah ketawanya didengar oleh datuk dan rakan-rakannya.

"Kamu kenal siapa ini?" Amjal Kamal mengeluarkan sebuah patung dari celah
ketiaknya. Patung itu ditayangkan pada saya seketika. Saya gelengkan kepala.
Memang sukar untuk mengenali patung tersebut berwajah siapa dari jarak jauh.

"Baiklah, sekarang kaulihat dengan teliti," kata Amjal Kamal lalu membesarkan
patung itu seperti bentuk manusia biasa.

"Kau kenal, siapa orangnya, Tamar?"

"Kenal."

"Siapa dia, Tamar?"

"Datuk saya."

"Sebenarnya, dia musuh kamu."

42
"Bukan, dia bukan musuh saya, dia datuk saya," begitu yakin saya mengucapkan
kata-kata itu. Amjal Kamal gelengkan kepala beberapa kali.

"Cuba kau perhatikan dengan teliti Tamar."

Saya pun mematuhi arahan Amjal Kamal. Saya perhatikan dan saya telek patung
sebesar manusia itu dengan teliti. Memang bukan datuk, cuma bentuk tubuh dan
wajahnya hampir menyamai datuk

"Kau puas Tamar?"

"Ya. Saya puas hati, buka datuk saya."

Saya segera anggukkan kepala. Amjal Kamal tersenyum. Dia suruh saya merenung
ke arah dada kiri patung. Apa yang disuruhnya saya patuhi. Bila saya renung ke
arah dada kiri patung itu, kelihatan cahaya berkelip-kelip macam cahaya batu
delima. Betul-betul berada di bahagian jantung. makin lama direnung, mata jadi silau
dan kepala terasa pening. Timbul keinginan dalam diri saya untuk memiliki benda
yang memancar seperti batu delima itu.

"Tamar, dengar sini. Ini perintah, dari hati, dari perasaan dari semangat rohani dan
jasmani, kau ikut apa yang aku suruh, Tamar," terdengar suara Amjal Kamal
bergema dari setiap sudut. Wajahnya tidak dapat saya lihat.

Suara Amjal Kamal makin lama, makin kuat dan nyaring. Saya kira, kalau tidak
dijawab, suara itu tidak akan berhenti lalu saya membuat keputusan:

"Ya, aku patuh pada perintah kamu."

"Bagus, kau pengikut yang setia."

"Apa perintah untuk aku?"

"Kamu mesti menikam ke atah dada orang yang bercahaya itu."

"Mahu ditikam dengan apa?"

"Dengan pisau."

"Dengan pisau? Perintah bodoh. Mana ada pisau pada aku?"

"Ada, kau raba bawah ketiak kamu."

RABA

Perintah itu saya turuti. Memang benar, sebilah pisau pendek saya temui di bawah
ketiak sebelah kanan. Hulu pisau saya pegang erat-erat. Suara ghaib terus bergema
memerintah saya menikam ke arah benda bercahaya. Saya tidak ada pilihan lain.
Dengan sepenuh tenaga, saya balingkan pisau ke arah benda yang berkelip itu.

43
Tepat pada sasarannya. Terdengar jeritan dan benda yang berkilat itu hancur
berkecai, badan patung berkecai dan berterbangan.

Melihat kejadian yang tidak pernah diduga, saya terkejut. Seluruh badan saya
menggeletar. Badan saya terasa kecil dan mula terpisah dari keadaan yang saya
alami. Telinga saya mula terdengar suara orang bercakap. Antara sedar dengan
tidak, saya cuba menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan. Tidak mahu
memandang ke langit lagi.

"Curahkan air ke mukanya, dia masih khayal." saya mendengar suara datuk.

Belum pun sempat saya mengeluh atau bersuara. Satu baldi air tercurah ke muka.
Saya seperti terpinga-pinga melihat jamung yang marak menyala. Saya ditempatkan
atas pengusung yang dibuat dari buluh. Kedua belah tangan dan kaki saya diikat
dengan rotan.

Saya lihat Mat Daud dan Azizi Jabar masih berdiri di tepi kolam ikan milik Haji
Sulung. Kedua-duanya membimbit baldi kosong. Salah satu dari baldi itu digunakan
untuk mencurahkan air dari kolam ikan ke muka saya.

"Macam mana saya boleh berada disini?" Tanya saya pada Uda Lamat yang berdiri
dekat pengusung. Orang tua itu tersenyum. Saya cuba menggerakkan jejari tangan
dan kaki yang terasa kaku dan kebas.

"Kamu lari satu ladang ni sambil bertempik macam gajah hilang anak." ujar Uda
Lamat, disambut dengan ketawa oleh beberapa orang yang berada di situ.

"Nak tangkap kamu terpaksa di jala." celah Mat Daud yang tiba-tiba diri dekat Uda
Lamat.

"Kemudian dihumban ke dalam kolam ikan, lepas itu diikat pada pengusung, kalau
tak dibuat macam ni, entah kaki gunung mana kamu pergi." tambah Uda Lamat lagi.

Dalam keadaan terkapar atas pengusung, saya terus mengingati punca kejadian itu
berlaku. Semuanya jelas terbayang tetapi saya tidak menduga sama sekali yang
saya mengalami keadaan seperti ini. Menggemparkan orang kampung hingga
mereka terpaksa menggunakan kemampuan apa yang ada pada mereka untuk
menangkap saya.

"Huh...," saya mengeluh dan tubuh mulai terasa sejuk.

"Kenapa Tamar?" Uda Lamat mendekati saya.

"Sejuk, saya sejuk," kata saya pendek.

"Pukul berapa sekarang?"

"Entah, aku tak ada jam," Uda Lamat terus memandang ke arah Mat Daud yang
menyeluk saku. Mat Daud mengeluarkan jam sakunya. Jam saku yang bulat dan
berantai itu dibawanya ke bawah api jamung yang marak.

44
"Lagi sepuluh minit pukul sepuluh," jerit Mat Daud ke arah saya dengan kuat.

Lagi sekali saya mengeluh, sesungguhnya saya sudah membuat masa yang begitu
lama dalam ladang getah," tidak mendatangkan apa-apa hasil yang menguntungkan.
Andainya saya ikut jalan raya, tentu peristiwa semacam ini tidak terjadi?

DIRI

Secara spontan timbuk pertanyaan dalam diri saya. Apakah semua yang saya alami
ini bernar-benar terjadi atau hanya khayalan dari perasaan saya sahaja? Lagi sekali
saya menarik nafas atas pengusung.

"Bawa saja ke rumah, sampai di rumah boleh dikisahkan mana yang patut." beritahu
datuk pada Mat Daud. Selesai sahaja datuk bercakap, pengusung pun diikat. Dan
malam itu saya bagaikan putera raja diarak dalam kebun getah dengan diterangi
cahaya dari jamung. Sampai di rumah saya disambut oleh nenek dengan tangisan.
Atas kemahuan datuk, saya diletakkan di anjung rumah. Jiran tetangga dari kaum
perempuan dilarang menghampiri saya. Hati nenek bertambah hiba bila datuk
mengeluarkan perintah demikian.

Lebih dari sepuluh minit saya dibiarkan terkapar atas pengusung di anjung.
Kemudian datuk meletakkan telapak tangan kirinya atas dahi saya. Dari dahi telapak
tanagn kiri itu digerakkan ke bawah menyentuh dada, perut dan akhirnya berhenti di
hujung ibu jari sebelah kanan. Rotan yang mengikat sepasang kaki dan tangan pun
dibuka. Saya disuruh duduk dan dipaksa meneguk air dingin dari labu tanah.

"Sekaranf kamu jangan memikirkan apa yang sudah kamu rasakan." ujar datuk
dengan tenang. Saya terdiam, sukar untuk saya melupakan sesuatu keanehan yang
saya alami. Walaupun, permintaan datuk tetap saya patuhi meskipun perkara itu
sukar untuk saya lakukan.

"Kamu faham dengan apa yang aku cakapkan tadi, Tamar?" datuk renung seluruh
wajah saya.

"Faham."

"Sekarang pergi mandi," datuk keluarkan perintah. Matanya tertuju ke wajah nenek.
Dan nenek bagaikan mengerti dengan renungan datuk itu. Tanpa membuang masa
nenek segera mendekati saya. Pergelangan kaki dan tangan saya disapunya
dengan sejenis minyak. Tujuan nenek berbuat demikian supaya bekas ikatan rotan
di tempat tersebut tidak bengkak atau luka. Nenek memapah saya ke bilik mandi.

Nenek tidak membenarkan saya memegang gayung dan menjirus air ke tubuh
sendiri. Saya disuruh meniarap atas simen dengan dagu berlapikkan tempurung
jantan. Tiga kali nenek jiruskan air atas pusat. Setiap kali air menyentuh pusat,
sejuknya bukan kepalang, terasa meresap hingga ke tulang belakang. Saya tidak
berani membantah, mungkin apa yang nenek lakukan itu, sudah diberitahu oleh
nenek terlebih dahulu kepadanya.

45
Upacara mandi malam itu diakhiri dengan mandi air daun pandan yang sudah
direbus. Dijirus mulai bahu sebelah kanan, membawa ke kiri. Air itu tidak boleh
menjamah kulit telapak kaki. Setelah itu tubuh saya dibalut dengan kain pelikat.
Saya dibawa ke anjung kembali. Kawan-kawan datuk yang membantunya
menangkap saya di ladang getah, sudah pulang kecuali Uda Lamat.

103. Jamung Tengah Malam

Entah mengapa, Uda Lamat yang pendiam dengan usianya yang muda beberapa
tahuin dari datuk, masih mahu bercakap dengan datuk. Paling membosankan
perkara yang dikaitkan ialah tentang diri saya. Datuk ternyata terpengaruhh dengan
pendapat Uda Lamat.

“Bukan lari sebarang lari, perkara macam ni pernah saya alami masa saya muda-
muda dulu,” Uda Lamat memperkemaskan silanya. Paha kanan diletakkan diatas
peha kiri. Jejari kakinya bergerak- gerak.

“Di mana?”

“Di kampung saya, anak buah saya sendiri yang mengalaminya. Menurut bomoh
masa itu, anak buah saya diresapi roh jahat. Fasal tu dia buat perkara tak senonoh,”
lanjut Uda Lamat.

“Kesudahannya macam mana?” Tanya Datuk lagi.

“Mati.”

Datuk terkejut, biji matanya terbeliak.

“Dia masuk ke hutan cari harimau, bawa parang mahu tetak tengkuk harimau,
kesudahannya leher anak buah saya itu dipatahkan oleh harimau, saya berharap
perkara macam itu tidak akan jadi pada cucu awak.”

“Saya juga harap perkara buruk tak akan terjadi,” datuk garu pangkal dagu. Mereka
berhenti bercakap. Tiba-tiba rasa cemas dan takut menguasai diri saya. Ada
bermacam-macam suara datang ke lubang telinga saya.

“Apa yang saya suruh awak buat tadi, semuanya itu, petua yang dibuat oleh orang
tua lelaki saya pada anak buah saya yang mengalami perkara yang saya sebutkan
tadi,” cukup teratur Uda Lamat mengungkapkan kata-kata. Dan saya mula faham,
apa yang dilakukan oleh nenek pada saya di bilik mandi tadi, adalah petua dari Uda
Lamat.

“Ya, petua ni kadang-kadang menjadi kadang-kadang tidak,” datuk menyanggah.


Saya lihat Uda Lamat anggukkan kepala.

“Memang betul cakap awak. Satu perkara yang pasti, setiap kerja mesti kita mulakan
dengan Bismillah. Kerja petua juga dimulakan dengan Bismillah sambil hati
mengharapkan Allah yang maha besar menghilangkan penyakit.”

46
“Betul, betul,” datuk angguk kepala.

Uda Lamat hirup kopi yang disediakan oleh nenek. Malam kian larut, suasana terasa
sunyi. Sesekali terdengar bunyi suara burung jampuk dan jeritan tikus liar di bawah
rumah. Kesunyian malam yang kian tua itu membekalkan rasa dingin yang
keterlaluan. Tetapi, saya masih mahu bertahan untuk berada di anjung dalam
keadaan berbaring. Hati kecil saya bagaikan dipaksa-paksa untuk mengikuti
perbualan selanjutnya antara Uda Lamat dan datuk.

Saya rasakan kemesraan yang diperlihatkan oleh Uda Lamat itu, adalah sesuatu
yang baru. Lelaki tua berkulit hitam, berbadan tegap, berambut putih yang
mengelilingi botak di tengah kepalanya itu, tidak pernah merelakan dirinya
menghabiskan masa malamnya di rumah orang. Biasanya, dia merasa bahagia
menghabiskan waktu malamnya dengan salah seorang isteri mudanya. Semua
orang tahu Uda Lamat ada empat isteri. Isteri pertamanya sudah berusi lebih dari
lima puluh tahun.
Tetapi, tiga orang lagi isterinya, berusia sekitar tiga puluhan hingga empat puluhan.
Ketiga-tiganya memiliki wajah yang menarik. Kekayaannya memiliki berekar-ekar
tanah sawah dan kebun getah memberi peluang padanya mempunyai isteri muda.
Satu keistimewaan Uda Lamat, tiga orang isteri mudanya cacat anggota, ada yang
berjalan tempang, tangan kudung dan bisu. Satu hal yang pasti mereka memiliki raut
wajah yang ayu.

Kata orang, Uda Lamat kahwin bukan kerana nafsu tetapi lebih banyak didorong
oleh rasa simpati mahu menolong sesama insan yang cacat. Inilah yang
membuatkan orang kampung mengkagumi dan menghormati Uda Lamat. Dan Uda
Lamat pula tidak pernah merasakan dirinya besar kerana penghormatan itu. Malah,
dia sendiri merasakan penghormatan itu tidak pernah wujud pada dirinya.

Jam di dinding rumah berbunyi dua belas kali. Satu teko kopi tanpa susu yang
disediakan oleh neneh sudah habis diminum, sedangkan saya sudah dua kali
terlelap. Bualan datuk dengan Uda Lamat kian mengendur. Tidak serancak tadi. Uda
Lamat sudah beberapa kali menguap panjang.

“Dah pukul dua belas malam,” Uda Lamat menggosok belakang tangan kanannya.
Datuk mendirikan lutut kanannya. Dia senyum ke arah Uda Lamat.

“Ngape, dah mengantuk ke?”

“Tidak, tapi sejuk.”

“Kalau begitu kena baliklah, kena cari kawan yang boleh menghilangkan sejuk,”
datuk berjenaka lalu disambut oleh Uda Lamat dengan ketawa panjang. Matanya
berair. Dua tiga kali telapak tangan kanannya memukul lantai anjung. Usikan datuk
itu amat mencuit hatinya.

“Kalau begitu nasihat awak, biarlah saya balik,” kata Uda Lamat setelah ketawanya
berakhir. Saya yang baring segera angkat kepala. Saya kira Uda Lamat pasti angkat
punggung sebaik sahaja kata-katanya berakhir. Sangkaan saya meleset. Uda Lamat

47
kian memperkemaskan silanya.

“Tunggulah sampai subuh, lepas tu bolehlah balik, kalau ada perkara yang tak baik
jadi pada cucu saya, bolehlah awak beri petua,” datuk menjentik kepala lutut Uda
Lamat.

“Saya rasa cucu awak tak apa-apa.”

“Tapi saya mahu awak menemani saya.”

“Tak apa, dia dah pulih, saya yakin perasaannya sudah aman dan tenteram, cucu
awak dah pulih. Biarlah saya balik dulu,” Uda Lamat segera bangun. Datuk garu
hujung dagunya beberapa kali. Datuk turut bangun dan berdiri di sisi Uda Lamat.

“Saya tak berapa seronok, bila awak balik cepat. Rasanya, saya perlukan
pertolongan awak, banyak perkara yang boleh awak tolong saya,” datuk luahkan
perasaannya. Tangan kanannya diletakkan atas bahu kiri Uda Lamat. Buat
beberapa saat Uda Lamat genggam tangan datuk erat-erat. Perlahan-lahan tangan
datuk yang tersadai atas bahu dijatuhkannya.

“Tak apa, dengan izin Allah. Cucu awak tak apa-apa. Awak bacalah Quran sampai
subuh,” Uda Lamat tepuk bahu datuk berkali-kali. Senyum datuk terukir di bibir. Saya
tahu, senyum itu sekadar untuk melindungi keresahan dalam dirinya. Dia tidak
berhasil menahan Uda Lamat bertahan di rumah hingga menjelang subuh.

“Biar saya pergi dulu.”

Uda Lamat menghulurkan tangan. Datuk sambut dengan perasaan yang berbelah
bagi. Datuk mengiringi langkah Uda Lamat hingga ke muka pintu. Jamung di kaki
tangga pun dinyalakan. Angin malam yang bertiup terus merempuh di jamung yang
mula marak. Kokok ayam terdengar sayup-sayup.

“Saya balik dulu.”

“Ya, selamat jalan. Terima kasih kerana awak sanggup bersusah payah menolong
saya,” suara datuk merendah.

“Itu hanya adat, hidup sekampung kenalah tolong-menolong.”

“Hanya Allah saja dapat membalas jasa awak.”

“Apa yang kita lakukan adalah atas kemahuan-Nya juga,” Uda Lamat merendahkan
diri. Dia pun memulakan langkah pertamanya.

JAMUNG

Bertemankan cahaya jamung, Uda Lamat terus membelah malan yang kian tua. Api
jamung melintuk-liuk dirempuh angin. Langkah Uda Lamat tetap teratur. Makin lama,
makin jauh dan mengecil api jamung yang dijulang oleh Uda Lamat dari penglihatan
mata datuk. Kokok ayam kian bertalu-talu. Dan angin pun kian rancak berhembus

48
menyentuh dedaun dan reranting pokok hingga melahirkan bunyi yang tidak
menentu.

Datuk masuk ke rumah. Daun pintu dirapatkan, terus dikunci. Datuk menyuruh saya
masuk ke bilik. Saya mohon padanya supaya saya dibenarkan tidur di ruang anjung.

“Masuk ke dalam bilik,” suara datuk keras.

“Saya rasa di sini selesa, tuk.”

“Jangan bantah cakap aku, masuk ke dalam. Kalau ada apa-apa hal senang nak
bertindak. Kalau tidur di luar nanti kamu melompat tingkap susah pula nanti.”

“Hmm..” Saya lepaskan keluhan kecil. Panas rasa hati, bila datuk menyindir saya
begitu. Rasa benci terhadap datuk datang meluap-luap.

Saya mula terdengar suara Amjal Kamal mengeluarkan perintah yang berbunyi: “Ini
perintah, dari hati dari perasaan, dari semangat rohani dan jasmani. Kau ikut apa
yang aku perintah. Orang itu adalah musuh.” Saya termanggu-manggu, suara itu
datang dari segenap sudut, bagaikan mahu pecah gegendang telinga saya
dibuatnya.

Saya tidak ada jalan lain, terpaksa menekup kedua belah telinga dengan telapak
tangan. Suara itu masih bergema juga. Saya terpaksa melekapkan telinga ke celah
paha. Usaha saya tidak juga berhasil. Batang tubuh Amjal Kamal terpamer di depan
mata. Dia mengangkat tangan menyuruh saya melakukan sesuatu.

“Ya, dia musuh,” kata saya.

“Mesti dibunuh, kaulihat kerlipan di bahagian dada kirinya.”

“Ya, saya nampak saya harus membunuhnya. Saya mesti menikamnya dengan
pisau belati,” sehabis sahaja saya memberikan pengakuan sebilah pisau belati jatuh
di depan saya. Segera saya ambil. Saya merasai diri saya bukan berada di dalam
rumah. Tetapi, berada di satu ruang bangunan yang luas macam istana. Seorang
lelaki yang kurang jelas wajahnya berdiri di depan saya. Dada sebelah kirinya
mengeluarkan cahaya yang berkelip-kelip. Rasa marah datang meluap-luap dalam
rongga dada.

Saya mendekati lelaki itu dengan pisau di tangan. Aneh lelaki itu tetap menanti saya.
Inilah yang membuatkan saya bertambah marah. Saya renung benda yang bekelip-
kelip di dada sebelah kiri lelaki itu. Saya terus membuat perhitungan untuk
membenamkan pisau ke dada lelaki itu. Saya sudah menemui sasarannya. Dengan
sekali tikam sahaja, saya yakin lelaki itu akan tergolek di lantai.

Saya juga yakin, bila semuanya terlaksana dengan baik. Suara ghaib, yang
memerintah saya melakukan perbuatan itu akan memuji saya. Tentu saya diberikan
hadiah.

“Kau sudah sampai saatnya,” terdengar lagi perintah ghaib.

49
“Tapi,” perasaan saya bersuara.

“Tidak ada tapi, inilah saatnya untuk kamu membunuh musuh, tikam dengan cepat,”
datang lagi suara ghaib. Saya masih berdepan dengan lelaki yang wajahnya tidak
jelas.

Saya sudah nekad untuk menyelesaikan tugas yang diberikan. Secepat kilat, saya
meluru ke arah lelaki yang wajahnya tidak berapa jelas itu. Tanpa membuang masa,
saya melepaskan tikaman dengan sekuat hati ke dada kiri lelaki yang bekelip-kelip
itu.

“Tamar, kamu melawan,” satu tempikan yang kuat menyumbat ke lubang telinga
saya. Badan saya terasa bergoyang. Muka saya menerima tamparan yang kuat.
Kulit muka terasa pecah kepedihannya tidak dapat saya gambarkan. Kerana tidak
terdaya menahan sakit, saya rebahkan badan di lantai. Saya terdengan bunyi suara
yang amat kuat macam suara deru keretapi. Saya pejamkan mata kerana dalam
perhitungan saya, saat kematian sudah sampai.

WAJAH

Bila suara menderu macam keretapi itu hilang. Terasa suasana jadi fana dan sepi
sekali. Saya buka mata, orang pertama yang saya lihat ialah wajah datuk.

“Kenapa tuk?” Tanya saya.

“Tak ada apa-apa,” jawabnya. Sungguhnya jawapan itu tidak dapat saya terima.
Datuk menyembunyikan sesuatu dari saya. Saya kumpulkan segala fikiran untuk
menyorot apa yang terjadi. Semuanya tidak berhasil. Saya tidak dapat mengingati
apa-apa pun.

“Kenapa tuk?” Ulang saya lagi.

“Kau menumbuk dada aku tamar,” suara datuk kesal. Saya terdiam, hampir mahu
menangis saya mendengar kata-kata dari datuk. Dialah satu-satunya lelaki di dunia
ini yang saya hormati dan saya sayangi.

“Maafkan saya tuk, saya tak sedar dengan apa yang saya lakukan,” saya berlutut di
depan datuk.

“Sudahlah, aku secara tak sengaja menampar kamu,” datuk terus memeluk saya.
Pipi saya diusapnya berkali-kali. Wajah datuk nampak sungguh sedih. Dalam
keaadan yang agak gawat itu dia mencium dahi saya. Tanpa disedari saya
menangis.

“Sudahlah Tamar, masuk ke bilik. Pergi tidur.”

“Maafkan saya tuk, saya tak tahu dan tak ingat apa yang saya buat.”

“Sudahlah, ada sesuatu yang tak kena pada kamu, pergilah tidur,” begitu lembut

50
nada suara datuk. Permintaannya segera saya akur. Perasaan saya sungguh
terharu, datuk sendiri mengemaskan ranjang tidur untuk saya. Datuk selimut tubuh
saya.

MIMPI

Seperti selalu, datuk tetap mengingatkan saya untuk membaca ayat-ayat suci
sebelum mengajak mata tidur. Itu pun saya lakukan. Saya baca fatihah dua puluh
satu kali, baca ayat kursi tujuh kali, mengucap dan beberapa ayat lain lagi saya
baca. Saya bersyukur setelah mematuhi cakap datuk itu, saya dapat tidur dengan
lena. Tidak ada mimpi yang kurang menyenangkan saya alami.

“Bangun Tamar.”

Badan saya digoncang berkali-kali. Antara mahu dengan tidak, saya terpaksa
membuka kelopak mata. Buang gebar tebal yang membaluti tubuh.

“Bangun sembahyang,” Sambung datuk.

“Ya,” saya terus bangun. Duduk mencangkung di bibir ranjang.

“Sebelum ambil air sembahyang, buat senanam dulu Tamar.”

“Ya,” jawab saya pendek. Senaman yang biasa saya amalkan terus saya lakukan.
Datuk melakukan sembahyang sunat subuh. Selesai senaman, saya pun mahu
bergegas ke bilik mandi. Tetapi, saya tidak meneruskan langkah tersebut.

“Tamar.”

“Ya tuk.”

“Kita Sembahyang sendirian.”

“Baiklah tuk,” saya pun meneruskan langkah yang terhenti. Rancangan yang sudah
disusun mengalami gangguan sebentar. Pintu bilik air tertutup rapat. Nenek sedang
mandi, saya terpaksa menunggu.

Sementara menanti nenek keluar, saya duduk di bangku tidak jauh dari bilik air.
Pada mulanya saya berjuntai kaki, kerana tidak tahan disebabkan kedinginan, kaki
segera saya letakkan diatas bangku. Saya berpeluk tubuh. Sepatutnya, saya tidak
mengalami rasa kedinginan, saya sudah bersenam dan peluh pun sudah pecah.

Barangkali angin pagi bertiup kencang di luar, fikir saya dalam hati sambil menguap
panjang. Rasa mengantuk masih terasa.

“Tamar.”

Saya merenung wajah nenek. “datuk kamu di mana?” Sambung nenek.

“Di atas.”

51
“Dia biarkan kamu seorang diri di sini?” Nenek tidak berpuas hati dengan tindakan
datuk. Saya tersenyum dan saya harus bertindak dengan bijak agar tidak berlaku
sebarang ketegangan antara datuk dengan nenek yang berpunca dari saya.

“Saya yang minta datuk, jangan ikut saya.”

“Kamu ni, dah sihat benarkah?”

“Sihat, saya memang tidak apa-apa nenek.”

“Hum tak ada apa-apa, bila kau memekik dan nak lari tu bukan apa-apa namanya,”
nenek jegilkan biji mata ke arah saya. Tidak ada jawapan yan dapat saya berikan
untuk menafikan kata-kata yang nenek ungkapkan itu.

“Pergi, biar aku tunggu kamu di sini.”

“Tak payah tunggu saya nek, saya tak apa-apa. Kalau nenek tunggu, saya tak mahu
masuk ke bilik air,” saya menggunakan senjata ugutan. Malu rasanya sudah besar
begini, masih ditunggu nenek.

“Kamu memang keras kepala, tak apalah aku tak tunggu tapi, ada apa-apa cepat-
ceoat beritahu aku,” kata nenek.

“Saya tahu, nenek.”

“Hisss.....” nenek menjuihkan bibir ke bawah. Kemudian melangkah kebiliknya. Saya


tersenyum lalu bersiul kecil sambil melangkah ke bilik air.

Pada mulanya, saya bercadang mahu mengambil air sembahyang sahaja. Tetapi,
bila sudah berada dalam bilik air, seluruh tubuh terasa panas. Saya membuat
keputusan mengejut. Ambil gayung lalu jirus air ke tubuh. Sebaik sahaja air satu
gayung menyentuh badan, terdengar bunyi tapak kaki orang berlari. Saya tergamam
dan gayung di tangan tidak jadi menyeduk air dalam kolah.

“Tamar, kau buat apa tu,” terdengar suara nenek.

“Saya mandi.”

“Selalunya kau tak mandi pagi, kenapa kau mandi pagi kali ni, Tamar.”

“Nek, saya sedar apa yang saya buat,” kata saya lalu membuka pintu bilik air.

HULUR

Saya hulurkan kepala untuk nenek melihat keadaan saya yang sebenar. Ternyata
perbuatan saya itu dapat menyakinkan nenek yang saya masih waras. Masih berada
di alam nyata. Tanpa diduga, tindak-tanduk saya itu membuatkan nenek ketawa
terkekeh. Agaknya, dia terasa lucu. Nenek kembali ke tempatnya. Pintu bilik mandi
saya rapatkan. Mandi yang tergangu, saya teruskan kembali.

52
Baru lima gayung air membasahi tubuh, saya terasa sejuk dan terus mengigil. Gigi
atas dengan gigi bawah terus berlaga hingga mengeluarkan bunyi. Saya berhenti
mandi dan mengambil air sembahyang, kesejukan yang menguasai tubuh membuat
saya merasa kurang selesa untuk berjalan atau bergerak ke mana-mana.

Ini merupakan gangguan yang kurang menyenangkan. Tetapi saya terus melawan
rasa sejuk itu dengan melakukan senaman dan berlari hingga sampai ke dalam bilik
tidur. Saya sarung kain, pakai baju dan songkok.

Saya melangkah dari bilik tidur untuk melakukan sembahyang subuh. Datuk masih
duduk tertonggok membaca al-Quran. Suaranya cukup jelas dan nyaring. Sebaik
sahaja saya melangkah bendul pinti bilik, kaki kiri saya terasa berat untuk
menerusan langkah ke arah sejadah yang terbentang di sisi datuk. Telapak kaki
saya bagaikan melekat di papan. Rasa cemas dan mengelabah mula datang ke
dalam diri, darah gemuruh mula terasa. Saya jadi marah dengan keadaan yang saya
lalui. Saya kumpulkan tenaga, fikiran dan perhatian untuk melawan keadaan yang
melingkari diri saya ketika itu.

Dalam saat yang genting itu, saya merasai seluruh tubuh badan terumbang-ambing,
perasaan dan fikiran saya seperti berada dalam satu tempat atau suasana yang
berlainan, seolah-olah saya berada dalam dunia yang serba asing.

Diri saya berada dalam satu ruang dewan yang cukup luas. Penuh dengan bangku-
bangku yang tersusun rapi tidak diduduki oleh manusia. Ada irama muzik yang
lembut. Di pentas, seorang lelaki dengan wajah yang tidak berapa jelas berdiri di
situ.

Sekali imbas, wajah lelaki itu menyerupai wajah datuk tetapi bila direnung lama-lama
wajah itu bertukar menjadi samar-samar serta tidak begitu jelas.

Saya jadi terpaku dengan apa yang saya hadapi. Saya jadi bodoh, tidak tahu apa
yang mesti saya lakukan. Dalam keadaan terpinga-pinga itu, saya terdengar bunyi
deru keretapi malam yang memekakkan anak telinga, kepala terasa sakit, ruang
dewan nampak bergegar. Bangku-bangku kosong berlaga sesama sendiri. Saya
tutup telinga dengan telapak tangan. Saya pejamkan sepasang kelopak mata
dengan serapat-rapatnya.

Saya berusaha berhempas pulas untuk melepaskan diri dari keadaan yang tidak
menyenangkan itu. Dalam pergelutan itu, tanpa diduga wajah Amjal Kamal muncul
beberapa detik di ruang mata. Bila wajanhnya hilang, bunyi yang tidak
menyenangkan itu juga turut hilang. Suasana teramat amat sepi. Kalau sebatang
jarum jatuh pun pasti dapat didengar.

Dalam suasana yang hening itu terdengar suara Amjal Kamal bergema dari sudut
ruang, mengeluarkan perintah: “Ini perintah, dari hati dair perasaan, dari semangat
rohani dan jasmani, kau ikut apa yang aku perintah. Orang itu adalah musuh.”

104. Di Kuasai Suara Aneh

53
Kerana sudah kerapkali berdepan dengan kejadian demikian, saya jadi arif untuk
menjawab dan memberhentikan suara yang bergema dari setiap sudut ruang.
Seluruh perhatian, saya tumpukan ke arah orang di atas pentas yang wajahnya tidak
berapa jelas.

“Ya, dia memang musuh kita,” terkeluar kata-kata dari kelopak bibir saya. Suara
orang ketawa bergema di ruang dewan. Bila gema ketawa berakhir, gegendang
telinga saya menangkap suara orang berbentuk perintah.

“Kau mesti membunuhnya. Kau nampak kerlipan di bahagian dada kirinya?”

“Saya nampak kerdipan itu, saya mesti membunuhnya.”

“Bagus, kaulah perwira satria. Ayuh lakukan!” Pujian muncul dari setiap ruang
dewan. Telinga saya terasa pekak. Semangat baru meresap ke dalam urat saraf.
Hidup mati saya semata-mata untuk mematuhi perintah suara aneh itu.

“Ya, saya mesti melakukannya sekarang. Saya mesti menikamnya dengan pisau
sampai mati,” satu tekad yang bulat berpadu dalam diri saya.

“Ya, untuk kebenaran dan keadilan, kau lakukan segera. Jangan berlengah-lengah
lagi, jangan bertangguh-tangguh.”

“Ya, kata saya penuh semangat.

Pisau yang terselit di pinggang segera saya pegang. Saya cabut dari sarungnya.
Dengan tenang dan penuh keyakinan, saya ,melangkah ke arah lelaki di tengah
pentras. Saya berlagak dan berpura-pura memberi penghormatan padanya. Makin
lama, makin dekat saya dengannya.

Kerlipan di bahagian dada kirinya terus memancar. Menyilaukan mata tetapi


semuanya itu tidak menghalang saya untuk menghampirinya. Saya pasti kerlipan itu
tidak menghalang saya untuk menghampirinya. Sata pasti, kerlipan yang memancar
dari bahagian kirinya itu ialah sebuah medal berbentuk empat segi yang
melambangkan seekor tupai bertarung dengan ular senduk. Medal itu dibuat dari
tembaga kuning yang berkilat.

Saya naik ke pentas dari sebelah kanan. Dari tepi pentas, saya menghintung
langkah hingga sepuluh. Berhenti betul-betul di depan lelaki yang wajahnya tidak
berapa jelas. Pencarian dari medal yang dipakainya tetap menyilaukan mata saya.
Tanpa membuang masa, saya terus menundukkan kepala memberi hormat
padanya.

“Kamu,” lelaki itu bersuara dengan rasa terkejut.

“Ya”’ jawab saya.

54
TAHU

Seperti mengetahui apa yang akan saya lakukan terhadapnya, lelaki itu
memusingkan badannya, membelangkangi saya. Kerlipan dari medal yang
dipakainya tidak dapat saya lihat. Pandangan saya jadi gelap, dalam keadaan yang
agak cemas itu pisau di tangan saya angkat tinggi-tinggi. Saya cuba menahan diri
dari melakukan sesuatu. Kerana pisau sudah di angkat tinggi, usaha saya menemui
kegagalan.

Cukup pantas sekali saya rasakan gerakan tangan. Pisau terus terbenam ke
bahagian belakang lelaki itu. Saya lihat tubuh lelaki itu berkecai dalam percikan
cahaya bersinar. Medal yang berkilau-kilau bergeral pada setiap ruang dewan.
Akhirnya, berlaga dengan dinding dewan, berkecai menjadi serpihan yang halus. Di
mana-mana saya lihat api menyala dengan marak sekali.

Saya juga terdengar suara dari setiap sudut dewan, bergema dengan sejuta pujian.
Semuanya memberi ucapan tahniah dan menganggap saya sebagai seorang
pahlawan besar yang berjaya menghancurkan kedurjanaan demi untuk menegakkan
keadilan dan kebenaran. Saya terasa dan melihat jambangan bunga tidak putus-
putus di campakkan ke arah saya. Berlonggok-longgok di tengah ruang dewan.
Saya tersenyum bangga, suara pujian terus bergema.

“Kamu dah jalankan tugas suci,” terdengar suara Amjal Kamal. Segera saya toleh ke
kiri, dalam keadaan yang samar-samar itu, saya lihat Amjal Kamal tersenyum ke
arah saya. Bila saya membuka kelopak bibir untuk mengucapkan sesuatu, Amjal
Kamal terus hilang dari penglihatan saya.

Kerana yakin masih ada perintah selanjutnya, saya terus berdiri di tengah ruang
dewqn dengan pisau di tangan. Masa terus berlalu, perintah yang diharapkan tidak
juga muncul. Saya terus memandang ke arah longgokkan bunga di tengah ruang
dewan. Aneh sungguh, longgokan bunga itu bergerak secara perlahan-lahan.

“Aduh, sakitnya,” terdengar suara dari celah-celah longgokan bunga. Suasana cukup
sepi sekali. Antara sedar dengan tidak, diri terasa mengembara dari alam khayal
menuju ke alam nyata.

PANGKAL

Di saat-saat terumbang-ambing itu, saya terasa pangkal peha kanan saya dihentak
oleh sesuatu dengan kuat sekali. Tubuh saya terpelanting ke dinding. Dari dinding
bergerak ke kanan lalu terkandas pada almari cermin. Kaca almari pecah berderai.

“Ah,” saya mengeluh seprti tersedar dari mimpi. Pecahan kaca terdampar atas
kepala, bahu dan belakang. Saya masih bernasib baik kerana tidak luka. Saya cuba
bangun tetapi tidak berjaya. Bahagian rusuk kanan saya terasa pedih bila saya cuba
berdiri.

55
Saya terpandangkan nenek yang berdiri di sebelah kiri. Dengan lembut perempuan
itu mengutip pecahan kaca di tubuh saya. Semua pecahan kaca itu di isi di dalam
baldi plastik.

“Apa kena kamu ni, Tamar. Tak habis-habis buat hal,” nenek merungut.

“Kenapa nek?” Tanya saya.

“Kamu tengok sendiri,” nada suara nenek separuh keras. Jari telunjuknya menghala
ke arah datuk. Saya lihat datuk mengerang kesakitan. Kesan darah masih dapat
dilihat pada kain putih yang melilit bahagian rusuk kirinya. Di hujung sejadahnya,
saya terlihat pisau pemotong bawang tersadai berlumuran darah.

Beberapa orang jiran tetangga bermunculan di muka pintu di pagi yang bening itu.
Barangkali, mereka dapat mengikuti apa yang terjadi dalam rumah sejak subuh tadi.

“Kenapa dengan Tuk ini?” soal saya dengan rasa terkejut. Nenek gelengkan kepala.

“Kamu tikam dia, Tamar,” jelas nenek.

“Ya Allah,” saya mula meraung sekuat hati. Seluruh isi kampung menjadi gempar.

Raungan saya itu menambahkan lagi para jiran berdatangan ke rumah. Semuanya
terpaku dan terpukau melihat apa yang terjadi. Beberapa orang jiran bersedia untuk
mengusung datuk ke hospital tetapi datuk menolak budi para jiran itu. Menurut
datuk, luka yang dialami tidak besar, boleh diubati secara kampung. Beberapa orang
lelaki terus menangkap saya. Mereka juga memerintahkan nenek supaya
menyimpan benda-benda tajam di tempat selamat.

“Ikat,” ujar jiran kepada seorang jiran yang lain. Dalam beberapa saat sahaja
sepasang tangan saya diikat dengan tali belati. Begitu juga dengan sepasang kaki
saya. Tidak ada perlawanan yang saya lakukan kerana saya sendiri tidak sedar
bagaimana saya melakukan perkara tersebut.

“Kita serahkan pada polis, biar dibawa ke hospital. Boleh otaknya diperiksa. Budak
ni dah gila. Kalau dibiarkan di rumah, ramai orang yang mati,” seorang perempuan
bermulut celupar mengeluarkan pendapat. Saya lihat kebanyakan jiran bersetuju
dengan pendapatnya itu.

Nenek termenung, macam ada sesuatu yang difikirkannya. Datuk meraba ke arah
balutan lukanya.

“Jangan dipengapakan dia. Apa yang dibuatnya, dia sendiri tidak tahu. Ada kuasa
lain yang meresap ke dalam dirinya,” kata datuk. Dia berdiri sambil menekan ke arah
bahagian berbalut. Nenek tidak berkata apa-apa. Matanya masih terpaku ke arah tali
belati yang membelit sepasang tangan dan kaki saya.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas perhatian kawan-kawan. Bukakan tali belati
itu,” datuk mengeluarkan arahan. Ikatan di tangan dan kaki saya segera dibuka.
Beberapa orang jiran berpandangan sesama sendiri. Mereka kurang senang dengan

56
tindakan datuk yang enggan menyerahkan saya kepada pihak polis untuk ditahan
dan dihantar ke hospital bagi menjalani pemeriksaan mental.

KELUAR

Memang wajar mereka memprotes tindakan datuk itu, kerana perbuatan yang saya
perlihatkan pada mereka membayangkan diri saya kurang waras. Orang yang
berfikiran warsa, tidak akan menikam datuknya yang mahu bersembahyang. Mereka
bimbang kalau perbuatan itu melarat keluar rumah. Mungkin satu ketika, saya
menyerbu ke masjid lalu menikam orang-orang yang sedang berjemaah di situ.

“Saya tahu, apa yang semua bimbangkan. Percayalah pada saya, dengan izin Allah,
masalah cucu saya ni, boleh diselesaikan dengan baik,” datuk memberitahu para
jiran yang seakan-akan enggan bergerak dari ruang rumah.

“Saya berjanji kalau tak boleh diatasi, saya serahkan pada awak semua untuk
dihantarkan ke Tampoi atau Tanjung Rambutan,” datuk memberikan janji yang padu.

“Kami bukan apa-apa, kami takut kalau dia mengacau orang lain,” para jiran
menyatakan pendapatnya.

“Saya faham. Kalau awak susah, saya lagi susah. Dia cucu saya, berapalah berat
mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya tak suka perkara begini, apakan
daya sudah takdir untuk saya menerimanya,” datuk merayu penuh keikhlasan.
Wajahnya berkerut. Mungkin dia menahan rasa sakit.

“Kami faham, sebagai jiran kami juga ada rasa bimbang dan takut,” sambung jiran
itu lagi.

“Bimbang dan takut tu, memang hak kamu. Aku tak marah dan tak kecil hati. Berilah
kesempatan pada aku untuk memulihkannya,” begitu lembut nada suara datuk.

Tanpa banyak cakap, para jiran meninggalkan rumah dengan wajah yang tenang,
beberapa orang daripada mereka terus memeluk datuk menyatakan rasa simpati
sambil berjanji tidak akan membiarkan datuk bersendirian di dalam masalah ini.

LUKA

Bagi menyembuhkan segera luka yang dialami, datuk memanfaatkan perubatan


secara tradisional. Dia menggunakan ramuan beberapa helai daun dan kulit pokok.
Bahan-bahan itu disatukan lalu ditumbuk hingga lumat dan dicampurkan dengan
setitik embun jantan.

Sebelum bahan-bahan itu digunakan, datuk membersihkan luka di rusuk kiri dengan
air panas. Setelah bahan-bahan itu disapukan ke tempat yang luka, datuk terus
minum segelas air kunyit dan segelas air rebusan dari akar-akar kayu. Dalam

57
beberapa jam luka itu terus kering. Tidak bengkak dan tidak bernanah. Datuk boleh
bergerak ke mana sahaja, seolah-olah dia tidak mengalami sebarang kecelakaan.

“Tak apalah Tamar, semuanya terjadi masa kau tak sedar,” itulah ungkapan pertama
dari datuk setelah empat jam peristiwa yang mengerikan itu berlalu. Datuk tidak
memperlihatkan rasa kurang senang dan gundah gulana dengan apa yang telah
berlalu. Dia tetap melayani saya seperti biasa. Masih mahu bercerita tentang akar
dan dedaun kayu yang boleh dijadikan ubat luka. Datuk menasihati saya supaya
jangan susah hati.

Saya kira sebagai seorang tua, rasa bimbang dan cemas itu pasti ada di dalam diri
datuk. Dia tahu, sejak tadi saya tidak berubah tempat, masih termenung. Mungkin
juga dia tahu yang seluruh pemikiran saya masih berpusat pada suara-suara ghaib
yang menyuruh saya melakukan sesuatu. Apa yang pasti, datuk tidak mahu dirinya
berada dalam jarak yang jauh dengan saya. Gerak-geri saya sentiasa di dalam
pengawasannya.

“Tamar,” itu suara datuk. Saya renung ke arahnya dan melihat kelopak bibirnya
bergerak. Saya tidak menjawab panggilan datuk itu kerana saya merasakan itu
bukanlah suara datuk tetapi suara Amjal Kamal yang keluar dari kelopak bibir datuk.

“Tamar, Tamar, dengar sini.”

“Ya, saya faham dan bersedia patuh dengan perintah.”

“TamaaaaaarrrF,” jerit datuk lalu badan saya digoncangnya berkali-kali. Serentak


dengan itu dia membaca surah Al-Ikhlas.

“Tamar,” nada suaranya bertambah lunak.

“Tamar,” ulang datuk lagi. Nada suaranya kali ini cukup lunak. Saya raba jejari saya,
saya raba pipinya dan datuk membiarkan sahaja yang saya lakukan.

“Ini datuk?”

“Ya.”

“Tadi suara datuk panggil nama saya?”

“Ya, Tamar.”

“Jadi, tadi bukanlah suara Amjal Kamal? Apakah yang saya dengar tadi, suara
datuk?” Saya seperti merungut. Datuk anggukkan kepala. Perlahan-lahan datuk
memaut tubuh saya, disuruhnya saya berdiri. Kemudian saya dibimbingnya ke
anjung rumah. Disuruh duduk menghala ke arah matahari jatuh.

“Amjal Kamal tu, kawan kamu Tamar?” Soal datuk.

Saya gelengkan kepala. Datuk menarik nafas panjag. Sesekali datuk renung ke arah
halaman rumah yang disinari matahari pagi.

58
“Tapi kau kenal dia, walapun kau tidak begitu rapat dengannya?” menyusul lagi
pertanyaan daripada datuk yang membuat saya lemah. Perasaan saya kian resah.
Entah mengapa, saya begitu cemas dan takut bila nama Amjal Kamal disebut-sebut.
Setelah berfikir panjang beberapa kali, saya terus menceritakan apa yang telah saya
lalui pada datuk.

“Ini perkara biasa Tamar. Orang yang lemah semangat, lemah iman dan tidak ada
kekuatan batin selalu dikuasai oleh pihak yang mahu menjahanamkan manusia,” itu
komentar datuk setelah mendengar cerita dari saya.

“Apa saya memang lemah?”

“Boleh jadi,” datuk tersenyum lalu merenung ke kaki tangga. Dia menyambut salam
Uda Lamat.

“Naiklah,” jemput datuk.

“Tak disuruh pun saya tetap naik,” sahut Uda Lamat lalu naik ke anjung dan duduk
dekat datuk.

ZIARAH

Kedatangan Uda Lamat pagi itu, semata-mata untuk menziarahi saya. Dia amat
gembira kerana keadaan saya agak baik. Semua pergelengangan kaki dan tangan
serta sendi-sendi saya diperiksa dan dipicit. Kemudian Uda Lamat membuka
kelopak mata kiri dan kanan saya.

“Tidak begitu baik lagi,” bisiknya lembut kepada datuk.

“Apa yang patut dibuat?”

“Berikhtiar minta pertolongan dari Allah. Syaitan, kalau sudah meresap ke dalam
tubuh payah mahu keluar,” tambah Uda Lamat lagi. Datuk menarik nafas panjang-
panjang.

Tiba-tiba badan saya menggeletar. Suara-suara aneh mula terdengar. Wajah Amjal
Kamal tenggelam timbul di depan mata. Saya mula terasa tubuh memiliki kekuatan
yang luar biasa.

“Tamar,” sergah datuk.

“Apa yang kamu mahu?” saya mula menentang wajah datuk. Saya rasa datuk terlalu
kecil berdiri di depan saya. Walaupun demikian, setiap kali datuk malafazkan
kalimat-kalimat Allah ke arah saya, seluruh badan sata terasa panas.

“Jangan, saya tak tahan,” rayuan saya tidak dipedulikan oleh datuk. Dia terus
membaca hingga saya tidak sanggup menetang biji matanya. Saya rebah di depan

59
datuk.

Ketika itu saya terdengar suara aneh yang mengutuk diri saya. Mereka tuduh saya
pengkhianat, tidak setia pada perintah. Mereka mahu menamatkan riwayat hidup
saya dengan membenamkan tubuh saya ke dalam tasik yang berbuih. Saya segera
merenung minta tolong.

“Tamar,” seru datuk serentak dengan itu satu baldi air jatuh ke muka.

“Tamar kau tidak apa-apa, ingat Allah berkuasa atas segala-galanya,” Uda Lamat
bersuara lembut. Dia duduk mencangkung di depan saya. Biji matanya dengan biji
mata saya berlaga.

“Mengucap Tamar, Ashaduan la...,” tambah Uda Lamat. Tanpa bertanguh-tangguh


lagi saya terus mengikut Uda Lamat mengucap hingga akhir.

“Bagus, bagus,” Uda Lamat terus menepuk bahu saya bertalu-talu. Tidak memadai
dengan itu, tubuh saya yang basah terus dipeluknya erat-erat. Datuk tidak berkata
apa-apa. Dia kelihatan tenang. Bibirnya kelihatan bergerak-gerak. Pasti datuk
membaca ayat-ayat suci.

“Saya dahaga,” kata saya pada Uda Lamat. Cepat-cepat Uda Lamat memberitahu
kepada nenek. Tidak sampai dua saat, secawan air sejuk sudah berada di depan
saya. Ketika tangkai cawan saya sentuh, datuk segera menarik cawan yang berisi
air dingin ke arahnya. Perbuatan datuk itu menghampakan saya.

“Saya dahaga,” saya merayu.

“Aku tahu, apa kau tak boleh sabar sedikit,” tengking datuk.

“Haaa..,” saya terkejut dan hampir menitiskan air mata.

Uda Lamat memperkemaskan duduknya bersedia melakukan apa sahaja andainya


saya bertindak secara mengejut. Rasa dahaga bagaikan tidak tertahan, tekak terasa
pedih dan perit. Apa yang saya fikirkan, ialah air untuk membasahkan tekak. Tidak
terniat di hati saya untuk melakukan sesuatu, apatah lagi untuk melawan datuk.
Datuk terus mmbaca sesuatu di bibir cawan. Bila pembacaannya selesai, cawan
berisi air itu diserahkan pada Uda Lamat.

“Berikan padanya,” datuk mengeluarkan perintah.

“Awak baca surah apa?” Tanya Uda Lamat.

“Saya baca Al-Fatihah 20 kali, dengan izin Allah, syaitan dan Iblis yang berlindung
dalam diri cucu saya akan keluar.

“Saya faham, Allah berhak melakukan sesuatu, kita memohon padanya,” sanggah
Uda Lamat. Saya resah, terasa cukup lama cawan itu berada di tangan Uda Lamat.
Kenapa saya diseksa begitu kejam.

60
“Nah, Tamar.”

Uda Lamat menghulurkan cawan berisi air kepada saya. Cepat-cepat saya
menyambutnya lalu dilekatkan ke bibir.

“Nanti dulu, baca Bismillah sebelum diminum,” Uda Lamat pegang pergelangan
tangan saya. Apa yang disuruh oleh Uda Lamat segera saya patuhi. Setelah selesai
membaca Bismillah, saya terus meneguk air tersebut.

105. Mandi Di Ambang Pintu

Sebaik sahaja air sejuk berlari di kerongkong, urat saraf di setiap sendi badan terasa
seperti disentap-sentap. Serentak dengan itu terdengar bunyi dentuman yang kuat di
telinga macam bunyi petir. Cawan di tangan terlepas lalu jatuh di atas lantai. Pecah
berderai. Tenaga saya makin lemah.

“Tamar dengar cakap aku ini. Allah itu maha ESA, berkuasa atas segalanya. Pada
Allah kita minta pertolongan, bacalah surah Al-Ikhlas, QulhuwallahF,” Uda Lamat
memberi arahan. Saya terus mengikuti arahannya. Tiga kali saya baca surah Al-
Ikhlas dengan penuh khusyuk.

“Tamar, renung ke sini.”

Bagaikan kilat saya menoleh ke arah datangnya suara datuk. Serentak dengan itu
datuk memegang pergelangan tangan kanan saya. Dia memaksa saya merenung ke
arah biji matanya.

“Renung biji mata aku, Tamar.”

“Baik, tuk.”

“Ikut gerak bibir aku, Tamar.”

“Ya, tuk.”

“Tumpukan perhatian padanya, pasang telinga kau. Dengar apa yang dicakapkan,”
Uda Lamat memberikan petunjuk. Saya terus anggukkan kepala. Sedia patuh
dengan apa jua perintah.

Memang tidak sukar bagi saya mengikuti kalimah-kalimah yang diucapkan oleh
datuk. Datuk membaca beberapa rangkaian ayat dari al-Quran yang pernah saya
baca pada setiap malam Jumaat. Ayat-ayat itu bagaikan luput dari ingatan sejak
suara aneh menguasai diri saya.

Bila datuk menyebutnya di depan saya, barulah saya teringat dengan ayat-ayat
tersebut. Pada mulanya, pembacaan saya memang tidak lancar. Setelah tiga kali
berturut-turut mendengar dan mengikuti gerak bibir datuk barulah saya faham.

Tidak saya nafikan, setiap kali ayat-ayat yang datuk lafazkan itu, saya ikuti dengan

61
penuh perasaan, dada terasa amat panas. Hati tidak tentu arah, menggelabah tanpa
sebab. Uda Lamat, orang tua yang banyak pengalaman dan asam garam dalam
kehidupan itu, tidak mahu meninggalkan datuk sendirian di ruang anjung rumah.
Setiap gerak geri saya diawasinya, hinggakan gerak telinga, pernafasan, jejari saya
tidak terlepas dari pengawasan Uda Lamat.

Pada hemat saya, kedatangan Uda Lamat memang dirancang untuk jadi pembantu
datuk dalam usaha memulihkan diri saya.

“Bertenang, Tamar,” kata Uda Lamat. Bila melihat tubuh saya tersentap-sentap
macam terkena kejutan elektrik. Badan saya berpeluh dengan banyak. Mungkin
peluh itu terjadi akibat cuaca pagi yang kian membahang di luar atau akibat dari
tekanan perasaan dalam diri saya.

“Dia dah lemah tu,” sayup-sayup terdengar suara datuk.

“Baca lagi, hingga lemah betul,” suara Uda Lamat masih dapat ditangkap oleh
gegendang telinga saya. Ketika itu, saya merasai diri saya berada dalam keadaan
fana dan sepi. Antara fana dan sepi tiu, saya terlihat ada bayang-bayang nipis yang
keluar dari tubuh saya, (lebih tepat dari bahagian dada). Kepulan asap yang nipis itu
berpusu-pusu di sebelah kiri saya. Aneh sekali, kepulan asap yang nipis itu
membentuk sifat diri saya.

Saya tidak berkata apa-apa. Suara saya tidak keluar. Mulut bagaikan terkunci. Cuma
tangan daya tergapai-gapai ke kiri dan ke kanan. Maksud saya itu, tidak dapat
ditangkap oleh datuk dan Uda Lamat. Mungkin mereka tidak sedar dengan apa yang
terjadi. Bayang-bayang nipis dan halus yang menyerupai diri saya itu terus bergerak
ke pintu rumah. Berdiri di ambang pintu, saya lihat diri saya menangis dan meratap
hiba di situ. Menghempaskan diri pada jenang pintu hingga mengeluarkan darah dari
kepala dan muka.

Paling akhir, saya lihat diri saya bertukar menjadi batang tubuh Amjal Kamal,
pamerkan diri di depan datuk. Tetapi, bila datuk melafazkan beberapa ayat dari
surah Al-Imran, bebayang tubuh amjal Kamal berkecai dan hancur lalu bersatu
dengan udara. Keluar dari rumah dengan meninggalkan jeritan yang halus dan
cukup nyaring.

Saya bertambah lemah. Dalam usaha memulihkan saya, sama ada dari segi
kekuatan tubuh dan otak, datuk lagi sekali menggunakan ramuan tradisional. Dia
tidak memerlukan pertolongan dari nenek, kecuali untuk menyediakan dua gelas air
panas, kali ini datuk memerlukan tenaga dari Uda Lamat yang begitu matang
dengan akar kayu dan pepucuk berkhasiat.

PERTAMA

Petua pertama datuk dan Uda Lamat lakukan terhadap saya ialah mandi di ambang
pintu. Kemudian disuruh berjemur di tengah panas untuk kira-kira lima minit. Masa
berjemur saya diawasi oleh Uda Lamat. Datuk merebus pepucuk daun. Akar kayu

62
diketuk atau dihimpit dengan satu alat keras dan berat hingga mengeluarkan air.

Pepucuk daun yang direbus, disuruh makan begitu sahaja. Kepalang pahitnya,
apakan daya saya tidak terdaya membantah. Saya disuruh berehat selama lima
minit dengan berbaring hingga saya tertidur. Saya dikejutkan semula, disuruh minum
air madu lebah yang dicampurkan dengan air dari akar kayu.

“Minum dengan sekali nafas sebelum minum. Baca Bismillah dan mohon pada Allah
supaya diberikan kekuatan fikiran seperti sediakala, terhindar dari pengaruh tidak
sihat,” datuk mengingatkan saya.

“Apa doanya tuk?”

“Berdoa dalam Bahasa Melayu. Allah mengerti apa bahasa yang diucapkan oleh
makhluknya. Apa yang penting permintaan itu mesti ikhlas,” sahut datuk. Saya
lakukan apa yang datuk suruh. Manisan lebah yang bercampur dengan air akar kayu
terus saya teguk. Rasa pahit dengan manis terus menguasai anak tekak. Datuk
tersenyum melihat muka saya mula kemerah-merahan.

“Madu lebah ni, memang banyak khasiatnya. Sayangnya, orang kita tak tahu
menggunakannya. Orang tua-tua yang tahu macam mana menjadikan madu lebah
ini sebagai ubat, tidak pula menurunkan petua itu pada orang-orang terkemudian
darinya,” datuk memulakan satu ceramah kecil di depan saya dan Uda Lamat. Saya
tidak memberikan sebarang komentar, dada saya terasa lapang. Dalam beberapa
saat sahaja badan saya berpeluh. Terasa bertenaga kembali. Fikiran tidak pula
bercelaru, terasa amat lapang sekali.

“Kadang-kadang orang tua-tua ada memberikan petua. Tetapi, golongan baru tak
mahu amalkan petua tu, kononya, petua adalah pendapat kuno, tidak sesuai dengan
peredaran zaman sains dan teknologi. Akibatnya petua itu dilupakan. Kita ni,
setinggi melangit sekalipun pelajaran, pandai bergaul dan berbudaya moden,
sebaik-baiknya petua orang tua-tua jangan dilupakan,” Uda Lamat seperti
menyokong pendapat datuk. “Bila kita tidak lupa asal budaya, petua nenek moyang
kita sendiri, selamat kita dalam hidup,” tambah datuk. Saya tersenyum.

Di luar panas kian terik, angin pun tidak bertiup. Entah mengapa, dalam cuaca yang
agak panas itu, saya rasa mengantuk. Uda Lamat menasihatkan saya supaya
membasuh muka. Saya terus ke dapur dan masuh muka.

“Macam mana Tamar?” Tanyanya ketika saya melintasi di ruang tengah.

“Setakat ini, tidak ada apa-apa,” kata saya.

“Kamu kena badi hutan.”

“Entah,” saya terus gelengkan kepala. Meneruskan langkah yang terhenti.


Sebenarnya, saya tidak mahu mengingati dengan apa yang telah saya alami. Dan
secara kebetulan pula, beberapa bahagian dari peristiwa itu bagaikan terus hilang
dari ingatan saya,. Jika ada orang yang meminta saya menceritakan kembali,
mungkin sebahagian kecil sahaja yang saya ingati.

63
“Duduk sini,” Uda Lamat memanggil saya. Bila dilihatnya saya mahu duduk di sudut
kanan anjung rumah. Sebaik sahaja saya duduk datuk terus bangun, dia menuju ke
halaman rumah membetulkan kedudukan beberapa batang buluh yang dijemurnya.

Menjemur batang-batang buluh yang baru ditebang, memang kerja datuk. Bila
buluh-buluh itu berubah warna, datuk terus membelahnya untuk dijadikan bilah lokah
atau dibuat raga besar bagi mengisi pisang. Saya tersenyum, melihat muka datuk
berkerut-kerut menahan panas, kedua belah pelipisnya mula ditumbuhi peluh-peluh
halus.

“Saya nak tanya,” kata saya pada Uda Lamat.

“Silakan, Tamar.”

“Benarkah apa yang terjadi pada saya ni, kerana ketegur atau kena badi orang mati
bunuh diri?” Tanpa segan-segan saya ajukan pertanyaan pada Uda Lamat, sata
rasa gembira angin yang bertiup di luar rumah masuk ke ruang anjung, badan terasa
sejuk. Saya renung jam yang tersangkut di dinding, sudah hampir pukul sebelas
pagi.

“Kamu jangan tak tahu Tamar, itu bukannya badi, bukannya penunggu atau ketegur,
tetapi semuanya itu kerja iblis,” suara Uda Lamat meninggi. Matanya merenung ke
arah datuk yang melangkah dalam panas ke arah anjung rumah.

“Saya membaca ayat-ayat suci, waktu berdepan dengan perkara-perkara yang pelik
yang saya fikirkan ada iblis atau syaitan terlibat sama,” ujar saya penuh yakin. Datuk
sampai ke ruang anjung, terus duduk.

“Soalnya, masa kamu menyebut ayat-ayat suci itu, adakah kamu yakin yang hati dan
perasaan kamu tidak was-was padanya. Dengan bisikan jahat dan was-was inilah
iblis telah menipu Nabi Adam. Menimbulkan rasa was-was, memang kerja iblis,”
tanpa diduga datuk turut campur dalam perbualan saya dengan Uda Lamat.

SERONOK

Bila datuk campur tangan dalam hal seperti ini, hati saya tidak begitu seronok. Datuk
selalu bertindak mahu mengajar dan membetulkan kesilapan diri saya di depan
tetamu, perbuatannya itu secara tidak langsung memperbodoh-bodohkan diri saya.
Inilah perkara uyang memang tidak saya gemari. Sebabnya, saya merasakan diri
saya bukan budak-budak yang berusia antara sembilan hingga sepuluh tahun.

“Apa yang datuk kamu cakap itu memang betul,” Uda Lamat renung muka saya.
Sebagai mengambil hati dan rasa hormat pada orang tua, saya terus tersengih.
Datuk anggukkan kepala. Matanya merenung ke halaman rumah yang kelihatan
membahang dengan cuaca panas.

“Selain daripada bentuk asalnya, iblis dan syaitan kadang-kadang menyerupai

64
manusa. Boleh bercakap-cakap dengan manusia, memberi nasihat pada kita,” lanjut
Uda Lamat dengan wajah yang serius.

“Peliknya, iblis boleh menyuruh dan menegah manusia daripada melakukan


sesuatu,” sampuk datuk. Uda Lamat kelihatan bertambah bersemangat. Kemudian,
datuk dan Uda Lamat terus menceritakan tentang peranan iblis dalam tingkah laku
anak Adam. Biasanya, iblis atau syaitan akan menggoda manusia ketika seseorang
itu berada dalam keadaan:

— Marah dan bernafsu.

— Melalui rasa dengki yang membara pada diri.

— Waktu manusia terlalu kenyang dengan makanan dan minuman.

— Ketika manusia menyukai perhiasan yang berlebihan, seperti hiasan bangunan,


pakaian dan barang-barang kemas.

— Sifat tamak.

— Sifat terburu-buru.

— Menerusi sifat bakhil.

— Menerusi rasa fanatik mazhab.

— Waktu manusia mementingkan diri sendiri.

— Menerusi rasa atau sifat prasangka buruk terhadap saudaranya yang Islam.

Demikian datuk dan Uda Lamat menguraikan peranan iblis. Saya menerima
keterangannya itu sambil berfikir bahawa iblis ada seribu cara untuk meruntuhkan
dan mendorong manusia ke arah jalan yang tidak diredhai oleh Allah. Saya terus
menarik bafas panjang.

“Bila dalam diri manusia terdapat perkara-perkara yang disebutkan tadi, mudah saja
syaitan dan iblis menjalankan jarumnya,” dengan nada suara yang lembut datuk
mengungkapkan kata-kata itu. Dia renung ke arah saya. Cepat-cepat saya
menundukkan kepala. Terasa angin yang berlegar-legar dalam ruang anjung
menyentuh hujung rambut di pelipis kiri.

Tanpa diduga, nenek menghidangkan satu teko kopi panas bersama dua cawan
kosong. Saya kira nenek terlalu lambat menyediakan semuanya itu. Kenapa sudah
berjam-jam Uda Lamat berada di rumah, baru disogokkan dengan kopi. Apakah
datuk mengeluarkan perintah agar nenek berbuat demikian? Timbul pertanyaan
dalam diri saya.

“Minta maaf,saya terlambat,” nenek bersuara.

65
“Awak buat apa hingga terlambat?” Soal datuk.

“Tadi, saya ke kedai nak beli tepung untuk buat kuih nak jamu awak dan Uda Lamat,
sampai ke kedai runcit saya tersangkut.”

“Mendengar cerita orang tau belajar mengumpat,” datuk membuat tuduhan secara
terbuka pada nenek.

Saya lihat wajah nenek berubah. Sesungguhnya, tidak ada sesiapa yang gembira
bila dituduh secara melulu di depan tetamu. Sebagai isteri yang penyabar,kaya
dengan pengalaman serta asam garam kehidupan, Nenek tidak memperlihatkan
kemarahannya. Dia tetap tenang dengan senyum segar di bibir tua.

“Beberapa orang menasihatkan saya.. ,” nenek berhenti bercakap. Dia tuangkan air
kopi ke cawan untuk datuk.

“Apa yang mereka nasihatkan awak?” Tanya datuk lalu berdirikan lututnya. Telapak
tangan kanannya diletakkan ke atas tempurung kepala lutut kiri. Dia terus termenung
sambil mengerutkan dahinya. Tetapi sepasang matanya tertumpu ke wajah Uda
Lamat.

“Siapa yang menasihatkan awak tu?” Datuk mula cungkil rahsia. Nenek tetap
tenang. Dia bersila di depan datuk.

“Tuan kedai menasihatkan kita supaya mengadakan jamuan atau semahan,” nenek
mulakan cerita dengan wajah bersahaja. “Tujuannya, untuk menjamu penunggu
hutan, penunggu gunung, penunggu paya supaya jangan mengganggu cucu kita
dan orang-orang kampung yang lain,” nenek berhenti bercakap. Dia menelan air liur.

“Tuan kedai tempat awak mengambil barang tu namanya, Haji Taufik?” Uda Lamat
kemukakan pertanyaan. Nenek anggukkan kepala. Saya lihat datuk resah, macam
ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman dirinya.

“Kenapa Pak Haji menyuruh kita membuat sesuatu yang bertentangan dengan
hukum Allah,” Uda lamat seperti mengeluh. Nenek terus bangun, menuju ke ruang
dapur. Datang kembali ke anjung rumah membawa segelas air halia yang sudah
ditaruh dengan beberapa titik madu lebah. Air itu, adalah untuk saya. Mungkin air
halia bercampur dengan madu lebah mempunyai khasiatnya tersendiri. Tidak
mengapa, bila Uda Lamat pulang, perkara itu akan saya tanyakan pada nenek atau
datuk.

“Perbuatan khurafat,” suara datuk keras. Sepasang biji matanya terbeliak merenung
muka saya. Menggigit bibir bersama rasa kesal yang amat sangat.

“Iblis memang tidak pernah berhenti dari berusaha menjadikan manusia


memandang yang buruk itu baik, yang baik itu buruk, memang sudah aku duga
perkara seperti ini akan timbul,” lanjut datuk lagi.

66
“Tak mengapa, kita harus membetulkan anggapan yang silap itu. Kita beritahu
tempat kita mengadu dan meminta hanyalah pada Allah yang Maha Besar,
bukannya pada penunggu, bukannya pada keramat,” Uda Lamat cuba menyejukkan
hati datuk. “Ya, kita berusaha ke arah itu,” sahut datuk.

Saya kira, perkara yang dibincangkan itu habis di situ sahaja. Ternyata perkiraan
saya itu tidak tepat, datuk dan Uda Lamat terus bercerita tentang masalah yang
bersangkut paut dengan pendirian masing-masing. Tentu sahaja perkara semacam
ini, tidak mengembirakan saya.

“Saya nak keluar, jalan-jalan keliling kampung tuk,” saya ajukan permintaan pada
datuk. Uda Lamat renung muka saya.

“Jalan keliling kampung tu di mana?” Datuk meminta kepastian. Biji matanya


tertumbuk ke wajah saya. Rasa cemas kembali bertandang dalam diri saya.

“Saya nak ke kebun, saya nak tengok pokok pisang, betik dan lain-lain lagi,” ungkap
saya penuh ikhlas.

“Tak payah,” datuk memberikan kata muktamad. Saya menelan air liur kecewa. Uda
Lamat dapat membaca rasa hampa dalam diri saya melalui riak muka.

“Tak payah pergi Tamar, dengar cakap datuk kau tu. Kamu tak berapa sihat,” Uda
Lamat menyejukkan hati dan perasaan saya. Nasihatnya itu saya terima.

“Sebagai orang Melayu beragama Islam, kita adalah orang yang bertuah dan
beruntung di dunia,” Uda Lamat lunjurkan kedua belah kakinya, membayangkan dia
mahu bercerita secara serius dan panjang pula.

“Kenapa awak kata macam tu?” Tanya datuk.

“Apa yang ada pada kita, tidak ada pada orang Jepun, tidak ada pula pada orang
Inggeris dan tidak ada pada orang Amerika,” jawab Uda Lamat. Jawapannya itu
tidak menyenangkan diri datuk. Saya mula merasakan keterangan Uda Lamat itu
kebudak-budakkan. Sebabnya, pada hemat saya orang-orang Jepun, Perancis,
Amerika dan Inggeris satu bangsa yang maju dapat bergerak dan berkembang
seiring dengan arus zaman abad kedua puluh. Masakan orang dapat mengikuti atau
memiliki dengan apa yang ada pada diri mereka.

“Apa yang tak ada pada mereka tu? Kau nak kata mereka tak berilmu? Tak ada
Tuhan, tak ada adat dan budaya, sedangkan mereka menguasai semua bidang
dalam dunia ini,” datuk menyanggah pendapat Uda Lamat. Dalam hati kecil, saya
setuju dengan pendapat datuk itu. Saya kira Uda lanat tidak dapat menghujah
pendapat datuk. Uda lamat terus termenung. Agaknya berfikir untuk mencari
jawapan.

“Apa yang tak ada pada mereka?” soal datuk lagi.

67
“Mereka tak ada IMAN,” jawab Uda Lamat, membuat saya dan datuk berpandangan
sesama sendiri.

106. Harimau Sembunyi Kuku

Kredit kepada ahli komunitisbdj quesera yang menaip semula siri ini.

Buat seketika, tidak terucap sepatah kata dari kelopak bibir kami bertiga. Datuk
memicit-micit pangkal pehanya, mungkin dia lenguh kerana terlalu lama duduk. Saya
mengarahkan sepasang mata ke arah halaman rumah yang dipancar matahari. Hati
bagai digeletek untuk mendengar penerangan selanjutnya tentang iman dari Uda
Lamat.

“Tambah kopi lagi, Uda.”

Datuk terus pegang teko lalu menuang kopi ke cawan Uda Lamat.

“Cukup, cukup, “tahan Uda Lamat sambil memperkemaskan silanya Datuk berhenti
menuang air kopi.

“Berborak begini sambil minum memang seronok,” ujar datuk lalu menghirup air
kopi. Uda Lamat angguk kepala sambil memandang ke aras saya.

“Apa macam Tamar, betul tak mereka tak ada iman?” Tanya Uda Lamat. Saya jadi
serba salah, sukar untuk memberikan penjelasan. Saya bukanlah orang yang pandai
tentang agama.

“Entah, saya tak tahu,” jawab saya spontan.

“Betul kau tak tahu?” Uda Lamat jegilkan biji mata ke arah saya. Perbuatannya itu
membuat saya jadi serba salah. Apa yang buat saya terasa tidak kena belaka.

“Betul saya tak tahu, saya tak main-main,” suara saya merendah. Memang terasa
malu mengaku kebodohan sendiri di depan datuk dan Uda Lamat.

“Bagus, bercakap dengan jujur. Orang bodoh saja yang mengaku tahu terhadap
perkara yang dia tidak tahu. Orang bijak tidak macam itu,” ungkap Uda Lamat lalu
menepuk bahu saya berkali-kali. Saya kembali bersemangat.

“Kamu memang budak yang bijak,” sambung Uda Lamat memuji saya. Rasa megah
datang ke dalam hati. Muka terasa kembang dan hati bertambah bangga. Saya mula
berani angkat kepala. Berani tatap wajah datuk dan Uda Lamat.

Dua kali datuk batuk. Itu batuk pura-pura untuk menyindir saya, agar jangan mabuk
kerana pujian. Sambil menghirup air kopi, Uda Lamat kemaskan sila.

“Kita percayakan Allah dan Rasul, ini adalah sebahagian dari rukun iman. Dan iman

68
itu sendiri ertinya, kepercayaan yang terbit dari hati seseorang iaitu, mempercayai
dengan penuh keyakinan bahawa api yang dibawa oleh Nabi Muhammad adalah
benar yang datangnya dari Allah Subhanahu Wataa’la,” Uda Lamat angkat muka.
Biji matanya tajam menyorot ke wajah saya. Biasanya bila dia berkeadaan demikian,
pasti mahu memulakan sebuah kuliah yang tidak dapat dijangka masanya sama ada
panjang atau pendek.

“Maka,” Uda Lamat tegakkan lutut kanan dan kepala lutut dijadikan tempat
meletakkan telapak tangan, “ilmu yang dipelajari adalah untuk menyempurnakan
pengenalan iman. Orang lelaki yang beriman dipanggil atau disebut Mukmin dan
perempuan yang beriman disebut Mukminat,” Uda Lamat telan air liur. Dia berhenti
bercakap. Jejari tangan kanannya bergerak-gerak memukul lantai.i

“Saya nak tambah sikit boleh tak?” Datuk angkat kepala. Renung muka Uda Lamat.
Perlahan-lahan Uda Lamat menagangguk memberi jalan pada datuk.

“Iman dan Isam tak boleh diceraikan untuk mendapatkan kelepasan azab di hari
akhirat nanti,” kata datuk. Uda Lamat tegakkan ibu jari kanan. Lagi sekali dia
anggukkan kepala, setuju dengan pendapat datuk.

RESAH

Saya makin diamuk keresahan. Bila datuk dan Uda Lamat memulakan perdebatan
semacam itu, ertinya saya harus duduk lama di sisi mereka. Saya terus berfikir apa
yang patut saya lakukan untuk menjauhkan diri dari mereka.

“Kerana mereka tidak ada iman, semakin maju mereka bergerak mengikut arus
kemodenan, semakin pincang masyarakat mereka jadi tidak tentu arah. Mereka
kehilangan arah,” itu hujah Uda Lamat, “mereka seperti mahu kembali ke zaman
kuno,” tambahnya seiring dengan senyum.

“Haa sebab itulahF,” datuk angkat tangan kanan, matanya terbeliak,, “pakaian
mereka tak tentu arah, berambut panjang, kalau menyanyi terjerit-jerit macam beruk
kena belacan, tak payah nikah, jantan betina duduk sebilik, lahirkan anak haram,
alas an mereka ini kebebasan dan ini kemajuan,” sebaik sahaja datuk mengakhiri
kata-kata tergambar kepuasan di wajahnya.

Hampir sahaj saya mahu ketawa melihat telatah datuk yang agak melucukan itu.
Tetapi, nampaknya Uda Lamat sejalan dengan fikiran datuk. Buktinya yanga paling
nyata, dia sering sahaja anggukkan kepala dan mengharapkan datuk meluahkan
buah fikiran selanjutnya. Datuk menggaru pangkal telinganya dua tiga kali. Mungkin
otaknya berjalan memikirkan sesuatu.

“Perkara yang tak senonoh tu, jadi ikutan anak-anak muda kita yang beragama
Islam, segala morfin ganja semuanya berasal dari sana,” datuk lahirkan pendapat.

“Entahlah, apa nak jadi, aku sendir pun tak tahu nak cakap,: Uda Lamat bagaikan
mengeluh.

“Agaknya, pegangan keimanan kita sudah nipis, fasal itu kita meniru orang lain,”

69
tingkah datuk lalu menarik nafas dalam-dalam. Rasa jemu yang menguasai diri
membuat saya meluruskan sepasang kaki. Bahang panas di luar membuat badan
saya terasa bergetah. Saya jadi tidak selesa.

“Otak mereka bergeliga tetapi rohani mereka kosong. Tidak diisikan dengan iman,
kerana itu mereka teraba-raba mencari pegangan dalam hidup,” suara Uda Lamat
lembut dan saya tertarik dengan pendapatnya itu.

“Dalam mencari itulah mereka jadi sesat, lalu lahir bermacam agama baru yang
bertujuan untuk mencari ketenangan rohani, bila perkara yang dicari tidak dapat
ditemui mereka membunuh diri beramai-ramai, semuanya ini kerana mereka tidak
ada iman,” lanjutnya Uda Lamat lagi. Datuk angguk kepala. Kagum juga saya, orang
kampong macam Uda Lamat dapat memberikan pendapat yang baik. Mungkin dia
bercakap berdasarkan perhatiannya yang teliti dan mungkin juga berdasarkan pada
pengalaman.

Dalam saat itu juga saya teringatkan berita yang pernah saya baca dalam akhbar
berhubung dengan tindakan beberapa orang bijak pandai Negara Barat, tidak kira
dari Blok Komunis atau sebagainya bertindak membunuh diri, bila mereka
merasakan yang diri mereka tidak dapat melakukan sesuatu dengan lebih baik dari
apa yang telah mereka lakukan. Seorang novelis boleh membunuh diri kerana
merasakan dirinya tidak akan dapat melahirkan mahakarya seperti dihasilkan
sebelumnya.

Begitu dengan pelakon filem, penyanyi dan sebagainya, bila mereka merasakan apa
yang mereka hasilkan kini, tidak sebaik masa lalu, mereka segera mencari pelarian
dengan melakukan apa sahaja yang mereka fikirkan boleh memberi ketenangan,
mereka mencipta pakaian yang manjolok mata, bersekedudukan, melakukan
hubungan sesame jenis, bunuh diri namun ketenangan rohani yang mereka cari
makin jauh dari mereka.

“Iman adalah sinar kehidupan manusia sedunia,” Uda Lamat meninggikan suaranya
untuk menarik perhatian saya yang termenung. Apa yang bermain dalam tempurung
kepala saya segera berakhir. Datuk menghirup kopi lagi.

“Bila iman sudah berada dalam diri seseorang, dia akan merasai dirinya cukup kecil,
mahu melakukan sesuatu dengan penuh kerelaan demi Allah yang maha besar,”
datuk menyampuk.

“Ya, itu sudah tentu, sebab dia sudah tahu ke mana akhirnya kehidupan yang
dilaluinya,” tingkau Uda Lamat.

“Kembali pada yang menjadikan dirinya sebagai hamba,” sahut datuk. Lagi sekali
Uda Lamat tegakkan ibu jari kanannya ke arah datuk.

“Orang yang beriman tidak takut pada manusia. Dia hanya takut pada Allah, kerana
itu bila dia sendiri atau makan gaji dia akan bekerja dengan jujuir, tidak mahu
ponteng, tidak mahu menerima rasuah, tidak mahu melakukan penyelewengan,
tidak mahu menindas. Kalau jadi ketua akan jadi ketua yang bertimbang rasa dan
tegas kerana dia sedar apa yang berbuatnya itu adalah amanat Allah,” satu kuliah

70
pendek yang amat berkesan dir Uda Lamat. Membuat saya termenung panjang
sambil berfikir.

DALAM

Kenapa orang yang beriman itu jadi begitu? Timbul pertanyaan dalam diri saya.
Anehnya, jawapan dari pertanyaan itu datang sendiri ke dalam hati saya, orang yang
beriman itu mempunyai kekuatan yang tersendiri, ada pegangan dalam
kehidupannya. Selalu mahu melakukan kerja yang baik dan diredhai Allah. Jiwanya
jadi tenang kerana menyandarkan hidupnya pada Allah. Garis kehidupan tidak lari
dari panduan Allah dan Rasul.

“Satu hal yang mesti kita ingat untuk mencari iman yang penuh, kita mesti
mempunyai kesungguhan dan ilmu itu perlu dicari,” datuk mengejutkan diri saya dari
berjawab dengan perasaan sendir. Uda Lamat tidak memberikan sebarang komen
terhadap kata-kata yang datuk luahkan itu. Dan saya sendiri tidak mahu
mengemukakan sebarang soalan padanya. Apa yang pasti, saya mesti mencari
kebenaran dari kata yang diucapkan oleh Uda Lamat itu dari ulama yang diakui
tentang ketinggian ilmunya. Mungkin perkara itu memakan masa sedikit, tidak
mengapa kerana ilmu boleh dicari dalam sehari dua.

“Orang Islam terdahulu dari kita kuat imannya kerana itulah pernah wujud Empayar
Islam yang menguasai sebahagian dari benua Eropah, mempunyai angkatan perang
yang kuat dan dikagumi oleh orang bukan Islam. Mempunyai cerdik pandai yang
terbilang, ibu negara Islam jadi pusat sejarah Islam pula. Ternyatata orang tua yang
kelihatan tidak ada apa-apa itu sebenarnya seorang yang luas pengetahuannya
tentang Islam.

“Agaknya mereka berjaya kerana mereka melakukan sesuatu kerana Allah, bukan
kerana mahu pangkat atau nama, mereka curahkan ilmu pada orang lain demi
kemajuan Islam,” tanya saya.

“Ya, mereka melakukan sesuatu berlandaskan hukum Islam yang betul, kuat
beriman pada Allah. Tetapi, sekarang kebesaran Islam mula runtuh mungkin kerana
iman orang Islam sudah menipis. Dahulu orang Islam dihormati kerana ketinggian
ilmu dalam segala bidang, sekarang orang Islam mengemis ilmu pada orang bukan
Islam sedangkan ilmu itu dulu dipelopori oleh orang Islam,” nada suara Uda Lamat
mengandungi rasa kesal. Dia merenung ke kiri dan kanan.

“Apa mahu dikatakan lagui semuanya sudah berlalu, tidak guna dikenang, buat
menyakitkan hati saja,” rasa putus asa yang diluahkan oleh datuk memang menusuk
perasaan saya.

“Perkara ini timbul kerana memperkatakan tentang iman,” sahut Uda Lamat, dia
seolah-olah merasa kurang senang dengan kata-kata yang diluahkan oleh datuk.

“Saya faham iman dan Islam memang tidak boleh dipisahkan,” datuk bagaikan
tersedar tentang kesilapan kecilyang dilakukannya.

“Mengenangi untung malang masa lau untuk dijadikan panduan teladan bagi masa

71
depan, hukumnya harus, tidak salah kerana kita mencari kebaikan, setiap yang baik
itu memang digalakkan oleh Islam dari perkara kecil sebegini boleh memberikan
baja pada rohani kita untuk menguatkan iman ini salah satu cara yang paling mudah
dan kecil kita lakukan.” Ternyata secara tidak langsung, Uda Lamat memberikan
ilmu yang baik untuk diamalkan.

“Betul cakap awak tu,” datuk bersuara.

“Jangan cepat kata betul, fikir dan kaji apa yang saya katankan itu,” Uda Lamat mula
bangun. Dia mengeliat bagi menghilangkan rasa lenguh di setiap sendir anggota
tubuhnya.

BANGUN

Saya bangun lalu mengumpulkan cawan-cawan kosong, kemudian saya serahkan


pada nenek di dapur. Waktu saya dating ke ruang anjung semula, saya dapati Uda
Lamat sudah pun berdiri di anak tangga.

“Awak tak usahlah bimbang, apa yang terjadi pada cucu awak dengan izin Allah tak
akan berulang lagi. Awak sendiri tahu bagaimana mahu mengatasi perkara buruk
macam itu,” sambil bercakap Uda Lamat tening muka datuk.

“Saya tahu, tapi iblis dan syaitan tak mudah mengaku kalah,” sahut datuk.

“Sebagai hamba Allah kita harus berikhtiar dan meminta perlindungan dari Allah.”
Uda Lamat hulurkan tangan pada datuk. Mereka bersalaman, bebrapa detik
kemudian Uda Lamat melangkah turun dan akhirnya sarungkan capal ke kaki.

“Saya jalan dulu,” Uda Lamat dongak muka ke arah datu. “Silakan,” balas datuk
dengan senyum. Uda Lamat pun mengatur langkah lalu meredah panas terik.

Datuk yang berdiri di ambang pint uterus menyorot langkah Uda Lamat hingga
hilang dari pandangannya. Saya yang masih duduk bersila di rauang anjung terus
melunjurkan kedua belah kaki. Walaupun saya berusaha melupakan apa yang telah
terjadi pada diri saya tetapi, peristiwa itu sesekali menerpa juga ke dalam tempurung
kepala yang membuat saya merasa cemas dan bimbang tidak menentu.

“Dia macam harimau yang menyembunyikan kuku,” datuk segera pusingkan badan.
Merenung tepat ke arah batang hidung saya.

“Siapa yang tuk maksudkan?”uk kata macam tu padanya?"

“Uda Lamat.”

“Kenapa tuk kata macam tu padanya?” Saya mendesak.

“Dia orang berilmu tapi, ramai yang tidak tahu tentang kebolehannya, dia selalu
merendahkan diri walau dia ada harta kerana sikapnya itu, orang selalu memikirkan
dirinya tidak ada apa,” datuk lagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali. Anak
matanya menyorot sayu ke halam rumah yang terbentang dipanggang matahari

72
yang terik.

“Siapa sebenranya Uda Lamat tu, tuk?”

“Dia tu pengasas sebuah sekolah Arab di Selangor, kerana semangatnya yang


meluap-luap meentang Inggeris dia ditangkap, bertahun duduk dalam tahanan di
Singapura, Morib, Melaka, bila dibebaskan dia terus membuka kedai buku-buku
agama di Pulau Pinang. Dia juga menulis buku-bku atau kitab-kitab agama.”

“Dah tu macam mana dia dating sini, agaknya dia memang oaring kampong kita
tuk?”

“Memang datuk neneknya orang sini, bila dia tak berniaga dia terus menetap di sini,
dia jadi petani dan tumpukan kerja pada hal-hal kebajikan serta keagamaan,”
demikian datuk menjelaskan pada saya.

Sesunggunhnya, penjelasan itu membunuh keraguan dan anggapan nuruk saya


terhadap Uda Lamat. Selama ini, saya anggap dirinya sebagai manusia yang
menggunakan kekayaan untuk menarik perhatian orang-orang kampong, suka
menikah dengan perempuan yang diingini. Saya juga selalu memikirkan yang Uda
Lamat itu tidak ada apa-apa, tarafnya sama dengan orang-orang kampong yang
rata-ratanya tidaj mendapat pendirdikan hingga tahap sekolah menengah. Jauh di
dalam hati, saya menyesali diri sendir kerana terlalu cepat memberi penilaian atau
‘label’ terhadap seseorang mengikut kacamata sendiri.

“Ada lagi yang nak kautanyakan tentang Uda Lamat dari aku, Tamar?” Datuk ajukan
pertanyaan pada saya. Nada suaranya keras bersama wajah yang tidak
menyenangkan. Tanpa berfikri panjang, saya terus menjawab.

“Tak ada lagi nak Tanya tuj. Dia orang yang berilmu.”

“Kamu harus berguru dengannya, dampingi dirinya untuk mencari sesuatu yang
berguna darinya,” sebaik sahaja selesai berkata-kata datuk meninggalkan saya
sendirian di ruang anjung rumah.

PERANGAI

Saya sudah faham benar dengan perangai datuk, bila sahaja ada orang yang
difikirkannya memilik ilmu yang tinggi, sama ada ilmu dunia atau akhirat, dia akan
menggesa saya mendekati orang itu untuk menimba ilmu sebanyak mungkin dari
orang tersebut.

Inilah perangai datuk yang tidak saya senangi. Apakah datuk memikirkan tiap inci
ruang dalam kepala saya ini, mesti diisi dengan ilmu yang dikutip dari orang tertentu.
Apakah datuk fikir setiap orang yang berilmu itu, amat mudah mahu mencurahkan
ilmu pada cucunya yang bernama Tamar Jalis.

Suara batin saya terus bergolak dalam dada. Tidak terdaya mahu saya luahkan
pada datuk. Saya tidak sanggup menerima tengking herdik dari datuk bila perkara
seperti itu dinyatakan secara terbuka padanya. Memang pantang datuk tujuh

73
keturunan mengaku kalah sebelum mencuba. Dalam istilah kehidupan seharian
datuk tidak ada perkataan ‘kalah’ sebelum berjuang. Datukselalu memuji dan hormat
dengan sesiapa yang sudah mencuba atau berusaha sedaya upaya tetapi akhirnya
kalah.

“Orang seperti itu memang patut dipuji dan dihormati, mereka ada kemahuan, ada
semangat dan sanggup menghadapi cabaran tetapi tuah tidak ada pada mereka.
Dalam budaya orang-orang Melayu mencuba dan berjuang memang diutamakan
tetapi budaya itu, kini sudah luput, apa yang ada pada kita ialah mengaku kalah
sebelum berjuang,” secara mendadak sahaja saya teringatkan kata-kata yang
pernah datuk ucapkan pada saya.

SURAT

Dengan izin Allah, berkat doa dan usaha dari datu dan Uda Lamat, saya dapat
mengikis kenangan pada peristiwa ganjil yang telah saya alamai dari kotak ingatan
saya. Rasa yakin pada diri sendir semakin menebal di hati malah, batang tubuh dan
wajah Amjal Kamal tidak lagi di ruang mata, ketika saya duduk mengelamun
sendirian.

Dalam waktu tertentu, terutama menjelang waktu senja, saya akan terserempak
dengan Agam melintasi kawasan belakang rumah. Bila terserempak begitu, kami
tidak berkata apa-apa. Kadang-kadang baru sahaja terniat mahu memberi salam
Agam terus hilang dengan sekelip mata sahaja. Bila hal itu saya sampaikan pada
datuk, dia Cuma mengingatkan saya, supaya berhati-hati.

Memang tidak pernah terfikir yang saya boleh menjalin hubungan dengan Uda
Lamat penuh akrab. Saya sering bertandang ke rumahnya bila ada waktu terluang.
Dia memang handal tentang sejarah Islam, nama pahlawan dan pemimpin Islam
zaman nabi hingga kini terkumpul dalam kepalanya. Tanyalah tentang apa sahaja
yang berhubung dengan keagungan dan sebab-sebab keruntuhan empayar Islam,
dia akan menjelaskannya dengan terperinci sekali.

Setiap kali saya meninggalkan rumahnya, Uda Lamat sering mengingatkan saya
supaya memperbanyakkan sembahyang sunat. Menurutnya bila kita banyak
melakukan sembahyang sunat, secara tidak langsung kita akan memperdekatkan
diri dengan Allah dan Allah akan memberikan kekuatan zahir dan batin, kita akan
terlindung dari gangguan m,akluk jahat seperti iblis dan syaitan. Saya berazam
unutk menunaikan segala nasihat yang baik dari Uad Lamat itu.

Pada suatu hari, tanpa diduga datuk menerima sepucuk surat dari keluarga jauh
yang bertugas dengan Keretapi Tanah Melayu di Prai dalam bahagian bengkel.
Dalam surat itu Mat Prai (nama timangan yang digunakan untuk keluarga jauh itu)
mengundang datuk sekeluarga ke rumahnya.

Saya bagaikan tidak percaya, bila datuk menyatakan yang dia mahu memenuhi
permintaan Mat Prai. Setahu saya hubungan datuk dengan Mat Prai tidak seakrab
atau semesra hubungan dengan saudara mara yang lain.

“Kenapa tiba-tiba awak nak pergi?” Soal nenek.

74
“Kalau fikirkan perangai serta perbuatannya pada adik-adiknya, saya memang tak
mahu pergi.”

“Tapi sekarang kenapa beria-ia nak pergi?” Desak nenek lagi.

“Ada tiga sebab, pertama aku tak mahu dia anggap aku memulaukannya. Kedua,
aku mahu merapatkan kembali hubungannya yang renggang. Ketiga, dia sudah
mengalah dengan menulis surat kepadaku dan aku kira dia dalam kesusahan
sekarang, tak usah halang aku nak pergi,” datuk memberikan keputusan muktamad.
Nenek hanya angguk kepala sambil tersenyum mengakhiri dialog kecil antara
keluarga pada petang di meja makan.

Nenek terus menyatakan, yang dia tak mahu ke Prai kerana urusan binatang
ternakan ayam, itik dan kambing serta kerbau. Selain dari itu nenek sudah tidak
berdaya untuk duduk di bangku keretapi, bas atu teksi lebih dari setengah jam. Lebih
dari masa itu, pasti nenek mengalami sakit pinggang dan dalam tempoh dua puluh
empat jam seluruh sendinya akan mengalami bengkak.Nenek juga akan mengalami
kesukaran membuang air kecil dan air besar. Dapat dapat menerima alasan itu.

107. Makhluk Aneh Di Dusun Durian

Waktu saya dan datuk berangkat ke Prai, nenek menghantar kami ke perhentian bas
di pekan kecil. Nenek membekalkan buah tangan untuk keluarga Mat Prai, dua biji
buah air serta beberapa bungkus tapai pulut. Buat saya dan datuk nenek bekalkan
nasi lemak. Nenek tak suka kami makan di kedai yang belum pasti kebersihannya.

“Kami naik bas dari sini sampai Taiping saja,” beritahu datuk kepada nenek.

“Dari Taiping ke Prai nak naik apa? Naik keretapi, bas atau teksi?” Nenek terus
mendesak. Datuk kedutkan kening dan dahi.

“Kami nak naik teksi, biar cepat sampai ke Prai.”

“Fasal berjalan, bukan main banyak duit awak,” sindir nenek lalu disambut dengan
ketawa oleh datuk. Saya Cuma tumpang senyum sahaja. Alangkah bahagianya
pasangan nenek dan datuk. Walaupun sudah tua, kemesraan dan kasih sayang
mereka tetap segar.

TINGGAL

Pekan kecil kami tinggalkan bersama doa restu daripada nenek. Tiga jam kemudian
kami pun sampai di Prai, dari situ terus menuju ke rumah Mat Prai. Kami disambut
dengan penuh mesra dan secara kebetulan pula, pada hari kami tiba itu Mat Prai
mula mengambil cuti tahunannya selama seminggu.

75
“Memang tepat masanya. kami nak balik ke kampung di Balik Pulau. Sekarang
musim durian. Ayah Alang boleh ikut kami. Lagipun Ayah Alang dah lama tak tengok
keluarga di sini,” Mat Prai yang berkulit hitam, anak jati Balik Pulau yang tinggal di
Kampung Kongsi mengemukakan cadangan.

“Itu susah sikit Mat”.

“Apa susahnya, semua tambang dan makan saya tanggung.”

“Bukan fasal tu.”

“Habis fasal apa?”

“Aku janji dengan Mak Alang kamu nak balik cepat,” datuk berdalih. Saya agak
kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh datuk itu. Kalau boleh saya mahu datuk
menurut kata Mat Prai. Saya cukup berminat untuk pergi ke Balik Pulau. Sebuah
daerah asing yang belum pernah saya jenguk.

“Tak mengapa, dia tahu kalau sudah pergi ke rumah saudara mara tentu makan
masa lama. Lagipun di sana ada cerita baru,” Mat Prai mula memujuk.

“Cerita apa Mat?”

“Saya dapat tahu ada cerita pelik di musim durian ni. Buah durian yang luruh malam
hilang.”

“Pelik apa, itu tandanya durian yang luruh dicuri orang,” tingkah datuk lalu dia
ketawa berdekah-dekah.

Dari gerak geri dan air muka Mat Prai, ternyata dia kurang senang dengan ketawa
datuk luahkan.

Perlahan-lahan dia sandarkan tubuhnya ke dinding. Isterinya datang mengambil


pinggan dan piring yang kosong. Sebenarnya, kami baru sahaja selesai makan
tengah hari. Masakan yang disediakan oleh isteri Mat Prai memang menyelerakan.
Tapi datuk makan sekadar untuk kenyang. Cuma saya sahaja yang bertambah.

“Begitulah, bila saya ceritakan semua orang ketawa, bila datang tengok dengan
mata kepala sendiri, semuanya ternganga dan takut,” ujar Mat Prai termengah-
mengah, usia baru masuk empat puluh tahun. Ada tiga anak yang masih kecil.
Nampaknya, Mat Prai berusaha dengan sedaya upaya untuk memberikan keyakinan
kepada diri datuk.

“Saya hampa juga bila Ayah Alang tak percaya,” begitu hampa nada suara Mat Prai.
Rasa kecewa terpamer di wajahnya. Sikapnya yang ditunjukan itu menimbulkan rasa
simpati pada diri datuk.

“Kalau bukan dicuri orang, boleh jadi buah durian tu dimakan oleh harimau,” kata
datuk sambil renung muka Mat Prai. Cepat-cepat Mat Prai gelengkan kepala.

76
“Pelik juga, kalau tak dicuri, tak dimakan harimau, makhluk apa yang
membahamnya?” Datuk kerutkan kening.

“Inilah yang menjadi masalahnya, Ayah Alang.”

“Banyak kebun durian orang lain yang jadi macam tu?” soal datuk lagi. Saya kira
datuk mula minat dengan persoalan yang disampaikan oleh Mat Prai padanya.

“Setidak-tidaknya tiga tuan punya kebun durian mengalaminya. Mereka berjaga


malam. Bila terdengar bunyi durian jatuh mereka berkejar ke perdu durian. Bila
sampai cuma bekas sahaja yang ada. Di tempat durian jatuh, mesti terjumpa sehelai
daun sirih hutan yang tercalit kapur,” Mat Prai mula membuka kisah.

“Perkara ini kau dengar cerita dari orang atau kau tengok sendiri?” datuk mula
mencungkil rahsia. Mat Prai tersenyum.

“Saya sendiri alami perkara tu, Ayah Alang!”

“Hah, kau mengalaminya sendiri?” Datuk jegilkan biji mata sambil menegakkan
badannya. Tanpa ragu dan penuh keyakinan, Mat Prai anggukkan kepala. Silanya
terus diperkemaskan.

“Cuba ceritakan pengalaman kamu pada aku.”

“Bila sudah terlihat daun sirih dan kapur tu, saya tercium bau kapur barus yang
selalu digunakan untuk memandikan mayat. Saya juga tercium bau telur tembelang,”
tiba-tiba saya terasa seram dan bulu tengkuk saya terus berdiri. Datuk menggigit
bibir. Wajahnya Nampak tenang sekali.

“Kerana itulah kamu panggil aku ke mari,” datuk membuat tuduhan melulu kepada
Mat Prai. Sudah tentu Mat Prai tidak dapat menerima tuduhan itu. Secara terang-
terangan dia menafikannya.

“Saya panggil bukan kerana itu, ada perkara lain yang lebih besar daripada itu. Saya
kira hanya Ayah aAang sahaja yang boleh menyelesaikannya,” wajah Mat Prai
cukup serius.

“Apa masalahnya Mat?”

“Hubungan saya dengan adik saya bertambah jauh. Saya mahu Ayah Alang jadi
orang tengah untuk mendamaikannya.”

“Itu senang, kau mesti mengalah dan bertolak ansur dengannya. Walau apa pun,
kau sabarlah dulu. Aku lebih berminat dengan cerita durian di Balik Pulau yang jatuh
terus hilang,” hati saya cukup gembira bila datuk sudah menyatakan hasratnya
secara terang-terangan kepada Mat Prai. Saya berdoa dalam hati supaya keluarga
Mat Prai berangkat segera ke Balik Pulau.

“Bila agaknya kita nak pergi?” Mat Prai pula mengajukan pertanyaan kepada datuk.
Datuk reasah. Tindakan Mat Prai membuat diri datuk berada dalam keadaan serba

77
salah.

“Aku ikut kamu, cepat kata kamu, cepatlah kata aku,” balas datuk.

“Apa kata selepas sembahyang Asar kita pergi.”

“Boleh juga, asalkan sampai siang ke rempat tersebut. Aku nak tinjau kawasan itu.
Manalah tahu boleh jadi semua itu dilakukan oleh manusia, bukan makhluk ganjil.
Datuk terus bangun. Berdiri di tepi tingkap merenung ke arah rumah para pekerja
keretapi yang lain.

“Saya tak fikirkan perkara itu dilakukan oleh manusia. Ini semua kerja makhluk
halus,” Mat Prai bangun lalu mendekati datuk. Dengan tenang datuk menggeleng
kepala. Mat Prai jadi resah.

“Mesti perbuatan makhluk halus,” tekan Mat Prai lagi. Datuk segera memandang ke
mukanya.

“Tak boleh cakap macam tu, kita periksa dulu dan cari bukti. Manusia ni apa
kurangnya dengan tipu helah,” balas datuk. Mat Prai terdiam dan terus duduk
kembali.

FERI

Petang itu, setelah menunaikan sembahyang Asar, kami segera berangkat ke jeti
(sekarang Pengkalan Sultan Abdul Halim) dan dari situ menyeberangi selat kecil
(saya menyebutnya sebagai Selat Pulau Pinang) dengan feri menuju ke Bandar
Tanjung, (George Town – Pulau Pinang) kerana sudah beberapa kali datang ke
bandar tersebut, tidak ada sesuatu yang menarik bagi saya.

“Kami segera menuju ke perhentian bas di Pengkalan Weld untuk menanti bas ke
Balik Pulau. Mat Prai sudah memberitahu saya jalan ke sana agak bengkang-
bengkok. Kalau tidak tahan boleh muntah dibuatnya.

Sebagai usaha agar saya tidak muntah dalam perjalanan, datuk segera hulurkan
secarik kertas yang disambarnya ketika kertas itu diterbangkan oleh angin di
depannya.

“Buat apa tu?” Tanya Mat Prai.

“Petua orang tua-tua, bila kita nak berjalan, tiba-tiba terserempak dengan daun atau
kertas yang diterbangkan angin, cepat-ceoat kita sambar dengan senafas.
Khasiatnya boleh dijadikan tangkal penahan muntah.

“Selain dari daun dan kertas, ranting kayu boleh tak digunakan?” Soal Mat Prai lagi.

78
“Boleh, asalkan benda-benda tu tidak terkena tanah dan datangnya dari arah
matahari terbit menuju ke arah matahari jatuh,” datuk memberi penjelasan.

“Benda tu dibuat macam mana? Ditelan?” Datuk tersenyum, pertanyaan dari isteri
Mat Prai memang melucukan.

“Tak payah ditelan, cukup sekadar diletakkan di bahagian depan perut. Diselitkan
pada celah seluar, kain atau tali pinggang. Jangan diubah-ubah atau dibuang,
kecuali sampai ke tempat yang dituju. Kalau dibuang demasa dalam perjalanan, kita
akan muntah dengan serta merta,” dengan tenang datuk memberikan penerangan.

“Tapi, anak saya tak muntah apabila naik bas atau keretapi,:” Mat Prai memberitahu
datuk tentang anak-anaknya.

“Boleh jadi kedua anak kamu tu, sudah biasa dengan jalan yang bengkang-bengkok.
Cucu aku ni tak berapa biasa, jadi aku buat persediaan.”

“Ya, sediakan payung sebelum hujan, tingkah isteri Mat Prai. Datuk tersenyum dan
Mat Prai terus ketawa. Bila ketawa Mat Prai berakhir dan senyum datuk berhenti,
bas ke Balik Pulau pun sampai. Tanpa membuang masa kami terus naik bas.

KONGSI

Ketika sampai di perhentian bas di pekan Kongsi yang letaknya berdepan dengan
Balai Polis Balik Pulau, hari masih cerah lagi. Kami terpaksa berjalan kaki menuju
rumah arwah orang tua Mat Prai yang terletak berdekatan dengan masjid Balik
Pulau.

Setelah berada lebih kurang dua jam di rumah orang tua Mat Prai, kami segera
berangkat ke rumah yang didirikan oleh Mat Prai di Kampung Pondok Upih.

“Bila saya berhenti kerja, saya nak duduk di sini. Fasal itulah saya buat rumah
cepat,” Mat Prai beritahu datuk.

“Bagus, tanah ni kau beli?” Soal datuk sambil merenung kawasan rumah papan
yang berbumbung lima.

“Tanah pusaka. Ini bahagian saya,” jawab Mat Prai.

“Oh,” datuk anggukkan kepala, “besar rumah kamu,” sambung datuk. Mat Prai terus
tersengih.

“Naiklah, buat apa tercegat kat situ,” suara isteri Mat Prai meninggi dari tingkap
dapur. Cukup pantas dia naik ke rumah lalu membuka pintu tingkap.

“Mari kita naik,” susul Mat Prai. Cakapnya itu segera kami patuhi.

Apa yang menarik perhatian saya ialah tentang karenah anak Mat Prai. Mereka
cukup lincah dan riang. Berlari ke sana ke mari di halaman rumah. Adakalanya
memanjat pepohon sekitar rumah dan membaling beburung yang terbang rendah.

79
Bagaikan mahu pecah anak tekak isteri Mat Prai mengingatkan mereka supaya
berhati-hati bila berlari. Jangan sampai tersepak tunggul, jangan sampai jatuh dalam
longkang atau terjatuh ke dalam perigi buta. Ingatan itu bagaikan tidak berkesan
sama sekali terhadap kedua anak Mat Prai. Mereka terus berlari ke mana sahaja ikut
kemahuan sendiri.

Telatah kedua orang anak Mat Prai memang membosankan. Tetapi, adakalanya
telatah mereka melucukan sehingga sata tersenyum panjang. Selepas puas
berlembut, akhirnya isteri Mat Prai hilang sabar apabila dia melihat anak sulungnya
menebang pokok langsat. Tanpa sebarang amaran dia terus memukul anaknya itu
dengan pelepah kelapa. Datuk terpaksa campur tangan untuk meleraikannya.

“Dia, kalau dah marah memang tak sedarkan diri,” bisik Mat Prai ke telinga datuk.
Nampaknya datuk tidak dapat menerima alasan itu.

“Kamu sebagai suami harus menahannya. Kalau kau biarkan dia ikut perasaan,
nanti budak yang rosak. Kamu sendiri tahu, marah tu permainan syaitan. Aku
memang tak suka orang memukul anak teruk-teruk.

PERGI

Memang sudah direncanakan, selepas sembahyang Isyak dan makan malam, kami
bertiga iaitu datuk, saya dan Mat Prai akan berangkat ke tempat yang dijanjikan.
Tetapi, anehnya datuk seperti sengaja mahu melambat-lambatkan untuk pergi ke
tempat tersebut.

“Bila kita nak pergi, Ayah Alang? Kalau lambat nanti mengantuk,” Mat Prai
mengajukan pertanyaan. Datuk yang tersandar di dinding segera menegakkan
tubuhnya. Saya lihat kedua belah bibirnya bergerak. Dalam keadaan begini pun
datuk masih berzikir, rungut saya dalam hati.

“Tunggu sekejap,” datuk segera bangun. Dia pergi ke telaga mengambil air
sembahyang. Kembali semula ke rumah dengan wajah yang tenang. Sambil berdiri
datuk menatap wajah saya dan Mat Prai.

“Kalau boleh, biarlah muka kita sentiasa dibasahi dengan air sembahyang,” secara
tidak langsungdatuk mengajar saya dan Mat Prai untuk melakukan sesuatu yang
baik. Buat beberapa saat, suasana di ruang rumah terasa sepi. Saya atau Mat Prai
tidak berhasrat mengajukan sebarang pertanyaan pada datuk.

“Semua sudah siap?” Satu pertanyaan yang mengejutkan dari datuk. Saya dan Mat
Prai berpandangan. Sukar untuk saya menangkap maksud sebenar dari kata-kata
datuk itu.

“Memang dah siap nak pergi Ayah Alang.”

“Kalau dah siap, mana lampu picitnya, mana penyuluhnya, mana parang panjang

80
dan goloknya,” soal datuk dengan wajah yang serius. Saya mula memahami maksud
datuk.

“Semua sudah ada, Ayah Alang.”

“Kalau sudah ada, letakkan barang-barang tu di sini, aku nak tengok.”

“Tunggu, saya ambil,” Mat Prai terus bangun dan keluar dari rumah menuju ke
tanah.

Bebepa minit kemudian, Mat Prai datang. Semua barang yang dikehendaki oleh
datuk diletakkan di tengah ruang rumah. Datuk menatapnya dengan senyum. Saya
melihat dia melangkah ke depan dengan merendahkan badan sambil
membengkokkan lutut kirinya. Saya mula faham, langkah itu langkah berisi, ada
maksud dan tujuan tertentu. Bukan langkah kosong.

“Daun kelapa untuk suluh memang banyak saya simpan,” Mat Prai memberi
penjelasan. Datuk menganggukkan kepala lalu duduk mencangkung di depan
barang-barang yang disediakan pleh Mat Prai. Saya kira lebih dari sepuluh detik
datuk berkeadaan demikian.

“Bukan apa-apa,” datuk melirik ke arah Mat Prai. “Kita ni orang Melayu. Sejak
zaman-berzaman menggunakan sulih atau andang bila berjalan malam. Tetapi,
sekarang andang tak diperlukan. Kita sudah maju. Sudah ada lampu picit, tetapi..,”
datuk tidak meneruskan kata-katanya. Dia menarik nafas panjang sambil
mengedutkan dahi. “kerana di kebun durian ada perkara aneh terjadi, kerana itulah
aku mahu menyediakan semuanya ini,” datuk meneruskan kara-kata yang terhenti.
Rasa lega bertandang dalam hati saya.

“Sekarang kita pergi,” itu arahan daripada datuk. Serentak dengan itu datuk terus
berdiri. Saya dan Mat Prai segera mengambil barang-barang di tengah ruang dan
melangkah ke pintu.

“Beri aku kepala jalan. Kau Cuma beritahu nak belok ke kiri atau ke kanan,” datuk
menghalang langkah Mat Prai. Langkah saya jadi terhenti. Kesempatan itu saya
gunakan untuk melihat ham dinding rumah Mat Prai.

“Dah dekat pukul sepuluh setengah.”

Keluh saya dalam hati sambil melangkah dan memijak anak tangga. Mat Prai yang
mengekor di belakang tidak bersuara langsung. Bila dia sampai di halaman rumah,
datuk terus menepuk bumi dengan telapak tangannya tiga kali berturut-turut.

“Kita melangkah sekarang, tak payah pakai andang daun kelapa, memadai dengan
lampu picit saja,” datuk terus berdiri di depan saya. Baru tiga kali melangkah, datuk
terus berhenti.

“Kamu di belakang aku, Si Tamar yang akhir,” arahan yang tidak menggembirakan
dari datuk untuk saya. Mat Prai segera mengambil tempatnya. Secara mendadak
sahaja saya menjadi cemas dan takut. Saya toleh ke kanan dan toleh ke kiri. Apa

81
yang saya lihat ialah pepohon yang kaku dalam kegelapan malam. Suara cengkerik
memekakkan anak telinga.

“Ayuh jalan, kau jadi tukang suluh jalan,” datuk mengingatkan Mat Prai tentang tugas
yang mesti dilakukannya. Perjalanan yang terhenti disambung kembali.

BULU

Setiap kali melangkah, saya terasa seperti ada sesuatu yang mengikuti saya. Bulu
tengkuk saya meremang secara tiba-tiba. Suara cengkerik yang tidak putus-putus
itu, saya rasakan seperti tangisan bayi yang kelaparan susu.

Dalam gelap itu, saya terpandang benda putih yang bentuknya seperti batang
pisang berada di awang-awangan dan sering mendekati saya. Anehnya, bila saya
jegilkan biji mata dan tumpukan perhatian ke arahnya, benda itu hilang dan apa
yang saya lihat ialah dedaun dari pokok-pokok renek yang bergerak-gerak ditolak
angin malam.

“Jauhkah lagi?” Tanpa sabar saya mengajukan pertanyaan kepada Mat Prai.

“Dari sini kira-kira enam rantai lagi,” jawab Mat Prai sambil melihat ke arah cahaya
api pelita dari pondok durian milik orang setempat. Bila dapat bercakap sambil
berjalan, rasa takut dan cemas yang menguasai hati terus hilang.

Perjalanan malam yang mendebarkan itu pun berakhir. Kami sampai di pondok
durian. Mat Prai segera memperkenalkan dua budak lelaki yang berbadan tegap,
berusia lingkungan 25 – 26 tahun, berkulit cerah kepada saya dan datuk. Kata Mat
Prai, kedua-dua budak tersebut berasal dari Pulau Betung yang sengaja diupah oleh
Mat Prai untuk menunggu dusun durian.

“Mereka ni memang berani, ada sedikit-sedikit ilmu dunia. Fasal itu saya panggil
mereka,” bisik Mat Prai pada datuk.

“Macam mana kau upah dia orang?” Soal datuk dengan nada suara yang perlahan.
Pada hemat datuk, kurang manis kalau persoalkan semacam itu sampai
pengetahuan mereka.

Mat Prai segera menjelaskan cara upah yang dilakukan. Mereka akan mengira
secara rambang jumlah buah durian yang ada. Kemudian buah itu dibahagi dua
tetapi, orang yang diupah itu dimestikan menjaga dan membersihkan dusun durian
mengikut musim perjanjian.

“Satu kerjasama yang baik, berasaskan pada kejujuran dan keikhlasan,” puji datuk
lalu dududk di bendul pondok. Pemuda dari Pulau Bentung berdiri di sudut pondok.

“Tak apalah abang Mat Prai, kerana abang dah ada, biarlah kami balik,” kata
pemuda yang bermata besar.

82
“Kenapa begitu? Marilah kita tunggu bersama”’ saya cuba menahan.

“Memang sudah begitu janji yang dibuat. Kalau abang Mat Prai ada, kami mesti
balik. Kalau dia tak ada kami ambil alih tempatnya,” tingkah pemuda yang seorang
lagi. Bulu matanya cukup tebal. Apabila kedua pemuda itu mahu meninggalkan
pondok durian, Mat Prai segera bertanya.

“Ada benda-benda pelik?”

“Abang tengok sendirilah,” jawab mereka serentak kalu beredar meninggalkan kami.

Angin malam yang bertiup tenang membuat saya cepat mengantuk. Tanpa
membuang masa saya terus merebahkan badan di lantai pondok. Mat Prai terus
menghitung buah durian di kaki tangga yang dikumpulkan oleh kedua pemuda tadi.

Datuk pula memeriksa kawasan sekitar pondok dan akhirnya berlabuh di perigi.
Saya terkejut bila datuk mandi malam kerana perbuatan mandi malam memang
jarang dilakukannya. Mungkin datuk mempunyai maksud dan tujuan tertentu. Fikir
saya sambil menggolekkan tubuh ke kiri dan ke kanan lantai pondok yang dibuat
daripada bulu.

“Tolong saya, Ayah Alang. TolonggggF”

Saya terkejut dan segera bangun bila mendengar jeritan Mat Prai. Serentak dengan
itu secara tiba-tiba lampu minyak tanah yang tersangkut pada tiang pokok terus
padam. Kulit durian berterbangan ke arah saya. Badan saya terasa pedih dan luka.
Saya terpaksa merangkak dalam gelap. Jeritan Mat Prai tidak kedengaran lagi. Dia
mengerang macam orang menahan sakit yang amat sangat.

Saya terus memanggil nama datuk beberapa kali. Malangnya, laungan itu dihalang
oleh bunyi air yang jatuh ke tubuh datuk. Dalam keadaan yang tidak menentu itu,
terdengar bunyi paluan kompang yang disertai dengan sorak-sorai yang meninggi.
Saya terus merangkak dan meraba dalam gelap. Entah macam mana saya
terlanggar dinding pondok yang dibuat dari tepas. Dinding itu terkopak dan saya
terdorong ke depan lalu jatuh ke tanah macam nangka masak yang lekang daripada
tangkainya. Sekitnya bukan kepalang.

Walaupun sakit, saya cuba bangun dengan berpaut pada tiang pondok. Usaha itu
tidak berhasil. Saya tidak dapat bergerak ke mana-mana kerana gelap. Saya terus
memeluk tiang pondok. Entah macam mana saya terasa seperti ada makluk ganjil
yang muncul di sisi saya. Dalam keadaan yang cemas itu, leher saya diraba oleh
sepasang tangan yang berbulu tebal dan panjang. Tangan berbulu itu bergerak dari
batang leher ke muka lalu menyentuh pipi, hidung dan mata.

Bila telapak tangan berbulu berada di atas lubang hidung membuat saya sukar
bernafas. Tanpa diduga tubuh saya dipeluk dengan eratnya. Dengan sedaya upaya
saya cuba meronta, entah macam mana kaki saya tersepakkan sebatang kayu.

83
RENDAH

Saya pun merendahkan badan lalu mengambil kayu tersebut. Dengan sepenuh
tenaga, hujung kayu itu saya hentakkan ke tubuh berbulu. Dalam gelap itu saya
terdengar suara orang mengeluh menahan kesakitan yang amat sangat. Serentak
dengan itu, sepasang tangan yang berbulu yang memeluk tubuh saya beransur
lemah dan akhirnya saya bebas dari pelukan yang membuatkan saya sukar
bernafas.

Saya terus merangkak dalam gelap tanpa matlamat yang tertentu. Kepala lutut saya
terasa pedih bila terlanggar kulit durian. Entah macam mana saya terpelukkan tubuh
Mat Prai.

“Siapa?” Tanya Mat Prai.

“Saya, lampu picit di mana?” Soal saya sambil duduk dalam gelap. Mat Prai
bercakap sendiri menyalahkan dirinya kerana meletakkan lampu picit merata-rata.

“Aku ingat, aku letakkan dekat tunggul merbau di sebelah kanan pondok. Apa yang
mesti kita buat, Tamar?”

“Kita terpaksa cari.”

“Terpaksa merangkak dalam gelap? Ini kerja susah,” Mat Prai seperti berputus asa.

“Kita tak ada jalan lain, kita mesti cari lampu picit,” kata saya dan terus merangkak.

Angin malam yang bertiup membuat dedaun bergeselan sesama sendiri. Bunyinya
tidak menentu, ada ketikanya seperti daun keretapi dan di masa yang lain pula
bunyinya macam bunyi ombak laut. Serentak dengan itu saya terdengar bunyi
burung jampuk. Awan di langit kelihatan hitam pekat.

Nyanyian cengkerik bertingkah dengan suara katak. Lolongan anjing liar dipinggir
pekan Kongsi jelas kedengaran. Bulu roma saya terus berdiri. Tidak terdaya rasanya
mahu merangkak. Dari setiap sudut saya terdengar suara orang ketawa dan
menangis

108. Nisan Bergerak

Dalam keadaan yang teragak-agak itu, mata saya terpaku ke arah benda bulat yang
bergolek-golek ke arah saya. Sebelum benda itu terkena kepala lutut, segera saya
tahan dengan telapak tangan. Benda itu tidak bergerak, sebaliknya tegak dengan
sendiri sambil mengeluarkan cahaya yang putih. Pandangan saya jadi berpinar-
pinar.

“Tamar, aku dah dapat lampu picit,” jerit Mat Prai lalu menyuluh ke arah saya.
Cahaya dari lampu picit itu terkena pada benda bulat yang tegak di depan saya.

84
“Tamar batu nisan orang lelaki di depan kamu,” pekik Mat Prai. Saya menarik nafas
gementar kerana batu nisan yang bulat itu bergerak dan berpusing. Tanah
didepannya kelihatan merkah.

Batu nisan yang terpacak di depan saya terus hilang. Serentak dengan itu terdengar
bunyi tapak kaki orang melangkah, datang dari sebelah kanan. Berpandukan pada
cahaya lampu picit Mat Prai, saya terus menggolekkan badan kearahnya, melanggar
apa sahaja yang ada di tanah. Saya dapat menyatukan diri dengan Mat Prai.

“Kau tengok tu,” Mat Prai menghalakan muncung lampu picit ke kanan, saya terlihat
kaki yang bahagian atasnya berbentuk macam kaki gajah. Penuh dengan bulu tebal,
tumit kakinya berbentuk agak tajam seperti taji ayam jantan, jari kakinya berjumlah
tiga.

Ibu jarinya bulat dan mempunyai lekuk macam lok keris, manakala dua lagi jarinya
kelihatan seperti bercantum dan mengeluarkan cairan yang berwarna putih. Saya
mula terhidu bau daun sirih yang baru dipatahkan dari dahannya.

Secara mendadak lampu picit Mat Prai tidak menyala. Kedua belah bahu saya dan
Mat Prai seperti ditekan dengan sebatang kayu membuat kami tidak dapat bergerak.
Kalau bergerak seluruh sendi terasa sakit. Kami tiada pilihan, selain dari
mengarahkan biji mata kami ke arah kaki besar yang berbulu. Kaki itu bergerak ke
arah longgokan durian di kaki tangga pondok. Puas saya mencari sebelah lagi kaki
yang berbulu.

“Puas aku cari sebelah lagi kakinya. Agaknya, memang makhluk ni berkaki satu,”
bisik Mat Prai.

“Agaknya,” saya segera anggukkan kepala.

“Makhluk apa ni?” rungut Mat Prai lagi, sebaik sahaja Mat Prai selesai merungut,
seluruh kawasan sekitar kami terang macam keadaan terang bulan. Beberapa ekor
kelawar berterbangan di atas kepala kami bersama dengan suara lolongan anjing
dan jeritan burung hantu.

BULU

Kaki besar yang berbulu berhenti bergerak. Tempatnya digantikan oleh seekor tupai
yang bulunya keperang-perangan.

Besarnya lebih kurang sama besar dengan kambing dara. Mata tupai aneh itu
merenung ke arah kami dengan tajam. Giginya yang tajam dan putih itu dipamerkan
ke arah kami, misainya bergerak-gerak. Ekornya digoyang-goyangkan ke kiri dan ke
kanan.

“TriittttttF,” suara dari tupai aneh itu memekakkan anak telinga kami. Dalam tempoh
beberapa saat sahaja beratus-ratus ekor tupai berwarna hitam terjun dari ranting
pokok sekitar kawasan pondok. Semuanya menuju ke arah longgokan durian.

85
Mulut saya dan Mat Prai ternganga. Memang tidak masuk akal dan sukar dipercayai
malah akan jadi bahan ketawa kalau disampaikan kepada sesiapa sahaja yang
berada di dunia. Mereka pasti tidak percaya bila diberitahu, ada tupai hitam
menjelma waktu malam untuk makan durian yang dilonggokkan. Tupai-tupai itu
hanya mengambil masa tidak sampai lima minit untuk melenyapkan jumlah durian
lebih dari seratus biji. Semua yang saya lihat membuat badan saya berpeluh dalam
lolongan anjing dan nyanyian burung hantu yang memanjang.

“Panggil datuk kamu, aku bimbang kalau tupai-tupai itu menyerang kita,” Mat Prai
menyuarakan kebimbangannya.

“Nanti dulu,” kata saya.

Sebab utama saya tidak mahu memanggil datuk kerana saya tidak dapat bersuara
dengan lantang. Tekak saya terasa sakit dan pedih. Selain dari itu, saya jadi terhibur
melihat kumpulan tupai yang sudah kekenyangan itu membawa biji-biji durian ke
tempat lapang. Biji durian itu dilonggokkan di situ. Bila kerja itu sudah selesai, kulit-
kulit durian pula diusung lalu dilonggokkan dekat biji durian.

Tupai yang berbadan besar tetap melihat gerak-geri anak buahnya sambil berbunyi,
seolah-olah mengeluarkan perintah.

Tupai besar itu berdiri dengan ekornya dicacakkan ke tanah. Sekali pandang tupai
tersebut kelihatan seperti duduk mencangkung dengan kaki depannya memeluk
tubuh. Anak buahnya meletakkan tujuh ulas isi durian yang cantik di depannya. Bila
dia memakan durian tersebut, anak buahnya duduk kaku, seolah-olah memberikan
penghormatan padanya.

Bila tupai besar itu selesai makan, biji durian yang diluahkannya segera diambil oleh
anak buahnya dan terus ditanam. Kemudian salah seekor dari anak buahnya
membawa beberapa helai daun sirih hutan yang sudah dicalitkan dengan kapur sirih.
Tupai besar itu segera menjilat daun sirih hutan beberapa kali. Daun sirih yang
sudah dijilatnya itu diletakkan di hujung kaki kanannya, sebaik sahaja hujung kaki
kanan terkena daun sirih, semua anak buahnya bertempiaran lari lalu mencari
dedahan berdekatan. Apa yang saya dengar ialah bunyi suara tupai.

Bila suara tupai tidak kedengaran lagi, saya dan Mat Prai terpandangkan kaki besar
yang berbulu bergerak (dalam keadaan melompat-lompat) akhirnya terus hilang.
Saya dan Mat Prai cuba bangun tetapi ternyata kami tidak terdaya bergerak.

Pangkal pinggang terasa sakit, sendi-sendi terasa bisa yang amat sangat. Saya
dapati pelita yang padam dalam pondok menyala kembali. Kulit durian dan biji durian
yang berlonggok terus hilang. Apa yang ada ialah beberapa helai daun sirih yang
sudah dicalit dengan kapur berserakan di kawasan pondok.

Dengan sedaya upaya, saya cuba bangun. Usaha saya tidak berhasil. Bila saya
berjaya berdiri tegak, tempurung lutut

saya terasa lembik dan urat-urat di kaki bagaikan terputus. Saya mengalami rasa
sakit yang amat sangat. Saya terus jatuh mengelepar di sisi Mat Prai. Apa yang

86
terdaya kami lakukan adalah meniarap di bumi sambil bergerak ke kiri dan ke kanan.

Gerakan tubuh kami tidak ubah macam gerakan ular di atas jalan raya, dengan lain
perkataan kami seperti berenang atas daratan. Saya terus bertempik menyeru nama
datuk dengan sekuat hati. Suara saya itu menenggelamkan suara cengkerik dan
lolongan anjing. Selesai sahaja saya bersuara, badan saya terus lemah. Tidak
bermaya untuk menegakkan kepala. Saya letakkan kepala atas tanah. Sayup-sayup
saya terdengar bunyi telapak kaki orang berlari ke arah saya.

“Astaghafilrullah, apa dah jadi dengan kamu berdua ni,” saya membuka mata
melihat datuk berdiri di hujung kepala saya. Mat Prai sudah tidak bergerak langsung.

“Kenapa tak panggil aku di telaga,” tambah datuk lagi sambil duduk mencangkung
lalu memeriksa setiap urat nadi saya dan urat nadi Mat Prai.

“Aku tak nampak apa-apa yang datang, semuanya macam biasa. Pelik juga, kenapa
aku tak dapat mengesan dengan apa yang terjadi di sini,” datuk merungut sendirian.
Dia terus mengambil lampu suluh di tangan Mat Prai yang masih menyala.

BALDI

Tanpa membuang masa datuk terus menuju ke perigi kembali. Datang kepada kami
semula dengan membawa satu baldi air.

Datuk letakkan baldi yang berisi air ditengah (di antara saya dengan Mat Prai) dia
mengambil beberapa helai daun yang hijau. Dimasukkan ke perut baldi. Datuk
mencari ranting kayu lalu air dalam baldi dikacau.

Datuk berhenti mengacau air dalam baldi. Dalam keadaan yang tidak bermaya itu,
saya lihat kelopak bibir datuk bergerak, dia mula mengelilingi kami beberapa kali.
Datuk duduk mencangkung menghadapi saya kembali.

“Tamar,” katanya.

Saya pun membesarkan kelopak mata dan cuba bersuara tetapi, suara saya tidak
mahu keluar. Datuk tetap bersikap tenang.

“Buka mulut kamu Tamar.” Saya terus membuka mulut, dengan telapak tangan kiri
datuk membawa air dari baldi ke mulut saya.

“Telan air ni senafas, Tamar.”

Saya buat apa yang datuk suruh. Rasa pedih dan perit di tekak segera hilang.
Kedua
belah kaki dan tangan saya dapat digerakkan semula. Tidak terasa sesuatu
menekan di belakang. Saya segera menelentang dan melihat langit.

“Tamar,” seru datuk lemah. “Ada apa tuk.”

“Hulurkan tangan kamu,” saya pun menghulurkan tangan kanan kepadanya. Tanpa

87
diduga datuk terus menyentap tangan dengan sekuat hati. Kemudian datuk
melepaskan tangan saya dengan tiga kali urut dimulai dari pangkal ketiak membawa
ke hujung jari.

“Kau duduk diam di sini,” datuk mengeluarkan perintah.

Saya akur dengan perintah itu. Datuk segera mendekati Mat Prai. Apa yang telah
dilakukan pada saya, itu jugalah yang dilakukan oleh datuk pada Mat Prai. Usaha
datuk berhasil, saya dan Mat Prai dapat duduk.

“Duduk diam-diam, jangan banyak bercakap,” suara datuk meninggi di tengah


malam yang dingin. Lolongan anjing masih kedengaran tetapi, suara burung hantu
mula berkurangan. Desiran angin malam tetap berlalu dengan lembutnya. Saya dan
Mat Prai mengalami rasa kedinginan. Datuk segera menghidupkan api untuk
membuat unggun.

Kulit durian yang kering dicampakkan ke dalam unggun api. Kata datuk, asap dari
kulit durian yang kering dapat menghalau nyamuk.

Saya terdengar bunyi buah durian jatuh. Mat Prai berhasrat mahu mengutipnya
tetapi, datuk tidak mengizinkan. Kata datuk biar hari sudah cerah baru buah-buah itu
dikutip dan dikumpulkan.

“Kalau buah durian tu, memang hak kamu, takkan buah tu lari ke mana-mana,”
demikian datuk memberikan alasan bila Mat Prai minta keizinan darinya.

“Ingat, sebagai manusia yang beragama Islam, jangan sekali-kali kita hilang
pedoman kerana harta,” sambung datuk lagi. Dan Mat Prai terus mematikan hasrat
untuk mengutip buah durian. Walaupun demikian, setiap kali dia terdengar bunyi
buah durian gugur, Mat Prai tetap nampak resah dan gelisah.

“Sekarang apa yang dah jadi hingga menyebabkan kamu berdua berenang atas
bumi,” datuk mengajukan pertanyaan. Biji matanya silih berganti menatap wajah
saya dan Mat Prai. Saya tidak berani untuk mengingati peristiwa yang terjadi, saya
membuat keputusan untuk menutup mulut.

“Cakap kenapa membisu?” sergah datuk sambil menjegilkan matanya ke arah saya.
Cepat saya menundukkan kepala merenung bumi.

“Ceritakan pada aku Mat Prai,” datuk mendekatkan batang hidungnya dengan
batang hidung Mat Prai. Kelihatan hidung mereka seperti berlaga dan mata datuk
tetap merenung anak mata Mat Prai. Saya menarik nafas kelegaan kerana saya
sudah arif dengan perangai datuk, bila dia berbuat demikian secara tidak langsung
datuk cuba menguasai perasaan dan hati Mat Prai melalui pernafasan.

“Ceritakan pada Ayah Alang, Mat,” nada suara datuk cukup lembut, cuping telinga
kanan Mat Prai dihembusnya. Saya lihat Mat Prai menganggukkan kepala dua tiga
kali.

PETAH

88
Kemudian dengan petah Mat Prai mengungkapkan peristiwa yang terjadi pada
datuk. Selesai sahaja Mat Prai bercerita, datuk segera membakar andang daun
kelapa. Seluruh kawasan pondok disuluh dan diteliti. Datuk terus duduk di tangga
pondok.

Baru dia sedar durian yang berlonggok sudah tiada. Dia melihat daun sirih hutan
yang tercalit dengan kapur bertabur di mana-mana.

“Pelik, aku tak dengar apa yang terjadi, sedangkan jarak pondok dengan perigi
tidaklah jauh sangat,” datuk mengedutkan dahi sambil melagakan gigi atas dengan
gigi bawah beberapa kali.

“Bukankah masa aku mandi tadi, kamu datang bercakap dengan aku, Mat, kamu
bercerita tentang masalah keluarga kamu pada aku,” datuk terus bangun.

“Masa Ayah Alang mandi, kami di sini, kami tengah berdepan dengan makhluk
ganjil, Ayah Alang tanya si Tamar ni.”

“Ya tuk, kami berdua tak kemana-mana.”

“Jadi syaitan mana yang menyerupai kamu tadi Mat Prai, aku sudah terpedaya,”
datuk terus hentakkan kaki ke bumi.

Dengan andang daun kelapa di tangan datuk terus berlari ke perigi. Dinding perigi
yang dibuat dari daun rumbia terus dibakar datuk. Api terus marak menerangi
kawasan sekitar pondok durian. Asap berkepul menguasai ruang udara yang dibalut
kedinginan malam. Badan datuk berpeluh kena bahang api.

GUGUR

Berpuluh-puluh ekor kelawar berterbangan di atas bumbung pondok. Angin yang


bertiup menjatuhkan dedahan dan reranting kering ke bumi. Sesekali terdengar
bunyi buah durian gugur.

“Banyaknya kelawar,” rungut saya perlahan.

“Biarkan, itu bukan urusan kita,” sahut Mat Prai.

Sesungguhnya, saya merasa pelik. Dari manakah kumpulan kelawar itu datang.
Suara lolongan anjing kian gamat datang dari arah Pekan Kongsi. Rasa cemas dan
takut masih belum reda dari perasaan saya.

“Tak apa, orang tua tu dah datang,” Mat Prai luruskan telunjuk menghala ke arah
datuk yang datang ke arah kami kembali. Di tangannya, ada sepotong kayu yang
masih berapi. Datuk renung ke arah kelawar yang berlegar-legar di bumbung
pondok. Datuk balingkan kayu yang masih berapi itu ke arah kumpulan kelawar.

Aneh, kumpulan kelawar yang berlegar-legar atas bumbung segera berpecah dan

89
terbang menuju ke arah kaki bukit yang berdekatan. Bukit yang terpegun kaku di
malam yang dingin itu kelihatan amat menggerunkan. Sesekali seperti ada cahaya
api di puncak bukit tersebut. Datuk segera mendekati kami.

“Kau orang dengar salakan anjing tu?” tanya datuk.

“Dengar,” Mat Prai dan saya menjawab serentak.

“Kamu tahu, anjing-anjing itu menyalak syaitan yang berkeliaran di udara.”

“Kenapa syaitan itu berkeliaran tuk?” saya menyoal.

“Nanti lain kali, aku cakapkan dengan kamu, Tamar.” “HumF” saya merasa kecewa
dengan kata-kata yang datuk luahkan itu.

Datuk pijak tangga pondok yang bulat. Dia terus duduk dekat Mat Prai.

“Macam mana Ayah Alang?”


“Apa yang macam mana tu, Mat?”
Datuk tatap biji mata Mat Prai yang terkebil-kebil. Dia tidak mahu untuk
mengemukakan sebarang pertanyaan lagi. Memang dia tidak menduga datuk akan
mengungkapkan kata-kata
demikian.

“Aku tak mahu banyak soal, tak mahu banyak tanya, kita tidur sekarang,” suara
datuk meninggi dan terus merebahkan badannya. Tidak sampai lima minit, datuk
terus terlelap. Saya dan Mat Prai segera mengikuti jejak langkah datuk.

Antara terlelap dengan tidak, saya terdengar datuk batuk berkali-kali. Kemudian dia
bangun. Buat beberapa minit saya berhasil mencelikkan mata.

“Kamu tidur, jangan banyak fikir, Tamar."

“Tuk nak ke mana?”

“Aku nak ke perigi.”

Datuk terus menuju ke perigi yang dindingnya sudah menjadi abu. Saya kira datuk
mengambil air sembahyang. Ramalan saya memang tepat, sekembalinya datuk dari
perigi dia terus membaca al-Quran.

KEJUT

Malam yang dingin, membuat tidur terasa enak. Saya terus membengkokkan badan.
Rasa takut dan bimbang langsung tidak terbayang dalam kepala saya.

“Bangun dah subuh ni,” terasa badan saya digoyang berkali-kali, “Pergi ambil air
sembahyang. Orang yang tak sembahyang Subuh, tidurnya diapit syaitan,” lanjut
datuk lagi.

90
Saya tidak ada pilihan, samada mahu atau tidak, saya terpaksa bangun dan pergi ke
perigi untuk mengambil wuduk. Mat Prai lebih dulu bersedia dari saya.

“Dah ambil wuduk?” tanya saya pada Mat Prai.

“Sudah, kau pergi cepat,” Mat Prai mendesak.

“Pergilah, tak ada apa yang nak ganggu kamu,” datuk terus renung wajah saya. Dia
bagaikan mengerti dengan apa yang ada dalam hati saya. Dalam keadaan takut
campur berani, saya menuju ke perigi.

Saya tidak pasti apakah air sembahyang yang saya ambil itu mengikut peraturan
atau sebaliknya. Saya berlari ke pondok kembali.

Dan Subuh itu, datuk mengimamkan sembahyang Subuh kami. Selesai berwirid dan
membaca doa, datuk memberikan kuliah Subuh yang pendek tetapi amat
mengesankan. Datuk memperkatakan tentang diri manusia yang binasa kerana
terlalu cinta pada harta benda dan kekayaan hingga lupa pada tugas seorang
hamba terhadap Allah yang mencipta mereka.

“Nampaknya usaha kita tak berjayalah, Ayah Alang?” Mat Prai mengajukan
pertanyaan setelah datuk menamatkan kuliah Subuh di pondok durian. Datuk
tersenyum sambil memandang keluar, melihat hari yang mula beransur cerah.

“Masih ada masa untuk berusaha,” jawab datuk.

“HumF,” Mat Prai menarik nafas panjang. Ada rasa kecewa terpamer di wajahnya.
Kicau burung menyambut kehadiran matahari pagi mula terdengar. Jalur sinar
matahari mula jatuh pada dedaun yang masih ada kesan air embun.

“Aku nak berjalan di seluruh kawasan ni, aku nak mandi embun dan nak buat
senaman. Kau ikut aku Tamar.”

“Saya macam mana Ayah Alang?” tanya Mat Prai.

“Kau pergi tengok buah durian yang jatuh,” datuk mengeluarkan arahan pada Mat
Prai. Tanpa banyak soal jawab, Mat Prai mematuhi arahan itu.

TINGGI

Matahari kian meninggi, embun di hujung daun yang disentuh cahaya matahari
nampak bersinar-sinar, bagaikan ketul berlian di tengah padang. Datuk terus mandi
embun dan melakukan senaman yang gerak dan gerinya memperlihatkan unsur silat
‘Burung Rajawali’ saya cuba mengikutinya. Bila pergerakan itu dilakukan dengan
pantas oleh datuk, saya tidak dapat mengikutinya. Saya jadi penonton sahaja.

“Tamar,” jerit datuk.

Serentak dengan itu saya melihat seketul kayu yang penjangnya kira-kira dua kaki
menuju ke arah saya.

91
“Tangkap atau elakkan,” terdengar lagi suara datuk.

“Oooppp,” saya melompat lalu meyambar kayu tersebut. Terasa badan saya seperti
dibawa oleh kayu itu ke kiri, mendekati pokok langsat. Saya tercungap-cungap.
Datuk segera mendekati saya sambil ketawa.

“Kamu masih ingat dengan gerak langkah yang aku ajar,” datuk terus menepuk bahu
saya berkali-kali. Dengan wajah manis dia mengajak saya mengelilingi dusun durian
milik Mat Prai. Terpesona saya melihat buah durian yang bergantungan lebat di
dahan. Beberapa ekor tupai melompat dari ranting ke ranting dengan bebas.
Matahari terus memancar.

“Sungai, jernih airnya,” jerit saya bila berdiri di tebing sebatang anak sungai. Anak-
anak ikan berenang bebas di celah-celah batu di tengah sungai. Tanpa membuang
masa saya menuruni tebing dan terus membasuh muka. Terasa sejuknya meresap
ke tulang pipi.

“Sudahlah jangan lama-lama di situ, aku nak sampai cepat ke pondok,” tempik datuk
dari atas tebing. Saya segera berlari ke arahnya. Kami meneruskan perjalanan dan
terpaksa melintasi kaki bukit yang ditujui oleh kumpulan kelawar malam tadi.

Memang terdapat hutan tebal di situ dengan pokok-pokok besar yang digayuti oleh
akar-akar hutan sebesar lengan kanak-kanak yang berusia tujuh hingga sepuluh
tahun. Monyet-monyet liar bergayutan di situ.

“Hati-hati Tamar,” datuk mengingatkan. Saya segera anggukkan kepala.

“Hutan macam ni, jadi sarang binatang buas,” lanjut datuk lagi. Saya anggukkan
kepala lagi. Matahari yang memancar agak terik membuat badan saya berpeluh.

TANGAN

Secara mengejut datuk menarik tangan kanan saya ke perdu buluh hutan. Saya jadi
cemas dan takut.

“Kenapa tuk?”

“Dalam rimbunan pokok kecil tu, aku macam ternampak pintu gua. Cuba kau
pastikan,” kata datuk sambil jari telunjuknya mengarah kepada pokok-pokok kecil
yang merimbun dan tingginya lebih dari tujuh kaki. Memang sukar untuk
memastikannya. Tetapi, tiupan angin yang menggerakkan reranting dan dedaun
lebat itu memberi peluang pada saya untuk merenungnya dengan teliti.

“Apa yang kau nampak, Tamar?”

“Saya nampak macam pintu gua tua.”

“Pelik juga ya, selalunya gua pada gunung, bukit yang aku tahu tak ada gua. Tanah
bukit tu ditebuk.”

92
“Agaknya, terowong tinggal tuk,” kata saya tenang, tanpa merasa sebarang
kecurigaan. Datuk mengigit bibir sambil menelan air liur. Dia sedang memikirkan
sesuatu.

“Boleh jadi juga terowong. Mungkin terowong tu ditebuk oleh askar Jepun masa
perang dulu atau ditebuk oleh orang-orang komunis untuk tempat mereka
berlindung,” itu pendapat datuk.

“Mari kita periksa tuk.”

“Jangan terburu-buru,” nada suara datuk meninggi. Dia renung kiri dan kanan.
Kemudian dia mengesat peluh di dahi dengan belakang tangannya.

“Lain kali saja kita tengok, Tamar,” satu keputusan yang amat mengejutkan dari
datuk, “Mari kita ke pondok Mat Prai,” sambungnya lalu menarik tangan saya.
Macam selalu saya tidak akan membantah dengan apa yang datuk katakan.

Kami segera bergerak arah ke utara, menjauhkan diri dari kawasan kaki bukit. Datuk
tidak menyatakan apa-apa kepada saya kenapa dia berbuat demikian.

Berjalan dalam kebun durian yang tidak begitu bersih keadaannya memang
menyulitkan. Saya sering terlanggar tunggul dan akar.

“Ikut sana senang tuk.”

Datuk berhenti melangkah. Dia dongakkan muka ke langit melihat awan yang bersih.
Kesempatan itu saya gunakan untuk duduk di atas tunggul buruk bagi
menghilangkan penat.

“Maksud kamu, kita berjalan dalam kebun getah?” soal datuk.

“Ya, tuk.”

“Kalau begitu marilah.”

Rakaman Kembali Pengalaman Penulis Bersama Datuknya


109. Ilmu Suhaimi Keraba
~Kredit kepada ahli komunitisbdj FAQIR untuk siri ini.*****

Saya dan datuk terpaksa mengubah haluan jalan. Kami terus ke kawasan kebun
getah. Keadaannya cukup bersih tidak sesemak dusun durian Mat Prai. Di celah-
celah nirai getah itu di tanam dengan pokok koko yang tingginya baru separas lutut
orang tua. Melihat keadaan kebun getah tersebut, saya yakin pemiliknya adalah
seorang yang cukup rajin.

"Bila tengok pokok-pokok getah ni, teringat pula aku dengan kebun getah kita,"
datuk bersuara. Saya segera anggukkan kepala.

93
"Hati-hati Tamar, ular kapak bodoh suka duduk di bawah daun kering," datuk
mengingatkan saya yang melangkah tanpa mahu merenung ke arah permukaan
bumi.

"Macam mana rupanya ular kapak bodoh tu tuk?".

"Warnanya macam daun getah kering, dia selalu duduk berlingkar di bawah
timbunan daun getah, tersepak atau terpijak dia terus mematuk."

"Bisakah patukannya tuk?".

"Boleh membawa maut, kalau tak maut boleh jadi tokak," jelas datuk sambil melihat
pucuk-pucuk koko yang menghijau dan melintuk-liuk disentuh angin. Kami terus
melangkah sambil menikmati nyanyian burung-burung pagi di reranting getah.

"Aku sudah memberikan kamu petua berjalan di tempat-tempat semacam ini. Aku
juga sudah memberikan doa bila berjumpa dengan binatang berbisa. Kenapa tidak
kau amalkan," mendadak sahaja datuk bersuara. Saya tahu, dari nada suaranya itu
ternyata ada rasa kesal bermain dalam diri datuk.

"Kadang-kadang saya jadi lupa."

"Bukan lupa, kamu tak bertanggungjawab, tidak tahu memanfaatkan benda berharga
yang diberikan kepada kamu," kali ini suara datuk cukup tinggi. Saya jeling
wajahnya. Dari air mukanya ternyata dia sedang marah. Saya terus membisu.

"Jangan melangkah Tamar, diam di situ jangan bergerak, kalau bergerak mati," kata
datuk separuh menjerit. Saya patuh dengan cakapnya. Badan saya mengeletar,
seekor ular melintas di depan saya. Bila ular tedung hilang dari pandangan barulah
saya melangkah kembali. Datuk berhenti dekat sebatang pokok getah di bucu nirai.
Datuk membelek-belek kulit pohon getah itu dengan teliti.

"Nampaknya pokok-pokok getah ini masih muda, kulitnya lembut. Setahun dua lagi
baru boleh ditoreh," datuk memberikan komentar.

"Saya rasa pun macam tu juga. Umurnya tak jauh beza dengan pokok getah kita."

"Ya," datuk menggangguk.

Kami meneruskan perjalanan dan saya berharap datuk tidak akan melencong ke
mana-mana. Saya mahu segera sampai ke pondok.

Sambil melangkah saya membayangkan yang Mat Prai sedang membuat kopi untuk
kami. Saya juga membayangkan yang isterinya menghantar nasi lemak atau kuih ke
pondok untuk habuan perut saya. Saya tersenyum sendirian, bila saya gambarkan
dalam kepala yang kami bertiga sedang menikmati sarapan pagi dengan wajah yang
tenang.

"Oooppp..."

94
Datuk melompat tinggi melepasi kepala saya. Bila berdiri tegak saya lihat tangan
kanannya ada dahan getah. Datuk mencampakkan dahan itu ke pangkal pokok
getah.

"Nasib baik aku terdengar bunyinya masa dahan itu masih ada di atas. Aku
melompat menyambarnya, kalau aku lambat dah tentu dahan patah menimpa
tengkuk kamu. Tengkuk kamu boleh patah Tamar," datuk melepaskan nafas
tercungap-cungap, mukanya nampak merah padam.

"Terima kasih tuk."

"Aku tak mahu semuanya tu, Tamar. Apa yang aku mahu, kamu mesti pandai
mendengar sesuatu dari setiap arah. Tidak kira sama ada sesuatu itu digerakkan
angin, air dan manusia.

"Macam mana caranya tuk."

"Sekarang ini, kamu mempelajarinya dari aku secara tidak langsung."

"Sulit," saya mengeluh.

Memang sulit untuk mempelajari sesuatu tanpa diberitahu terlebih dulu. Lebih-lebih
lagi, jika tidak ada persediaan yang secukupnya. Bagaimana mahu saya katakan
perkara ini pada datuk.

"Tidak sulit, kalau kamu mahu berusaha. Manfaatkan mata, hidung, telinga, otak
dengan sebaik mungkin," cetus datuk.

"Berapa lama saya mesti berbuat macam tu?"

"Selagi aku masih ada," datuk tersenyum sambil meraba pangkal dagunya berkali-
kali. Entah macam mana, saya mula dapat mengesan langkah datuk yang rancak
beransur perlahan. Macam ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Saya amati,
gerak mata datuk sentiasa tertumpu ke arah dedaun yang bergerak mengikuti arah
angin.

"Assalamualaikum."

Seorang lelaki muncul dari balik pohon getah. Bentuk tubuhnya tegap dengan
rambut panjang hingga jatuh atas sayap bahunya. Dahinya dililit dengan kain merah
selebar dua jari. Ketika saya asyik merenung ke arah lelaki itu, lelaki itu enggan
menyambutnya. Datuk masih memperlihatkan sikap kemesraan. Dengan langkah
yang teratur, lelaki itu menghampiri datuk.

"Kamu berdua ni dari mana?"

Dalam nada suara yang sombong lelaki itu mengajukan pertanyaan. Hati saya
berdebar, ketika lelaki itu memusingkan tubuhnya ke kanan, saya terlihat ada benda
menonjol dalam baju labuhnya yang dibuat mengikut fesyen baju orang Pakistan.

95
Mungkin benda menonjol itu golok atau parang? Mungkin pistol dan mungkin, benda
tajam yang mengancam keselamatan kami.

"Kami sampai malam tadi, kami bermalam di pondok Mat Prai," jelas datuk.

"Kamu berdua, adik-beradiknya."

"Ya," anguk datuk.

"Adik-beradik rapat atau jauh."

"Rapat," jawab datuk dalam nada suara yang kurang senang.

"Berapa lama berada di sini?" soal lelaki itu lagi.

"Selama mana, kami sanggup."

"Hisss..."

Lelaki itu mula menatap wajah datuk. Dia merasakan jawapan yang datuk berikan
adalah sindiran yang tajam. Tindak balas yang dilakukan oleh lelaki itu pada datuk
ialah menjuihkan bibirnya sambil meludah ke kanan.

"Kurang ajar." bisik saya dalam hati.

"Kamu maki aku," lelaki itu segera menjegilkan biji matanya ke arah saya. Serta
merta saya gelengkan kepala. "Eh, budak setengah masak, kau jangan nak
menipu."

"Tipu?" saya pura-pura terkejut, "Saya tak cakap apa-apa dengan awak," saya
makin berani.

"Dengan aku, kamu jangan nak tipu. Apa yang ada dalam hati kamu dapat aku
baca," lelaki itu semakin berani, mulutnya kian lancang mengutuk diri saya. Dia buat
tidak kisah dengan datuk yang berdiri dekat saya.

HARAPAN

Saya terus merenung ke arah datuk dengan harapan datuk dapat melindungi dari
saya, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

"Kalau nak tunjuk lagak ayam jantan, jangan masuk kampung orang ikut suka hati,"
lelaki itu menghalakan kata-kata itu ke arah datuk. Dia mula menendang apa sahaja
yang ada dekatnya. Lagaknya memang mahu mencari gaduh. Datuk tidak ambil
peduli dengan sikap lelaki itu. Datuk tetap memperlihatkan sikap persahabatan.

"Kami tak mahu mencari musuh, biarlah kami pergi," datuk menundukkan kepalanya
dan terus melangkah. Lelaki itu tidak puas hati dengan sikap datuk.

96
"Ah..." terdengar suara lelaki itu meninggi. Dia lari mengelilingi pokok getah dan
berhenti di depan datuk. Belum pun sempat datuk mengucapkan sesuatu, lelaki tu
mengeluarkan golok pendek dari dalam bajunya.

"Saya tak mahu gaduh," rayu datuk sambil menyuruh saya mencari tempat
berlindung. Belum pun sempat saya mencari tempat yang selamat, lelaki itu terus
menyerang datuk bertalu-talu dengan goloknya.

Datuk lebih banyak mengelak dari melakukan serangan. Dia tidak melepaskan buah
silat yang kemas dan tajam. Ini berlainan dengan lelaki itu yang kelihatan
bersungguh-sungguh mahu membunuh datuk.

"Sudahlah saudara, saya tak mahu bergaduh, kita tidak pernah bermusuh, kenapa
mesti berkelahi," dalam keadaan termengah-mengah datuk bersuara. Semuanya
tidak dipedulikan oleh lelaki itu. Dia terus menyerang dan melepaskan tetakan ke
arah datuk. Dalam satu tetakan yang kencang, datuk berjaya mengelak, mata golok
terkena akar getah dan terus terlekat di situ.

Kesempatan itu datuk gunakan untuk melarikan diri. Saya terus mengekori datuk
berlari dengan kencang. Masa berlari itu saya gunakan telinga untuk mendengar
sesuatu dari arah depan dan belakang. Saya terdengar bunyi dengung yang panjang
memburu langkah saya. Dengan cepat saya menoleh ke belakang, saya lihat seketul
kayu betul-betul dekat batang leher saya.

"Appp."

Serentak dengan suara itu saya rebahkan badan dan ketuk kayu itu hingga
terkandas di pohon getah lalu patah dua. Rupanya, lelaki itu menggunakan semua
kekuatannya membalingkan ketul kayu itu ke arah saya.

Bila saya bangun, datuk ketawa kecil. Ternyata datuk lebih cekap dari saya, dia lebih
awal dapat mengesan bunyi itu dan tahu apa yang mesti dilakukan. Dia segera
berlindung di balik pokok tempat kayu yang dibalingkan oleh lelaki itu terkandas.

"Lelaki itu tak memburu kita, kita tak perlu lari lagi," ujar datuk.

"Siapa lelaki itu tuk?"

"Entah, agaknya orang gila. Usah pedulikan tentang dirinya."

"Boleh jadi orang gila, boleh jadi hantu," saya terus merungut panjang. Datuk tidak
memberikan sebarang pendapat terhadap komentar yang saya luahkan. Datuk terus
berjalan dengan laju.

"Kenapa lambat?"

Dari kaki tangga pondok Mat Prai mengajukan pertanyaan. Dia menatang talam
kecil. Manakala di atas pondok, isterinya duduk berjuntai kaki. Dua orang anaknya
membaling biji dan kulit durian ke mana sahaja, sesuka hati mereka.

97
"Seronok mandi embun," jawab datuk. Mat Prai ketawa lalu meletakkan talam kecil
atas pelantar. Dia terus duduk bersila di situ.

"Mari minum," ajak Mat Prai, dia terus tuangkan air kopi ke dalam cawan, "Sekarang
dah dekat pukul lapan, sepatutnya kita minum pagi pukul tujuh lebih," sambung Mat
Prai. Datuk hanya tersenyum dan terus duduk di pelantar. Isteri Mat Prai turun dari
pondok, membuka bungkusan kuih dan diletakkan dalam piring.

"Dah sejuk goreng pisang ni," rungutnya.

"Tak mengapa asalkan barang-barang tersebut boleh dimakan. Kita ini terjumlah
orang-orang yang bernasib baik kerana dapat makan pagi," ujar datuk dengan
tenang.

"Ya," angguk Mat Prai. Dia terus meghirup air kopi.

"Kamu Tamar, ambillah. Apa main tengok-tengok aje," isteri Mat Prai ajukan
pertanyaan. Dia segera menghulurkan cawan kopi segera saya sambut.

"Cepatnya berhenti, kenapa tak makan pisang goreng," Mat Prai renung muka
datuk.

"Memang menjadi kebiasaan saya, sebelah pagi minum kopi saja," datuk menolak
piring goreng pisang yang dihulurkan oleh Mat Prai kepadanya.

"Ada pantang larang agaknya," soal isteri Mat Prai.

"Tak ada pantang larang, agaknya ini sudah menjadi kebiasaan saya," jelas datuk
dan segera bangun. Datuk segera pergi menemui kedua-dua anak Mat Prai
dibelakang pondok.

Entah apa yang dicakapkan oleh datuk kepada kedua kanak-kanak itu hingga
mereka berhenti melemparkan biji dan kulit durian ke arah semak-semak dekat
pondok. Saya, Mat Prai dan isterinya terus memerhatikan gelagat datuk melayani
kedua kanak-kanak itu.

"Apa yang dibualnya tu," isteri Mat Prai juihkan bibir ke arah datuk.

"Entah," balas saya.

"Agaknya datuk kamu ni memang sukakan kanak-kanak," tanya Mat Prai sambil
mengeliat. Matanya tetap merauti wajah saya.

"Dia memang suka dengan budak-budak kecil, dia suka menasihati budak-budak
sambil bercerita kisah binatang," jawab saya penuh jujur. Mat Prai dan isterinya
terus anggukkan kepala.

Bila isteri Mat Prai melihat datuk memisahkan diri dengan anak-anaknya, dia segera
tersenyum. Dengan suara yang lantang dia menyebut nama kedua-dua anaknya.
Bagaikan dikejar sesuatu kedua kanak-kanak itu menerpa kearahnya.

98
"Kenapa emak?"

"Tak ada apa-apa, emak cuma nak tanya apa yang datuk tu cerita pada kamu
berdua."

"Macam-macam, datuk tu pesan dalam dunia ni, kita mesti buat baik dengan
manusia dan binatang."

"Bagus, kamu berdua mesti ingat pesannya, sudah, mari kita balik ke rumah,"
tambah perempuan dua anak yang tidak pernah membantah sebarang perintah dari
suaminya.

"Sekarang juga mak?" tanya salah seorang dari anaknya.

"Ya, kamu ingat bila?" isteri Mat Prai jegilkan biji mata ke arah anak yang bertanya.
Si anak tidak berani bertanya lagi, apa lagi menentang mata si ibu. Mereka hanya
menurut perintah sahaja.

"Semoga anak-anak kamu akan jadi manusia, Mat," ujar datuk ketika melihat kedua-
dua anak Mat Prai melangkah meninggalkan kawasan pondok durian. Mereka berlari
kecil di kiri dan kanan denai.

"Berilah didikan agama secukupnya dan jangan pula kau didik mereka menbenci
dunia," sambung datuk.

"Ya, saya ingat pesan Ayah Alang tu."

"Sekadar ingat saja, tak memberi kesan tetapi, aku mahu kau melaksanakannya.
Anak-anak harus dibentuk ketika rebung."

"Saya setuju dengan Ayah Alang dalam hal ini, saya mahu memimpin mereka
supaya menjadi manusia berguna pada bangsa, agama dan tanah air," itu azam
yang diluahkan oleh Mat Prai yang disambut dengan rasa bangga oleh datuk. Saya
segera menegakkan ibu jari kanan bila Mat Prai segera beralih tempat duduk. Dari
pelantar ke atas bangku yang dibuat dari kayu bulat di bawah pokok rendang. Datuk
juga turut berubah tempat tetapi, saya masih bertahan di pelantar. Membiarkan
peluh-peluh yang meruap di dahi mengalir ke pipi. Tidak lama datuk duduk di kayu
bulat kerana Mat Prai mengajak datuk melihat buah durian yang dikumpulnya.

"Ayah Alang dengan Tamar pergi mandi embun, saya pula kumpulkan wang, cuba
tengok," suara Mat Prai lantang.

"Banyak juga jumlahnya," kata datuk

"Boleh tahan juga," jawab Mat Prai lemah.

"Kau nak jual pada peraih."

99
"Ya tapi bukan semua, enam tujuh biji saya nak buat nasi durian. Kita tunggu sampai
peraih datang, kemudian kita ke rumah," Mat Prai mengemukakan permintaan dan
datuk tidak keberatan memenuhi permintaan itu.

"Tapi, bila kita balik, siapa pula nak kutip durian yang jatuh," secara mendadak datuk
mengajukan pertanyaan.

"Budak yang balik malam tadi ambil alih tugas saya," dalam senyum Mat Prai
menjawab. Datuk anggukkan kepala.

BANDARAYA

Lebih kurang pukul sepuluh setengah pagi, peraih dari bandaraya George Town pun
sampai ke pondok Mat Prai dengan sebuah lori kecil tanpa bumbung. Peraih
berbangsa Cina itu cukup fasih bercakap bahasa Malaysia loghat Pulu Pinang.
Orangnya cukup peramah. Setelah membeli durian Mat Prai dia segera pergi ke
dusun durian orang lain pula.

Tepat pukul sebelas pagi, kami pun meninggalkan pondok durian Mat Prai. Sebaik
sahaja sampai dekat rumpun buluh kuning, kami terserempak dengan dua pemuda
yang diupah oleh Mat Prai menjaga dusun duriannya. Badan mereka basah dengan
peluh. Masing-masing membawa buluh kuning yang panjangnya kira-kira enam kaki.
Bahagian hujung buluh dipecahkan. Kenapa mereka berbuat demikian, saya sendiri
tidak tahu, ulu golok yang tersangkut di tali pinggang dari kulit kerbau nampak
terbuai-buai.

"Apa macam malam tadi bang? tak ada apa-apa yang datang," tanya salah seorang
dari mereka. Mat Prai segera merenung ke arah datuk. Kamudian dia bersuara.

"Susah nak cakap."

"Kenapa bang?" soal pemuda yang lagi satu.

"Hum," Mat Prai mengeluh, "Dinding perigi kita dah hangus terbakar," tambah Mat
Prai lagi. Kedua-dua pemuda itu berpandangan sama sendiri.

"Siapa yang membakarnya bang?" desak kedua-dua pemuda serentak. Mat Prai
cuma tersenyum. Dia menyuruh saya dan datuk meneruskan perjalanan. Kedua-dua
pemuda tadi meneruskan langkah ke pondok durian.

"Heeiii."

Kami bertiga berhenti melangkah. Di depan kami terpancul seorang lelaki berbadan
tegap memakai lilit kepala dari kain batik. Memakai seluar hitam dan berkasut capal.
Kain pelikat berkotak kecil terselipang dari atas bahu ke dada. Dia menghunus keris
panjang ke arah kami. Muka Mat Prai kelihatan pucat.

Saya alihkan pandangan ke arah datuk, serentak dengan itu saya kenyitkan mata ke
arahnya. Datuk segera anggukkan kepala tanda faham dengan maksud hati saya,
bahawa lelaki yang berdiri di depan tu adalah lelaki yang menyerang saya dan datuk

100
di kebun getah, beberapa jam tadi. Apakah dia akan membunuh saya dan datuk?
timbul pertanyaan dalam hati.

"Adik beradik kamu?"

Dengan wajah yang garang lelaki itu jegilkan biji mata ke arah Mat Prai. Tidak ada
jawapan yang diberikan oleh Mat Prai.

"Adik beradik kamu?" jerit lelaki itu.

"Ya," sahut Mat Prai.

"Beritahu dia jangan nak intip tempat duduk aku. Kalau dibuat lagi sekali, kedua-
duanya aku bakar hidup-hidup," sambil bercakap lelaki itu menghalakan hujung keris
ke arah saya dan datuk. Rambut panjangnya sengaja dijatuhkan ke atas kedua
belah bahunya. Dua tiga kali dia mengacukan penumbuk kiri ke arah saya. Apa yang
boleh saya lakukan ialah tunduk berlagak macam orang bodoh.

"Eh, orang sekampung, beritahu adik-beradik kamu," untuk sekian kalinya lelaki itu
mengherdik Mat Prai.

"Saya bagi pihak kaum keluarga saya minta maaf," ujar Mat Prai.

"Hum, ingat pesan aku, kalau dilanggar dusun dan tanah kamu jadi padang jarak,"
dengan nada suara yang meninggi lelaki itu mengeluarkan ancaman. Gerak gerinya
bagai pahlawan.

"Saya ingat," kata Mat Prai.

"Hum."

Lelaki itu masukkan keris panjang ke sarung lalu diselitkan ke pinggang. Kemudian
dia terus bertepuk tangan dengan sekuat hati. Bunyi tepukannya itu macam bunyi
petir. Lubang telinga saya terasa bengang.

"Haiii..."

Dia menjerit sekuat hati sambil membuka silat macam silat Kungfu.

110. Kura-Kura Mata Hijau

Mat Prai berhenti melangkah secara mengejut. Dia menoleh ke arah datuk dan saya
dengan wajah yang pucat. Dia kelihatan berada di dalam keadaan serba salah. Mat
Prai seperti enggan meneruskan langkah, dia seperti mahu berpatah balik ke
pondok durian. Badannya terus menggeletar seperti orang kena histeria.

"Kenapa Mat Prai," datuk segera menggoncangkan tubuhnya.

101
"Saya dah langgar pantang Ayah Alang."

"Nama orang itu tidak boleh disebut atau diberitahu pada orang, siapa yang langgar
pantangnya boleh kena penyakit gila babi, ramai orang yang menyebut namanya
pada orang lain jatuh sakit.," sebaik sahaja selesai Mat Prai bercakap dia terus
rebah atas rumput. Paling mengejutkan, bila Mat Prai terus baring atas rumput.

Dalam keadaan serba salah saya dongakkan muka ke langit melihat matahari yang
memancar terang sedangkan awan putih bergerak tenang di dada langit. Angin
bertiup menggugurkan dedaun kering. Datuk terus berusaha memberikan keyakinan
pada Mat Prai bahawa apa yang dipercayainya itu adalah karut. Tetapi, Mat Prai
tidak mudah mahu menerima apa yang datuk katakan itu.

"Aku nak tanya kamu satu perkara dalam dunia ini, baik di langit mahupun di bumi
siapa yang berkuasa dan siapa pula yang menghidupkan dan mematikan manusia,"
datuk bertanya dengan lembut pada Mat Prai setelah semua usahanya yang
dikemukakan pada Mat Prai sebentar ditolak mentah.

"Tentulah Allah yang maha besar," jawab Mat Prai penuh keyakinan. Dia terus
duduk matanya menentang biji mata datuk.

"Kamu sudah tahu jawapannya, kalau sudah tahu kenapa kamu mesti takut
dengannya. Percayalah dia tidak ada kuasa," datuk memberikan semangat.

"Tapi, ramai percaya dengannya," Mat Prai kelihatan maish ragu-ragu. Datuk terus
gelengkan kepala sambil menarik nafas dalam-dalam. Memang terlalu sukar
untuknya memberikan semangat baru pada Mat Prai.

"Sekarang kamu sebut namanya berkali-kali, kamu maki dia. Aku nak tengok
pantang larangnya berkesan atau tidak," datuk mendesak Mat Prai. Cepat-cepat Mat
Prai gelengkan kepala, mukanya bertambah pucat. Dan datuk terpaksa bertindak
lebih tegas supaya Mat Prai mematuhi arahannya. Kali ini datuk tidak mahu
meentang biji mata Mat Prai.

"Kamu nak ikut cakap aku atau aku tinggalkan kamu di sini. Biar aku balik ke
kampung.

"Jangan, kerja Ayah Alang belum selesai lagi."

"Kalau kamu mahu aku selesaikan, dengar cakap aku."

"Baiklah Ayah Alang," ujar Mat Prai dan terus menyebut nama Suhaimi Keraba serta
memaki hamunnya dengan semahu hati.

"Berhenti Mat, berhenti."

Mat Prai pun berhenti memaki hamun Suhaimi Keraba. Saya yang sudah tidak
sanggup berdiri segera mencari tempat duduk. Sasaran saya ialah batang buruk
yang melintang di tepi denai.

102
"Sekarang kamu duduk diam," itu arahan datuk kepada Mat Prai. " Kita tunggu
sampai sepuluh minit, kalau benar-benar orang yang pantang namanya disebut itu
berkuasa, dan boleh mendatangkan bala kepada kamu, tentu kamu mengalami
sesuatu," sambung datuk sambil mengeluarkan jam saku dari bajunya.

"Nah kau tengok masanya," datuk menyerahkan jam saku kepada saya, "sampai
sepuluh minit beritahu aku." Saya segera patuh pada perintahnya itu.

CUKUP

Sepuluh minit sudah berlalu, tidak ada perkara yang tidak diingini terjadi pada diri
Mat Prai. Saya pulangkan jam saku kepada datuk. Sebelum jam itu disumbatkan ke
dalam poket. datuk melihatnya sejenak untuk memastikan sama ada kiraan sya
tepat atau sebaliknya.

"Bagaimana Mat Prai? Kau tentu setuju kalau aku katakan yang orang itu tidak ada
kuasa," bisik datuk ke telinga Mat Prai tetapi dengan lemah dia menggelengkan
kepala.

"Kenapa Mat?"

"Sebabnya tak jadi kerana Ayah Alang ada pelindung diri, ada pemakai dan petua,
sebab itulah sumpahnya tak menjadi."

Datuk tunduk merenung bumi. Mat Prai segera berdiri. Panas terasa kian keras. Kulit
dahi dan muka saya terasa pedih.

"Kau selalu memikirkan perkara yang buruk-buruk. Engkau tahu kuasa Allah tetapi,
engkau tidak yakin pada-Nya inilah yang merosakkan diri kamu sendiri, kamu kata
aku ada ilmu pedinding, sebenarnya perkara yang kau sebutkan itu memang tidak
ada pada aku. Apa yang aku lakukan ialah minta perlindungan dari Allah," datuk
mula memberikan pendapatnya, dia tidak peduli sama ada pendapat itu dapat
diterima oleh Mat Prai atau sebaliknya. Pokoknya, dia harus menyedarkan diri Mat
Prai yang terlalu percayakan pada hal yang karut-marut.

"Bagi aku dia tidak ada kuasa, dia orang gila," cetus datuk.

"Baik Ayah Alang minta maaf padanya, kalau tidak susah diri Ayah Alang."

"Tak payah, dia bukan ada kuasa yang berkuasa ialah Allah, pergi jahanam
dengannya.

Teruskan perjalanan, aku nak sampai ke rumah kamu cepat," tanpa rasa bimbang
atau takut-takut datuk terus bersuara. Mat Prai jadi termanggu-manggu dan serba-
salah.

"Jalan cepat. Tak usah fikirkan tentang manusia gila yang tidak bermoral itu," datuk
tolak belakang Mat Prai. Antara mahu dengan tidak Mat Prai terpaksa meneruskan
perjalanan. Kami terus melalui beberapa buah dusun durian milik orang lain.
Perjalanan selanjutnya tidak ada perbualan. Antara kami bertiga, tiada seorang pun

103
yang berminat mahu bertanyakan itu dan ini. Masing-masing melayani khayalan diri
sendiri.

"Aduh!"

Datuk yang berada depan saya terus membongkokkan badan. Kedua belah
tangannya menekan pangkal belikat sebelah kiri. Mat Prai segera memangku tubuh
datuk agar jangan tersembam ke bumi. Saya memicit belakang datuk.

"Kenapa tuk?"

"Ada orang baling benda tajam ke arah aku," jelas datuk.

Saya segera renung kiri kanan. Anak mata saya tertumpu ke arah bambu runcing
sepanjang dua kaki di hujung kaki kanan datuk. Buluh itu sudah patah dua dan
bahagian yang ditajamkan sudah hancur.

"Carikan aku Daun Dukung Anak," ujar datuk pada saya. Tanpa membuang masa
saya segera mencarinya. Dengan izin Allah Daun Dukung Anak yang melata di bumi
itu saya temui dekat pangkal pokok durian mati pucuk.

"Sapukan di tempat yang terkena buluh tu untuk membunuh bisanya," datuk


keluarkan arahan. Saya segera selak baju datuk. Memang ada garisan memanjang
yang melukakan kulit tubuh datuk. Darah mula keluar dari kult yang terkoyak itu.

"Aku dapat menepisnya, kalau tidak buluh itu tembus ke rusuk kiri," terang datuk
sambil menyuruh saya menghancurkan Daun Dukung Anak dengan telapak tangan.
Atas arahannya juga daun yang sudah hancur itu saya tampalkan ke tempat yang
tergaris sesudah membaca tujuh kali al-Fatihah serta sekali selawat.

Lebih dari sepuluh minit perjalanan kami berhenti. Bila datuk sudah pulih, kami
meneruskan perjalanan pulang. tetapi baru enam langkah Suhaimi Keraba muncul di
depan kami dengan beberapa batang buluh runcing di tangan kiri.

"Jangan di lawan"

Itu perintah datuk untuk saya dan Mat Prai. Peluh yang menguasai setiap sendi
membuatkan saya resah. Mat Prai melihat matahari yang terpacak di atas kepala.

"Tengah rembang, kata orang tua-tua alamat tak baik," bisik Mat Prai ke telinga
saya.

"Entah," jawab saya.

"Diam jangan banyak cakap, kalau perbuatannya boleh mengancam nyawa kita,
cepat-cepat kita lari," datang lagi arahan dari datuk. Saya dan Mat Prai anggukkan
kepala. Datuk juga menyuruh kami berdiri sebaris menentang wajah Suhaimi
Keraba.

"Kamu yang jadi kepala samseng memaki hamun aku. Tak sedar diri masuk

104
kampung orang nak berlagak ayam jaguh," kata-kata itu ditujukan oleh Suhaimi
Keraba ke arah datuk.

"Kamu jadi baruanya," jari telunjuknya mengarah ke wajah Mat Prai. Suhaimi Keraba
terus berlegar-legar di depan kami. Sesekali dia mencabut keris panjangnya. Dua
tiga kali diacukannya ke arah saya.

"Aku yang merejamkan buluh tajam kepada kamu, aku sakit hati kerana kamu
mencaci dan memperkecilkan aku, apa yang kamu katakan pada aku semuanya
dapat aku dengar," Suhaimi Keraba mula memperlihatkan taringnya. Dan Mat Prai
terus merenung ke arah datuk, seolah-olah engatakan yang cakapnya sebentar tadi
adalah benar.

Melihat kami semuanya membisu dan tidak kisah membuatkan Suhaimi Keraba naik
angin. Dia mula memaki hamun datuk dan menyifatkan datuk dari keturunan orang
yang tidak bertamadun. Datuk tetap membisu. Setelah menggunakan pelbagai cara
tetapi datuk tetap bersikap dingin. Tidak mahu memulakan pergaduhan. dia mula
menyerang datuk dengan buluh runcing. Dia merejam sepuluh batang buluh runcing
ke arah kami. Satu kebolehan yang di luar kemampuan manusia biasa. Saya kira
ada tenaga lain yang membantu Suhaimi Keraba. Bagi menyelamatkan diri, saya
dan Mat Prai terpaksa berlindung di balik pokok durian.

Datuk tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Tegak di situ sambil berpeluk
tubuhnya. Kedua belah matanya dirapatkan cuma kelopak bibirnya sahaja bergerak
seperti menyebut sesuatu.

Lebih dari empat batang buluh runcing direjamkan oleh Suhaimi Keraba kepada
datuk. Tidak satupun yang mengenai tubuh datuk. Semuanya menyimpang ke arah
lain. Ada yang melekat pada pokok pisang hutan, terbenam ke bumi dan
sebagainya. Suhaimi Keraba berhenti dari melakukan sesuatu pada datuk. Dia
termenung sejenak. Datuk tetap berdiri dalam keadaan berpeluk tubuh. Suhaimi
Keraba terus memintas arah belakang datuk sambil membalingkan buluh runcing
secara curi. Tetapi, sebelum hujung buluh runcing menjamah kulit, terlebih dulu
untuk menyambarnya. Buluh runcing itu segera dibenamkan oleh datuk ke bumi.
serentak dengan itu Suhaimi Keraba menjerit. Kedua belah tangan tergapai-gapai
seolah minta tolong. Suhaimi Keraba jatuh ke bumi.

Perlahan-lahan datuk membuka kelopak mata sambil menjatuhkan sepasang tangan


yang memeluk tubuhnya. Datuk merenung ke arah Suhaimi Keraba yang tertiarap ke
bumi. Berhempas pulas berusaha untuk bangun berdiri.

"Bangunlah, sahabatku," kata datuk.

Suhaimi Keraba merenung marah ke arah datuk. Dalam rasa cemas dan takut itu dia
berjaya melepaskan diri.

"Kekuatan sahabat tidak sejauh mana. Tidak dapat melawan kekuasaan Allah yang
mencipta diri saudara dan saya, yang memberikan nyawa pada kita," ujar datuk lagi.

"Hisss..." desis Suhaimi Keraba.

105
"Saudara sudah sesat, kerana sesat itulah hidup saudara dikuasai nafsu syaitan."

"Sudahlah." Balas Suhaimi Keraba.

Terima kasih, saya tidak berniat mahu bermusuh dengan saudara, saya mahu
bersahabat," datuk hulurkan tangan ke arah Suhaimi Keraba.

"Kamu bukan orangnya," Suhaimi Keraba menolak.

"Saudara, kita mahu bersahabat."

"Tidak ada masa untuk bersalam dan bersahabat dengan orang yang tidak berilmu,"
Suhaimi Keraba mula mencemek.

Saya dan Mat Prai keluar dari tempat persembunyian.Kami segera mendekati datuk
yang kelihatan begitu tenang menghadapi cemuhan yang dilemparkan oleh Suhaimi
Keraba terhadap dirinya.

"Saya tahu sejauh mana ilmu yang ada dalam dada saudara," kata datuk dalam
nada suara yang lembut dan mengharapkan akan terjalin tali persahabatan
antaranya dengan Suhaimi Keraba. Ternyata Suhaimi Keraba tidak mempedulikan
harapan dan cita-cita datuk. Dia terus melangkah kami dengan wajah seribu
dendam. Kami meneruskan perjalanan pulang. Sampai di rumah Mat Prai disambut
oleh isterinya dengan pelbagai pertanyaan. Kenapa kami lambat sampai. Mat Prai
memberi jawapan yang kami singgah ke rumah beberapa orang kenalan. Ternyata
alasan itu dapat diterima oleh isteri Mat Prai.

Makan nasi durian memang menyelerakan. Itu pengalaman yang menyeronokkan


ketika makan nasi durian waktu tengah hari di rumah Mat Prai. Tetapi apa yang
kurang menyeronokkan ialah sikap datuk yang sering mengingatkan agar saya agar
makan
'secukup kenyang!' satu ingatan yang boleh mematikan selera makan saya.

Tetapi saya masih beruntung Mat Prai memberika kerjasama yang baik. Bila dia
melihat pinggan yang kosong. Secara sembunyi-sembunyi dia menaruh nasi durian
ke dalam pinggan saya dan datuk tidak dapat berbuat apa-apa. Tengah hari itu,
saya makan betul-betul. Lepas makan saya tersandar di dinding dan datuk cuma
terdaya menjeling marah ke arah saya.

KECIL

Pada petang itu, saya diajak oleh Mat Prai berjalan-jalan sekitar pekan kongsi yang
kecil. Saya ditunjukkan kawasan pasar tempat orang menjual buah dan jeruk buah
pala. Saya juga dibawa ke kawasan hutan kecil yang menurutnya tempat pelanduk
berehat. Tempat tersebut, bertahun-tahun kemudiannya tekah dijadikan ladang
ternakan buaya ( kini khabarnya ladang buaya itu sudah diberhentikan atas arahan
pihak berkuasa demi keselamatan orang ramai)

Lebih kurang pukul empat dua puluh lima minit petang, saya dan Mat Prai kembali

106
ke rumah. Kami dapati datuk tiada di rumah. Kata isteri Mat Prai, tidak lama setelah
kami meningalkan rumah, datuk terus menuju ke arah masjid. Saya dan Mat Prai
terus ke masjid. Cakap isterinya memang benar. Datuk duduk tertonggok di tengah
ruang masjid membaca al Quran.

Oleh kerana waktu Asar sudah hampir tiba, kami terus mengambil air sembahyang
dan melakukan sunat tahyatul masjid. Sepuluh minit kemudian waktu Asar pun
sampai bilal terus memukul beduk dan seterusnya melaungkan azan. Dalam
kesempatan itu juga Mat Prai memperkenalkan datuk dengan iman masjid tersebut.

Setelah menunaikan sembahyang Asar datuk terus berborak dengan imam yang
usianya lima atau sepuluh tahun lebih tua dari datuk. Dari Imam tersebut datuk
memperolehi cerita yang terperinci tentang dir Suhaimi Keraba serta kejadian aneh
yang berlaku di dusun durian beberapa orang penduduk.

"Setahu saya kejadian itu sudah berkurangan, kalau adapun terjadi kerana pemilik
dusun durian tidak mahu mematuhi nasihat kami."

"Apa nasihatnya Pak Imam?" Tanya datuk.

"Perbuatan tu, perbuatan syaitan kita lawan ikut suruhan Allah," Pak Imam bersuara
lemah. "Dari dulu lagi kalau ada kejadian macam tu, kami baca yasin tujuh malam di
dusun orang malang, kemudian kami ingatkan pemilik dusun supaya membayar
fitrah kalau memperolehi pendapat lebih, itu saja syaratnya," sambung Pak Imam.

"Hasilnya bagaimana Pak Imam?" Tanya datuk.

"Dengan izin Allah berjaya. Melainkan orang tak mahu ikut nasihat, tidak mahu
sembahyang, tidak mahu berpuasa dan mengambil hak orang sebagai milik sendiri.

"Pak Imam tahu durian di dusunnya, dikacau makhluk ganjil," datuk terus menepuk
bahu Mat Prai yang berada disisinya. Pak Imam renung muka Mat Prai.

"Dia ni cuma datang dan balik ke kampung bila dekat musim durian, jadi dia tidak
tahu apa yang berlaku, selain dari dusun ini, ada seorang dua yang dusun mereka
kena kacau," ujar Pak Imam dengan wajah yang selamba. saya menoleh ke arah
Mat Prai. Dia tersenyum tersipu-sipu, cuba menyembunyikan rasa malunya. Rahsia
dirinya telah terbongkar.

"Dulu dia bawa bomoh siam nak halau hantu di dusunnya. Hasilnya tak ada apa-
apa. Saya hairan kenapa Si Mat ni tak mahu mengadu pada saya, tak mahu
berbincang dengan orang-orang kampung, pada hal saya kenal dirinya dari datuk
neneknya lagi. Dia orang sini," Pak Imam meluahkan suara hatinya. Mat Prai tunduk
tidak berkata apa-apa pun.

MESRA

Sebelum berpisah datuk bersalaman dengan Pak Imam dengan penuh mesra. Datuk
sempat memujuk Pak Imam supaya turut sama pergi ke dudun durian Mat Prai.
Pada mulanya Pak Imam itu menolak permintaan datuk. Setelah didesak barulah

107
Pak Imam itu mahu ikut serta ke pondok Mat Prai. Malam itu, setelah selesai
menunaikan sembahyang Isyak di masjid, saya dan datuk serta Pak Imam terus
menuju ke pondok durian Mat Prai. Mat Prai pergi lebih awal dari kami. Perjalanan
kami lancar tidak mengalami sebarang gangguan yang aneh. Sampai di pondok, Mat
Prai menyambut kami dengan hidangan air kopi panas. Dua pemuda dari Pulau
Betung yang menunggu dusun durian pada sebelah siang segera pulang. Kali ini
datuk melakukan sesuatu di luar dugaan saya. Mat Prai dan saya disuruh duduk di
luar kira-kira dua puluh kaki jaraknya dari pondok asal. Di situ datuk dirikan empat
batang tiang dan atapnya dibuat dari daun-daun hutan yang lebar. Tidak sampai dua
jam datuk berusaha mendirikan pondok yang bentuknya macam pondok mainan
kanak-kanak. Kami disuruh duduk di situ. Manakal datuk dan Pak imam duduk di
pondok besar. Mereka terus membaca Quran.

Saya tidak mahu berada jauh dari Mat Prai. Ke mana sahaja Mat Prai bergerak di
situ saya berada. Kami mendengar bunyi buah durian jatuh tetapi, saya atau Mat
Prai tidak berhasrat mahu mengutipnya.

"Ular," jerit saya.

Biji mata Mat Prai terbeliak melihat seekor ular hitam sebesar lengan budak berusia
lapan tahun. Panjangnya kira-kira dua kaki. Ular itu terus menuju ke arah pelita
minyak tanah. Mat Prai ambil kayu memukul ular itu, kena tepat pada bahagian
belakangnya.

Ular itu panggungkan kepala lalu mematuk pelita minyak tanah. Kami berada dalam
kegelapan. Saya raba sana, raba sini, cari kotak mancis. Barang yang saya cari
ditemui. Sumbu pelita menguasai ruang pondok, jelas kelihatan ular hitam
menyusup di bawah dedaun kering dan terus ghaib entah ke mana. Tempat ular itu
hilang segera diganti oleh seekor kura-kura yang warna kulitnya kuning keemasan.

Biasanya kura-kura bila terdengar suara atau melihat orang akan menyorokkan
kepalanya. tetapi kura-kura yang datang mendadak di pondok kami terus
menjulurkan kepalanya sambil memakan dedaun kering. Mata kura-kura aneh itu
nampak tersembul dan mengeluarkan cahaya hijau.

"Kenapa semuanya mesti terjadi masa datuk kamu tak ada bersama kita, kubunuh
kura-kura laknat ni," Mat Prai mula marah dan terus mahu memukul belakang kura-
kura dengan kayu yang digunakan untuk memukul ular.

"Jangan."

"Kenapa Tamar?"

"Biarlah dia pergi sendiri."

"Hum..." Mat Prai mengeluh lalu menghempaskan kayu di tangan dengan sekuat
hati.

Saya hanya diam sahaja. Kura-kura yang menjulurkan kepalanya masuk ke dalam
badannya.

108
111. Kelawar Hisap Darah

KALAU diturutkan rasa hati, mahu saja saya menyepak kura-kura yang tertonggok
macam besi buruk itu. Akhirnya saya sedar, bahawa saya tidak boleh bertindak atau
melakukan sesuatu dengan sewenang-wenangnya di malam yang kian dingin.

“Macam mana kalau aku campakkan kura-kura ini keluar,” Mat Prai mempamerkan
kemarahan. Sepasang matanya segera diarahkan ke arah belakang kura-kura. Mat
Prai terus membongkokkan badannya sambil berusaha mahu memegang badan
kura-kura.

“Jangan.”

Saya segera menyergah. Mat Prai terus menegakkan badannya semula.

“Kenapa Tamar?”

“Biar dia pergi sendiri. Saya bimbang ini bukan kura-kura betul, agaknya ini kura-
kura jelmaan,” tutur saya lagi.

Dedaun hutan yang dijadikan atap pondok mula bergerak-gerak, malah ada yang
jatuh ke tanah akibat disentuh angin.

Aneh! Angin yang bertiup lembut secara mendadak bertukar menjadi keras. Saya
terdengar reranting tua jatuh bertalu-talu ke tanah. Saya dan Mat Prai terdengar
bunyi suara tupai.

Semuanya mengundang kecemasan dalam diri. Ganjil sekali, bila tupai berbunyi
malam. Dalam rasa serba salah dan takut itu, terdengar suara harimau mengaum.
Beberapa ekor kelawar berterbangan dalam pondok.

Salah seekor dari kelawar itu jatuh di depan saya dan Mat Prai. Jarak kelawar itu
dengan badan kura-kura kira-kira tiga hasta saja. Bentuk kelawar yang jatuh itu agak
berbeza dengan kelawar-kelawar yang biasa saya lihat.

Bentuk badannya agak besar, sayapnya juga agak lebar. Bulunya berwarna
kekuningan dan biji matanya tersembul seperti memancar-mancarkan cahaya api.

“Kamu tengok giginya.”

Saya segera mengarahkan mata ke arah yang disebutkan oleh Mat Prai. Darah saya
tersirap melihat muncung kelawar yang bentuknya macam muncung babi hutan.
Giginya yang putih dan besar menyeringai ke arah saya.

“Ini kelawar puntianak jenis penghisap darah, “ kata saya pada Mat Prai.

“Berbahaya,” jawab Mat Prai cemas, “biar aku bunuh Tamar.”

109
Sebaik Mat Prai selesai bersuara, kelawar di depan kami terus berbunyi dengan
nyaring. Kedua belah kepaknya dikembangkan dan terus terbang, berpusing-pusing
dalam pondok kecil. Dan kura-kura terus hulurkan kepalanya, seolah turut
menyaksikan apa yang dilakukan oleh kelawar itu..

KELAM

Dalam keadaan yang kelam kabut itu, saya lemparkan pandangan ke arah luar
pondok. Malam yang gelap pekat itu membuat saya tidak dapat melihat apa-apa
pun. Deru angin terus mengasak lubang telinga di samping bunyi telapak kaki
manusia memijak reranting dan dedaun kering di setiap sudut pondok.

“Panggil datuk kamu, Tamar”

Mat Prai keluarkan cadangan. Saranan itu tidak dapat saya terima. Terlalu awal
rasanya untuk menyampaikan perkara ini pada datuk. Biarlah datuk dan Pak Imam
menyelesaikan urusan mereka. Bila melihat saya tidak memberikan sebarang reaksi,
Mat Prai mengulangi pertanyaannya lagi.

“Tak payah.” kata saya tegas.

Terbayang kehampaan di wajah Mat Prai. Tetapi, kehampaan itu segera digantikan
oleh rasa cemas dan terkejut yang amat sangat. Kura-kura ganjil bergerak dan
hilang dengan sekelip mata.

“Dia datang.”

Mat Prai arahkan telunjuk kepada kelawar secara mendadak muncul kembali dalam
pondok. Kelawar itu terus berlegar-legar dalam pondok..

Kelawar itu terus menerkam ke arah pelita minyak tanah ambil mengembangkan
sayapnya lebar-lebar. Bila berada betul-betul di atas muncung api pelita minyak
tanah, kelawar itu terus memukulkan kepaknya ke arah sumbu pelita. Api pelita
padam dengan serta-merta. Saya bertambah menggelabah, badan terus
menggeletar.

“Aduh..tolong..”

Suara Mat Prai meninggi. Saya terus berusaha mencari mancis api. Raba sana,
raba sini, Mancis tak juga ditemui. Mat Prai terus mengerang kesakitan.

“Muka aku berdarah, Tamar.”

"Kenapa?”

“Dicakar kelawar, eh kelawar itu cuba gigit batang leher aku. Tolong aku.. ah..” suara
Mat Prai terus berhenti, saya terdengar tubuhnya jatuh ke tanah lalu dituruti dengan
bunyi pergelutan yang hebat di malam yang gelap.

110
Saya terus menyeru nama Mat Prai berkali-kali. Sayangnya saya tidak menerima
sebarang jawapan. Apa yang saya dengar ialah tarikan nafas Mat Prai tercungap-
cungap. Saya tidak boleh berdiam diri, mesti bertindak untuk menyelamatkan Mat
Prai. Saya mula meraba-raba ke arah badan Mat Prai. Lain yang saya raba dan
saya cari, lain yang saya dapat. Mancis api sudah berada dalam tangan saya.

Anak mancis saya lagakan di badannya. Api pun memancar dan sumbu pelita
segera saya bakar. Kawasan sekitar terang benderang. Anak mata saya melilau
mencari tubuh Mat Prai.

“Ya Allah.” jerit saya.

Mat Prai terlentang mukanya berdarah bersama dengan calar-calar. Bajunya habis
koyak-rabak, saya lihat di batang tengkuknya ada benda hitam sebesar telapak
tangan. Saya segera mendekatinya. Tanpa membuang masa saya terus membaca
petikan ayat-ayat Al-Quran untuk menghalau syaitan. Selesai membacanya, saya
seperti memperoleh sebuah kekuatan yang agak luar biasa. Saya tidak takut dan
cemas. Bunyi-bunyi yang menakutkan sekitar pondok terus hilang. Begitu juga
dengan kelawar aneh, tidak kelihatan lagi.

PANGKAL

Perlahan-lahan saya pangku kepala Mat Prai. Kemudian saya heret tubuh Mat Prai
keluar dari pondok. Saya sandarkan ke pangkal pokok yang tidak saya ketahui
jenisnya. Dedaun kering dan reranting yang bersepah sekitar pangkal pokok saya
kumpulkan.

“Kuku kelawar cukup bisa, semua kulit muka terasa pedih.” Ratap Mat Prai, saya
segera anggukkan kepada. Darah di mukanya saya kesat dengan kain yang saya
koyak dari hujung baju. Dengan diterangi oleh sinar lampu minyak tanah, saya dapat
melihat betapa dalamnya cakaran dari kuku kelawar aneh di muka Mat Prai.

“Tunggu” Itu yang saya ucapkan padanya.

“Kau nak ke mana, Tamar? Kau nak panggil datuk kamu?

“Ya” saya anggukkan kepala. Tanpa membuang masa saya terus membakar
longgokan dedaun kering dan reranting. Dengan sekelip mata, api terus marak.

Seluruh kawasan di bawah pokok terang benderan, macam siang. Cengkerik dan
katak puru yang berlompatan jelas kelihatan. Mat Prai agak terkejut dengan apa
yang saya buat. Dia terus berdiri sambil memeluk pangkal pokok.

“Kenapa kau buat semuanya ini, Tamar? Kau nak bunuh aku atau kamu kerasukan
syaitan?”

“Bukankah kita memerlukan datuk? Inilah cara memanggilnya”

“Hiss, kamu, kenapa tidak kau laungkan saja dari sini?”

111
“Ada pesan datuk untuk saya”

“Pesan?” Mat Prai bertambah terkejut. Dia merasakan yang saya mahu
mempermainkan dirinya.

“Apa pesan datuk kamu, budak syaitan?” jerit Mat Prai. Kemarahannya sudah tidak
dapat di kawal lagi. Dari gerak-gerinya meyakinkan hati saya yang Mat Prai mahu
melakukan sesuatu terhadap saya. Dia yakin saya sudah kemasukan syaitan.

“Eh, budak syaitan apa pesan datuk kamu?” dalam keadaan terhuyung-hayang
kerana menahan kesakitan. Mat Prai segera mendekati saya.

“Kata datuk, jangan laungkan namanya waktu dinihari, lebih-lebih lagi dalam masa
kecemasan, nanti syaitan tumpang menyahut” jelas saya dengan tenang. Mat Prai
tidak jadi melangkah untuk mendekati saya.

Perlahan-lahan Mat Prai undur lalu bersandar di perdu pokok dengan sepasang
matanya tertumpu ke arah dedaun dan reranting kering yang dimamah api.

Nampaknya Mat Prai mula yakin yang diri saya tidak dirasuk syaitan. Dengan
keadaan terhuyung-hayang Mat Prai terus mengutip dedaun kering dan reranting
lalu dicampakkannya ke dalam api yang sedang marak.

“Eh! Kenapa Tamar?”

Darah saya tersirap. Bahu kanan saya dipaut dari arah belakang. Reranting kayu
dalam genggaman saya segera terlepas. Jatuh berserakan di hujung kaki.

Angin malam terus bertiup, bersama bunyi cengkerik dan jeritan burung hantu yang
memanjang. Lolongan anjing yang sayu dan memanjang menegakkan bulu tengkuk.

“Eh, kenapa Tamar?”

Ulang datuk untuk kedua kalinya sambil menatap wajah saya yang berada dalam
keadaan terkejut. Tidak dapat saya pastikan dari arah mana datuk muncul.

Walau bagaimanapun, kedatangannya amat menggembirakan hati saya dan Mat


Prai. Segera saya mendekati datuk untuk menerangkan keadaan sebenar. Belum
pun sempat saya melakukan sesuatu, Mat Prai terus memeluk datuk.

“Kenapa dengan muka kamu?” tanya datuk lalu memimpin Mat Prai ke kawasan
yang agak samar-samar. Datuk terus dudukkan Mat Prai di situ. Datuk kesat kesan
darah di muka Mat Prai dengan sehelai daun lebar yang dipetik dari sebatang pokok
di sebelah kanan tempat datuk duduk bertinggung.

“Muka saya dicakar kelawar besar, Ayah Alang” nada suara Mat Prai yang keras dan
meninggi itu membayangkan dirinya memiliki semangat baru, akibat kehadiran datuk
di sisinya. Datuk terus menatap dengan teliti cakar-cakar di muka Mat Prai.

“Kukunya tak berapa dalam terbenam dalam daging muka kamu. Bisanya juga tak

112
seberapa” tutur datuk lagi sambil menekankan hujung jari kelengkeng ke pipi Mat
Prai.

Setiap kali hujung jari datuk ditekan, kedua belah kelopak mata Mat Prai kelihatan
mengecil menahan rasa sakit. Anehnya! Mat Prai tidak memperlihatkan sebarang
tindak balas terhadap perbuatan datuk itu, meskipun, perbuatan datuk itu
mendatangkan rasa sakit pada dirinya.

Agaknya, kelawar yang menyerang saya itu, kelawar jadian yang sudah dipuja”
sambil menarah rasa sakit, Mat Prai bersuara tersangkut-sangkut. Datuk tidak
memberikan sebarang jawapan. Jari telunjuk datuk terus berlari atas permukaan
kulit muka Mat Prai.

“Kita hanya berusaha dan berdoa, untuk menyembuhkannya adalah milik Allah yang
Maha Pengasih dan Penyayang” kata datuk tenang. Dia berhenti menyentuh kulit
pipi Mat Prai dengan hujung jari telunjuknya.

TIUP

Angin malam terus bertiup, lolongan anjing liar di kali bukit bersama nyanyian
burung hantu, bertalu-talu memukul gegendang telinga. Di celah-celah suara anjing
dan burung hantu itu masih saya dapat dengar suara Pak Imam membaca surah
Yasin.

"Taruhkan lagi daun dan ranting kering dalam api tu” datuk mengeluarkan arahan.
Cakapnya segera dipatuhi. Api terus marak, kawasan sekitar terus terang
benderang.

Dengan pertolongan cahaya api, datuk terus memilih pepucuk daun yang hijau.
Jumlahnya lebih kurang dua puluh helai. Pepucuk itu dijadikan empat longgok dan
setiap longgok mengandungi lima helai. Longgokan itu diletakkan sederet di
depannya sambil duduk bertinggung datuk terus menepuk kedua belah tapak
tangannya tiga kali berturut-turut. Mulutnya kelihatan bergerak-gerak semacam
membaca sesuatu. Mat Prai seperti menerima arahan tertentu terus duduk berdepan
dengan datuk.

“Di depan kamu ada lima longgok pucuk daun yang baru aku petik. Sekarang, kamu
pejamkan kedua belah mata. Kemudian kamu pegang salah satu longgok daun tu
dan serahkan kepada aku, faham tak apa yang aku cakapkan?” tutur datuk kepada
Mat Prai.

“Faham” sahut Mat Prai sambil merenung ke arah saya yang telah mencampakkan
dedaun dan reranting kering ke dalam api yang kian membesar.

Muka saya mula terasa panas akibat terkena bahang dari api yang saya nyalakan.
Di malam yang dingin itu badan saya mula diruapi peluh-peluh halus, tetapi, tangan
tidak berhenti melontarkan ranting kering ke dalam api. Bara api yang terkena
ranting terus mengeluarkan percikan bunga api, naik ke udara.

“Mulakan sekarang” kata datuk.

113
“Sekarang?” Mat Prai seperti terkejut. Dia memang tidak menduga secepat itu datuk
menyuruh dia melakukan tugas tersebut.

Bila melihat Mat Prai agak keberatan dan ragu-ragu untuk mematuhi perintahnya,
datuk terus bersuara dengan lantang dan garang.

“Pejamkan mata, buat apa yang aku suruh!”

“Baiklah Ayah Alang. Tapi saya takut ada sesuatu yang buruk terjadi”

“Tak apa, buatlah apa yang aku suruh,” nada suara datuk cukup lembut. Matanya
penuh simpati merenung ke arah muka Mat Prai. Mungkin untuk memberikan
semangat (pemulih) datuk terus meraba cuping telinga Mat Prai tiga kali berturut-
turut. Hasilnya, Mat Prai kelihatan lebih agresif dan berani. Mukanya nampak merah.

“Saya mulakan sekarang Ayah Alang”

“Silakan Mat Prai”

Mat Prai terus duduk bersila. Kedua belah kelopak matanya dicantumkannya.
Sepasang bibir bergerak mengucapkan Bismillah.. Tangan kanannya bergerak dan
akhirnya menyentuh longgokkan pepucuk daun yang terletak dilonggokkan ketiga di
sebelah kiri.

Diserahkannya pada datuk. Datuk hanya mengambil sehelai sahaja untuk diletakkan
atas kepala lutut kanan. Selebihnya datuk letak di bawah paha kiri.

“Saya boleh buka mata sekarang Ayah Alang?”

“Tak boleh kecuali bila aku suruh”

“Saya tak sanggup Ayah Alang,” kata Mat Prai tersekat-sekat.

“Macam-macam yang saya lihat dalam mat ni, semuanya menakutkan,” sambung
Mat Prai. Kedua belah tangannya merewang ke kiri dan ke kanan. Dahinya terus
berkedut, kedua belah bulu keningnya hampir bertemu, membayangkan rasa takut
dan cemas melihat sesuatu yang amat menakutkan.

“Sekarang di depan kamu ada empat longgok lagi. Aku mahu kamu ambil satu
persatu dan serahkan pada aku, macam kamu buat tadi,” datuk mengingatkan Mat
Prai.

“Baik Ayah Alang.”

Mat Prai terus mencakup longgokan itu satu persatu. Diserahkan kepada datuk.
Macam tadi juga, datuk hanya mengambil sehelai saja. Manakala bakinya datuk
letakkan di bawah peha.

Bila sudah cukup lima helai pucuk daun hutan berada di atas kepala lutut datuk, dia

114
segera membongkokkan badannya untuk mengambil pucuk dedaun hutan itu
dengan mulut.

SABAR

Dengan sabar Mat Prai menanti arahan dari datuk untuk membuka kelopak
matanya,dan saya lihat tidak ambil kisah dengan Mat Prai yang tertonggok di
depannya.

Dia seolah-olah menganggap Mat Prai bagaikan tidak wujud di depannya. Pucuk
daun berubah tempat, dari atas kepala lutut ke telapak tangan datuk. Pucuk-pucuk
daun itu datuk ramas hingga mengeluarkan air kental yang berwarna kehijau-hijauan
dan berlendir. Air disapukan oleh datuk ke muka Mat Prai.

Hampas dari pepucuk yang diramas itu ditampalkan ke kulit muka Mat Prai. Tidak
memadai dengan itu, datuk terus melekapkan daun yang disimpan di bawah paha
kiri ke muka Mat Prai.

“Sekarang buka mata kamu.”

Mat Prai membuka matanya. Saya ketawa kecil melihat wajah Mat Prai yang
melucukan dibalut oleh dedaun hutan. Cuma biji matanya saja yang bergerak. Tidak
keterlaluan kalau saya katakan yang muka Mat Prai tidak ubah macam muka orang
pada zaman primitif.

“Kamu jangan gerakkan kulit muka, duduk diam di situ selama sepuluh minit. Mata
kamu renung ke langit,” kata datuk sambil bangun. Mat Prai resah sendirian dan
saya tidak pernah lupa dengan tugas mencampakkan reranting kering ke dalam api.
Datuk mundar-mandir, di depan api dengan kedua belah tangannya memeluk tubuh.

“Macam mana kalau kelawar tu datang menyerang saya. Ayah Alang tak benarkan
saya bergerak,” Mat Prai memprotes.

Datuk segera memalingkan muka ke arah Mat Prai. Dia seperti terkejut dengan
pertanyaan yang dikemukakan oleh Mat Prai itu. Kata-kata itu seolah-olah
membayangkan keraguan Mat Prai terhadap keupayaan datuk mengatasi masalah
yang dihadapi.

“Tak apa Mat Prai, aku ada di sini,” balas datuk.

“Saya yakin kalu kelawar tu datang Ayah Alang tak boleh buat apa-apa, kelawar tu
kelawar jadi-jadian,” sanggah Mat Prai. Datuk menarik nafas panjang. Bersama
sebuah senyuman dia menjatuhkan sepasang tangannya lurus ke bawah.

“Oooppp...”

Datuk melompat sambil membuka buah silat dengan kedua belah tulang sikunya
menghala ke arah sepasang biji mata sebesar buah pinang dara. Pokok-pokok
renek di depannya bergerak seperti dirempuh sesuatu.

115
“Harimau,” kata saya cemas.

Seekor harimau sebesar lembu jantan yang cukup dewasa berada di depan datuk.
Harimau itu tidak mengaum tetapi, membuka mulutnya perlahan memperlihatkan
dua batang siung yang putih dan besar. Bahagian dagu harimau bergerak-gerak.

Harimau yang tidak di undang itu merendahkan badannya dengan sepasang kakinya
dilunjurkan ke depan sementara kedudukan kaki belakangnya tidak berubah. Saya
kira harimau itu mahu melakukan satu lompatan yang kencang untuk menerkam ke
arah batang tengkuk datuk. Andainya datuk tidak dapat mengelakkan terkaman
pertama sudah pasti leher datuk patah. Di saat itu saya memikirkan hal itu, harimau
besar terus melakukan satu lompatan.

Datuk mengelak ke kiri, harimau terus menerkam. Elak ke kanan harimau menerpa
tanpa tangguh-tangguh. Datuk dan harimau terus bersilat. Tamparan harimau dapat
datuk elakkan dengan berguling di tanah. Datuk menggolekkan tubuhnya ke arah api
yang marak. Bagaikan kilat datuk menyambar ranting yang dimakan api. Datuk
segera bangun, harimau terus melompat melepasi kepala datuk.

Ketika harimau berada di udara dan bahagian perutnya betul-betul berada di atas
kepala datuk, tanpa membuang masa datuk terus melakukan tindakan mengejut. Dia
terus bertinggung sambil meletakkan ranting kayu terbakar atas bumi.

“Uhhh...”

Pekik datuk lalu mencapai ranting kayu. Secepat kilat ranting terbakar itu dijolokkan
ke bahagian perut harimau. Harimau terus mengaum dengan nyaring dan jatuh ke
rimbunan pokok-pokok renek dan akhirnya terus hilang. Ghaib entah ke mana.

Datuk terus bangun sambil menepis dedaun kering yang melekat pada bajunya. Dia
renung saya dengan senyuman kepuasan.

“Harimau sesat nak cari durian,” katanya dengan tenang melangkah mendekati Mat
Prai yang kelihatan kaku. Pada hemat saya, mungkin Mat Prai terkejut melihat
kemampuan datuk bersilat dengan harimau yang tidak di undang. Datuk terus
menepuk bahu kanan Mat Prai dua tiga kali. Mat Prai gerakkan tubuhnya lambat-
lambat.

“Bangun.”

Dia segera bangun, patuh dengan perintah datuk. Mat Prai toleh kiri dan kanan.
Kebimbangan berkocak dalam dadanya.

“Kau bongkokkan badan macam orang rukuk sembahyang,” datang lagi arahan dari
datuk. Macam tadi, Mat Prai tetap mematuhi apa saja cakap datuk.

112 . Kepala Ke Langit

116
Datuk berdiri di sebelah kanan Mat Prai memastikan kedudukan rukuk Mat Prai betul
seperti yang dihajati, datuk terus menggenggam penumbuk kanan.

"Bersedia Mat Prai."

"Ya, saya bersedia Ayah Alang."

"Kalau sakit jangan mengeluh, jangan mengaduh. Kau mesti tahan semuanya."

"Baik Ayah Alang."

"Sediaaaaaa..." datuk melepaskan penumbuk sulung ke pangkal belikat Mat Prai.


Saya lihat Mat Prai rebah perlahan-lahan serentak dengan itu juga saya lihat
hampas dan serbuk dari pucuk hutan yang ditampalkan ke muka Mat Prai terus jatuh
berderai. Bertaburan di tanah.

"Kamu ni lembik sangat, kena sikit pengsan," datuk seperti merungut di depan tubuh
Mat Prai yang terbaring di bumi. Datuk segera memulihkannya hingga sedar. Mat
Prai terus duduk bersila di depan datuk dan saya. Cahaya api yang marak
mengizinkan saya menatap Mat Prai. Kesan darah dan cakaran yang dalam sudah
tidak kelihatan lagi, kecuali garis-garis halus yang tidak berapa dalam.

"Aku tengok pangkal tengkuk kamu lebam, rapat dengan aku, biar aku periksa,"
tanpa banyak cakap Mat Prai hulurkan tengkuknya pada datuk. Dengan teliti datuk
membelek-belek kesan lebam itu. Dua tiga kali datuk tekan ibu jari kanannya ke
tempat yang lebam itu. Akhirnya kesan lebam itu hilang.

"Kelawar tu cuba nak hisap darah kamu, Mat Prai," datuk terus memberi komen
sambil menolak tengkuk Mat Prai, suruh beredar dari sisinya.

"Agaknya kelawar jadi-jadian," Mat Prai membuat ramalan. Datuk gelengkan kepala.

"Mana ada kelawar makan darah manusia," sanggah Mat Prai membantah gelengan
kepala datuk. Saya hanya diam saja tetapi, tidak melupakan tugas untuk
membalingkan reranting kering ke dalam api yang marak.

"Siapa kata tak ada kelawar makan darah," kata-kata datuk itu membuat saya
cemas dan takut. Bulu roma terasa tegak berdiri. Saya mula dongakkan kepala ke
langit mengawasi kalau ada kelawar berterbangan di udara. Saya dan Mat Prai
berpandangan.

"Dalam satu kumpulan kelawar yang terbang malam, salah seekor darinya terdapat
yang menghisap darah manusia dan binatang, bentuknya besar, kukunya berbentuk
macam kuku harimau, taringnya tajam yang di bahagian hujung nampak kehitam-
hitaman, kelawar jenis ini memang merbahaya dan jahat. Dia terbang malam antara
pukul dua belas malam hingga tiga pagi, masa dia terbang tu, kalau jumpa binatang
ternakan atau manusia dia terus menyerang," datuk memberi penerangan.

PENERANGAN

117
Selesai saja memberikan penerangan, dua ekor kelawar terus menerkam ke arah
batang leher datuk. Kedua belah tangan datuk bergerak pantas menghalang hajat
kelawar itu.

"Uhhh...," jerit datuk. Dia terus melompat sambil menyambar ranting di bumi.
Dengan ranting itu datuk memukul ke arah kedua ekor kelawar serentak. Pukulan
datuk tepat pada sasarannya. Dan kedua kelawar terus jatuh ke dalam api yang
marak.

"Kamu berdua ikut aku," datuk renung muka saya dan Mat Prai. Kemudian kami
mengaturkan telapak kaki mengikut langkah datuk. Memang itu yang kami harapkan.
Makin hampir ke pondok, makin jelas dan lantang kedengaran suara Pak Imam
membaca ayat-ayat suci di malam yang hening, memburu ke fajar
menyingsing.Saya sudah membuat keputusan untuk membentang pada datuk
tentang peristiwa aneh yang dialami. Sebaik-baiknya perkara itu, diceritakan bila
sudah berada ddi pondok di depan Pak Imam. Bercerita sambil berjalan tidak sesuai.

"Kamu berdua jumpa ular dan kura-kura?"

Saya terkejut dan segera memalingkan muka ke arah Mat Prai, ternyata dia
tergamam. Masih di jalanan datuk sudah menyoal, apakah dia yang mengadakan
semuanya itu untuk menguji keberanian kami. Timbul pertanyaan dalam diri saya.
Datuk berhenti melangkah.

"Cakap, apa yang kamu alami tadi? Kamu jumpa ular dan kura-kura?" Datuk tatap
wajah saya dan Mat Prai, sambil menarik nafas saya renung ke arah pondok yang
dicerahi oleh lampu minyak tanah. Saya nampak Pak Imam terbongkok-bongkok
memnaca al-Quran.

"Ya, kami jumpa benda-benda yang datuk sebutkan itu dalam pondok, kami tak tahu
dari mana datangnya," saya memberikan pengakuan pada datuk. Saya lihat orang
tua itu meraba-raba pangkal dagunya yang dirajai janggut. Dia kelihatan cukup
tenang.

"Dari mana benda-benda ganjil itu datang tuk?" tanya saya lagi.

"Aku sendiri tak tahu."

"Tapi, macam mana Ayah Alang tahu benda-benda tu datang ke tempat kami," Mat
Prai pula mengajukan pertanyaan. Datuk termenung sebentar, barangkali dia
merasa sukar untuk memberikan jawapan. Datuk atur langkah kembali. Perjalanan
yang terhenti disambung kembali.

"Pada mulanya aku tak tahu, aku datang ke situ kerana aku nampak api," tanpa
diduga datuk bersuara. "Masa aku sampai tadi, aku nampak ada sisik ular dan bekas
kaki kura-kura," sambung datuk. Cukup teliti datuk mengawasi sesuatu tempat.

"Kerja siapa semuanya tu tuk?" tanya saya lagi.

118
"Kerja orang yang bertuankan iblis syaitan."

"Jadi kura-kura dan ular tu benda jelmaan," cukup pantas Mat Prai menyoal, dia
mempercepatkan langkah hingga berada di depan datuk. Perbuatannya itu memang
tidak wajar dan datuk memerintahkan Mat Prai supaya berjalan di belakang.
Perintah segera dipatuhi.

"Bukan jelmaan Mat Prai."

"Kalau bukan jelmaan, apa dia Ayah Alang?"

"Perbuatan sihir."

"Ayah Alang tahu orang yang jadi tukang sihir tu."

"Agak-agaknya, aku tahu, orang jahat tu tak lain tak bukan ialah..." datuk tidak dapat
menamatkan percakapannya. Sepotong kayu yang panjangnya kira-kira dua kaki
meluru ke arah depan. Datuk tidak dapat mengelak dan kayu itu tepat mengenai
telinga kirinya.

Datuk berpusing-pusing dan bahagian yang terkena kayu itu kelihatan bengkak
dengan segera. Datuk hampir mahu jatuh, mujurlah Mat Prai bertindak segera.
Badan datuk terus dipangkunya dan dibaringkan di pangkal pokok. Setelah diberi
bantuan tenaga datuk pulih dengan serta merta. Datuk terus bangun sambil meraba
di tempat yang bengkak.

"Syukur pada Allah kerana aku tak luka, kena sikit aje, sampai di pondok boleh
diubat," ujar datuk tenang dan memulakan langkah yang terhenti.

"Memang kamu handal orangnya."

Serentak datuk, Mat Prai dan saya menoleh ke kanan. Seorang lelaki dengan seluar
dan baju hitam berdiri di situ. Kepalanya diikat dengan kain merah. Di tangan
kanannya terlekap sebatang lembing yang matanya dibuat dari buluh kuning yang
sudah dikeringkan. Orang itu, tidak lain tidak bukan ialah Suhaimi Keraba.

"Saya tidak handal, saya minta perlindungan dari Allah yang menjadikan kita semua.
Saya tak suka orang membesar-besarkan saya macam tu," tutur datuk penuh
hormat.

"Ya, tak mengapa, lain waktu, lain masa kita bertemu lagi. Cuma saya nak ingatkan
awak jangan seretkan orang lain dalam hal kita ini, jangan babitkan Pak Imam."

"Saya tak babitkan sesiapa, saya cuma minta bantuan dari orang yang berilmu."

"Sudahlah, jangan berdalih, jangan banyak cakap, haaaaa," Suhaimi Keraba


menerkam ke arah datuk, secepat kilat dia menghayunkan batang lembing ke kepala
datuk. Nasib baik datuk tunduk, batang lembing terkena pokok duku. Batang lembing
patah dua, tetapi matanya melayang ke arah saya. Walaupun saya sempat
mengelak, tetapi hujung siku saya terkena juga.

119
Kami bertiga terdengar suara orang ketawa. Suhaimi Keraba tidak kelihatan lagi
beberapa batang pokok di sekeliling kami bergegar seperti digoyang orang. Datuk
tidak ambil kisah dengan apa yang berlaku di kawasan sekitar. Dia menggesa kami
mempercepatkan langkah agar segera sampai ke pondok.

Bila melihat kami terpacak di halaman pondok, Pak Imam berhenti mambaca al-
Quran. Dia segera membuka kaca mata putih yang terlekap di muka. Dengan
tenang Pak Imam menutup al-Quran. Kaca mata putihnya yang tebal diletakkan di
sebelah kanan. Pak Imam merenung tepat ke arah datuk.

"Dari rupa awan dan kedudukan bintang di langit, memang dah pukul dua lebih,"
datuk bersuara tenang.

"Masa kamu tak ada tadi, macam-macam yang datang kacau aku, ada ular
berkepala dua, ada lipan bara yang besar dan macam-macam lagi bermain di depan
aku," Pak Imam menyampaikan berita.

"Itu hanya ujian," balas datuk dengan senyum.

"Berdebar juga hati kita dibuatnya," Pak Imam mengakhiri kata-katanya denga
ketawa keil yang memanjang. Saya dan Mat Prai berpandangan. Datuk terus
menuju ke perigi. Datang kembali dengan wajah yang basah.

Datuk terus basuh kaki. Dia naik ke pondok. Giliran saya pula basuh kaki dan naik
ke pondok lalu duduk bersila di sisi datuk.

"Dah ambil air sembahyang, Tamar?"

"Buat apa? Bukan nak sembahyang," saya menjawab.

"Baca Quran, faham," nada suara datuk cukup keras. Saya mula mengelabah. Saya
renung ke arah Mat Prai yang sudah duduk tertenggek di mata tangga. Sesekali
terdengar deru angin.

"Pergi ambil air sembahyang," datuk mendesak.

Saya jadi serba salah, saya memang takut untuk pergi ke perigi. Dalam keadaan
yang takut, saya cuba berlagak berani di depan datuk. Saya bercadang, bila sudah
sampai di halaman pondok, saya akan mengajak Mat Prai menemani saya. Saya
terus melangkah ke bibir tangga.

"Tamar."

Saya berhenti melangkah. Perlahan-lahan saya toleh ke arah datuk dan Pak Imam.
Mereka sudah pun membuka al-Quran. Dada saya terus berdebar tanpa sebab.

"Kenapa tuk?"

"Kamu pergi ke perigi seorang diri, jangan ajak sesiapa jadi kawan kamu, faham."

120
"Haaaa..." cuma itu saja yang terkeluar dari kelopak bibir saya. Sepasang kaki
terasa lemah untuk melangkah. Ini satu penyeksaan yang amat kejam. Kenapa
datuk bertindak demikian pada saya? Dia mahu menguji saya? Mahu mengajar atau
mahu menyeksa? Itu pertanyaan yang berbunga dalam hati, tetapi, tidak berani saya
keluarkan untuk didengar oleh datuk.

"Kau nak kutip buah durian Tamar?"

"Tak." Serentak saya gelengkan kepala.

"Kau nak ke mana?" "Nak ke perigi nak ambil air sembahyang," saya tepis tangan
Mat Prai. Ketika itu juga saya terdengar suara datuk berdehem. Tanpa
mempedulikan samada Mat Prai tersinggung atau tidak saya terus menuju ke perigi.

Dalam rasa takut dan cemas, saya dapat menyempurnakan mengambil air
sembahyang. Sekurang-kurangnya dapat yakinkan datuk bahawa saya bukanlah
seorang yang penakut. Waktu saya mahu melangkah menuju ke pondok semula,
tanpa diduga saya terpandang sekujur tubuh yang dibalut dengan kain putih separas
bahu. Saya terus membaca surah Al-Ikhlas dalam keadaan yang tidak teratur.

Lembaga yang dibalut dengan kain putih semacam mayat itu, bergerak dalam
keadaan terlompat-lompat. Saya renung ke arah kepalanya. Ternyata, wajahnya
tidak berapa jelas kerana ditutupi rambut hitam yang lebat.

Tiba-tiba rambut hitam lebat itu terselak bagaikan ditolak sesuatu. Separuh berada
di telinga kanan dan separuh lagi di telinga kiri.

Oh! Tuhan mukanya amat menakutkan. Dari bibir atas sebelah kanan dan kiri
terjulur gigi (siong) yang besar dan panjang melebihi dagu. Kedua belah telinganya
macam telinga monyet terlalu kecil dan hampir tidak kelihatan. Tidak mempunyai
hidung dan dahi. Matanya tersembul macam mata udang, merah seperti bara.

"Engkau tentu tak kenal dengan aku."

Saya pasti, suara itu datang dari lembaga aneh yang berbalut kain putih. Tetapi,
kelopak bibirnya tidak bergerak. Dari mana suara itu keluar? Timbul pertanyaan
dalam diri saya.

"Cakap, kau kenal atau tidak denga aku?"

Lembaga ganjil mengajukan pertanyaan. Dan kali ini, saya kira suara itu keluar dari
telinga sebelah kirinya.

Cara yang paling berkesan untuk memastikan suara itu keluar dari telinga, saya
harus mengadakan dialog kecil dengan lembaga ganjil yang tidak diundang.

"Saya kenal," kata saya.

"Kalau kamu kenal, sila ceritakan tentang diriku," sanggah lembaga putih, dalam

121
kesempatan itu saya arahkan sepasang biji mata ke arah telinganya. Apa yang saya
ramalkan memang tepat.

Sudah jelas, lembaga itu berkata-kata melalui telinga. Setiap kali kata diucap, daun
telinganya bergerak dan dari lubang telinganya terpancar warna kuning yang
memanjang. Bila suaranya terhenti, pancaran dari lubang telinga turut mati.

"Kamu syaitan yang dilaknat Allah, suka mendampingi manusia dengan tujuan
membawa manusia ke jalan kamu," kata saya memberanikan diri.

"Kamu salah, aku datang kepada kamu untuk memberikan kebaikan."

"Kebaikan?" kata saya terkejut.

"Ya," katanya tegas, "Kau cuma tengok rupa aku yang buruk tapi, kau tidak tahu hati
aku baik, sesuatu yang aku berikan pada manusia adalah dengan rela hati,"
tambahnya.

Saya termenung sejenak, ketika itu saya merasai diri berada di alam lain, bukan di
kawasan perigi. Sekitar saya, terdapat pepokok bunga yang beraneka bau yang
amat harum.

Ada aliran sungai yang datang dari gunung. Airnya cukup jernih. Tersergam sebuah
rumah berbentuk Minangkabau. Ada suara seruling mendayu-dayu dan rerama
terbang rendah. Cuaca sekitar terang benderang.

"Engkau tentu suka dengan apa yang kau lihat," lembaga aneh bersuara.
Keadaannya kini sudah berubah, wajahnya tidak menakutkan. Dia kelihatan seperti
manusia biasa. Badannya dibalut dengan pakaian cara orang Arab. Kepalanya
dibalut dengan serban yang bersambung dengan jubah yang dipakai.

Semua kain yang dipakainya berwarna hijau. Di tangan kanannya ada tongkat dari
rotan semambu. Buah tasbih sebesar buah pinang disangkutkan di bahu kanan.

"Kamu mahu memperdayakan aku," saya membantah.

"Kamu silap," sahutnya dengan senyum memperlihatkan wajahnya yang tampan.


Berkulit putih dan berhidung mancung. Ada mirip orang Arab.

"Aku mahu memberikan kamu sesuatu yang baik dan bermakna, kekayaan dan
perempuan, kau lihat di sana," dia meluruskan telunjuknya ke arah rumah berbentuk
Minangkabau.

Di halaman rumah itu, terdapat tujuh gadis yang berwajah cantik. Mereka memakai
pakaian yang amat jarang sekali.

RANGSANG

Gerak-geri mereka memberikan rangsangan berahi kepada saya. Sebagai seorang


teruna, sudah pasti perasaan saya tergugat dengan kecantikan tubuh dan rupa

122
lawan jenis saya. Dua tiga kali saya mengeluh dan menelan air liur. Ketujuh-tujuh
gadis itu sengaja mengangkat kain yang dipakai hingga ke paras pangkal paha.
Saya terus urut dada.

Di kaki tangga rumah tersusun berpuluh-puluh tempayan serta peti-peti kayu yang
berwarna kemerah-merahan. Tempayan dipenuhi dengan syiling manakala peti-peti
kayu penuh dengan wang kertas.

"Bagaimana? Kau tak mahu semuanya ini?"

"Tak mahu, kau cuba menjerat aku."

Orang berpakaian hijau terus ketawa. Tasbih sebesar buah pinang terus digerak-
gerakkannya. Saya sudah lupa dengan Pak Imam, datuk dan Mat Prai. Saya berada
dalam satu dunia yang sungguh menakjubkan.

"Kalau mahu kaya, kau jadilah muridku, kalau kau mahu muda seumur hidup, kau
hanya perlu tidur dengan gadis-gadis di depan kamu selama tujuh malam berturut-
turut, setiap malam kau bawa seorang ke rumah dan begitulah seterusnya. Selain
dari itu kau harus mencari tujuh gadis lain dan perdayakan mereka," lanjut lelaki
berjubah hijau. Penuh semangat dia memberikan penjelasan.

"Terima kasih, saya tak mahu semuanya itu," ungkap saya tegas.

"Kau tak rasa menyesal?"

"Tidak."

"Apa kau tak mahu jadi macam Suhaimi Keraba yang tidak dimakan tua, tidak
dimakan sebarang senjata api atau besi."

"Tidak."

Orang berjubah itu menutup mukanya dengan kain hijau. Dia ketawa gamat.
Kamudian perlahan-lahan membuka kain hijau. Keadaannya segera berubah,
wajahnya kembali hodoh dan sekujur tubuhnya dibalut dengan kain putih.

"Engkau menolak pemberian Khalifah kami, engkau mesti menerima celakanya,


kamu tahu? Suhaimi Keraba adalah anak murid Khalifah kami. Apa yang ditawarkan
kepada kamu adalah jalan damai antara kami dengan datuk kamu," lembaga ganjil
terus bersuara.

Saya termenung sejenak. Dua tiga kali buka tutup kelopak mata. Entah berapa kali
pula saya gosok mata dengan telapak tangan. Sekarang sudah jelas, saya tidak lagi
berada di alam fantasi. Saya dapat melihat sinar pelita di pondok. Suara Pak Imam
dan datuk terus mengalun mengisi ruang malam dengan ayat-ayat suci.

Mat Prai kelihatan masih mundar-mandir di depan pondok. Bunyi buah durian gugur
bertalu-talu.

123
"Apa boleh buat, kamu menolak damai dari kami," cetus lembaga itu. Pada saat itu
saya lihat rambutnya yang hitam bertukar menjadi warna kuning tembaga.
Dimukanya, di bahagian hidungnya terdapat beribu-ribu ulat, sebesar ulat daun
pisang. Ulat-ulat itu bergerak menuju ke lubang mata dan lubang telinga. Beberapa
ekor ulat bergerak atau bergantungan pada gigi besarnya yang terjulur.

"Huh...," lembaga itu mendengus dan sekaligus terus menghilangkan diri.


Tempatnya segera digantikan oleh batang tubuh Suhaimi Keraba. Mata Suhaimi
Keraba merenung tajam ke arah saya.

"Kamu menolak seruan Khalifah aku di muka bumi," ucap Suhaimi Keraba.

"Khalifah gila," kata saya.

"Ertinya, kamu mahu bermusuh dengan kami. Aku susah bertindak kerana kamu
membabitkan Pak Imam dari kampung ini. Datuk kamu sial," Suhaimi Keraba terus
mengutuk datuk dengan sewenang-wenangnya. Saya jadi marah.

"Kamu sesat, kamu jadi hamba syaitan, kamu pengisi neraka jahanam," saya terus
meledakkan kemarahan.

Tindakan saya itu membuat Suhaimi Keraba marah. Dia terus menarik buluh kuning
yang terselit di pinggangnya. Buluh kuning berukuran kira-kira satu hasta itu
dilontarkan kepada saya. Kerana sudah tahu langkah dan atur silat yang dipelajari
dari datuk, saya segera memanfaatkannya, saya dapat mengelak.

Buluh kuning yang dilontarkan pada saya terkena pangkal pohon langsat. Api terus
marak setinggi berdiri di pangkal pokok langsat. Saya terus menjerit dengan sekuat
hati.

LANGKAH

Saya buka langkah lalu lari menuju ke pondok. Suhaimi Keraba terus ghaib serta
merta. Saya tidak tahu ke mana dia menghilangkan diri. Tercungap-cungap saya
berhenti di kaki tangga, buat beberapa ketika.

Saya terus duduk di anak tangga tanpa mempedulikan Mat Prai yang dua tiga kali
mengelilingi saya. Dia berusaha menarik perhatian saya dengan harapan saya akan
menegurnya.

Bila saya buat tak isah, Mat Prai seperti berputus asa dan terus duduk di bumi.
Angin malam yang bertiup terus menggugurkan buah durian. Bila rasa penat sudah
hilang, saya terus basuh kaki dan naik ke pondok. Datuk berhenti baca Quran.

"Kenapa macam orang kena kejar aje Tamar?"

Pertanyaan yang datuk kemukakan itu membuat saya berada di dalam serba salah.
Apakah perlu saya menjawabnya? Kalau dijawab apakah datuk percaya dengan apa
yang saya ceritakan padanya?

124
"Kenapa Tamar?" ulang datuk lagi. Kali ini sepasang matanya tertumpu ke wajah
saya. Belum pun sempat saya menjawab datuk terus bersuara:

"Kamu jumpa benda-benda pelik."

113. Kitab Kejahatan

Saya tergamam. Memang tidak saya duga datuk akan mengemukakan pertanyaan-
pertanyaan sedemikian. Rasa cemas masih menguasai rongga dada saya.

"Kamu jumpa benda-benda pelik?"

Datuk terus sergah, bila melihat saya dalam keadaan tidak tentu arah. Saya segera
menoleh ke kiri dan ke kanan.

"Cakap Tamar!" Gertak datuk.

"Ya tuk, ya saya lihat," bertalu-talu saya anggukkan kepala macam burung belatuk
tebuk lubang.

"Tak mengapa," nada suara datuk merendah. Hati saya terasa damai, "perkara
semacam tu memang tidak boleh dielakkan," sambung datuk. Saya merenung ke
arah Pak Imam yang sudah pun menutup Al-Quran.

Pak Imam segera alihkan pandangan ke arah datuk. Bunyi buah durian luruh terus
mengasak lubang telinga saya. Angin yang bertiup terasa cukup dingin sekali bila
menyentuh kulit muka.

"Sudah, lupakan semua tu," datuk tatap wajah saya.

"Ya, lupakan," sahut Pak Imam sambil menghulurkan Al-Quran kepada saya.

"Kau ambil dan kau baca," datuk keluarkan arahan setelah melihat saya agak ragu-
ragu mahu mengambil Quran yang dihulurkan oleh Pak Imam. Saya tidak boleh
mengelak lagi. Sila pun saya kemaskan. Naskah Al-Quran sudah pun berada di
tangan. Dan papan rehal segera datuk letakkan di hujung lutut saya.

"Kau bacalah Tamar, saya nak tidur sekejap," ujar Pak Imam. Segera saya renung
ke arah datuk. Dia anggukkan kepala.

“Orang yang membaca Al-Quran dijauhi syaitan,” tutur datuk lembut bersama
senyuman. Bila datuk berkata demikian, ertinya dia menyuruh saya mematuhi
permintaan Pak Imam.

“Mulakan, tunggu apa lagi,” terdengar suara Mat Prai dari halaman. Entah berapa
kali dia berlegar-legar di halaman pondok macam kucing jantan ketagih kucing

125
betina. Serentak datuk dan Pak Imam merenung ke arah Mat Prai.

“Cuba kau duduk diam,” datuk luahkan kata-kata untuk Mat Prai.

“Kalau duduk diam, badan terasa sejuk. Bila berjalan macam ni terasa panas,” dalih
Mat Prai. Pak Imam menarik nafas panjang dan datuk senyum sinis.

Bila saya memulakan bacaan Al-Quran (sebenarnya menyambung pembacaan Pak


Imam), saya lihat Pak Imam segera rebahkan badan ke lantai. Datuk terus berdiri
untuk memulakan sembahyang sunat malam.

Selesai saja datuk menyempurnakan sembahyang sunat malam, dia terus


sandarkan belakang ke tiang pondok. Saya sudah faham, bila datuk berbuat
demikian menandakan yang dirinya amat mengantuk. Beberapa saat kemudian,
datuk terus berdengkur. Saya terus membaca Quran dengan tenang. Buah durian
yang cukup masak terus jatuh ke bumi.

Mat Prai tidak mahu naik ke pondok. Masih berlegar-legar di halaman pondok.
Setiap kali dia terdengar bunyi buah durian gugur, keadaannya menjadi tidak tenang
dan tenteram.

“HummmmmF”

Saya terkejut hingga Quran di depan tertepis ke kiri. Mat Prai melompat empat anak
tangga dan terus duduk bersila di depan satya. Dengan rasa cemas dan hairan saya
ambil Quran yang tertangkup di atas lantai.

“Kenapa?” Tanya saya.

Mat Prai tidak menjawab, malah bergerak menuju ke arah datuk. Bahu kanan datuk
digoyangkan beberapa kali. Datuk membuka kelopak mata.

“Kamu minta kebenaran dari aku supaya Tamar menemani kamu mengutip buah
durian,” itu yang datuk luahkan dari mulutnya. Pak Imam yang tidurnya terganggu
terus menggosok-gosok mata. Renung kiri, renung kanan. Akhirnya menatap muka
Mat Prai.

“Ya, memang itulah niat hati saya Ayah Alang”.

“Tak boleh kutip durian yang gugur,” tiba-tiba Pak Imam bersuara. Saya terkejut.
Apa hak Pak Imam melarang Mat Prai mengutip buah durian kepunyaannya.
Barangkali Pak Imam juga tidak jujur. Mungkin dia ada maksud tertentu.

“Kenapa tak boleh Pak Imam?” Soal saya.

“Yang jatuh tu bukan buah durian tapi F” Pak Imam tidak meneruskan kata-katanya.
Dia merenung ke arah datuk. Saya lihat datuk anggukkan kepala. Bagaikan faham
dengan renungan Pak Imam.

Mat Prai terdiam. Saya pula menanti komentar yang bakal diluahkan oleh datuk. Bila

126
sudah demikian, suasana dalam pondok terasa sepi tetapi deru angin malam tetap
kedengaran menyentuh dedaun dari pepokok yang tumbuh subur sekeliling pondok.
Bunyi buah durian yang gugur kian galak, bertalu-talu bagaikan pohonnya digoncang
orang.

“Betul kata Pak Imam tu,” datuk bersuara, “ dia ada pengalaman dalam hal ini,”
datuk menguatkan hujahnya sambil merenung ke arah Mat Prai yang di dakap
kehampaan. Pak Imam alihkan pandangan ke luar, melihat kegelapan malam yang
pekat. Dia segera menarik nafas panjang.

“Pak Imam ni, dari kecil hingga tua berkubang dalam dusun durian. Dia dah masak
dengan pokok durian. Begitu juga dengan buah dan kulitnya, dari bau durian dia dah
dapat meneka sama ada buah durian itu baik atau sebaliknya,” sambung datuk lagi.

“Jangan begitu memuji kita kawan,” Pak Imam menangkis dan datuk terus ketawa
kecil.

“Tapi, makin dekat waktu subuh, makin kerap buah durian yang gugur, bukan begitu
Pak Imam,” setelah ketawa berakhir, datuk segera menghujani Pak Imam dengan
pertanyaan. Pak Imam tidak menjawab, seiring senyum dia anggukkan kepala.

RESAH

Saya lihat Mat Prai terus resah. Mungkin dalam kepalanya dia menghitung betapa
ruginya kalau buah-buah durian yang gugur itu tidak dikumpulkan. Mungkin juga dia
bimbang buah duriannya dicuri orang.

“HisssF,” Mat Prai terus bangun. Semua biji mata tertumpu ke arahnya.

“Kalau kita dengar tu bukan durian, agaknya buah hantu yang hatuh,” tokok Mat Prai
meluahkan gelodak hatinya. Datuk senyum dan Pak Imam urut pangkal dagunya
dua tiga kali. Mat Prai duduk kembali.
Bunyi buah durian gugur tetap berterusan. Muka Mat Prai terus berkerut.

“Dalam hidup ini, kalau tamak selalu rugi dan mudah dipermainkan oleh nafsu
sendiri. Jadi kamu tak usahlah tamak, Pak Imam tatap wajah Mat Prai setelah
meluahkan sebuah sindiran.

“Saya Cuma nak tahu buah apa yang jatuh tu, Pak Imam,” Mat Prai berdalih
menutup kelemahan diri sendiri. Pak Imam tunduk merenung lantai pondok.

Deru angin malam terus mengasak lubang teinga. Kedinginan bagai tidak puas-puas
mengigit kulit tubuh. Penuh debar saya menantikan kata-kata yang bakal diucapkan
oleh Pak Imam untuk Mat Prai. Saat yang saya nantikan itu pun tiba.

“Kalau kamu nak tahu, buah durian tidak jatuh berturut-turut,” Pak Imam terus tatap
batang hidung Mat Prai. “Ada jarak atau perbezaan masanya terutama buah yang
sederhana. Nak tahu masa jaraknya tu, kau kena belajar dari orang yang
berpenglaman dalam hal ini,” sambung Pak Imam lagi.

127
“Betul ke begitu Pak Imam?” Tanya datuk lagi.

“Ya,” Pak Imam mengangguk.

“Dari mana Pak Imam belajar?” Soal datuk lagi.

Saya lihat Pak Imam termenung sejenak. Matanya merenung ke luar. Macam ada
sesuatu yang dicarinya di kedinginan malam yang mengejar siang.

“Belajar dari pengalaman sendiri. Kita dengar bunyi buah durian gugur lebih dari
seratus biji. Padahal buah durian yang betul-betul jatuh tak sebanyak itu. Kalau tak
percaya pergi tengok sendiri,” tutur Pak Imam bagaikan mencabar Mat Prai.

“Betul ke ni, Pak Imam?” Datuk memohon kepastian.

“Dari pengalaman lalu saya, begitulah,” penuh keyakinan Pak Imam memberikan
kata putus.

Mat Prai yang sejak tadi membisu, segera meluruskan kaki kanannya. Saya telan air
liur sambil menarik nafas dalam-dalam.

“Kalau macam tu..” Mat Prai tidak meneruskan kata-katanya. Matanya menjadi liar,
renung ke kiri dan ke kanan. Macam orang ketakutan. Dia benar-benar berada
dalam rasa cemas.

“Yang kita dengar tu, tak ada apa-apa. Semuanya mainan makhluk halus untuk
memperdaya kita, bukan begitu Pak Imam?” Secara mendadak datuk bersuara.
Ternyata kata-kata itu dipersetujui oleh Pak Imam. Buktinya, Imam tua itu terus
anggukkan kepala.

“Ahhh..seram”.

Suara Mat Prai meninggi, dan semua yang berada di dalam pondok terkejut besar.
Mat Prai meluru ke arah datuk macam dikejar sesuatu.

“Saya mahu duduk dekat Ayah Alang,” Mat Prai mendekatkan tubunya dengan
tubuh datuk.

“Kanapa kamu ni, Mat?”

“Saya terasa seram sejuk, bulu roma saya tegak macam ada sesuatu yang duduk
dekat saya”.

“Hissss itu perasaan kamu aje, Mat”.

“Ya, saya tak bohong Ayah Alang.”


“Duduk diam-dian di sini, jangan fikirkan buah durian,” kata datuk lalu disambut
dengan senyum memanjang oleh Pak Imam. Saya tidak memberikan sebarang
komentar. Sesungguhnya, saya amat simpati dengan Mat Prai.

128
AYAM

Malam kian ke hujung, kokokan ayam mula mengendur. Dan pintu sudah pun
terkuak. Di dada langit sebelah timur ada biasan cahaya cerah kemerahan. Sayup-
sayup terdengar azan subuh dilaungkan, tepegun mengikuti irama dan alunan azan
yang penuh syahdu.

Saya terasa diri ini amat kecil dan kagum dengan kebesaran Allah yang
menciptakan langit dan bumi, menjadikan siang dan malam serta mencipta penghuni
alam ini. Saya tersedu dalam kebesaran Allah itu.

“Kau menangis Tamar?”

Pak Imam terus menepuk bahu kanan saya. Dada terasa sebak mahu menjawab
pertanyaannya itu. Saya berusaha dengan sedaya upaya mengawal emosi hingga
perasaan saya jadi tenang.

“Saya terasa diri ini terlalu kecil, terlalu banyak nikmat yang Allah berikan pada saya
tetapi, adakalanya saya terlupa dengan nikmat itu,” tutur saya dengan nada suara
tertahan-tahan.

“Syukurlah kamu sudah menyedarinya, sesungguhnya apa yang ada pada kita ini
Tamar adalah hak Allah. Bila sampai masanya nanti hak itu akan diambil-NYa. Jika
hak yang diberikan tidak digunakan untuk kebaikan bagi mencari bekal untuk hari
akhirat, alangkah ruginya hidup ini, Tamar,” saya telan kata-kata yang dituturkan
oleh Pak Imam dengan penuh kesedaran.

“Bangun, bangun, tadi takut semacam, bila dah tidur semuanya hilang. Kamu ni
mengarut betul Mat,” saya segera toleh ke arah datuk yang menggoncang-goncang
tubuh Mat Prai.

“Kita nak ke mana, Ayah Alang?” Mat Prai segera gosok kelopak mata dan
menguap.

“Tak ke mana-mana. Pergi ambil air sembahyang, kita nak sembahyang jemaah di
sini,” lanjut datuk dengan tenang. Mat Prai renung ke arah saya.

“Kau tak ambil air sembahyang Tamar?” Itu yang diucapkan oleh Mat Prai bila biji
matanya bertemu dengan biji mata saya.

“Air sembahyang aku tak batal lagi,” balas saya.

“Saya takut nak pergi ke telaga seorang diri.”

“Ikut saya,” Pak Imam tawarkan diri.

“Saya juga nak ke telaga,” celah datuk lalu bangun.

“Jadi, saya tinggal seorang di pondok ni,” saya luahkan rasa bimbang, bagaikan ada

129
kuasa tertentu memaksa saya berdiri.

“Tak usah banyak cerita, kau tunggu aja di sini. Tak ada apa yang nak ganggu
kamu,” datuk memberikan isyarat tangan menyuruh saya duduk. Tanpa banyak
cakap, saya terus duduk.

Mat Prai, Pak Imam dan datuk melangkah selari menuju ke perigi. Saya hanya
memandang saja. Tidak berani membuat bantahan atau rayuan. Oleh kerana Mat
Prai menjadi kepala jalan, lampu minyak tanah berada padanya. Cahaya lampu
minyak tanah itu dapat saya lihat. Sekejap cahayanya terang, sekejap malap. Quran
sudah lama saya letakkan di dalam beg datuk. Sementara menantikan kepulangan
mereka dari perigi, saya terus membaca beberapa ayat-ayat pilihan Quran.

“Kamu seorang sahaja?”

Suhaimi Keraba muncul dari sebelah kanan saya. Dia membawa buku tebal. Kali ini
pakaian yang menutup tubuhnya amat berbeza sekali. Dia memakai baju labuh
macam pakaian orang Arab. Ada serban terletak atas kepala dan ada kain
selendang membalut sebahagian dari dadanya. Saya kira dia berbuat demikian
untuk menghindari rasa sejuk di dadanya.

“Kamu seorang aje?”

Suhaimi Keraba ulangi pertanyaan yang tidak saya jawab. Kelopak mata kirinya
nampak bergerak sekali dua. Saya kira dia tahu yang saya terkejut atas
kedatangannya di subuh yang dingin. Dia merasa hujung serbannya jatuh atas bahu.

“Ya, saya seorang saja,” balas saya tenang.

“Dah sambahyang Subuh?”

“Belum lagi.”

“Katakan beriman dan taat pada agama, kenapa dah masuk waktu sembahyang tak
sembahyang lagi,” dalam wajah yang manis, Suhaimi Keraba menyindir saya.

KOKOK

Sesekali terdengar kokok ayam. Kabus subuh mula bangkit dan menguasai ruang
udara dusun durian. Saya terus menggeletar bila sepasang mata Suhaimi Keraba
bertemu dengan mata saya. Pondok terasa bergegar dan saya seperti terdengar
dentuman yang kuat, membawa seluruh fikiran dan ingatan saya berada di dunia
lain. Dalam samar-samar itu saya terpandangkan Suhaimi Keraba menghulurkan
kitab yang dibawanya kepada saya. Saya tidak mahu menjamah kitab yang
dihulurkannya. Saya bagaikan terlihat api dipermukaan kulit kitab tersebut.

“Ambillah, kitab ini akan mebawa kamu kepada kesejahteraan dan kesempurnaan
hidup,” tuturnya.

130
“Tidak, tidak.”

“Jangan begitu, ambillah,” Suhaimi Keraba mendesak.

Dia sengaja mendekatkan kulit kirab itu ke telapak tangan saya. Dengan sedaya
upaya, saya terus berusaha agar tidak tersentuh. Dalam saat-saat cemas itu, saya
terus membaca beberapa potong ayat Al-Quran. Di samping itu saya berusaha
membuka bunga silat dengan harapan salah satu dari buah silat yang saya lepaskan
akan terkena pergelangan tangan Suhaimi Keraba.

“Aduh,” jerit Suhaimi Keraba.

Usaha saya tidak menjadi sia-sia. Buah kelima dari silat harimau tepat pada
sasarannya. Kitab di tangan Suhaimi Keraba terdampar atas lantai. Anehnya
Suhaimi Keraba tidak memperlihatkan kemarahan. Dia masih mahu menghulurkan
persahabatan. Suhaima Keraba merenung ke arah perigi.

“Mereka dah datang, biarlah aku balik dulu,” dalam senyum Suhaimi Keraba
meluahkan kata-kata. Hati remaja saya terus digelodak kemarahan. Suhaimi Keraba
mempermainkan saya.

“Kamu tahu, aku tak sendirian di sini?”

“Ya.”

“Kalau begitu, kenapa kau bertanya?”

“Bukankah kepuraan itu memang amalan hidup aku,” lanjut Suhaimi Keraba. Dia
anggukkan kepala lalu melangkah meninggalkan saya sendirian.

Atas permintaan Pak Imam, datuk diminta menjadi imam solat Subuh. Tidak menjadi
keberatan untuk datuk melaksanakannya. Setelah selesai bersolat dan berwirid,
datuk terus mandi embun serta melakukan silat untuk menegangkan urat sendi. Pak
Imam hanya melakukan senaman tradisional. Mat Prai terus memikul raga besar
untuk mengutip buah durian.

“Ke mari kejap kawan.”

Pak Imam bersuara lantang dari atas pondok. Datuk tidak meneruskan silatnya. Dan
saya berhenti dari melihat buah-buahan di hujung dahan.

“Ikut aku Tamar.”

“Baik, tuk.”

Tidak sampai beberapa detik, saya dan datuk sudah pun berada di dalam pondok.
Berdiri dekat Pak Imam. Mata kami tertumpu ke arah buku tebal atas lantai. Saya
tahu itulah buku atau kitab yang Suhaimi Keraba mahu berikan kepada saya.
Anehnya buku atau kitab itu tidak kelihatan tadi. Kenapa baru sekarang kitab itu
menjelma?

131
“Siapa punya? Agaknya kawan yang punya,” Pak Imam renung ke arah datuk.
Cepat-cepat datuk gelengkan kepala.

“Agaknya cucu kawan saya punya.”

“Saya tahu, cucu saya tak baca buku macam tu. Tulisannya bercampur-campur,
sekali pandang macam tulisan Siam dan Urdhu. Jika tengok lama-lama tak ubah
macam tulisan sastera Hindu kuno, bahasa Sanskrit,” jelas datuk. Biji matanya tidak
berkedip merenung kulit buku tersebut.

Saya menarik nafas dalam-dalam. Saya berperang dengan perasaan saya sendiri.
Wajarkah saya ceritakan apa yang terjadi kepada datuk dan Pak Imam? Apa baik
dan buruknya kalau perkara itu saya rahsiakan daripada mereka. Dalam saat saya
tidak tahu membuat keputusan itu, bagaikan pancaran kilat sekujur tubuh Suhaimi
Keraba dalam ruang mata saya.

“Kau anak yang baik, kalau kau dengar cakap aku, kau bahagia dan senang di
dunia,” tutur Suhaimi Keraba.

“Aku tidak percaya dengan kamu,” suara batin saya menolak tetapi Suhaimi Keraba
memberikan jawapan.

“Dengarlah sayang, kitab itu untuk kamu. Jika kamu ceritakan pada orang lain, apa
yang kamu alami padahnya kamu tanggung sendiri,” dalam senyum Suhaimi Keraba
memujuk di samping menyelitkan sebuah ugutan.

“Tidak,” terkeluar suara dari rongga dada saya. Pak Imam dan datuk berpandangan.
Mereka hairan, bagaimana saya termenung boleh berkata begitu. Pak Imam terus
tepuk belakang saya. Saya tersentak, bagaikan terkejut dari itdur.

Dari telinga sebelah kanan, saya terdengar datuk membaca surah Al-Fatihah
sebanyak dua puluh kali, kemudian datuk selawat nabi sebanyak tiga kali beturur-
turut. Datuk hembuskan muka saya dengan nafasnya melalui lubang hidung. Buat
beberapa saat, saya terasa fikiran saya melayang-layang tidak menentu. Dalam
keadaan yang samar-samar itu saya lihat kitab di atas lantai. Kulitnya mula terbakar
dan menjadi bara.

“Buku tu terbakar,” kata saya.

“Bertenang, cuba baca Qulya sampai habis, Tamar.” Bisik datuk. Nada suaranya
cukup lembut sekali. Kepala saya digosoknya penuh mesra. Saya pun membaca
Qulya sampai lima kali berturut-turut.

“Cuba kau renung buku tu, Tamar.”

Saya segera dengar cakap datuk. Saya tumpukan perhatian pada buku atas lantai.

“Cuba kau lihat betul-betul, Tamar, buku tu terbakar lagi?”

132
“Tak terbakar tapi berasap.”

“Cuba tengok dengan teliti, masa tengok tu ingatkan Allah, sebut nama-Nya
sebanyak mana yang kau mampu,” bagailan seorang guru, datuk memberikan
penerangan untuk saya. Lagi sekali, seluruh perhatian ditumpukan pada buku ganjil
di atas lantai. Terdengar suara Pak Imam membaca sesuatu. Suara keluhan dari
datuk terus menyumbat telinga saya.

“Masih berasap lagi, Tamar?”

“Tidak,” tutur saya gugup.

“Dah pulih nampaknya. Kuat sungguh iblis di sini,” Pak Imam merungut. Datuk
memperkemaskan silanya. Sinar matahari pagi mula melemparkan c ahayanya ke
dalam pondok. Kicau burung kedengaran di mana-mana. Mat Prai masih belum
pulang dari memungut buah durian.

Datuk mempertemukan kedua belah telapak tangannya. Digodokkan berkali-kali


sambil menahan nafas. Muka datuk nampak merah semacam. Bila nafasnya
dilepaskan, kedua belah telapak tangannya menampar lantai pondok. Datuk
menerpa ke arah buku ganjil itu untuk disentuh.

“Jangan, kawan.”

Pak Imam menepis tangan kanan datuk. Tentu saja perbuatan itu tidak disenangi
oleh datuk. Sebelum bersarang sebarang keraguan dalam kepala datuk, Pak Imam
segera menjelaskan.

“Maafkan kawan kerana bersikap kasar. Kitab tua tu tak boleh disentuh begitu saja,
ada syarat tertentu.”

“Datuk terus sandarkan badan ke dinding. Dia hulurkan tangan pada Pak Imam.
Mereka bersalaman sambil berpelukan. Tindak-tanduk mereka itu menggambarkan
yang mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Menghormati ilmu yang ada
dalam dada masing-masing.

“Kita tu, kitab Jawa kuno yang menyelitkan ilmu kebatinan dan keduniaan.
Sepatutnya kitab tu mesti ada dua. Satu mengajarkan kebaikan dan menghancurkan
kejahatan. Tapi yang di depan kita ni kitab yang mengajar kejahatan,” Pak Imam
sedikit demi sediki membuka rahsia dirinya yang kaya dengan keilmuan, mungkin
dia lebih pandai dari datuk. Apa yang pasti, orang tua yang kelihatan bersahaja itu
bukan sebarang orang.

“Kitab siapa ni?” Datuk ajukan pada Pak Imam.

Perlahan-lahan Pak Imam angkat kepala merenung ke arah saya dengan senyum
yang amat menyenangkan.

“Tanyalah si Tamar tu.”

133
Datuk segera renung ke arah saya. Belum pun sempat datuk membuka “Suhaimi
Keraba.”

“Memang tak salah dugaan saya. selama ini dia mengamalkan ilmu dari kitab salah
ini, saat celakanya dah tiba,” Pak Imam gelengkan kepalanya.

UCAP

tanpa mengucapkan sesuatu, Pak Imam menerpa ke halaman pondok. Dia jemur
muka dan tubuh untuk beberapa saat. Dia bergerak di halaman pondok macam
orang menari Kuda Kepang. Tanpa tangguh-tangguh lagi, dia tepuk bumi dengan
tangan kiri dan terus bertinggung macam gerakan monyet dalam taridra Sang
Hanuman dan Sita Dewi. Lebih dari lima minit Pak Imam membuat gerakan
demikian, hingga badannya berpeluh. Pak Imam terus naik ke pondok. Datuk duduk
di depan buku. Pak Imam bercakap dalam bahasa yang tidak saya mengerti.

“Tadi saya membaca mantera dalam bahasa Jawa kuno, menolak perkara yang
tidak baik supaya tidak terkena badi syaitan,” terang Pak Imam. Saya dan datuk
anggukkan kepala. Pak Imam terus jamah buku. Lembaran buku lama dibukanya
sehelai demi sehelai. Sampai pada lembaran yang bertanda dakwat merah, Pak
Imam terpegun. Dia terus membacanya dalam bahasa Sanskrit.

“Antara amalan yang telah dibuatnya ialah memperkosa anak sendiri, bertapa dalam
gua dan memelihara Si Tunjing,” Pak Imam memberi penerangan.

“Si Tunjing, tu apa?” Tanya saya.

“Makhluk halus yang jadi suruhanya, apa yang kita dengar malam tadi, itu adalah
perbuatan Si Tujing,” Pak Imam berikan penjelasan.

“Saya tahu membaca tulisan ini kerana saya belajar dari arwah nenek saya yang
berasal dari Bali,” lanjut Pak Imam lagi.

Mat Prai muncul di halaman pondok. Dia kelihatan hampa sekali. Tidak sebanyak
mana buah durian yang dapat dikutipnya. “Sebahagian dari buah durian saya
hancur, jadi macam kapur,” rungut Mat Prai. Dia sepeti mahu menangis.

“Sabarlah, Mat,” pujuk datuk.

“Mungkin esok perkara macam ni tak akan terjadi lagi. Engkau lain kali, kalau dapat
rezeki lebih buatlah kenduri, sedekah fakir miskin dan berzakat. Kalau tanah ni
kepunyaan bersama, jangan bolot sendiri,” Pak Imam memberitahu Mat Prai. Saya
lihat Mat Prai anggukkan kepala.

Dalam sinaran matahari pagi yang beransur terik itu, Pak Imam sentuh kitab lama.
Dicampakkan ke halaman pondok. Dalam beberapa saat saja kitab lama itu terbakar
menjadi debu. Pak Imam tenung ke arah datuk.

“Bila dia sudah tinggalkan kitab ini, ertinya dia tidak selamat lagi. Kalau mengikut
petua, dia sudah berada di saat kematian. Mari ikut saya ke kampung Terang, ke

134
rumah sahabat karibnya,” beritahu Pak Imam pada datuk. “Buat apa ke sana? Nak
tolong selamatkan dia?” soal datuk lagi.

“Untuk memastikan benarkah dia dimakan sumpah ilmu salahnya,” jawab Pak Imam.
Akhirnya, datuk dan saya bersetuju mematuhi cakap Pak imam kecuali Mat Prai
yang mahu pulang ke rumahnya.

114. Hitam Separuh Badan

Mat Prai hilang dari pandangan mata dicelah-celah liku jalan. Saya jadi resah dan
terus menyalahkan diri sendiri, kerana terburu-buru mematuhi cakap Pak Imam.
Kalau ikut Mat Prai bukankah bagus. Boleh duduk rehat dirumahnya, boleh dengar
radio.

"Eh, apa yang kau menungkan lagi."

Datuk tepuk bahu kanan saya. Cepat-cepat saya bangun dari duduk bertenggek di
anak tangga pondok durian. Pak Imam sudah pun menyarungkan capal ke kaki dan
melangkah beberapa tapak ke depan lalu berhenti di pohon langsat yang condong.

"Saya malas nak pergi tuk."

"Kenapa pula."

"Belum mandi, belum gosok gigi dah nak merayau ke rumah orang," saya
melahirkan protes dalam keadaan yang cemas.

Datuk menatap wajah saya sejenak. Dia pamerkan air muka kurang senang
terhadap saya. Datuk jegilkan biji mata, cepat-cepat saya buat muka kesian.

"Kalau macam tu, kenapa kamu tak ikut Mat tadi? Budak macam ragam! Usah nak
banyak karenah, ikut saja kemana aku pergi," aduh! nada suara datuk cukup keras.
Telinga Pak Imam dapat menangkap dengan apa yang diluahkannya.

Ketika itu juga saya terasa dahi diraupi oleh peluh-peluh halus.

"Mandi di rumah saya," Pak Imam menyelesaikan masalah.

"Budak ni, kadang-kadang mengada-ngada sikit, kita nak berikan dia pengalaman,"
datuk terus merungut. Pak Imam anggukkan kepala. Saya tidak dapat berkata apa-
apa.

"Mari," kata Pak Imam.

Saya dan datuk pun mengekori langkah Pak Imam. Matahari pagi yang memancar
memanah ke arah air embun di hujung dedaun. Nampak berkilau-kilau. Nyanyian
unggas di hujung ranting amat rancak sekali. Dan rindu saya pada kampung laman
terus membara. Saya terkenangkan nenek yang kasih sayangnya melimpah ruah.

135
Saya jadi hiba dan hampir mahu menangis kerana rindu.

Saya menarik nafas dalam-dalam sambil menyingkirkan rasa hiba di hati. Saya
teringat cakap nenek. Katanya, saya harus menjadi lelaki remaja yang keras hati,
tabah dan sanggup menghadapi apa saja rintangan. Keras semangat dan kedekut
dengan air mata.

"Ya, aku mahu jadi orang gagah."

Saya menjerit sambil menendang rumput lalang dan pokok-pokok renik di kiri kanan
denai. Datuk dan Pak Imam berhenti melangkah. Mereka terkejut dengan tindak
tanduk saya.

"Aduhhhhhhhhhh!"

Saya menjerit dan terus duduk atas bumi sambil mengangkat kaki kanan.
Pandangan saya jadi berpinar-pinar. Datuk dan Pak Imam terus mengelilingi saya.

"Kenapa Tamar," soal datuk.

"Saya tersepakkan tunggul buruk, tuk."

Datuk menghela nafas panjang-panjang sambil gelengkan kepala. Sepatu getah


saya, jenis Fong Keong terus dibukanya. Dua tiga kali datuk urut bahagian hujung
jari kaki yang nampak kemerah-merahan.

Rasa sengal dan sakit terasa kurang dan akhirnya tidak terasa apa-apa. Saya
sarungkan kembali sepatu getah warna kuning di kaki. Saya dongakkan kepala ke
langit, melihat awan yang menipis dalam sinaran matahari pagi yang garang.
Bila saya berdiri, datuk dan Pak Imam ketawakan saya. Mereka melihat tunggul
tembusu yang saya sepak. Bahagian yang reput jatuh atas rerumput selaput alam.

"Kenapa kamu ni Tamar? Dah gilakah?" datuk rening muka saya, "Menjerit macam
orang
hilang akal, kemudian sepak tunggul," tambah datuk lagi.

"Kenapa Tamar, kau tak suka ikut kami?" tanya Pak Imam dengan nada suara yang
lembut. Terlalu berat rasanya mahu menjawab pertanyaan tersebut.

Saya kira, tidak ada manusia yang mahu mengakui ketololannya secara terbuka.
Jadi, memang wajar saya merahsiakan apa yang ada dalam hati. Tetapi, bersikap
terus terang dan mengakui kebodohan sendiri, adalah sifat orang yang berjiwa
mulia. Saya mengigit bibir dan membuat keputusan untuk jadi manusia yang
berhemat tinggi, berjiwa mulia dan besar.

"Saya teringatkan cakap nenek yang mahukan saya jadi lelaki gagah dan berani,"
kata saya membuka rahsia hati.

"Jadi kamu pun menjerit dan tendang tunggul," pintas Pak Imam.

136
"Saya tak tendang tunggul, saya tendang lalang dan pokok-pokok kecil, entah
macam mana saya tersepakkan tunggul," saya pertahankan pendirian.

"Kamu ni betullah, budak banggang," kata datuk yang diakhiri dengan ketawa. Dan
ketawa yang berhenti itu dilanjutkan oleh Pak Imam untuk beberapa saat. Saya malu
sendiri. Kulit muka terasa tebal.

"Nak jadi orang gagah dan berani, dada dan otak mesti diisi dengan ilmu dan
pengalaman. Sudahlah, jalanlah cepat-cepat," datuk mengeluarkan perintah.
Perjalanan yang terbantut disambung kembali. Celah ketiak dan celah kangkang
saya terasa bergetah. Melangkah pun terasa tidak selesa. Beberapa orang kampung
yang berselisih dengan Pak Imam di lorong sempit itu terus anggukkan kepala
sambil mengucapkan salam.

RANTING

Akhirnya, kami sampai ke rumah Pak Imam. Datuk terus menuju ke arah rimbunan
pepokok di bahagian belakang rumah. Datuk patahkan salah satu ranting dari
rimbunan pokok itu.

"Untuk kamu Tamar."

Datuk campakkan ranting yang sudah dipatahkan kepada saya. Dengan tenang
saya menyambarnya. Panjangnya lebih kurang enam inci.

"Sugikan gigi kamu," tutur datuk lagi.

Tanpa membuang masa, hujung ranting yang keras itu saya gosokkan ke gigi. Apa
yang saya lakukan itu, dilakukan juga oleh Pak Imam dan datuk.

"Saya menyebutnya pokok sugi," Pak Imam memulakan cerita tentang pokok yang
merimbun itu, "Seorang kawan yang pulang dari tanah suci memberi saya akar
pokok itu, saya campakkan di situ. Entah macam mana terus tumbuh dan hidup
subur," lanjut Pak Imam dengan rasa bangga.

"Boleh saya ambil akarnya sikit nak buat benih, saya nak tanam di belakang rumah,"
datuk buat wajah selamba.

"Boleh, apa salahnya."

"Khasiatnya cukup banyak, gigi tahan lama dan nampak putih. Tak mudah diserang
sakit dan bengkak gusi," bagaikan penjual ubat di kaki lima datuk memberikan
penerangan pada Pak Imam.

"Tak tahu pula saya pokok tu ada khasiatnya. Nampaknya mulai hari ini, saya
terpaksa gosok gigi dengan dahan pokok tu," Pak Imam tersenyum ke arah datuk.
Pak Imam mempersilakan saya dan datuk duduk dianjung rumahnya. Kata datuk,
bentuk rumah orang Melayu di sekitar Balik Pulau, mirip dengan bentuk rumah orang
Melayu di Jambi Sumatera. Pak Imam tidak merasa terkejut dengan pendapat datuk
itu. Alasannya, sebahagian dari penduduk Balik Pulau ada yang berasal dari Acheh,

137
Tanjung Balai, Asahan dan daerah Deli-Medan. Pak Imam mendakwa yang dirinya
berasal dari Priaman-Sumatera Barat.

"Kita makan dulu, lepas tu baru pergi ke rumah sahabat Suhaimi Keraba," Pak Imam
renung muka saya.

"Kalau begitu, biarlah cucu saya mandi dulu."

"Silakan, kain basahan ada di perigi."

Saya terus menuju ke perigi yang dindingnya dibuat dari atap rumbia. Airnya terasa
cukup sejuk sekali. Kerana perigi itu dibuat tidak jauh dari pokok manggis, saya
berkesempatan melihat beberapa ekor tupai berlari di dahan manggis.

Waktu keluar dari perigi, saya terlihat kelibat gadis berselubung kain batik. Dalam
kesempatan yang terhad itu, tumit kakinya yang putih kemerahan menjadi sasaran
biji mata jalang saya. Penuh yakin saya mengatakan gadis itu berkulit putih merah.
Bentuk tubuhnya yang tinggi lampai membuat saya kepingin melihat wajahnya.

Otak jahat saya mengarahkan sepasang kaki supaya pergi ke arah belakang perigi.
Kemudian melangkah secepat yang boleh menuju ke arah pokok amra (kedondong)
dari situ memintas ke depan gadis yang berselubung kain batik itu.

Apa yang terpeta dalam otak saya laksanakan. Mata juga mesti cekap mengawasi
kalau-kalau ada orang lain mengintip pergerakan. Saya bergerak macam kucing
memburu burung. Saya pintas depan gadis berselubung kain batik.

"Ohhh ooppp..."

Si gadis terkejut, kain selubung atas kepala segera jatuh atas bahu. Saya tatap
gadis yang wajahnya mirip seniwati Sarimah. Bibirnya merah, macam sirap. Tetapi,
jelingannya cukup tajam. Aduh! sungguh mempersonakan.

"Kamu siapa?" tanyanya garang dan kelihatan seperti bersedia membuka buah silat.

Saya tergamam.

"Dari rumah Pak Imam," tutur saya tidak tentu arah tetapi, masih menjual senyum
tak malu. Si gadis berkulit putih tatap batang tubuh saya, dari atas ke bawah dari
bawah ke atas. Memang dasar tak malu, saya terus tersenggih.

"Agaknya, kita ni adik-beradik," saya mula jual ubat temberang, macam lakonan
Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dengan Saadiah dalam filem Musang Berjanggut.

"Dari mana?" risiknya lagi.

"Dari Perak."

"Kami tak ada saudara-mara di Perak, saudara-mara kami banyak di Johor, Melaka
dan Kuala Pilah," si gadis juihkan bibirnya. Saya jadi serba salah, temberang saya

138
salah letak.

CANTIK

Buat beberapa saat kami tidak bercakap. Saling berpandangang dan sesungguhnya
saya terpukau dengan sepasang anak mata si gadis yang lembut dan bening
bercahaya. Engkau terlalu cantik, timbul komentar di sudut hati saya.

"Siapa nama?" tanya saya.

"Cakap dulu, siapa nama awak."

"Awaklah cakap dulu," desaknya lagi.

"Tak boleh, awak cakap dulu," balas saya.

Si gadis geleng kepala dan bersedia mahu melangkah meninggalkan saya. Tidak
ada jalan lain untuk saya melainkan mengaku kalah secara terhormat di depan gadis
yang berjaya menguasai hati dan perasaan saya.

"Nama saya Tamar," kata saya bangga, penuh yakin.

"Macam nama buah dari negeri Arab yang selalu dimakan di bulan puasa," hati saya
jadi panas menerima sindiran nakal. Malu rasanya, saya tarik batang hidung yang
mancung kemerahan itu.

"Pranggggggg."

Terdengar bunyi piring jatuh dari arah dapur rumah Pak Imam. Bagaikan kilat saya
melompat dan lari menuju ke arah perigi. Dari situ, saya terus menuju ke anjung
rumah. Saya jadi terlupa tentang gadis di depan saya.
Apa yang saya fikirkan ialah menyorokkan diri agar rahsia peribadi saya tidak
diketahui oleh orang lain. Kalau rahsia terbongkar, datuk turut sama merasa malu.

"Lama benar kau mandi, aku naik jemu menanti," datuk menyambut kedatangan
saya di kepala tangga. Wajahnya masam sekali. Saya tidak bersuara hanya melihat
ke arah Pak Imam yang berdiri di pintu anjung. Tanpa mengucapkan sesuatu, datuk
melangkah menuju ke perigi. Saya terus naik ke anjung rumah. Duduk berdepan
dengan Pak Imam.

Setiap kali mata saya bertembung dengan wajah Pak Imam hati saya berdebar.
Saya merasakan yang Pak Imam mengetahui apa yang telah saya lakukan. Bagi
menghilangkan rasa serba salah dan tidak selesa itu, saya mengambil keputusan
merenung ke halaman rumah. Melihat pepohon pisang memagari sempadan
halaman. Secara diam-diam saya menyesali ketelanjuran yang telah saya lakukan.
Perasaan yang resah itu akhirnya bertukar dengan keriangan, dari jauh saya lihat
Mat Prai terbongkok-bongkok mengayuh basikal.

"Assalamualaikum..." jerit Mat Prai sambil terjun dari basikal. Salamnya segera
dijawab oleh Pak Imam. Mat Prai sandarkan basikal dekat pangkal pokok pinang

139
dara. Dengan membimbit beg rotan, dia menuju ke kaki tangga.

"Naiklah Mat, beg siapa yang kamu bawa tu?" tanya Pak Imam.

"Beg Ayah Alang, saya fikir tentu dia nak tukar baju," Mat Prai letakkan beg rotan
empat segi atas lantai, "Tuk kamu ke mana Tamar?" sambung Mat Prai, matanya
menatap wajah saya.

"Mandi di perigi."

"Tak apa aku tunggu dia," Mat Prai sandarkan belakang pada jenang pintu. Pak
Imam masuk ke ruang tengah dan terus menuju ke dapur. Pada hemat saya, dia
melihat air kopi dan kuih-muih yang bakal dihidangkan pada saya dan datuk.

Saya amat gembira atas kedatangan Mat Prai. Saya boleh tukar baju dan seluar.
Tetapi, saya meluat mahu merenung wajahnya, Saya tidak ghairah mahu melayani
percakapannya. Telinga dan otak saya tumpukan pada bunyi di dapur Pak Imam.
Saya masih mengharapkan, dapat mendengar suara gadis yang wajahnya mirip
Sarimah.

"Ha, dah lama kamu datang? Apa halnya?"

Itu yang diajukan oleh datuk dari kaki tangga, sebaik saja terlihat batang hidung Mat
Prai. Saya tersentak dari khayalan yang tidak bertepi. Saya menerpa ke muka pintu
dan pada saat yang sama Pak Imam menatang air kopi dan kuih.

"Saya bawakan beg pakaian Ayah Alang, saya fikir tentu nak tukar pakaian."

"Ha, itu dah cukup baik," datuk terus panjat tangga. Membuka beg rotan. Baju dan
seluar saya dikeluarkan. Saya menghadapi masalah baru, di mana saya mahu
menukarkan pakaian.

"Kamu masuk ke bilik sembahyang, tukar pakaian," Pak Imam mengarahkan jari
telunjuknya ke arah bilik yang terletak di rusuk kiri rumah, berdepan dengan pintu
menghala ke dapur. Ini peluang baik, gunakan kesempatan masa masuk ke bilik,
jeling ke arah dapur. Fikir saya dalam hati.

Saya meluru ke bilik, saya jeling ke dapur. Apa yang saya lihat ialah isteri Pak Imam
mendermakan senyuman lesu untuk saya. Senyuman itu tidak saya balas. Dengan
rasa kesal yang amat sangat saya pun menukarkan pakaian. Lepas saya, datuk pula
masuk tukar pakaian. Bila semuanya selesai, kami pun manghadapi makanan, saya
lihat jam di dinding sudah hampir pukul sepuluh pagi.

"Saya bawa balik beg pakaian Ayah Alang ke rumah saya," Mat Prai terus
memasukkan pakaian saya dan datuk yang sudah digunakan ke dalam beg rotan.
Datuk anggukkan kepala, setuju dengan cadangan Mat Prai itu.

"Kamu tak mahu pergi ke Kampung Terang," Pak Imam tatap batang hidung Mat
Prai yang sudah pun mengheret beg pakaian datuk ke bendul. Kemudian terus turun
dan meletakkan beg pakaian atas lantai pelantar basikal tua.

140
"Minta maaflah, saya tak dapat serta. Saya nak pulangkan basikal jiran yang saya
pinjam," tutur Mat Prai. Dia mula tolak basikal tua ke arah jalan besar. Datuk dan
Pak Imam tidak berkata apa-apa. Mereka seolah-olah merestui dengan apa yang
diluahkan oleh Mat Prai. Selamat jalan Mat Prai, bisik batin saya.

RUMAH

Ketika datuk dan saya menanti Pak Imam turun dari rumah hati saya tertanya-tanya,
bagaimana mahu pergi ke rumah sahabat Suhaimi Keraba? Kalau berjalan kaki,
saya sudah tidak sanggup. Barangkali dengan bas, saya mendamaikan perasaan
saya sendiri. Dalam saat-saat saya berfikir itu, tanpa disedari, Pak Imam sudah pun
berada di halaman rumah.

"Kita pergi dengan basikal," katanya.

Saya lihat hanya ada sebuah basikal saja di bawah rumah. Mana mungkin sebuah
basikal dinaiki oleh tiga orang. Saya terasa lucu dan mahu ketawa sendirian. Tetapi,
saya tidak berani mahu ketawa, takut ditengking oleh datuk.

"Satu basikal nak naik tiga orang," secara tidak sengaja terpancut kata-kata dari
mulut saya.

"Ada basikal lain, kau ikut aku ke rumah adik aku, kita pinjam basikalnya," Pak Imam
menyelesaikan masalah yang menghuni otak saya. Tanpa banyak cakap, saya ikut
langkahnya menuju ke rumah papan berbumbung lima yang letaknya tidak berapa
jauh dari rumahnya.

Sampai di rumah tersebut, Pak Imam terus memanggil adiknya.

"Ayah dah pergi ke Tanjung," terdengar suara perempuan. Hati saya mengelabah.

"Ada apa Tuk Ngah," datang lagi suara dari dalam rumah. Kali ini lebih mersik dan
manja. Serentak dengan itu terdengar bunyi telapak kaki memijak papan lantai.

"Aku nak pinjam basikal ayah kamu kejap."

"Ambillah Tuk Ngah."

Suara itu datang dari tingkap sebelah kanan. Biji mata saya tertumpu ke situ. Oh!
Tuhan, inilah gadis yang saya temui tadi. Wajahnya lebih mempersonakan tanpa
kain kelubung. Saya terpaku tanpa berkata apa-apa.

Pak Imam masuk ke bawah rumah tarik basikal Raliegh keluar. Semuanya itu tidak
menarik perhatian saya. Seluruh hati dan pancaindera yang satu ini, tidak berkedip
merenung gadis yang berdiri di bibir tingkap. Sudah tidak memakai kain kelubung
lagi. Rambutnya disikat rapi, dibelah tengah dan bahagian hujung diikat ala ekor
kuda. Senyuman bertali-tali di bibir.

"Eh, kenapa tercegat di situ?"

141
Suara Pak Imam meninggi, saya tersentak dalam malu. Dia sudah berdiri di kanan
saya. Dalam keadaan yang serba tidak kena itu saya bersuara:

"Ukiran di kerawang tingkap rumah ni cantik."

Pak Imam renung ke arah tingkap, si gadis berkulit putih merah sudah pun
menghilangkan diri. Saya urut dada syukur kerana apa yang saya lakukan tidak
dapat dikesan oleh Pak Imam.

"Tukang rumah Melayu yang buatnya, tentulah ada seninya," Pak Imam menjawab
jujur. Dia menyerahkan basikal kepada saya.

"Kamu naik dengan datuk kamu."


Saya memeriksa brek basikal, tayar dan pemegang (handle) semuanya berada
dalam keadaan yang baik. Tanpa banyak cakap saya sorong basikal ke arah rumah
Pak Imam.

"Bagi tahu ayah kamu Masitah, Tuk Ngah pinjam basikalnya, petang Tuk Ngah
hantar."
Saya terhenti dari menyorong basikal. Nama Masitah saya sebut beribu-ribu kali,
saya sematkan dalam kalbu. Sudah tentu nama itu akan saya kenang sampai mati.

"Baiklah Tuk Ngah."


Sungguh mempersonakan suara dari Masitah. Tunggulah, petang nanti saya
hantarkan basikal ayahmu, Masitah. Batin saya terus menyanyi.

PERJALANAN

Perjalanan ke rumah sahabat Suhaimi Keraba di Kampung Terang pun dimulakan.


Pak Imam naik basikal tuanya. Saya dan datuk naik basikal ayah Masitah.
Berbasikal di jalan raya yang di kiri kanannya terdapat pohon-pohon kelapa dan
buah-buahan memang tidak terasa panas. Sambil kayuh basikal datuk dan Pak
Imam terus berborak. Saya yang bertenggek di belakang hanya pasang telinga saja.

Bila ada kenderaan lalu, tidak kira samada besar atau kecil, datuk dan Pak Imam
terpaksa ke tepi, kadang-kadang terbabas dan melanggar lopak dan batu. Punggung
saya terasa sengal dan sakit, tetapi tidak berani protes. Saya akui yang Pak Imam
amat popular di Balik Pulau. Buktinya, sepanjang perjalanan dia sering saja
menerima salam dari orang yang berbasikal atau bermotosikal.

Setelah meninggalkan kawasan Pekan Genting (juga disebut Simpang Empat)


badan saya mula berpeluh. Sebaik saja melintasi sebuah masjid, dalam jarak lima
enam rantai kami berbelok ke kiri melalui jalan berpasir dalam kampung.

Kebanyakkan rumah di situ, pintu dan tingkapnya tertutup rapat. Barangkali para
penghuninya mencari rezeki. Selesai saja menempuh jalan kampung, kami terpaksa
berbasikal di atas batas sawah.

Dan kami pun sampai di sebuah rumah papan yang tiangnya dibuat dari kayu bulat.

142
Dindingnya dari papan tidak berketam. Pintunya sebelah papan dan sebelah lagi
anyaman buluh. Rumah itu terletak di pinggir sawah. Disebelah kanan rumah ada
pokok macang (bacang) besar di bahagian belakang rumah ada pokok jejawi yang
besarnya lebih dari sepemeluk. Akar-akar berjuntaian dari dahannya.

Sebaik saja basikal disandarkan pada pokok kelapa gading, saya terscium bau
kemenyan. Langsir tingkap yang dibuat dari kain hitam nipis, nampak bergerak-
gerak ditiup angin. Tidak jauh dari pangkal pokok kelapa gading terdapat seekor
kucing hitam dengan sepasang mata yang agak kemerah-merahan merenung tajam
ke arah kami. Kucing hitam itu menguap, memperlihatkan lidahnya yang merah
bersama susunan giginya yang tajam.

Tiba-tiba saya terasa seram bila melihat beberapa ekor gagak berlompatan didahan
mempelam sambil berbunyi. Keadaan di bawah rumah tidak tersusun, penuh
dengan sawang dan sarang labah. Suasana sekitar rumah mengundang rasa takut.
Walaupun matahari bersinar tetapi saya merasakan keadaan di pinggir sawah itu
terasa lembab dan muram.
Datuk dan Pak Imam menuju ke kaki tangga, saya mengekori dari belakang. Dengan
suara yang lantang Pak Imam memberi salam.

"Waalaikomussalam."

Terdengar jawapan dari dalam rumah. serentak dengan itu sebelah pintu yang
dibuat dari anyaman buluh terbuka. Manakala sebelah lagi yang dibuat dari papan
tetap tidak bergerak.

"Naiklah."

Saya segera dongak ke pintu. Seorang lelaki bertubuh tegap, berkain sarung
dengan baju Melayu teluk belanga berdiri di situ. Lelaki yang berkulit cerah itu
menyimpan janggut dan jambang. Tetapi, misainya sudah putih benar. Dalam
sekelip mata lelaki itu menghilangkan diri.

Pak Imam orang pertama naik ke rumah diikuti oleh datuk. Saya orang yang terakhir.
Waktu saya mahu melangkah bendul, saya toleh ke pangkal tangga. Di situ saya
lihat ada lingkaran ular hitam dengan kepalanya terhulur keluar. Anehnya, masa
saya berdiri di situ sebentar tadi, ular hitam itu tidak kelihatan. Pemilik rumah
mendekati Pak Imam.

"Nak tengok kawan saya yang salah langkah?" tanyanya.

"Ya," angguk Pak Imam bersama senyum.

"Yang berdua ni siapa? Kawan atau keluarga?" tambah pemilik rumah sambil
merenung ke arah datuk dan saya.

"Kawan saya," balas Pak Imam.

Pemilik rumah memusingkan badannya ke kanan. Wajahnya dengan wajah datuk


berdepan. Dia hulur tangan dan datuk terus sambut.

143
"Saya Haji Taslim Singasari," katanya sambil mendekatkan mulutnya ke telinga
datuk.

Saya yakin ada sesuatu yang dibisikkannya ke telinga datuk. Pasti dia membawa
khabar gembira, kerana datuk tersenyum dan menganggukkan kepala. Apakah
rahsia mereka berdua? Timbul pertanyaan dalam hati saya.

"Mari masuk ke bilik, kawan yang malang tu ada di sini."

Kami pun mengekori langkah Haji Taslim Singasari masuk ke bilik yang keadaannya
saya kira agak ganjil kerana dalam rumah papan terdapat bilik yang dibuat dari
buluh. Malah lantai bilik juga dilapisi dengan buluh.

"Duduk," ujar Haji Taslim Singasari. Tanpa banyak cerita kami pun duduk, "Sudah
puas saya nasihat tapi dia tak mahu dengar, inilah akibatnya," sambung Haji Taslim
Singsari. Kami hanya anggukkan kepala saja.

Di depan kami ada peti yang dibuat dari papan, panjangnya kira-kira enam kaki dan
tingginya hampir dua kaki. Setiap penyambung atau sendi peti itu ditaruh ensel. Di
bahagian atasnya dibuat selak yang boleh dikunci, dan peti itu ditutup dengan kain
dua warna iaitu kuning hitam.

Dari dalam peti saya terdengar seperti suara orang mengerang dan sesekali macam
bunyi suara kucing dan anjing menyalak.

Tiap sudut bilik ada dupa yang mengeluarkan asap kemenyan. Saya juga terlihat
senaskah Quran di atas bantal di samping senaskah surah Yasin.

"Sepanjang malam saya membaca Quran dan pagi tadi saya mula baca Yasin,
semoga dirinya biarlah selamat. Tetapi, saya selalu diganggu oleh pelbagai jenis
binatang seperti harimau, ular dan macam-macam lagi," jelas Haji Taslim Singasari.
"Kalau tidak memikirkan yang dirinya sahabat karib, semuanya ni tidak saya buat,"
sambung Haji Taslim Singasari seperti menyesali diri sendiri.

"Cuba buka saya nak tengok keadaannya," pinta datuk. Haji Taslim Singasari tidak
membantah. Dia rapat ke peti yang sudah dicat warna putih. Kain penutup dua
warna pun dibuka. Saya mula terhidu bau masam dan lapuk tetapi, mata saya tetap
tertumpu ke arah peti. Begitu juga dengan mata datuk dan Pak Imam. Haji Taslim
Singasari membuka selak peti. Dinding peti di sebelah kiri dan kanan jatuh atas
lantai.

Sekujur tubuh manusia yang ditutup dengan kain kuning terlentang di depan kami.
Pak Imam menerpa ke depan dan bersedia mahu menyingkap kain yang menutup
tubuh tersebut. Haji Taslim Singasari segera memegang tangan Pak Imam.

"Jangan, nanti awak terkejut. Duduklah, biar saya buat."

Pak Imam patuh dengan permintaan Haji Taslim Singasari. Kemudian dengan hati-
hati Haji Taslim Singasari membuka kain penutup tubuh di depan kami hingga ke

144
hujung kaki.

"Ya Allah," kata saya.

"Subhanallah," sambut datuk.

"Allah huakhbar," tingkah Pak Imam, buat seketika mulut kami ternganga.
Di depan kami, terlentang tubuh Suhaimi Keraba tercungap-cungap macam ikan
kekurangan air. Separuh tubuhnya dari pusat hingga ke muka hitam legam macam
arang, sukar untuk menentukan di mana letak mata, hidung dan telinganya.

Dari pusat ke kaki keadaannya elok sempurna. Saya juga malihat beberapa ekor
belalang hitam terbang bebas dan hinggap di bahagian tubuh yang hitam.

"Kita mohon pada Allah supaya rohnya segera dikeluarkan dari tubuhnya, dia terlalu
seksa," Pak Imam bersuara.

"Saya setuju," balas datuk.


"Kita baca Yasin," ujar Haji Taslim Singasari. Sebaik saja selesai bercakap, seekor
harimau kumbang muncul dari arah bahagian kepala Suhaimi Keraba. Di bahagian
kakinya pula muncul kucing hitam.

115. Pulang Dari Kubur

Semua yang terjadi di depan mata mengudang kecemasan dan ketakutan. Saya
tidak berani bergerak dan berkata-kata.

Aneh sungguh, Haji Taslim Singasari tidak gentar dan cemas atas kehadiran kucing
hitam dan harimau kumbang. Baginya, seolah-olah perkara itu tidak wujud di depan
matanya.

Haji Taslim Singasari mengambil beberapa naskah Yasin dari atas rak di luar bilik.
Masa Haji Taslim berada di luar bilik, saya seakan-akan terpandangkan Suhaimi
Keraba mengangkat kepalanya perlahan-lahan.

Dan kini, saya dapat memastikan yang lapik kepalanya bukanlah bantal. Tetapi,
batang pisang yang dibentuk seperti sebiji bantal.

"Eh, kepala..."

Belum pun sempat saya menamatkan kata, telapak tangan datuk terus menekup
mulut saya. Kerana dicengkam begitu kuat, kedua belah rahang saya terasa sakit.

"Jangan tegur, baca saja Surah An-Nas seberapa banyak yang boleh," Pak Imam
membisikkan ke telinga saya. Bila saya anggukkan kepala barulah datuk berhenti

145
mencekup mulut saya.

Saya patuh dengan nasihat Pak Imam. Sambil membaca Surah An-Nas, mata saya
terus tertumpu ke bahagian kepala Suhaimi Keraba yang bertukar bentuk menjadi
macam kepala monyet.

Proses pertukaran itu berlaku secara sedikit demi sedikit yang dimulai dari dagu,
telinga dan akhir sekali di bahagian kening.

"Huuaaahhhh."

Terdengar suara dari Suhaimi Keraba, macam mawas (kingkong) jantan. Menderam
panjang. Dalam sekelip mata, kepala monyet bertukar menjadi kepala harimau
belang. Terus mengaum, menggegarkan rumah. Datuk dan Pak Imam bagaikan
tidak peduli dengan apa yang terjadi di depan mereka.

"Mari kita baca bersama, setakat mana yang dapat," Haji Taslim Singasari berdiri di
kiri saya. Dia hulurkan Surah Yasin pada saya, pada datuk dan Pak Imam. Haji
Taslim Singasari terus duduk di sebelah saya. Pada saat itu juga saya terdengar
jeritan binatang liar dalam bilik kecil. Saya yakin, suaru jeritan itu hanya saya
seorang saja yang mendengarnya.

"Pak Imam kita jadi ketua, kita mengikutnya," Haji Taslim Singasari memberikan
pendapat. Datuk anggukkan kepala. Saya tidak memberikan sebarang komen.
Bersedia mengikut langkah dan rentak yang bakal mereka lakukan.

"Boleh kita mulakan sekarang," Pak Imam menyatakan kesediannya beberapa saat
kemudian, kamar kecil itu mula dikuasai oleh suara orang membaca Surah Yasin.
Dalam masa saya hendak membaca Surah Yasin, saya tidak dapat melihat
perkembangan atas perubahan selanjutnya terhadap diri Suhaimi Keraba. Saya
tidak tahu apakah kepalanya masih dalam bentuk kepala harimau.

Pembacaan Surah Yasin sering terganggu oleh beberapa ekor ular sebesar batang
kelapa. Warnanya hitam, bergerak depan kami, lidahnya yang bercabang bagaikan
mahu menyentuh tubuh Suhaimi Keraba.

Kerana datuk, Pak Imam dan Haji Taslim Singasari buat tidak kisah, saya jadi berani
dan terus bersikap macam mereka. Selain dari ular besar, binatang berbisa yang
lain juga turut menjelma seperti kala jengking, lipan, lebah dan tebuan.

Pembacaan Yasin yang pertama selesai. Waktu mahu melakukan pembacaan yang
kedua, Suhaimi Keraba terus menjerit, menendang ke kiri dan ke kanan. Semuanya
itu tidak menghalang pembacaan kami. Bila pembacaan Surah Yasin untuk kali yang
ketujuh berakhir. Semua binatang buas yang berkeliaran hilang. Suhaimi Keraba
tercungap-cungap.

Buah halkumnya nampak bergerak lemah dan dadanya yang hitam kelihatan
berombak-ombak.

"Ajarlah dia mengucap, Taslim," Pak Imam menganjurkan pada Haji TAslim

146
Singasari. Dan orang tua yang berbadan tegap itu segera merapati Suhaimi Keraba.

Dia mendekatkan bibirnya ke cuping telinga Suhaimi Keraba yang hitam. Datuk
gelengkan kepala, bila Suhaimi Keraba berusaha dengan sedaya upaya
memalingkan mukanya yang hitam (tidak tentu bentuknya) itu ke arah lain. Dia
seolah-olah tidak mahu mendengar dengan apa yang dibisikkan oleh Haji Taslim
Singasari kepadanya.

"Cubalah," kata datuk menguatkan semangat Haji Taslim Singasari yang mula
kecewa.

"Ya cubalah, kita usaha," tokok Pak Imam pula dan Haji Taslim Singasari anggukkan
kepala.

"Haaaaa..."

Bagaikan ada kekuatan luar biasa hadir dalam diri Suhaimi Keraba. Dia terus duduk
dan tangna kanannya menolak tubuh Haji Taslim Singasari, orang tua berbadan
tegap itu jatuh tertenggung. Seluruh muka Suhaimi Keraba terarah ke wajah datuk.

Secara mendadak, Suhaimi Keraba rebahkan badannya dengan kasar. Dia luruskan
tangan dua kali sambil menghela nafas tersekat-sekat, urat dileher nampak tegang.

"Huaaaahhh..." sepasang kaki Suhaimi Keraba bergerak-gerak. Semua biji mata


tertumpu ke arahnya. Dadanya sudah tidak berombak, nafasnya terhenti. Suhaimi
Keraba terkulai atas bantal bantang pisang. Dia sudah tidak bernyawa lagi.

"Semuanya dah habis," Haji Taslim Singasari bangun sambil menutup mayat
Suhaimi Keraba dengan kain hitam.

HAMPIR

Haji Taslim Singasari menghampiri kami. Dan kami serahkan naskah Yasin
kepadanya untuk disimpan. Saya pandang wajah datuk, ada sesuatu yang saya
agak aneh dan ganjil.

Belum pernah saya mendengar salakan anjing mendayu-dayu seolah-olah menangis


di waktu tengah hari rembang.

Suara gagak rancak berbunyi. Kokok ayam janyan bertalu-talu dan ketuk ayam
betina bagaikan gendang perang. Saya jadi seram dan berdebar.

Sumpah saya tidak tahu, apakah Pak Imam dan datuk mengalami perkara ganjil
seperti apa yang saya alami? Pada mata kasarnya, saya lihat Haji Taslim Singasari
seperti orang keresahan.

"Ganjil!"

147
Terkeluar ungkapan dari bibir Pak Imam.

"Apa yang ganjil tu?" pintas datuk.

"Cuba dengar baik-baik, kawan," mata Pak Imam merauti seluruh wajah Haji Taslim
Singasari. Akhirnya sepasang biji mata Pak Imam tumpah ke paras saya dan datuk.

"Saya dah dapat dengar dengan jelas. Bunyi reriang rimba bukan main galaknya,"
sahut datuk.

"Saya juga mendengarnya, binatang-binatang tu menegur syaitan yang keluar dari


rumah ni menuju ke arah hutan di Gunung Jerai, di Kedah," Haji Taslim Singasari
bersuara.

Saya menelan air liur, rasa takut masih menguasai tangkai dan jantung hati saya.
Datuk memberanikan diri lalu membuka kain penutup mayat Suhaimi Keraba. Datuk
tatap wajahnya yang hitam sambil membaca sesuatu.

Kerana Pak Imam dan Haji Taslim Singasari bergerak ke ruang tengah, saya segera
mengekori jejak mereka. Tinggallah datuk seorang diri di bilik kecil.

Kami (saya, Pak Imam dan Haji Taslim Singasari) duduk bersimpuh di anjung.
Lolongan anjing, jeritan gagak, kokok dan ketuk ayam beransur kurang. Ada
ketenangan tergambar di wajah Haji Taslim Singasari. Saya merasa selesa disentuh
angin dari bibir sawah. Datuk masih berada dalam bilik, entah apa yang dibuatnya,
saya tidak tahu.

"Apa yang Pak Imam tengok tu..." Haji Taslim Singasari tidak meneruskan kata-
katanya. Dia tunduk merenung lantai sambil memperkemaskan silanya.

"Perkara semacam itu, sudah jadi perkara biasa pada saya, masa dia mula-mula
terbaring dulu, macam-macam binatang ganggu saya," sambung Haji Taslim
Singasari. Cukup tenang dia mengungkap pengalaman yang dilaluinya.

Dari jendela yang terdedah, saya melihat ke arah langit. Di mana-mana kelihatan
awan putih bersih bergerak lemah mengikut hembusan angin. Cuaca amat baik
sekali. Tidak ada tanda-tanda mahu hujan atau ribut petir akan berlaku.

"Awak kesiankan dia, Haji?" tanya Pak Imam.

"Ya." Haji Taslim anggukkan kepala.

"Itulah sebabnya, awak kena bahananya," Pak Imam telan air liur.

"Dia sahabat saya, kami berkawan bukan setahun dua, saya simpati dan kesiankan
dirinya, saya nak bawa dia ke jalan yang benar. Tapi, sudah terlambat," Haji Taslim
Singasari mempamirkan kedukaan dan kehampaan di wajahnya. Dia menarik nafas
dalam-dalam yang diakhiri dengan sebuah keluhan.

Kata Haji Taslim Singasari, dia bertemu dengan Suhaimi Keraba di Pulau Kampoi.

148
Kemudian mereka pergi ke Pulau Niar yang terletak di hujung Pulau Sumatera.
Mereka menuntut ilmu dunia. Kerana merasakan ilmu yang diperolehi masih kurang,
mereka terus mengembara ke pelosok Pulau Jawa. Berguru dan mencari ilmu dunia.
Masa di Pulau Jawa mereka sering berulang alik ke Bali.

Dengan takdir Allah, mereka bertemu dengan seorang tua yang mereka panggil
sebagai 'Kiai Sabdo' ditempat yang bernama Singasari. (Haji Taslim yang tertarik
dengan nama tempat tersebut mengabadikan pada hujung namanya) Kiai Sabdo
menasihati mereka supaya jangan meneruskan kegiatan yang tidak bermanfaat itu.
Nasihat Kiai Sabdo segera dipatuhi oleh Haji Taslim (yang ketika itu belum bergelar
Haji). Tetapi, Suhaimi Keraba tidak memperendahkan nasihat tersebut.

Haji Taslim Singasari terus menuntut ilmu akhirat dari Kiai Sabdo dan Suhaimi
Keraba dengan kegiatan ilmu kebatinannya. Dia memperolehi sebuah kitab dari
seorang gurunya yang namanya tidak pernah diceritakan pada Haji Taslim
Singasari.

USIR

Kerana kitab itu jugalah Kiai Sabdo mengusir Suhaimi Keraba keluar dari rumahnya.
Suhaimi Keraba terus pergi ke Wilayah Balidono, Putworejo, Jawa Timur bersemadi
di sebuah gunung.

Dan Suhaimi Keraba telah memelihara persahabatannya dengan Haji Taslimi


Singasari. Tanpa pengetahuan Kiai Sabdo. Dia mengujungi tempat pertapaan
Suhaimi Keraba.

Atas nasihat Kiai Sabdo, Haji Taslim Singasari meninggalkan Tanah Jawa pulang ke
Semenanjung Tanah Melayu. Buat beberapa lama dia menetap di kampung
halamannya di Tanah Kebun, Parit Buntar. Kemudian dia pergi ke Perlis dan
akhirnya bermastautin di Pattani, Selatan Siam mendalami ilmu akhirat.

Setelah mendapat berita yang Suhaimi Keraba berada di Balik Pulau, Haji Taslim
Singasari pun berhijrah ke tempat tersebut lalu membeli sekeping tanah sawah.

Persahabatan yang terputus disambung kembali. Suhaimi Keraba sering


mengujunginya.

"Cita-cita saya mahu memberi kesedaran. Biar dia balik ke pangkal jalan. Tapi, dia
cukup liat. Kadang-kadang saya diduganya dengan pelbagai cara. Ilmu hitamnya
cukup tinggi," cetus Haji Taslim Singasari.

"Sudahlah, dia sudah memilih cara tu, Haji. Apalah yang boleh kita buat," Pak Imam
meraba pangkal lehernya.

"Sebagai sahabat, saya tetap berdoa setiap kali solat, minta Allah ampunkan
dosanya dan rohnya ditempatkan di tempat yang baik-baik," demikian erti
setiakawan buat Haji Taslim Singasari.

149
"Seram saya."

Kami segera menoleh ke arah datuk yang keluar dari bilik secara mengejut.
Mukanya dibasahi peluh bersama bayangan kecemasan.

"Kenapa?" soal Haji Taslim Singasari.

"Mayatnya bangun mahu menerkam ke arah saya, binatang-binatang bisa


berkeliaran atas mayatnya," jelas datuk lalu duduk di sisi pak Imam.

"Dengan nama Allah dapat saya atasi dengan sebaik-baiknya," sambung datuk lagi.
Dia mengesat peluh di dahi dengan belakang tangan.

"Tunjangnya cukup hebat," celah Pak Imam. Saya lihat Haji Taslim anggukkan
kepala. Kesedihan atas kematian sahabat rapat yang tidak sejalan itu meninggalkan
kesan hiba yang amat sangat terhadap dirinya.

Pak Imam, datuk dan Haji Taslim Singasari mengadakan perbincangan kecil dan
singkat. Hasilnya, Pak Imam diserahkan tugas pergi ke masjid memberitahu orang
ramai tentang kematian Suhaimi Keraba. Urusan mandi mayat dan kafan terletak
atas bahu datuk dan Haji Taslim Singasari. Saya cuma jadi pembantu mereka saja.

Sebaik saja selesai sembahyang Zohor, sembahyang jenazah dilakukan di masjid


kampung tersebut. Mungkin kerana nama Suhaimi Keraba dianggap nama yang
tidak membawa keuntungan pada penduduk setempat, menyebabkan orang yang
datang menziarah dan menyembahyangkan jenazahnya tidak seberapa.

Apa yang membanggakan saya ialah sikap Haji Taslim Singasari, selepas
pengkebumian sahabat karibnya, Suhaimi Keraba. Dia seperti menyembunyikan
keburukan dan kejahatan sahabatnya dari orang ramai.

Dia mengelakkan diri, bila ada orang kampung bertanyakan kegiatan buruk Suhaimi
Keraba semasa hayatnya. Tetapi, dia tidak pula keberatan untuk menceritakan
tentang kebaikan sahabatnya walaupun kebaikan yang ada amat kecil jika
dibandingkan dengan kejahatan yang dilakukan.

"Kenapa ditanyakan tentang kejahatan orang yang sudah tiada, bukankah perbuatan
itu dilarang oleh agama kita," tutur Haji Taslim Singasari pada seorang anak muda
yang menahannya, sebaik saja keluar dari tanah perkuburan.

"Sebabnya mudah saja, dia selalu mengganggu orang kampung dengan ilmu
jahatnya," jawab pemuda itu.

"Hai orang muda. Dia sudah tak ada dan tak ada gunanya awak marah atau
menaruh dendam, memaki hamunnya. Perbuatan macam tu, tambahkan dosa kita,
sedangkan dia sudah pun mengadap Allah," Haji Taslim Singasari menetap wajah
pemuda yang berambut panjang. Ternyata pemuda yang masih menaruh dendam
itu, tidak dapat menerima nasihat Haji Taslim Singasari.

150
"Awak jadi pelindungnya, awak jadi taukenya," satu tuduhan yang pedih dilemparkan
oleh pemuda kepada Haji Taslim Singasari.

"Apa salahnya awak melupakan perbuatan kawan saya itu, sedekahkan Fatihah dan
Qulwallah pada rohnya dan minta ampunkan dosanya. Awak dapat pahala dan
secara tak
langsung awak dapat melatihkan diri awak untuk menjadi seorang Islam yang baik
dan berniat ikhlas," Haji Taslim Singasari terus mengajak saya dan datuk beredar
dari situ.

PANAS

Rupanya, pemuda yang panas baran itu tidak puas hati dengan sikap Haji Taslim
Singasari. Dia menghalang kami meneruskan perjalanan dengan merentangkan
sebatang kayu di depan kami.

"Hei! Ketua ilmu sesat, ketua ajaran salah, jangan cuba pertahankan orang kamu,"
pemuda panas baran terus menuding jari telunjuknya ke muka Haji Taslim Singasari.

Datuk nampaknya kurang senang dengan sikap pemuda yang biadap itu. Tetapi dia
tidak mahu bertindak. Maklumlah tempat orang, tidak ada gunanya jadi ayam
sabung.

"Bangsat, datang ke hujung kampung orang nak jadi kepala iblis," sambung pemuda
itu lagi. Haji Taslim Singasari tunduk senyum sambil memberi isyarat pada datuk
dan saya supaya meneruskan perjalanan tanpa melangkah kayu penghalang di
depan.

"Heiii...," sergah pemuda itu ke arah saya dan datuk. Dan dalam masa yang sama,
Pak Imam keluar dari kawasan tanah perkuburan lalu meluuru ke arah pemuda
panas baran.

"Kamu balik, jangan nak sedap-sedap saja tuduh orang amal ilmu sesat, ilmu salah.
Selidiki dulu sebelum bercakap," Pak Imam paut bahu kanan pemuda panas baran
dengan tangan kirinya.

"Kenapa Pak Imam masuk campur, Pak Imam dah ikut dia?"

"Itu soal aku, kamu mesti tahu, aku imam, aku tahu apa yang aku buat. Jadilah
pemuda Islam yang berhemah tinggi, menyiasat dan mengkaji sebelum buat
tuduhan. Pergi balik, dengar cakap aku," herdik Pak Imam, tanpa berkata sepatah
apa pun, pemuda panas baran terus meninggalkan kami.

Kami pulang ke rumah Haji Taslim Singasari. Di rumah itu juga Pak Imam membuka
rahsia diri dia yang sudah lama mengenali Haji Taslim Singasari. Bila waktu terluang
mereka saling bertukar-tukar fikiran dan pendapat. Tetapi Pak Imam mengakui yang
dia tidak tahu hubungan Haji Taslim Singasari dengan Suhaimi Keraba begitu akrab.

151
Haji Taslim Singasari mengakui yang dia merahsiakan hubungannya itu daripada
pengetahuan Pak Imam. Sebabnya, dia mahu berusaha dahulu untuk membawa
Suhaimi Keraba ke jalan yang benar. Bila gagal, barulah dia memerlukan
pertolongan dari Pak Imam dan orang lain.

"Sayangnya, cita-cita saya tak sampai. Dia pergi dulu tinggalkan saya. Kalau ikut
umur, dia lebih muda dari saya. Pada hukum adatnya, saya yang mati dulu. Tetapi
kuasa Allah siapalah tahu," antara jelas dengan tidak, Haji Taslim Singasari
menuturkan kata. Kehibaan masih terpancar di wajahnya.

"Allah sayangkan dia," meletup suara dari datuk. Apa alasan datuk, orang jahat
disayangi oleh Allah? timbul pertanyaan dalam rongga dada saya.

"Bila dia dipanggil Allah, ertinya segala kegiatan jahatnya terhenti di situ saja. Itu
tanda Allah sayangkan dia. Kalau umurnya panjang penuh dengan kejahatan,
tentulah hidupnya tidak bermakna," sambung datuk lagi. Saya dapat menerima
alasan itu.

Saya lihat jam tua yang tersangkut di dinding sudah pukul empat lebih. Sinar
matahari kian redup tetapi, angin dari sawah menghantarkan kesegaran ke tubuh
kami.

"Saya juga bercadang mahu mengajak si mati kembali ke pangkal jalan, saya
pernah bertentang mata dengannya, pernah berdebat. Kita perlu sabar dan tabah
untuk menyedarkannya. Ah! semuanya sudah berlalu," secara mengejut Pak Imam
bersuara. Datuk anggukkan kepala, begitu juga dengan Haji Taslim Singasari.

Kerana jemu melihat lantai, dinding rumah serta jam tua, saya alihkan pandangan ke
luar. Dedaun kelapa di pinggir kampung melintuk liuk disentuh bayu petang.
Beburung liar terbang rendah lalu hinggap di reranting pokok yang memagari bibir
Kampung Tenang. Awan juga berarak lembut ke arah pekan Balik Pulau.

"Si mati jadi marah dan meradang dengan kedatangan seseorang ke kawasan Balik
Pulau. Menurut si mati orang itu menghalang kegiatannya dengan kasar, tidak mahu
berunding," Haji Taslim Singasari bersuara. Pak Imam renung ke arah datuk. Saya
segera membuat ramalan. Orang yang dimaksudkan oleh si mati itu tidak lain dan
tidak bukan adalah datuk saya.

"Apa kata si mati terhadap orang itu?" saya bertanya, datuk segera mencubit paha
saya. Aduh! sakitnya bukan kepalang. Tetapi saya tetap bersikap tenang, seolah-
olah tidak ada apa yang terjadi.

BATUK

Melihat sikap saya yang bersahaja itu, datuk tidak puas hati. Dia berpura-pura batuk,
sebagai tanda ingatan agar saya jangan megemukakan sebarang pertanyaan lagi.

152
"Orang yang datang ni, bukan calang-calang orang. Ada ilmu dunia dan akhirat.
Sebelum dia tunduk pada orang yang datang itu, dia mahu mengujinya terlebih
dahulu. Tapi...," Haji Taslim Singasari terbatuk. Setelah selesai batuk, dia tidak
mahu meneruskan kata-kata.

Sikapnya itu, membuat kami bertiga resah. Saya terus menganggap Haji Taslim
Singasari mahu menyembunyikan sesuatu dari kami. Dalam erti kata lain, masih
meragui kejujuran kami.

"Kenapa tak teruskan cerita," desak Pak Imam.

"Dia kesalkan awak," biji mata Haji Taslim Singasari menampar wajah Pak Imam
yang nampak terkejut.

"Kesalkan saya? Kenapa?"

"Sebabnya, awak menolong orang yang datang tu. Dia menghormati awak," lanjut
Haji Taslim Singasari.

Datuk nampak resah. Dia sedar dirinya turut dikaitkan dalam masalah ini.
Sesungguhnya kedatangan datuk ke Balik Pulau bukan untuk mencari musuh. Dia
sekadar mahu menunaikan permintaan Mat Prai. Hidup bagi datuk ialah mencari
sahabat sebanyak yang boleh. Musuh jangan dicari, walaupun seorang.

"Agaknya, sayalah orang yang dimaksudkan oleh si mati," datuk tegakkan leher. Pak
Imam renung ke arah saya dan Haji Taslim Singasari pula renung Pak Imam.
Keadaan bertambah gawat, semoga tidak ada tercetus sebarang pergaduhan di sini.
Doa saya dalam hati.

"Memang awaklah," sahut Pak Imam.

"Awak dendam dengannya lagi," Haji Taslim Singasari renuung muka datuk.
Perlahan-lahan datuk gelengkan kepala.

"Saya tahu niat awak macam saya juga, nak membetulkan kesilapannya, bukan
begitu?" tokok Haji Taslim Singasari lagi. Macam tadi datuk anggukkan kepala.

Tiba-tiba kami diganggu oleh suara batuk dan bunyi orang berjalan di bilik si mati.
Kami berpandangan sama sendiri. Bunyi telapak kaki orang yang melangkah itu
semakin lama semakin dekat. Tanpa disangka-sangka pintu bilik yang bercantum itu
ditolak dengan kasar. Semua biji mata tertumpu ke arah pintu bilik.

"Ahhh..."

Serentak kami bersuara dengan rasa terkejut yang amat sangat. Punggung saya
terasa tidak bertemu lantai. Empat wajah manusia dipeluk kecemasan melihat
Suhaimi Keraba yang sudah dikuburkan berdiri di ambang pintu bilik.

Bentuk tubuhnya kelihatan cukup elok dan sempurna. Mukanya tidak pula hitam,
tetapi sepasang anak matanya tidak bercahaya, tersembul macam batu cincin.

153
Walaupun demikian, pandangannya tetap menyorot ke arah datuk.

"Huuuuhhhh."

Lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba telah bersuara. Tangan kanannya


menghentak sebelah pintu bilik hingga tercabut. Kami bertambah cemas. Lembaga
itu terus melangkah ke arah datuk.

"Kembarnya," pekik Haji Taslim Singasari.

"Kami menyebutnya Tunjing, benda ni mesti dimusnahkan. Benda ni jadi jahat dan
mula mengganas bila tuannya dah tak ada," sahut Pak Imam sambil bangun dan
melangkah ke arah tangga.

"Semuanya ni syaitan, iblis," datuk terus meluru ke arah Pak Imam yang berada di
kepala tangga. Dua kaki saya bagaikan ditarik oleh kuasa ghaib bergerak menuju ke
arah datuk. Ketika itu juga terdengar raungan gajah, ngauman harimau dan jerit
monyet. Semuanya datang dari arah bilik si mati.

Lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba terus melangkah dalam keadaan yang
keras. Seluruh daging tubuhnya nampak berulas. Urat-urat hijau bagaikan mahu
menolak kulit tubuhnya. Apa yang manghalangnya habis dirempuh atau ditendang.
Haji Taslim Singasari tidak bergerak dari tempat asal. Dia bangun dan berdiri di situ.
Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Pada saat itu juga, saya lihat lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba bertukar
rupa. Tubuhnya berbulu hitam dan bahagian kepalanya bertukar menjadi kepala
beruang.

"Suhaimi."

Pekik Haji Taslim Singasari. Lembaga itu berhenti melangkah dan bertukar kembali
menyerupai diri Suhaimi Keraba yang sebenar.

Pak Imam dan datuk terus berbisik sesuatu. Apakah perkara yang mereka bisikkan
saya sendiri pun tidak tahu.

"Jaga dan hati-hati, Haji," Pak Imam bersuara.

"Dengan izin Allah saya boleh mengatasinya," sahut Haji Taslim Singasari sambil
membetulkan kedudukan kaki kanannya. Lembaga itu terus merewangkan
tangannya ke kiri dan ke kanan.

"Aduh!"

Serentak dengan itu Haji Taslim Singasari tersungkur ditolak oleh lembaga yang
menyerupai Suhaimi Keraba. Lembaga itu menerkam ke arah datuk. Haji Taslim
Singasari berjaya bangun dan menerkam ke arah datuk.

"Suhaimi Keraba."

154
Mendengar namanya disebut lembaga itu terhenti dari menyerang datuk. Dia
memusingkan kepalanya perlahan-lahan ke arah orang yang memanggilnya.

"Kita harus ke tanah, saya tahu pantang larangnya," perintah Haji Taslim Singasari.

Kami segera terjun ke halaman rumah. Dan lembaga yang menyerupai Suhaimi
Keraba terus ghaib entah ke mana. Haji Taslim Singasari memerintahkan kami
bertiga mendekatinya. Perintahnya segera kami patuhi.

"Biar saya hadapi cara ilmu dunia, kalau saya gagal saya minta tolong pada awak
berdua," kata Haji Taslim Singasari pada datuk dan Pak Imam. Nampaknya datuk
akur dengan permintaan Haji Taslim Singasari.

Bila saja Haji Taslim Singasari memusingkan badannya ke kiri, lembaga yang
menyerupai Suhaimi Keraba muncul didepannya dengan kedua belah tangannya
menghala ke batang leher Haji Taslim Singasari.

"Kau marah aku," tutur Haji Taslim Singasari ke arah lembaga tersebut. Dengan
serta merta lembaga itu anggukkan kepala dan haji Taslim Singasari tumbang atas
tanah. Lembaga itu bersedia untuk memijaknya. Haji Taslim Singasari mengepal
tanah. Tetapi, tidak berjaya. Tanah ditelapak tangannya bertaburan.

"Bantu saya," rayu Haji Taslim Singasari.

Pak Imam menerpa ke arah lembaga itu. Mereka berdepan. Saya lihat Pak Imam
membaca sesuatu, pasti dia membaca ayat-ayat pilihan dari Al-Quran untuk
menentang iblis.

Ternyata lembaga itu tidak mudah ditundukkan tetapi, Pak Imam terus berjuang
dengan sedaya upaya. Akhirnya lembaga itu menjerit sekuat hati bersama dentuman
petir yang amat kuat.

116. Budak Ganjil Tanpa Pakaian

Dentuman petir membuat telinga saya seperti pekak. Tanah yang dipijak seperti
bergegar.Saya pun rebah ke dada bumi. Antara sedar dan tidak, terasa tubuh
diangkat serta diusung oleh datuk dan Haji Taslim Singasari ke perdu macang
(bacang). Saya disandarkan di situ, datuk segera memulihkan semangat saya yang
hilang.

Bila terasa diri semakin pulih, saya celikkan mata. Apa yang saya lihat sungguh
mengejutkan. Lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba terbakar hangus dipanah
petir. Hancur menjadi debu lalu diterbangkan oleh angin ke mana-mana.

Penduduk kampung berdekatan menjadi gempar. Mereka merasa sungguh takjub


kerana dalam cuaca petang yang terang, boleh terjadi ledakan petir yang sungguh
hebat.

155
“Kita sudah melihat kekuasaan Allah, sesungguhnya Allah berhak melakukan
sesuatu yang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita,” Pak imam yang tadi membisu
mula bersuara. Matanya menatap wajah datuk dan Haji Taslim Singasari.

“Itu pilihan sahabat saya, Pak Imam.” Nada suara Haji Taslim Singasari
mengundang kehampaan.

“Itu takdir dirinya,” celah datuk.

“Apa boleh buat Haji, saya harap perkara yang terjadi di depan mata kita ni, jangan
dihebohkan dengan sesiapa. Nanti boleh timbul macam-macam cerita pula,” Pak
Imam menatap permukaan bumi sambil menarik nafas panjang.

Pak Imam angkat kepala lalu memandang ke arah kami dengan senyuman penuh
keyakinan. Dia percaya yang kami akan mematuhi permintaannya. Pak Imam
melangkah ke kaki tangga untuk naik ke rumah. Perbuatannya itu segera dituruti
oleh saya, Haji Taslim Singasari dan datuk.

Bila berada dalam rumah, bilik si mati segera kami serbu. Saya jadi bingung. Semua
barang miliknya menjadi abu, bersepah-sepah seluruh bilik. Malah ada yang melekat
pada dinding akibat ditolak angin.

“Jangan disentuh,” Haji Taslim Singasari mengingatkan kami. Kami terus membuka
tingkap. Dua keping papan dinding yang menghala ke arah sawah dikopaknya
dengan jari telunjuk.

“Kenapa rosakkan dinding rumah?” Tanya datuk.

“Biar angin masuk dan terbangkan debu-debu yang ada dalam rumah ni. Debu-debu
ini tak boleh disentuh, kalau kena tubuh kita, kulit boleh terbakar dan daging badan
jadi busuk,” jelas Haji Taslim Singasari.

Saya segera meninggalkan bilik si mati. Beberapa minit kemudian Pak Imam, Haji
Taslim Singasari dan datuk turut keluar dari bilik si mati. Kerana waktu Asar hampir
tiba, kami terus ke masjid untuk menunaikan solat. Atas persetujuan para jemaah
yang ada, maka Haji Taslim Singasari pun disuruh menjadi imam.

Selesai sembahyang dan berdoa, para jemaah mula bercerita tentang bunyi petir
yang mereka dengar. Ada bermacam-macam andaiannya dan ramalan yang mereka
buat. Kebanyakkannya, dihubungkaitkan dengan kematian Suhaimi Keraba.

Ada yang mendakwa, sebelum petir meledak mereka melihat Suhaimi Keraba
menari-nari di jalan raya. Ada pula yang melihat Suhaimi Keraba minum kopi dan
makan laksa di warung Simpang Empat.

Cerita-cerita yang sampai ke telinga membuat saya tersenyum panjang. Betapa


mudahnya, orang mengadakan cerita yang bukan-bukan, mereka pandai
menggunakan kesempatan dari kematian Suhaimi Keraba yang semasa hidupnya
tidak melakukan kebaikan.

156
Beberapa orang jemaah yang berani terus mendekati Haji Taslim Singasari dan Pak
Imam. Mereka terus mengajukan pelbagai pertanyaan tanpa mempedulikan
kehadiran kami. Mungkin kerana kami orang luar.

“Minta maaf, kami tak tahu pula bunyi petir itu ada hubungan dengan si mati,” itu
jawapan Pak Imam pada pertanyaan mereka. Ternyata jawapan itu tidak
memuaskan hal orang yang bertanya.

“Mustahil awak tak tahu?” Tanya lelaki berkulit hitam manis dengan misai lebatnya
menutupi bibir atas. Pertanyaan ditujukan khas untuk Haji Taslim Singasari mencari
jawapannya di samping berusaha menjauhkan diri dari lelaki berkulit hitam yang
usianya sekitar lima puluhan.

“Petir berbunyi waktu cuaca terang benderang, perkara biasa,” sahut Pak Imam.
Ternyata lelaki berkulit hitam tidak puas hati kerana jawapan itu bukannya datang
dari Haji Taslim Singasari.

Matahari petang yang memancar membuat dahi saya dan datuk berpeluh. Pak Imam
merenung ke arah kolah masjid.

“Bagi saya, itu bukan perkara biasa,” lelaki berkulit hitam manis bersuara. Dia
menatap wajah Pak Imam dan Haji Taslim Singasari.

“Kenapa awak kata macam tu?” Datuk ajukan pertanyaan pada lelaki berkulit hitam
manis. Dia tidak berminat mahu bercakap dengan datuk. Mungkin kerana datuk
orang luar. Datuk dan Pak Imam berpandangan. Akhirnya mereka tersenyum .

“Bagi saya,” ulang lelaki berkulit hitam, “perkara itu ada kaitannya dengan sahabat
Pak Haji yang mati. Dia tu manusia jahat, isi neraka,” begitu senang lelaki berkulit
hitam manis bercakap.

“Mulut awak celupar. Tak baik menuduh begitu. Saya tak suka cara awak, kita tak
boleh menentukan seseorang itu isi neraka atau syurga kerana ia adalah kuasa
Allah,” nada suara Haji Taslim Singasari mula meninggi. Mukanya nampak merah.

“Maafkan saya, Pak Haji.”

“Awak tahu, Allah boleh melakukan sesuatu apa yang diingini-Nya, apa lagi petir
waktu hari bercuaca panas,” Haji Taslim Singasari berhenti bercakap. Dia menarik
nafas dengan perlahan-lahan. Matanya menoleh ke arah saya dan datuk.

“Kenapa dalam setiap kejadian kita tidak mahu memikirkan tentang kebesaran
Allah? Kenapa mesti dikaitkan dengan manusia yang kita cap atau kita kira sebagai
manusia jahat. Ini ertinya kita bercakap dan berfikir menurut perasaan bukannya
menggunakan otak,” lanjut Haji Taslim. Dia tentang biji mata lelaki berkulit hitam
manis. Bahu lelaki itu ditepuk dengan mesra.

“Ini kesilapan saya, suka mendengar cakap-cakap orang,” terpamer kekesalan di


wajah si hitam manis.

157
“Lain kali, jangan cepat sangat percaya dengan cakap-cakap orang, selidik dulu
sebelum membuat tuduhan, barulah hidup selamat,” Pak Imam mengurui si hitam
manis.

“Maafkan saya.”

“Sudahlah, lain kali berhati-hati. Kami tak ada apa-apa dengan awak,” tutur Pak
Imam mengakhiri kata dengan senyum. Si hitam manis tergesa-gesa meninggalkan
kami.

Sebenarnya kami bertiga (Pak Imam, datuk dan saya) tidak perlu pergi ke rumah
Haji Taslim Singasari. Pak Imam boleh pulang terus ke rumahnya. Sementara saya
dan datuk boleh balik ke rumah Mat Prai. Oleh kerana basikal kami masih berada di
rumah Haji Taslim Singasari perkara tersebut tidak dapat dilakukan. Terpaksa pergi
ke rumahnya dulu.

Bila sampai di rumah, Haji Taslim Singasari menahan kami agar minum petang. Dia
sendiri yang membuat air kopi dan menggoreng pisang nangka. Minum petang
sambil berborak memang menyeronokkan, ketika sedang berborak tanpa
disengajakan Haji Taslim Singasari telah menceritakan serba sedikit kebolehan yang
ada pada dirinya. Rupanya, perkara yang tidak disengajakan itu telah berbekas
dalam diri datuk. Timbul minat dalam hatinya untuk mengetahui beberapa perkara
tertentu dari Haji Taslim Singasari.

Bagaimanakah datuk mahu menyatakan hasrat hatinya itu? Dan amat mengejutkan
saya, bila datuk mahu menerima pelawaan dari Haji Taslim Singasari agar
bermalam di rumahnya untuk sama-sama membaca Yasin.

“Macam mana dengan basikal yang saya pinjam, saya tak boleh bawa dua basikal
sekali,” Pak Imam meyatakan keresahannya sambil meletakkan cawan di tangan ke
dada piring.

“Ya juga!” Datuk terkejut dan menyedari yang perbuatannya itu menyusahkan orang
lain.

“Itu mudah saja, suruh cucu awak bawa basikal saya, awak naik basikal yang
dipinjam. Bila datang ke sini semula, awak naiklah basikal saya bersama cucu
awak,” Haji Taslim Singasari menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Bijak juga awak cari jalan selesai,” Pak Imam terus menatap wajah Haji Taslim
Singasari .

“Kalau tak ada apa-apa hal, lepas sembahyang Isyak saya datang ke sini. Saya juga
nak baca Yasin,” sambung Pak Imam bersama senyum.

“Kalau awak datang saya gembira, kalau tak datang saya tak marah,” tingkah Haji
Taslim Singasari lalu disambut dengan ketawa. Haji Taslim Singasari
mengumpulkan cawan dan piring kosong lalu dibawa ke ruang dapur.

158
Kami turun dari rumah. Haji Taslim Singasari keluarkan basikal tua dari bawah
rumah. Diserahkan pada saya. Basikal tua itu masih berhabuk tetapi, brek dan tayar
masih elok.

“Saya jarang menggunakannya,” tutur Haji Taslim Singasari sambil menepuk tempat
duduk basikal dua tiga kali.

“Jangan bawa laju-laju,” datuk mengingatkan saya.

“Kalau bawa laju nanti tercabut tayar,” Pak Imam berjenaka. Saya tersenyum
panjang.

Kami keluar dari kawasan rumah Haji Taslim Singasari. Pak Imam berada di depan,
datuk di tengah dan saya berada di tempat terakhir, semuanya membongkok kayuh
basikal.
Matahari petang yang kian condong mencipta bebayang diri kami memanjang di
dada jalan. Angin yang bertiup memberikan keseronokan dan kesegaran pada diri
saya. Sambil kayuh basikal saya bersuil-siul kecil membawakan lagu Terkenang
Semasa Dulu.

Lagu tersebut cukup popular ketika itu. Kecil besar tua muda kenal dengan suara
penyanyi R. Azmi yang setiap hari berkumandang di radio Malaysia (ketika itu
disebut Radio Malaya). Akhirnya kami sampai di rumah Pak Imam. Tidak dapat saya
gambarkan kegembiraan yang melonjak dalam dada, bila Pak Imam menyuruh saya
menghantar basikal yang dipinjam ke rumah adiknya.

Inilah peluang terbaik bagi saya untuk melihat wajah Masitah, si putih kuning
penggoda jiwa. Doa saya, semoga emak dan ayah Masitah tak ada di rumah. Kali
ini, saya mahu bercakap panjang dengannya. Mahu Tanya kegemarannya. Lagu
apa yang diminatinya, pandaikah dia membaca Quran dan berkasidah? Bolehkah
dia masak gulai tempoyak, yang jadi kegemaran saya dengan nenek. Kalau boleh
dialah bakal isteri saya. Engkau cantik, engkau menawan Masitah.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikum salam,” terdengar suara halus nyaring. Engkaukah itu Masitah? Saya
tersengih sendirian dengan sepasang biji mata tertumpu ke arah pintu yang
terdedah.

“Siapa tu?” Orang di dalam bersuara lunak.

“Saya Tamar, nak pulangkan basikal yang saya pin..," saya tidak dapat meneruskan
kata-kata. Jantung saya berdebar.

Oh! Tuhan apakah saya bermimpi? Dua tiga kali saya mengucap panjang. Benarkah
yang berdiri di muka pintu itu Masitah? Bisik batin saya. Sudah jelas yang
berkemban di muka pintu adalah Masitah.

Mata jantan saya tertumpu ke arah bahagian dada yang tidak bertutup. Kulitnya
putih melepak dan lembut. Basikal yang dipegang terlepas dari tangan. Jatuh

159
terdampar atas bumi. Masitah yang berdiri di muka pintu menghilangkan diri. Basikal
yang rebah saya tegakkan lalu disandarkan pada tiang seri di bawah rumah.

“Basikal bawah rumah, saya nak balik,” kata saya sambil keluar dari bawah rumah.
Hati kecil saya tetap kesal kerana Masitah cukup cepat menghilangkan diri. Waktu
saya mahu melintas di depan tangga, saya lihat Masitah berdiri di situ. Dia tidak
berkemban lagi. Pakaiannya cukup kemas dengan baju kurung berkain batik. Dia
tidak memakai kain kelubung. Rambutnya disikat rapi.

“Nama awak, Masitah!” Saya memberanikan diri sambil berjenaka. Tiada jawapan
yang saya terima dari Masitah kecuali sebuah jelingan tajam penuh makna dan
mendebarkan.

“Basikal yang dipinjam tadi, ada di bawah rumah,” saya menambah. Masitah tiada
juga bersuara, tetapi ada senyum di kelopak bibirnya. Saya tidak mahu senyumnya.
Saya mahu mendengar suaranya.

“Sampaikan salam saya pada emak dan ayah awak,” kata saya tanpa melihat ke
arahnya. Saya terus melangkah dengan wajah yang serius.

MENGENA

Ternyata, tektik yang saya lakukan itu mengena. Saya kira, kalau saya jual murah,
Masitah jual mahal. Bila saya jual mahal, Masitah jadi serba salah lalu menegur
saya. Ini sebuah pengalaman yang amat berharga.

“Macam merajuk aje nampaknya, pagi tadi bukan main berani,” Masitah mengusik
dan menyindir. Bagaikan ada kuasa tertentu, langkah saya terhenti dan wajah saya
bagaikan diarahkan kuasa ghaib memandang ke arah wajah Masitah. Kami
tersenyum.

“Pergi ke mana bawa basikal ayah saya?”

“Ke Kampung Terang.”

“Ada apa di sana?”

Saya rasa agak sukar mahu menjawab pertanyaan dari Masitah. Kalau saya katakan
yang benar, mungkin dia tidak percaya dan menuduh saya berbohong.

“Saya tak boleh cakap, kalau nak tahu tanyalah ayah saudara awak,” kata saya.

“Kenapa tak boleh cakap?”

“Itu rahsia.”

“Alahaiii menyampah,” Masitah juihkan bibir bawah ke depan bersama kerdipan dan
jelingan. Tidak memadai dengan itu, dia tunjukkan penumbuk ke arah saya.
Sungguh melucukan tetapi amat menghiburkan diri saya.

160
“Tamarrr.”

Suara datuk meninggi dan memanjang dalam nada marah. Kegembiraan yang
melonjak dalam dada terus hilang. Saya terus berlari dengan sekuat hati menuju ke
rumah Pak Imam.
Sebelum sampai ke rumah Pak Imam dua kali saya terjatuh tersepakkan akar. Rasa
sakit sudah tak terasa lagi, akibat dikuasai rasa takut pada datuk.

“Heiii, kamu ni.” Datuk beliakkan mata, saya tidak angkat muka. Cuma renung
permukaan bumi saja. Rasa gementar terus bersarang di dada. Saya berdoa agar
kemarahan datuk berakhir di situ saja.

“Apa yang kamu buat di situ? Hantar basikal sampai berjam-jam. Apa yang kamu
cari di rumah orang, ha?” Sambung datuk. Suaranya makin meninggi.

“Sudahlah tu,” Pak Imam memujuk.

“Kalau tak ditegur inilah jadinya,” ada perubahan pada tekanan suara datuk.
Nadanya merendah. Dada saya terasa lapang bia dia berbalas senyum dengan Pak
Imam.

“Saya pergi dulu,” datuk hulur tangan pada Pak Imam. Mereka bersalaman.

“Dengar cakap datuk kamu, jadilah cucu yang baik,” kata Pak Imam bila saya
bersalaman dengannya.

“Terima kasih,” saya tatap wajah Pak Imam yang tersenyum. Segera saya sorong
basikal tua ke arah jalan besar. Datuk mengekori dari belakang. Bila sampai dekat
pokok kelapa condong datuk berpatah balik menemui Pak Imam.

“Awak datang malam ni ke rumah Haji?”

“Insya-Allah lepas isyak saya sampai,” itu janji Pak Imam pada datuk. Dan datuk
meneruskan perjalanan tanpa mahu menoleh ke belakang lagi.

Sampai di tepi jalan raya, datuk ambil basikal dari saya. Tanpa berkata apa-apa dia
terus kayuh basikal. Saya terpinga-pinga kerana datuk terus meluru ke depan tanpa
menyuruh saya naik basikal.

“Tuk,” jerit saya.

Datuk tidak peduli dia terus kayuh basikal. Saya jadi cemas dia semakin jauh dari
saya.

“Tuk,” jerit saya.

Datuk tidak juga menoleh ke belakang. Terus membongkok kayuh basikal. Ini tidak
boleh jadi, datuk dah buat perangai gila-gilanya. Saya buka langkah dan terus
memburunya. Bila langkah saya bersaing dengan basikal yang datuk kayuh, tanpa

161
membuang masa saya terus melompat ke atas pelantar basikal. Saya tercunggap-
cunggap, tetapi datuk buat endah tak endah dengan kehadiran saya tu.

“Tuk,”

“Hum, ada kamu. Aku ingatkan tadi kamu tak tahu berusaha, nak hidup,” kata-kata
itu amat menyakitkan hati saya.

“Agaknya datuk terlupa nak ajak saya naik basikal.”

“Aku tak terlupa, aku sengaja tinggalkan kamu. Nak tengok kamu tu cerdik ke
bodoh?”

“Hum,” saya mengeluh dalam hati. Sikap datuk itu amat mengecewakan. Saya ambil
keputusan tidak mahu bercakap dengannya.

Basikal yang dikayuh oleh datuk agak laju, habis rambut saya mengerbang. Angin
terasa begitu kuat memukul kulit pipi dan mata mula berair. Tenaga datuk bagaikan
tenaga orang muda.

“Duduk diam-diam,” datuk mengingatkan saya, bila datuk mendapati saya bergerak
ke kiri dan ke kanan atas pelantar basikal. Saya berbuat demikian kerana saya
terasa cukup lenguh.

“Baik tuk,” kata saya.

Dari jalan raya datuk belok basikal ke kanan, masuk ke lorong kecil menuju ke
rumah Haji Taslim Singasari. Cuaca tidak secerah tadi, matahari sudah mengisut ke
kaki langit. Sebentar lagi cuaca samar akan menguasai seluruh kampung yang
menandakan malam mula mengusir siang.

Cukup cekap datuk mengendalikan basikal yang dikayuhnya. Dia bijak mengelakkan
tayar basikal dari melanggar tunggul dan akar kayu yang berselirat di dada lorong.

Bila tayar basikal terlanggar lopak kecil atau akar kayu secara tidak sengaja, tubuh
datuk bergerak ke kiri dan ke kanan untuk mengimbangi badan dan basikal dari
masuk parit. Secara tidak langsung, saya juga turut bergerak. Akibat terlalu kerap
bergerak, badan saya berpeluh.

“Cepat datang.”

Sambut Haji Taslim Singasari di kaki tangga Saya terus melompat turun dari
pelantar basikal. Kerana saya melompat tanpa memberitahunya, datuk tidak dapat
mengawal basikal dengan baik hingga dia terbabas ke arah perdu pisang. Basikal
dan datuk jatuh di situ. Haji Taslim Singasari segera menerkam ke arah datuk.

“Kamu tak mahu fikir tentang orang lain, bila mahu berbuat sesuatu. Tengok apa dah
jadi,” biji mata datuk tertumpu ke wajah saya. Kali ini saya tidak merasa takut,
kerana nada suara datuk tidak meninggi.

162
“Lain kali jangan buat macam tu lagi,” sambung datuk bersama senyum.

Entah mengapa datuk tidak naik darah kali ini. Mungkin dia segan dengan Haji
Taslim Singasari. Datuk tolak basikal ke bawah rumah. Disandarkan pada tiang kayu
bulat. Kemudian Haji Taslim Singasari terus memeriksa tangan kanan datuk. Pada
hematnya, tangan kanan itu mesti bengkak atau luka. Semasa datuk jatuh tadi
tangan kanan itu terkandas atas kayu bulat.

“Tak ada apa-apa, saya sempat mengelak. Dari jauh memang nampak yang tangan
saya ni kena kayu bulat,” jelas datuk.

“Cekap juga awak.”

“Semuanya dengan izin Allah,” balas datuk.

“Mari naik,” pelawa Haji Taslim Singasari.

BEKU

Sementara menanti masuk waktu maghrib, saya duduk di anak tangga bongsu
melihat ke kawasan hujung sawah. Damai melihat pepucuk pisang yang meliuk-liuk
diterpa angin, begitu juga dedaun pinang dan kelapa.

Datuk dan Haji Taslim Singasari terus berborak panjang di anjung. Mereka bertukar
pendapat, berbincang tentang hal-hal agama.

“Islam itu tak beku, sesuai pada setiap zaman. Tetapi, para penganutnya sendiri
yang membuat Islam tu jadi beku,” tutur Haji Taslim Singasari.

“Maksud awak?” Sanggah datuk.

“Mudah saja, apa yang dicari orang hari ini, sudah ada dalam Islam sejak beratus
tahun dulu. Sama ada tentang kehidupan di langit, di bumi dan di laut. Malah
kejadian budak dalam perut ibunya sudah dinyatakan dalam Quran. Sayangnya
orang Islam sendiri tak mahu mencarinya.” Jelas Haji Taslim Singasari.

“Kalau hidup berpegangkan ajaran agama, selamat kita dunia akhirat,” tingkah
datuk.

“Ya,” Haji Taslim Singasari anggukkan kepala. Setuju dengan pendapat datuk.

Hari beransur gelap. Pepohon di hujung sawah sudah tidak jelas lagi. Beburung
tidak lagi terbang untuk pulang ke sarang. Cahaya merah dan biru di kaki langit
sudah pun menghilang . Beduk di sudut masjid pun dipalu orang lalu disusuli dengan
suara azan mendayu hiba. Menyeru penduduk kampung supaya menunaikan
kewajipan.

Kami pun menunaikan solat Maghrib, imamnya Haji Taslim Singasari . Kami
membaca surah Yasin hingga masuk waktu Isyak. Bila solat Isyak mahu dimulakan,

163
saya terasa lain macam saja. Macam ada sesuatu yang tidak dapat dilihat bergerak
bebas dalam rumah. Bulu tengkuk saya sentiasa saja berdiri.

“Itu perasaan kamu saja, Tamar,” kata datuk bila rasa gelisah itu saya sampaikan
padanya.

“Bukan perasaan, perkara tu memang ada,” Haji Taslim Singasari renung muka
datuk, “pedulikan, kita sembahyang dulu,” sambung Haji Taslim lagi sambil
mengarahkan saya dan datuk mengambil tempat masing-masing. Dia pun
memulakan tugasnya sebagai imam.

Bila saya memberi salam yang kedua, bahu saya sepeprti dipegang oleh seseorang.
Dalam keadaan yang tergamam itu, saya terasa seperti ada orang yang menjabat
tangan saya. Digenggam erat sambil digoncang beberapa kali.

“Manusia ke syaitan?” Bentak batin saya.

Serentak dengan itu, genggaman yang mencangkumi telapak tangan saya terlepas.
Ada hembusan nafas yang keras menyentuh kulit pipi. Bahu saya disinggung
dengan kuat hingga saya terdorong ke kanan, berlaga dengan badan datuk.

“Kau mengantuk, Tamar?”

Saya segera gelengkan kepala sambil tumpukan seluruh perhatian ke arah


pembacaan doa yang dilakukan oleh Haji Taslim Singasari. Sesekali saya lihat datuk
berada dalam keadaan yang resah. Dia mengisut ke arah saya seperti ada orang
yang menghimpitnya. Pembacaan doa pun berakhir. Saya terus bersalam dengan
Haji Taslim Singasari.

“Kamu kurang senang kerana diganggu,” Haji Taslim Singasari tenung muka saya.
Belum pun sempat saya menjawab, dia ubah pandangan pada datuk. Mereka
bersalaman.

“Assalamualaikum.”

Biji mata kami tertumpu ke arah pintu yang tertutup rapat. Lama kami menunggu
pintu yang tidak berkunci itu ditolak orang dari luar. Apa yang kami harap tidak juga
terjadi.

“Pedulikan.” Kata Haji Taslim Singasari dengan tenang. “Mari kita baca surah Al-
Kahfi,” sambungnya lagi.

Saya dan datuk anggukkan kepala. Haji Taslim Singasari terus bangun, ambil Quran
atas rak lalu diserahkan pada saya dan datuk.

“Assalamualaikum,”

Kami bertiga terhenti untuk memulakan pembacaan. Semua biji mata tertumpu ke
arah pintu. Seorang budak lelaki dalam usia lapan tahun, tanpa pakaian kecuali kain
cawat yang menutupi kemaluannya. Rambutnya dicukur bersih, bahagian belakang

164
kepalanya terdapat setompok rambut dalam bentuk jambul. Panjang rambut tersebut
hingga bertemu dengan bahagian punggungnya.

Sekilas pandang memang wajahnya menyerupai kanak-kanak. Bila ditenung lama-


lama ternyata wajah itu cukup dewasa dalam usia empat puluhan. Urat-urat di dahi
dan di pipi kelihatan menonjol bagaikan akar rotan di permukaan bumi. Bentuk
telinganya macam telinga arnab dan mengeluarkan asap nipis.

Saya gerun melihat bentuk matanya yang dalam, tidak ada kelopak, tidak ada bulu
mata dan kening. Ada cahaya memancar lembut macam mata kucing waktu malam
bila terkena sinaran lampu picit. Apa yang pelik dan menakjubkan dari mana dia
datang? Mustahil dia masuk ikut pintu, kerana daun pintu tidak bergerak, masih
tertutup rapat.

“Pedulikan,” Suara Haji Taslim Singasari meninggi.

Budak kecil di depan pintu terus ketawa dan mengilai panjang. Cukup seram dan
menakutkan, bulu roma saya tegak berdiri. Dia jelirkan lidahnya yang panjang lalu
menjilat-jilat tubuhnya macam kucing menjilat bulunya.

“Mari kita baca,” sambung Haji Tasim Singasari.

Kami terus mematuhi cakapnya. Dalam beberapa saat rumah di pinggir kampung itu
terus bergema dengan pembacaan dari surah Al-Kahfi. Makin lantang suara kami
membaca, makin kuat hilai ketawa sungguh ganjil. Dia menari-nari dan melompat di
depan kami. Sesekali dia menukarkan taktik dari ketawa kepada menjerit dan akhir
menangis tersedu-sedu macam budak kecil lapar susu.

117. Ilmu Telapak Pasir Merah

Saya kira setelah selesai membaca surah Al-Kahfi, tetamu ganjil yang tidak
diundang itu akan pergi. Ternyata perkiraan saya tidak tepat. Tetamu ganjil masih
berada di depan pintu, cuma dia tidak ketawa mengilai atau menangis.

Kali ini dia duduk dengan membongkokkan badannya. Menyembunyikan wajahnya


di celah kangkang agar tidak dapat kami lihat. Bunyi nafasnya cukup kuat.

"Biarkan dia di situ," bisik Haji Taslim Singasari pada saya dan datuk, "Masa arwah
hidup, dia selalu datang tidak tentu masa," penjelasan Haji Taslim Singasari yang
membuat saya dan datuk terkejut besar.

"Begitu," kata datuk.

"Biar saya uruskan semuanya," itu jaminan Haji Taslim Singasari.

Saya makin lemas dengan keadaan yang saya hadapi. Menyesal rasanya, saya ikut
datuk. Kalau saya tahu begini jadinya, lebih baik saya tidur di rumah Mat Prai.

165
"Kita makan," Haji Taslim Singasari letakkan hidangan malam di depan saya dan
datuk. Hebat juga masakkannya, ikan keli masak rempah, ada ikan gelama kering
yang digoreng bersama cabai kering dan bawang besar. Ada sambal kelapa dengan
ulam pegaga.

Melihat hidangan itu, saya jadi kagum. Masa bila Haji Taslim Singasari menyediakan
semuanya ini? Sungguh cekap dia bekerja. Fikir saya dalam hati.

"Ya," angguk Haji Taslim Singasari sambil menaruh nasi ke dalam pinggan saya dan
datuk, "Masa menanti awak datang, saya siapkan semuanya ini. Masak sendiri dah
jadi perkara biasa bagi saya," Haji Taslim Singasari menyelesaikan persoalan yang
berlegar-legar dalam tempurung kepala saya.

Ketika kami menjamu selera, tetamu ganjil tidak mengganggu. Tidak bergerak dari
tempat duduknya. Bunyi hembusan nafasnya beransur lemah. Meskipun dia tidak
mengacau tetapi, rasa cemas tetap berada di hati saya.

"Sin..."

Secepat kilat saya menoleh ke arah tetamu ganjil. Saya yakin, suara yang
menyeramkan itu datangnya dari tetamu ganjil. Bunyinya macam bunyi belalang
pelesit. Kerana datuk dan Haji Taslim Singasari ada disisi saya, rasa takut terus
hilang.

Selesai makan, kami terus berehat di ruang tengah rumah. Saya sandarkan badan
ke dinding. Ternyata datuk tidak senang, kalau masa yang terluang dibiarkan berlalu
begitu saja. Setiap saat yang hadir harus diisi dengan mengingati Allah.

"Macam mana kalau kita membaca Quran, datuk meluahkan usul. Rupanya, usul itu
disambut oleh Haji Taslim Singasari dengan aman.

"Memang elok tu, saya juga berfikir macam tu. Tapi, mesti sekejap lagi kita mulakan,
biar nasi dalam perut hancur," Haji Taslim Singasari renung ke arah jam tua yang
tersangkut di dinding.

"Baru pukul sebelas," tambah Haji Taslim Singasari sambil melunjurkan sepasang
kakinya. Senyum datuk berlari di kelopak bibir.

Suasana jam sebelas malam di pinggir kampung memang terasa amat sepi. Desiran
angin yang menolak cucor atap rumah jelas kedengaran. Suara pungguk merayu
bulan terus mendayu-dayu begitu juga dengan bunyi cengkerik dan katak.

Mungkin kerana saya makan terlalu kenyang menyebabkan saya terasa amat
mengantuk sekali. Dua tiga kali saya tersengguk-sengguk. Pada saat itu, saya
sudah terlupa dengan makhluk ganjil.

"Makan tak jemput orang pun."

Saya segera jegilkan mata. Saya pasti, itu suara dari tetamu ganjil. Saya segera

166
merenung ke wajah datuk. Dari kedutan keningnya, saya dapat membayangkan
yang datuk berada dalam keresahan.

"Usah bimbang," Haji Taslim Singasari bersuara. Matanya tertampar ke wajah saya
dan datuk.

"Dia tu kembar si mati, inilah kali kedua dia datang. Kali pertama waktu arwah sakit.
Dia datang merawatnya. Ini semuanya iblis," sambung Haji Taslim Singasari sambil
melunjurkan sepasang kakinya.

"Hal begini, tak boleh dibiarkan," cetus datuk seraya menjeling tajam ke arah tetamu
ganjil. Gegendang telinga saya terdengar bunyi suara orang mengeluh dengan sayu
sekali.

"Sahabat apa namanya, kalau tak boleh menolong sahabat sendiri," datang lagi
kata-kata dari tetamu ganjil. Saya jadi resah tidak menentu.

Tiba-tiba pelita yang menyala terpadam seperti dihembus sesuatu. Bagaikan kilat
saya terus meluru ke arah datuk. Terus duduk di hujung lututnya. Haji Taslim
Singasari terus meraba-raba mencari mancis api.

"Rumah ni bergegar, macam di goncang orang," kata datuk sambil memegang


pergelangan tangan kanan saya erat-erat. Dia berbuat demikian agar saya tidak
terpisah dengannya. Apa yang datuk kata memang benar. Saya sendiri
mengalaminya, terasa punggung saya seperti bergerak sendiri atas papan lantai.

"Jangan disentuh barang yang jatuh, walaupun ada di hujung tangan kamu," Haji
Taslim Singasari mengingatkan. Dia menyalakan mancis lalu membakar sumbu
pelita.

"Alhamdulillah," datuk bersuara setelah cahaya pelita menerangi ruang. Haji Taslim
Singasari membuka baju Melayu potongan teluk belanga lalu disangkut ke dinding.

Baju singlet yang masih lekat di tubuhnya kelihatan berwarna agak kekuningan.
Beberapa bahagian ada yang koyak sebesar telapak tangan orang dewasa. Tanpa
berkata apa-apa Haji Taslim Singasari terus menuju ke dapur.

KEMBALI

Dia kembali mendekati saya dan datuk, muka dan kedua belah tangannya terdapat
kesan air. Dia membiarkan air di hujung jarinya menitik atas lantai.

"Ambil air sembahyang?" datuk bertanya.

Haji Taslim Singasari anggukkan kepala. Dengan hati-hati dia mengangkat barang-
barang yang berserakkan di lantai lalu diletakkan ke tempatnya.

"Jangan, biar saya uruskan sendiri," tegah Haji Taslim Singasari. Saya tidak jadi

167
membantunya mengangkat kitab tua bertulis jawi ke atas rak.

Datuk masih lagi bersandar di dinding. Matanya merenung sayu ke arah Haji Taslim
Singasari. Semua gerak-geri Haji Taslim Singasari ada dalam bola mata datuk.
Datuk bagaikan mentafsir segala gerak langkah Haji Taslim Singasari yang
mempunyai makna dan maksud tertentu. Semua barang-barang yang bertaburan
dikembalikan ke tempat asalnya. Haji Taslim Singasari kembali duduk disisi datuk.

Tiba-tiba daun tingkap yang dikunci terbuka dengan sendiri. Angin malam menerbus
masuk, mengusap wajah dan tubuh kami bertiga. Saya melihat ke arah tingkap yang
terdedah. Cuaca di luar amat gelap.

"Kamu pergi rapatkan tingkap."

Perintah datuk segera saya patuhi dengan rasa hati yang amat berat sekali.
Ketakutan menguasai diri saya.

Bila saya hadapkan muka keluar, apa yang dilihat ialah kegelapan malam yang
memanjang. Saya terasa seram dan bulu roma saya terus berdiri.

Bila daun tingkap saya tarik untuk rapatkan, secara tidak sengaja mata saya
terpandang kain putih melayang-layang di udara diterbangkan oleh angin ke atas ke
bawah. Saya tidak dapat berkata apa-apa. Saya terus terpaku di situ.

Kain putih yang dimainkan angin bergerak ke arah saya. Hati kecil berdetik
mengatakan kain putih yang saya nampak itu adalah kain kafan Suhaimi Keraba,
saya tercium bau kapur barus, sintuk dan bau-bauan lain yang sering digunakan
untuk memandikan mayat.

"Tamar, kenapa lama sangat kamu di situ?"

Suara Haji Taslim Singasari cukup lantang. Saya mempersetankan teguran itu. Haji
Taslim Singasari berbuat demikian kerana melihat saya berdiri di situ agak lama.
Daun tingkap tidak juga dirapatkan, masih terdedah.

"Tamar, apa yang kamu tengok dalam gelap tu?" suara datuk menyusul. Saya terus
membisu dengan sepasang mata tertumpu ke arah kain putih yang melayang-layang
di udara.

Angin kian bertiup, dedahan yang berlaga sama sendiri mengeluarkan bunyi yang
berbagai-bagai. Sesekali terdengar macam bunyi orang mengeluh, orang menangis
dan bernyanyi yang tidak berapa jelas senikatanya.

Gegendang telinga terus disumbat dengan suara lolongan anjing yang sayup-sayup
dari arah kaki bukit. Suara burung hantu terus tingkah meningkah dengan suara
burung jampuk.

Makin gamat suara lolongan anjing dan suara burung hantu, kian rancak kain putih
melayang-layang di udara macam orang menari. Kalau pada awalnya saya dapat
mengagak panjang kain putih itu kira-kira enam kaki tapi kali ini panjangnya kian

168
bertambah hampir mencecah awan.

"Tamar."

Bahu kanan saya di tepuk dengan kuat. Saya menoleh ke kiri. Saya lihat datuk
berdiri di sisi saya dengan wajah yang cemas. Saya toleh ke kanan, saya lihat Haji
Taslim Singasari berdiri si situ. Saya cuba mahu menutur sesuatu tetapi, suara saya
tidak keluar.

"Budak ni kena pukau iblis," tutur Haji Taslim Singasari.

Dia menentang wajah saya sambil mulutnya berkumat-kumit. Saya tidak tahu apa
yang dibacanya. Seluruh kulit muka saya terasa panas seperti terkena api.

Haji Taslim Singasari meletakkan telapak tangan kanannya atas dahi saya. Dari
dahi, telapak tangan itu bergerak perlahan-lahan menyapu wajah saya hingga ke
hujung dagu. Haji Taslim Singasari mengulangi perbuatan itu sebanyak tiga kali
berturut-turut.

"Aiicccuuuummmmmmmmmmmmmmmmmmmm..."

Saya bersin hingga terasa hingus keluar dari hidung. Seluruh badan terasa seram
sejuk. Saya rebah di lantai.

Ketika itulah saya terpandangkan tetamu ganjil seolah-olah berdiri di depan saya.
Kali ini wajahnya amat menakutkan. Dia menjelirkan lidah hingga ke perut.
Telinganya yang sebesar telinga gajah jatuh atas bahunya. Kelopak matanya merah
seperti bara dan dari lubang telinganya keluar asap yang nipis. Dia bagaikan ketawa
melihat saya terkapar di lantai. Haji Taslim Singasari terus merawat saya.

Bila Haji Taslim Singasari berada di bahagian kepala saya, tetamu ganjil itu segera
berubah ke hujung kaki. Kehadiran tetamu ganjil itu memang tidak dapat dilihat oleh
Haji Taslim Singasari. Dia bergerak bagaikan bayang-bayang. Saya menelan air liur
dan cuba menuturkan beberapa patah perkataan. Ternyata saya sudah boleh
bersuara.

"Di hujung kaki saya," tutur saya meninggi.

"Apa dia Tamar?" soal Haji Taslim Singasari kehairanan. Dia renung ke kiri dan ke
kanan. Dia gelengkan kepala sambil berkata: "Tak ada apa-apa pun yang aku
nampak."

Mendengar ungkapan dari Haji Taslim Singasari itu, tetamu ganjil menyeringaikan
giginya tanda suka.

"Saya nampak apa yang cucu saya katakan," datuk bersuara dengan sepasang
matanya tertumpu ke arah hujung kaki saya. Gerak-geri si tetamu ganjil dalam biji
mata datuk.

"Saya," sahut tetamu ganjil lalu mempamerkan tubuhnya ke alam nyata. Datuk dan

169
Haji Taslim Singasari berpandangan.

"Kita mesti bertindak," kata datuk.

"Caranya?" soal Haji Taslim Singasari.

"Begini, kau ambil surah Yasin dan baca di situ," datuk segera menuding jari
telunjuknya ke arah sudut ruang.

"Kalau itu, memang ada rancangan dalam kepala saya," sahut Haji Taslim Singasari
mematuhi cakap datuk.

Datuk terus berdepan dengan tetamu ganjil itu. Kedua-dua kelopak bibir datuk
bergerak. Pasti datuk membaca ayat-ayat suci penghalau iblis. Datuk seperti
menghadapi kesulitan kerana bibir tetamu ganjil itu ikut bergerak mengikut gerakan
bibir datuk, dia dapat menyebutnya dengan fasih, malah membetulkan pembacaan
datuk yang tersilap.

SUARA

Datuk buat tidak kisah dengan telatah tetamu ganjil itu. Dia teru membaca ayat-ayat
suci penghalau iblis dengan tenang. Haji Taslim Singasari yang mendengar suara
tetamu ganjil mengajuk cakap datuk, terus membaca surah Yasin dengan lantang.

"Sampai di sini saja kita berkawan Haji, kamu memang selama-lamanya bermusuh
dengan sahabat kami," tiba-tiba saja tetamu ganjil meloncat ke arah Haji Taslim
Singasari. Dia jadi marah kerana Haji Taslim Singasari tidak menjawab kata-
katanya. Dia menjerit dengan sekuatnya.

Dan bersama gema jeritan yang memekakkan anak telinga itu, seluruh tubuh tetamu
ganjil bercahaya macam manik-manik kaca disinari matahari. Pada mulanya
membesar, kemudian mengecil dan hilang macam debu-debu dibawa angin. Tidak
ada apa yang dapat kami lihat.

Suasana terasa amat sepi tetapi, bau kemenyan dan kapur barus bagaikan
memenuhi ruang rumah. Saya rasa seluruh badan berpeluh dan bertenaga. Saya
segera bangun duduk.

"Saya fikir semuanya dah selesai," kata datuk.

"Saya harap pun begitulah, tapi iblis ni pandai menipu kita," sahut Haji Taslim
Singasari agak ragu-ragu. Dia renung kiri kanan. Dia bangun dan dan memeriksa
seluruh ruang. Akhirnya daun tingkap yang terdedah dirapatkannya. Lolongan anjing
masih sayup-sayup terdengar. Haji Taslimi Singasari dan datuk tidak memberi
sebarang komen tentang lolongan anjing itu.

"Bagaimana? awak yakin dia tak dapat datang lagi?" tanya datuk sambil menatap
wajah Haji Taslim Singasari. Saya lihat Haji Taslim Singasari seperti tergamam. Dia

170
segera mengedutkan dahi dan keningnya.

"Saya rasa semuanya dah selesai."

"Awak yakin, dia tak datang lagi?" datuk minta kepastian.

Haji Taslim Singasari anggukkan kepala.

"Jadi sekarang, apa yang patut kita buat, Haji."

Pertanyaan datuk tidak mendapat jawapan. Haji Taslim Singasari menelan air liur.

"Apa yang patut kita buat, Haji?" ulang datuk lagi. Haji Taslim Singasari senyum
sinis. Dia terus meluru ke ruang dapur.

Buat beberapa saat, saya dan datuk saling berpandangan. Malam yang kian tua
membuat suasana terasa hening. Kedinginan terasa menggigit seluruh tubuh.
Sesekali terdengar kokok ayam dari hujung kampung. Datuk ambil senaskah Quran
dari atas rak. Badannya disandarkan ke dinding. Dengan wajah yang tenang, datuk
membuka Quran dan bersedia untuk memulakan pembacaan.

"Nanti dulu, ini yang patut kita buat," biji mata saya dan datuk tertumbuk ke arah Haji
Taslim Singasari yang berdiri di ambang pintu. Dia menatang talam bulat yang
berisikan teko dan cawan kosong, "Tadi awak tanya saya apa yang patut kita buat.
Jawapannya inilah dia," sambung Haji Taslim Singasari lalu duduk. Talam yang
berisikan teko dan cawan diletakkannya atas lantai.

"Apa benda ni," tanya datuk sambil menutup Quran. Datuk bangun dan terus
meletakkan Quran atas rak.

"Kita minum dulu, lepas tu baru kita buat yang lain," Haji Taslim Singasari pun
menuangkan air kopi ke dalam cawan.

Saya terus memerhatikan asap nipis yang bangkit di permukaan cawan. Haji Taslim
Sinagsari menjeling ke arah saya tetapi, tangannya terus meletakkan cawan yang
berisi kopi di depan saya dan datuk.

"Minum, biar panas badan, bila kena kopi O keras macam ni, barulah seronok.
Sampai ke siang kita boleh berjaga," tutur Haji Taslim Singasari. Dia ketawa kecil,
mempamerkan giginya yang kelihatan putih dan tersusun rapi. Tidak ada satupun
giginya yang patah atau rosak.

Nanti, bila ada masa lapang, saya nak himpit orang tua ni. Saya nak minta petua
dan amalan yang dipakainya untuk gigi tahan lama, bisik batin saya.

Wajahnya saya tatap dan Haji Taslim Singasari bagaikan tahu apa yang tersirat
dalam dada saya. Dia senyum sambil anggukkan kepala lalu meneguk air kopi O
panas. Dia bangun dan terus menuju ke ruang dapur untuk kali kedua.

Saya dan datuk merasa agak ganjil dengan sikap yang ditunjukkan oleh Haji Taslim

171
Singasari. Jangan-jangan dia lebih hebat dari Suhaimi Keraba dalam bersubahat
dengan iblis, timbul semacam perasaan dalam diri saya.

Datuk terus memeluk tubuh erat-erat. Kamudian dia meluruskan tangan dan jari-
jemarinya. Kedua belah cuping telinganya diraba tiga kali berturut-turut. Datuk
bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Datuk tarik nafas dalam-dalam.
Dilepaskannya perlahan-lahan. Tangan yang diluruskan segera dijatuhkannya. Jari-
jemarinya digenggam kemas-kemas. Wajah datuk nampak aman sekali.

"Tak ada apa-apa Tamar, dia jujur," tutur datuk.

"Saya tahu, tetamu saya ni meragui kejujuran saya," kata Haji Taslim Singasari,
kami segera menoleh ke kanan. Memang saya dan datuk tidak sedar bila Haji
Taslim Sinigasari berada di situ. Datuk merasa malu kerana rahsianya dapat dikesan
oleh orang lain. Haji Taslim Singasari terus duduk di sisi saya.

"Bukankah beringat-ingat dan berhati-hati tu, memang disuruh oleh agama kita," itu
dalih datuk.

"Ya, perkara semacam tu memang harus ada pada setiap manusia, kita tidak
disuruh menyerah pada takdir. Bukankah agama kita mengajar kita supaya berfikir,"
begitu bersahaja Haji Taslim Singasari bersuara. Dia terus meneguk air kopi O
panas.

"Kalau kita ikhlas dan jujur sesama manusia, apa yang menjadi kesangsian pada
orang lain mudah dikesan, buktinya, awak dapat mengesan kejujuran saya. Antara
kita berdua saling ingat mengingati," datuk melanjutkan kata-kata.

MELAWAN

Haji Taslim Singasari bangun lagi terus menuju ke ruang dapur untuk kali ketiga.
Beberapa detik berikutnya, Haji Taslim Singasari datang kembali menatang pinggan.
Dia duduk meletakkan pinggan atas lantai.

"Saya ke dapur tadi memasakkan ini," jelasnya.

"Kalau tak silap saya, ini pulut kuning," mata datuk merenung ke arah pulut kuning
yang ada dalam pinggan.

"Ya, memang betul cakap awak tu."

"Bila Haji memasaknya?"

"Tadi, biasanya bila saya berjaya melawan hantu syaitan, saya mesti makan pulut
kuning. Memang sejak kematian sahabat saya, saya yakin kembarnya mesti datang,
jadi saya bersedia terlebih dahulu.

"Ini ajaran guru awakkah Haji?" datuk menyoal lagi. Haji Taslim Singasari tidak

172
menjawab. Dia terus mengepalkan pulut kuning dan diberikan kepada kami.

"Ini bukan ajaran atau amalan, ini petua guru saya. Tidak ada kena mengena
dengan agama, sudah penat berlawan kita mesti berehat dan makan barang yang
boleh beri kita tenaga, itu saja maksudnya," dengan wajah yang tenang Haji Taslim
Singasari menjelaskan. Dia menghirup kopi O panas dan mengunyah pulut kuning.

"Makan, lepas ni kita membaca Quran atau melakukan sembahyang tahjud, kalau
kamu tidak mahu kamu boleh tidur," Haji Taslim Singasari renung wajah saya. Datuk
ketawa.

"Budak ni, kalau disuruh tidur memang jadi, dia ni kaki tidur," kata datuk. Hati saya
jadi panas dengan usikkan datuk itu. Kalaulah datuk itu kawan sepermainan, sudah
tentu saya maki. Menjatuhkan nama baik saya di depan orang.

"Tak apa, kalau kamu nak tidur, tidurlah, tapi orang yang pandai selalu memilih
berjaga dari tidur. Berjaga banyak mendatangkan manfaat, kalau digunakan untuk
menambah ilmu," Haji Taslim Singasari terus menepuk belakang saya dengan
mesra sekali.

"Kalau waktu berjaga digunakan berborak kosong, membaca buku yang tidak
berfaedah, berangan-angan, tentulah merugikan diri sendiri," sambung Haji Taslim
Singasari, bagaikan berfalsafah di depan saya.

"Cakap awak tu, Haji memang betul," sampuk datuk dengan senyum yang
memanjang.

Entah macam mana di malam yang dingin itu, datuk berjaya memujuk Haji Taslim
Singasari supaya menceritakan pengalaman petualangnya di Tanah jawa mengisi
ilmu akhirat dan dunia di dalam dadanya.

"Saya tak banyak mengambil ilmu dunia. Awak tahu, ilmu dunia kadang-kadang
bercanggah dengan agama Islam. Tetapi..." Haji Taslim Singasari tidak meneruskan
kata-katanya. Dia renung kiri, renung kanan. Macam ada sesuatu yang
dibimbangkannya.

"Tetapi saya ada juga belajar untuk tahu saja," sambung Haji Taslim Singasari yang
secara tidak langsung membuka rahsia ddirinya.

"Saya pernah ikut arwah ke tempat perguruan di hutan. Saya melihat arwah sahabat
saya bersemadi di bawah batu besar. Makan sebiji beras sehari dan minum dua hari
sekali. Air minuman dari embun di hujung daun," Haji Taslim Singasari
memperkemaskan silanya.

"Itu untuk ilmu apa, Haji?" soal datuk.

"Untuk melihat muka orang halus, bertutur dan berkampung sama-sama mereka,"
jelas Haji Taslim Singasari. Haji Taslim Singasari juga menyatakan arwah (Suhaimi
Keraba) diiktiraf murid yang terbaik oleh gurunya. Arwah dikurniakan kain ikat kepala
warna merah.

173
Arwah Suhaimi Keraba (ASK) juga menuntut ilmu 'Telapak Pasir Merah'. Khasiat
dari ilmu ini, bila ASK menghentam atau menumbuk seseorang pasti orang yang
kena hentam itu akan muntah darah segar.

Ketika mangsanya mengeletek kesakitan ASK menghilangkan diri dan berada di


tempat lain. ASK juga menuntut ilmu 'Cakra Dewa', khasiatnya boleh membunuh
orang dari jauh, juga boleh digunakan sebagai ilmu guna-guna.

Selain dari ilmu-ilmu yang disebutkan itu, ASK juga menuntut ilmu 'Cakar Dewa'.
Orang yang mengamalkan ilmu ini, bila dia mengerakkan jemarinya ke wajah
seseorang, maka rosaklah wajah orang yang tersebut ketika itu juga.

"Ini ilmu dunia yang tidak pernah saya amalkan. Tetapi saya tahu kehebatannya.
Saya juga merasa pelik macam mana arwah boleh kalah dengan awak?" sepasang
biji mata Haji Taslim Singasari meraut wajah datuk yang sudah mula berkedut itu.

"Entahlah, setiap kali saya berdepan dengannya, saya mohon pada Allah supaya
usaha-usaha saya diberkati. Tujuan saya ialah mahu mengajak sahabat awak ke
jalan yang benar." Datuk memberikan pengakuan.

JAKARTA

Dalam bulan Februari 1980, saya berkunjung ke Jakarta kerana urusan peribadi.
Sebaik saja sampai di sana, semua akhbar dan majalah memuatkan berita tentang
seorang penjenayah yang handal bernama Kunsi Kandut. Kunsi Kandut dihukum
mati kerana kesalahan merompak, membunuh dan sebagainya.

Kunsi Kandut terkenal sakti dan berilmu, sehingga ramai yang mengatakan
tubuhnya tidak boleh ditembusi peluru. Kematiannya disangsikan. Maka dalam
penjara dia diberikan beberapa keistimewaan, disediakan peti tv dan sebagainya.
Tetapi Kunsi Kandut berjaya menghilangkan diri dari tembok batu. Setiap kali dia
bolos, pihak berkuasa berjaya memberkasnya.

Hasil dari penyelidikan sendiri, ternyata ilmu yang dimanfaatkan oleh Kunsi Kandut,
sama dengan ilmu yang diamalkan oleh ASK. Saya terfikir, mungkinkah dua insan ini
seperguruan, sayangnya mereka sudah tiada lagi. Kalau salah seorang daripada
mereka masih ada mungkin saya boleh bertanya.

"Saya tahu, arwah pernah menyatakan pada saya yang dia mahu mengajar ilmunya
pada orang-orang yang berminat, caranya dia mahu mendirikan gelanggang silat
dulu," Haji Taslim Singasari terus bangun. Berjalan dari sudut ke sudut di ruang
tengah.

"Ada anak muridnya?" tanya datuk.

Haji Taslim Singasari telan air liur. Dia tidak dapat memberikan jawapan dengan
segera. Haji Taslim Singasari duduk kembali.

174
"Ada." Jawab Haji Taslim Singasari selamba.

"Dimana, Haji?"

"Saya tidak tahu dengan tepat, boleh jadi ada di Perak, Kedah, Selangor. Maklumlah
dia tu boleh pergi ke mana-mana dengan sekelip mata.

"Hum..." datuk mengeluh kehampaan.

Buat beberapa saat, suasana dalam rumah dicengkam kesepian. Tiga kepala cuba
berusaha memecahkan persoalan yang ditinggalkan oleh Suhaimi Keraba.

Saya segera terfikir, banyak kejadian ganjil di dunia yang dapat diterima oleh akal.
Ada pula yang tidak logik! Ah semuanya ini menjadi misteri yang membingungkan
orang. Apa yang jelas kematian Suhaimi Keraba mendatangkan masalah pada datuk
dan Haji Taslim Singasari.

"Kalaulah benar, dia ada anak muridnya, kita harus berusaha mencegahnya supaya
ajaran ini tidak merebak ke mana-mana," datuk memberikan cadangan.

"Ya, kita mesti menyedarkan mereka yang perbuatan itu memang bertentangan
dengan agama," sahut Haji Taslim Singasari.

"Kita berjanji," kata datuk.

"Ya, saya berjanji," sahut Haji Taslim Singasari ambil berjabat tangan dengan datuk.
Mereka bergoncang tangan, memperkuatkan tekad.

"Awak mesti ikut saya ke kampung laman saya minggu depan, saya memerlukan
bantuan awak, sebelum ke tempat saya kita ke tempat lain dulu," tiba-tiba Haji
Taslim Singasari bersuara sambil menarik telapak tangannya yang bercantum
dengan telapak tangan datuk.

118. Kena Serbuk Tulang

Saya tergamam, bila melihat datuk agak terkejut. Datuk terus mengerutkan dahinya,
saya kira datuk seperti keberatan untuk memenuhi permintaan Haji Taslim
nSingsari.
“Bila haji nak pergi?”
“Tiga empat hari lagi.”
Datuk menyentuh uujung kening kirinya dengan jari telunkuk kanan. Haji Taslim
Singasari menggaru-garu pangkal telinganya yang tidak gatal. Ekor matanya masih
tertumpu kea rah saya.

“Begini haji.”
Haji Taslim SIngasari segera memalingkan wajahnya ke arah datuk. Mereka
bertukar senyuman untuk seketika.

175
“Apa dia?” Soal Haji Taslim Singasari .
“Kalau begitu, biar saya balik ke kampung dulu. Dah lama sangat saya tinggalkan
orang rumah”
“Dah tua-tua begini rindu lagi ke?” Usik Haji Taslim SIngasari seiring dengan ketawa
sinis.
“Bukan apa-apa, adat bersuami bertanggungjawab pada makan minum isteri,
kesihatannya juga perlu diperhatikan. Hidup jangan mementingkan diri sendiri, tak
mahu memikirkan kebajikan isteri, itu bukan suamai yang baik,” tutur datuk. Saya
lihat Haji Tasli Singasari menganggukkan kepala.
“Cakap awak tu betul, kita harus menjadi suami yang baik mengikut hukum hakam
Islam,” Haji Taslim SIngasari memberikan semangat.
“Hajat tu memang begitu” celah datuk.
“saya tak menghalang, terpulanglah kepada awak. Saya sedia menanti awak” itulah
kata-kata yang datuk nantikan dari Haji Taslim SIngasari.
“Awak ikhlas ke Haji?”
“Saya ikhlas”
“Ke mana kita nak pergi sebenarnya Haji, boleh tak awak beritahu tujuan
sebenarnya Haji nak mengajak saya ke situ, bila orang kampung bertanya, senang
saya nak menjawabnya,” tutur datuk dengan tenang.
Lagi sekali saya lihat Haji Taslim Singasari tersenyum sinis.
“Awak ni selalu menggunakan nama orang rumah, katakan saja awak yang nak
tahu,” dalam senyum Haji Taslim Singasari menyindir datuk.
“Dua-dua boleh pakai” sahut datuk.
“Begini,” Haji Taslim mengemaskan silanya, “ saya ajak ke kampung saya supaya
awak boleh berkenalan dengan orang tempat saya”
“Itu saja,” wajah datuk Nampak kesal. Haji Taslim dapat membaca apa yang tersirat
dalam hati datuk dan dia terus bersuara lagi.
“Kita pergi sebuah kampung yang aneh, saya nak ajak awak tangkap hantu hidup-
hidup”
“Awak ni cakap betul atau nak bergurau dengan saya” datuk minta kepastian. Saya
juga terkejut mendengar cakap Haji Taslim itu.
“Saya tak bergurau, saya tak berbohong,” Haji Taslim memperlihatkan
kesungguhannya. Saya dan datuk saling berpandangan.
“Hantu apa yang nak ditangkap?” datuk tatap wajah Haji Taslim. Begitu juga dengan
saya.
“Nak tangkap hantu susu”
Saya jegilkan mata bila mendengar Haji Taslim. Entah mengapa secara mendadak
saja bulu roma saya terus berdiri.
“Hei, macam cerita budak-budak je” kali ini giliran datuk tersenyum sinis kearah Haji
Taslim. Ternyata Haji Taslim kurang senang dengan kata-kata yang diluahkan datuk.
“Benar kawan, sudah dua tiga orang dah menyampaikan cerita tu pada saya.
Khabarnya cerita tu dah tersebar luas seluruh pulau ini. Saya sendiri belum dapat
menentukansejauh mana benarnya cerita tersebut,” Haji Taslim merenung muka
datuk. Say lihat datuk masih lagi tersenyum sinis, mungkin datuk berfikir, mana ada
hantu susu dalam dunia yang serba moden ini.
Beberapa saat yang panjang, tiada ungkapan kata yang lahir dari kelopak bibir kami.
Suasana terasa amat sepi sekali. Bunyi deru angn di luar tidak seganas tadi.
Suara lolongan anjing kadang-kadang tenggelam. Begitu juga dengan suara burung
hantu. Tubuh, saya peluk erat-erat dan dagu saya menggeletar menahan kedinginan
malam yang kian tua.

176
“agaknya perkara yang sebutkan ini ada kaitan dengan sahabat awak yang mati tu?”
datuk ajukan pertanyaan kepada Haji Taslim.
Saya lihat Haji Taslim menegakkan badannya. Dia terus menggelengkan kepala.
Tidak mahu menjawab pertanyaan datuk.
“Kalua bukan dirinya, boleh jadi anak muridnya” datuk terus memancing jawapan
dari Haji Taslim. Dia menarik nafas dalam-dalam. Melihat dari gerak geri air
mukanya, Haji Taslim seperti bersetuju dengan apa yang datuk tuturkan. Jerat datuk
mengena, fikir saya dalam hati.
“Setahu saya, semasa dia menuntut dulu, tak pernah dia bercerita yang dia
menuntut ilmu yang semacam itu.” Tanpa saya duga Haji Taslim mahu membuka
mulut. Dia bangun lalu melangkah ke jendela. Daun jendela dibukanya luas-luas.
Saya menjadi cemas, takut perkara buruk berulang lagi. Haji Taslim menatap
kegelapan malam seketika.
Daun jendela dirapatkan kembali. Dengan tenang Haji Taslim melangkah kearah
saya dan duduk bersila di atas lantai.
“Agaknya dia memang menuntut, tapi tak beritahu awak. Kalau diberitahu awak,
nanti awak melarang dia,” kata datuk.
“Boleh jadi cakap awak betul.” Balas Haji Taslim dengan tenang, “Boleh jadi ada
orang lain yang mengamalkan ilmu itu” tambahnya.
Kata-kata yang diluahkan oleh Haji Taslimmmebuat keraguan bersarang dalam dada
saya. Dia masih melindungi dan mempertahankan arwah sahabatnya.
Saya menelan air liur dan membuat rumusan yang Haji Taslim perlu diawasi dengan
cermat. Mana tahu, dalam diam-diam dia akan menjadi pemusnah pada diri saya
dan datuk.
“Orang yang sudah tiada, usah dikaitkan dengan kejahatan di kulit dunia,” tutur Haji
Taslim lagi, memperkuatkan keraguan dalam hati saya.
“Saya tidak berniat buruk terhadap arwah, saya cuma meluahkan pendapat dan
pandangan aje,” datuk bertindak membersihkan dirinya dengan span. Semoga tidak
ada tanggapan buruk haji Taslim terhadap dirinya.
“say faham, awak bercakap sekadar ingat-mengingati,” Haji Taslim terus menepuk
bahu kanan datuk.
“Cakap awak tu memang ada manfaatya. Kena fikir bersama, barangkali ada
kebenarannya.” Haji Taslim menggeliat dan akhirnya memicit ibu jari kaki kanannya.
“Pada hemat saya, setiap perkara buruk mesti ditentang, terutaman yang
mnyesatkan iman,” cetus datuk dengan cara mendadak saja.
“Betul, memang betul,” Haji Taslim menjengilkan matanya ke ara h datuk.
“Tapi kerja macam tu tak mudah, banyak cabaranya, Haji,” tingkah datuk sambil
meraba hujung dagunya. Say terdengar sesuatu di tingkap. Mata pun saya arahkan
ke situ.
Tak ada apa-apa, Cuma angin saja, kamu cepat sangat takut”, Haji Taslim
menujukan kata-kata kepada saya, rupa-rupanya dia dapat membaca apa yang
tersirat dalam dada saya.
“Apa yang awak katakan tadi, cuba ulang sekali lagi,” Haji Taslim mengarahkan jari
telunjuknya ke arah datuk.
“Banyak cabarannya, bukan kerja mudah”, ulang datuk lagi.
“Ya, sebab itulah kita memrlukan kawan yang berilmu. Dua ilmu dari dua kawan, kita
satukan untuk menentang kejahatan, saya memang memerlukan awak dalam hal
ni,” wajah Haji Taslim Nampak riang sekali.
“Saya tak sehebat mana, Haji. Kalau Allah mengizinkan, jadilah ia. Kalau tidak,
hampa melayang,” datuk tetap macam selalu, suka merendah diri.

177
“Sudah lah tu, hidup kalau terlalu merendah diri, ti dak juga baik. Sekarang saya dah
terangkan tujuan sebenar. Senanglah awak bercakap dengan orang rumah.”
“Nampaknya begitulah Haji,” sanggah datuk. Mereka berbalas ketawa, dan ketawa
mereka berhenti secara mengejut.
Biji mata mereka tertumpu kea rah tingkap yang terbuka sendiri.

BESAR
Ada lengan sebesar batang kelapa terjulur di tingkap. Jumlah jari cuma empat
sahaja. Ibu jarinya bengkok macam ibu kunyit. Semua jejari itu berbulu dan dilekati
tanah warna kekuningan.
Di lengan itu penuh dengan bulu berwarna hitam, tidak ubah seperti lengan mawas
(king kong), terdengar bunyi orang menarik dan melepaskan nafas dalam keadaan
yang amat penat. Rumah yang kami duduki terasa bergegar. Seluruh tubuh saya
menggeletar.
“Syaitan apa tu Haji?”
“Sudah lama dia tak datang, kenapa malam ni dia datang” Haji Taslim seperti
merungut. Datuk merenung kea rah anak mata saya, dari renungannya, bagai ada
sesuatu yang mahu disampaikan kepada saya.
“Makhluk peliharaan awak, Haji?”
“Rasanya iman saya belum tergugat lagi.”
“Jadi, dia datang ni untuk siapa?” tingkah datuk
Haji Taslim mempamerkan kemarahan di wajah. Hatinya kurang senang dengan
pertanyaan yang bertalu-talu.
“Saya tak mahu menjawab pertanyaan awak, cari sendiri jawapannya” nada suara
Haji Taslim mula meninggi. Dia genggam penumbuk. Matanya tertumpu kea rah
lengan yang sedang bergerak ke sana ke mari atas bendul tingkap. Jejarinya
sekejpa terbuka sekejap tertutup.
“Peliharaan arwah, Haji?”
Haji Taslim mengangukkan kepala.
“Masa arwah ada, kerap dia datang”
Haji Taslim mengangukkan kepala.
“Minta makanan,” soal datuk lagi.
Tiada jawapan dari Haji Taslim kecuali anggukan kepala.
Mungkin bosan dengan Haji Taslim yang main angguk-angguk kepala saja, datuk
terus berhenti bertanya. Matanya ditumpukan kepada lengan di bendul tingkap.
Saya ikut apa yang datuk lakukan. Dari hujung jari jemari itu, darah keluar lalu
menitik ke atas lantai.
Anehnya apabila saya merenung ke tempat darah itu menitik, tidak ada kesan darah.
Entah ke mana darah itu menghilang. Mustahil meresap ke dalam papan lantai.
Kelopak mata Haji taslim tidak berkelip merenung kea rah tangan berbulu yang
bergerak bebas di atas bendul tingkap. Bunyi hembusan nafas bertambah kuat dan
hebat.
Saya menjadi resah. Tetapi rasa takut agak berkurangan keranan datuk ada di sisi
saya. Lolongan anjing yang tadi jarang kedengaran, kini sudah bertalu-talu, begitu
juga dengan suara burung hantu yang bersorak, deruan angin mula kedengaran.
“masa arwah hidup dulu, dia beri makan darah binatang?” soal datuk pada Haji
Taslim. Jawapan yang diperolehi ialah anggukan.
“Darah ayam”
Haji Taslim mengangguk.
“Darah manusia,”

178
Angguk juga yang diperolehi.
“Pernah beri darahnya sendiri yang dikeluarkan dari salah satu urat di bawah ketiak,”
sambung datuk. Macam tadi juga, tidak sepatah kata keluar dari mulut Haji Taslim.
Dia terus main angguk kepala, macam belatuk patuk batang buruk.
Rumah bergegar lagi seperti digoncang sesuatu. Suara orang ketawa dan mengilai
mulai kedengaran. Haji Taslim ubah tumpuan kearah datuk.
“Ambilkan bilah buluh yang saya selitkan di dinding belakang awak,” itu arahan yang
dikeluarkan pada datuk. Tanpa membuang masa datuk bangun dan mencabut salah
satu bilah buluh yang terselit di dinding. Datuk segera serahkan pada Haji Taslim.
“Rasanya, waktu subuh dah dekat,” nada suara Haji Taslim kini bagai mengandungi
harapan yang besar.
“Saya rasa pun begitu, dah dekat benar waktunya,” balas datuk penuh keyakinan.
Haji Taslim terus melurut bilah buluh kering dua tiga kali. Kedua bilah buluh itu
memang sudah ditajamkan. Saya lihat Haji Taslim mengukur seluruh bilah dengan
kuku jari kirinya.
“Nak buat apa?” mendadak datuk menyoal. Tiada jawapan dari Haji Taslim.
Sesekali, saya bagaikan terlihat kemunculan wajah yang mengerikan di tingkap.
Wajah itu mengeluarkan cahaya kekuningan, kulitnya berkedut dengan rambut
berwarna kemerah-merahan menutup wajahnya. Dari celah-celah rambut itu
terdapat sepasang mata yang memancar cahaya hijau. Bulat sebesar telur burung
puyuh. Sorotan cahayanya cukup jauh, macam sorotan cahaya lampu picit.

BERSILA
Haji Taslim kali ini mnegubah kedudukannya. Kali ini dia duduk bersila. Bilah buluh
diletakkan di antara kedua tempurung lututnya. Sepasang tangannya terus memeluk
tubuh. Kelopak bibirnya mula bergerak.
“Kita mulakan sekarang,” perlahan-lahan Haji Taslim memusingkan lehernya ke
kanan, iaitu kearah datuk. Mata mereka bertembung.
“Maksud Haji?”
“Menghancurkan apa jua peninggalan arwah. Menjahanamkan semua sahabat-
sahabatnya,” nada suara yang mengutuskan kemarahan dari dalam sanubari Haji
Taslim.
“Mahu bantuan dari saya, Haji,”
“Niat memang begitu, tapi ikhlaskah awak menolong saya. Jangan disalahkan saya
kalau ada hal-hal yang buruk datang kemudian.” Haji Taslim Taslim besuara tanpan
melihat wajah datuk. Matanya terus tertumpu pada lengan di atas bendul
Saya mula terdengar bermacam-macam bunyi. Ada suara beruang, kucing dan
tempikan gajah. Dan saya yakin suara-suara aneh itu hanya datang kepada saya.
Kalau Haji Taslim mendengarnya, pasti dia meberi komen. Begitu juga datuk.
“Bersedia”
Cukup lantang suara Haji Taslim. Pergerakkan tubuhnya sungguh pantas. Tahu-tahu
dia sudah berdiri dengan bilah buluh ditangan. Bersedia untuk melunturkan buluh
yang tajam kerah lengan berbulu yang tersidai di atas bendul tingkap.
“apa mesti saya buat, Haji?”
“Melafazkan kalimah Allah Huakbar, bila bilah buluh itu melekat pada daging syaitan
itu. Tetapi kalau terdengar suara azan Subuh masa buluh ini menikam lengan ganjil
tu, tak payah ucap Allah Huakbar.”

“Baiklah, Haji”
Haji Taslim menarik dan menahan nafas. Bila nafasnya dilepaskan bilah buluh pun

179
dilunturkan kea rah lengan berbulu. Lunturan tepat pada sasarannya. Bilah buluh
lekat di situ, jejari empat saya lihat relai dari tangan. Semua melayang dan meluru
kea rah Haji Taslim. Saya terdengar suara orang mengerang kesakitan yang amat
sangat. Rumah kembali bergegar.
Datuk saya lihat seperti orang kena pukau. Dia tidak dapat berkata sepatah pun.
Matanya, tidak bergeral melihat jari-jari bagaikan terbang menerkam Haji Taslim
bersama cahaya kemilau macam cahaya kelip-kelip.
Haji Taslim terpaksa menggerakkan bilah buluh ke kiri dan ke kanan. Hanya itu
sahaja yang dapat dilakukan mengelakkan diri dari diserang oleh jejari yang empat.
Dalam suasana yang kacau bilau itu, terdengar suara azan berkumandang di udara.
Rumah yang bergegar terus berhenti. Datuk yang terpukau terus tersedak. Suara
binatang yang memekakkan telinga saya terus hilang.
Empat jejari yang mahu menujah muka Haji Taslim terus lesap entah ke mana.
Keadaaan kembali normal.
“Masih ada bahaya yang lebih besar lagi,” ucap Haji Taslim. Dia terus mendekati.
Gema azan sudah pun berakhir. Haji Taslim menarik tangan datuk ke arah jendela.
“Tanah, darah dan kain putih,” kata saya denganr asa terkejut yang amat sangat bila
melihat kesan tanah kubur, darah dan kain putih yang terlekat pada bendul jendela.
Saya merenung wajah Haji Taslim. Saya mohon penjelasan daripadanya.
“Kain putih yang melekat pada bendul tu, kain kafan,” jelas Haji Taslim> darah saya
tersirap
“Tanah tu, agaknya tanah dari kubur,” celah datuk
“Memang tanah kubur,” jawab Haji Taslim.
“Darah tu, darah apa, Pak Haji,” tanya saya.
“Itu saya tak tahu. Boleh jadi darah ayam atau darah binatang lain,” Haji Taslim
tesus menggosok pangkal hidungnya beberapa kali.
“Sudahlah, bila hari cerah, kita periksa,” tiba-tiba sahaja datuk memberikan
pendapat, ternyata pendapatnya diterima oleh Haji Taslim. Kami segera ke perigi
dan mandi. Setelah itu kami menunaikan sembahyang Subuh dan imamnya ialah
Haji Taslim. Selesai sembahyang Subuh, kami terus berwirid panjang hingga
matahari muncul di kaki langit.

SARAPAN

Dan pagi itu, setelah menemani datuk bermandi embun, saya terus pulang ke rumah
Haji Taslim.
“Datuk kamu kemana, Tamar?”
Itu yang Haji Taslim ajukan, bila melihat wajah saya terjenggul di pintu.
“Di belakang,” jawab saya.
“Sarapan dah siap,” sambung Haji Taslim lagi. Saya anggukkan kepala. Lalu ke
ruang dapur mencuci tangan. Kemudian saya duduk bersila menghadapi hidangan
pagi.
Hati kecil saya mengkagumi kecekapan Haji Taslim. Walaupun sudah tua. Tetapi
masih mampu menyediakan sarapan dengan segera.
Dia buat air kopi panas, pisang goreng malah ada tiga pinggan nasi lemak.
Semuanya dibuat sendiri tanpa bantuan saya dan datuk.
“Berat sangat untuk makan pagi,” tegur datuk yang muncul secara mendadak. Haji
Taslim tersenyum.
“Awak nak berjalan jauh, perut mesti diisi dengan kejap, baru seronok berjalan,”
sahut Haji Taslim.

180
“Memang sudah menjadi kebiasaaan, berjalan atau tidak, makan pagi sekadar
mengalas perut.”
“Kalau begitu, banyak sangat saya masak ni,” Haji Taslim tuang kopi di dalam
cawan.
“Kira-kira begitulah, Haji.”
“Tak apa, boleh buat bekal awak berdua,” Haji Taslim sudah menemui jalan bagi
mengatasi masalah tersebut. Datuk terus anggukkan kepala.
Ternyata sarapan pagi itu amat menyelerakan, satu pinggan nasi lemak habis
masuk perut saya. Bila saya mahu menyentuh pisang goreng, telapak tangan datuk
segera jatuh ke atas pergelangan tangan saya. Cepat-cepat saya toleh ke wajah
datuk.
“Kamu sudah cukup kenyang, jangan ikutkan nafsu. Makan sekadar untuk kenyang,
jangan berlebih-lebihan.”
“Biarlah si Tamar tu merasa goreng pisang saya,” Haji Taslim minta laluan. Hati saya
riang kerana ada manusia yang mahu mempertahankan saya.
“Tak apa, dia boleh rasa goreng pisang yang awak bekalkan tu, dalam perjalanan
nanti,” ternyata datuk tetap mahu mempertahankan konsep makan sekadar untu
kenyang yang sudah menjadi darah daging dalam dirinya. Dan konsep itu mahu
diserapkan kedalam diri saya pula.
“Mahu mengajar supaya cucu awak patuh kepada awak?”
“Ya, kalau tak dibentuk dari sekarang, bila lagi?” jawab datuk dan terus menghirup
air kopi terkahir. Dia basuh tangan dan minta bantuan Haji Taslim membungkus nasi
lemak dengan daun pisang yang dibalut dengan upih.
Alasan datuk, kenapa dia meminta Haji Taslim berbuat demikian ialah, supaya nasi
lemak ituterus panas dan bau wanginya tidak mudah hilang. Rupanya, dalam hal ini,
pendapat datuk dan Haji Taslim tidak bercanggah.
Selain dari perkara yang disebutkan tadi, ada khasiat lain yang tersembunyi.
Menurut Haji Taslim nasi yang dibalut dengan daun pisang atau upih, bila dimakan
dapat mengurangkan lemak dalam perut serta mengeluarkan angin dan dapat
menghilangkan lenguh-lenguh badan. Sejauh mana kebenaran kata-kata Haji Taslim
tidak dapat saya pasti. Dan Datuk pula tidak menafikan.
“Selamat jalan.”
Suara Haji Taslim parau. Dia terus berpeluk-pelukan dengan datuk di kaki tangga.
Saya yang nakal terus menuju kea rah jendela tempat lengan aneh tersadai malam
tadi.
Saya periksa tanah dikawasan tingkap. Apa yang saya temui ialah kesan darah dan
tulang temulang. Saya segera berlari ke kaki tangga mendapatkan Haji Taslim dan
datuk. Kedua-duanya saya ajak datang ke kawasan bawah tingkap. Saya tunjukkan
apa yang saya temui di situ.
“Memang begitu, setiap kali benda ganjil ni datang, dia mesti membawa tulang.
Tulang-tulang mesti hancur jadi macam kapur bila terkena matahari,” Haji Taslim
terus mencangkung. Matanya menatap tulang-tulang berserakan.
“Kalau tak silap saya, tulang-tulang ni, tulang binatang besar,” datuk memberikan
pendapat.
“Memang benar apa yang awak cakap tu,” pintas Haji Taslim, “dulu saya pernah
terjumpa tulang kaki manusia,” tambah Haji Taslim. Mata saya dan datuk terbeliak
mendengar penjelasan Haji Taslim. Saya jadi seram.
“Serbuk tulang ni, kalau terkena kaki atau mana-mana bahagian tubuh, boleh bawa
penyakit,” Haji Taslim buka rahsia, “kulit boleh jadi gatal, bila digaru lama-lama akan
keluar air dan seluruh badan luka-luka,” lanjut Haji Taslim.

181
“Macam mana awak tahu Haji?” tanya datuk.
“Arwah yang beritahu, dia pernah mengenakan serbuk tulang itu pada kucing, bulu
kucing terbakar dan kulitnya mengelupas. Tak sampai dua jam kucing tu mati. Ini
sebenarnya racun, digunakan oleh mahaguru ilmu hitam untuk menewskan
musuhnya.” Haji Taslim berhenti bercakap. Dia terus bangun dan menatap wajah
datuk.
“Arwah mahu menggunakan serbuk tulang ni untuk menjahanamkan awak, tetapi,
belum sempat saya menahannya, dia sendiri keberatan menggunakannya. Itulah
kehebatan awak,” Haji Taslim menepuk bahu kanan datuk dua tiga kali.
Kemudian dia mengajak datuk menuju ke kaki tangga. Kerana bimbang saya akan
menyentuh tulang-tulang yang ada di situ, saya disuruh datuk berjalan dahulu.
Cakap datuk segera saya patuhi.
“Macam mana awak nak menghilangkan tulang yang jadi serbuk bila kena matahari,”
datuk erus merisik rahsia dari Haji Taslim.
“Arwah ada memberi saya cara dan petuanya,”
“Macam mana?”
“Kenapa, awak nak tahu ke? Saya ingat awak tak usahlah tau.”
“Begini Haji, tahu tu lebih baik daripada tak tahu,” tutur datuk dengan tenang.
Haji Taslim berhenti melangkah dan mendongakan muka ke langit melihat matahari
pagi yang mula melepasi pucuk pokok kelapa dara.
“Bila sinar matahari ini sampai ke tanah di bawah tingkap. Semua tulang-tulang yang
kita tengok tadi hancur jadi serbuk,” Haji Taslim kedutkan dahi dan dia berhenti
menatap matahari yang kian keras melemparkan cahayanya di setiap sudut
kampung. Langkah yang terhenti diteruskan sehingga sampai ke kaki tangga.
“Petua tadi macam mana?” datuk mendesak.
“Petua apa?” Haji Taslim terkejut, sepasang matanya merenung kea rah tepi sawah
sambilkan kedutkan kening dan dahi. Dia seperti mengingati sesuatu.
“Oh! Ya,” Haji Taslim seperti bertempik, “saya terlupa,s aya terlupa, saya terlupa,”
ucapnya berkali-kali seperti menyesali dirinya.
Datuk turut tesenyum. Memang datuk tidak menduga secepat itu, Haji Taslim
terlupakan perkara yang diperkatakan. Barangkali Pak Haji yang satu ini terlalu
menumpukan selurh daya fikirnya pada perkara tulang di abwah rumahnya,
barangkali, dia mencari jalan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal
terjadi, bila dia berada di rumah itu seorang diri. Fikir saya di dalam hati.
“Petua dia, begini,” Haji Taslim merapati datuk. Ditariknya tangan datuk agar duduk
di bangku yang berada tidak jauh di kaki tangga.
Sinar matahari mula menyentuh tulang bumbung rumah. Suara beburung pagi
berkicau garang.
“Petuanya, mudah je, curahkan minyak kelapa masak kea atas serbuk tulang,” kata
Haji taslim.
“Itu saja, saya fikir ada perkara lain,” ujar datuk sambil senyum. Dan kali ini Haji
Taslim arahkan sepasang matanya kea rah muka datuk. Tiba-tiba dia anggukan
kepala seraya berkata.
“Memang betul, bukan itu saja,”
Datuk menarik nafas panjang. Dari wajahnya tergambar kepuasan dan keinginan
amat sangat untuk mengetahui rahsia selanjutnya. Datuk tumpukan perhatian pada
kelopak bibir Haji Taslim.
“Minyak kelapa tu, mestiah dari kelapa gading yang kita buat sendiri. Minyak kelapa
itu diisikan dalam botol sesudah dibacakan yasin selama tujuh malam Jumaat,” Haji
Taslim terus membuka rahsia. Datuk anggukkan kepala.

182
119. Bayang Hitam Datang Lagi

Haji Taslim Singasari terus bangun. Tetapi, datuk masih bertahan di bangku.
Keberatan untuk bangun dan bermenung panjang, macam ada sesuatu yang
mengganggu fikirannya. Dua tiga kali datuk dongakkan kepala ke langit sambil
mengedutkan dahinya.

"Pelik, macam tak masuk di akal Haji," itu yang terpancut dari kelopak bibir datuk.
Haji Taslim Singasari jegilkan biji mata ke arah datuk.

"Apa dia yang pelik tu?"

"Mengapa si arwah tu, mahu menceritakan kelemahan dirinya pada awak. Saya kira
arwah tu tersilap."

"Hmm..." Haji Taslim Singasari mengeluh kecil. Dia melangkah ke arah tangga dan
duduk di anak tangga kedua.

Sinar matahari menjamah wajahnya, sebahagian dari sinar matahari itu menghala ke
tanah di bawah tingkap yang terdapat serakan tulang. Datuk terus mengawasi
gerak-geri Haji Taslim Singasari. Demikian juga dengan saya.

Haji Taslim Singasari bangun. Dia melangkah ke arah datuk dan lalu berdiri di depan
datuk sambil memeluk tubuh.

"Bukan apa-apa," Haji Taslim Singasari memulakan bicara dengan wajah yang
serius, "kalau dia tak beritahu, akhirnya saya tahu juga," tambahnya lagi.

"Siapa yang beritahu awak?" potong datuk.

"Guru saya boleh beritahu."

"Patutlah arwah buka rahsia, kerana dia tahu ada orang lebih handal darinya."

"Bukan pasal tu," sanggah Haji Taslim Singasari sambil merenung tanah di kaki.
Sinar matahari kian terik.

"Kalau bukan pasal tu, pasal apa." desak datuk dengan nada suara yang agak
keras. Saya segera mendekati mereka. Duduk di sebelah datuk. Saya ingin
mengikuti cerita selanjutnya dengan terperinci.

"Arwah mahu menunjukkan yang dirinya jujur dalam bersahabat. Dia beritahu dulu,
sebelum orang lain beritahu," jelas Haji Taslim Singasari. Datuk mengigit bibir.

"Apa pendapat Haji tentang sikapnya tu?" soal datuk lagi. Saya terus memasang
telinga dalam sinar matahari yang kian keras itu.

183
"Dia memang jahat, tetapi kejujurannya dalam persahabatan tak ada orang yang
boleh menandinginya. Setianya pada sahabat sampai mati, terpamer rasa bangga di
wajah Haji Taslim Singasari. Kedua belah tangannya yang memeluk tubuh segera
dijatuhkan.

"Saya tetap mohon pada Allah setiap kali lepas sembahyang, minta dosa arwah
diampunkan dan rohnya tidak diseksa," ungkap Haji Taslim Singasari lagi. Wajahnya
nampak sedih sekali.

Tanpa tangguh-tangguh lagi, datuk terus berdiri. Tubuh Haji Taslim Singasari terus
dipeluknya dengan erat sekali. Perbuatan datuk itu amat mengejutkan Haji Taslim
Singasari.

"Saya bersama Haji, sebagai orang Islam kita harus mendoakan kesejahteraan
orang yang seagama dengan kita, tidak kira yang hidup atau yang mati," ucap datuk
dalam nada suara yan tersekat-sekat. Mereka terus berdakapan dalam jangka waktu
yang agak panjang. Bila mereka berhenti bercakap barulah hati saya terasa lapang.

"Aduhhh!!!"

Seketul batu sebesar penumbuk mengenai rusuk sebelah kiri saya. Tidak tahu dari
arah mana batu itu dibalingkan kepada saya. Apa yang pasti, sakitnya bukan
kepalang. Haji Taslim Singasari dan datuk segera menghampiri saya. Baju saya
segera dibukakan.

"Lebam sebesar penumbuk," kata datuk.

"Mana batunya?" tanya Haji Taslim Singasari. Saya segera menuju ke arah batu di
tanah.

Haji Taslim Singasari segera menyentuh batu itu, tetapi segera dilepaskannya ke
bumi. Wajahnya nampak berkerut menahan kesakitan.

"Kenapa Haji?" tanya datuk.

"Batunya panas, macam bara api," jawab Haji Taslim Singasari. Dia terus
membongkok mengambil dan menggenggam tanah. Setelah membaca sesuatu,
genggaman tanah itu segera dilemparkan ke arah batu. Saya lihat batu itu berasap
dan terus mengecil sebesar telur ayam jantan.

Datuk terus mengambil sehelai daun paku rawan. Datuk ramas hingga hancur dan
mengeluarkan air. Datuk membaca beberapa ayat dari Al-Quran, kemudian air atau
lendir dari daun itu disapukan ke bahagian tubuh saya yang lebam. Terasa sejuk
macam ketul ais yang ditekankan di situ.

Bila datuk lekapkan telapak tangannya, bahagian kulit yang lebam itu terasa amat
panas sekali. Saya tidak menahan air mata dari mengalir di pipi.

"Hei, tak malu orang jantan menangis," sindir datuk dan dia berhenti menekapkan

184
telapak tangannya ke bahagian tubuh yang lebam itu.

"Apa rasanya sekarang," tanya datuk lagi.

"Tak ada apa-apa," sahut saya lalu merenung ke arah tubuh yang kena batu itu.
Daging yang lebam membiru sudah tiada lagi. Sudah pulih seperti sediakala.

Baju segera saya sarungkan ke tubuh. Tetapi, Haji Taslim Singasari masih
menbelek-belek batu hitam sebesar telur ayam jantan itu dari beberapa sudut. Haji
Taslim Singasari masih tidak berani menyentuhnya.

"Apa yang ditengok, buang saja Haji."

"Ini bukan sebarang batu."

"Habis, batu dari langit?" datuk berjenaka bersama ketawa tetapi Haji Taslim
Singasari tidak memperlihatkan reaksi gelihati dengan telatah datuk. Dia kelihatan
serius sekali. Matanya tidak berkedip melihat batu kecil yang dipanah matahari.

"Cuba renung batu tu lama-lama," kata Haji Taslim Singasari dalam nada suara
yang keras. Mata saya dan datuk segera tertumpu ke arah batu kecil. Bila direnung
agak lama ternyata batu itu bukan berwarna hitam, tetapi berwarna kemerah-
merahan macam bara api dan mengeluarkan percikan cahaya yang berwarna
kebiru-biruan.

"Batu apa ni, Haji?"

"Inilah batu petir yang sudah dijadikan batu tuju-tuju untuk menjahanamkan
manusia, batu ini sudah dipuja," jelas Haji Taslim Singasari.

"Apa yang mesti kita buat Haji."

"Terpaksa dihancurkan menjadi pasir," suara Haji Taslim Singasari merendah. Dia
menarik nafas panjang dua tiga kali.

BUMBUNG

Haji Taslim Singasari dongakkan kepala melihat matahari dan awan gemawan di
langit. Beberapa ekor burung gagak yang entah dari mana datangnya berlegar-legar
di bumbung rumah Haji Taslim Singasari sambil berbunyi dengan nyaringnya. Haji
Taslim Singasari ubah pandangan, merenung dikakinya sejenak. Saya dan datuk
berpandangan.

"Ahemmmmm..."

Haji Taslim Singasari berdehem lalu merenung tajam ke arah saya dan datuk. Dia
angkat tangan kanannya separas bahu, memberi isyarat supaya kami beredar dari
sisi batu hitam yang aneh itu. Kami diarahkan supaya duduk di atas batang buruk di

185
hujung halaman rumahnya.

Apa yang diarahkan oleh Haji Taslim Singasari segera saya patuhi tanpa ada rasa
takut atau curiga. Sebabnya bukan apa-apa, semuanya berlaku di waktu siang dan
cuaca pula terang benderang. Kalau waktu malam, memang wajarlah saya merasa
takut atau curiga. Waktu siang syaitan dan hantu tidak wujud. Semuanya sedang
tidur nyenyak. Demikianlah pada anggapan saya.

Saya dan datuk terkejut, bila melihat Haji Taslim Singasari berlari dengan
kencangnya kearah saya dan datuk. Bagaikan kilat kami bangun.

"Ikut saya," tutur Haji Taslim Singasari.

"Ke mana?" soal datuk.

"Ikut apa yang saya buat."

"Baiklah Haji."

Haji Taslim Singasari segera berlari sambil membongkokkan tubuh. Saya dan datuk
juga ikut berlari seperti itu menuju ke arah batu hitam kecil. Kami kelilingi batu hitam
dalam keadaan membongkok.

"Cukup, berhenti di situ," suara Haji Taslim Singasari nyaring sekali. Saya dan datuk
akur dengan perintahnya itu. Berdiri dalam keadaan membongkok memang
menyeksakan. Sinar matahari yang kian menyengat membuat dahi dan badan saya
berpeluh. Tetapi saya lihat datuk masih dalam keadaan yang tenang dan stabil.

"Tegakkan badan, lepas itu melangkah tujuh tapak ke belakang dan berdiri di situ,"
datang lagi arahan dari Haji Taslim Singasari. Apa yang diperintahnya segera
dipatuhi. Saya dan datuk menanti perintah selanjutnya dari Haji Taslim Singasari.

Lima minit masa berlalu, tidak ada sebarang arahan dikeluarkan. Haji Taslim
mendekati datuk membisikkan sesuatu ke telinga datuk. Kemudian dia mendekati
saya pula.

"Sekarang kami sudah berdiri membelakangi batu hitam, tumpukan perhatian zahir
batin pada Allah yang Maha Besar. Kita semua minta tolong pada-Nya," itu yang
dibisikkan oleh Haji Taslim Singasari pada saya. Dan saya yakin, kata-kata yang
sama juga diungkapkannya pada datuk.

Haji Taslim Singasari kembali berdiri di tempat asalnya. Kerana saya


membelakanginya, saya tidak tahu apa yang dilakukannya. Saya terdengar bunyi
telapak tangan menampar pipi seseorang. Saya segera menoleh ke arah Haji Taslim
Singasari, dia sedang berdepan dengan sesuatu yang aneh. Sukar untuk saya
mentakrifkan benda tersebut, samada manusia atau binatang. Rupa dan bentuknya
sukar sekali untuk ditentukan.

Apa yang pasti, bentuknya hitam dan besar. Tingginya melebihi paras kelapa dara.
Besar tubuhnya lebih kurang tiga empat pemeluk pangkal balak. Kakinya, sebesar

186
batang kelapa. Semuanya muncul dalam bentuk yang samar-samar menghala ke
arah Haji Taslim Singasari.

Apa yang menakjubkan saya, Haji Taslim Singasari bersilat sendirian di tengah
panas. Menepis kiri, menepis kanan. Sesekali Haji Taslim Singasari melompat tinggi
dan kalanya berguling di bumi.

Setelah melihat gerak-geri Haji Taslim Singasari yang serba pantas dan cekap itu,
ternyata dia mencampur-adukkan Silat Bangau Putih dengan Silat Harimau Betina
Mati Anak. Setiap buah silat yang dilepaskan oleh Haji Taslim Singasari terkena
sasaran yang dituruti dengan suara orang mengeluh dan mengaduh.

Saya mengigit bibir, saya cuma mendengar suara orang tetapi batang tubuhnya
tidak kelihatan langsung. Dan bebayang hitam terus wujud di depan Haji Taslim
Singasari dalam keadaan yang tidak jelas. Dalam keadaan saya terpegun
kehairanan itu, Haji Taslim Singasari terus mengulingkan tubuhnya di tanah menuju
ke arah saya. Sebaik saja sampai di kaki saya, dia terus bangun.

"Jangan renung saya, tumpukan perhatian ke depan. Jangan tengok saya. Mohon
perlindungan dari Allah," itu yang dituturkan oleh Haji Taslim Singasari. Saya segera
memalingkan wajah ke depan. Pada saat itu juga muncul di depan saya seorang
lelaki tua yang sudah bongkok. Rambutnya yang putih terdampar atas dua sayap
bahu. Janggut putihnya yang panjang menyentuh bumi.

Bila saya menggerakkan kedua belah bibir untuk mengucapkan salam, orang tua di
depan saya terus menghayunkan tongkatnya ke arah kaki saya. Cepat-cepat saya
melompat lalu melepaskan satu tumbukan ke bahunya. Tetapi tidak kena sasaran
kerana orang tua itu mengelak dengan cepatnya lalu hilang dari pandangan saya.

"Bantu saya."

Saya dan datuk memalingkan muka ke arah suara tersebut. Haji Taslim Singasari
sedang bekerja keras menghalang orang tua bongkok dari mencapai batu hitam.

"Bantu saya."

Ulang Haji Taslim Singasari. Bebayang hitam yang menakutkan itu sudah tidak
kelihatan lagi. Saya segera meluru ke arah Haji Taslim Singasari, tiba-tiba datuk
menerpa ke arah saya lalu menghalang perjalanan saya dengan menjatuhkan saya
ke bumi.

Tuhan saja yang mengetahui sakitnya jatuh ke tanah. Saya cuba bangun tetapi tidak
terdaya. Datuk menekan bahu kanan saya dengan jari kelingkingnya.

"Kenapa tuk?"

"Kamu tak layak campur tangan dalam urusan ini, kamu mesti belajar lagi."

"Pak Haji tu mesti ditolong tuk."

187
"Biar aku yang menguruskannya," kata datuk lalu memisahkan hujung jari dari kulit
bahu kanan saya. Barulah tubuh saya bertenaga dan boleh digerakkan. Masa
hujung jarinya menjamah bahu, seluruh badan terasa kebas dan seakan-akan
lumpuh. Tidak berfungsi langsung.

HUJUNG

Mana ada logiknya sentuhan hujung jari kelingking boleh memberhentikan


pegerakkan tubuh. Jadi, sudah pasti sentuhan yang dilakukan oleh datuk bukan
sentuhan sebarangan. Bukan sekadar sentuh tetapi tenaga lain yang mengiringi
sentuhan itu.

"Kamu duduk diam-diam di sini, Tamar," datuk mengingatkan saya dalam panas
terik. Seluruh badan saya sudah dibasahi peluh. Saya tidak ada pilihan lain,
melainkan anggukkan kepala tanda patuh pada perintahnya.

Dengan tenang datuk melangkah menuju ke arah Haji Taslim Singasari lalu berdiri
dalam jarak dua tiga kaki dari arah belakang Haji Taslim Singasari.

"Apa boleh saya tolong Haji?"

"Awak bacalah surah yang boleh menjahanamkan syaitan."

"Saya cuba setakat yang saya boleh," jawab datuk lalu memeluk tubuh dengan
sepasang mata merenung tajam ke arah orang tua bongkok bersama janggut yang
menyentuh bumi. Orang tua itu menujah-nujahkan tongkatnya ke arah Haji Taslim
Singasari dengan sekali-sekala merebahkan badannya untuk mancapai batu hitam
kecil tersebut.

Setiap kali orang tua bongkok itu berusaha mengambil batu hitam, Haji Taslim
Singasari pasti melangkah setapak ke depan dengan mulut yang berkumat-kumit.
Entah apa yang dibacanya saya sendiri tidak tahu. Rupanya, setiap kali Haji Taslim
Singasari melangkah, datuk juga melangkah dalam arah yang berlawanan.

Dan akhirnya orang tua bongkok yang tidak berubah tempat berada di tengah-
tengah antara datuk dan Haji Taslim Singasari. Bila menyedari dirinya berada dalam
keadaan terdesak, orang tua itu terus menghilangkan diri.

Datuk dan Haji Taslim Singasari saling berpandangan. Apa yang jelas, di wajah Haji
Taslim Singasari tergambar kepuasan yang amat sangat. Datuk renung ke arah batu
hitam yang kecil itu sejenak. Dia menggigit bibir.

"Pernah awak jumpa dengan orang tua itu sebelum ini, Haji," sambil meyapu peluh
didahi, datuk ajukan pertanyaan.

"Pernah. Ada dua kali, masa arwah hidup. Orang tua tu datang jumpa arwah waktu
Maghrib. Saya beri salam, dia tak jawab, bila terdengar suara azan Maghrib orang
tua tu hilangkan diri," itu penjelasan Haji Taslim Singasari. Datuk anggukkan kepala.

188
Haji Taslim Singasari mengedutkan dahi luasnya sambil menggosok hujung jari
beberapa kali. Saya segera berlari ke bawah pohon mempelam telur. Saya tidak
sanggup berjemur lama-lama di tengah panas yang terik.

"Dia datang ke rumah awak buat apa, Haji?" terdengar suara datuk agak keras.

"Jumpa tuannya."

"Maksud Haji, si mati tu."

"Yalah, siapa lagi."

"Pernah dia berlawan dengan awak, Haji."

"Tak pernah, cuma hari ni dia buat perangai. Saya tahu benda tu nak cari
perlindungan dan mahu menjadikan saya tuan barunya," cukup tenang Haji Taslim
Singasari menuturkan kata-kata tersebut. Kemudian dia menyuruh datuk duduk
mencangkung menghadapi batu kecil. Haji Taslim Singasari mengamati saya.

"Kamu juga duduk mencangkung mengadap batu tu," kata Haji Taslim Singasari
sebaik sahaja saya mendekatinya. Cakapnya itu segera dipatuhi. Dan Haji Taslim
Singasari sendiri turut duduk mencangkung menghadap batu hitam kecil.

"Batu ni, kalau tak dimusnahkan, banyak orang yang binasa. Terutama awak," Haji
Taslim Singasari menghalakan jari telunjuknya ke arah datuk. Serta merta saya lihat
wajah datuk berubah.

"Kenapa pula, Haji?"

"Arwah pernah mahu menggunakan batu ini untuk ditujukan pada awak, kalau kena
kulit awak seluruh badan jadi hitam."

"Kenapa dia nak buat perkara tu pada saya," datuk minta kepastian. Haji Taslim
Singasari tidak memberikan penjelasan yang konkrit.

"Saya sendiri pun tak tahu, kenapa perkara itu tak jadi dibuatnya pada awak. Ada
juga dia beritahu saya, yang dia mahu menyuruh orang suruhannya yang taat pada
perintah ketua, walaupun ketuanya sudah mati," Haji Taslim Singasari memberikan
penjelasan untuk kali kedua. Satu keterangan yang dapat meyakinkan hati saya dan
datuk.

Perlahan-lahan Haji Taslim Singasari mengangkat tangan kanannya. Dengan jari-


jemari yang terkembang, telapak tangannya terus jatuh atas bahu datuk. Dan jari-
jemari itu mencengkam erat kulit bahu datuk.

"Sekarang," Haji Taslim Singasari segera memisahkan telapak tangannya dengan


bahu datuk, "sekarang kita mulakan tugas, batu hitam ini mesti dihancurkan,"
sambung Haji Taslim singasari lagi dengan wajah yang serius.

189
"Bagaimana caranya?" mendadak datuk menyoal.

"Sabar dulu sahabat, apa yang kita lihat tadi, semuanya bayang-bayang. Kita bertiga
saja yang nampak. Orang lain tak nampak."

"Kenapa orang lain tak nampak?" secara spontan saya mengajukan pertanyaan.
Buat beberapa detik Haji Taslim Singasari buat tidak kisah dengan apa yang saya
tuturkan. Dia terus menepuk dada bumi sebanyak tujuh kali berturut-turut.

"Ha! Begini," cukup lantang suara Haji Taslim Singasari. Matanya merenung bumi,
"sebabnya cukup mudah, aku ni sahabat karib arwah, kamu dan datuk kamu, musuh
ketatnya. Dia datang kerana mahu menjadikan aku tuan barunya. Dia juga mahu
membinasakan kamu dan datuk kamu," lanjut Haji Taslim Singasari. Dia juga
menyuruh saya dan datuk mengepal tanah. Semua yang disuruhnya kami patuhi.

"Bangun."

Saya dan datuk segera bangun.

"Ikut saya, bila saya campakkan tanah ke batu hitam, awak berdua ikut sama. Kena
campak sampai tujuh kali berturut-turut. Ingat, kita mesti ambil tanah serentak dan
membalingnya serentak, sebelum dibaling ke batu baca Qul' aa'uzubirobbinnas..."
selesai saja haji Taslim Singasari memberi penerangan datuk kenyitkan mata ke
arah saya.

TAKUT

Kenyitan mata itu bermaksud supaya saya jangan merasa takut atau gentar. Hadapi
saja apa yang datang, kecuali bila sudah terdesak barulah meminta pertolongan
darinya.

"Bersedia."

Haji Taslim Singasari menjeling tajam ke arah datuk dan saya.

"Lontarkan."

Haji Taslim Singasari terus memulakan, lalu diikuti oleh saya dan datuk. Baru enam
kali dilontarkan tanah ke batu hitam yang kecil itu, terdengar satu letupan yang tidak
berapa kuat tetapi mengganggu kerja-kerja yang kami lakukan.

"Teruskan."

Datang ingatan dari Haji Taslim Singasari. Lontaran tanah berjalan terus. Genap
tujuh kali dilontar terdengar lagi letupan yang tidak menyenangkan. Batu hitam kecil
bertukar warna menjadi kekuning-kuningan. Dikelilingi api yang entah dari mana
datangnya. Saya juga melihat asap nipis berada di permukaan batu itu.

190
Tanpa memberitahu apa-apa pada kami, Haji Taslim Singasari terus membongkok
mengambil segenggam tanah (untuk kali yang kelapan). Saya dan datuk
berpandangan kerana menyedari yang Haji Taslim Singasari sudah melanggar
syarat.

"Kamu berdua ragu dengan aku," Haji Taslim Singasari renung muka datuk dan
saya. Cepat-cepat saya dan datuk gelengkan kepala. Mata Haji Taslim Singasari
terpaku ke wajah kami sejenak, seolah-olah membaca apa yang tersirat dalam kalbu
saya dan datuk. Haji Taslim Singasari segera berdiri dan anggukkan kepalanya
perlahan-lahan.

"Yang kelapan ini, biar aku uruskan. Dalam keadaan sekarang tidak semuanya
boleh aku beritahu, bila dah selesai baru aku cakap," keterangan itu memang
melegakan hati saya dan datuk. Haji Taslim Singasari terus mengkepal-kepalkan
tanah dalam telapak tangannya. Dia terus membuka silat, kira-kira dua tiga minit
lamanya. Haji Taslim Singasari berhenti dari bersilat. Berdiri lurus sambil memeluk
tubuhnya erat-erat.

"Jangan tegur apa yang aku buat."

Datang lagi ingatan dari Haji Taslim Singasari. Dia buka ketayap putih di kepala dan
mengeluarkan blangkon (songkok orang Jawa yang dibuat dari kain batik yang
bahagian belakangnya terdapat benjolan) dari saku baju butang lima. Blangkon
diletakkan atas kepala dan baju yang dipakai terus dibuka, dihamparkan atas tanah.
Haji Taslim Singasari terus bersila di situ.

Dalam panahan matahari yang keras itu, saya lihat badan Haji Taslim Singasari
berpeluh. Perutnya yang agak buncit kelihatan seperti terlekap pada pahanya.

"Bantu saya, kalau saya rebah."

Kata Haji Taslim Singasari itu terus terpahat dalam sanubari saya. Datuk saya lihat
terus anggukkan kepala. Tetapi, kerdipan matanya dapat dilihat oleh Haji Taslim
Singasari.

"Caranya mudah untuk menolong saya. Bila saya rebah, ambil apa juga ranting yang
berdaun, pukulkan ke tubuh saya tujuh kali berturut-turut bersama dengan selawat,"
Haji Taslim Singasari bersuara lagi. Macam tadi juga, datuk tetap anggukkan kepala.

"Dengan izin Allah, kamu terus labur."

Tanpa membuang masa, Haji Taslim Singasari terus melontarkan tanah yang dalam
genggamannya ke batu hitam yang berasap. Sebaik saja tanah dari lontaran ke
lapan itu terkena batu hitam, warna kekuningan di batu bertukar menjadi putih. Api
yang mengelilinginya terus hilang dan asap nipis juga turut hilang.

"Ah..."

Saya terkejut. Dalam keadaan cuaca yang panas terik itu, saya terlihat samar-samar
sesusuk tubuh lelaki yang tingginya lebih dari tujuh kaki, berbadan besar.

191
Berdiri membelakangi saya tetapi menghadapi Haji Taslim Singasari. Batu hitam
yang penuh misteri itu berada betul-betul di hujung kaki kanan lelaki berbadan besar
itu.

"Allah juga yang Berkuasa, syaitan, jin dan manusia adalah ciptaannya. Tertakluk
pada-Nya. Pada Allah juga aku memohon perlindungan," sambil bercakap Haji
Taslim Singasari bangun perlahan-lahan. Dalam keadaan separuh berdiri, dia terus
menepuk tangannya. Kemudian dia duduk bersila kembali.

"Prappp..."

Tujuh kali Haji Taslim Singasari menepuk tangannya. Selesai bertepuk tangan
terdengar bunyi letupan yang beruntun. Batu hitam di hujung kaki kanan lelaki
berbadan besar mula bergerak, berpusing sambil mengeluarkan cahaya api. Dan
letupan yang beruntun itu datangnya dari batu kecil itu, bunyinya macam mercun.
Perkara itu terjadi lebih kurang lima minit.

Kawasan tempat kami berdiri dipenuhi dengan asap tebal berwarna hitam. Bau
kemenyan terus menusuk lubang hidung, saya terbatuk dua tiga kali. Asap tebal
yang hitam itu berubah warna menjadi kelabu dan kian menipis. Dan akhirnya terus
hilang. Bayang lelaki berbadan besar tidak kelihatan lagi. Begitu juga dengan batu
hitam, tempatnya sudah digantikan dengan timbunan debu-debu halus yang
menyerupai tepung gandum.

"Hal ini sudah selesai," tutur Haji Taslim Singasari pada datuk. Dua tiga kali bahu
datuk ditepuknya. Debu di tempat batu hitam itu segera ditutup oleh Haji Taslim
Singasari, dia menyarungkan baju butang lima ke tubuh. Menyimpan blangkon ke
dalam saku dan mengenakan ketayap putih ke kepalanya.

"Kalau begitu biarlah kami beransur dulu," beritahu datuk pada Haji Taslim
Singasari. Waktu datuk mahu memulakan langkah ada bayangan hitam legam
seakan-akan melintasi depan datuk. Langkah datuk terhenti.

"Haji nampak apa yang saya nampak."

"Nampak, laknat tu mahu menghancurkan saya, bila dia gagal menjadikan saya
tuannya."

"Perlukan bantuan saya Haji...?"

"Tak..." Haji Taslim Singasari tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia diganggu
oleh kemunculan seekor monyet besar berwarna hitam. Tidak ada siapa yang tahu
dari arah mana monyet itu muncul.

120. Diganggu Monyet Besar

192
Monyet itu merenung ke arah Haji Taslim Singasari, menunjukkan rasa benci dan
marah sambil memperlihatkan gigi tajamnya yang putih. Monyet besar itu menderam
dan bersedia mahu menerkam ke arah Haji Taslim Singasari.

"Hei beruk."

Mendadak saja datuk bertempik dengan lantang sekali. Saya terperanjat, begitu juga
dengan Haji Taslim Singasari. Mungkin marah kerana diganggu, beruk besar itu
segera mengalihkan perhatian ke arah datuk. Bersedia untuk menerkam dan
merebahkan datuk.

"Kamu rapat kamu jahanam beruk."

"Gggrr..." beruk besar bersuara sambil kedua belah tangannya menepuk dadanya
yang berbulu hitam lebat, buat beberapa kali.

"Haa..."

Datuk menyergah sambil menghalakan buku lima ke arahnya. Dan datuk mengacah
untuk menerkam ke arahnya. Ternyata beruk itu tidak mudah digertak atau ditakut-
takutkan.

Haji Taslim Singasari mengangkat tangan kirinya separas puting tetek sebelah kiri.
Menjatuhkan perlahan-lahan dalam tiga tahap. Datuk memahami isyarat itu. Apa
yang datuk lakukan seterusnya ialah, melangkah setapak ke depan sambil bersuara:

"Kamu rapat kamu jahanam."

"Rapat sahabat, rapat," Haji Taslim Singasari memberikan semangat.

"Serang dia datuk, serang," saya pula mencelah. Gabungan suara saya dengan Haji
Taslim Singasari menjadikan suasana sekitar gamat sekali.

Dengan serta merta beruk besar itu membelakangi datuk. Kemudian dengan tidak
semena-mena beruk besar itu lari ke arah sebelah kanan, masuk ke hutan kecil di
situ. Semua pepohon di situ jadi perhatian saya. Dedahan dari pepohon tersebut
nampak bergoyang. Beberapa helai daun muda berguguran, akibat digayuti oleh
beruk besar. Anehnya! Beruk besar itu tidak kelihatan langsung. Entah ke mana
ghaibnya.

Beburung yang tadi bernyanyi sambil berehat di reranting pokok segera


berterbangan ke arah lain. Dedaun muda makin banyak yang berguguran. Bunyi
dahan yang berlaga sama sendiri akibat di pijak oleh sesuatu jelas kedengaran.
Suara beruk jantan juga dapat saya dengar tetapi, beruknya tidak kelihatan
langsung.

"Pedulikan semuanya itu."

Itu yang dituturkan oleh datuk pada saya. Dengan rasa kesal saya alihkan

193
pandangan ke arah datuk dan Haji Taslim Singasari.

"Ya, pedulikan semuanya itu," Haji Taslim Singasari menyokong pendapat datuk.
Kami beredar ke arah kaki tangga. Kulit muka saya mula terasa pedih akibat
dipanggang oleh sinar matahari yang kian terik. Datuk segera hulurkan tangan pada
Haji Taslim Singasari.

"Terima kasih atas kerjasama awak," suara Haji Taslim Singasari agak tersangkut-
sangkut. Datuk tunduk merenung tanah. Mungkin menahan kesedihan.

"Apa, haji boleh menghadapi semua masalah seorang diri."

"Saya cuba. Percayalah Allah lebih berkuasa atas segala-galanya. Cukuplah


pertolongan yang awak beri," Haji Taslim Singasari memeluk tubuh datuk. Mereka
berpeluk-pelukan sebentar. Kemudian tanpa disangka-sangka, Haji Taslim Singasari
terus memeluk tubuh saya. Kepala saya digosoknya berkali-kali.

"Belajar dari datuk kamu," itu pesanannya untuk saya. Dan apa yang mampu saya
lakukan ialah menganggukkan kepala beberapa kali. Datuk tersenyum dan Haji
Taslim Singasari ketawa kecil. Penuh bangga dan simpati.

"Kalau begitu, biarlah kami berangkat dulu."

"Ya, silakan sahabat. Selamat jalan Tamar. Dengar cakap datuk kamu. Bila datuk
kamu datang lagi ke sini, kamu mesti ke mari," saya kira tekanan nada suara begitu
bersahaja sekali, orang tua yang banyak pengalaman itu menyembunyikan rasa
hiba. Dan beberapa minit kemudian, saya dan datuk terus meninggalkan halaman
rumah Haji Taslim Singasari.

Terima kasih Haji Taslim Singasari, terlalu banyak pengalaman yang saya rangkum
ketika berlabuh di rumahmu. Semuanya ini akan saya jadikan teladan dan pedoman
untuk masa akan datang. Sesungguhnya, engkau telah memberikan sesuatu yang
tidak saya terfikirkan, sejak menjejakkan kaki di bumi Balik Pulau ini, bisik batin saya
bersama langkah yang teratur.

Sesekali, saya toleh ke arah rumah Haji Taslim Singasari yang kian jauh saya
tinggalkan.

"Cepat melangkah tu, buat apa toleh-toleh ke belakang, kamu bukan tak tahu, hari
tengah panas terik," datuk seperti merungut. Saya tidak memberikan sebarang
komen, selain dari mempercepatkan langkah.

Datuk membuat kejutan lagi, saya kira perjalanan terus kepada matlamatnya. Apa
yang saya duga ternyata tidak tepat sama sekali. Datuk masih dengan perangai
lamanya. Singgah di mana saja yang diingininya, terutama di rumah kenalan yang
dianggapnya sebagai sahabat.

Begitulah datuk, dalam perjalanan menuju ke bandar dia singgah sebentar di rumah
Pak Imam. Kedatangan datuk dan saya disambut dengan penuh hormat. Kami
dihidangkan dengan air kopi dan kuih buah melaka.

194
"Makan tengah hari di sini," pelawa Pak Imam.

"Tak payahlah. kami nak cepat sampai ke Tanjung," datuk memberikan alasan, Pak
Imam renung ke arah jam yang tergantung di dinding rumahnya.

"Baru pukul sebelas," kata Pak Imam, "Makan tengah hari, lepas Zuhur bertolaklah,
orang rumah saya nak masak gulai ikan puyu, sambal buah macang, cicah dengan
pucuk sanglang," begitu bersemangat Pak Imam bersuara.

"Lain kali saja, Pak Imam," datuk terus menolak.

"Ini permintaan saya, lain kali tu belum tentu dapat. Entah ada umur kita entah
tidak," rayu Pak Imam.

"Kalau itu hajat Pak Imam, saya terimalah."

Senyuman yang panjang pun terukir di kelopak bibir Pak Imam. Diwajahnya
terbayang kepuasan yang amat sangat. Tetamunya tidak menghampakan
harapannya.

HARAPAN

Saat datuk menceritakan pengalaman aneh yang dialaminya ketika berada di rumah
Haji Taslim Singasari, saya minta kebenaran darinya untuk berjalan di tanah dengan
alasan untuk menghilangkan jemu.

Permintaan saya diperkenankan oleh datuk. Kepalang gembiranya hati saya dan
kesempatan itu saya gunakan dengan sebaik-baiknya. Secara curi-curi saya
meninjau ke arah rumah Masitah, anak saudara Pak Imam.

Lagi sekali hati saya dibungai kegembiraan, ada tanda-tanda yang menunjukkan
hajat saya akan terkabul. Memang menjadi harapan saya, sebelum meninggalkan
bumi Balik Pulau, saya mahu menatap wajah dan senyuman Masitah.

Didorong oleh keinginan mahu menatap wajah Masitah, saya pun mula terhendap-
hendap dan menyusup di bawah pokok manggis yang berdaun lebat.

Saya sandarkan badan di situ sambil menarik nafas kelegaan. Secara tidak
disangka-sangka saya terpandangkan Masitah yang sedang menjemur kain di
ampaian. Sinaran matahari yang memancar keras, membuatkan kulit muka Masitah
jadi kemerah-merahan.

Saya mula langkah ke arah pokok langsat pula. Jarak saya dengan Masitah tidaklah
begitu jauh. Tetapi, saya masih enggan memperlihatkan diri, masih bersembunyi di
balik pokok langsat.

"Syyyyhhhhh..."

195
Saya segera membunyikan isyarat, cepat-cepat Masitah angkat kepala, renung kiri,
renung kanan dengan pandangan yang liar. Dia berhenti menjemur kain dan
wajahnya nampak cemas sedikit. Masitah renung ke arah pokok langsat dan saya
segera menunjukkan diri.

Masitah buat tidak peduli dengan saya. Dia terus jemur kain. Saya melangkah lagi,
jarak saya dengan Masitah bertambah dekat dan saya pun jual senyum padanya.
Hati saya bertambah sakit. Masitah buat tak kisah.

"Saya nak balik."

"Baliklah, kenapa bagi tahu saya. Datang dulu tak bagi tahu saya pun," hati saya
bertambah sakit mendengar kata-kata yang diluahkan oleh Masitah.

"Sombong sangat ni," kata saya lagi.

Masitah menjeling tajam ke arah saya bersama sebuah senyum yang sukar
ditafsirkan maknanya. Apakah itu senyuman suka atau benci?

Badan saya berpeluh, bukan kerana panas, tetapi kerana rasa takut. Takut kalau
gadis Balik Pulau yang kaya dengan adat ketimuran itu memecahkan rahsia.
Memberitahu kaum keluarganya tentang perangai saya yang buruk. Kalaulah hal ini
terjadi, lambat laun perkara itu akan sampai juga ke pengetahuan datuk dan saya
terpaksa menanggung malu yang bukan kepalang.

Dalam keadaan yang resah gelisah itu, saya dapat satu akal. Saya keluarkan pensil
dan selembar kertas dari dalam saku seluar saya. Tujuan saya bawa kertas itu untuk
mencatatkan alamat Masitah. Bila melihat pada sikap Masitah yang lain itu, ternyata
apa yang saya inginkan, tidak akan terlaksana. Saya harus bertindak segera
sebelum kehampaan menjelma.

"Heiii..."

Saya segera mengangkat tangan ke arah Masitah yang merenung tajam ke arah
saya. Masitah yang sedang mengembangkan kain jemuran terakhir segera
menggelengkan kepala. Tidak bersedia mahu mematuhi permintaan saya. Masitah
segera sidai kain terakhir. Kemudian dia melangkah ke arah rumahnya. Hati saya
berdebar tidak tentu arah.

"Hiss nantilah dulu."

Sengaja saya tinggikan suara. Masitah tak jadi melangkah. Segera menoleh ke arah
saya sambil mengangkatkan kepalanya dua tiga kali. Dia seolah-olah mengajukan
pertanyaan: Ada apa?

Reaksi yang saya berikan ialah dengan menunjukkan kertas dan pensil ke arahnya.
Masitah senyum. Dengan tergesa-gesa saya menuliskan nama dan alamat pada
kertas. Saya selitkan kertas itu pada ranting keduduk bercabang tiga.

196
"Jangan lupa ambil tau," kata saya.

Tidak ada jawapan dari Masitah. Tetapi apa yang jelas dia mengangguk. Ertinya, dia
bersedia mematuhi arahan dari saya.

TUGAS

Saya kira tugas besar dan berat telah saya laksanakan. Cepat-cepat saya tinggalkan
pokok langsat, melangkah tenang menuju ke rumah Pak Imam. Entah macam mana,
saya tersepak seketul kayu. Saya tidak dapat mengimbangi tubuh. Saya terjatuh,
bunyi tubuh menghempap bumi dan reranting kering dapat didengar oleh Pak Imam
dan datuk. Mereka segera menuju ke muka pintu dan merenung ke arah saya yang
tergesa-gesa bangun.

"Apa yang kamu cari dalam semak samun tu, Tamar," datuk yang berdiri di ambang
pintu mengemukan pertanyaan. Dia bersedia mahu melangkah turun.

"Tak payah turun, dia tak apa-apa," Pak Imam menahan.

Datuk duduk kembali.

"Apa yang kamu cari di situ?" datang lagi pertanyaan dari datuk. Ternyata datuk
tidak puas hati. Pertanyaannya saya tidak jawab.

"Tadi saya nampak biawak di situ, saya terus kejar," jawapan untuk melepaskan
batuk ditangga, saya berikan pada datuk. Pak Imam terasa sangsi dengan jawapan
yang saya berikan. Ini dapat saya baca melalui memek mukanya.

"Disini jarang ada biawak, entahlah pula hari ni ada biawak," suara isteri Pak Imam
lantang dari arah dapur. Kata-kata itu saya rasakan seperti menyindir saya. Dengan
muka yang tebal saya berdiri di kaki tangga.

"Sudahlah Tamar, naik saja ke rumah," Pak Imam cuba menghilangkan rasa serba
salah dalam diri saya. Dengan tenang saya naik ke rumah. Duduk di sudut,
menghala ke dapur. Apa yang saya buat, semuanya tidak kena, saya rasa Pak
Imam bagaikan tahu dengan apa yang telah saya lakukan.

Begitu cepat masa berlalu.Tepat jam dua belas lebih, hidangan makan tengah hari
pun tersedia. Semuanya amat menyelerakan. Lepas makan dihidangkan pula
pengat pisang.

"Sempat awak buat semuanya ini," kata Pak Imam bila melihat isterinya mengatur
piring pengat pisang di depannya.

"Bukan saya yang buat," kata isteri Pak Imam.

"Kalau bukan awak, siapa yang buat?"

197
"Masitah, dia ada di dapur tolong membasuh."

"Hum..." kata Pak Imam dan terus menikmati pengat pisang abu, "Sedap, makanlah
Tamar, apa malu-malu. Si Masitah buat pengat memang handal," sambung Pak
Imam sambil merenung ke arah saya. Lagi sekali, saya tersipu dengan sikap Pak
Imam itu. Saya rasakan dia menyindir saya lagi.

"Ah, banyak sangat ni," kata saya dalam usaha menghilangkan rasa serba salah.

"Rasa dulu, lepas tu mesti kamu makan sampai habis," tanpa diduga datuk
bersuara. Datuk terus menikmati pengat pisang.

Datuk dan Pak Imam sudah pun menikmati pengat pisang dari hasil kerja Masitah.
Saya masih belum memulakannya.

"Silakan," tutur Pak Imam.

"Cepat Tamar, kita nak balik jauh," datuk pula seperti mendesak. Dan saya pun
memulakannya. Memang sedap. Dalam saya asyik menikmati pengat pisang, saya
terdengar suara Masitah. Cepat-cepat saya panggungkan kepala lalu merenung ke
dapur.

Masitah, bentak batin saya setelah melihat kelibatnya di ruang dapur. Bila saya
mahu merenung untuk kedua kalinya, datuk mula berdehem.

"Kau nak balik Masitah," terdengar suara isteri Pak Imam.

"Ya," pasti itu suara masitah.

"Malam ni datang lepas Isyak, Pak Imam nak ajar kita tentang rukun sembahyang,"
terdengar lagi suara isteri Pak Imam.

"Saya datang, emak juga datang," sahut Masitah.

Hati saya bagaikan digaru-garu mahu segera bangun dan berdiri di muka tingkap
mahu melihat Masitah yang ayu melangkah pulang kerumahnya. Sebagai anak
muda yang ada maruah dan harga diri, sudah tentu perkara semacam itu tidak dapat
saya lakukan.

"Kita sembahyang di masjid," Pak Imam memberikan cadangan, setelah berehat


lebih dari setengah jam (selepas makan tengah hari). Masa berehat yang setengah
jam itu dipenuhi dengan perbincangan dan perdebatan berhubung dengan perkara
agama dari datuk dan Pak Imam. Secara tidak langsung pengetahuan saya turut
bertambah. Setidak-tidaknya saya mengerti beberapa patah perkataan Arab.

"Saya setuju," datuk memberikan kata putus. Memang sudah direncanakan setelah
menunaikan fardhu Zuhur, saya dan datuk akan meneruskan perjalanan ke Tanjung.
Segala beg dan barang datuk terpaksa dibawa bersama. Masa saya menyarungkan
sepatu, saya terus mencuri pandangan ke arah rumah Masitah. Perkara itu saya
lakukan dengan hati-hati dan teliti sekali. Jangan sampai dapat dikesan oleh Pak

198
Imam atau datuk.

Saya masih beruntung, mata saya masih dapat menangkap bentuk tubuh Masitah
berdiri di balik perdu durian yang berada di sempadan antara tanah milik ayahnya
dengan tanah milik Pak Imam. Masitah memakai baju kurung merah dengan kain
warna coklat. Dia merenung ke arah saya.

TUNDUK

Dengan keadaan tertunduk kerana mengikat tali kasut, saya terus menjeling ke arah
Masitah dengan ekor mata. Entah mengapa gadis yang berkulit putih itu benar-benar
mempengaruhi hati saya.

Meskipun loghat Pulau Pinang yang diucapkannya sering membuat saya tersenyum
panjang. Mungkin kerana tidak mahu menunggu saya yang mengambil masa agak
lama mengikat tali kasut, datuk dan Pak Imam beredar menuju ke kepala jalan.

Ini peluang yang cukup baik. Saya segera tegakkan tubuh dan merenung dengan
tepatnya ke arah Masitah. Paling menggembirakan hati, Masitah tidak lagi berdiri di
balik pokok durian. Dia berdiri di tengah lapang. Saya lambaikan tangan kearahnya.
Lambaian saya dibalasnya.

"Balik dulu," kata saya.

Masitah tidak menjawab. Dia cuma senyum sambil mengerak-gerakkan tangan yang
membawa makna yang dia akan menulis surat kepada saya berpandukan pada
alamat yang saya berikan padanya.

"Bagus."

Tutur saya sambil menegakkan ibu jari.

"Aheeemmm."

Saya segera angkat kepala. Renung ke arah tingkap sebelah kanan. Isteri Pak Imam
berdiri di situ. Tanpa berkata apa-apa, saya terus berlari ke arah datuk dan Pak
Imam yang berdiri di kepala jalan.

Sampai di kepala jalan, saya toleh ke arah pokok durian. Masitah sudah ghaib.
Agaknya, dia melarikan diri kerana tidak mahu perbuatannya dikesan oleh isteri Pak
Imam. Sepanjang perjalanan menuju ke masjid, hati saya menyanyi riang.

Setelah menunaikan sembahyang Zuhur, Pak Imam menghantar saya dan datuk ke
perhentian bas Balik Pulau. Datuk meninggalkan pesan pada Pak Imam supaya
mempengaruhi Mat Prai, agar dia sering pergi ke masjid, selalu membuat sedekah
dan amal jariah. Nampaknya, pesanan itu disambut oleh Pak Imam dengan baik
sekali.

199
"Dengan izin Allah, saya cuba tunaikan. Itupun kalau dia datang ke sini."

"Saya faham, saya mahu bila dia balik bercuti atau datang ke sini di musim durian,
dia mesti buat amal ibadah, jangan mengejar duit saja. Kalau Pak Imam tak
menegurnya, siapa lagi yang nak diharapkan," kata datuk.

Bas pun bergerak meninggalkan perhentian. Dalam perjalanan yang membosankan


itu, saya terus berangan-angan, menikmati zaman kegemilangan bersama Masitah.

Saya bayangkan yang kami berlari di gigi pantai. Membiarkan buih-buih ombak
menyentuh kaki. Kemudian, kami terjun ke laut lalu berenang melawan ombak.
Angan-angan yang tidak bertepi itu terus membungsung tinggi dalam kepala saya.

Akhirnya saya terlena. Tidak tahu apa yang terjadi, samada di dalam perut bas atau
di luar. Saya terjaga bila bahu saya digoncang oleh datuk berkali-kali. Bila saya buka
mata, perut bas sudah kosong. Pemandu dan penjual tiket sudah berada di sebuah
warung.

"Bangun, kamu tidur macam orang mati."

Saya diam. Tidak memberikan sebarang komentar atas kata-kata yang datuk
luahkan. Dalam keadaan yang lesu saya terus bangun sambil menggosok-gosok
kelopak mata.

"Kalau dah makan tak sedarkan dunia, inilah akibatnya kena angin bas terus tertidur,
macam anjing mampus," datuk terus merungut.

Macam tadi juga, saya tidak berani bersuara. Terus melangkah menuju ke pintu bas.
Bila berada di luar baru terasa panas. Saya dan datuk terus menuju ke pengkalan.
Dari situ kami menaiki feri menuju ke tanah besar.

Datuk membatalkan hasratnya untuk mengunjungi rumah Mat Prai kerana


kesuntukan masa. Kerana kesuntukan masa juga, datuk naik teksi menuju ke
Taiping. Dari Taiping menuju ke kampung baru naik bas. Menjelang Maghrib kami
sampai di rumah.

Nenek menyambut kepulangan kami dengan wajah yang riang. Dia menyambut
buah tangan dari datuk yang dibeli di bandar Taiping. Datuk juga sembahyang Asar
di Taiping. Saya ingat sebelum menaiki bas, datuk pergi membeli belah di kedai
yang menjual buah-buahan. Datuk juga membeli beberapa helai kain pelikat dan dua
helai kain batik untuk nenek. Hadiah-hadiah itu membuat nenek gembira.

MALAM

Seperti selalu, setiap kali pulang dari perjalanan yang jauh, pasti saya menceritakan
pada nenek hal-hal yang dialami. Dan malam itu, secara kebetulan saya tidak ikut
datuk berjemaah Maghrib dan Isyak di masjid. Datuk memang ada mengajak saya
kerana ada guru agama mengajar Tauhid tetapi saya menolak dengan alasan penat.

200
Alasan itu dapat diterima oleh datuk.

Selepas menunaikan fardhu Isyak, saya terus mendekati nenek yang duduk bersila
di tengah ruang. Cukup tenang nenek mengunyah sirih. Bibir kecutnya nampak
merah. Saya pun bercerita padanya tentang apa yang dialami ketika berada di Pulau
Pinang. Bila sampai bahagian cerita yang menakutkan, wajah nenek nampak
cemas. Bila ada kisah lucu nenek ketawa.

"Tapi Tamar."

Nenek behenti mengunyah sirih. Tepak sirih yang berada di hujung lutut segera
ditolaknya ke tepi. Matanya merenung tajam ke arah saya. Debaran cemas bersama
perasaan ingin tahu mula menyelubungi hati saya.

"Kenapa nek?"

Nenek tersenyum. Masih keberatan untuk menceritakan sesuatu pada saya. Dia
terus mengunyah sirih dengan seenak-enaknya.

"Kenapa nek?"

"Masa kamu sama datuk tak ada di rumah ni, nenek tak pernah merasa aman.
Belum pernah nenek berdepan dengan masalah yang sepelik ni, pada hal dulu datuk
kamu keluar sampai berbulan-bulan, tak ada yang mengacau. Tapi kali ini, lain
macam pula," nenek memulakan ceritanya. Bila saya mendekatinya, nenek tidak
meneruskan cerritanya. Ini membuat saya resah.

"Apa yang nek nak ceritakan ni," saya mula mendesak. Nenek lunjurkan kedua
belah kakinya.

"Setiap malam, macam ada orang datang, orang berjalan dan bercakap diluar
rumah. Kadang-kadang terdengar bunyi orang makan," lanjut nenek. Tiba-tiba saja
bulu tengkok saya tegak berdiri.

"Selalunya, pukul berapa nek dengar?"

"Pukul dua belas malam ke atas," terang nenek bersahaja, "Bila nenek buka pintu
dan keluar, keliling rumah bawa suluh tak ada apa yang nenek nampak," sambung
nenek lagi. Di wajahnya tidak terbayang keresahan.

Saya terdiam sejenak. Apakah perkara yang dialami oleh nenek itu ada
hubungannya dengan kejadian di rumah Haji Taslim Singasari? Apakah syaitan-
syaitan peliharaan Suhaimi Keraba boleh sampai ke sini? Tahu pula yang nenek ni
isteri datuk. Mungkin ada makhluk-makhluk lain yang sengaja mahu mengacau
nenek? Semuanya itu timbul dalam tempurung kepala saya.

"Nenek tak minta tolong, tak beritahu hal ini pada orang lain," saya mengajukan
pertanyaan. Mata saya liar merenung ke kiri dan ke kanan. Rasa takut terus
bersarang di sudut hati.

201
"Buat apa beritahu orang."

"Apa pasal nek cakap macam tu."

"Kadang-kadang perkara macam ni, susah orang nak percaya."

"Tak percaya tak apa, asalkan diberitahu, setidak-tidaknya ada juga perhatian orang
pada rumah ni."

"Buat apa menyusahkan orang kerana kita."

"Hum..." saya melepaskan sebuah keluhan. Bosan dengan perangai nenek yang
tidak jauh bezanya dengan perangai datuk.

"Sekarang benda-benda tu tak datang lagi nek?" saya minta kepastian.


Sesungguhnya, saya memang tidak mahu perkara-perkara ganjil seperti itu datang
mengacau nenek yang sudah tua.

"Entah, hilang begitu saja," balas nenek.

"Nenek tentang?"

Nenek gelengkan kepala dan terus mengunyah sirih. Saya lihat nenek seperti mahu
menghabiskan cerita itu hingga ke tahap itu saja. Dia seperti mahu melupakan saja,
sudah pasti saya kurang senang dengan tindak-tanduk nenek itu.

"Apa yang nenek buat, cakaplah," saya cuba merayu.

"Eh, kamu ni, aku tak buat apa-apa. Dia mengamuk diluar, aku baca Yaasin di
rumah, aku sembahyang Tahajjud. Aku buat seperti apa yang selalu aku buat.
Biarlah dia nak bertendang, berterajang atau bersilat di luar rumah."

"Haa..." mulut saya terlopong.

"Apa lagi Tamar."

"Tak ada apa-apa nek," sahut saya. Entah mengapa perkara sebodoh itu saya
tanyakan pada nenek. Kenapa saya terlupakan yang nenek itu isteri datuk.
Sebanyak sedikit sudah tentu datuk mencurahkan ilmu pada isterinya. Setidak-
tidaknya untuk perlindungan dirinya. Saya segera menarik nafas dalam-dalam. Tidak
lama kemudian datuk pulang dari masjid.

121. Tetamu Cacat

Datuk buka baju teluk belanga lalu disangkutkan pada paku dinding. Seperti selalu,
datuk terus duduk bersandar sambil mendirikan lutut sebelah kanan. Beberapa saat
kemudian nenek pun meletakkan secawan kopi pahit di depannya. Datuk tidak

202
segera meminumnya. Dia hanya melihat asap nipis di permukaan cawan.

"Ramai orang di masjid?"

"Tak seberapa," datuk terus menghirup kopi pahit, "Begitulah selalunya, tak ramai
orang yang mahu belajar di masjid, orang lebih suka tengok Fun Fair," sambung
datuk dengan nada kesal.

Cara kebetulan pula di pekan kecil sudah sminggu diadakan Fun Fair. Macam-
macam pertunjukkan diadakan yang dapat memikat hati orang-orang di tempat saya.

"Memang begitu adat hidup. Dunia dilebihkan, akhirat buat endah tak endah.
Maklumlah, dunia nampak, alam akhirat tak nampak," ujar nenek lalu memicit buah
betisnya.

Datuk tidak memberikan sebarang komentar terhadap kata-kata yang nenek


tuturkan. Dengan tenang datuk mengangkat cawan lalu menghirup kopi pahit. Saya
sudah pun merebahkan badan di lantai, sejak datuk meneguk kopi pahit pertama.
Sengaja saya rapatkan kedua belah kelopak mata. Biar nenek dan datuk
menyangkakan yang saya sedang tidur.

"Rasa-rasanya, aku nak ke Jambi. Rindu nak tengok kaum keluarga, saudara mara
di sana. Aku rindukan tanah jambi," hasrat yang datuk luahkan itu membuatkan saya
membuka kedua belah kelopak mata dengan luas.

"Kita faham niat awak, kita tak menghalangnya, hubungan kaum keluarga, kata
orang macam air sungai, dicincang tak putus, Tapi, ada...," nenek tidak meneruskan
kata.

"Ada apa?" datuk pun menegakkan badannya. Biji matanya tepat merenung wajah
nenek. Seolah-olah memaksa nenek supaya menyambung segera kata-kata yang
terputus itu.

"Awak tu, tak sekuat dulu lagi. Awak bukannya muda, cuma itu saja yang saya nak
ingatkan," nenek pun angkat muka lalu bola matanya terpaku ke wajah datuk.

"Awak takut saya mati?"

"Tak pula, kerana saya tahu, mati tu adalah hak Allah."

"Habis apa yang awak bimbang dan takutkan."

"Awak nak ke Jambi tu nak naik apa, kapal terbang atau kapal laut?" soal nenek lagi.
Tidak ada jawapan dari datuk. Dia hanya tunduk merenung lantai sambil menghela
nafas perlahan-lahan.

Ternyata seperti ada sesuatu yang bermain dalam kepala datuk, ekoran dari
pertanyaan yang nenek kemukakan.

"Nak ikut apa?" ulang nenek lagi.

203
Tidak ada jawapan dari datuk dan baki air kopi pahit dalam cawan segera
dihirupnya. Kemudian datuk lunjurkan kaki kanannya. Datuk seperti keberatan untuk
menjawab pertanyaan dari nenek, macam ada sesuatu yang ingin datuk
sembunyikan dari perempuan yang tertonggok didepannya.

Saya yang sedang baring terus pasang telinga. Saya juga ingin mendengar jawapan
dari datuk. Bunyi cengkerik berdendang di luar cukup rancak. Angin yang bertiup
terus menjatuhkan reranting yang kering ke bumi. Suara kucing jantan cukup nyaring
memanggil kucing betina.

"Aku nak ke Jambi dengan kapal laut," secara mengejut datuk bersuara. Kaki yang
dilunjur dirapatkannya kembali. Silanya diperkemaskan.

"Sungguh-sungguh awak nak ke jambi."

"Tentu," datuk anggukkan kepala.

"Bila agaknya awak nak pergi?"

"Bila semua urusan selesai baru sedap berjalan."

"Pergi seorang saja?"

"Berdua."

Nenek terus membeliakkan biji matanya.

"Awak nak bawa saya?"

Tanya nenek, cepat-cepat datuk gelengkan kepala.

Nenek ambil sirih, pinang, kapur dan gambir. Semuanya disatukan lalu disumbat
dalam gobek. Dengan tenang nenek menggobek sirih.

Saya kira sambil menggobek sirih, nenek memerah otak memikirkan siapakah
kawan karib datuk yang bakal menemaninya ke tanah Jambi.

"Siapa kawan awak tu," nenek berhenti menggobek sirih.

"Siapa lagi...," datuk terus diam. Dia menggeliat untuk menghilangkan rasa lenguh di
pangkal belikatnya.

"Agaknya awak nak bawa cucu kita, si Tamar," nenek terus menyerkap jarang.

"Memang begitulah hajat di hati, mahu aku perkenalkan si Tamar dengan kaum
keluarga di seberang. Aku tak mahu dia kehilangan akar umbi keturunannya. Biar
dia kenal siapa dirinya dan dari mana asal-usulnya," datuk bersuara penuh
semangat.

204
Bila datuk mengakui yang dia memang berhasrat mahu membawa saya ke tanah
seberang. Saya semacam tidak sedar terus bangun dan duduk bersila merenung
muka datuk dan nenek. Saya masih mengharapkan kata-kata selanjutnya yang
bakal keluar dari kedua kelopak bibir datuk dan nenek.

"Wah! tengok si Tamar ni, sebut pasal nak berjalan dari tidur terus bangun," nenek
menghalakan matanya ke arah saya.

"Maknanya dia pura-pura tidur, bukan apa tu, dia nak mengelakkan dari disuruh
membaca Quran. Perbuatan macam tu tak ada untungnya Tamar, apa faedahnya
menipu diri sendiri," sampuk datuk tanpa merenung ke arah saya.

Tebal rasa kulit muka bila kena sindir macam tu. Apa mahu dikata, salah sendiri
terpaksa ditanggung malu.

"Pergi tidur dalam bilik," herdik datuk.

"Baik tuk," saya segera akur dengan cakap datuk.

REBAH

Nenek hanya melihat telatah saya yang tergesa-gesa masuk ke bilik tidur. Saya
tidak merebahkan diri di atas katil. Saya lekapkan telinga kanan ke dinding untuk
mengikuti perbualan selanjutnya antara datuk dan nenek.

"Budak tu cukup nakal, makin besar makin menjadi nakal," itulah komen nenek
terhadap saya.

"Budak lelaki memang begitu, suka membantah cakap. Kalau kena cara cakap dan
minta mahu mendengar kata. Suruh apa saja, sanggup dibuatnya. Tamar tu boleh
dibentuk lagi untuk menjadi manusia," datuk membela saya.

Saya senyum sendirian, megah kerana ada orang yang bersedia mempertahankan
diri saya. Bukan kepalang gembiranya rasa di hati, bila datuk memuji saya di depan
nenek.

Dan saya mula faham, begitu tinggi sekali harapan datuk pada saya. Keseronokan
yang melonjak-lonjak terus terbantut, bila teringatkan ungkapan dari datuk berbunyi:
Tamar tu boleh dibentuk lagi untuk jadi manusia.

Wah! ini sudah keterlaluan. Apakah batang tubuh saya yang wujud ini, bukannya
manusia? apakah saya ini binatang yang bertubuhkan manusia? datuk sudah
melampau, secara mendadak saya jadi marah. Kalau ikutkan hati, mahu rasanya
papan dinding saya tumbuk, biar tercabut.

Dalam mengawal perasaan itu, saya cuba membaca surah Al-Fatihah tiga kali.
Ketenangan datang dalam diri saya dan saya mula memikirkan ada maksud tertentu
dari ungkapan yang datuk luahkan itu.

205
Telinga terus saya lekapkan ke dinding. Saya mengalami kekecewaan yang amat
sangat. Datuk dan nenek tidak lagi memperkatakan tentang hal yang ada
hubungannya dengan niat datuk mahu pulang ke Jambi. Mereka membawa
persoalan lain, mereka memperkatakan tentang tanah sawah, kebun getah, amal
ibadah dan hal-hal yang bersangkut-paut dengan kematian. Saya cukup hampa
dengan tindakan datuk dan nenek itu.

Saya pun rebahkan sekujur tubuh atas katil, saya mula memikirkan tentang
perjalanan ke Jambi dengan kapal laut membelah Selat Melaka.

Kalaulah benar, datuk bersedia membawa saya ke tanah Jambi, saya akan
memujuk datuk agar membawa saya ke Palembang untuk melihat puncak Bukit
Seguntang tempat Wan Empuk dan Wan Malini berhuma padi. Saya juga teringin
sekali mahu melihat Sungai Mati yang membelah Palembang. Semoga cita-cita dan
impian terlaksana.

"Bolehkah dipercayai cakap datuk tu?"

Timbul pertanyaan dalam hati saya di malam yang dingin. Saya terdengar bunyi jam
gantung berdenting sepuluh kali. Perbualan datuk dengan nenek tidak serancak tadi.
Saya menguap, sekejap saya melentang, sekejap saya meniarap dan sekejap
mengiring. Entah mengapa saya resah tak menentu.

"Agaknya, saya terpengaruh dengan cerita datuk mahu membawa saya ke Jambi,
inilah sebabnya saya resah tak menentu dan tak mahu tidur," begitulah saya
membuat ramalan dalam hati. Saya terus bangun duduk atas katil sambil memeluk
sepasang lutut. Macam-macam yang saya fikirkan tentang kampung halaman datuk
di Jambi.

Suburkah bumi Jambi dengan tumbuhan. Sombongkah anak buah datuk. Kasarkah
gerak-geri mereka dan celuparkah mulut anak buah datuk di sana. Dapatkah saya
menerima mereka sebagai kaum keluarga yang masih mempunyai pertalian darah
dengan datuk, sedangkan saya tidak pernah mengenali mereka secara dekat, tidak
mesra.

Mungkin cara mereka berfikir dengan saya tidak sealiran. Jangan-jangan bahasa
yang diucapkan tidak saya fahami. Dapatkah saya menerima mereka saya yang
telah dipisahkan oleh Selat Melaka. Semuanya bergolak dalam dada saya.

"Disana ada sungai, ada jambatan, nanti kau dah besar tuk bawa ke sana,"
teringatkan dialog yang terjadi antara saya dengan datuk ketika saya mula
bersekolah dulu.

"Sungai itu apa namanya tuk?"

"Sungai Batanghari."

"Jambatannya nama apa tuk?"

206
"Aur Duri, dibuat dari besi, nantilah kamu besar datuk bawa kamu ke sana."

"Lembu di sana, serupa dengan lembu di sini tuk."

"Tentulah sama," datuk terus ketawa panjang. Barangkali dia merasa amat lucu
dengan pertanyaan saya itu.

Saya tersenyum mengingati ketololan diri sendiri. Saya menguap panjang. Dan mata
saya terasa amat berat sekali. Saya hilang keinginan untuk mengikuti perbualan
antara datuk dengan nenek, saya terus menarik gebar untuk menghilangkan rasa
dingin yang menguasai sekujur tubuh. Dan sesungguhnya, setelah itu saya tidak
tahu apa yang berlaku.

RUANG

Bila saya bangun untuk menunaikan solat Subuh, saya dapati ada seorang lelaki
duduk di ruang tengah.

Lelaki itu memakai songkok hitam, berbaju cekak musang dengan kain selendang
membalut sebahagian dari dadanya. Memakai pelekat berpetak empat, macam
petak papan catur.

Waktu saya lalu disisinya, lelaki itu tidak angkat muka. Tunduk merenung lantai
macam orang bertafakur. Datuk berdiri dikirinya dengan pakaian yang lengkap untuk
berjemaah Subuh di masjid.

Kerana dia tidak menghiraukan saya, saya pun tidak menegurnya. Saya teruskan
perjalanan ke bilik air. Setelah mandi dan ambil air sembahyang, lagi sekali saya lalu
diruang tengah. Saya dapati lelaki dan datuk sudah tiada lagi di situ. Pada hemat
saya, pasti kedua-duanya menuju ke masjid.

Setelah menunaikan solat Subuh, saya terus mendapatkan nenek yang sedang
menjerang air di dapur.

"Ada orang baru datang ke rumah kita nek? siapa orang tu?" saya kemukakan
soalan pada nenek. Sakit juga hati bila nenek buat tidak kisah dengan pertanyaan
yang saya ajukan padanya. Saya ulangi pertanyaan itu beberapa kali, barulah nenek
bersuara.

"Entah, aku tak kenal siapa dia, Tamar."

"Masa bila dia datang nek?"

"Kalau tak silap dekat pukul sebelas malam tadi. Pada mulanya datuk kamu
terdengar bunyi orang berjalan di luar, tidak lama kemudian, pintu rumah kita diketuk
berkali-kali," nenek memperjelaskan cerita sebenar dengan harapan keraguan yang
berada dalam hati saya akan berakhir.

207
"Kemudian tuk suruh dia masuk. Bukan begitu nek?" tingkah saya, nenek pun
segera anggukkan kepala.

"Itu silap besar, membenarkan orang yang kita tak kenal bermalam di rumah kita,"
saya luahkan protes.

"Tuk kamu bukannya bodoh, dia fikir buruk baiknya dulu sebelum menerima orang tu
bermalam di sini. Kau tahu Tamar, orang tu cacat."

"Cacat," saya terkejut besar lalu membeliakkan biji mata.

"Ya," angguk nenek.

"Tadi saya nampak elok sempurna."

"Kamu tengok sekali lalu, macam mana kamu boleh kata begitu," dari nada
suaranya itu, ternyata nenek kesal dengan sikap saya.

Buat beberapa saat saya tidak bersuara. Biarkan perasaan nenek kembali tenang.
Kalau banyak soal nanti dia naik darah. Kalau nenek sudah naik darah nanti puntung
kayu api naik ke muka saya. Nenek buka tingkap bahagian dapur. Cuaca di luar
nampak samar-samar. Kokok ayam masih kedengaran sekali-sekala. Di kaki langit
ada kilau cahaya yang mula bangkit.

"Apa cacatnya nek?"

Nenek menarik nafas lambat-lambat. Diwajahnya terpancar rasa simpati yang amat
dalam terhadap tetamu yang kurang saya restui itu.

"Dia jalan merangkak, ampun maaf cakap, berjalan macam biawak."

"Pelik, kenapa macam tu. Apa kata tuk tentang cara dia berjalan tu nek," saya
berminat sekali untuk mengetahui keganjilan yang terjadi pada diri lelaki tersebut.

"Tak ada apa-apa katanya, cuma dia kesian saja."

"Hairan juga saya, macam mana dia terus datang ke rumah kita nek?"

"Itu kau kena tanya tuk kamu, dia melayan orang tu bercakap berjam-jam malam
tadi. Lepas aku menghidangkan air kopi dan kuih, aku terus masuk bilik, aku
mengantuk," tutur nenek dengan tenang.

Nenek terus taruh kopi dan gula ke dalam teko lalu disusuli dengan air panas. Nenek
kacau air panas dengan sudu hingga kopi dan gula bersatu. Bau air kopi yang
menyegarkan itu terus menusuk lubang hidung, saya kian terangsang untuk minum
kopi.

"Kamu minum dulu."

Nenek tuang kopi panas ke dalam cawan. Tanpa membuang masa lagi saya terus

208
menghirupnya.

"Kalau nak makan goreng pisang tunggu sekejap lagi," ujar nenek lagi sambil
mengangkat goreng pisang dari kuali dan diletakkan atas para dengan tujuan untuk
menyejukkannya.

"Tak apa nek, dapat air kopi ni pun dah cukup baik," kata saya.

"Baiknya kamu pagi ni Tamar," nenek menyindir.

"Saya cakap ikhlas nek, nenek buat goreng pisang ni untuk orang cacat tu?"

"Ya," angguk nenek.

Tanpa diminta, sambil bercerita bagaimana tetamu cacat itu datang. Pada mulanya,
datuk keberatan mahu mengizinkan tetamu cacat itu bermalam di rumah. Tetapi,
setelah dirayu dan diterangkan tujuan sebenarnya, barulah datuk membenarkan
tetamu cacat itu masuk ke rumah.

"Apa alasannya nenek?" saya memotong cakap nenek.

"Katanya, sudah berbulan-bulan dia mencari rumah datuk kamu, dia mendapat tahu
dari orang tertentu yang datuk kamu berkebolehan, kerana itu dia mencarinya."

"Waktu malam datang ke rumah," cemuh saya.

"Begitulah, kalau dah berhajat."

"Orang mana nek?"

"Entah, nenek tak tahu."

"Hum..." keluh saya.

Saya terus minum baki kopi panas yang masih ada dalam cawan. Saya kira, selesai
saya minum nanti nenek akan menyambung kembali cerita tentang tetamu cacat
tersebut.

SALAH

Perkiraan saya tidak salah lagi. Sebaik saja saya meletakkan cawan atas meja.
Nenek duduk bersila di depan saya.

"Khabarnya orang jauh," nenek memulakan cerita.

Ternyata cerita yang mahu bermula itu, mati setakat itu saja. Disekat oleh
kepulangan datuk dan tetamu cacat.

209
"Bukakan pintu Tamar, mereka dah balik dari masjid," suruh nenek.

Tanpa tangguh-tangguh lagi saya menerpa ke pintu dengan harapan mahu melihat
tentang kecacatan yang dialami oleh tetamu baru itu. Pintu saya buka, saya lihat
datuk tercegat di halaman, sedangkan tetamunya merayap memanjat tangga.

Tetamu itu menggunakan kekuatan sepasang tangannya untuk mengheret tubuhnya


naik tangga rumah. Apa yang saya lihat membuat saya tergamam dan terkejut.

"Kenapa tercegat di situ!" pekik datuk.

Saya terkejut dan terus menuju ke ruang dapur mendapatkan nenek yang sudah
mengaturkan piring untuk goreng pisang dan cawan atas talam.

"Apa yang bising tu, Tamar?" nenek renung muka saya.

"Tuk marah saya berdiri di depan pintu."

"Tak manis melihat orang cacat macam tu, sepatutnya lepas kamu buka pintu, kamu
berubah ke tempat lain."

"Kesian dia, nek."

"Sekarang kamu dah tahu kenapa tuk kamu membenarkan dia bermalam di rumah
kita," tutur nenek dengan renungan yang sayu ke arah dinding dapur. Mungkin ada
sesuatu yang bermain dalam tempurung kepala nenek.

Bila nenek sudah yakin yang datuk dan tetamu cacat sudah sampai dan duduk di
ruang tengah. Nenek pun mengarahkan saya supaya membawa makanan pagi ke
ruang tengah. Cakapnya segera saya patuhi. Setelah hidangan itu diletakkan, saya
segera angkat kaki untuk ke dapur kembali.

"Tamar."

Langkah saya terhenti. Wajah datuk saya renung.

"Kamu duduk di sini, minum sama kami," sambung datuk lagi.

"Tapi cawannya ada dua saja tuk," saya mencari helah.

"Nanti aku suruh nenek kamu bawa lagi dua cawan," datuk segera bangun menuju
ke ruang dapur. Dan datang kembali ke ruang tengah bersama dengan nenek
memmbawa dua cawan kosong.

Saya gagal menjauhkan diri dari datuk. Saya tidak ada pilihan lain lagi. Samada
suka atau tidak saya terpaksa akur dengan cakapnya. Saya duduk dekatnya, tetamu
cacat tunduk merenung lantai, dia kelihatan seperti takut mahu melihat batang
hidung saya. Bila saja nenek selesai menuangkan air kopi ke dalam cawan, dia
segera beredar ke dapur.

210
Saya sandarkan badan ke dinding sambil mengarahkan sepasang anak mata ke
tingkap yang terdedah. Saya lihat suasana di luar cukup cerah. Matahari yang kian
meninggi terus memancarkan cahaya, kicau burung bersahut-sahutan.

"Silakan minum, Khoja Lisut."

"Ya, terima kasih."

Tetamu cacat segera angkat cawan lalu menghirup kopi. Saya mengalami kejutan
yang kedua. Bibir tetamu cacat kelihatan terbelah dua dan lidahnya berwarna putih.
Dia tidak menghirup kopi tapi menjilat. Mungkin kerana menyedari yang
perbuatannya jadi tumpuan saya, tetamu cacat segera berhenti minum kopi. Dia
angkat muka lalu renung ke arah saya.

"Jangan terkejut nak, memang begini cara pak cik minum," katanya tersekat-sekat.

"Kerana ini jugalah pakcik dibuang keluarga, ditinggalkan oleh anak bini pak cik,"
sambungnya dalam nada suara yang penuh kehampaan.

"Khoja Lisut, tak usahlah bercerita apa-apa pada cucu saya tu, minum dan makan
dulu," datuk bertindak kerana dia menyedari kalau dibiarkan Khoja Lisut meneruskan
percakapan, mungkin Khoja Lisut akan menangis.

Bagi datuk memang pantang tujuh keturunan, kalau orang bertandang menangis
pagi di rumahnya. Perbuatan itu seolah-olah menyuruh rezeki lari jauh dari tuan
rumah disamping menggambarkan yang tuan rumah tidak bersyukur pada Tuhan
yang menjadikan waktu pagi yang indah.

Selain dari itu, perbuatan tetamu menangis pagi dirumah orang yang didatangi
seolah-olah mendoakan tuan rumah dan keluarganya supaya hidup dalam bahaya
dan pendek umur.

Entah dari mana pantang larang dan petua itu dikutip oleh datuk. Kata nenek, petua
dan pantang larang itu telah diwarisi oleh datuk dari nenek moyangnya. Entah
berapa keturunan. Apakah pantang larang, petua dan petunjuk sedemikian mesti
dilanjutkan di abad-abad yang akan datang? ingin saya bertanya demikian pada
datuk. Tetapi, tidak pernah saya ajukan, saya takut dimarahinya.

Sarapan pun berakhir, cawan dan piring kosong saya bawa ke dapur. Saya segera
memberitahu datuk yang saya mahu menemani nenek ke kebun pisang.

"Tak payah, nenek kamu boleh uruskan," sanggah datuk.

"Saya nak tolong dia petik mentimun, cabai dan sayur."

"Tak payah, nenek kamu boleh buat."

"Saya nak tengok jerat di tepi hutan."

"Biar aku beri tahu nenek kamu untuk menengoknya."

211
"Eh, saya nak tengok bubu di sungai."

"Semuanya sudah aku cakapkan pada nenek kamu, dia boleh selesaikan kerja tu,
kita cuma tunggu waktu makan saja," datuk begitu serius. Apalagi mahu saya
katakan. Semua helah dan dalih ditolak mentah-mentah oleh datuk.

"Tamar, hari ini kamu kena tolong datuk dari pagi hingga petang, boleh jadi sampai
ke malam," cukup tenang datuk bertutur. Matanya terpaku ke wajah saya.

"Pertolongan apa tu tuk."

"Bukan masanya, sekarang bukan masanya kamu nak bertanyakan hal itu, tunggu
saja perintah aku," saya dapat merasakan ada riak kemarahan dalam hati datuk
berdasarkan pada tekanan suaranya.

RANCAK

Bila melihat datuk dalam keadaan demikian, saya segera mengambil sikap
membisu, tunggu serta lihat. Apa juga perintahnya pasti saya turuti.

Saya perhatikan, sejak tadi datuk tidak begitu rancak berbual dengan tetamu cacat.
Datuk lebih banyak termenung sambil melihat ke dada langit, macam ada sesuatu
yang difikirkannya. Sesekali wajah datuk berkerut dan cemas.

"Kita ke kebun pisang, duduk berborak di pondok," datuk luahkan arahan.

"Pak cik Khoja macam mana, tuk?"

"Ha, ikut sama."

Saya menarik nafas panjang. Terbayang di kepala bagaimana susahnya si tetamu


cacat merangkak ke sana. Apa datuk mahu menyeksanya? tidakkah datuk tahu
jarak antara kebun pisang dengan rumah hampir satu batu. Ini kerja gila.

"Kita pimpin dia," datuk memecahkan kebuntuan dalam kepala saya. Tapi, cara itu
juga tidak praktikal. Memimpin orang cacat sejauh itu memang menyulitkan.

"Siap," datuk renung saya.

"Baik," kepala segera saya angguk.

Datuk masuk ke kamarnya dan keluar dengan memakai seluar hitam. Kain pelekat
besar dijadikannya samping. Bila sudah berpakaian demikian, ertinya ada tugas
tertentu yang bakal dilaksanakan oleh datuk. Saya lihat datuk memasukkan kain lilit
kepalanya ke dalam saku baju. Dan dia mengenakan kopiah putih di kepala.

"Ayuh, tunggu apa lagi, Tamar."

212
Saya segera turun, begitu juga dengan tetamu cacat terpaksa menyusur tangga
dengan hati-hati. Bila kami sampai ke bawah baru datuk turun. Saya bersedia mahu
memimpin tetamu cacat.

"Tak payah," datuk menolak saya ke tepi sebelah kanan.

Datuk terus membongkok lalu mengangkat tetamu cacat, diletakkan atas kedua
belah bahunya.

"Aku bawa dia," katanya pada saya.

Saya anggukkan kepala. Mungkin kerana tidak mahu perbuatannya diketahui oleh
orang-orang kampung, datuk mengambil keputusan ikut jalan pintas yang agak
sukar menuju ke kebun pisang. Terpaksa melalui denai di pinggir belukar. Saya
sering saja tersepakkan akar-akar pokok dan adakalanya saya terjatuh.

Datuk tidak kisah dengan apa yang terjadi pada saya. Dia jalan terus seakan-akan
berlari, saya tercungap-cungap memburunya dari belakang. Sampai saja di pondok
pisang sesikat datuk terus letak Khoja Lisut atas lantai pondok yang dibuat dari
buluh. Khoja Lisut segera mengisut ke tengah pondok. Datuk terus menuju ke perigi
membasuh muka. Saya naik ke pondok.

"Kenapa tuk bawa pak cik Khoja ke sini."

"Memenuhi syarat."

"Syarat apa?" saya bertambah hairan.

"Syaratnya, pak cik boleh menceritakan dari mana pak cik datang dan sebab-sebab
pak cik jadi begini di pondok yang berlantaikan buluh, atap rumbia dan berdinding
separuh."

"Begitu," saya menarik nafas dalam-dalam. Syarat-syarat yang dikehendaki itu ada
di pondok pisang sesikat yang didirikan oleh datuk.

"Di rumah tak boleh ke, pak cik?" saya mula mencungkil rahsia darinya sebelum
datuk naik ke pondok.

"Tak boleh, kalau buka rahsia di rumah yang elok, alamatnya pak cik bertambah
susah," jelas Khoja Lisut.

Selesai saja Khoja Lisut bercakap, datuk pun sampai dari perigi lalu naik ke pondok.
Beberapa minit kemudian nenek muncul membawa beberapa helai pucuk pisang
yang masih hijau serta kendi berisi air. Semua barang-barang itu diserahkan pada
datuk. Saya kira perkara ini bukannya kebetulan tetapi, telah dirancang lebih awal
antara datuk dengan nenek. Mereka merahsiakan perkara ini dari saya.

Semasa penyerahan barang-barang itu dilakukan, datuk dan nenek tidak bertentang
wajah. Masing-masing renung ke arah yang berlainan. Tidak bercakap walaupun

213
sepatah.

Nenek meninggalkan kami, dia meneruskan tugasnya memetik putik jagung,


mentimun, daun salang, cekur manis. Bila tugas itu selesai nenek turun ke sungai
melihat lukah. Semuanya itu diadunkan menjadi bahan makanan tengah hari yang
amat menyelerakan.

"Kamu macam mana sekarang Khoja? sudah bersedia untuk menceritakan segala-
galanya seperti yang kamu janjikan, semua syarat yang kamu minta sudah aku
sediakan," datuk pun mengemaskan silanya.

"Saya sudah bersedia."

"Tamar, kamu duduk di sini, barangkali ada perkara yang dapat kamu bantu aku,"
begitu tajam biji mata datuk menyorot wajah saya. Cepat-cepat saya mengangguk.

122. Mengaku Keturunan Hang Jebat

Bunyi kicauan burung punai tanah cukup rancak, angin yang bertiup tenang
memberikan kesegaran pada saya. Sesekali terdengar sayup-sayup bunyi kokok
ayam hutan di hujung kebun.

“Kamu sebenarnya, bukan anak jati Pasir Besar, Gemas Negeri Sembilan. Kamu
dah berbohong pada aku Khoja,” sambil melagakan gigi atas dengan gigi
bawanhnya, datuk renung batang hidung Khoja Lisut.

Saya melihat muka Khoja Lisut pucat, dia resah tidak menentu. Sekejap renung
lantai buluh, sekejap renung ke arah saya dan pepohon di luar. Apa yang dilakukan
semuanya tidak kena.

“Aku maafkan, tapi hari ini kamu mesti berterus terang, jangan jadikan diri kamu
manusia munafik,” sambung datuk, hati Khoja Lisut lega, saya lihat mukanya merah
kembali. Sikap tidak tentu arahnya terhenti. Saya kira, sekarang dia merasa bahagia
dan seronok sekali. Datuk sudah memaafkan perbuatannya yang terlanjur.

“Sekarang berceritalah kamu dengan jujur tentang diri kamu dari A sampai Z,” datuk
luahkan permintaan.

“Baik,” sahut Khoja Lisut.

“Bagus,” balas datuk.

”Tapi saya terpaksa duduk atas pucuk pisang, kendi berisi air mesti diletakkan di
hujung lutut sebelah kanan,” Khoja Lisut mengajukan syarat. Tentu saja syarat itu
dipenuhi oleh datuk. Saya pun diarahkan oleh datuk untuk membuat segala-galanya.

Sebaik saja Khoja Lisut duduk atas pucuk pisang, dia membuka bajunya. Lagi sekali

214
saya terkejut melihat kulitnya yang bersisik macam sisik tenggiling, terutama di
bahagian rusuk dan belakang. Khoja Lisut segera menarik kulitnya yang bersisik itu
lalu diletakkan atas pucuk pisang.

Semua gerak-gerinya itu diperhatikan oleh datuk dengan penuh teliti. Saya lihat
Khoja Lisut bergerak atas pucuk pisang macam tenggiling (merangkak). Pucuk pisng
habis hancur. Kelakuan aneh itu berlangsung kira-kira lima minit.

Sambil bergerak itu, Khoja Lisut melepaskan nafasnya macam bunyi nafas binatang
yang merayap. Lidahnya terjelir menjilat-jilat air atas pucuk pisang. Kelopak matanya
bergerak-gerak macam kelopak mata ular.

”Inilah yang saya tanggung selama ini, benda pelik ini datang dalam waktu begini,
waktu matahari bertambah tinggi,” tutur Khoja Lisut. Bila dia pulih dari keadaan
ganjilnya. Dia duduk bersila atas pucuk pisang yang sudah koyak rabak itu. Saya
kira waktu itu lebih kurang pukul sepuluh pagi. Khoja Lisut menyarungkan kembali
baju ke tubuhnya.

NORMAL

Keadaan diri Khoja Lisut kembali normal. Tidak terdapat tanda-tanda yang sebentar
tadi dirinya berada dalam keadaan tidak normal. Dia menarik dan melepaskan nafas
dengan tenang. Dua tiga kali dia menelan air liur sambil memandang ke arah datuk.
Khoja Lisut pun memperkemaskan duduk dan silanya. Dia pun berkisah tentang
riwayat dirinya :

Dia adalah pendekar terkenal di Pulau Rupat yang terletak di perairan kepulauan
Riau. Dari Pulau Rupat hingga ke Tanjung Pinang dia buka gelanggang silat, jumlah
anak muridnya bukan kepalang.

Kehandalannya diakui, ramai pendekar silat dari Bukit Tinggi, Teluk Batung Bangka,
Kerinci dan Jambi ditewaskannya dalanm gelanggang. Ilmu persilatannya cukup
tinggi, ilmu akhirat juga tidak kurang dalam dadanya.

Tubuhnya tidak mampan peluru, tidak mampan senjata tajam. Tahan dibakar dan
direndam. Sebulan sekali dia datang ke Johor, Negeri Sembilan dan Melaka
mengembangkan ilmu silatnya. Dia datang ke negeri-negeri di pantai barat Tanah
Melayu melalui pantai. Dia menggunakan bot nelayan untuk datang ke tempat
tersebut.

Dia pernah diuji dengan tembakan senapang kampung berlaras dua. Bertalu-talu
tembakan dilepaskan ke tubuhnya. Semua tidak mendatangkan apa-apa kesan.
Peristiwa itu berlaku ketika dia berada di Serkam, Melaka.

Ujian ke dua berlaku di Air Mawang Johol, Negeri Sembilan. Dia diserang dengan
sepuluh lembing dari sepuluh anak muda, kemudian diikuti dengan tikaman keris
dan tetakan parang panjang bertalu-talu. Walaupun dia dapat mengesan dan kenal
dengan orang-orang yang menyerang, dia tetap bersikap mengalah. Masih
memaafkan musuhnya, tetap bersikap merendahkan diri.

215
Kerana sikapnya, bukan sikap ayam jaguh orang yang memusuhinya bertukar
menjadi rakannya yang paling karib. Bersedia susah dan senang bersamanya. Dan
Khoja Lisut secara perlahan-lahan mengembangkan pengaruh dalam bidang
persilatan.

”Walaupun dia ditawarkan tanah, rumah dan isteri oleh para pengikut-pengikutnya,
dia tetap menolak. Dia tidak bersedia menetap di bumi Tanah Melayu. Dia merasa
lebih seronok dan bahagia berulang-alik dari Pulau Rupat ke Melaka atau Negeri
Sembilan.

”Kamu memang hebat, datuk segera memotong cakapnya. Khoja Lisut terperanjat,
mungkin dia merasa kurang seronok bila cakapnya dipintas oleh datuk dengan cara
yang mengejutkan. Tetapi, Khoja Lisut tidak memperlihatkan kemarahannya. Dia
menghadiahkan senyuman pada datuk dan saya.

”Semua orang kata saya gagah dan kuat, tak ada seorang pun yang dapat melawan
saya. Akibatnya saya lupa diri dan menanggung sakit yang tak diketahui puncanya,
tak ada ubat dan penawarnya,” sambung Khoja Lisut, dia seakan-akan menyesali
dengan apa yang terjadi atas dirinya.

Datuk menggigit bibir sambil merenung ke arah pepokok pisang yang subur di
kawasan sekitar pondok. Khoja Lisut terus mencabut kulit tubuhnya yang bersisik.
Diaturkannya atas daun pisang.

”Pakcik kena sumpah?” saya bertanya.

Pertanyaan saya tidak dijawab.

”Barangkali kamu ada membuat sesuatu pada orang yang tidak melakukan
kesalahan atas diri kamu, susul datuk.

Khoja Lisut menegakkan badannya. Dia mengeliat, gerak tubuhnya tidak ubah
macam tenggiling yang bergerak atas permukaan bumi. Sesekali dia mengeluarkan
lidahnya untuk membasahkan kelopak bibirnya.

”Kira-kiranya begitulah, semuanya terjadi kerana saya tidak dapat mengawal rasa
marah saya,” dengan wajah yang tenang dan selamba Khoja Lisut meluahkan kata-
kata.

”Kamu mencari aku kerana nak berikhtiar, nak menghilangkan penyakit yang kamu
tanggung,” tanya datuk lagi.

Khoja Lisut tarik nafas dalam-dalam. Lagi sekali dia menelan air liur sambil meraba-
raba hujung dagunya dengan telapak tangan kirinya.

”Memang begitulah hajat saya,”

”Dari siapa kamu tahu tentang aku Khoja.”

”Beberapa tahun dulu, awak pernah datang ke daerah Batu Pahat, awak pernah

216
menolong menyelesaikan beberapa masalah di sana. Dari orang-orang yang terbabit
itulah saya tahu diri awak,” jelas Khoja Lisut.

”Itu sebabnya awak cari aku, tapi kenapa datang waktu malam,” soal datuk lagi.

PONDOK

Kali ini, dua tiga kali Khoja Lisut meraba-raba lehernya dengan tangan kanan. Dia
mengisut perlahan-lahan ke pintu pondok.

Duduk termanggu di situ buat beberapa saat. Dia merenung dedaun pisang,
merenung tanah dan rerumput di kaki tangga pondok. Kemudian kembali ke tempat
asal dia duduk tadi.

”Kerana keadaan saya begini, saya terpaksa berjalan malam mencari rumah awak.
Kalau saya datang siang mungkin timbul macam-macam cerita,” jelas Khoja Lisut.

Macam mana dari Pasir Besar ke mari? Awak berjalan waktu malam juga, macam
tak yakin saya dengan cerita awak ni,” sanggah datuk sambil merenung muka Khoja
Lisut.

”Saya guru silat, anak murid saya ramai, merekalah yang menguruskan saya ke
mari. Awak tahu, malam saya sampai ke rumah awak tu, saya dihantar oleh ayah
kepada anak murid saya yang bekerja di Melaka.”

’Siapa nama ayah anak murid awak tu, Khoja.”

”Tak payahlah saya beritahu. Apa yang peliknya walaupun anak murid saya yang di
Melaka tu berasal dari kampung ini tetapi, dia tak tahu langsung tentang kebolehan
awak,” cukup bersemangat Khoja Lisut bercerita.

”Sudahlah tu, sekarang saya nak tahu apa yang telah kamu lakukan pada orang
yang tidak bersalah,” datuk seperti mendesak. Dan ternyata kali ini, Khoja Lisut tidak
dapat berdalih itu ini lagi.

”Kalau saya ceritakan keburukan saya, apakah kisah tu tak diceritakan pada orang
lain,” cukup pintar Khoja Lisut menjerat.

”Tidak,” balas datuk.

”Bila sudah cerita keburukan saya, apakah awak bersedia menolong saya.”

”Menolong orang lain dalam kesusahan, memang kerja saya. Membahagiakan orang
adalah salah satau amal jariah yang baik dan memang digalakkan umat Islam
melakukannya,” begitu bersemangat datuk bersuara.

Dan Khoja Lisut pun meriwayatkan sebab-sebab dia jalan merangkak macam
tenggiling. Menurut Khoja Lisut, orang-orang kampungnya menyebutnya sebagai
terkena kenan tenggiling. Begini ceritanya :

217
Dia telah diajak oleh anak muridnya ke Asuhan di daerah Batu Bara, di Sumatera.
Anak muridnya itu telah memperkenalkan dirinya pada orang-orang kampung
tentang kehebatan gurunya. Beberapa orag pendekar setempat telah menguji Khoja
Lisut, ternyata tiada seorang pun yang dapat menewaskannya.

Cerita Khoja Lisut tersebar ke seluruh pelosok kampung. Ramai yang datang
menemuinya. Mereka mempelawa Khoja Lisut membuka gelanggang untuk anak-
anak muda setempat belajar ilmu mempertahankan diri. Kerana sudah ramai yang
mendesak, akhirnya Khoja Lisut berjanji pada penduduk akan datang pada minggu
depan iaitu pada hari Jumaat untuk membuka gelanggang.

Pada hari yang dijanjikan itu, Khija Lisut bersama dua orang kanannya yang tidak
kurang handalnya pun sampai di Asahan. Bila semua anak muda berkumpul, Khoja
Lisut pun memulakan upacara membuka gelanggang dengan jamuan makan pulut
kuning yang disediakan oleh pihak yang mengundangnya. Setelah itu, Khoja Lisut
meriwayatkan tentang ilmu persilatan yang diwarisinya itu.

Khoja Lisut menyatakan pada penduduk setempat bahawa ilmu silat yang ada pada
dirinya itu adalah silat yang diamalkan oleh Hang Jebat yang berdarah panas. Khoja
Lisut menekankn juga Hang Jebat adalah anak jati Pulau Rupat dan berhijrah ke
Melaka dalam usia sepuluh tahun lebih.

Hang Jebat ke Melaka kerana mengikut ayahnya yang menjadi pedagang cengkih
dan lada. Di Melaka Hang Jebat berkenalan dengan Hang Tuah serta beberapa
orang lagi rakannya.

Semasa menjadi hulubalang Melaka, Hang Jebat sering pulang ke Pulau Rupat dan
menyebarkan ilmu silat kepada penduduk setempat. Salah seorang dari orang yang
menuntut ilmu persilatan itu ialah moyang Khoja Lisut yang secara kebetulan
mempunyai pertalian keluarga dengan Hang Jebat.

Cerita yang dikatakan oleh Khoja Lisut membuat orang-orang setempat kian kagum
pada dirinya. Lewat tengah hari barulah Khoja Lisut mengajar langkah pada anak-
anak muda di situ. Lebih kurang baru belajar mengatur gerak dan petua terdengar
bunyi tabuh di masjid dipalu orang. Khoja Lisut tidak ambil kisah tentang itu dia terus
mengajar silat.

Beberapa orang anak muda mula bergerak meninggalkan tempat beljar untuk
menuju ke masjid.

”Pantang saya, kalau baru belajar mahu meninggalkan tempat,” sergah Khoja Lisut
terhadap anak-anak muda yang mula mahu meninggalkan gelanggang. Anak-anak
muda itu membatalkan niat mereka mahu pergi ke masjid. Kembali ke tempat asal.

”Kiai lalu,” terdengar suara dari beberapa orang nak muda yang duduk di bawah
pohon ketapang, tidak jauh dari tempat Khoja Lisut memberi penerangan tentang
ilmu persilatannya.

Biji mata anak-anak muda yang bersuara itu tertumpu ke arah seorang tua yang
kurus tinggi, membawa tongkat, memakai songkok tinggi, berbaju melayu potongan

218
Johor. Berkain samping warna putih sama dengan warna seluar dan baju yang
dipakainya.

DUDUK

Orang tua yang berbadan kurus dan tinggi itu datang ke arah anak muda yang
duduk di bawah pokok ketapang.

Anak-anak muda tersebut cuba melarikan diri, tetapi hasrat itu tidak terlaksana
kerana orang tua yang mereka sebut Kiai itu menunjukkan wajah persahabatan.

”Apa kamu semua buat di sini?” Tanya Kiai.

”Tengok orang belajar silat.”

”Apa kamu semua tak tahu, waktu Jumaat dah masuk.”

”Tahu pak Kiai.”

”Kalau sudah tahu kenapa duduk di sini, lagi pun kamu semua tak belajar silat,
sekarang pergi balik dan siap, kemudian datang masjid,” perintah orang tua yang
berbadan kurus tinggi itu.

”Macam mana yang belajar tu Pak Kiai,” salah seorang dari anak muda di situ
melahirkan protes. Pak Kiai segera menoleh ke arah sekumpulan anak muda yang
sedang asyik melihat Khoja Lisut bercakap sambil mengatur langkah silat.

”Itu biar Pak Kiai uruskan.”

Orang tua yang kurus tinggi itu pun segera melangkah ke arah kumpulan anak muda
yang sedang mengelilingi Khoja Lisut. Dua orang pengawal peribadi Khoja Lisut
melihat dengan hati-hati langkah Pak Kiai.

”Kenapa berkumpul di sini, seruan untuk sembahyang Jumaat dah dihebahkan, apa
kamu semua tak dengar, jangan jadikan diri kamu isi neraka,” cukup lantang suara
Pak Kiai. Matanya terus menatap wajah anak-anak muda yang agak terkejut dan
tersipu-sipu melihat kedatangan Pak Kiai yang tidak diduga itu.

”Kami belajar untuk menyelamatkan diri,” sahut salah seorang dari anak muda yang
duduk tidak jauh dari Khoja Lisut.

”Kalau iapun, kamu semua mahu belajar ilmu mempertahankan diri, janganlah
sampai mengabaikan perintah Allah,” lanjut Pak Kiai sambil menekankan tongkatnya
ke dada bumi. Ternyata lelaki tua yang sudah menjangkau usia lebih dari lapan
puluh tahun itu sudah kepenatan.

Dia menarik nafas sambil mengumpulkan tenaga untuk meneruskan kata-kata


selanjutnya terhadap anak-anak yang masih duduk terlonggok di depannya.

”Kamu semua balik dan kemudian datang ke masjid,” Pak Kiai mengeluarkan

219
arahan. Dua orang pengawal peribadi Khoja Lisut mula mendekati Pak Kiai.
Bersedia untuk melakukan apa saja kalau orang tua itu banyak cakap dan banyak
perintah.

”Sembahyanglah, Jumaat hanya datang seminggu sekali dalam diri kita, kalau kita
persia-siakan Jumaat yang datang, kita rugi besar, Jumaat hari ini, tidak akan ada
dalam hari Jumaat yang akan datang,” itu yang dituturkan oleh Pak Kiai pada kedua
orang pengawal peribadi Khoja Lisut.

Dari jauh, Khoja Lisut memberikan isyarat agar dua orang pengawal peribadinya
menjauhkan diri dari Pak Kiai. Perintah Khoja Lisut segera dipatuhi.

”Kami baru belajar Pak Kiai, pantang tengah belajar berhenti, Pak Kiai,” terdengar
suara dari kumpulan anak muda yang mengelilingi Khoja Lisut. Pak Kiai yang
kepenatan terus mengesat peluh di dahi dengan sapu tangan. Panas tengah hari
yang terik itu membuat Pak Kiai cepat terasa penat dan letih.

”Siapa guru kamu,” tanya Pak Kiai.

”Saya.”

Dengan serta merta Khoja Lisut menerpa ke arah Pak Kiai, bagaikan helang
menyambar anak ayam. Dia berdiri di depan Pak Kiai. Direnungnya muka Pak Kiai
yang sudah berkedut seribu itu.

Sengaja disiku-sikunya bahagian kiri tubuh Pak Kiai. Orang tua itu tetap bersikap
tenang. Tidak memperlihatkan sikap marah. Masih menghulurkan tangan untuk
bersalam. Khoja Lisut sambut huluran tangan itu. Bila telapak tangan Pak Kiai
berada dalam genggamannya, cepat-cepat dia memulas tangan Pak Kiai. Ternyata
kesakitan itu tidak datang pada diri Pak Kiai. Dia masih tersenyum. Khoja Lisut
melepaskan telapak tangan Pak Kiai.

”Suruh anak-anak murid kamu bersurai, tunaikan perintah Allah dulu, lepas itu
teruskan apa yang mahu kamu ajarkan pada mereka, sesungguhnya niat kamu baik,
tapi cara menyampaikannya agak terpesong, tuan guru,” begitulah kata-kata yang
diluahkan Pak Kiai. Khoja Lisut tersenyum dan terus menyinggung perut Pak Kiai
dengan siku kirinya. Pak Kiai membongkok menahan kesakitan.

”Ajaklah anak-anak murid kamu ke jalan yang baik, ajaklah mereka ke rumah Allah.
Ajaklah mereka sembahyang Jumaat, masa masih ada lagi,” tutur Pak Kiai bila rasa
sakit di perutnya hilang.

”Itu urusan aku, buka urusan kamu orang tua.”

”Tapi, apa yang aku cakapkan tadi, adalah urusan agama Islam yang menyuruh
saling mengingati antara sama lain untuk kebaikan.

”Diam,” pekik Khoja Lisut.

Dia terus menolak Pak Kiai hingga jatuh terduduk di bumi.

220
Melihat kejadian itu, kumpulan pemuda yang pada mulanya mahu berguru dengan
Khoja Lisut mula resah dan cemas. Mereka kurang senang bila melihat Khoja Lisut
bercakap keterlaluan terhadap orang tua yang mereka hormati, orang tua yang telah
dinobatkan sebagai ulama kampung yang berkeliber.

Kumpulan pemuda kampung mula berpecah, satu puak yang selama ini memang
kurang senang dengan sikap Pak Kiai yang selalu menegur perbuatan mereka yang
dikira bertentangan dengan ajaran Islam, segera menyebelahi Khoja Lisut. Manakala
satu pihak lagi berada di pihak Pak Kiai.

”Awak sudah keterlaluan buat orang tua,” seorang anak muda menangkap tangan
kanan Khoja Lisut yang mahu melepaskan penumbuk ke arah Pak Kiai yang baru
bangun. Belum pun pemuda itu berbuat apa-apa, kedua orang pengawal peribadi
Khoja Lisut segera menangkap pemuda tersebut lalu diangkat dan dicampak ke dala
kubang berbau yang berdekatan.

Beberapa orang pemuda lain yang menyebelahi Pak Kiai segera menyerang dua
orang pengawal peribadi Khoja Lisut. Semua pemuda yang menyerang itu tewas di
tangan pengawal peribadi Khoja Lisut yang berbadan tegap. Kedua-dua pengawal
peribadi itu adalah dari keturunan Batak yang berasal dari Tanah Karo, tetapi sudah
lama menetap di Pulau Rupat.

”Kamu jangan masuk campur, biar aku selesaikan urusan ini dengan situa nak
mampus, ulama katak bawah tempurung,” cukup nyaring suara Khoja Lisut.
Pengawal peribadinya segera ke tepi, begitu juga dengan pemuda yang
menyebelahinya.

Khoja Lisut melepaskan pukulan silat yang bertubi-tubi ke arah Pak Kiai. Sebagai
usaha mempertahankan dirinya, Pak Kiai menggunakan tongkatnya. Masa Khoja
Lisut melancarkan serangan bertalu-talu ke arahnya, Pak Kiai segera mengangkat
tongkatnya separas dada. Entah macam mana hujung tongkat Pak Kiai terkena
bahagian kemaluan Khoja Lisut.

JATUH

Buat beberapa saat Khoja Lisut jatuh ke bumi, berguling-guling sambil melolong
menahan kesakitan. Semua orang yang berada di situ terpegun melihat pendekar
silat tergolek-golek di bumi.

”Maafkan saya, saya tak niat nak buat apa-apa,” Pak kiai menerpa ke arah Khoja
Lisut dan cuba mahu menolongnya. Belum pun Pak Kiai memberikan bantuan,
Khoja Lisut terus melepaskan tendangan yang kencang ke arah Pak Kiai.

Khoja Lisut terus bangun dan melancarkan serangan silat yang bertubi-tubi ke arah
Pak Kiai. Orang tua yang sememangnya tidak bertenaga itu hanya mengucapkan
kata-kata : Allah Hu Akhbar setiap kali menerima buah silat dari Khoja Lisut.
Akhirnya, Pak Kiai tergolek lembik macam batang pisang.

Tubuh Pak Kiai pun diangkat oleh para pemuda kampung yang bersimpati

221
dengannya. Ternyata tangan dan kaki Pak Kiai patah. Mulutnya keluar darah.
Pakaiannya habis koyak rabak. Ketika tubuh Pak Kiai diusung ke rumahnya suara
azan Jumaat berkumandang di udara.

Itulah sejarah hitam yang sengaja diciptakan oleh Khoja Lisut dalam hidupnya. Dia
berbuat demikian kerana merasakan dirinya tidak dapat dikalahkan oleh sesiapapun.
Dia berbangga kerana merasakan dalam dirinya mengalir darah Hang Jebat yang
memang terkenal dengan perangai panas barannya.

”Setelah kejadian itu, saya batalkan ilmu silat, sehingga ke Tanah Melayu. Pada
suatu hari saya terasa pening. Kalau tak silap saya hari Jumaat, sebulan sesudah
saya membelasah Pak Kiai,” Khoja Lisut menarik nafas.

”Apa dah jadi selepas pak cik pening?” Soal saya.

”Pak Cik jatuh pitam, dua hari kemudian pak cik demam. Seluruh badan terasa sakit,
kulit terasa panas macam terbakar, sepanjang malam pak cik mimpi buruk. Dua
bulan pak cik duduk terbaring di rumah. Puas berubat tidak juga sembuh,” Khoja
Lisut berhenti bercerita. Dia termenung panjang. Saya dan datuk berpandangan.

”Kemudian kamu dapat sakit ini?” Desak datuk. Khoja Lisut gelengkan kepala.

”Habis macam mana kamu kena sakit ini?” Datang lagi pertanyaan dari datuk. Khoja
Lisut angkat tangan memberi isyarat, agar datuk jangan mengemukakan sebarang
pertanyaan.

Berilah kesempatan padanya untuk bercerita, jangan diganggu atau dipotong


percakapannya. Datuk anggukkan kepala, seolah-olah menyetujui dengan apa yang
diminta oleh Khoja Lisut.

”Setiap malam saya mimpi yang menakutkan, akhirnya saya rasa kaki saya macam
patah, begitu juga tangan, pinggang saya terasa lembik, tidak boleh bergerak.
Terpaksa merayap bila mahu pergi ke sesuatu tempat, beberapa orang dukun dan
bomoh yang cuba merawat saya jatuh pengsan, malah ada yang mati mengejut,
sudah bertahun-tahun saya menanggung sakit ini, orang kampung kata saya kena
kenan buaya, kenan tenggiling dan biawak.

”Dah berubat dengan doktor.”

”Sudah, macam-macam pil saya telah, rasanya sudah hancur tubuh saya kena
cucuk, saya minta awak menolong saya,” sambil merayu itu, air mata Khoja Lisut
meleleh. Dia meletakkan harapan pada datuk agar sakit yang ditanggung dapat
diusahakan agar cepat sembuh.

”Kamu membuat aniaya pada orang alim, inilah akibatnya,” bisik datuk ke telinga
Khoja Lisut. Wajah Khoja Lisut tetap tenang mendengar khabar itu.

”Kamu mesti minta maaf padanya secara terbuka,” sambung datuk lagi. Kali ini
wajah Khoja Lisut segera berubah. Dia terkejut. Cemas dan resah sendiri, renung
kiri, renung kanan macam ada sesuatu yang amat ditakutinya.

222
123. Tubuh Terbenam Dalam Pasir

Saya menanti penuh debar.Apakah jawapan yang akan diluahkan oleh Khoja Lisut
terhadap pertanyaan yang datuk ajukan padanya.
“Kamu mesti minta maaf,” ulang datuk.
Tidak ada jawapan daripada Khoja Lisut, rasa takut dan cemas jelas terbayang di
wajahnya.
Saya segera menarik nafas dalam-dalam dengan harapan akan terpancutlah
jawapan dari kelopak bibir Khoja Lisut.
Bagi mengurangkan debar di dada, saya renung kawasan sekitar pondok pisang
sesikat. Gegendang telinga saya terus menangkap bunyi kicau burung Murai
Tanah.Angin terus menggerakkan dedaun pisang. Dan matahari kian meninggi.
“Pak Kiai tu sudah mati.”
Saya segera arahkan sepasang mata ke wajah Khoja Lisut. Datuk agak terkejut
dengan mulut separuh terbuka. Di saat pandangan mata saya berlaga dengan
pandangan mata Khoja Lisut, dia segera menundukkan kepala merenung lantai
buluh.
“ Ini sulit sikit.”
Cepat-cepat Khoja Lisut angkat kepala lalu menatap wajah datuk. Dia menanti datuk
menyambung kata-kata. Ternyata datuk berhenti di situ sahaja.
“Apa yang sulitnya? Apa penyakit saya tak boleh sembuh,” Khoja Lisut
memberanikan diri bersuara.
“Kau buat aniaya orang, kalau orang tu tak memaafkan perbuatan kamu, selama-
lamanya kamu tanggung dosa,” jelas datuk.
“ Itu tak penting,” potong Khoja Lisut.
“ Habis apa yang penting buat kamu?” Nada suara datuk mula meninggi. Matanya
tidak berkedip menentang wajah Khoja Lisut.
“Perkara yang penting bagi saya, sama ada sakit saya ni boleh sembuh atau tidak?
Saya datang ke sini nak berubat, bukan nak dengar nasihat,” Khoja Lisut mula
meluahkan gelodak batinnya.
Datuk seperti terpempan , tidak menyangka sama sekali Khoja Lisut bersuara agak
keras. Datuk gigit bibir. Khoja Lisut melepaskan keluhan penuh kesal.
“ Tak guna berusaha mengubati orang sombong, tidak mahu minta maaf pada orang
yang dianiayai,” perlahan-lahan lalu menatap seluruh wajah Khoja Lisut, “Orang
takbur tidak boleh dibuat sahabat,” sambung datuk lagi.
“ Saya dah insaf,” secara mencacak Khoja Lisut bersuara.
“Kamu insaf, bila kamu sakit. Kalau kamu tak sakit, tak terima bala begini, kamu tak
insaf,” tingkah datuk. Tidak terdengar suara protes dari Khoja Lisut.
Saya resah, bimbang kalau-kalau Khoja Lisut yang kecewa dan putus asa
mendengar kata-kata dari datuk itu akan bertindak mengikut perasaan.
“ Pak Kiai tu orang yang berhemah tinggi, sebelum mati dia telah memaafkan saya.
Dia juga mendoakan kesejahteraan untuk saya dan keluarga. Dia yakin satu hari
nanti saya jadi orang baik-baik,” tutur Khoja Lisut dalam keadaan suara yang
tersekat-sekat.
“Kau berbohong dengan aku Khoja.”
“Saya bercakap benar.”
“Aku tak percaya, macam mana kamu tahu dia memaafkan kamu. Pada hal masa
Pak Kiai tenat kamu tak ada dekatnya, kamu jauh darinya,” soal datuk lagi.

223
Saya lihat Khoja Lisut bagaikan tersentak dengan pertanyaan itu. Barangkali, dia
sedar tentang keterlanjurannya mahu memperdayakan datuk.
“Saya mengaku saya bersalah,” Khoja Lisut renung ke arah saya.Hati kecil saya
mula kesal kerana datuk bersedia melindungi seorang pembohong.
“Dah terlambat, bukan masanya untuk kamu menyesali perbuatan lalu,” datuk terus
memprotes sikap Khoja Lisut. Datuk seperti tidak mahu memberi rasa simpati
terhadap Khoja Lisut.
Entah mengapa datuk bersikap demikian? Saya sendiri tidak tahu.Barangkali datuk
sudah dapat mengesan atau mencium sesuatu dari tindak-tanduk yang dipamerkan
oleh Khoja Lisut.
“ Memang,” Khoja Lisut tidak meneruskan kata-kata.
“ Apa yang memang pak cik,” saya mencelah.
“ Memang pak cik dah terlambat, memang pak cik bersalah. Sekarang bukan
masanya pak cik nak minta maaf. Tak ada siapa pun yang nak percayakan cakap
pakcik,” begitu lantang suara Khoja Lisut. Biji matanya merenung tepat ke arah
datuk. Dan tanpa di sangka-sangka Khoja Lisut menghantukkan kepalanya ke lantai
berkali-kali.
Saya jadi panik melihat perbuatannya itu. Datuk segera menerpa ke arahnya. Dan
berjaya menahan Khoja Lisut dari meneruskan perbuatannya menghantuk-hantuk
kepala ke lantai. Khoja Lisut memeluk datuk, perlahan -lahan dia menjatuhkan
kepalanya atas riba datuk. Khoja Lisut menangis tersedu-sedu.
“ Kenapa Khoja,” tanya datuk.
“ Saya kesal kerana orang tak mahu dengar cakap saya,” bentak Khoja Lisut .
Saya lihat datuk menarik nafas panjang. Ada senyum sinis bermain di sudut
bibirnya. Khoja Lisut segera mengangkat kepalanya dari riba dan terus duduk
tersandar di dinding.
“ Kenapa kamu bersikap macam budak-budak, kerana orang tak percaya cakap
kamu, kamu menangis. Itu bukan caranya. Kalaulah kamu memang bercakap benar,
buktikan kebenarannya.”
“Ha,” Khoja Lisut seperti terkejut. “Apa awak mahu mendengarnya?” Sambungnya
sambil merenung ke arah datuk.
“ Ya,” angguk datuk, “ kenapa aku tak mahu mendengar cerita yang benar dari kau?”
Ternyata kata-kata itu memberikan semangat baru pada Khoja Lisut. Kepuasan dan
keriangan terpancar di wajahnya.
Dengan perlahan-lahan Khoja Lisut alihkan mukanya ke arah luar pondok.
Pandangannya yang sayu jatuh ke dedaun pisang yang kelihatan bergerak ke sana
ke sini dirempuh angin.
“ Cakap Khoja,” desak datuk.
Khoja Lisut alihkan pandangan, dari luar ke dalam rumah. Saya menanti penuh
debar, terlalu ingin mendengar cerita dari Khoja Lisut. Agar keinginan saya tidak
dapat dikesan oleh datuk dan Khoja Lisut, saya pura-pura merenung ke langit.
Saya lihat awan putih bersih, berarak perlahan-lahan ke arah selatan. Kicau burung
kian rancak bersama sinar matahari yang mula terik.
“ Masa,” Khoja Lisut tidak menyambung kata. Cepat-cepat saya palingkan muka ke
arahnya. Saya lihat datuk tumpukan seluruh perhatian ke arah Khoja Lisut. Rupa-
rupanya keinginan datuk seperti saya juga.
“ Masa Pak Kiai nak putus nyawa, dia beritahu pada orang-orang di sekelilingnya
yang dia memaafkan saya. Dia suruh anak buahnya mencari anak murid saya,”
Khoja Lisut menyambut kata yang terputus. Di wajahnya tergambar kepuasan yang
amat sangat dan bersedia meneruskan cerita. Khoja Lisut menelan air liur sambil

224
kedutkan dahi, seolah-olah mengumpul ingatan pada peristiwa lalu.
“ Teruskan cerita, kamu Khoja.”
Suara datuk agak meninggi, hujung kaki seluar sebelah kanan terus dilipatnya.
Kemudian datuk berpusing ke kanan sambil menggosok pangkal siku kiri berkali-kali.
“Teruskan Khoja, aku mahu mendengarnya makin cepat kamu menamatkan cerita,
makin mudah aku membuat keputusan , sama ada cerita kamu itu benar atau
pembohong,” datuk mendesak.
“ Anak murid saya dibawa oleh anak buah Kiai menemuinya. Dia minta anak murid
saya tu memberitahu saya yang dia telah memaafkan perbuatan saya padanya,”
begitu Khoja Lisut meneruskan ceritanya.
“ Anak murid kamu tu, sampaikan pesan tu sendiri kepada, Khoja,” soal datuk lagi.
“Ya, saya terima pesanan tu.”
“Apa yang kamu buat, bila kamu mendapat pesanan tu,” tanya datuk lagi.
Khoja Lisut terdiam, dia merenung ke arah saya. Dan datuk tetap tidak
mengubahkan pandangan ke wajah Khoja Lisut.
“ Saya tergamam, saya tak sangka Kiai tu, begitu ikhlas dan baik hati,” nada suara
Khoja Lisut mula tersangkut-sangkut. Dia tundukkan muka merenung lantai kembali.
Bila mukanya diangkat dia merenung ke arah saya, rasa hiba bersarang dalam
dada. Saya melihat genangan air jernih di kelopak matanya.
“Itu saja yang kamu rasakan, Khoja.”
“ Ya, itu saja.”
“Kamu tak berusaha mahu berjumpa dengannya?”
“Oh ya,” Khoja Lisut seperti tersentak. Dengan nada suara yang amat lemah dia
terus bersuara
“Dua hari setelah saya mendapat pesan tu, saya terus menuju ke rumah Pak Kiai,
malangnya nasib saya,” Khoja Lisut berhenti bercakap.
Dia menangis deangan semahu-mahu, macam budak kecil. Datuk biarkan Khoja
Lisut menangis sampai dia berhenti sendiri.

BELAKANG

Bila datuk merasakan perasaan Khoja Lisut sudah tenang dan damai, datuk segera
menepuk belakangnya dua tiga kali. Khoja Lisut terus memegang pergelangan
tangan datuk erat-erat.
“ Kamu sampai ke rumahnya dan kamu diberitahu oleh anak buahnya yang Kiai itu
meninggal dunia, dua hari yang lalu, kamu menyesal kerana lambat bertindak,
sepatutnya sebaik saja kamu menerima pesanan, kamu terus berjumpa dengannya,”
ungkap datuk, tidak nampak ketegangan di wajah datuk. Saya kira dia mula simpati
dengan apa yang dialami oleh Khoja Lisut.
' Kamu Tamar,” saya tersentak bila Khoja Lisut menyebut nama saya, “ jangan ikut
apa yang pak cik buat, tak ada apa faedahnya.”
Saya segera anggukkan kepala.
“Cubalah jadikan pengalaman yang pak cik alami sebagai teladan,” tambahnya lagi,
saya tetap anggukkan kepala. Ada senyuman bermain di bibir Khoja Lisut. Agaknya,
dia gembira kerana anggukkan kepala, seolah-olah saya menerima saranannya.
“ Kamu beruntung dan bertuah Khoja.”
“Bertuah?” Sepasang biji mata Khoja Lisut terbeliak. Tepat merenung batang hidung
datuk.
“ Ya,” datuk anggukkan kepala, “ kau bertuah kerana Kiai yang kau aniaya tu,
berjiwa besar,” datuk berhenti bercakap. Dia melipat lengan baju hitam sebelah kiri

225
hingga ke pangkal siku. Kemudian melunjurkan kaki kanan. Sebelum kaki kanan
dilipat kembali, dia meraba buku lali kaki tujuh kali.
“ Saya tak faham,” Khoja Lisut kemukakan pertanyaan. “ Kiai tu begitu berjiwa besar,
mengikut ajaran Islam yang betul. Dia tidak pendendam, hatinya memang mulia.
Tidak ramai manusia yang dapat memaafkan perbuatan orang lain terhadap dirinya.
Lebih-lebih lagi, perbuatan kamu yang aku anggap cukup kejam,” tutur datuk dengan
tenang. Khoja Lisut tidak berkata apa-apa. Khusyuk mendengar apa yang datuk
tuturkan.
“ Kamu terlepas dari dosa sesama manusia, kamu tahu Khoja, dosa sesama
manusia cukup berat, selagi tidak dimaafkan oleh Kiai, kau tak terlepas. Bila mati,
roh kau akan didakwa di depan Allah, kau bertuah Khoja,” nada suara begitu
bersahaja.
“ Saya faham, saya faham,” suara Khoja Lisut tersekat-sekat. Lagi sekali dia tunduk
dan tersedu beberapa kali. Saya masih dapat melihat kesan air mata di pipinya bila
dia berpaling ke arah saya.

LEMAH

Pada saat itu juga, saya terfikir bahawa sesungguhnya manusia ini, bila didatangkan
ujian dan bala ke atas dirinya barulah mereka menyesal. Dan pada saat itu barulah
mereka sedar yang mereka adalah makhluk Allah yang lemah dan daif sekali. tidak
mempunyai apa-apa pun di dunia ini.
“Lupakan semuanya tentang hal tu, Khoja. Bersyukurlah pada Allah kerana tindak-
tanduk kamu yang keterlaluan itu sudah dimaafkan Kiai,” datuk cuba menanamkan
ketenangan dalam diri Khoja Lisut. Perlahan-lahan saya lihat Khoja Lisut mengesat
air mata di pipi dengan hujung bajunya.
“Bagaimana dengan diri saya ni?”
“Maksud kamu, aku tak faham Khoja?”
“Mahukah awak mengubati sakit saya ni.”
“ Berikhtiar tu memang boleh, tapi untuk jamin baik bukan kuasa aku. Semuanya
terletak pada kuasa Allah,” selesai bersuara datuk terus bangun.
Datuk berjalan ke arah pintu pondok. Berdiri di situ dengan kaki kirinya memijak
bendul dan tangan kanannya berpaut pada alang pondok, sementara tangan kirinya
terlekap pada bahagian rusuk perut. Datuk merenung pepucuk pisang, melihat
kepulan asap dari batang kayu yang dibakar oleh nenek.
“ Tamar, cari nenek kamu.”
“ Bila, sekarang ni tuk?”
“ Tentulah, sekarang.”
Saya jadi serba-salah kerana datuk berdiri di muka pintu pondok. Dari cara datuk
berdiri membayangkan hatinya tidak begitu tenteram. Dia mudah marah, kalau saya
terlalu banyak bertanya atau meminta.
Kalau saya tidak mematuhi perintahnya pasti dia naik darah. Dalam keadaan yang
serba salah itu, saya membuat keputusan yang amat mengejutkan. Saya terjun dari
pondok melalui bahagian pondok yang terdedah.
Sebaik saja saya berjaya mengimbangkan badan dari jatuh tersungkur, dalam masa
yang sama terasa sepasang telapak kaki pedih dan sakit.
Saya tidak mampu untuk mengatur langkah dengan segera. Terpaksa duduk di
tanah sambil melunjurkan kedua belah kaki hingga rasa pedih dan sakit di telapak
kaki hilang.
“ Tamar.”

226
Terdengar suara datuk meninggi, saya mula resah tetapi, dalam rasa takut itu saya
masih mampu memandang wajahnya. Tanpa disedari saya terus melangkah dan
berdiri di depan tangga.
“ Kenapa buat kerja bodoh, kenapa tak gunakan tangga. Apa, kaki kamu dah kuat
sangat ke? Keras macam besi,” datuk meluahkan rasa kesalnya.
“ Saya nak minta lalu kat datuk, takut tuk marah, saya tengok tuk berdiri lain macam
je,” kata saya dengan berhati-hati.
“ Sudahlah, aku tak mahu dengar cakap orang bodoh,” pekik datuk lalu beredar dari
muka pintu pondok.
Saya terus melangkah arah ke selatan kebun pisang. Sayup-sayup saya terdengar
suara ketawa datuk dan Khoja Lisut. Barangkali, mereka ketawakan saya. Memang
susah jadi cucu pada datuk yang banyak karenah, bisik batin saya.
Dari pangkal ke hujung, dari hujung ke bucu, nenek tidak juga saya temui. Setelah
berpeluh dahi dan celah ketiak saya pun kembali ke pondok.
“ Jumpa nenek kamu, Tamar?” Itu yang datuk ajukan bila terlihat batang hidung
saya. Cepat-cepat saya gelengkan kepala. Lagi sekali datuk datang ke pintu pondok
lalu dongakkan muka melihat matahari di langit.
“ Dah dekat pukul dua belas lebih ni, nenek kamu dah balik,” datuk beri kata putus.
“ Macam mana tahu, dah pukul dua belas lebih?” Saya terdengar suara Khoja Lisut
bertanya pada datuk.
“ Tandanya Helang Siwah mula keluar mencari rezeki, cuba kamu tengok di langit.”
datuk memberi penjelasan.
Mungkin kerana puas hati dengan penjelasan yang datuk kemukakan , Khoja Lisut
tidak mengajukan pertanyaan lagi. Anehnya, Khoja Lisut tidak pula berusaha untuk
melihat Helang Siwah di angkasa.
Saya segera dongakkan kepala ke angkasa, saya lihat sepasang Helang Siwah
mengembangkan kepak, terbang rendah mengikut arus angin dengan mata
tertumpu ke bumi, bersedia untuk menyambar ular, katak, tikus dan apa saja yang
merayap di bumi, asalkan boleh mengenyangkan perut.
Sekarang saya mula mengerti, kenapa setiap kali mahu menentukan waktu, datuk
sering merenung ke langit.
Biasanya Helang Siwah muncul di angkasa mengikut waktu tertentu . Pukul sebelas
dia terbang tinggi, sukar untuk melihat warna bulunya. Antara jam dua belas hingga
pukul satu dia terbang rendah.
Kira-kira pukul satu setengah hingga jam dua, terus menghilangkan diri. Muncul
kembali jam tiga hingga pukul enam. Waktu petang Helang Siwah tidak berada di
tempat dia mula muncul ( pukul sebelas tadi) sebaliknya dia berlegar agak jauh kira-
kira satu rantai dari tempat dia muncul pada sebelah pagi.
Tepat pukul lima dia akan berada di tempat dia muncul tadi (pukul sebelas pagi)
kira-kira sejam lagi matahari mahu jatuh di kaki langit, (kira-kira pukul enam) Helang
Siwah akan pulang ke sarangnya.
Ah, selain dari tanda-tanda burung helang itu, ada tanda-tanda lain yang datuk
gunakan. Saya harus belajar dengan mengamati gerak-geri unggas dan alam. Kalau
bertanya, tentu kena herdik. Daripada kena herdik, lebih baik perhatikan saja apa
yang datuk buat. Demikian saya membuat kesimpulan dalam hati.

BESAR

Saya pun melangkah ke anak tangga pondok. Bila anak tangga pertama saya pijak,
datuk meluru ke arah saya. Badan saya ditolak hingga berasa di halaman pondok

227
semula.
Saya jadi panik dan terkejut besar dengan sikap datuk itu. Saya cuba mengingati
sesuatu kalau-kalau saya telah melanggar pantang-larang datuk. Ternyata tidak ada
satu pun kesilapan yang saya lakukan.
“Kenapa tuk?” Dalam rasa takut saya bertanya.
“Kamu pergi ambil cangkul dan pencebak kemudian,”
"Nak buat apa tuk?" cepat-cepat saya memintas cakap datuk.
“ Jangan biadap sangat, biarlah aku habis cakap dulu, baru bertanya,” sergah datuk
dan dia segera meluru ke arah saya. Dan saya bersedia menerima tempelak darinya
kerana kebiadapan yang saya lakukan secara tidak sengaja.
Saya beruntung kerana kemarahan datuk tidak berlanjutan. Saya segera menyusup
bawah pondok dan keluar membawa cangkul serta pencebak.
Berdiri tercegat depan datuk untuk menerima perintah selanjutnya dari datuk.
“ Sekarang kamu pergi ke tebing sungai, cari kawasan gigi air yang berpasir. Dari
gigi air tu, kamu melangkah songsang tiga belas tapak,” datuk berhenti bercakap,
dia mengeluarkan secebis kain merah dari dalam saku bajunya. Kain merah selebar
dua jari itu diikat ke kepala.
“ Kamu tahu melangkah songsang tu, Tamar?” Tanya datuk, saya gelengkan kepala.
“Maksudnya begini, kamu melangkah ke belakang dengan mata dan badan kamu
menghala ke arah sungai.
“ Saya faham tuk.”
“ Di langkah penghabis, langkah ketiga belas mesti berakhir dengan kaki kiri. Kamu
tekankan tumit kaki kiri di situ, kemudian kamu koreklah lubang separas dada
kamu,” demikian datuk mengeluarkan arahan.
Saya segera bergegas menuju ke sungai yang jaraknya tidak berapa jauh dari
pondok. Sebaik sahaja saya sampai ke perdu durian patah dahan, terdengar suara
datuk memanggil nama saya. Segera saya berhentikan langkah.
“ Lepas korek, kamu tunggu aku di situ, kalau lubangnya ada air, jangan kau buang
airnya, bahagian bawah lubang kau taruh tanah liat,” pesan datuk lagi.
“Baik tuk,”
“ Kalau kamu nampak apa-apa masa kamu mengorek nanti, kamu jangan cakap
apa-apa.”
“ Baik tuk.”
Perjalanan yang terhenti saya teruskan.

TEBING

Lebih dari sepuluh minit saya mundar-mandir di tebing sungai, mencari kawasan
yang berpasir.
Dan saya berhasil menemui selekoh sungai yang bahagian tepinya mempunyai
kawasan berpasir yang berkeadaan seperti pantai.
Kawasan tersebut berdepan dengan sebuah lubuk yang dalam tetapi, air yang
mengalir amat tenang.
Setelah mengikut kata dan petua datuk, saya pun mula menggali lubang di pasir.
Panas terik membuat seluruh tubuh saya berpeluh.
Saya berhenti menggali lubang, bila saya terdengar bunyi air sungai berkocak
dengan kuat, saya tumpukan perhatian ke dada sungai yang lebarnya kurang satu
rantai setengah.
Tidak ada apa-apa yang saya lihat, selain dari air sungai dan dedaun yang dibawa
arus ke hilir. Saya kembali menggali lubang.

228
Baru lima enam kali tunduk bangkit mengaut pasir, saya terdengar lagi bunyi
kocakan air sungai, saya segera merenung ke arah lubuk yang airnya bergerak
tenang.
Saya menggigit bibir bersama rasa cemas dan takut. Dari hujung dahan jambu
mawar yang terjulur di permukaan sungai (dalam jarak lebih kurang sepuluh kaki
dari lubuk yang tenang) saya terlihat seekor ular sawa sedang berpaut di situ,
ekornya sesekali memukul permukaan air sungai. Ular sawa itu berhempas pulas
mahu naik ke dahan jambu mawar. Usaha si ular itu berhasil.
Ah, pedulikan dia, jangan kacau dia. Biarkan dia hidup di situ. Barangkali si ular
sawa itu dapat menghidu bau rezekinya di atas pokok jambu mawar, fikir saya dalam
hati dan terus menyambung kembali kerja yang terkandas.
“ Tamar,”
Saya toleh ke arah suara itu, memang saya tidak menduga yang datuk menjulang
Khoja Lisut di atas bahunya.
Saya juga merasa pelik, kenapa datuk mengusung orang cacat itu ke sini.Apakah
datuk mahu mencampakkan Khoja Lisut ke dalam lubuk? Macam-macam yang
datang dalam fikiran saya.
“ Dah siap?” Soal datuk dari jauh.
“Siapkan cepat, buat macam mana aku suruh, selagi lubang tu tak siap, aku tak
boleh ke situ,” lanjut datuk yang sedang terkial-kial meredah pokok serunai laut dan
keduduk yang menghalang perjalanan.
Saya terus korek lubang hingga selesai, kemudian mencampakkan tanah liat yang
saya ambil dari dalam sungai, ke dalam lubang. Sebaik saja semua kerja selesai,
datuk terus berada di samping saya.
“ Sudah siap Tamar?”
“Sudah tuk,”
“Masuk kamu,” suara datuk keras dan dia terus mencampakkan Khoja Lisut ke
dalam lubang.
“Timbus,” sambung datuk lagi. Dia merampas cangkul dari tangan saya. Khoja Lisut
yang separuh badannya berada dalam lubang tidak berkata-kata.
Dalam sekelip mata saja, badan Khoja Lisut terbenam dalam pasir hingga paras
leher. Datuk mengeluarkan dua keping upih pinang dari dalam bajunya. Dia
membuka lipatan upih pinang lalu dibentangkannya atas pasir.
Saya pasti, upih pinang yang sudah kering memang dibawa oleh datuk dari rumah.
Apa yang menakjubkan saya ialah, kepintaran datuk menyembunyikan upih pinang
kering dalam bajunya hingga tidak dapat dikesan oleh sesiapapun.
Bila kedua-dua upih pinang itu agak panas kerana terkena sinar matahari, datuk
ubahkan kedudukannya ke gigi sungai. Bahagian pangkal upih terkena arus air
sungai. Datuk ambil sekeping upih lalu dijadikan timba gayung.
“ Tolong aku, kamu gunakan timba upih ini untuk ambil dari sungai dan siramkan ke
kepala Khoja,” saya pun segera menyambut gayung upih yang datuk hulurkan.
“Kamu kira sampai seratus gayung, kamu berhenti, berdiri di depannya lebih kurang
lima, kemudian ulang kerja kamu semula, buat kerja ni berulangkali, hingga dapat
perintah berhenti dari aku,” sambung datuk lagi. Saya angguk dan memulakan tugas
yang saya kira cukup rumit dan amat membosankan di bawah sinar matahari yang
amat terik.

229
124. Badi Ekor Buaya

Dari bawah pohon jati, datuk mengawasi segala kerja yang saya lakukan. Dua tiga
kali, Khoja Lisut merayu supaya saya memberhentikan menyiram air ke kepalanya.
Saya tidak dapat menunaikan permintaannya itu, selagi belum menerima perintah
dari datuk. Saya memang simpati dengan Khoja Lisut yang selalu kelemasan dan
bersin itu.
"Cukup Tamar."
Saya toleh ke arah pohon jati. Datuk sedang melangkah ke arah saya. Di tangan
kanannya ada batang tepus yang berdaun lebar.
"Aku nak balik sembahyang Zuhur, kamu tunggu di sini sampai aku datang,"
sepasang biji mata datuk tertumpu ke batang hidung saya. Datuk berpaling ke arah
Khoja Lisut.
"Kenapa saya dibuat begini?"
"Bukan ini yang kamu mahu Khoja."
"Saya minta, sakit saya diubati, bukan ditanam dalam pasir."
"Inilah caranya Khoja."
Selesai saja datuk bercakap, batang tepus terus dipalu ke muka Khoja Lisut bertalu-
talu. Suara jeritan Khoja Lisut menguasai kawasan sekitar.
Datuk tidak peduli dengan rayuan dan rintihan Khoja Lisut, akhirnya manusia yang
terbenam dalam pasir itu terkulai lemah lalu pengsan, batang tepus terus patah dan
hancur, muka Khoja Lisut jadi hitam birat. Baju datuk basah dimandi peluh.
"Bila dia sedar, dia minta air dari kamu. Jangan beri air. Kamu suruh dia gigit upih
yang aku letakkan di tepi sungai," jari telunjuk datuk menghala ke bibir sungai,"
suruh dia gigit bahagian pangkal yang terkena air," sambung datuk lagi.
"Jadi saya tak payah jirus air lagi tuk."
"Tunggu sampai aku suruh, lagi satu aku nak beritahu kamu, apa juga jenis binatang
yang melata di bumi menuju ke arah kepala Khoja, jangan dihalau, faham,"
"Ya, saya faham tuk."
"Sekarang kamu pergi duduk bawah pokok jati." Arahan datuk saya patuhi. Dan
datuk pun meninggalkan saya dan Khoja Lisut di situ.
Sebaik saja batang tubuh hilang di balik rimbunan pepokok di situ, Khoja Lisut
tersedar dari pengsan. Dia terus menjerit meminta air.
Saya berlari ke gigi sungai mengambil upih. Saya hulurkan bahagian hujung upih
yang basah ke mulut Khoja Lisut. Saya suruh dia gigit hujung upih.
Dalam panas terik itu, saya rasa kulit muka seperti terbakar. Kepala Khoja Lisut
bergerak ke kiri ke kanan, lidahnya terjelir, dia enggan menggigit hujung upih yang
saya hulurkan kepadanya.
"Gigit" kata saya.
"Aku nak air, bukan itu," sahut Khoja Lisut.
Saya terus menolak hujung upih ke mulutnya. Khoja Lisut tidak ada pilihan, dia
terpaksa gigit hujung upih yang sudah diresapi air sungai.
Tiga kali gigit, Khoja Lisut tersedar dan terus muntah. Saya lihat benda putih yang
lekat pada lidahnya tertanggal sendiri. Jatuh atas permukaan pasir berkeping-
keping. Kulit muka Khoja Lisut seperti udang kena bakar. Khoja Lisut pengsan
kembali.
Saya lari semula ke bawah pokok jati. Sebaik saja saya duduk di akar jati, terdengar
bunyi air sungai berkocak kuat. Macam ada sesuatu yang mahu timbul dari dasar
sungai ke permukaan air.

230
Saya bangun lalu merenung ke arah lubuk dan gigi sungai. Dua tiga kali saya gosok
kelopak mata, saya seakan-akan tidak percaya dengan apa yang saya lihat.
Seekor buaya menimbulkan dirinya di permukaan lubuk dan berenang ke tepian.
Buaya itu merangkak atas pasir landai, renung kiri kanan mengawasi diri dari
musuh.
Saya yakin, kemunculan buaya dari lubuk tersebut adalah untuk menjemur diri di
pantai, mungkin juga untuk bertelur.
Memang, sejak saya melihat bentuk kawasan berpasir di selekoh sungai itu, hati
saya sudah berkata yang kawasan itu memang menjadi kegemaran buaya berjemur
atau bertelur.
Hal ini dikuatkan lagi dengan adanya sebuah lubuk di depan kawasan berpasir atau
boleh juga disebut sebagai kawasan pantai sungai.
Saya menggigit jari, buaya yang merangkak itu tidak mengubah haluan. Tetap
menghala ke arah Khoja Lisut yang terkulai pengsan. Buaya itu pasti mengamuk,
bila mendapati kawasannya diceroboh oleh manusia.
Hati kecil saya terus berdoa; Oh, Tuhan kau selamatkan manusia yang bernama
Khoja Lisut dari korban buaya. Si malang itu, berada di situ kerana berubat, Allah
yang maha besar, selamatkanlah Khoja Lisut. Dia sudah insaf dan menyesali
perbuatannya yang lalu.
Doa saya bagai tidak diperkenankan oleh tuhan. Buaya itu terus merangkak
mengheret tubuh ke arah kepala Khoja Lisut yang tersembul di permukaan pasir.
Dalam debar bersama cemas itu, saya pejamkan mata. Dan saya bayangkan dalam
tempurung kepala saya begini:

GUGUR

Suara yang marah itu mengelilingi kepala Khoja Lisut beberapa kali. Buaya itu
mengangkat dan menggerakkan ekornya. Dan sekali libas kepala Khoja Lisut
terpisah dari badan, bergolek macam buah kelapa gugur. Darah membuak-buak
keluar dari sebahagian batang leher yang masih berada dalam pasir.
Buaya itu terus menggoncang kepala Khoja Lisut ke gigi sungai. Titisan darah
memanjang di pasir. Perlahan-lahan buaya itu menenggelamkan tubuhnya di
permukaan air sungai lalu membawa kepala Khoja Lisut ke dasar lubuk yang airnya
bergerak tenang. Beberapa saat kemudian buaya itu muncul lagi lalu menjulang
tinggi kepala Khoja Lisut di permukaan lubuk.
"Tamarrrrrr.."
Saya segera membuka mata. Khoja Lisut menggerakkan kepalanya ke kiri ke kanan.
Buaya yang hanya berada dalam jarak beberapa kaki saja dari kepalanya terus
membukakan mulut dengan luas. Giginya yang besar jelas kelihatan.
"Tolong aku Tamar."
Jeritan Khoja Lisut kian lantang.
Saya jadi serba salah.Terfikir juga oleh saya untuk menjerit. Tetapi, mana mungkin
datuk dapat mendengar jeritan saya.Lagipun, kalau buaya itu terkejut, kemungkinan
besar bertindak balas lebih pantas untuk mematahkan kepala Khoja Lisut.
"Tolong aku Tamar, aku tak mahu mati dalam mulut buaya ni," pekik Khoja Lisut.
Sepasang biji matanya terbeliak menyorot ke arah mulut buaya yang
ternganga.Saya lihat buaya itu berhenti merangkak. Agaknya, terkejut dengan
kelantangan suara Khoja Lisut.
Rasa kasihan dan belas terhadap Khoja Lisut mula berbunga dalam hati. Timbul
hasrat untuk mengusir buaya tersebut. Tanpa sedar, sepotong kayu sudah berada

231
dalam tangan saya.Di saat saya mahu melontarkan kayu ke arah buaya, wajah
datuk terbayang dalam ingatan.Serentak dengan itu terngiang-ngiang suara datuk
menyentuh gegendang telinga saya.
Saya segera membatalkan hasrat hati untuk menghalau buaya di dada pasir. Kayu
di tangan segera saya lepaskan.Peluh terus mengalir di pipi dan di dahi. Apakah
yang perlu saya lakukan sekarang? Ternyata saya tidak dapat berbuat apa-apa.
Saya hanya pasrah kepada Allah saja.
Khoja Lisut berusaha berhempas pulas mahu mengeluarkan tubuhnya yang
tertanam dalam pasir. Saya mengedutkan dahi, melihat daya usaha seorang
kenalan di saat-saat menghadapi bahaya. Saya segera terfikir mana mungkin Khoja
Lisut dapat mengeluarkan tubuh yang terbenam separas leher di perut pasir.
Pasir sekeliling lehernya nampak bermanik dan bercahaya akibat sinaran matahari
yang kian terik. Saya yakin sesiapa yang memijak pasir ketika itu tanpa sepatu akan
menjerit kepanasan.
"Tolong aku."
Suara Khoja Lisut amat lemah dan untuk kesekian kalinya dia terkulai pengsan.
Saya tetap macam tadi, masih terpaku di bawah pokok jati. Panas terik membuat
tekak terasa amat kering sekali.
"Maafkan saya, Pak Cik Khoja,"
Itu yang berkocak dalam diri. Sepasang anak mata, saya arahkan ke lubuk tempat
buaya berendam. Air di permukaan lubuk kelihatan tenang. Kicau burung di hujung
dahan rancak berbunyi. Saya alihkan pandangan ke arah Khoja Lisut. Kasihan, dia
masih terkulai pengsan.
Peluh terus memercik di muka dan seluruh badan. Angin yang bertiup tidak dapat
memberikan kedinginan ke seluruh tubuh. Dan buaya yang di dada pasir terus
merangkak. Sebaik saja muncungnya mahu mencecah rambut Khoja Lisut, buaya itu
berhenti merangkak. Saya tergamam sejenak, buaya itu membuka mulutnya dengan
luas sekali.Batang giginya jelas kelihatan dan pada saat itu juga, saya terlihat lalat
langau menghurungi mulut buaya di tengah panas yang terik.
Andainya, buaya itu bergerak ke depan sedikit dan merapatkan muncungnya, sudah
pasti seluruh kepala Khoja Lisut berada dalam rahangnya. Saya segera mencapai
sepotong kayu yang berada di sebelah kaki kiri saya. Sekiranya buaya itu
mematahkan kepala Khoja Lisut, saya akan meluru ke arahnya lalu mwnikam
matanya dengan kayu yang ada di tangan saya.
"Syukur."
Itulah yang terluah dari mulut saya. Buaya mengubah haluan kedudukannya.
Muncungnya yang terbuka dihalakan ke arah saya. Kemudian, mulutnya yang
ternganga segera dirapatkannya perlahan-lahan. Buaya itu mendekatkan badannya
yang bersisik ke lubang hidung Khoja Lisut.
"Kalau dibiarkan lama-lama begitu, matilah Khoja Lisut kelemasan," fikir saya sambil
mencari helah bagaimana mahu manghalau buaya tersebut. Dalam saat saya
berfikir, saya lihat buaya itu bergerak lagi. Kali ini, muncungnya yang diarahkan
kepada saya berubah haluan, dihalakan ke tepi sungai. Dengan tiba-tiba saja buaya
itu meluru ke lubuk macam ada sesuatu yang mengejarnya.
Air sungai yang mengalir tenang terus berkocak dan bergelombang, sebaik saja
badan buaya menghempapnya. Buat beberapa saat buaya tersebut terkapar di
permukaan sungai.Akhirnya perlahan-lahan menenggelamkan dirinya ke dasar
lubuk. Air sungai yang bergelombang mula beransur tenang.
Saya menarik nafas kelegaan, buaya yang mengancam nyawa Khoja Lisut sudah
pulang ke sarangnya. Semoga, buaya itu tidak akan datang lagi. Begitulah harapan

232
saya.
"Huhhhh....,"
Segera saya toleh ke arah Khoja Lisut, ternyata dia baru sedar dari pengsan. Dua
tiga kali, Khoja Lisut menggerakkan kepalanya.
"Weeeeeeeekkkkkkkkk,"
Saya lihat Khoja Lisut muntah. Dan muntah itu meresap ke dalam pasir. Dari jauh
saya dapat melihat muntahnya berwarna putih bercampur kemerah-merahan.
Macam nanah bercampur darah. Muntah itu berlanjutan hampir setengah jam.

TELINGA

Setiap kali Khoja Lisut muntah, rambutnya seakan-akan menjadi tegak. Mukanya
nampak kembang. Telinganya nampak merah.
"Aduh!!! rasanya semua isi perut aku nak keluar. Tolong aku Tamar, aku dahaga,
janganlah aku diseksa begini," Khoja Lisut merayu. Saya segera mengambil daun
keladi besar. Saya berlari ke sungai. Daun keladi yang sudah dibuat macam
kelongsong segera saya isikan dengan air untuk Khoja Lisut. Saya bersedia mahu
melangkah ke arahnya.
"Buuuummmm."
Terdengar sesuatu dari lubuk. Kelongsong daun keladi besar di tangan terlepas.
Saya menoleh ke arah lubuk. Sang buaya menimbulkan muncungnya dengan
sepasang mata yang tertonjol, merenung tajam ke arah saya.
"Tuuukkkk..."
Saya menjerit dengan sekuat hati. Tanpa disedari saya sudah berada di bawah
pohon jati. Badan menggigil dan terasa seakan-akan ada sang buaya mengekori
saya. Sepasang kaki menjadi lemah dan saya terus jatuh.
Antara sedar dengan tidak, saya terasa seperti ada orang berdiri di depan.
Walaupun sepasang kelopak mata tidak terkatup tetapi, saya tidak dapat melihat
dengan jelas dalam keadaan panas yang amat terik itu.
Penglihatan saya agak kabur dan berpinar-pinar. Pada saat itu juga saya terfikir,
tidak mungkin yang terpacak di depan saya itu Khoja Lisut. Dia tidak berkeupayaan
mengeluarkan dirinya dari pasir.
"Kamu pitam, agaknya perut kamu kosong."
Saya cuba mengamati suara itu. Sudah pasti itu suara datuk. Saya cuba menjawab,
ternyata saya kehilangan suara. Saya cuba menggerakkan tubuh, saya gagal. Malah
untuk menggerakkan kaki kanan saya tidak mampu.
"Kamu lapar."
Tubuh saya digoncang berkali-kali, kemudian ditegakkan lalu disandarkan dipangkal
jati. Kalau tadi, kelopak mata saya tidak terkatup, kini macam ada kuasa tertentu
yang memaksa kelopak mata saya terkatup rapat.
"Bangun Tamar, bangun."
Badan saya terus digoncang. Saya tidak terdaya melakukan sesuatu. Anehnya,
kicau burung dan suara Khoja Lisut yang berada di tengah panas dapat saya dengar
dengan jelas. Untuk menjawab pertanyaan datuk, saya tidak mampu.
"Kau lemah semangat, kamu lemah semangat, kamu terkejut kerana terserempak
dengan sesuatu yang tidak pernah kamu tengok sebelumnya," cukup jelas suara
datuk. Apa yang dituturkannya itu memang benar. Saya tidak tahu bagaimana mahu
menyatakan ya padanya. Mahu bersuara, suara tidak keluar.Mahu anggukkan
kepala, batang leher jadi keras macam besi.
"Ha ini habuan kamu."

233
Sebaik saja kata-kata itu berakhir, muka saya di rimbas dengan daun kayu dan
dituruti dengan pukulan ranting kayu bertubi-tubi di belakang saya. Sakitnya terasa
bukan kepalang.
"Aduhhhh.."
Saya menjerit sekuat hati. Gemanya menguasai kawasan sekitar dan saya seperti
terkejut.Tidak yakin, apa yang saya dengar itu adalah suara saya sendiri. Bagi
mempastikannya, saya terus menjerit lagi.
"Aduhhhhhh.."
Sudah sah, itu adalah suara saya. Di saat saya berusaha mahu bangun, datuk
membuka penutup botol besar air (yang dibawa dari rumah) dan kepala saya
dijirusnya dengan air. Serta-merta saya melompat. Bagaikan kilat datuk menyambar
tangan saya lalu dikilaskannya ke belakang. Saya ditolak ke kanannya hingga
terjatuh.
"Apa yang kamu nampak, Tamar?"
"Buaya timbul dari lubuk."
"Hum, bangun. Bawa botol air ke tempat Khoja Lisut. Jirus kepalanya dengan air ni,
kalau dia dahaga beri dia minum," datuk mengeluarkan perintah.
Tanpa banyak soal jawab saya ambil botol yang dihulurkan oleh datuk.Saya
mengatur langkah ke arah Khoja Lisut.

MATAHARI

Di bawah sinar matahari yang terik, saya berdiri di depan Khoja Lisut. Rasanya,
tidak sopan berdiri di depan orang yang badannya hampir keseluruhan berada
dalam pasir.
Bagi menghormati Khoja Lisut, saya duduk berdiri lutut sambil membuka penutup
botol besar dan bersedia untuk menjiruskan air ke kepalanya.
"Tamar,"
Saya tidak jadi menjiruskan air ke kepala Khoja Lisut. Saya segera memandang ke
arah datuk yang berada di bawak pondok jati.
"Bismillah dan selawatkan nabi."
Saya segera anggukkan kepala.
"Mulakan sekarang, Tamar."
Saya membaca bismillah dan terus selawat nabi.Dan air dari perut botol pun jatuh
atas kepala Khoja Lisut. Lelehan air di bibir terus masuk ke mulut lalu diteguk penuh
nafsu.
"Terima kasih, Tamar."
Khoja Lisut dongakkan kepalanya, sepasang anak matanya yang kuyu merauti
paras saya. Bibirnya yang pucat nampak kering, begitu juga dengan kulit mukanya.
"Aku dahaga," ucapnya lagi. Ucapannya itu saya jawab dengan anggukkan kepala.
"Haus, saya haus." suara Khoja Lisut tidak berapa jelas.Muncung botol saya
dekatkan ke bibirnya. Perlahan-lahan punggung botol saya tinggikan. Dengan
berbuat demikian memudahkan Khoja Lisut meneguk air.
"Cukup Tamar, mari ke mari."
Saya toleh ke arah datuk. Dia menggamit saya supaya segera mendekatinya.
Cepat-cepat muncung botol saya tutup. Khoja Lisut mengeluh, dia bagaikan tidak
merestui saya meninggalkannya. Saya segera menghampiri datuk dan berdiri di
depannya.
"Banyak kamu beri dia minum,"
"Sikit saja, tuk."

234
"Hum..." biji mata datuk menjeling ke arah botol kosong yang saya pegang. Botol
kosong itu saya serahkan padanya. Datuk letakkan botol kosong di atas akar pohon
jati.
"Kamu pergi balik, makan nasi dan sembahyang Zuhur," datuk keluarkan perintah.
Matanya tidak berkedip merenung batang tubuh saya, dari atas ke bawah dari
bawah ke atas. Tidak selesa rasanya saya dipandang begitu. Saya jadi serba salah.
"Apa kata kamu Tamar," biji mata terbeliak, macam mahu keluar dan saya serentak.
Saya sudah terlanjut. Ungkapan saya keluar secara spontan dari mulut itu, benar-
benar menyinggung perasaan datuk.
"Saya balik dulu, tuk."
Itulah helah saya, melarikan diri menghadapi kemarahan datuk. Saya
mempercepatkan langkah. Kalau boleh saya mahu menghilangkan diri dengan
sekelip mata di hadapan datuk.
"Tamar nanti dulu, aku tak suruh kamu pergi, kenapa kamu pergi? Kamu ni makin
biadap. Mari ke sini."
Saya sudah melangkah beberapa ela darinya terpaksa sorot kembali dan terus
berdiri di depannya. Suara Khoja Lisut minta air, tidak dipedulikan oleh datuk.
Wajahnya masih masam. Saya bersedia menerima apa saja kutukan dan sumpah
seranah darinya.
Saya menarik nafas kelegaan. Datuk menggigit dan terus mencari akar kayu untuk
duduk. Dia senyum ke arah saya perlahan-lahan dia gelengkan kepala, agaknya dia
terasa lucu dengan pertanyaan yang tidak wajar saya kemukakan kepadanya.
"Kamu tolong nenek kamu, apa yang patut."
"Ya, tuk."
"Kamu datang ke sini, bila kamu dah selesai sembahyang asar."
"Ah.." terkeluar keluhan kecil dari mulut.
Kenapa mesti lepas sembahyang Asar. Kenapa tidak selepas sembahyang Zuhur,
kenapa mesti menolong nenek. Apa yang datuk katakan itu memang praktikal.
Sepatutnya, lepas sembahyang Zuhur, saya mesti ke sini, melihat detik peristiwa
yang dialami oleh Khoja Lisut. Apa yang bergolak dalam dada tidak berani saya
luahkan . Terpaksa dipendamkan dalam kalbu.
"Masa kamu nak datang ke mari, bawakan aku putik manggis tujuh biji, putik
rambutan tujuh biji serta air masak dari putik pinang," datuk memberikan pesan.
"Jadi saya kena rebus putik pinang, tuk?
"Tak payah, semua barang-barang tu dah disediakan oleh nenek kamu. Kamu cuma
bawa saja ke sini,"
"Jalan terus ke rumah, jangan merayau-rayau ke mana-mana," itu pesanan terakhir
dari datuk untuk saya, sebelum melangkah pulang.
Lebih kurang setengah rantai jarak antara saya dengan datuk, dan saya yakin datuk
tidak dapat melihat pergerakan saya kerana dilindungi oleh pepokok kecil, saya
terus berlari. Pada saat itu juga saya menganggap diri saya terlepas dari cengkaman
datuk. Saya berlari dengan semahu-mahunya.

PINTU

Nenek yang secara kebetulan berdiri di depan pintu dapur tercengang melihat saya
berlari tercunggap-cunggap ke arahnya. Tanpa menegurnya saya terus memanjat
anak tangga dan duduk di muka pintu.
"Apa yang mengejar kamu, Tamar?"
"Tak ada apa-apa?"

235
"Habis kenapa kamu lari."
"Seronok lepas dari kawalan datuk, saya lapar nek."
"Hum....," nenek gelengkan kepala, "dah sembahyang?" Susulnya lagi. Saya cuma
mampu tersengih.
"Sekarang pergi bersihkan badan kamu, lepas tu sembahyang Zuhur, sementara
kamu sembahyang biar aku siapkan makanan," turut nenek sambil menggaru pipi
sebelah kanannya.
"Macam mana kalau saya makan dulu, nek."
"Tak baik begitu, bersihkan badan dan sembahyang dulu, barulah seronok
makan.Tuhan suka orang yang bersih, makan dalam keadaan penat dan badan
kotor, kata orang makan bersama syaitan. Kamu mahu makan sama syaitan,
Tamar?"
"Heee.. tak mahu, saya tak mahu kawan dengan syaitan."
" Kalau tak mahu, kamu pergi mandi. Buat apa yang aku cakap," sambung nenek.
Dan saya segera menuju ke perigi.
Cakap nenek memang tepat, selesai menunaikan solat Zuhur, saya dapat menikmati
hidangan makanan tengah hari dengan selesa dan bernafsu sekali. Selesai makan
saya tersandar di dinding merehatkan tubuh badan tetapi, kenikmatan itu hanya
dapat saya rasai dalam waktu yang pendek. Lepas makan duduk bersandar,
memang pantang besar bagi nenek.
"Kalau nak duduk tu, biarlah nasi jatuh ke perut dulu. Pergi jalan-jalan atau buat
kerja ringan.Kamu tahu Tamar, orang yang makan kenyang kemudian duduk
tersandar, minta celaka diri."
"Apa ertinya cakap nek ni, saya tak tahu," tanya saya.
"Minta papa kedana, pemalas. Kalau diamalkan selalu, perut boroi, sakit urat-urat
perut mudah datang. Boleh jadi barah tahu, nanti perut kamu boleh meletup.
"Saya tak mahu perut saya meletup," saya terus menjerit dan melompat. Sekaligus
melakukan senaman.

125. Berbalut Kain Kuning

Nenek ketawa terkekeh melihat telatah saya yang melucukan itu. Saya turun ke
halaman mengutip dedaun kering yang bertaburan. Pergerakan yang dilakukan
membuat badan terasa ringan, saya tidak mengalami sesak nafas atau rasa penat
akibat kekenyangan. Perut yang membuncit kembali dalam keadaan normal.

"Apa rasanya, Tamar?"

"Rasanya nek, ya begini rasanya..."

"Kamu tak rasa mengantuk dan malas, badan terasa ringan, bukan begitu Tamar,"
belum sempat saya menyambung kata-kata, nenek segera memotong. Tentu saja
saya akur dengan apa yang dituturkannya itu.

"Betul cakap nek tu."

"Petua orang tua-tua ada khasiat, datuk nenek kita tidak keluarkan petua ikut suka

236
hati. Dicuba dulu, baru dipesan pada anak cucu," nada suara nenek agak meninggi.
Di wajahnya terpamer rasa bangga kerana berjaya mempengaruhi diri saya supaya
yakin dengan petua.

Akhirnya saya naik ke rumah. Cari bantal lalu baring di ruang tengah dengan naskah
akhbar UTUSAN MELAYU terbentang di depan mata. Akhbar itu saya letakkan di
sisi kiri badan. Dari ruang tengah saya lihat nenek duduk di bendul pintu dapur. Dia
menjahit kain pelikat. Saya segera duduk, apa yang saya buat semuanya serba tidka
kena.

Sekejap-sekejap saya terfikir tentang Khoja Lisut dan datuk. Apakah yang dilakukan
waktu ini. Dalam saat yang lain saya terkenangkan sahabat datuk di Balik Pulau.
Fikiran nakal saya terus menerawang, saya cuba menggambarkan suasana
kampung di tanah Palembang. Mana mungkin saya dapat menggambarkannya
kerana saya sendiri tidak pernah sampai kesana. Menanti waktu Asar tiba adalaah
sebuah penyeksaan bagi saya.

Saya terus memeluk sepasang kepala lutut. Saya memang tidak betah duduk di
rumah. Biasanya waktu begini, saya pergi ke pekan kecil atau dewan bacaan,
membaca majalah dan buku novel percintaan terutama buku-buku novel dari negara
tetangga Indonesia terutama karya HAMKA.

Memang sukar membaca karya dari penullis tanah seberang, kerana ejaannya tidak
seragam. Masih mengikut cara ejaan lama umpamanya ejaan YANG dieja JANG
tetapi, kesulitan itu dapat saya atasi.

Kalau saya tidak merayap ke tempat tersebut, saya akan merayau ke hutan kecil
melihat jerat pelanduk atau kijang.

"Hummmmm..."

Saya melepaskan sebuah keluhan. Arahan datuk yang telah menetapkan waktunya
membuat saya seperti dibelenggu. Takut mahu bergerak ke mana-mana.

"Tidurlah Tamar, Asar nanti nenek gerakkan."

"Mata tak mahu pejam."

"Nenek tahu, kamu tak suka duduk di rumah. Pergilah ke mana-mana, dekat Asar
balik."

"Saya tak berani nek."

"Kenapa pula?" nenek seakan-akan terkejut.

"Takut asyik merayau-rayau nanti lupa pula nak pergi ke tempat datuk."

"Terpulanglah pada kamu," nenek meneruskan kerjanya dan saya berpindah ke


anjung. Duduk berehat dii situ.

237
KAIN

Selesai saja menunaikan solat Asar. Saya tukar pakaian dan bersedia untuk
memulakan tugas seperti yang diamanahkan oleh datuk pada saya.

Waktu saya menuju ke pintu tengah, saya lihat ada beberapa bungkusan tersedia
dekat bendul. BUngkusan pertama dibalut dengan kain hitam, bungkusan kedua
kain hitam. Bungkusan ketiga dibalut dengan kain kuning. Bentuk bungkusan yang
ketiga agak berbeza dengan bentuk dua bungkusan yang lain.

Bungkusan ketiga (berbalut kain kuning) bentuknya memanjang dan tingginya kira-
kira enam inci. Saya yakin yang dibalut dengan kain kuning adalah botol. Saya lihat
semua bungkusan itu dengan hati-hati.

Barangkali semua bungkusan yang ada ini, barang-barang dipesan oleh datuk pada
saya tadi, fikir saya dalam hati.

"Apa yang dimenungkan, bawa saja."

Saya menoleh ke kanan, nenek tercegat di situ dengan raga buluh di tangan. Nenek
maju dua tiga tapak lantas duduk bersila di depan bungkusan.

"Dengan ini memudahkan kamu membawanya, Tamar."

Nenek pun memasukkan bungkusan-bungkusan tersebut ke dalam raga. Disusun


dengan begitu cantik sekali.

Nenek bangun dan terus ke dapur. Dia datang semula ke muka pintu bersama
dengan kulit-kulit durian kering dan seludang kelapa kering.

"Buat apa kulit durian kering dan seludang kelapa kering tu nek?" tanya saya setelah
melihat nenek memasukkan barang-barang tersebut ke dalam raga.

"Nak halau nyamuk, datuk kamu nak tidur di situ sepanjang malam ni."

"Hai, datuk tak cakap pun pada saya nek," kata saya terkejut.

"Takkan semua perkara nak beritahu kepada kamu. Ini kerja orang tua-tua, kamu tak
boleh tahu. Kamu tolong-tolong sudahlah, buat apa nak tahu."

"Barang dalam bungkusan ini pun saya tak boleh tahu nek?"

"Boleh tapi, nenek tak boleh bagi tahu. Orang yang boleh bagi tahu pada kamu
cuma datuk kamu sendiri. Kalau dia tak bagi tahu kamu boleh tengok masa dia buka
bungkusan itu."

"Agaknya, perkara begini jadi pantang-larang."

238
"Entahlah nenek sendiri tak tahu. Apa yang datuk kamu bagi tahu itulah yang aku
bagi tahu pada kamu," nenek segera menolak bakul rotan ke depan saya.

Dari tindakannya itu, saya dapat menduga yang nenek menyuruh saya berangkat
segera. Dia tidak mahu saya mengemukakan berbagai-bagai soalan berhubung
dengan barang-barang yang ada di dalam raga.

"Tak apalah nek, biar saya pergi dulu."

Saya pun memegang rangka raga. Bangun dan mula memijak anak tangga. Baru
tiga mata anak tangga saya pijak, nenek bersuara:

"Bawa terus jangan singgah di mana-mana, jangan menyusup di bawah ranting mati
dan laluan binatang."

"Kenapa nek?"

"Jangan banyak tanya, itu pesan datuk kamu pada aku untuk disampaikan pada
kamu."

Saya menarik nafas dalam-dalam. Masih keberatan mengangkat kaki untuk memijak
anak tangga seterusnya. Hati masih ingin tahu, kenapa mesti ada pantang larang
begitu.

"Datuk tak beritahu sebab-sebab perkara itu tak boleh dibuat," saya cuba
memancing nenek.

"Dah aku katakan tadi, jangna banyak soal. Apa kamu tak faham lagi, Tamar?"
nenek jegilkan biji mata.

Langkah yang terhenti segera saya sambung kembali.

Saya sarungkan sepatu getah ke kaki. Sebelum memulakan perjalanan, lagi sekali
saya tatap wajah nenek di ambang pintu. Dia memberikan senyuman selamat jalan.

REDUP

Perjalanan di bawah sinar matahari yang kian redup amat menyenangkan. Peluh
tidak begitu cepat membasahi tubuh.

Beberapa rantai lagi mahu sampai ke pohon jati, saya berhenti sebentar. Tangan
kanan saya terasa lenguh kerana terlalu lama membimbit raga. Saya tukar ke
tangan kiri pula. Saya panjangkan leher merenung ke arah pohon jati.

Saya cemas. Datuk tidak kelihatan di situ. Tetapi, perjalanan saya teruskan. Saya
letakkan raga atas akar pokok jati dan waktu mata saya arahkan ke kawasan lapang
(berpasir) saya lihat ada dangau (pondok) pisang sesikat yang jaraknya tidak sampai
lima belas kaki dari tempat Khoja Lisut tertanam.

239
Atapnya dari daun bertam muda. Dindingnya cuma di bahagian belakang, kiri dan
kanan. Tingginya kira-kira sekaki. Dibuat dari daun salak tua yang sudah dianyam
rapi. Manakala bahagian depan terus terdedah.

Dibawah sinaran matahari petang yang kian runduk itu, saya lihat Khoja Lisut
terkapar tidur atas pasir. Kepalanya terlentuk atas permukaan pasir dengan kedua
belah tangannya tergedang. Datuk duduk bersila disebelah kanannya, dalam jarak
dua kaki. Melihat saya berada di bawah pohon jati, datuk segera bangun. Dia
melangkah ke arah saya.

"Ada kamu bawa barang-barang yang aku pesan," itu yang datuk utarakan, sebaik
saja dia berdiri di depan saya.

"Ada dalam raga tu tuk," saya segera meluruskan jari telunjuk ke arah raga.

"Hum...," datuk anggukkan kepala. Sepasang matanya tertumpu ke arah raga. Ada
kepuasan terbayang di wajahnya.

"Kamu ikut pantang larang yang nenek kamu cakap Tamar."

Datuk terus mengambil raga yang berisi barang-barang itu, dibawa ke pondok
pisang sesikat. Disangkutnya pada bahagian atas pondok. Datuk datang semula
kepada saya.

"Kamu dah semmbahyang Asar?"

"Dah tuk."

"Aku belum lagi, aku tak mahu meninggalkan Khoja seorang diri di pasir. Kamu dah
datang, hati aku senang. Sekarang giliran kamu menunggunya."

"Tuk nak kemana?" tanya saya cemas.

"Aku nak ke tebing sungai, aku nak ambil air wuduk."

"Ke sungai?" mulut saya terlopong.

"Kenapa Tamar?" datuk menyoal. Tiada jawapan dari saya. Datuk hayun kaki ke
sungai dan debaran di dada saya kian kencang.

Saya masih lagi berdiri di bawah pokok jati. Saya renung ke arah Khoja Lisut.
Kepalanya terkulai atas pasir dengan mukanya menghala ke arah pondok pisang
sesikat.

Perlahan-lahan saya atur langkah mendekatinya. Saya berdiri didepannya. Tidak


ada sebarang reaksi dari Khoja Lisut. Saya lihat kedua belah matanya terpejam.

Saya dekatkan telapak tangan kanan saya kehidungnya, ternyata dia masih
bernafas dan pada saat itu juga dia mendengkur. Sudah pasti, Khoja Lisut tidur

240
nyenyak, fikir saya.

Orang tidur jangan diganggu. Kasihan, Khoja Lisut menempuh satu penyeksaan
yang panjang kerana mahu mengubati penyakit yang dideritainya. Saya menarik
nafas panjang-panjang sambil menatap wajahnya.

Kerana Khoja Lisut tidur nyenyak, saya segera terfikir, tidak ada gunanya menjaga
orang tidur. Saya membuat keputusan untuk meninjau datuk yang berada di tebing
sungai mengambil air sembahyang.

Khoja Lisut saya tinggalkan. Dengan tenang saya melangkah ke arah tebing. Datuk
membongkok di gigi sungai mengambil wuduk. Saya terus melangkah dan berhenti
dekat pokok bunga tanjung. Jarak saya dengan datuk lebih kurang lima kaki saja.
Saya segera berlindung di balik pokok bunga tanjung.

Cukup di sini saja. Kalau diteruskan pasti menimbulkan kesulitan diri sendiri. Paling
kurang kena maki hamun dari datuk. Begitulah saya memujuk diri sendiri dan terus
melihat gerak geri datuk dari balik pokok bunga tanjung. Sesungguhnya, niat saya
baik demi keselamatan diri datuk.

Saya sedar, datuk berdiri di gigi sungai menghadapi lubuk yang ada buaya. Nyawa
datuk dalam bahaya, saya perlu membantunya bila buaya itu melakukan serangan
mengejut padanya.

Kerana itulah saya mengekorinya dan mengawasi datuk dari balik pokok bunga
tanjung. Kini, seluruh perhatian saya tertumpu pada lubuk buaya dan datuk.

"Haaa..."

Mulut saya ternganga. Jantung saya berdebar. Buaya timbul di permukaan lubuk,
macam batang buruk yang terapung di permukaan air.

"Tamar, aku tahu kamu ada di balik pokok bunga tanjung, kamu duduk diam-diam
disitu, jangan menjerit dan jangan datang ke sini," datuk menujukan kata-kata untuk
saya.

Dengan perlahan-lahan saya menarik dan melepaskan nafas. Saya terpaksa patuh
dengan arahan datuk itu. Terpaksa bertahan di bawah pokok bunga tanjung.

MUNCUL

Datuk bagaikan tidak ambil kisah dengan kemunculan buaya dipermukaan lubuk.
Dia terus ambil wuduk hingga selesai, kemudian sarung selipar jepun ke kaki. Berdiri
di tebing dengan membelakangi buaya yang kelihatan bergerak ke arah tebing
sungai.

Tiba-tiba buaya itu membedalkan ekornya ke arah datuk, waktu ekor buaya itu
menghempap tebing sungai, datuk sudah pun berada di perdu pisang hutan. Cukup

241
pantas datuk bergerak hinggakan saya tidak dapat melihat gerakan itu berlaku
meskipun mata saya tidak berkedip merenung kearahnya.

Datuk memusingkan badannya, berdiri tegak menghadapkan wajahnya ke sungai.


Buaya masih menimbulkan badannya dipermukaan lubuk, terapung macam batang
buruk, bergerak lemah mengikut gelombang air.

"Hai buaya, aku bukan habuan kamu kali ini," pekik datuk seraya mematah ranting
dari pokok kecil di kirinya. Ranting itu dilemparkan ke sungai.

Sebaik saja ranting yang dilemparkan mengenai permukaan air sungai, buaya terus
menyelam ke dasar lubuk. Beberapa saat kemudian muncul kembali bersama riak
gelombang air yang besar dan kuat menguasai permukaan lubuk. Serentak dengan
itu buaya terus menghempaskan ekornya berkali-kali ke permukaan air.

"Kamu marah," suara datuk keras.

Dan buaya terus memukulkan ekornya ke air seolah-olah memberikan jawapan


terhadap kata-kata datuk.

"Jangan ganggu aku, aku kemari bukan niat nak kacau kawasan kamu, aku ke mari
nak menolong orang yang sakit," datuk terus bercakap, biji matanya tertumpu ke
arah buaya di air yang kelihatan tidak tenang. Sekejap menyelam, sekejap timbul.
Ekornya terus memukul air.

"Selamat tinggal kawan," datuk lambaikan tangan ke arah buaya. Dan saya lihat
buaya itu mengangakan mulutnya lalu dihalakan ke arah datuk. Dua tiga detik
kemudian buaya terus menyelam dan tidak timbul-timbul lagi.

Datuk meneruskan pejalanan ke pondok pisang sesikat tanpa menghiraukan saya


yang berada di bawah pokok bunga tanjung. Saya jadi serba salah, apakah saya
masih terikat dengan pesan datuk? mungkin datuk menghukum saya kerana
mengekorinya dari belakang, jadi dia sengaja membiarkan saya disini sendirian.
Kalaulah itu rencana dalam dada datuk, dia memang seorang yang kejam. Timbul
bermacam-macam pertanyaan dalam diri saya.

Saya renung ke arah pondok pisang sesikat. Datuk sedang menunaikan solat Asar.
Saya sudah tidak mampu bertahan di bawah pokok bunga tanjung. Saya jadi cemas
dan tidak tentu arah. Sesekali saya terasa seram. Bulu tengkuk saya terasa tegak.
Dan Saya mengambil keputusan yang amat nekad, saya langgar pesanan datuk.
Pokok bunga tanjung saya tinggalkan, berlari ke arah ppondok pisang sesikat.

Saya berdiri di luar pondok pisang sesikat, menunggu datuk menyelesaikan solat
dan berdoa. Saya tetap berharap tindakan yang saya lakukan tidak mendatangkan
apa-apa kemarahan terhadap datuk.

"Masuk Tamar,"

Nada suara datuk cukup mesra. Ada senyum diwajahnya.

242
Saya masuk ke perut pondok. Duduk bersila didepan datuk.

"Nenek kamu dah jual pisang dan keledek?"

Saya mengigit bibir, sukar untuk saya memberikan jawapan. Nenek tidak beritahu
apa-apa dan saya tidak ppula bertanya apa-apa pada nenek. Secara spontan saya
teringatkan kesan tayar lori dihalaman rumah.

Saya yakin itu adalah kesan tayar lori peraih yang mengambil pisang dan keledek.

"Semuanya nenek dah jual tuk," tutur saya penuh yakin. Datuk anggukkan kepala.

Mungkin terasa lenguh duduk bersila, datuk pun meluruskan sepasang kakinya
sambil menyandarkan badannya ke tiang pondok. Datuk mengerakkan jejari kakinya
dan pada saat itu terdengar suara jeritan Khoja Lisut. Cepat-cepat datuk gerakkan
kepalanya ke kiri dan ke kanan.

"Kamu pergi jiruskan air kekepalanya, kemudian kamu korek pasir kelilingnya,
keluarkan kedua belah tangannya," saya kerutkan dahi, kerana tugas yang
diserahkan oleh datuk pada saya bukannya tugas yang mudah.

"Saya buat seorang aje tuk?"

"Yalah, takan kerja semudah itu aku nak tolong. Pergi buat sekarang."

Saya segera bangun dengan rasa yang amat malas. Sebaik saja berada di luar
pondok pisang sesikat, lagi sekali saya tatap wajah datuk. Dia tidak memperlihatkan
sebarang reaksi dan saya terus melangkah menuju ke arah Khoja Lisut ditanam.

"Korek gunakan pelepah kelapa."

Saya berhenti melangkah dan menoleh ke arah datuk. Belum pun sempat saya
bertanya, datuk pun melemparkan pelepah kelapa ke arah saya. Dengan tangkas
saya menyambutnya.

Saya terus membelek-belek pangkal pelepah yang ditarah rata dan nipis. Bentuknya
macam sudip yang sering digunakan untuk mengacau nasi dalam kawah besar.

Panjang pelepah kelapa itu lebih kurang empat kaki lebih. Bahagian hujungnya diikat
dengan kain tiga warna, merah kuning dan hitam. Pelepah kelapa itu segera saya
lurutkan dengan telapak tangan kanan.

"Jangan buat macam tu, Tamar."

Saya segera berhenti melurut pelepah kelapa. Biji mata saya arahkan kepada datuk.
Dia berdiri di pintu pondok pisang sesikat. Tangan kirinya digerakkan ke kiri dan ke
kanan.

"Maafkan saya, saya tak tahu tuk."

243
"Hum, kenapa tercegat lagi disitu? Pergi sekarang buat apa yang aku suruh," suara
datuk cukup keras, mengganggu penumpuan saya terhadap pelepah kelapa di
tangan. Melihat saya masih terpaku di situ, datuk terus bersuara:

"Pergilah cepat jangan terpacak disitu."

"Ya tuk, saya pergi sekarang," jawab saya tersekat-sekat.

Tanpa toleh kiri kanan saya aturkan langkah mendekati Khoja Lisut.

MATA

Saya berdiri di depan Khoja Lisut. Kemudian terus duduk bersila. Sepasang mata
Khoja Lisut yang tidak bermaya itu menatap wajah saya.

"Dahaga, aku dahaga Tamar."

Saya segera menyumbatkan muncung botol kemulutnya. Tergesa-gesa Khoja Lisut


menyedutnya hingga menyebabkan dia tersedak. Air yang berada dalam mulutnya
berhamburan keluar. Hampir-hampir mengenai tubuh saya. Saya lihat Khoja Lisut
tercungap-cungap.

Muncung botol segera saya pisahkan dari bibirnya. Lidah Khoja Lisut menjilat kesan
air dibibir dan dagu. Perbuatannya itu amat mengharukan perasaan saya.

"Pak cik minum pelan-pelan sikit," kata saya penuh hormat.

"Ya, ya aku tahu Tamar," sahutnya penuh ghairah. Matanya tetap merenung
muncung botol yang berada dalam tangan saya.

"Minum pakcik."

Muncung botol saya sumbatkan kemulutnya. Khoja Lisut menyedut air dengan hati-
hati, cakap saya dipatuhi dengan baik sekali. Dia berhenti meneguk air dalam botol.

"Hilang dahaga, pakcik?"

Dia terus anggukkan kepala. Cepat-cepat saya menjiruskan air dari dalam botol ke
atas kepalanya. Khoja Lisut terus bersin, mungkin lubang hidungnya dimasuki air
yang saya tuangkan dikepalanya.

"Kalau dah bersin jangan buat lagi."

Saya lihat kearah datuk. Dia angkat tangan kanannya tinggi-tinggi dan dijatuhkannya
perlahan-lahan.

"Sekarang koreklah pasir tu."

244
"Baiklah tuk."

"Mulakan dari sebelah kanan, baca Bismillah dan selawat Nabi tiga kali berturut-
turut," lanjut datuk lagi. Suaranya cukup nyaring. Arahan datuk segera saya patuhi.

Mengorek pasir dengan menggunakan pelepah kelapa memang memenatkan,


sekejap saja seluruh badan saya berpeluh, sedangkan pasir yang dikorek seperti
tidak menampakkan sebarang kesan.

"Kau nak keluarkan aku dari pasir ni Tamar?"

Tidak saya jawab pertanyaan dari Khoja Lisut.

"Datuk kamu suruh keluarkan aku."

Seperti tadi, saya tetap membisu. Terus mengorek pasir.

"Agaknya, datuk kamu melarang aku bercakap dengan kamu Tamar, agaknya ini
jadi pantang larang."

Saya berhenti mengorek pasir dengan pelepah kelapa. Saya menarik dan
melepaskan nafas dengan tenang.

"Eh, jangan berhenti," pekik datuk dari pondok.

Saya kembali meneruskan kerja yang terhenti. Saya tidak peduli dengan apa yang
dikatakan oleh Khoja Lisut. Mungkin kerana kecewa dengan sikap saya, Khoja Lisut
terus membisu.

"Tamar, tangan kiri aku dah keluar."

Saya terkejut, memang tidak saya duga tangan kiri yang keluar. Saya korek sebelah
kanan, sepatutnya tangan kanan yang keluar.

Saya termenung sejenak memikirkan keanehan yang terjadi didepan mata. Khoja
Lisut merewang-rewangkan tangan kirinya sesuka hati. Setiap kali tangan kirinya
dipusingkan, pasir yang berada disekeliling tengkuknya turut sama bergerak hingga
kedua belah sayap bahunya tertonjol dipermukaan pasir.

"Tuk, tolonnnnngggggg!"

Pelepah kelapa saya tikamkan ke dada pasir. Sepasang kaki saya bagaikan ditarik
sesuatu.Terbenam dalam perut pasir separas lutut. Pasir sekitar tempat saya berdiri
menjunam ke bawah, seolah-olah jatuh ke dalam lubang gaung yang dalam. Saya
jadi panik dan terus berpaut pada pelapah kelapa.

126. Tubuh Di Awang-Awangan

245
“Tak mengapa.” Datuk tercegat di depan saya dengan wajah yang damai. Kemudian
telapak tangan kirinya bercantum dengan telapak tangan kanan saya.

“Pegang kuat-kuat,” katanya.

Saya patuhi arahan yang diluahkan oleh datuk. Waktu saya kerahkan seluruh
kekuatan untuk berpaut pada tangan kanannya, saya terasa sekujur tubuh seperti
terangkat, memisahkan sepasang kaki dengan pasir dalam jarak setinggi kira-kira
empat kaki. Seluruh tubuh terawang-awangan di udara.

“AduuuuhhhF..!” itu yang keluar dari kelopak bibir saya. Daging punggung terasa
sakit dan pedih bila datuk mendudukkan saya dengan keras dan kasar. Seluruh isi
perut terasa bergegar.

Dari pangkal belikat hingga ke pangkat paha terasa keras seketika. Seluruh sendi
terasa lemah. Lebih dari lima minit saya duduk termanggu di dada pasir.

Bila saya rasa kekuatan tenaga sudah pulih kembali, cepat-cepat saya bangun.
Berdiri merenung ke arah Khoja Lisut yang sudah berjaya mengeluarkan tangan
kanannya.

“Tamar, ikut aku.”

“Ke mana tuk?” Soal saya lemah.

“Keluarkan Khoja dari pasir.”

Saya segera mengekori langkah datuk. Saya berdiri di sebelah kiri Khoja Lisut. Dan
datuk berdiri di sebelah kanan Khoja Lisut. Khoja Lisut segera menetap wajah saya
dan datuk silih berganti. Rasa cemas terpamer di wajahnya.

“Serentak kita tarik tangannya, Tamar.”

Arahan datuk itu saya balas dengan menganggukkan kepala. Setelah datuk
genyitkan mata saya terus menyambar tangan kanan Khoja Lisut. Datuk juga
berbuat seperti apa yang saya lakukan.

“Heret ke sungai,” arahan datuk saya terima.

Khoja Lsiut kami tarik atas pasir, suara jeritannya menguasai seluruh kawasan.
Datuk tidak ambil kisah dengan jeritan itu. Khoja Lisut diheret hingga ke gigi sungai.

“Kita humbankan ke dalam lubuk.”

Saya jegilkan biji mata ke arah datuk dengan seribu persoalan. Sukar untuk saya
mematuhi cakapnya. Kalau dicampakkan ke lubuk, bererti Khoja Lisut akan jadi
makanan buaya.

Apa datuk sudah gila? Kulit dahi segera saya kerutkan.

246
“Ke lubuk tuk?”

“Iya.”

“Buaya tuk.”

“Itu urusan aku,” sahut datuk dengan wajah yang masam.

Dia segera menyuruh saya berubah tempat. Saya disuruh memegang sepasang kaki
Khoja Lisut dan datuk memegang sepasang tangan lelaki yang masih mengerang
kesakitan.

“Kita hayun tiga kali, masuk hayun keempat kita lepaskan ke lubuk, kamu faham
cakap aku Tamar!”

“Bagus, jangan banyak tanya lagi tau.”

“Iya tuk.”

“Hayun satu, hayun dua, hayun tiga, hayun empat lepaskan Tamar.”

“Bedebummmmmm.”

Sekujur tubuh jatuh di permukaan lubuk. Gelombang dan alun air sungai berlarian ke
tepian. Khoja Lisut menjerit meminta tolong, terkapai-kapai mengimbangi tubuh
supaya tidak tenggelam.

Di saat Khoja Lisut terkapai-kapai itu penghuni lubuk (buaya) menimbulkan diri di
sisinya. Jeritan Khoja Lisut bertambah kuat.

Dengan sedaya upaya saya lihat Khoja Lisut berusaha menjauhkan dirinya dari
buaya tersebut. Dia cuba berenang ke tepian.

“Kamu lihat dia sudah boleh menggerakkan ke dua kaki dan tangannya,” bisik datuk
pada saya. Tidak dapat saya nafikan kebenaran dari kata-kata datuk itu.

“Saya takut dia jadi habuan buaya tuk!”

“Tidak, nanti aku ikhtiar untuk menyelamatkannya,” balas datuk sambil matanya
merenung ke arah buaya yang muka mempamerkan keganasannya untuk
mengorbankan Khoja Lisut.

Si buaya mula membuka mulut, ekornya terus memukul permukaan sungai. Khoja
Lisut kelihatan tenggelam timbul dalam riak dan alun air tersebut. Dia kelihatan
tercungap-cungap seperti berada dalam keadaan kelemasan. Buaya yang berada di
permukaan air terus menyelam ke dasar lubuk.

“Buaya tu menyelam untuk menjulang Khoja,” datuk renung ke arah saya. Dia
nampak gusar sekali. Khoja Lisut tetap terkapai-kapai, saya melagakan gigi atas

247
dengan bawah beberapa kali, saya harap datuk dapat melakukan sesuatu supaya
Khoja Lisut tidak jadi korban buaya.

“HumF..,” datuk mendengus.

“Tuk mahu menolongnya?”

Datuk membisu, tidak mahu menjawab pertanyaan saya.

Dia terus duduk bersila atas pasir dengan kedua belah lengannya berada atas
tempurung lutut. Datuk menahan nafas, kedua belah kelopak bibirnya bergerak-
gerak. Ternyata datuk sedang membaca sesuatu untuk menyelamatkan Khoja Lisut.
Saya gembira dengan tindakan itu.

“Huuuupppp.”

Kedua belah telapak tangan datuk memukul pasir. Dia terus bangun, bergerak
bagaikan robot menuju ke sungai. Berdiri di tengah arus sungai dengan kedua belah
tangannya mencekak pinggang. Datuk bongkokkan badan (kedua belah tangan
masih di pinggang) hingga seluruh mukanya terkena air sungai yang mengalir.

GIGI

Dari gigi sungai saya perhatikan gerak geri datuk itu. Tiga kali dia membongkok dan
tiga kali juga air sungai membasahi wajahnya. Selesai saja perkara itu dilakukan,
datuk tetap berdiri di situ sambil mendepangkan kedua belah tangannya.

“Terkunci mulutmu dari membinasakan anak Adam, patuhilah engkau dengan


hukuman aku,” selesai saja datuk bersuara dia segera menjentik permukaan air
dengan jari telunjuk tiga kali berturut-turut.

Perlahan-lahan datuk memusingkan badannya ke arah saya. Dia menggamit saya


agar mendekatinya. Permintaannya saya penuhi.

“Kamu pergi dekat Khoja, tarik dia ke tepi.”

“Tapi tuk?”

“Tak ada tapinya, buat sekarang.”

Dengan rasa gementar saya segera mengharungi sungai mendekati Khoja Lisut
yang terkapai-kapai, saya hulurkan tangan ke arahnya. Tanpa diduga, buaya
menimbulkan badannya di sebelah kanan saya. Sepasang kaki saya jadi lemah,
tidak mampu berdiri dan mengharungi air sungai, saya batalkan niat untuk menolong
Khoja Lisut. Saya berpatah balik ke tepi sungai.

“Tuk tolong saya, buaya tuk.”

“Kalau kamu patah balik, aku cekik kamu sampai mampus, pergi tolong Khoja,
pergi.”

248
Saya tidak ada pilihan, kalau rapat ke tepi bencana menanti. Kalau tolong Khoja ,
saya pasti jadi umpan buaya. Dari mati kena cekik, lebih baik mati di mulut buaya.
Sebelum saya jadi habuannya, saya pasti menentangnya. Kalau nasib saya baik,
saya mampu menewaskannya. Saya mara ke tengah sungai semula.

“Kemari kamu, kamu sudah aku takluki. Mulut kamu terkatup rapat, kekuatan kamu
jadi lemah. Kamu hanya mendengar cakap aku saja, sekarang kamu ke mari duduk
dan jemurkan badan kamu di pasir,” pada mulanya saya rasa cemas dan takut
mendengar kata-kata datuk itu, tetapi setelah mengetahui yang kata-kata itu
ditujukan kepada buaya. Rasa takut dan cemas segera hilang dari bersarang di
sanubari saya.

Buaya yang terapung di sebelah kanan saya segera menuju ke tepian. Merangkak
atas pasir lalu berhenti depan datuk.

“Kamu duduk dia di sini,” tutur datuk.

Buaya itu menggerakkan hujung ekornya perlahan-lahan, seolah-olah mengerti


dengan apa yang datuk ucapkan. Datuk pun meletkkan kaki kirinya ke kepala buaya
sebentar. Kemudian datuk terjun ke sungai lalu menolong saya mengheret Khoja
Lisut ke tepian.

Khoja Lisut terus dibaring atas pasir. Datuk melurutkan kakinya dengan daun keladi
sebanyak tiga kali. Bila kerja itu selesai, Khoja Lisut dicampakkan ke lubuk buaya
sebanyak tiga kali berturut.

Bila Khoja Lisut tidak bermaya, barulah datuk memikulnya ke pondok pisang sesikat.
Dibaringkan atas pucuk pisang. Khoja Lisut terkapar pengsan di situ.

“Sekarang kau ikut aku, bawa gayung upih,” datuk bersuara tenang. Saya segera
mencapai gayung upih dan terus mengekori langkah datuk menuju ke tempat buaya
tersadai. Sebaik saja sampai ke tempat itu, tanpa sepatah kata pun datuk segera
mengambil kayu di tangan saya.

“Nak buat apa tuk?”

“Aku nampak air liur buaya,” segera saya beliakkan biji mata.

Datuk segera membuka mulut buaya luas-luas, kemudian dikatupnya kembali, rapat,
air liurnya meleleh di kiri kanan, datuk terus mengambilnya dengan menggunakan
gayung dari upih.

“Tunggu, sekejap lagi kamu aku bebaskan,” datuk tatap mata buaya yang
kelopaknya bergerak lemah. Datuk ambil sejemput pasir yang berada di bawah perut
buaya lalu digaulkan dengan air liur buaya.

“Mari balik ke dangau.”

“Jum.” Balas saya pendek. Kami pun melangkah menuju ke pondok pisang sesikat.

249
Tanpa membuang masa datuk terus menggosok seluruh badan (termasuk bibir dan
telinga) Khoja Lisut dengan air liur buaya.

“EhhhhhF.”

Suara Khoja Lisut mendatar. Dia membuka mata merenung muka saya dan datuk.

“Berapa lama lagi saya begini?”

Datuk enggan menjawab pertanyaan itu. Dengan berbisik datuk mengarahkan saya
supaya mengambil bungkusan berbalut kain hitam. Cakapnya segera saya patuhi.
Bungkusan itu saya serahkan pada datuk lalu dibukanya. Tujuh biji putik manggis
tergolek di depan mata saya.

“Kamu tumbuk sampai hancur.”

Sebiji putik manggis datuk serahkan pada saya. Tanpa membuang masa lagi, putik
manggis itu saya tumbuk dengan batu sungai hingga hancur.

“Nah tuk.”

Sebelum menerimanya, datuk melihat terlebih dahulu putik manggis hancur yang
saya taruhkan dalam piring kecil. Datuk senyum, dia puas hati dengan kerja saya itu.

“Sumbatkan ke dalam mulutnya.”

Datuk keluarkan arahan. Saya segera mematuhinya. Rasa kelat dan pahit dari putik
manggis itu membuat Khoja Lisut mengerutkan dahi. Dia hampir mahu muntah.

“Telah Khoja, jangan luahkan, kalau kamu muntah, kamu terpaksa duduk lama di
sini,” nada suara datuk lembut.

“Berapa lama lagi saya di sini?” tanya Khoja Lisut.

“Kalau semuanya berjalan dengan baik, tiga hari saja. Apa yang kami buat pada
kamu petang ini akan dikulangi pada petang besok dan lusa.”

“Huh, azabnya saya,” keluh Khoja Lisut.

Datuk tersenyum dan menyuruh saya hancurkan sebiji putik rambutan yang
kemudiannya dicampurkan dengan air pinang. Semua bahan tersebut disapukan ke
seluruh badan Khoja Lisut, cuma sedikit saja yang disuapkan ke mulutnya.

SELESAI

Bila tugas itu sudah selesai, saya diarahkan oleh datuk mengorek lubang (di tempat
mula-mula Khoja Lisut ditanam) di dada pasir untuk menanam badan Khoja Lisut.
Kerja itu dapat saya selesaikan dalam masa yang singkat sekali.

“Sudah siap Tamar?” tanya datuk.

250
“Sudah tuk.”

“Kalau begitu, datanglah ke sini tolong usung Khoja untuk dibawa ke lubang.”

“Iya, saya datang tuk.”

Saya bergegas menuju ke pondok pisang sesikat. Khoja Lisut segera kami usung
dan campakkannya ke dalam lubang yang sudah digali. Tugas menimbusnya
terletak atas bahu saya. Khoja Lisut merelakan apa yang saya dan datuk lakukan
terhadapnya.

“Tinggalkan dia di situ, ikut aku ke sungai,” ekor matanya menjeling ke arah saya.

“Jangan tinggalkan saya di sini,” Khoja Lisut merayu.

“Kau tunggu aje di sini,” sergah datuk dan Khoja Lisut terus terdiam.

“Mari, Tamar.”

Datuk segera menarik tangan saya mengajak ke sungai. Saya hanya mengikut saja.
Tidak mampu saya mengemukakan apa-apa pertanyaan terhadap datuk.

Kami sampai ke tepi sungai. Datuk segera berdiri di hujung muncung buaya. Tiga
kali datuk urut muncung buaya dan tiga kali datuk tepuk pasir dengan telapak tangan
kirinya.

Kedua belah tangan datuk memeluk tubuh lalu menarik nafas dalam-dalam.
Matanya diarahkan ke lubuk tanpa berkedip dan mulutnya bergerak membaca
sesuatu.

“Sekarang kau sudah aku bebaskan, kita tidak bersahabat lagi buat masa ini. Dalam
tempoh kita tidak bersahabat tu, kau boleh memusnahkan kaum keluarga dan
kawan-kawanku,” sebaik saja datuk selesai bercakap, dia terus melompat ke kanan.

Jarak kami (saya dan datuk) dengan buaya kira-kira sepuluh kaki saja. Buaya itu
mengangakan mulutnya luas-luas. Bergerak ganas atas pasir dengan ekornya
memukul ke kiri dan ke kanan. Pasir-pasir yang kering berterbangan.

Buaya benar-benar menunjukkan kemarahannya yang amat sangat. Mungkin kerana


menyedari yang dirinya tidak dapat melakukan apa-apa terhadap saya dan datuk,
buaya itu terus merangkak ke sungai dan terus menyelam ke sarangnya (lubuk).

“Untuk petang ini dan selesai,” datuk terus menepuk bahu saya berkali-kali,” kita
kena buat perkara yang sama dua petang lagi,” sambung datuk sambil menggosok-
gosok pangkal dagunya.

“Kena buat lagi tuk?”

“Iya, tiga petang berturut-turut,” datuk mula mengatur langkah menuju ke pondok

251
pisang sesikat. Saya mengekorinya.

Sambil berjalan itu, saya melihat ke dada langit. Awan petang berarak lembut,
beburung mula terbang ke sarang dan di kaki langit mula timbul cahaya kemerah-
merahan.

Sebentar lagi suasana petang akan berakhir. Senjakala akan datang menjelma saya
kira ketika itu suasana sekitar tentu akan berubah. Boleh bertukar menjadi seram
dan menakutkan.

“Malam ni, ada kerja yang lebih hebat dari apa yang kita buat pada petang ini,” tutur
datuk sambil duduk di depan pondok. Matanya merenung ke arah Khoja Lisut yang
Cuma nampak kepala saja. Seekor ular tedung bergerak ke arah Khoja Lisut.

“Kamu jangan bergerak Khoja, kalau ular tu mendekati kamu, matikan diri kamu dan
tahan nafas,” datuk memberikan arahan dan Khoja Lsiut tidak memberikan apa-apa
reaksi, matanya tertumpu ke arah ular yang menghala ke batang hidungnya. Dua
tiga kali ular itu berpusing di situ, adakalanya memanggungkan kepalanya.

Saya menarik nafas kelegaan, bila ular tedung itu beredar dari sisi kepala Khoja
Lisut.

“Itu ujian untuknya,” datuk meluruskan kaki kirinya.

“Hebat ujiannya tuk,”

“Begitulah, mengikut petuanya Khoja Lisut mesti ditanam dalam pasir tiga hari tiga
malam berturut, dibuang ke lubuk buaya tiga petang berturut, tiga malam berturut
mesti didekatkan dengan unggun api kemudian dimandikan di lubuk waktu tengah
malam,” penerangan yang tidak saya tagih dari datuk itu sudah cukup menegakkan
bulu roma saya.

“Kalau begitu biar saya balik dulu tuk.”

“Kamu mesti bersama aku malam ni, malam esok atau lusa kalau nak tidur di rumah
tak mengapa. Tetapi malam ni kamu mesti ada di sini,” nada suara datuk bersahaja.

DUDUK

Menjelang Mahgrib, saya dan datuk sudah pun menyiapkan tiga longgokan kayu
mengelilingi kepala Khoja Lisut yang tubuhnya terbenam dalam pasir.

Sebelum itu, seluruh muka Khoja Lisut telah dilumurkan oleh datuk dengan sejenis
minyak yang datuk buat dari ramuan buah jambu batu, daun kunyit, santan kelapa,
buah gelugur dan ubi keledek.

Semua bahan-bahan itu diproses hingga menjadi seperti margerin dan itulah yang
disapukan ke muka Khoja Lisut bagi mengelak kulit muka dan lehernya dari
terbakar. Minyak itu juga menghalau nyamuk dan serangga lain dari mendekati
Khoja Lisut.

252
Sebaik saja masuk waktu Mahgrib, datuk menyuapkan tiga biji bertih ke mulut Khoja
Lisut. Setelah itu berulah saya dan datuk melakukan solat Mahgrib. Sementara
menanti masuk waktu Isyak saya dan datuk terus berzikir dan melakukan
sembahyang sunat Awabin.

“Sekarang kamu bakar kayu yang kita longgokkan tadi,” kata datuk sebaik saja
selesai sembahyang Isyak.

“Saya seorang saja tuk?”

“Habis, berapa orang pula, pergi buat. Aku nak berwirid dan nak tidur. Kamu tunggu
di situ, bawa botol air, kalau Khoja nak minum kau berikan air padanya,” pesan
datuk.

Dengan perasaan yang agak cemas, saya terus pergi kelonggokkan kayu pertama
lalu membakarnya. Kemusian beralih ke longgokkan kedua dan ketiga. Kawasan
sekitar jadi terang-benderang.

Saya berdiri tidak jauh dari Khoja Lisut, lebih kurang sejam api itu menyala, saya
terdengar suara jeritan Khoja Lisut. Bahang api dari kiri kanannya membuat Khoja
Lsiut kepanasan. Kulit muka dan lehernya serta merta menjadi merah.

Saya sudah tidak mampu lagi berdiri di situ. Kepanasan membuat kulit muka saya
terasa pedih. Badan berpeluh. Baju segera saya buka. Kerana tidak tahan, saya lari
ke pondok pisang sesikat. Jeritan Khoja Lisut yang nyaring bertukar menjadi serak
dan akhirnya terus hilang.

“Kamu jangan datang ke sini, tunggu dekat Khoja, sekejap lagi aku datang ke tempat
kamu,” tutur datuk sambil menutup Quran kecil yang dibacanya.

“Sekejap lagi tu, bila tuk?”

“ Pukul empat pagi atau selepas aku sembahyang sunat Tahajud.”

“Saya takut tuk.”

“Kamu pergi sekarang,” pekik datuk sekuat hati.

Suaranya yang kuat dan nyaring membuat saya segera menuju ke tempat Khoja
Lisut.

Saya duduk atas sebatang kayu. Kepala Khoja Lisut terlentuk atas pasir. Suara
datuk membaca Quran sayup-sayup kedengaran. Saya lihat ke langit, bintang
bertaburan di mana-mana.

Angn yang bertiup mengerakkan dedaun dan dedahan dari pokok yang terdapat di
sekitar kawasan tersebut. Suara angin yang menyentuh dedaun amat menyeramkan
bunyi dedahan kering yang jatuh ke bumi macam bunyi telapak kaki manusia
memijak dedaun kering.

253
Dua tiga kali saya tersengguk-sengguk kerana mengantuk. Saya kira ketika itu
sudah lebih dari pukul satu pagi. Suara datuk membaca Quran tidak kedengaran
lagi. Saya berdiri lalu merenung ke pondok, saya lihat datuk sudah baring.

Mungkin dia sudah tidur. Antara sedar dengan tidak saya terasa ada sesuatu yang
bergerak di belakang saya. Kerana semua kayu sudah menjadi bara, saya
kehilangan cahaya untuk memastikan apa yang ada di belakang.

Perlahan-lahan saya memusingkan badan untuk melihat dengan tepat apa yang
berada di belakang saya. Sebagai senjata, saya ambil sepotong dahan yang
bahagian hujungnya sudah menjadi bara.

“Ya Allah, selamatkan aku dari bahaya ni,” bisik batin saya bila terlihat seekor
harimau duduk mencangkung ke arah saya. Dengan lagak separuh berani dan takut
saya halakan puntung kayu yang berbara ke arah harimau itu.

Si harimau terus mengaum dn beredar dari belakang saya. Bila saya membetulkan
kdudukan saya pada keadaan asal, saya lihat seekor ular besar yang hitam
panggungkan kepala ke arah saya. Dan saya gunakan puntung kayu yang berbara
untuk menghalau ular hitam itu. Saya berjaya, ular itu segera beredar.

Dalam keadaan yang serba tidak kena dan penuh keresahan dan ketakutan itu, saya
renung ke pondok. Datuk baru saja selesai menyempurnakan sembahyang Tahajud.

Sekarang dia sedang menadah tangan ke langit, berdoa mohon restu dari Allah agar
segala kerjanya dapat dilaksanakan dengan baik.

HODOH

Tiba-tiba gegendang telinga saya menangkap bunyi sesuatu dari sebelah kanan lalu
dituruti dengan bunyi suara orang batuk.

Saya alihkan muka ke kanan, seorang lelaki dengan wajah yang amat hodoh
terpacak di situ. Tingginya hampir sama dengan tinggi saya.

“Siapa kamu?”

Lelaki yang separuh wajahnya mengeruru macam kulit katak puru itu tersengih,
mempamerkan giginya yang besar dn bentuknya macam gigi buaya.

Kedua belah keningnya menutup mata, sukar untuk melihat anak matanya. Hujung
dagunya terkandas pada dada. Daging pipinya mengelebeh hingga ke bahu sekali
pandang macam telinga gajah.

“Siapa kamu?”

Untuk kedua kali saya bertanya.

Lelaki berwajah hodoh itu tidak menjawab dan dengan sekelip mata, tubuhnya

254
menjadi tinggi melepasi pepohon besar yang ada di situ. Pandangan saya dilindungi
oleh tubuhnya yang berwarna putih macam awan.

127. Di Rejam Buluh Kunung

Saya menjadi cemas dan cuba mengubah pandangan ke arah lain. Batang leher
terasa keras dan tegang, tidak boleh digerakkan ke mana-mana. Cuma boleh
memandang ke depan saja.
Saya membaca beberapa potong ayat Quran penghalau syaitan dan iblis. Ternyata
pembacaan saya tidak teratur dan sering mengalami kesilapan.
Dalam keadaan yang gamat itu, saya terus menjerit dengan sekuat hati.
" Tuuuukkkkkkk, tolongggg.......,"
Sebaik saya berhenti menjerit, nafas jadi sesak dan badan terus menggeletar tanpa
sebab.
"Tukkkkk, tooolonggggg....,"
Jeritan saya kali ini lebih kuat dan keras. Saya kira boleh didengar hingga ke hujung
kampung. Malah orang pekak pun boleh mendengarnya, apatah lagi datuk.
Malangnya datuk yang saya harapkan pertolongannya tidak kunjung datang. Saya
menjerit lagi untuk kali ketiga.
" Tuuuuuukkk, tolonnnnnnggg saayaaaa."
Sebaik saja saya selesai menjerit, bahu saya dipaut dari arah sebelah kanan. Saya
segera menoleh ke situ.
"Kenapa Tamar?"
Datuk kehairanan, dia renung ke depan belakang dan kiri kanan. Datuk kerut dahi
sambil mengarahkan sepasang biji matanya ke bumi. Saya yang kepenatan terus
menarik dan melepaskan nafas perlahan-lahan.
"Tadi ada makhluk ganjil kacau saya tuk."
" Aku ada dekat kamu, sebaik saja kamu berhenti menjerit kali kedua, tapi aku tak
nampak apa-apa."
Dalam kedinginan dinihari itu, saya lihat datuk tersenyum. Makhluk tinggi di depan
saya sudah ghaib entah ke mana. Suara lolongan anjing liar dan burung hantu
masih kedengaran sayup-sayup, begitu juga dengan suara burung tukang.
" Sekarang kamu keluarkan Khoja dari dalam lubang, selesaikan semua kerja ini
sebelum fajar." sambil meraba kening kirinya, datuk mengeluarkan perintah untuk
saya.
"Berat kerjanya tuk,"
"Buat sekarang, jangan banyak cakap," herdik datuk keras. Saya terdiam.
Saya mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan Khoja Lisut dari
lubang. Saya bersihkan pasir yang melekat di tubuhnya.
Keadaan Khoja Lisut memang tidak bermaya, mengikut apa saja yang kami lakukan
terhadap dirinya. Dari bahagian leher hingga ke bawah tubuhnya nampak putih
pucat, dari leher ke muka nampak merah menyala.
Khoja Lisut dibaringkan atas pasir, datuk membuka cawat yang membalut bahagian
kemaluan (masa ditanam dalam tanah tubuhnya tidak memakai pakaian, kecuali di
bahagian kemaluannya) yang dibuat dari dari seludang kelapa. Datuk ganti cawat
seludang kelapa dengan cawat pucuk pisang. Masa datuk menguruskan semuanya
itu, saya renung ke arah lain, malu rasanya melihat bahagian sulit Khoja Lisut.

255
Cawat itu datuk ikatkan dengan tali yang dibuat dari batang pisang.
"Sekarang tolong usung Khoja ke lubuk buaya."
"Eh tuk, betul ke ni"
"Habis kamu fikir aku nak bergurau, mari tolong aku."
Saya segera berdiri di bahagian kaki Khoja Lisut lalu mengangkat kakinya dan datuk
mengangkat bahagian kepala. Khoja Lisut kami usung ke usungan.
Waktu meranduk air sungai terasa sejuk ke seluruh tubuh. Saya terus menggigil,
hampir saja kaki Khoja Lisut terlepas dari pegangan saya.
"Pegang kuat-kuat," herdik datuk.
"Maafkan saya tuk."
"Hum, bila air sudah paras ketiak kamu, serahkan Khoja pada aku seorang. Kamu
baliklah ke tepi, masa kamu ke tepi mesti jalan mengundur, jangan paling muka
kamu ke mana-mana."
"Baik tuk,"
Air sungai terus diharungi menuju ke lubuk. Bila air sungai sudah mencapai paras
ketiak, saya segera ke tepi dan datuk memikul sekujur tubuh Khoja Lisut seorang
diri.
Datuk mara ke lubuk setapak demi setapak. Akhirnya datuk tenggelam tetapi, tubuh
Khoja Lisut masih dapat saya lihat dari tepian. Kemudian tubuh Khoja Lisut terus
ghaib. Dan secara mendadak buaya keluar dari sarang lalu melompat atas pasir,
terkapar di situ.
Datuk dan Khoja Lisut yang tenggelam di lubuk buaya masih belum timbul. Di bawah
cahaya bulan yang samar-samar itu saya lihat air di permukaan lubuk berpusing dan
berputar ligat. Buaya yang berada di atas pasir, tidak bergerak langsung seolah-olah
tidak bernyawa.
"Allah hu akbar."
Pasti itu suara datuk, saya tumpukan perhatian kepada air di permukaan lubuk
buaya. Tidak nampak batang tubuh datuk di situ tetapi, saya dapat mengesan
sesuatu yang aneh di permukaan lubuk, dalam samar-samar saya seperti
terpandangkan kepala manusia tenggelam timbul di situ.
"Allah hu akbar," terdengar lagi suara datuk. Serentak dengan itu saya lihat datuk
melonjak dari dalam air setinggi sepuluh kaki. Datuk melayang-layang di udara
sejenak dan akhirnya jatuh di sisi buaya yang tersadai di pasir.
"Tuk,"
"Hummmmm....," datuk menggeliat dan terus bangun.
"Kau tak apa-apa Tamar?"
"Tak ada apa-apa tuk."
Terdengar bunyi gelombang air yang amat kuat. Saya segera merenung ke arah
lubuk. Air di situ bergulung-gulung seperti ombak di laut macam ada sesuatu tenaga
ghaib yang membuatkan air di kawasan lubuk jadi demikian.
Air permukaan lubuk terus memancut tinggi melepasi pohon-pohon yang terdapat di
bibir sungai, pancutan air itu sebesar batang kelapa. Dalam pancutan air itu saya
ternampak lembaga manusia.
"Syukur."
Mata datuk menyorot pergerakkan lembaga itu.
"Siapa dia tu tuk,"
"Itulah Khoja Lisut," jawab datuk dan pancutan air dari lubuk segera berhenti. Tubuh
Khoja Lisut yang melayang di udara akhirnya jatuh betul-betul di hujung ekor buaya.

DEKAT

256
Datuk segera mendekati Khoja Lisut, tiga kali dahi Khoja Lisut ditepuknya dan Khoja
Lisut terus terbatuk. Dia sedar dari pengsan.
"Di mana saya?" Tanya Khoja Lisut.
"Kalau kamu nak tahu di mana kamu berada, kamu tengok apa yang ada depan
kamu," tutur datuk .Khoja Lisut melakukan apa yang datuk suruh.
"Buaya," pekik Khoja Lisut.
"Ya buaya, kamu ada dekat sarang buaya," datuk segera memegang ekor buaya
lalu diletakkan ke dada Khoja Lisut. Perbuatan itu dilakukannya tiga kali berturut-
turut.
Kemudian Khoja Lisut diseret ke dalam sungai kembali lalu dimandikan . Bila sudah
dimandikan Khoja Lisut tidak diizinkan memijak tanah. Datuk terpaksa memikulnya.
"Saya tak tahan sejuk macam ni," rayu Khoja Lisut yang berada di atas bahu datuk.
Datuk terus membisu dan melangkah mendekati sang buaya yang kaku.
"Sudah sampai masanya kamu balik ke sarang, malam esok kamu aku pinjam lagi,"
tutur datuk kepada sang buaya sambil menghentakkan tumitnya tiga kali berrturut-
turut atas pasir. Sebaik saja datuk berhenti menghentakkan tumit kakinya, sang
buaya terus bergerak dan membuka mulutnya.
"Terima kasih, esok sama lusa aku pinjam sarang kamu lagi," datuk meluahkan
hasrat hatinya kepada sang buaya. Perlahan-lahan sang buaya katupkan mulutnya,
memusingkan badannya dengan menghalakan muncung ke sungai. Sang buaya pun
merangkak ke sungai dan terus menuju ke sarangnya (lubuk).
Saya dan datuk segera beredar dari tebing sungai. Kami menuju ke pondok pisang
sesikat. Cuma saya saja yang masuk ke pondok pisang sesikat, datuk berada di luar
memasukkan sekujur tubuh Khoja Lisut ke dalam pasir. Dan akhirnya ditimbus
separas leher.
Datuk masuk ke pondok sementara menanti waktu Subuh tiba datuk membuat
ramuan perubatan tradisional dari dedaun kayu, semuanya dimanfaatkan untuk
menyembuhkan panyakit yang dideritai oleh Khoja Lisut.
Waktu Subuh yang dinanti-nantikan tiba. Saya dan datuk bergegas turun ke sungai
mengambil air sembahyang. Kami sembahyang bersama-sama. Sementara menanti
matahari muncul di kaki langit, datuk terus membaca Quran dan saya disuruh
membaca surah yasin.
Sebaik saja matahari muncul di kaki langit, datuk menyuruh saya menutup kepala
Khoja Lisut dengan dedaun kering yang jatuh dalam keadaan terlentang .Memang
sukar sukar memungut atau mencari dedaun kering yang terlentang. Walaupun
sukar, tugas itu dapat saya laksanakan dengan sempurna. Bila matahari tinggi
separas kelapa dara, dedaun kering atas kepala Khoja Lisut saya pungut dan
dibuang ke sungai.
Dalam tempoh sehari semalam menemani datuk mengubati Khoja Lisut, sungguh
perit dan menyeksakan. Tidak dinafikan yang saya memperoleh pengalaman yang
amat berharga .Sesungguhnya, pengalaman begitu tidak akan dapat dilalui oleh
generasi yang terkemudian dari saya.
Pada malam kedua saya mengambil keputusan tidak mahu menyertai datuk lagi.
Tidak saya duga permintaan saya itu diperkenankan oleh datuk dengan satu syarat.
Pada mulanya saya keberatan menerima syarat itu.
Setelah saya fikir semasak-masaknya, syarat itu saya terima. Saya diminta menemui
datuk waktu Zuhur, Asar dan Maghrib. Dalam waktu yang disebutkan itu, saya mesti
berjemaah dengannya di samping membawa makanan dari rumah ke pondok pisang
sesikat.

257
Dalam menyusun jadual yang menguntungkan dirinya, ternyata datuk bertindak bijak
yang secara tidak langsung mengikat diri saya supaya patuh dengan perintahnya.
Perkara itu dapat saya kesan bila datuk menyuruh saya membawa makanan tengah
hari, lima belas minit sebelum waktu Zuhur. Begitu juga dengan minuman petang,
saya mesti berada di pondok pisang sesikat lima belas minit sebelum waktu
Maghrib, makanan mesti berada di sisinya.
Biasanya, selepas menunaikan sembahyang Zuhur dan Asar kami makan bersama.
Tetapi, selepas menunaikan fardhu Maghrib perkara itu tidak dilakukan. Datuk
makan malam agak lewat, paling cepat pukul sepuluh, (setelah semua makanannya
dipanaskan). Dan saya, selepas menunaikan fardhu Maghrib bersama, saya angkat
kaki meninggalkan pondok pisang sesikat.
Sesungguhnya, saya dengan rela hati melakukan semuanya itu, asalkan saya
jangan disuruh menemani datuk sepanjang malam. Pengalaman hari pertama dan
malam pertama memberikan pengalaman yang amat mengerikan. Saya tidak ingin
mengulangi apa yang telah saya lalui.

KETUJUH

Petang itu, petang ketujuh saya mengunjungi datuk. Setelah menunaikan


sembahyang Asar, kami menikmati minuman petang di luar pondok pisang sesikat.
Ada ketikanya saya merenung ke arah Khoja Lisut yang terbenam dalam pasir
separas leher. Khoja Lisut tersenyum ke arah saya, keadaannya sudah banyak
berubah, dia kelihatan segar dan kepalanya tidak lagi terkulai atas pasir.
"Tamar, bawakan kopi ke sini," pertama kali saya dengar Khoja Lisut mengajukan
permintaan. Muka datuk segera saya lihat.
"Boleh beri dia minum tuk?"
"Boleh."
Saya segera tuangkan air kopi ke cawan. Saya pun atur langkah menuju ke arah
Khoja Lisut. Air kopi saya arahkan ke mulutnya, baru dua teguk menelan air kopi
Khoja Lisut tersedak dan terus muntah darah.
"Cukup Tamar, cukup."
Jerit datuk sambil berlari ke arah saya. Di tangan kirinya terselit sehelai daun buluh
kering. Saya tergamam dengan tindakan datuk itu. Sebaik sahaja mendekati Khoja
Lisut, datuk segera melekapkan daun buluh kering ke pangkal leher Khoja Lisut dan
Khoja Lisut pun berhenti muntah darah. Datuk urut bahagian belakang leher Khoja
Lisut beberapa kali.
"Bagaimana rasanya," datuk tujukan pertanyaan untuk Khoja Lisut. Saya menggigit
bibir dalam rasa cemas yang berlarutan di hati.
"Bagaimana Khoja," ulang datuk lagi.
"Tadi masa muntah, dada rasa panas macam ada api di dalamnya, sekarang..."
"Sekarang apa rasanya?" Desak datuk.
"Terasa lega, nafas pun senang."
"Hum..." datuk garu pangkal dagu beberapa kali, "Buat sementara waktu ni, kau
jangan minum kopi dulu," sambung datuk.
"Baiklah, tapi bila saya boleh keluar dari sini."
"Sabarlah Khoja, masanya akan sampai."
Saya lihat kelopak mata Khoja Lisut terkebil-kebil mendengar kata-kata yang datuk
luahkan.
Datuk mengajak saya kembali ke pondok pisang sesikat. Saya menduga sebaik saja
sampai ke kawasan pondok, dia akan menyuruh saya pulang. Apa yang saya

258
fikirkan tidak menjadi kenyataan. Datuk suruh saya duduk di sisiinya. Saya tidak
keberatan melakukan semuanya itu, asalkan saya tidak dipaksa menemaninya
sepanjang malam dan hari.
Pengalaman hari dan malam pertama menemani datuk memberikan pengalaman
yang amat mengerikan. Sesungguhnya, saya tidak ingin mengulangi semuanya itu.
"Kamu jangan kemana-mana, Tamar."
"Balik, saya nak balik tuk,"
"Tak boleh, kamu mesti bersama aku, Tamar."
Saya menarik nafas panjang. Ungkapan dari datuk itu menimbulkan bermacam-
macam tafsiran dalam tempurung kepala saya. Ternyata saya sudah masuk ke
dalam perangkap datuk.
Dalam perkiraan saya, waktu tujuh hari yang ditetapkan oleh datuk untuk merawat
Khoja Lisut sudah cukup tempohnya. Tidak ada apa-apa pertolongan yang
diperlukannya lagi dari saya. Jadi, kenapa datuk harus menghalang saya?
Barangkali dia mahu memberikan tugas baru pada saya, timbul pertanyaan dalam
hati, keresahan mula menghantui diri.
"Tuk dah janji dengan saya?"
"Janji apa?" Datuk jegilkan biji mata.
"Dulu tuk kata, tugas saya cuma menghantar makanan ke sini, kemudian berjemaah
bersama. Tugas saya petang ini sudah sempurna, saya dah bawakan makanan dan
sudah berjemaah, biarlah saya balik," kata saya dengan penuh yakin.
"Ada tugas lain yang mesti kamu tolong aku, Tamar."
"Apa dia tugasnya tuk?"
"Kau tunggu saja, jangan banyak cakap, dan jangan banyak tanya," suara datuk
agak keras. Dan saya mengambil keputusan untuk membisu.
"Begini saja tuk, biar saya ambil pakaian di rumah dulu," saya renung wajah datuk
dengan harapan permintaan saya akan diperkenankannya. Kalau diperkenankan
hilang rasa jemu, boleh baring-baring dulu di rumah. Bila dekat waktu Maghrib baru
datang. Itu rancangan yang saya susun dalam kepala.
"Tak payah kau balik, biar aku yang ambil."
Saya tersentak, tidak diduga datuk bersuara demikian. Saya kerutkan dahi.
"Kamu tunggu Khoja, biar aku yang balik ambil kain dan selimut kamu."
"Ya tuk," saya anggukkan kepala.
"Tuk balik lama atau sekejap saja," desak saya lagi.
Bergantung pada bahan-bahan dan ramuan yang aku cari, cepat aku dapat,
cepatlah aku datan," jawab datuk dengan wajah yang selamba. Dia mula bergerak
dalam pondok pisang sesikat dari sudut ke sudut. Bagaikan orang resah tidak
menentu.

SENDI

Akhirnya, datuk mengeliat dua tiga kali untuk menghilangkan rasa lenguh-lenguh di
sendi. Sebelum meninggalkan saya, datuk mengunjungi Khoja Lisut, dua tiga kali
bahu kanan Khoja Lisut ditepuknya.
Dia membongkok lalu membisikkan sesuatu ke cuping telinga Khoja Lisut. Apakah
yang dibisikkan oleh datuk kepada Khoja Lisut, tetap menjadi tanda tanya pada diri
saya.
Datuk berpatah balik ke arah saya. Berdiri menghadapi saya dengan tangan kiri
berada di pinggang, manakala tangan kanan diangkat separas bahu serta diluruskan
ke depan. Cara datuk berdiri tidak ubah seperti berdirinya seorang pendekar yang

259
mahu membuka langkah silat.
"Kamu jaga dia baik-baik, kalau ada buaya timbul kau halau dengan ini..." Datuk
menunjukkan buku limanya ke arah saya. Mana mungkin melawan buaya dengan
penumbuk. Barangkali datuk mahu bergurau senda. Dalam keadaan yang tertanya-
tanya itu, saya lihat datuk membongkok mengambil sesuatu di permukaan bumi.
Bila datuk berdiri, saya lihat ditangan kanannya ada buluh kuning yang panjangnya
kira-kira lima kaki lebih. Buluh kuning itu datuk tatang dan lambung-lambungkan
kemudian disambutnya. Lagi sekali saya bertanya dalam hati dari mana datuk
memperoleh buluh kuning itu.
"Jangan kau fikirkan bagaimana aku mendapatkan buluh ini," kata datuk dan
ternyata dia dapat membaca apa yang saya fikirkan. Saya tidak berkata apa-apa
dan terus keluar dari pondok. Saya berdiri menentang datuk.
Jarak antara saya dengan datuk antara 15-20 kaki. Dan saya bersedia melangkah
ke arahnya untuk mengambil buluh kuning.
"Kau tunggu di situ, jangan dekati aku."
Saya berhenti melangkah.
"Kau bersedia Tamar," datuk segera menimang buluh kuning.
"Bersedia untuk apa tuk?"
"Kau ambil buluh ni," jeritnya.
Belum sempat saya bersedia dan berbuat apa-apa, datuk segera melemparkan
buluh kuning tepat ke arah badan saya. Dengan pantas saya mengelak dan terus
melompat. Dalam masa melompat itulah saya menyambar buluh kuning. Kejayaan
saya disambut oleh datuk dengan ketawa.
Dalam keadaan tercunggap-cunggap saya pacakkan buluh ke tanah. Andainya saya
tidak melompat dan mengelak, pasti saya tersungkur di bumi.
"Kamu tak lupa dengan langkah yang aku ajar Tamar."
"Tapi tuk....,"
"Tapi apa Tamar?"
"Saya cemas dan tak sangka datuk nak buat macam tu."
"Sesekali kamu mesti diuji," turut datuk lalu melangkah mendekati saya. Datuk ambil
buluh kuning yang terpacak di bumi.
"Ikut aku Tamar."
Saya ikut datuk ke belakang pondok pisang sesikat. Saya lihat datuk menajamkan
bahagian hujung buluh kuning dengan golok perak.
"Bambu runcing tuk."
"Ya, dulu orang-orang Jambi menentang tentera Belanda dengan buluh yang
ditajamkan seperti ini," datuk memperlihatkan pada saya buluh yang sudah
ditajamkan itu. Kemudian buluh dicacakkan kembali ke tanah. Betul-betul di depan
pondok pisang sesikat.
"Kamu cabut, bila kamu fikirkan mustahak untuk melindungi diri kamu," datuk tatap
biji mata saya dengan tajam sekali. Saya pun anggukkan kepala.

MERAH

Di langit awan petang yang berwarna merah mula timbul. Matahari kian rapat di kaki
langit. Sebentar lagi senja akan melabuhkan tirainya. Beburung berkicau riang,
berterbangan mencari pepohon yang serasi untuk berteduh.
"Sekarang saya boleh balik tuk?" Saya ajukan pertanyaan. Datuk gosok hujung
hidungnya dengan jari telunjuk beberapa kali. Hati saya tetap berdebar menanti
jawapan.

260
"Tak boleh, aku yang balik. Kamu tunggu Khoja Lisut. Gunakan buluh tadi kalau
kamu diganggu binatang buas atau makhluk lain," nada suara datuk lembut tetapi
bila dia menyebut perkataan 'kamu tunggu' dan 'makhluk lain' nada suara sengaja
ditinggikannya.
"Tuk balik ke?"
"Itu urusan aku."
Selesai saja datuk memberikan sebuah jelingan tajam untuk saya, dia terus
melangkah tanpa mahu menoleh ke arah saya walaupun untuk beberapa detik.
Datuk hilang dari pandangan saya, ditelan oleh liku denai dan pepohon yang besar.
Saya renung ke arah Khoja Lisut, dia masih terkulai di permukaan pasir. Beberapa
permukaan ekor lebah entah dari mana datangnya, terbang di atas kepala Khoja
Lisut sambil berbunyi dengan nyaring.
Dan sepasang gagak turun atas pasir lalu mengais-ngais pasir di depan Khoja Lisut.
Pasir yang dikais terus mengenai muka Khoja Lisut.
Beberapa ekor yang lain terus bertenggek atas kepala Khoja Lisut. Saya jadi cemas
bila melihat beburung gagak itu mematuk kulit kepala Khoja Lisut, rambut di kepala
Khoja Lisut tercabut dan jatuh bertaburan atas pasir. Anehnya, Khoja Lisut tidak
bersuara, tidak menjerit minta pertolongan.
Tiba-tiba saya jadi berani. Dengan tenang saya melangkah ke arah Khoja Lisut.
Saya tepuk kedua belah tangn dengan sekuat hati dengan harapan bunyi tepukan
itu akan menakutkan beburung gagak, lalu terbang meninggalkan Khoja Lisut. Saya
tidak berhasil mengusir beburung gagak. Semakin rancak saya bertepuk semakin
rancak pula suara gagak menguasai kawasan sekitar.
Langkah saya perlahankan, sebagai ikhtiar, saya ambil dahan kayu yang terdapat di
situ dan bersedia untuk mambalingkan ke arah sepasang gagak yang sedang
mengais pasir di depan Khoja Lisut.
Sebaik saja saya angkat tangan kanan dan bersedia mahu melemparkan kayu ke
arah burung gagak tersebut, saya terdengar suara datuk berdehem dengan nyaring.
Hasrat hati segera saya batalkan.
"Nanti dulu Tamar."
Datuk segera menyambar kayu di tangan saya. Kayu itu dilemparkannya ke dalam
belukar. Dan saya dipimpin kembali kembali ke pondok pisang sesikat.
"Gagak tuk."
"Tak mengapa, aku tahu semuanya, sekejap lagi burung-burung gagak tu mesti
pergi dari situ ,burung-burung tu tak ganggu Khoja," turut datuk, bagi mempastikan
adakah kata-kata datuk itu benar, saya segera menoleh ke arah Khoja Lisut.
Ternyata burung-burung gagak sudah tiada lagi di situ. Saya renung muka datuk dan
dia segera memberikan sebuah senyuman yang penuh bermakna.
"Aku sebenarnya tak balik ke rumah, Tamar."
Mata saya tebeliak mendengar kata-kata itu. Datuk sudak mempermainkan saya.
"Habis datuk pergi ke mana?"
"Aku cari ini..."
Datuk mengeluarkan seberkas pokok dan daun seribu kapit anak dari bungkusan
kain batik yang pada awalnya saya duga bungkusan kain selimut dan baju. Pokok
dan daun seribu kapit anak diserahkan atas lantai pondok.
"Sekarang pergi jerangkan air panas," perintah datuk. Saya segera mematuhinya.

128. Rahsia Daun Seribu Kapit

261
Bila air yang dijerang sudah masak, datuk suruh saya buat secawan kopi tanpa gula.
Dua tiga helai daun seribu kapit anak dipetik dan dimasukkan ke dalam cawan kopi
bersama beberapa buku garam.

Sabahagian daripada air panas itu dituangkan ke dalam baldi kecil yang dibuat dari
tanah liat, (bentuknya macam periuk tanah, tingginya sekitar satu kaki dan tebalnya
tidak sampai setengah inci) kemudian batang dan daun seribu kapit anak
dimasukkan ke dalam baldi tanah.

"Sekarang..."

Datuk tidak menghabiskan kata-kata itu. Dia melihat awan di langit, dia melihat
beburung yang terbang dan gerak dedaun yang disentuh angin petang. Datuk
kedutkan dahi lalu menelan air liur. Bibirnya kelihatan bergerak perlahan-lahan.

"Kamu bawa air kopi ni pada Khoja, paksa dia minum."

"Nanti dia muntah darah tuk?"

"Kali ini, dia tak muntah darah, lepas tu kau keluarkan dia dari dalam pasir."

"Baik tuk."

Dengan hati-hati saya membawa secawan kopi kepada Khoja Lisut. Bila saya
dekatkan air kopi ke bibirnya, Khoja Lisut segera menolak. Bila saya paksa, dia
bertindak balas dengan meludah muka saya. Darah saya tersirap. Bila saya ingatkan
yang dia masih sakit dan masih berubat dengan datuk, kemarahan saya segera
menurun.

Kali ini, saya bertindak agak kasar. Saya segera mengepit kepala Khoja lisut ke
celah paha. Sebelah tangan menekan rahangnya hingga mulutnya terbuka dan
sebelah lagi saya gunakan untuk menuangkan air kopi ke mulutnya.

Khoja Lisut tidak dapat mengelak lagi. Dia teguk air kopi hingga habis, malah
sebahagian dari air itu masuk ke lubang hidungnya. Khoja Lisut bersin air kopi yang
bersembur dari lubang hidung mengenai muka saya. Khoja Lisut meraung macam
gajah patah kaki.

Datuk segera berlari ke arah saya dengan wajah yang amat cemas. Dia melihat
kepala Khoja Lisut terlentuk atas pasir.

"Apa yang kamu buat padanya, Tamar?"

"Tak ada apa, saya suruh dia minum air kopi."

"Kamu suruh atau kamu paksa dia?" datuk jegilkan biji mata ke arah saya. Tiada
jawapan yang saya berikan terhadap pertanyaan itu.

"Sudahlah, kamu gali pasir dan keluarkan dia dari sini, kamu mesti selesaikan

262
semua kerja-kerja ni sebelum waktu Maghrib tiba, bila matahari ada di pucuk pokok
tu, kerja mesti selesai," sambung datuk sambil menudingkan jari telunjuk ke arah
pucuk pokok di pinggir belukar.

"Ini pencebak dan cangkul, gunakan dengan hati-hati, jangan sampai kepala Khoja
terputus dengan badan," datuk melemparkan pencebak dan cangkul ke hujung kaki
saya. Wajah datuk cukup serius.

"Semuanya nak aku selesaikan malam ni juga. Dengan izin Allah usaha yang aku
buat akan diperkenankan-Nya," suara datuk bergementar. Dia mula memeluk tubuh
dan merapatkan sepasang kakinya. Saya ambil cangkul dan mula menggali pasir
disekeliling Khoja Lisut.

Dengan berpeluk tubuh, datuk terus melangkah menuju ke pondok pisang sesikat,
tanpa menghiraukan apa yang saya lakukan.

"Semuanya aku selesaikan malam ni juga...," terngiang-ngiang suara datuk di cuping


telinga, membuat saya berhenti mencangkul pasir.

"Jangan berhenti, teruskan," pekik datuk dari pondok. Saya kembali menggali pasir.
Sikap datuk cukup berbeza, suaranya sentiasa keras dan suka marah-marah bila
saya berhenti menggali pasir.

Tugas saya menggali pasir sudah selesai. Khoja Lisut saya tarik dengan kasar
sekali.

"Menyusahkan saya."

"Tak baik merungut dan marah-marah Tamar, hari ini hari pak cik, hari kamu belum
tahu lagi. Entah lebih buruk dari ini," suara khoja Lisut terketar-ketar.

"Sudahlah, cakap banyak pula dia," saya menengking.

"Barangkali semuanya kerana perbuatan pak cik yang lalu," Khoja Lisut seperti
mengeluh.

Saya terus menjuihkan bibir kearahnya. Hati saya cukup panas, kerana dia saya
terpaksa melakukan kerja-kerja berat begini. Kalau diturutkan kata hati, mahu saja
saya menyepak Khoja Lisut yang terjelepuk atas pasir.

Dalam pergelutan perasaan marah dan benci itu, saya angkat kepala lalu renung ke
pondok sesikat. Saya lihat datuk tegak di situ merenung tajam ke arah saya. Hati
saya terus berdebar menanti perintah dan arahan darinya.

SEPARUH

Cuaca mula samar-samar, matahari cuma kelilhatan separuh di kaki langit, di


kelilingi awan berwarna jingga. Beburung sudah pun berhenti terbang.

263
Angin tidak lagi bertiup, pepokok kelihatan kaku, seolah-olah menghormati
kepulangan matahari keperaduannya, setelah menaburkan bakti kepada makhluk
Allah dipermukaan bumi ini.

Dalam cuaca yang samar-samar itu datuk berlari-lari anak kearah saya. Sebaik saja
sampai dekat saya, datuk tanpa berkata apa-apa terus mencampakkan baldi yang
berisikan pokok dan daun seribu kapit anak kepada saya.

Nasib baik saya tangkas menyambut. Kalau tidak, sudah pasti baldi tanah jatuh
terhempas ke pasir dan besar kemungkinan akan pecah.

Saya amat terkejut dengan tindakan datuk itu. Dalam keadaan tergamam itu, saya
kira datuk akan mengeluarkan arahan tertentu kepada saya. Ternyata apa yang
saya harapkan tidak menjadi kenyataan. Datuk terus berlalu dari sisi saya menuju ke
sungai.

Kerana tidak mendapat apa-apa arahan baldi tanah itu terus saya peluk dengan
erat. Saya terdengar bunyi gemercik air sungai. Rupanya, datuk mandi dan saya
bertambah resah, terlalu banyak perkara ganjil yang datuk lakukan. Semuanya
membuat saya jadi pening dan menimbulkan seribu persoalan dalam kepala.

"Sekarang kamu terjun ke dalam sungai," datuk tiba-tiba berdiri dekat saya sambil
mengeluarkan arahan. Saya tidak sedar waktu bila dia mendekati saya.

"Dengan pakaian begini tuk?"

"Tidak, gunakan kain basahan ini."

Datuk pun memberikan pada saya kain basahan berwarna hitam yang setiap
bucunya ditampal dengan secebis kain warna merah. Jarang-jarang datuk
menggunakan kain basahan itu.

Belum pernah dia membenarkan kain basahan milik peribadinya itu digunakan oleh
orang lain. Lagi sekali saya menjadi terkejut dan takjub dengan sikapnya itu. Kenapa
datuk membenarkan saya memakai kain basahannya?

"Pergi cepat," herdik datuk.

Saya yang masih terpaku disisinya segera mengorak langkah bersama rasa cemas
dan takut. Maklumlah, terpaksa mandi seorang diri disungai yang ada buaya dalam
suasana senja yang kian memberat.

Sampai saja ditebing sungai, kain basahan segera saya ikat ke pinggang. Kemudian
saya terjun dalam sungai. Dua kali selam, saya terus berhenti mandi.

Kerana memikirkan tidak lama lagi waktu Maghrib akan tiba, saya segera mengambil
air sembahyang. Bila saya datang semula ke tempat datuk dan Khoja Lisut, saya
dapati mereka sudah tiada disitu.

264
Dalam suasana samar senja itu, saya masih dapat melihat kesan orang merangkak
di pasir. Saya yakin, datuk sudah mengheret Khoja Lisut dan saya bayangkan
bagaimana Khoja Lisut merintih ketika diheret.

Setelah menoleh dua tiga kali kawasan sekitar, saya teruskan perjalanan ke pondok.
Sampai dipondok saya lihat pelita minyak tanah sudah terpasang. Khoja Lisut
terbaring di sudut pondok memeluk baldi tanah dengan erat sekali. Datuk duduk
bersila ditengah pondok menghadapi sejadah.

"Masuk, tunggu apa lagi."

Saya melangkah dua tapak dan berhenti kerana saya terdengar sesuatu dari
sebelah kanan saya.

"Masuklah, Maghrib dah tiba."

"Qamat, Tamar."

Perintah datuk segera saya patuhi, dan sembahyang saya tidak begitu khusyuk,
sering terganggu oleh keluhan dan tangisan Khoja Lisut.

Selesai saja sembahyang dan wirid, datuk menyuruh saya menghidupkan api
dihalaman pondok. Saya tidak pula bertanya, kenapa datuk menyuruh saya berbuat
demikian. Saya menduga, api itu dihidupkan untuk menghalau nyamuk.

"Tentukan api itu sentiasa menyala, biar senang kita berjalan," tutur datuk sambil
bangun mendekati Khoja Lisut disudut pondok. Dengan berbekalkan semangat,
saya terpaksa mencari kayu.

Nasib saya agak beruntung, saya tidak perlu bergerak jauh dari pondok. Datuk
sudah menyediakan setimbun kayu api dibelakang pondok. Kewajipan saya ialah
membawa kayu sebesar paha yang sudah kering kehalaman pondok. Kerja ini
tidaklah sukar sangat.

"Sudah, pergi ke sungai mandi dan ambil air sembahyang, waktu Isyak dah sampai,"
entah mengapa saya jadi gementar mendengar perintah datuk.

"Pergi sekarang," sambungnya lagi.

Saya tidak ada pilihan selain dari mematuhi perintahnya itu.

"Kita sudah sembahyang Isyak, kamu boleh menolong aku," itu yang datuk ucapkan
kepada saya, sebaik saja dia menamatkan wirid Isyak yang panjang. Saya hanya
tersenyum tanda bersedia menerima perintah.

"Kamu dah baca ayat Kursi empat puluh kali, macam yang aku suruh, Tamar?"

"Sudah tuk."

"Sekarang..." datuk berhenti bercakap, dia bangun lalu mendekati Khoja Lisut, kulit

265
Khoja Lisut terus dijamahnya dengan tenang.

"Sekarang kamu pergi rebus batang dan daun seribu kapit anak, rebus sampai
airnya mendidih," datuk menyambung kata-kata yang terputus.

"Baik tuk."

Saya segera ke halaman rumah, mencari kayu yang keras untuk saya jadikan
tungku. Sementara menanti air rebusan mendidih, saya segera masuk ke pondok
lalu duduk disisi datuk yang sedang mengurut tubuh Khoja Lisut.

KATAK

Dingin malam mula terasa cara kebetulan pula angin mula bertiup agak lemah. Kayu
dihalaman pondok terus dimamah api, suara katak dan cengkerik terus berbunyi
disamping suara unggas malam yang sering bertingkah antara satu sama lain. Saya
perhatikan jari jemari datuk berlari lembut dipermukaan kulit Khoja Lisut.

Bila jari jemari itu berhenti disendi-senddi tubuh untuk menyentuh urat, saya lihat
Khoja Lisut menggeliat menahan kesakitan sambil merintih. Datuk tidak ambil kisah
dengan semuanya itu. Makin kuat Khoja Lisut mengerang sakit, makin kerap jari
jemari datuk mencari urat-urat tersimpul dalam tubuhnya. Pertama kali, saya lihat
sekujur tubuh Khoja Lisut bermandikan peluh.

"Bangun."

Datuk renung biji mata Khoja Lisut dan bagaikan orang kena pukau, Khoja Lisut
menurut kata datuk. Dia bangun dalam kepayahan yang amat sangat. Tiga kali
Khoja Lisut mencuba dan tiga kali pula dia berdepan dengan kegagalan.

"Tamar, kamu pergi angkat air tadi atas api," mata datuk cukup tajam menikam
wajah saya. Tanpa berlengah-lengah saya terus keluar dari pondok. Baldi tanah
saya angkat, lalu diletakkan atas pasir. Tidak sampai lima minit kemudian datuk
keluar dari pondok dengan Khoja Lisut atas bahunya.

Dengan perlahan-lahan datuk meletakkan Khoja Lisut atas pasir. Datuk terus ke
belakang pondok mengambil kayu dan dicampakkan ke dalam api yang sedang
marak.

Bebunga api terus naik udara. Datuk mahu seluruh halaman pondok terang dan
cerah dengan cahaya api dari longgokan kayu yang terbakar itu. Bila datuk sudah
puas hati dengan cahaya api yang didapati disitu, dia pun berhenti membawa kayu
dari belakang pondok ketempat api yang sedang menjulang tinggi itu.

Datuk pun mengenakan baju hitam dan seluar hitam, kain bengkung dari kain
berwarna kuning. Seperti biasa, kepalanya diikat dengan secebis kain merah.
Perlahan-lahan dia mendirikan Khoja Lisut sambil menyuruh saya menjirus air
rebusan daun seribu kapit anak kearah kedua belah tempurung lutut Khoja Lisut.

266
Saya melakukannya lebih kurang hampir sepuluh minit, saya menggunakan
tempurung dan jumlah air yang dijirus untuk kedua tempurung lutut itu ialah
berjumlah sepuluh tempurung semuanya.

Selesai saja saya melakukannya, saya merasa takjub. Khoja Lisut boleh berdiri
tegak. Kecacatan lain dibahagian tubuh badannya, saya lihat beransur hilang.

"Kamu melangkah perlahan, setiap kali melangkah kamu baca Bismillah dan
selawatkan Nabi," kata datuk kepada Khoja Lisut, cepat-cepat Khoja Lisut angkat
kaki kanan untuk melangkah, tiba-tiba datuk menjerit.

"Nanti dulu, aku belum suruh buat."

"Maafkan saya," suara Khoja Lisut lemah.

Datuk keliling Khoja Lisut tiga kali, iaitu dari kanan ke kiri. Kemudian datuk duduk
bersila atas pasir disebelah kanan Khoja Lisut.

Badan saya mula terasa seram sejuk. Angin malam kian keras bertiup. Suara
cengkerik cukup hebat berbunyi. Lolongan anjing liar jelas kedengaran dibawa angin
malam. Semuanya itu membuat saya resah gelisah.

"Tamar."

Saya tumpukan sepasang mata kearah datuk. Bersedia mendengar apa juga
perkara yang akan diutarakan kepada saya.

"Bila saja Khoja melangkah, kau pukul kakinya dengan batang seribu kapit anak, kau
pukul sekuat hati kamu," datuk keluarkan arahan. Kemudian datuk memandang
kearah Khoja Lisut.

"Mula kamu berjalan, kemudian lari dan elakkan kaki kamu dari kena pukul oleh si
Tamar, kamu faham tak?" cukup keras suara datuk.

"Faham," jawab Khoja Lisut.

"Kamu pula macam mana Tamar?"

"Saya juga faham tuk."

"Bagus."

Dia atas pasir terus memeluk tubuh. Sepasang matanya dirapatkan, nafasnya ditarik
dan dilepaskan perlahan-lahan.

Deru angin terasa amat menggerunkan. Begitu juga dengan suara burung hantu,
lolongan anjing dan cengkerik.

"Bersedia."

267
Datuk tepuk tangan dan terus melompat. Akhirnya dia berdiri tegak macam patung
sambil memeluk tubuhnya.

"Mulakan Khoja."

Khoja Lisut pun mula melangkah.

"Tugas kamu, Tamar."

Saya pun terus memukul sepasang kaki Khoja Lisut dengan batang seribu kapit
anak. Saya pukul dengan sekuat hati, mungkin kerana pukulan yang tepat itu
membuat Khoja Lisut mengalami rasa sakit. Dia berusaha mengelakkan dirinya dari
jadi sasaran pukulan saya.

Dan saya pula berusaha untuk memukul dengan tepat seperti apa yang datuk
arahkan. Antara kami sudah menjadi seperti musuh pada saat itu, saya mengejar
untuk menyakitkan Khoja Lisut dan Khoja Lisut pula lari kerana tidak mahu jadi
sasaran pukulan dari saya. Dalam usaha mengelakkan dirinya dari jadi korban,
Khoja Lisut lupa tentang dirinya yang lumpuh. Dia seperti mengalami kekuatan luar
biasa, berlari dengan kencang.

Bila saya cuba berhenti, datuk segera menjerit sambil membawa kayu panjang untuk
memukul saya. Begitu juga dengan Khoja Lisut, kalau berhenti datuk akan
melemparkan puntung yang terbakar kearahnya. Jadi kami terpaksa berlari.

Saya mengalami kepenatan yang amat sangat, tidak terdaya mahu melangkah.
Seluruh sendi saya terasa lemah dan saya jatuh atas pasir. Sayup-sayup terdengar
suara datuk memaki hamun saya, setelah itu saya tidak tahu apa yang terjadi.

CERAH

Bila saya membuka mata, saya lihat hari sudah cerah. Datuk duduk bersimpuh
didepan, Khoja Lisut berjalan dengan senang hati dihalaman pondok.

"Kamu pengsan."

Itu yang duduk tuturkan kepada saya.

"Khoja macam mana?"

"Sakit lumpuhnya sudah baik, dia sudah boleh berjalan seperti sediakala, begitu juga
dengan sakit-sakitnya yang lain," terang datuk dengan nada suara yang lembut.

Bagi memulihkan kekuatan yang hilang, datuk suruh saya minum dari dedaun yang
dibuatnya. Rasanya cukup pahit dan bagaikan tidak tertelan dan mahu muntah
dibuatnya. Kerana terpaksa dan dipaksa, saya terpaksa juga minum. Setengah jam,
sesudah minum air dari dedaun itu, badan saya terasa segar dan berpeluh.

268
"Kamu tak usah bimbang, Tamar, kamu tetap sihat," datuk memberi jaminan, dan
saya amat senang sekali mendengar kata-kata itu.

"Khoja ke mari," laung datuk.

Tergesa-gesa Khoja Lisut berjalan kearah datuk.

"Jangan berjalan, kamu mesti berlari," jerit datuk.

Khoja terpaksa berlari. Bila sampai di pondok, saya lihat Khoja Lisut tercungap-
cungap. Kepenatan terbayang di wajah. Tetapi, kecacatan yang terdapat di tubuh
badannya dulu, semuanya sudah hilang.

Kini, saya dapat melihat wajah Khoja Lisut yang sebenar. Ternyata dia seorang
lelaki yang tampan dan gagah. Melihat dari bentuk tubuh dan wajahnya, memanglah
layak dia memegang gelaran sebagai seorang guru silat. Ciri-ciri seorang pendekar
memang ada pada dirinya. Tetapi, kerana kurang sabar ilmunya tercabar, fikir saya
sendirian.

"Khoja, janji aku dengan kamu sudah selesai," tutur datuk sambil menatap wajah
Khoja Lisut yang terpaku didepannya. Saya lihat Khoja Lisut tunduk penuh terharu.

"Saya tahu..." Khoja Lisut tidak meneruskan kata-katanya, saya lihat dia menangis
tersedu.

"Jangan menangis," datuk pun menjatuhkan telapak tangan kanannya atas bahu kiri
Khoja Lisut, "cakaplah apa yang mahu cakapkan Khoja," sambung datuk lagi, tetapi
Khoja Lisut tidak dapat menahan kesedihan. Bagi menenangkan keadaan, datuk
mengajak saya beredar keluar pondok.

Melihat dari tingginya matahari masa itu, saya dapat menduga waktu itu lebih kurang
pukul lapan pagi. Andaian saya itu dikuatkan lagi dengan kehadiran burung murai
dan merbah batu yang kerap menyanyi bila jam lapan pagi.

"Biarkan dia menangis," bisik datuk kepada saya.

"Kesian dia tuk."

"Aku harap apa yang berlaku akan menginsafkan dirinya," tingkah datuk lagi. Saya
anggukkan kepala.

Lebih dari setengah jam saya dan datuk berada diluar pondok, barulah Khoja Lisut
datang. Kali ini saya lihat wajahnya cukup riang, tidak ternampak kesan kesedihan,
kehampaan dan kekecewaan diwajahnya.

Dia berdiri didepan datuk, tanpa diduga dia terus memeluk tubuh datuk dengan erat
sakali.

"Dengan apa mahu saya balas budi tuan."

269
Saya terpampan mendengar perkataan 'tuan' yang ditujukan oleh Khoja Lisut
kepada datuk, dan saya kira datuk kurang senang bila dirinya dipanggil begitu.

"Mengapa bertuan dengan saya, bukankah elok panggil saya abang saja, sesuai
dengan umur aku yang lebih tua dari kamu," dengan senyum datuk bersuara.

"Dengan apa mahu saya balas budi baik abang."

"Tak payah balas, apa yang aku lakukan selama ini adalah usaha atau ikhtiar aku.
Dan ikhtiar itu diperkenankan oleh Allah, pada Allah kau harus bersyukur dan
berterima kasih, bukannya pada aku."

"Haa..." mulut Khoja ternganga mendengar kata-kata datuk itu.

"Tak usah banyak cerita lagi, ikut aku ke rumah. Disana kita boleh cerita panjang,"
datuk menarik tangan Khoja Lisut mengajak pulang. Bila saya memulakan langkah
mahu mengikut mereka, saya segera dihalang.

"Kerja kamu belum selesai Tamar."

"Apa dia kerja saya tuk?"

"Timbus lubang dan padamkan api dengan air."

"Saya buat seorang saja tuk?"

"Ya."

Dengan tarikan nafas panjang, saya melihat datuk dan Khoja Lisut melangkah
dengan tenang meninggalkan saya. Rasanya, mahu saja saya menjerit memprotes
sikap datuk itu. Ah! Siapa yang mahu menolong dan siapa pula yang dapat
mendengar jeritan saya, timbul persoalan dalam diri sendiri.

Saya segera ambil cangkul dan memulakan tugas menimbus lubang. Berpeluh saya
seorang diri. Saya mengambil masa hampir satu jam untuk menimbus lubang,
kemudian saya beralih untuk memadamkan bara api yang masih merah. Termenung
saya memikirkan bagaimana untuk membawa air sungai ke tempat bara.

"Tamar."

Khoja Lissut tercegat didepan saya.

"Datuk izinkan aku membantu kamu Tamar."

"Ini dah cukup baik, nampaknya kita kena bawa air dari sungai," kata saya.

"Tak payah, kita padamkan dengan pasir," Khoja Lisut pun mula mencangkul pasir
dan ditimbus ke bara api. Saya segera membantunya dan kerja itu selesai tidak
sampai dua jam.

270
"Aku terpaksa tinggalkan rumah datuk selepas waktu Asar," Khoja Lisut buka rahsia
ketika kami sama-sama berjalan pulang ke rumah datuk.

"Sebelum aku pergi, aku terpaksa sembahyang Asar disurau, datuk kamu nak
adakan kenduri kesyukuran kerana sakit aku sembuh," tambah lagi.

"Ikut saja apa katanya," sanggah saya dan kami terus melangkah.

129. Api Keluar Dari Kubur

Nenek sambut kepulangan saya dengan senyuman. Dia gelengkan kepala, bila
melihat baju saya basah kuyup akibat peluh. Saya sambut geleng kepala nenek
dengan senyum megah.

"Kenapa begini Tamar?"

"Saya disuruh membuat kerja berat."

"Pergi mandi, cepat."

"Mandi di perigi?"

Nenek tidak menjawab pertanyaan saya. Dahinya nampak berkerut. Jejari kanannya
terus melurut rambut sebelah kanan beberapa kali. Ternyata rambut hitam sudah
hampir separuh dikuasai oleh rambut putih.

"Jangan mandi di perigi, kamu mandi di sungai saja Tamar."

"Sungai jauh nek, mandi diperigi saja," saya protes cadangan nenek. Dengan tenang
nenek menghela nafas, sepasang mata tuanya tertumbuk ke wajah saya. Nenek
seperti berada dalam keadaan serba salah.

"Jangan mandi di perigi, datuk kamu ada hal disitu."

"Apahalnya nek?" nada suara saya meninggi.

"Aku tak tahu apa halnya. Pesannya pada aku, jangan benarkan sesiapa datang ke
perigi waktu begini," terang nenek dengan tenang.

"Kalau kamu tak percaya dengan cakap aku, pergi tengok sendiri," sambungnya lagi.

"Hiss..." keluh saya dengan rasa serba salah.

Secara mendadak saya teringatkan Khoja Lisut. Saya berpisah dengannya


dihadapan halaman rumah. Dia menuju kearah datuk yang menantinya dibawah
pokok manggis. Saya menuju kearah pintu dapur kerana saya ternampak nenek

271
tercegat disitu.

"Tak kuasa saya nak tengok sendiri nek."

"Kenapa pula Tamar."

"Takut dimarah datuk."

"Itu keeputusan yang bijak, dia memandikan tetamunya."

"Saya tahu, tetamunya tu Khoja Lisut."

"Ya," nenek anggukkan kepala.

Tanpa banyak biara, saya ambil kain basahan diampaian lalu dibelitkan ke leher.
Tanpa mengucapkan sesuatu nenek, saya terus menuju ke sungai. Setelah
membuka pakaian, kain basahan pun saya ikat ke pinggang. Dari tebing sungai saya
melakukan terjun menjunam, macam gaya seorang tarzan.

Macam biasa, bila berada dalam perut sungai, saya bagaikan seekor memerang.
Berenang dan menyelam dengan bebas. Bila kulit telapak tangan dan jari menjadi
kecut, badan mengeletar kesejukkan. Barulah perut sungai saya tinggalkan. Berlari-
lari anak menuju ke rumah.

Saya masuk ke rumah ikut tangga bahagian tengah. Dari situ menyelinap masuk ke
kamar sendiri, tanpa disedari oleh nenek yang sibuk diruang dapur. Saya memilih
kain pelikat kotak, tiga warna iaitu biru, merah dan putih. Baju Melayu potongan teluk
belanga jadi pilihan untuk saya pakai pada hari itu. Rambut pun saya sikat dengan
rapi.

CERMIN

Didepan cermin saya berdiri, mencipta jambul dikepala. Dua tiga kali saya melihat
jambul dari pelbagai sudut. Saya yakin, jambul saya mirip jambul P. Ramlee. Boleh
menarik perhatian orang lain andainya saya berjalan ke kedai atau ke mana-mana.
Tiga empat kali saya tersengih didepan cermin, merasa diri cukup segak sekali.

"Tamarrr..."

Suara nenek keras.

Saya bergegas menuju keruang dapur. Saya lihat ada hidangan tersembunyi
dibawah tudung saji. Bau dari hidangan membuka selera. Perut terasa lapar.

"Nek suruh saya makan?"

Saya terus duduk bersila didepan hidangan. Secara mendadak nenek terus ketawa

272
terkekek melihat telatah saya.

"Belum lagi," tegah nenek, saya tidak jadi membuka tudung saji. Memang terasa
kecewa mendengar kata-kata nenek itu.

"Habis bila lagi nak makan?" tutur saya separuh kesal.

"Sembahyang Zuhur dulu, pergi ambil air sembahyang. Datuk kamu menunggu
kamu diruang tengah."

"Huh..." terpancut keluhan dari kelopak bibir saya.

Saya segera mengambil air sembahyang. Kemudian melangkah ke ruang tengah.


Datuk dan Khoja Lisut sudah berdiri disitu. Mereka menanti kedatangan saya untuk
memulakan solat Zuhur secara berjemaah.

"Kenapa lambat Tamar?" datuk renung muka saya.

"Haaa..." mulut saya terlopong.

"Bila masa nak sembahyang sengaja kamu buat lambat-lambat. Bila masa nak
makan kamu nak cepat-cepat," cukup tajam sindiran dari datuk untuk saya.

Apa yang terdaya saya lakukan ialah tersengih memandang kearahnya. Dan dalam
masa yang sama saya renung juga muka Khoja Lisut. Sakit rasa hati bila Khoja Lisut
melemparkan senyum sinis kepada saya. Kerana datuk sudah bersedia untuk
menjadi imam, saya segera berdiri sebaris dengan Khoja Lisut.

Selesai sembahyang dan berdoa kami terus ke ruang dapur. Duduk bersila,
menghadapi hidangan yang terbuka. Seperti biasa, sebelum menjamah makanan
datuk membaca doa pendek. Bila doa berakhir kami pun menjamu selera dari hasil
kerja seni dapur nenek. Masakannya enak sekali, selesai makan saya pun
bersandar ke dinding.

Pengat labu kuning yang disuakan oleh nenek kepada saya buat pencuci mulut
terpaksa saya tolak. Perut saya sudah tidak mampu untuk menampung makanan,
walaupun sedikit. Saya kepenatan dan nafas terasa amat sesak sekali.

"Mari kita duduk di anjung, Khoja. Dapat sikit angin," datuk kemukakan cadangan
untuk Khoja Lisut. Tidak ada bantahan, Khoja Lisut angguk kepala. Tanda setuju.
Dia segera bangun bila melihat datuk sudah berdiri. Saya cuba bangun tetapi, tidak
berjaya.

"Kamu Tamar, nak duduk disini?"

Datuk jegilkan matanya dan saya segera tegakkan badan. Rasa penat dan
mengantuk akibat kekenyangan serta merta hilang. Saya renung muka datuk. Ada
imbasan senyuman terpamer diwajahnya. Barangkali dia terasa amat lucu dengan
telatah saya.

273
"Kamu tolong nenek didapur, lepas tu kalau kamu nak tidur, bolehlah tidur,"
sambung datuk, matanya tidak berkedip menatap wajah saya. "Ingat, masuk waktu
Asar kamu mesti ada disurau, kita berjemaah bersama orang-orang kampung,"
lanjut datuk lagi. Dia mengakhiri kata-katanya dengan batuk kecil beberapa kali.

Datuk pun melangkah menuju ke anjung rumah dengan diikuti oleh Khoja Lisut.
Saya gembira kerana datuk sudah meninggalkan saya. Semoga datuk tidak akan
berpatah balik untuk memberi apa-apa arahan, bisik batin saya sendirian. Saya
terasa aman dan berhasrat mahu baring dan terus tidur disitu.

Nenek terus mengumpulkan pinggan dan piring dalam talam. Saya perhatikan
gerak-geri nenek dengan mata separuh terbuka. Walaupun usianya sudah agak
lanjut tetapi, gerak kerjanya cukup pantas macam orang muda.

"Saya tak dapat nak tolong nek."

"Tak apalah Tamar, kau pergi rehat dulu. Cuma nenek nak minta tolong satu saja...,"
nenek berhenti bercakap. Saya segera meluruskan badan. Nenek membawa
pinggan dan piring yang ada dalam talam ke dapur.

RESAH

Saya jadi resah, dada saya terus digayuti dengan persoalan. Kenapa nenek tidak
mahu meneruskan kata-katanya? Kerana masih ada dua cawan kosong yang
tertinggal, memaksa nenek datang semula ke ruang makan. Kedatangannya kali ini
tidak harus dipersia-siakan begitu. Saya harus menggunakan kesempatan ini
dengan sebaik mungkin. Demikian saya memutuskan dalam hati.

"Tadi nenek kata, minta saya tolong. Tolong apa nek?" tanya saya dengan nada
suara yang lembut dan hati-hati. Tiada jawapan yang terkeluar dari mulut nenek.
Saya kian resah.

"Tolong apa nek?" untuk kali kedua saya bertanya.

"Kamu tolong bawakan pulut kuning dan pisang emas ke surau. Datuk kamu nak
buat jamuan kesyukuran kerana tetamunya dah sembuh dari sakit," nenek
memberikan penjelasan.

Sesungguhnya, penjelasan nenek memberikan tanggungjawab baru kepada saya.


Sukar untuk saya melarikan diri dari tanggungjawab yang diamanatkan oleh datuk,
meskipun tanggungjawab itu tidak disampaikan secara terus kepada saya.

"Banyak pulut kuning yang nenek kukus? Apa lauknya?"

"Tak banyak, segantang sahaja, lauknya ayam."

"Sedap tu nek."

274
"Jangan sebut sedap sebelum makan, sekarang kamu pergi berehat, sampai
masanya nenek panggil kamu."

"Baiklah, biar saya masuk bilik dulu nek."

"Pergilah."

Nenek meninggalkan saya. Dia menuju ke ruang dapur kembali. Meneruskan


tugasnya yang masih belum selesai.

Sebelum bangun, saya menggeliat dua tiga kali. Menguap dengan semahu-
mahunya. Pangkal pinggang, pangkal betis dan sendi saya urut dua tiga kali hingga
badan terasa selesa. Bila terasa diri sudah cukup bersedia, saya pun segera
bangun. Melangkah menuju ke kamar lalu merebahkan badan atas ranjang. Bahang
panas luar terasa menyengat seluruh badan.

Entah macam mana terlintas difikiran saya untuk membaca. Mungkin dengan
membaca boleh mempercepatkan saya tertidur. Tidak ada bahan bacaan yang
benar-benar menarik minat saya. Majalah hiburan, Gelanggang Filem dan Majalah
Filem yang ada dihujung ranjang sudah saya baca.

Bagaimana kalau saya mengambil buku-buku lama bertulisan jawi dikamar datuk?
Timbul pertanyaan dalam diri. Dan datuk pernah berpesan pada saya, kalau ada
masa eloklah membaca buku-buku lama yang tersimpan dalam biliknya dari
membaca majalah hiburan yang tidak begitu mendatangkan manfaat pada diri saya.

Saya terus ke kamar datuk mengambil senaskah buku lama tulisan jawi. Sebaik saja
saya berada diatas ranjang kembali. Sehelai demi sehelai halaman buku saya buka.
Mencari tajuk yang sya fikirkan menarik. Akhirnya saya sampai ke bahagian hikayat
Orang Yang Melalaikan Solat.

Saya betulkan kedudukan badan, biar selesa ketika membaca. Di samping itu, saya
berharap sebaik saja tamat membaca kisah tersebut, saya akan tertidur dengan
nyenyaknya. Begini kisahnya:

PEREMPUAN

Dizaman dahulu, seorang lelaki menangis kehibaan kerana kematian saudara


perempuannya yang dikasihi. Kemudian lelaki itu bersama orang-orang kampung
terus menguburkan saudara perempuannya dikawasan perkuburan.

Semasa lelaki itu menimbus mayat saudaranya itu, tanpa disedari pundi-pundi yang
berisikan wang dan barang-barang lain terjatuh dalam longgokan tanah.

Tidak ada seorang pun teman-teman lelaki itu melihat yang pundi-pundi berisi wang
itu jatuh dan bersatu dengan tanah. Apa yang dirasakan oleh lelaki itu ialah rasa
kesedihan dan kehampaan yang memanjang. Maklumlah, dia kehilangan seorang

275
saudara perempuan yang amat disayanginya.

Setelah selesai menguburkan saudara perempuannya, lelaki itu bersama kawan-


kawannya terus pulang. Sampai separuh jalan, baru disedarinya pundi-pundi berisi
wang miliknya sudah hilang.

"Kamu balik dulu, aku nak ke kubur semula," kata lelaki itu pada kawan-kawannya.
Sudah tentu kata-kata itu mengejutkan kawan-kawannya.

"Kenapa?" tanya salah seorang kawannya.

"Pundi-pundi wang aku tercicir di kubur."

"Kalau begitu kata kamu, pergilah. Kami tak dapat bersama-sama kamu," jawab
kawannya itu.

"Tak apalah, biar aku uruskan sendiri," balas lelaki itu, lalu meninggalkan kawan-
kawannya.

Sampai di kubur lelaki itu terus mengais-ngais tanah disitu. Pundi-pundi beisi wang
tidak juga ditemuinya. Lelaki itu mula menggali sebahagian dari tanah kubur.
Sedang dia asyik menggali tanah (kubur), tiba-tiba keluarlah api yang menyala-nyala
dari dalam kubur. Lelaki itu terkejut dan takut. Tanah kubur itu segera ditimbusnya.

Tubuh lelaki itu mengeletar ketakutan. Dia ingin segera pulang dan mahu
menceritakan apa yang dialaminya kepada ibu dan saudara-saudaranya yang lain.
Dengan rasa gementar, cemas dan tidak tentu arah, lelaki itu berlari pulang ke
rumah.

Sampai saja dirumah, dia terus menceritakan kepada orang tuanya dan saudaranya
mengenai kejadian tersebut. Saudara-saudaranya agak terkejut tetapi, ibunya tetap
tenang. Lelaki itu pun terus bertanya kepada ibunya:

"Ibu! Cuba terangkan, apakah perbuatan yang tidak baik yang dilakukan oleh
saudara perempuanku itu semasa hidupnya?"

"Wahai anakku! Amal perbuatan saudara perempuanmu semasa hidupnya, suka


melalaikan solat dan kadang-kadang mengakhirkannya sampai habis waktu."

Setelah mendengar penjelasan ibunya, lelaki itu bermuafakat dengan saudara-


saudaranya (termasuk ibunya) berdoa kepada Allah supaya dosa saudara
perempuannya itu diampuni oleh Allah.

"Dahsyatnya," keluh saya lalu menutup buku lama itu. Saya merenung sejenak dan
saya segera berfikir, begitulah kecelakaan atau keburukan yang menimpa terhadap
orang-orang yang melalaikan solat. Bagi orang yang meninggalkan solat tentu lebih
ganjaran yang diterimanya.

"Sesungguhnya, Allah berkuasa atas segala-galanya, tidak pernah mungkir janji


terhadap hambanya," terpancut kata-kata dari mulut dan secara mendadak saya

276
teringatkan sepotong ayat dari Al-Quran yang bermaksud: "TidakKu jadikan manusia
dan jin, melainkan semata-mata untuk beribadat kepadaKu." Dan saya merasakan
diri saya semakin kecil, bagaikan segumpal buih disamudera nan luas.

Saya tidak berhasrat untuk membaca hikayat-hikayat yang termuat dalam buku itu
lagi, walaupun semuanya boleh dijadikan cermin dan teladan dalam kehidupan.
Buku lama bertulis jawi saya campakkan ke sudut kamar. Membacanya, beerti
memaksa saya berfikir. Bila sudah berfikir pasti mata tidak mahu mengantuk. Begitu
rumusan yang saya buat sendiri.

PANAS

Dua tiga kali saya menguap, bahang panas diluar membuat badan saya terasa
bergetah. Bagi menghilangkannya saya terpaksa menggunakan cebisan kotak untuk
dijadikan pengipas angin. Barulah terasa dingin tetapi, saya kehabisan tenaga untuk
mengipas, seiring dengan itu mata saya mula terasa mengantuk.

Bunyi kicau burung terdengar sayup-sayup, begitu juga dengan bunyi pinggan dan
piring yang dibasuh oleh nenek, berlaga sama sendiri.

Lama-kelamaan semua bunyi-bunyi itu terus mengilang. Apa yang saya alami
seterusnya, saya dapati diri saya berada di sebuah padang pasir yang maha besar
dan maha luas. Saya melihat ribut pasir yang amat menakutkan hingga memaksa
saya berlindung disebalik pokok kurma yang hanya tumbuh sepohon saja disitu.

Saya tidak sanggup melihat ribut pasir beserta dengan bunyi yang amat
menggerunkan itu. Saya tutup mata dengan kedua belah tangan saya. Pada saat itu,
saya terasa bahu saya dipegang orang dari arah belakang. Saya tidak ada pilihan
selain dari membuka mata untuk melihat, siapakah orang yang berani memegang
bahu saya.

Sebaik saja mata terbuka, saya lihat seorang lelaki Arab tersenyum kearah saya.
Bermisai tebal, wajahnya berjambang dengan pedang terselit dipinggang. Kuda
putih milik lelaki Arab itu kelihatan jinak sekali dan tidak takut dengan bunyi ribut
pasir.

"Assalam-mualaikum..."

"Walaikumussalam," sahut saya.

"Nama kamu Tamar Jalis?" tanyanya lagi.

"Ya."

Secara mendadak lelaki Arab itu memeluk tubuh saya, pipi kami berlaga, bau
peluhnya tidak begitu menyenangkan saya tetapi, kerana orang sudah menunjukkan
rasa persahabatan saya wajib menerimanya dengan ikhlas.

277
"Aku Sheikh Abu Bakar Al-Petani," lelaki itu memberitahu namanya pada saya.
Cepat-cepat saya anggukkan kepala. Kemudian kami terus duduk dipasir
berhampiran perdu kurma.

"Apa yang boleh saya tolong tuan Sheikh?" kata saya dengan tenang. Sheikh Abu
Bakar Al-Petani tersenyum sambil mengurut-urut janggutnya.

"Tunggu sekejap, bila ribut pasir berhenti kita bercerita panjang," tutur Sheikh Abu
Bakar Al-Petani dalam Bahasa Malaysia yang cukup terang. Dengan kehendak Allah
yang Maha Besar, beberapa saat kemudian ribut pasir pun berhenti.

"Ya, kita sambung cerita kita Tamar," Sheikh Abu Bakar Al-Petani menghidupkan
kembali cerita yang terputus.

"Apa yang boleh saya tolong tuan Sheikh?" pertanyaan yang sudah saya
kemukakan, saya ulangi lagi. Tuan Sheikh Abu Bakar Al-Petani yang sukar
ditentukan kerakyatannya samada orang Arab tulin atau orang Melayu yang sudah
lama tinggal didunia Arab dan bersikap atau berperangai lebih dari Arab.

"Kamu baru saja membaca cerita yang menarik?" soalnya dengan tenang.

"Ya, kenapa tuan Sheikh?"

"Apakah hikmah yang dapat kamu ambil untuk cermin dalam kehidupan kamu. Agar
kamu jadi manusia Muslim yang baik," tanyanya lagi dengan penuh semangat. Saya
terpaksa mengerutkan dahi.

Saya sebenarnya tidak suka memikirkan apa-apa tentang cerita lama yang saya
baca. Aneh! Mengapa Sheikh Abu Bakar Al-Petani yang tidak ku undang, harus
bertanyakan perkara tersebut.

"Saya tak dapat buat kesimpulan Pak Sheikh," jawab saya tegas.

"Begini kesimpulannya, pertama Allah memperlihatkan keburukan orang yang


melalaikan solat," tuturnya.

Saya segera anggukkan kepala. Setuju dengan apa yang diluahkan oleh Sheikh Abu
Bakar Al-Petani.

"Lagi apa yang dapat kita jadikan panduan, Pak Sheikh?"

"Kejadian itu menunjukkan kekuasaan Allah untuk memperlihatkan adanya seksa


kubur, supaya diketahui oleh orang ramai," sepasang biji mata Sheikh Abu Bakar Al-
Petani merauti seluruh wajah saya. Ada rasa gementar dan cemas bergolak dalam
jantung hati saya. Dan saya tidak mahu mengajukan sebarang persoalan
kepadanya.

"Kejadian itu bukan hanya menimpa mayat perempuan itu saja malah akan berlaku
juga kepada mayat-mayat lain yang melalaikan solat. Cuma tidak diperhatikan oleh

278
Allah kerana alam kubur itu adalah alam ghaib, sesungguhnya alam kubur itu
bukanlah sekadar kubur melainkan alam sesudah mati iaitu alam sebelum hati
akhirat.

Walaupun seseorang mati dibaham harimau, ghaib dalam laut, pasti berada dialam
kubur walaupun tubuh mereka tidak ditanam kedalam bumi," begitu hebat sekali
Sheikh Abu Bakar Al-Petani begitu senang dengan sikap saya itu. Dia terus
menepuk bahu saya berkali-kali bersama dengan ketawa parau.

"Tamar." jeritnya keras.

Saya toleh kearahnya dengan rasa terkejut.

"Kenapa Pak Sheikh?"

"Aku nak balik, sebelum balik dengar sini..." Sheikh Abu Bakar Al-Petani menggeliat
dan membetulkan hujung jubahnya yang terkena pasir.

"Kamu tahu, hikayat yang kamu baca itu memperkuatkan firman Allah dalam surah
Al-Maun dalam Al-Quran, tentang seksaan bagi orang yang melalaikan solat, kamu
baca dan kaji surah tu," nada suara Sheikh Abu Bakar Al-Petani cukup tinggi dan
saya rasakan kata-kata yang diluahkan itu adalah sebuah arahan.

Kerana tidak mahu diri diarah atau diperintah oleh orang yang tidak saya kenali
secara terperinci, saya segera memperlihatkan reaksi tindak balas.

"Bukan urusan saya mahu membacanya, Pak Sheikh."

"Apa kata kamu Tamar, kamu tidak mahu mengikut arahan aku yang baik ini?"

"Ya," saya segera bangun dan bersedia melepaskan penumbuk kalau Sheikh Abu
Bakar Al-Petani bertindak kasar.

Ternyata Sheikh Abu Bakar Al-Petani merasai dirinya tercabar. Dia juga bangun.
Undur lima tapak kebelakang. Dia mencabut pedangnya, mata pedangnya yang
tajam kelihatan berkilau-kilau bila kena sinar matahari.

"Kerana kamu tidak mahu mendengar nasihat orang untuk kebaikan kamu harus
dibunuh dan ditanam dalam pasir. Biar kamu kena seksa kubur," dengan pedang
ditangan, Sheikh Abu Bakar Al-Petani segera menerkam kearah saya.

Apa yang terdaya saya lakukan ialah menjerit dengan sekuat hati, dengan harapan
jeritan itu akan dapat didengar oleh orang lain. Kemudian akan datang untuk
menyelamatkan saya.

"Kamu menjerit ya," ugut Sheikh Abu Bakar Al-Petani sambil melepaskan penumbuk
kearah saya. Tubuh saya rebah dipasir dan mata pedang Sheikh Abu Bakar Al-
Petani kian mendekati batang leher saya. Kematian didepan mata, dengan penuh
khusyuk saya mengucap dua kalimah syahdat.

279
"Huh, nasib baik kamu mengucap," jerit Sheikh Abu Bakar Al-Petani. Tubuhnya
kelihatan menggeletar menahan kehampaan. Tanpa banyak cakap, dia terus
melompat kebelakang kuda putihnya.

"Semoga kamu bahagia," tuturnya lagi sambil memasukkan mata pedang


kesarungnya. Dengan sekali tampar dibahagian punggung kudanya terus bergerak
meninggalkan debu-debu pasir untuk saya lihat. Dalam sekelip mata Sheikh Abu
Bakar Al-Petani dan kudanya hilang dari penglihatan saya.

Dengan penuh tenaga saya cuba bangun tetapi, tidak berhasil. Dua tiga kali saya
terjatuh hinggalah ada sepasang tangan menggoncang tubuh, barulah saya terasa
badan kembali bertenaga dan kelopak mata saya boleh digerakkan dan dibuka.
Nenek terpaku didepan saya.

"Bangun, dah dekat waktu Asar, pergi mandi," nenek keluarkan perintah. Saya terus
pejam celikkan kelopak mata, dahi terus saya kedutkan. Betulkah nenek yang
tertonggok didepan saya atau Sheikh Abu Bakar Al-Petani menjelma menyerupai
nenek.

"Ini nenek?"

"Habis kalau bukan nenek kamu, aku ni hantu. Makan terlalu kenyang tidur siang
sampai mengigau terpekik terlolong, bangun pergi mandi."

"Astagh..." kata saya dan terus bangun menuju ke perigi.

130. Si Tua Misteri Dari Solok

Dari ambang pintu, saya perhatikan langkah nenek yang teratur .Sinar matahari
tidak dapat menyentuh rambut dan tempurung kepalanya yang dibalut dengan
selendang kuning. Wajahnya yang kemerahan dan berpeluh masih mampu
mengukir senyum untuk saya.
“Nek dari mana?” Tanya saya kehairanan, sebaik saja nenek melintas di depan saya
untuk masuk ke rumah.
“Dari surau, aku hantar kuah ayam seperiuk.”
“Kenapa tak nanti saya nek?”
“Kamu mandi lama sangat di perigi, jadi aku hantar dulu mana yang senang,” tutur
nenek lalu duduk bersimpuh di lantai. Dengan hujung selendang dia mengesat peluh
di wajah.
Saya segera menggigit bibir bawah. Sepasang anak mata menyorot wajah nenek
dan hati saya segera berkata :Memang, kau nenek yang baik. Tidak mahu
membebankan cucumu dengan kerja-kerja yang sukar .Terima kasih nenek. Suara

280
hati saya terus beralun dan berombak dalam rongga dada.
“Kenapa Tamar? Kamu suka tengok kulit muka nenek yang dah berkedut ni,” kata
nenek bersahaja. Senyumannya masih terukir di bibir. Saya menarik nafas dalam-
dalam.
“Bukan fasal tu nek.”
“Habis fasal apa Tamar,”
“Nenek terlalu baik.”
“Sudah , jangan merepak, pergi bawa barang-barang ke surau. Tak lama lagi waktu
Asar tiba,” wajah nenek nampak serius. Dan saya segera mematuhi arahannya.
Dalam perjalanan ke surau, sambil menatang talam besar yang berisikan pulut.
Fikiran saya masih tertumpu kepada mimpi yang saya alami tadi. Kerana itu, saya
tidak ambil peduli tentang nenek yang mengekori saya sambil memikul setandan
pisang emas masak.
Memang saya berhasrat, mahu menceritakan apa yang saya alami dalam mimpi itu
pada datuk.Biar dia membuat tafsiran yang boleh menyenangkan hati saya. Mungkin
bukan sekarang. Tidak mengapa, kalau tak boleh hari ini, esok lusa pasti saya
ajukan kepadanya. Saya mahu mendengar pendapat atau komen datuk sendiri.
Sampai di surau, pulut kuning satu talam saya serahkan pada Mat Upeh, (siak surau
yang berasal dari Pengkalan Baru, dekat Pantai Remis). Nenek meletakkan
setandan pisang emas atas pelantar .Urusan selanjutnya terletak atas bahu Mat
Upeh.
“Air kopinya macam mana?” Tanya Mat Upeh.
“Datuk si Tamar tak cakap apa-apa dengan awak?” Sahut nenek. Mat Upeh
gelengkan kepala. Saya dan nenek berpandangan.
“Aku minta pertolongan kamu menyediakannya. Gula dan kopi aku sediakan,” saya
dan nenek segera merenung ke arah datuk yang secara mendadak muncul dari
sebelah kiri pelantar surau.
Kerana memikirkan tugasnya sudah selesai, nenek tidak mahu membabitkan dirinya
dalam dialog antara datuk dengan Mat Upeh. Nenek angkat kaki dan terus pulang.
“Macam mana Encik Mat, boleh ke tolong saya,” datuk minta kepastian.
“Bagi saya tak ada apa-apa masalah.” jawapan dari Mat Upeh amat menyenangkan
datuk.
Saya lihat datuk menyeluk saku baju. Dia mengeluarkan sesuatu dan saya kurang
pasti, apakah barang yang dikeluarkan oleh datuk itu. Datuk hulurkan barang itu
kepada Mat Upeh seraya berkata:
“Nah duit ni, belilah kopi dan gula. Kamu agak sendiri berapa banyak yang mesti
dibeli, jemaah dianggarkan kira-kira dua puluh orang .Wang lebihnya ambil untuk
kamu.”
Dengan senang Mat Upeh menerima tugas tersebut, kalau tidak salah penglihatan
saya wang yang dihulurkan oleh datuk kepada Mat Upeh berjumlah sepuluh ringit.
“Saya terima amanah awak,” tutur Mat Upeh sambil menepuk bahu kanan datuk
dengan mesra.

ARAHAN
Waktu Asar sudah masuk, datuk menyuruh saya memukul beduk. Saya juga
diarahkan supaya melaungkan azan. Semua arahan datuk saya patuhi.
Sebaik saja saya menamatkan laungan azan, para jemaah datang berduyun ke
surau kecil yang terletak berhampiran dengan kolam. Di hujung kolam, sebelah barat
terbentang sawah padi yang sedang tumbuh menghijau.
Kerana saya berdiri di muka pintu surau, semua jemaah yang masuk menghulurkan

281
tangan untuk bersalam dengan saya. Dengan penuh hormat dan bangga saya
menyambutnya.
Datuk yang berdiri di tangah surau merenung ke arah saya dengan senyum.
Mungkin datuk berasa puas dan bangga kerana saya pandai melayan para jemaah,
pandai melaungkan azan dan sebentar lagi saya akan melakukan qamat.
Tiba-tiba hati dan perasaan saya tersentak, apabila telapak tangan seorang lelaki
tua yang tidak saya kenali. Secara mendadak saya terbayangkan wajah Shiekh Abu
Bakar Al-Patani yang datang dalam mimpi saya.
Setelah saya amati wajahnya ternyata lelaki tua yang sedang saya genggam telapak
tangannya itu bukan Sheikh Abu Bakar Al-Patani.
Di saat fikiran dan perasaan saya berperang memikirkan siapakah lelaki tua misteri?
Datuk segera mendekati saya.
“Ini cucu saya tuan haji,” beritahu datuk pada lelaki tua itu. Dia menarik telapak
tangannya yang saya genggam dan terus memeluk tubuh saya.
“Kamu yang azan tadi?” Soalnya sambil melepaskan tubuh saya yang dipeluknya.
“Iya,” sahut saya sambil cuba menjauhkan diri dari lelaki tua itu.
“Tuk, siapa dia ni tuk, sebelum ni tak pernah saya tengok wajahnya,” terkeluar kata-
kata dari kelopak bibir saya.
Tidak saya duga sama sekali bahawa datuk kurang senang dengan cara saya
mengemukakan pertanyaan terhadapnya. Aikbatnya, datuk jegilkan biji mata serta
membayangkan kemarahan di wajahnya. Tetapi, api kemarahannya segera berakhir
apabila sepasang biji mata orang tua itu tertumbuk ke wajahnya.
“Jangan bengis dengan cucu sendiri,” saya terdengar orang tua itu melafazkan kata-
kata. Datuk tersengih dan cuba tersenyum.
“Tamar.”
Saya yang bersedia mahu melangkah ke tengah surau untuk melakukan qamat,
terpaksa membatalkan niat tersebut. Sebaliknya saya terus melangkah setapak ke
arah datuk. Saya renung wajah datuk.
“Kenapa tuk?”
“Kau nak tahu Tamar, inilah Tuan Haji Yatimi. Dia ni baru datang dari Solok,”
beritahu datuk kepada saya.
“Solok tu di mana tuk?”
“Di Sumatera Barat, letaknya kira-kira 24 km dari Kota Padang. Dia ni ulama besar,
datuk banyak belajar darinya,” sambung datuk lagi, cukup bersemangat datuk
menjelaskan tentang biodata orang tua itu di depan saya.
“Usah dikisahkan tentang aku padanya, suruh sesiapa qamat segera,” orang tua itu
memotong cakap datuk.
“Cucu saya qamat,” sahut datuk.
“Bagus, pergi segera,” orang tua itu terus tepuk bahu kanan saya. Dan saya pun
melangkah ke tengah surau.
Beberapa saat kemudian kalimat-kalimat qamat pun bergema dalam surau. Para
jemaah pun segera mengambil tempat masing-masing. Saya kira datuk yang akan
menjadi imam, rupa-rupanya tetamu baru yang mengambil alih tugas datuk.

PUJI

Semua orang memuji Haji Yatimi, kata mereka pembacaan doa yang dilakukannya
cukup baik. Kalimat-kalimat yang disebut cukup jelas dan terang, pembacaannya
cukup fasih.
Dia melayan para jemaah dengan ramah, tidak kira muda atau tua. Malah, dia

282
melahirkan rasa bangga kerana datuk menyuruh dia menjadi imam dan membaca
doa kesyukuran kerana penyakit yang dideritai oleh Khoja Lisut sudah sembuh.
“Enaknya,” kata Haji Yatimi sebaik saja dia menikmati hidangan yang disediakan
oleh Mat Upeh untuk para jemaah. Datuk senyum panjang.
“Lepas makan ni, orang yang saya ikhtiarkan itu mahu berikrar di depan para
jemaah. Dia mahu bertaubat dan tidak mahu melakukan sebarang kejahatan,” bisik
datuk kepada kepada Haji Yatimi.
“Apa dia sudah bertaubat betul-betul atau main-main,” semacam ada keraguan
dalam diri Haji Yatimi.
Datuk tersentak mendengar pertanyaan yang diajukan oleh Haji Yatimi. Dua tiga kali
saya lihat datuk kerutkan kening , ekor matanya mengerling tajam ke arah Khoja
Lisut yang duduk di sudut surau. Seolah-olah mahu mengasingkan diri dengan para
jemaah yang sudah kenyang makan pulut kuning berlaukkan ayam.
Mat Upeh terus mengumpulkan pinggan, piring dan cawan kosong. Kulit pisang
emas ditaruh dalam baldi plastik warna merah.
“Kalau dia benar-benar mahu bertaubat memang bagus. Kalau sekadar mahu main-
main, nanti akibatnya memakan diri,” tutur Haji Yatimi tenang.
“Orang-orang yang berubat dengan saya itu memang benar-benar mahu bertaubat,”
penuh yakin datuk bersuara. Tetapi tidak semudah itu Haji Yatimi mahu menerima
kata-kata dari datuk.
“Sudahkah orang itu buat sembahyang taubat?” Sepasang biji mata Haji Yatimi
terpaku ke wajah datuk.
“Sudah tuan haji.”
“Bagus, mana orangnya? Doa kesyukuran sudah dibaca tetapi orangnya tak mahu
diperkenalkan pada aku. Sebelum dia baca ikrar, aku nak berkenalan dengannya,”
Haji Yatimi mengajukan permintaan kepada datuk.
Saya kira tanpa disedari, datuk sudah melakukan kesilapan besar kerana tidak
memperkenalkan Khoja Lisut kepada tetamunya.
“Oh, maafkan saya tuan haji, saya terlupa.”
“Tak mengapa, kita ni manusia tidak lepas dari kesilapan dan lupa. Bukankah
manusia itu memang tidak sempurna, manusia itu hamba Allah yang dhaif,” sambil
berkata-kata, Haji Yatimi merenung setiap muka para jemaah. Semua yang hadir
anggukkan kepala. Setuju dengan perkara yang dikatakan oleh Haji Yatimi.
“Khoja, ke mari kamu,” suara datuk meninggi.
Khoja Lisut segera bangun, berjalan dengan tunduk dari sudut surau menuju ke arah
datuk dan Haji Yatimi. Semua biji mata para jemaah tertumpu ke arah Khoja Lisut.
Ada di antara para jemaah itu berbisik sama sendiri. Khoja Lisut duduk bersila di
depan Haji Yatimi dan datuk.
“Aku perkenalkan Haji Yatimi dari Solok,” suara datuk lantang. Semua yang berada
dalam perut surau mendengarnya. Haji Yatimi lebih awal menghulurkan tangan
kepada Khoja Lisut. Mereka bersalam erat, mata Haji Yatimi menyorot tajam ke bola
mata Khoja Lisut.
Dengan sedaya upayanya Khoja Lisut cuba mengelakkan biji matanya dari
bertembung dengan biji mata Haji Yatimi. Dia berasakan sinar mata orang tua itu
amat tajam menusuk ke jantung kalbunya. Dadanya berdebar tanpa sebab.
“Kenapa tangan kamu menggeletar?” Tegur datuk setelah melihat lengan kanan
Khoja Lisut menggeletar. Semua biji mata dalam surau tertumpu ke arah Khoja
Lisut. Cepat-cepat Haji Yatimi melepaskan telapak tangan Khoja Lisut yang
dirangkumnya. Wajah Khoja Lisut kelihatan pucat sekali.
“Kamu sakit Khoja?”

283
Pertanyaan datuk dijawab oleh Khoja Lisut dengan menggelengkan kepala.

TANGAN

Dalam masa yang sama Khoja Lisut memberi isyarat tangan kepada datuk
menyatakan yang dia mahu kembali duduk di tempat asalnya, di sudut surau. Apa
yang dilakukan oleh Khoja Lisut dapat dikesan oleh Haji Yatimi.
“Duduklah dulu, di depan saya.”
“Kurang manis rasanya duduk di sini, terkeluar dari barisan jemaah yang lain,”
tingkah Khoja Lisut sambil merenung ke arah datuk untuk meminta sokongan agar
permintaannya direstui oleh datuk.
“Duduklah di situ Khoja, agaknya ada hal mustahak yang nak dicakapkan Haji Yatimi
kepada kamu,” kata-kata yang diucapkan oleh datuk itu amat mengecewakan diri
Khoja Lisut. Dia tidak ada pilihan lain dan terpaksa duduk di depan Haji Yatimi.
“Boleh aku tanya kamu?” Haji Yatimi tatap wajah Khoja Lisut.
“Silakan,” sahut Khoja Lisut.
“Bagus, aku nak tahu, kamu benar-benar nak bertaubat atau sengaja suka-suka nak
bertaubat. Cakap jujur dengan aku, perkara agama tak boleh dibuat main-main
begitu juga dengan perkara taubat ni, jangan diolok-olok nanti taubat makan diri,”
nada suara Haji Yatimi sekejap meninggi dan sekejap merendah. Semua yang ada
dalam surau terus pasang telinga.
Kata-kata itu membuat Khoja Lisut bertambah cemas. Para jemaah penuh debar
menanti jawapan dari Khoja Lisut. Beberapa jemaah yang tidak mahu mengikuti
perkembangan selanjutnya segera beredar. Bagi mereka itu tidak penting, apa yang
penting ialah sembahyang berjemaah, menikmati pulut kuning bersama lauk ayam,
pisang sudah memadai. Cuma itu yang disebutkan oleh datuk kepada mereka. Dan
permintaan datuk datuk itu sudah mereka laksanakan.
“Saya sudah insaf, saya tak mahu ulang perkara yang sudah saya buat,” begitu
tegas suara Khoja Lisut tetapi ,dia masih belum mahu menatap wajah Haji Yatimi.
Tiba-tiba para jemaah bertepuk memberi sokongan atas keazaman yang diluahkan
oleh Khoja Lisut.
“Khoja....” mulut datuk terlopong, tidak dapat meneruskan kata-kata. Datuk terkejut
melihat tindakan Khoja Lisut yang terus membuka bunga silat dan berdiri betul-betul
di tengah surau. Beberapa orang jemaah bangun lalu menuju ke pintu.
“Dengan nama Allah yang maha besar, saya berjanji mahu menjadi manusia yang
baik, taat pada hukum Allah, tidak akan menganiaya sesama manusia. Jika saya
melanggar sumpah ini, saudara atau sesiapa saja boleh menhukum saya..”
“Nanti,” jerit Haji Yatimi.
Khoja Lisut tergamam dan terus duduk. Datuk menggigit bibir dan saya lihat jemaah
yang masih ada dalam surau, lebih kurang lima orang saja.
“Kenapa tuan haji?” Tanya Khoja Lisut.
“Jangan minta orang lain menghukum diri kamu. Bila kamu berbuat macam itu,
ertinya kamu tidak jujur pada diri sendiri, kamu tak payah minta orang lain
menghukum kamu, sesungguhnya perbuatan kamu ini sudah menampakkan riak,”
Haji Yatimi berhenti bercakap, dia menarik nafas dalam-dalam.
Datuk tidak berkata apa-apa. Lima orang jemaah yang berada di situ nampak resah.
Khoja Lisut tunduk merenung lantai surau.
“Dengar sini, bila kamu sudah bertaubat, ubahlah sikap. Tak payah nak beritahu
pada orang lain , kamu bertaubat dengan Allah bukannya dengan manusia, apa
perlunya bila bertaubat beritahu orang lain,” Haji Yatimi seperti memberi ceramah.

284
Semasa Haji Yatimi mengungkapkan kata-kata itu, saya lihat datuk sentiasa berada
dalam resah gelisah.Macam ada sesuatu yang tidak kena.
“Dari mana kamu belajar semuanya ni?” Haji Yatimi terus menyoal datuk. Dengan
serta-merta Khoja Lisut merenung ke arah datuk. Renungan itu dapat ditafsirkan
oleh Haji Yatimi lalu dia tersenyum.
“Kalau itu yang kamu beritahu dia, kamu sudah membuat kesilapan besar,” Haji
Yatimi tujukan kata-kata itu untuk datuk.
“Inilah kesilapan saya,” datuk mengakui kesilapannya kerana memberi penerangan
yang kurang tepat untuk Khoja Lisut.
“Lain kali jangan buat lagi, aku tahu ada benda yang belum selesai dalam diri orang
ini, dia tidak ikhlas dengan dirinya sendiri,” terbeliak biji mata datuk mendengar
ungkapan dari Haji Yatimi dan datuk menggigit bibir.
Rasa geram dan marah terhadap Khoja Lisut terpamer di wajah datuk. Datuk
genggam penumbuk, dia merasakan dirinya telah diperdayakan oleh Khoja Lisut
dengan cara terhormat.

MUNCUL

Lima orang jemaah yang masih berada dalam surau mula naik bosan dengan
gelagat Khoja Lisut.
Mereka pun segera angkat punggung, meninggalkan ruang surau. Sebaik saja lima
jemaah itu pergi, muncul pula Mat Upeh lalu duduk tidak jauh dari saya.
“Aku cuma nak tengok saja,” bisiknya ke telinga saya. Sya pun anggukkan kepala.
“Kamu benar-benar mahu bertaubat?” Datang lagi pertanyaan dari Haji Yatimi untuk
Khoja Lisut.
“Berapa kali saya mahu terangkan,” Khoja Lisut mula naik darah.
“Sudah kamu buang apa amalan yang tak baik dalam diri kamu?”
Kali ini Khoja Lisut renung kiri kanan, bagi memastikan apakah kata-kata itu
memang ditujukan untuknya. Sepasang kelopak bibirnya seperti menggeletar.
“Tuan haji ni tanya kamu,” jari telunjuk datuk menunding ke arah muka Khoja Lisut.
“Saya,” suara Khoja Lisut agak cemas.
“Iya,” angguk Haji Yatimi.
Di saat Khoja Lisut berada dalam keadaan serba salah, tanpa memberitahu datuk
dan Mat Upeh, Haji Yatimi terus memegang pergelangan tangan kiri Khoja Lisut lalu
menarik ke muka pintu surau.
“Mahu dibawa ke mana,” tanya Khoja Lisut kepada Haji Yatimi.
“Turun ke tanah kita berbincang di halaman surau, ada sesuatu yang mesti kita
selesaikan di situ.”
“Maksud tuan haji?” Tingkah datuk sambil bangun.
“Banyak perkara disembunyi dari kamu, ada ilmu jahat yang tidak dikeluarkannya,”
balas Haji Yatimi. Tidak ada bantahan atau bangkangan dari dari Khoja Lisut. Ikut
saja kata Haji Yatimi.
Sebaik saja berada di halaman surau, Haji Yatimi segera mengarahkan datuk berdiri
di sebelah kanan Khoja Lisut, sementara Mat Upeh pula diarah berdiri di kiri. Saya
disuruh duduk di kaki tangga surau.
Haji Yatimi berdiri betul-betul di depan Khoja Lisut, bayangnya memanjang di tanah.
Kerana matahari sudah beransur redup, datuk, Mat Upeh dan Khoja Lisut tidak
merasai kepanasan. Angin petang yang bertiup lembut memberikan kesegaran
kepada mereka.
“Kamu yang berdiri di sebelah kanan dan kiri mesti bertindak cepat. Lakukan apa

285
saja, jika orang yang berada di tengah mahu melarikan diri, jatuhkan dia,” Haji Yatimi
mengeluarkan perintah kepada Mat Upeh dan datuk. Saya lihat Khoja Lisut tetap
berada dalam keadaan tenang.
“Kamu mahu bertaubat?” Haji Yatimi renung Khoja Lisut.
“Iya,”
“Kamu harus membuang segala ilmu pelindung, pendinding diri yang sudah sebati
dengan darah daging kamu. Jika ilmu ini tidak ditawarkan, kamu yang susah nanti, di
saat ajal kamu sudah sampai, nyawa kamu susah berpisah dengan badan.
Walaupun tubuh kamu hampir binasa tetapi, kamu masih bernyawa.” muka Haji
Yatimi kelihatan merah padam. Khoja Lisut yang tadi tenang, tiba-tiba berubah
sikap, mukanya jadi bengis, matanya liar. Dia terus mendengus tidak tentu arah.
Badannya nampak menggigil.
“Sebenarnya yang bernyawa tu bukannya kamu. Kamu sudah mati, roh kamu sudah
tiada, apa yang dilihat oleh orang lain itu adalah ilmu syaitan yang cuba menipu
orang-orang yang hidup, mahu meyakinkan orang-orang yang hidup bahawa ilmu
syaitan itu lebih tinggi,” sambung Haji Yatimi.
Saya lihat Khoja Lisut bertambah resah. Dua tiga kali dia menghentakkan pangkal
sikunya ke bahagian perut datuk dan Mat Upeh.
Datuk tidak menghadapi apa-apa masalah dengan tindak-tanduk Khoja Lisut itu
tetapi, Mat Upeh mengalami rasa sakit dan senak di perut setiap kali Khoja Lisut
menghentakkan siku ke perutnya.
“Sekarang kamu bersedia menggugurkan ilmu yang ada itu?” Haji Yatimi minta
kepastian.
“Saya setuju, ilmu itu tidak saya tuntut tetapi datang sendiri waktu saya menuntut
ilmu kebatinan, guru saya meresapkan kepada saya,” terang Khoja Lisut.
“Aku faham, guru kamu mahu membuang ilmu itu dan dia menggunakan kamu
sebagai warisnya. Dan kamu mahu membuang ilmu itu dan sekarang berusaha
untuk melepaskan pada orang lain. Betul atau tidak?”
“Iya, saya mengaku,”
Terbeliak biji mata datuk mendengar pengakuan Khoja Lisut. Mat Upeh gelengkan
kepala dan saya tidak menduga sama sekali yang Khoja Lisut masih mahu
menyembunyikan sesuatu dari datuk.
Setelah menerima pengakuan dari Khoja Lisut, Haji Yatimi termenung sejenak.
Tumit kaki kirinya ditekan ke bumi sambil mengangkat tangan kanannya ke arah
datuk dan Mat Upeh agar jangan berada terlalu dekat dengan Khoja Lisut. Angin
petang yang bertiup terus menggerakkan dedaun pokok.
“Di sinilah kamu tidak ikhlas, kamu mahu menurunkan ilmu itu kepada budak ini,”
Haji Yatimi segera meluruskan telunjuknya ke arah saya.
“Kamu mahu memasukkan ilmu itu ke dalam dirinya secara pertukaran nafas waktu
tidur, tapi kamu masih belum berpeluang.” sambung Haji Yatimi.
“Hei!!!,” pekik Khoja Lisut sekuat hati, dia terus melompat setinggi pohon kelapa
dara. Kedua belah kakinya lurus ke arah dada Haji Yatimi dan tangan kanannya
bersedia untuk melepaskan pukulan ke arah leher Haji Yatimi.
Melihat keadaan yang agak gawat itu, datuk segera bertindak. Dia berlari ke arah
Haji Yatimi dan berdiri di depan lelaki tua itu. Datuk pun membuka silat untuk
melindungi Haji Yatimi, tetamu terhormat yang tidak diundangnya. Datuk pun
membuka silat.
Datuk luruskan kedua belah lengannya. Dan sepasang telapak tangannya
dikembangkan ke arah sepasang telapak kaki Khoja Lisut yang laju menuju ke dada
datuk, saya lihat tubuh Khoja Lisut berputar-putar di udara lalu berpatah balik ke

286
arah tempat dia berdiri.
Khoja Lisut jatuh tersembam di sisi Mat Upeh. Datuk segera melangkah mahu
menerkam ke arah Khoja Lisut. Tetapi, Haji Yatimi bertindak dengan pantas
memegang lengan kanan datuk lalu dipulaskan ke belakang.
“Kenapa tuan haji,”
“Jangan dilayan, dia tak sedar apa yang dibuatnya. Dia dikuasai oleh ilmu sesatnya,”
kata Haji Yatimi lalu melangkah ke arah Khoja Lisut yang tersungkur di bumi.
“Hatinya mahu bertaubat tetapi, pendindingnya menjadi batu penghalang,” bisik Haji
Yatimi ke telinga datuk. Haji Yatimi terus bertinggung di sisi Khoja Lisut. Saya dan
Mat Upeh berdiri tidak jauh dari datuk.
Saya terdengar suara Khoja Lisut mengaum macam harimau, tubuhnya mula
membongkok dan kedua belah tangannya mencakar-cakar tanah, perbuatannya itu
tidak ubah macam kelakuan harimau liar. Dia terus mengaum dan cuba beberapa
kali mahu mencakar muka datuk tetapi, datuk dapat mengelak dengan cepatnya.
Saya mula melihat kuku di jarinya bertukar menjadi macam kuku harimau.

Rakaman Kembali Pengalaman Penulis Bersama Datuknya

131. Mengeletek Macam Cicak

~Kredit kepada ahli komunitisbdj FATIN & FEROZ untuk siri ini.*****

Saya mengucap panjang, bila melihat kaki kiri Khoja Lisut menggeletak macam ekor
cicak yang terpisah dari badannya, sementara kaki kanannya bergerak macam
badan ular.
“Terlalu banyak ilmu batin salah yang dituntutnya. Tetapi, bila dia sakit ternyata
ilmunya tidak dapat menyembuhkan penyakitnya kerana itulah dia datang jumpa
kamu. Dalam kehebatannya, masih ada kekurangannya, memang begitu adatnya
yang menimpa manusia. Tidak ada orang yang gagah, tidak ada orang yang amat
pintar, setiap yang lebih pasti ada kekurangannya,” Haji Yatimi terus memberikan
ceramah kecil untuk saya, Mat Upeh dan datuk.
“Apa yang mesti dibuat sekarang?” Mat Upeh bertanya.
“Inilah kesempatan yang baik, pendindingnya sudah lemah, kita mesti mengeluarkan
pendinding yang sudah sebati dengan darahnya.” jelas Haji Yatimi lalu mengarah
saya berdiri di hujung kepala Khoja Lisut, Mat Upeh di sebelah kanan, datuk di
sebelah kiri. Manakala Haji Yatimi di bahagian kaki.
“Dia mahu bertaubat, mahu jadi baik. Sayangnya, syaitan yang jadi pendinding
menguasai dirinya sepenuh, inilah masanya kita menghalaunya.” tambah Haji Yatimi
sambil memberitahu saya dan Mat Upeh supaya melihat apa saja yang
dilakukannya.
Haji Yatimi memberi arahan kepada datuk supaya mengepal tanah dan
melemparkan ke arah mana-mana tubuh Khoja Lisut, bila dia menjerit. Menurut Haji
Yatimi manusia berasal dari tanah dan kekuatan manusia tetap bersama tanah dan
kekuatan iblis tetap bergantung pada cahaya dan akan binasa dengan api.
Setelah mengeluarkan arahan itu, Haji Yatimi pun menjamah kaki kiri Khoja Lisut
yang menggeletek macam cicak. Mulutnya kelihatan bergerak-gerak, bibir datuk juga
bergerak. Saya kira mereka sedang membaca sesuatu.
“Ya Allah, apa sudah jadi,” bisik batin saya bila melihat kaki kanan Khoja Lisut

287
berubah menjadi macam ular lalu membelit tubuh Haji Yatimi, Mat Upeh kelihatan
cemas sekali.
Dengan tenang Haji Yatimi menepisnya dan serentak dengan itu terdengar jeritan
Khoja Lisut. Datuk segera melemparkan tanah ke muka Khoja Lisut, kaki kanannya
yang berbentuk macam ular kembali pulih macam biasa, begitu juga dengan kaki kiri
yang menggeletek macam ekor cicak. Tidak bergerak lagi.
Khoja Lisuttidak lagi mengaum macam harimau. Dengan tenang Haji Yatimi
memegang pergelangan kaki kiri Khoja Lisut. Dengan hati-hati Haji Yatimi menekan
ibu jari kirinya ke bahagian tengah telapak kaki Khoja Lisut.
Seluruh perhatian saya dan Mat Upeh tertumpu kepada gerak-geri dan tindak-
tanduk Haji Yatimi. Sesekali saya lihat, Khoja Lisut menggeliat dan tubuhnya
seakan-akan bergulung macam tubuh tenggiling membelit sebatang kayu.

JARI

Semua yang terjadi itu tidak dihiraukan oleh Haji Yatimi, dia asyik dengan tugasnya
menekan ibu jari ke telapak kaki Khoja Lisut.
“Ha! Tengok tu,” Mat Upeh mencuit bahu saya.
Saya segera jegilkan biji mata ke arah sekujur tubuh Khoja Lisut yang terlentang ke
bumi. Wajahnya menadah langit. Haji Yatimi masih dengan tugasnya dan datuk
tetap mengepal tanah.
“Apa dia Pak Mat?” Tanya saya pada Mat Upeh.
“Kau tak nampak apa-apa Tamar,”
“Memang tak nampak apa-apa pun.”
“Cuba kau renung betul-betul ke arah bahagian dada orang itu,” Mat Upeh
menasihati saya.
Kerana percaya dengan apa yang dicakapnya, saya arahkan sepasang biji mata ke
arah dada Khoja Lisut tanpa berkelip-kelip. Ya, sekarang baru saya tahu Mat Upeh
tidak berbohong dengan saya. Dia bercakap benar. Tiba-tiba saja bulu roma saya
tegak, badan menggeletar. Saya melihat ada asap nipis keluar dari bahagian dada
Khoja Lisut.
Asap nipis itu naik memanjang lalu membentuk lembaga seperti bentuk kanak-kanak
dalam kandungan. Lembaga itu nampak macam berada di dalam bentuk kaca yang
mengeluarkan cahaya kemilau kekuningan.
Sekuruh tubuh lembaga itu berbulu dan bila berpusing ke arah saya, saya lihat
wajah lembaga itu amat mengerikan dengan dua batang gigi besar di kiri dan kanan
mulutnya. Lembaga itu bergerak ke kiri dan ke kanan, tidak pula melepasi kawasan
jantung dan hati Khoja Lisut.
Sinar matahari petang kian runduk tetapi, muka Haji Yatimi terus dibasahi dengan
peluh. Walaupun demikian dia tetap tenang cuma saya lihat datuk saja berada
dalam keadaan cemas. Khoja Lisut yang terlentang di bumi tetap tidak bergerak,
bagaikan tidak bernyawa lagi.
Asap nipis yang keluar dari bahagian dada tetap berterusan menyelimuti lembaga
yang berada di awang-awangan. Lembaga itu semakin membesar dan kelihatan
merening dan bentuk kanak-kanak yang ada dalam lingkungan asap nipis juga kian
membesar. Wajahnya bertambah menggerunkan ada mirip orang Utan. Seluruh
tubuh berbulu, manakala sepasang tangan seperti kaki cicak dan sepasang kaki
bersisik macam sisik ular sawa.
“Dummmmmmmmm..”
Satu ledakan menguasai kawasan surau. Saya lihat lembaga yang terapung di

288
udara hancur berkecai. Asap nipis yang melindunginya hilang entah ke mana.
Cebisan dari lembaga itu bertaburan di halaman surau dalam bentuk gabus
berwarna putih.
Beberapa saat kemudian gabus itu terbakar dan sukar dikesan. Tidak meninggalkan
sebarang tanda di tempat gabus itu jatuh.
Haji Yatimi segera bangun. Dia memberi isyarat ke arah datuk supaya berhenti
mengepal tanah. Datuk patuh dengan arahan itu.
Kemudian, saya dan Mat Upeh diarah supaya kembali ke surau. Lebih kurang lima
minit kami berada di surau, kami diarah supaya berada di sisi Khoja Lisut. Saya dan
Mat Upeh (mungkin juga datuk) terkejut besar melihat darah keluar dari ibu jari kaki
kiri Khoja Lisut. Darah itu melimpah di tanah dan jika dikumpulkan jumlah melebihi
dua botol.
Saya lihat Khoja Lisut pucat lesi, dia membuka membuka kelopak matanya
perlahan-lahan. Melihat batang hidung Haji Yatimi, mendengar suaranya membaca
ayat Qursi. Kemudian Khoja Lisut merapatkan matanya kembali. Dia kelihatan amat
lemah sekali.
“Dia memang tidak kenal dengan aku tetapi, aku mengenalinya. Kedatangan aku ke
sini memang untuk mencarinya, bukan untuk mambalas dendam, aku nak
membimbing dia ke jalan benar,” lagi sekali Haji Yatimi membuat kejutan.
“Kenapa Tuan Haji tak berterus terang dengan saya?” Sanggah datuk. Haji Yatimi
tersenyum.

RAGU

Bagi menghilangkan keraguan itu, Haji Yatimi pun menjelaskan, semasa Khoja Lisut
membelasah seorang Kiai di Asahan, secara kebetulan dia baru tiba di tempat
tersebut dari Solok. Dia datang ke Asahan untuk berjumpa dengan Pak Kiai yang
menjadi guru agamanya.
“Dari Pak Kiai saya belajar hukum-hakam agama Islam. Dia ulama besar. Bila saya
mendapat tahu Pak Kiai dibelasah guru silat yang angkuh, saya jadi marah dan
mahu bertindak. Tetapi, Pak Kiai menahan saya. Katanya, orang Islam yang baik
tidak mudah naik darah dan tidak mahu bergaduh sesama Islam,” Haji Yatimi
memulakan ceritanya.
Dia juga menceritakan kepada kami, bagaimana Pak Kiai menghembuskan nafas
terakhir di depan matanya. Sebelum itu, Pak Kiai berpesan kepadanya supaya
mencari guru silat yang membelasahnya, bukan untuk membalas dendam tetapi,
mengajak guru silat yan banyak mengamalkan ilmu batin yang bertentangan dengan
ajaran Islam kembali ke jalan yang benar.
Jika tidak dibetulkan mungkin guru silat itu akan mengajar ilmu songsang kepada
anak muridnya. Malah akan menyebarkan ajaran sesat yang akan merugikan orang-
orang Melayu, menimbulkan perpecahan sesama sebangsa.
“Kerana itu aku cari dia, aku gembira aku gembira bila mendapat tahu kamu
berikhtiar mengubati penyakitnya. Allah memperkenankan permintaan kamu, tetapi
dia tidak ikhlas,” sambung Haji Yatimi lagi.
“Sekarang macam mana?” Tanya Mat Upeh.
“Dengan izin Allah, nampaknya aku berjaya mengeluarkan amalannya. Darah yang
kamu tengok tu, adalah darah kotor bersendikan syaitan yang mengalir dalam
tubuhnya,” Haji Yatimi segera menggosok kedua belah telapak tangannya.
Dia mengambil sebatang ranting yang berada dekatnya, ranting itu dilemparkan ke
arah darah yang keluar dari ibu kaki Khoja Lisut. Sebaik saja ranting jatuh di situ,

289
maka keluarlah api lalu membakar darah tersebut hingga hilang tanpa kesan.
Memang di luar dugaan kami, tiba-tiba saja Khoja Lisut bangun. Kalau tadi,
wajahnya nampak gerun dan menyeramkan dengan sinar mata yang tajam, kulit
tubuhnya kelihatan tegang. Kini, semuanya itu bagaikan tiada pada dirinya. Khoja
Lisut kelihatan lesu, wajahnya nampak tua dan kulitnya berkedut.
“Kamu sekarang berada dalam keadaan yang sebenar. Kamu tak boleh selama-
lamanya menipu sesama manusia,” turut Haji Yatimi lalu bangun. Berdiri bertentang
wajah dengan Khoja Lisut.
“Kamu.”
Haji Yatimi segera meletakkan telapak tangan kiri ke bahu kanan Khoja Lisut. Lima
jari Haji Yatimi mencengkam tulang selangka Khoja Lisut dengan keras sekali.
Berkerut muka Khoja Lisut menahan rasa sakit dan dia hampir mahu rebah ke bumi
tetapi, Khoja Lisut tetap berusaha agar dirinya berdiri terus.
Rebah ke bumi bererti kalah dan Khoja Lisut tidak mahu kalah lagi. Tidak rela masa
lampaunya yang hitam diperkatakan oleh Haji Yatimi dengan sewenang-wenangnya
di depan Mat Upeh, di depan saya dan datuk. Makin kuat Khoja Lisut
mempertahankan diri dari rebah ke bumi, sekuat itu juga Haji Yatimi memaut tulang
selangka Khoja Lisut.
Sebenarnya, antara Haji Yatimi dengan Khoja Lisut sedang berlangsung sebuah
pertarungan yang tidak rasmi. Saya tidak tahu kenapa Khoja Lisut harus
memperlihatkan kemampuannya yang tidak seberapa itu kepada Haji Yatimi,
sedangkan dia sudah bertaubat untuk jadi orang baik-baik.
Barangkali dia terpaksa bertindak demikian setelah mengetahui yang Haji Yatimi
adalah kenalan Kiai yang dibelasahnya di Asahan dulu. Mungkin dia memikirkan
kedatangan Haji Yatimi untuk membalas dendam. Khoja Lisut merasakan Haji Yatimi
mahu memperdayakan dirinya? Semua persoalan itu berlegar dalam tempurung
kepala saya.
Khoja Lisut tidak dapat bertahan, sedikit demi sedikit dia merendahkan tubuhnya.
Demi menjaga maruah diri, Khoja Lisut terpaksa membenkokkan kakinya dan
menggunakan kekuatan sepasang lutut bagi menahan diri dari rebah ke bumi.
Cengkaman Haji Yatimi teetap berterusan. Berpeluh Khoja Lisut menahan rasa
sakit.
Mungkin kerana terlalu sakit, Khoja Lisut tidak ada pilihan lain. Dia terus meraung
dengan sekuat hatinya, bagaikan raungan gajah yang naik minyak.
“Ya Allah, apa sudah jadi Tamar?” Keluh Mat Upeh
Semua biji mata tertumpu ke arah Khoja Lisut. Datuk urut dada dan saya menarik
nafas dalam-dalam bersama rasa cemas dan takut.
“Apakah aku bermimpi Tamar?” Mat Upeh bersuara sambil menggosok-gosok
kelopak matanya beberapa kali.
“Kamu tak bermimpi Mat,” kata-kata yang dituturkan oleh datuk memaksa Mat Upeh
mengerutkan dahinya.
Raungan Khoja Lisut terus bergema. Haji Yatimi tidak ambil kisah, dia tetap tenang.
Sambil jejarinya mencengkam tulang selangka Khoja Lisut, mulutnya terus
berkumat-kamit. Entah apa yang dibacanya saya sendiri tidak tahu. Dari lubang
hidung Khoja Lisut keluar darah yang sudah agak membeku. Dari kedua belah
cuping telinganya berguguran butir-butir pasir menyerupai intan, berkilau-kilau
disuluh matahari petang yang kian redup.
Dari celah belah sikunya kelihatan seperti serpihan emas berjatuhan atas bumi lalu
hilang entah ke mana. Saya jadi panik melihat keadaan yang berlaku di depan mata
saya. Raungan Khoja Lisut berhenti dan jari-jari Haji Yatimi tidak lagi mencengkam

290
tulang selangka Khoja Lisut.
“Sekarang sudah selesai,” kata Haji Yatimi sambil menatap wajah datuk dengan
serius.
“Apa benda yang keluar dari cuping telinga dan dagunya tu.”
“Tuan Haji?” Tanya datuk.
“Yang keluar dari lutut tu ialah susuk untuk tenaga, yan kamu nampak jatuh macam
keping emas tu, sebenarnya tahi besi yang diserapkan ke dalam setiap sendi
tubuhnya,” balas Haji Yatimi.

ARAH

Saya lihat Mat Upeh gelengkan kepala. Kemudian saya alihkan pandangan ke arah
Khoja Lisut yang berusaha untuk berdiri, ternyata usahanya itu berhasil.
Khoja Lisut melangkah perlahan-lahan mendekati Haji Yatimi. Gerak-gerinya macam
orang yang sudah berusia hampir sembilan puluhan. Khoja Lisut nampak cukup tua.
“Yang keluar dari cuping telinganya tu apa dia?” Mat Upeh ajukan pertanyaan. Datuk
terus menggigit ibu jari kiri, ekor matanya terus menjeling ke arah Khoja Lisut. Haji
Yatimi seperti tidak mahu menjawab pertanyaan yang diajukan Mat Upeh.
Barangkali, dia sedang memikirkan sesuatu yang lebih serius tentang Khoja Lisut.
“Itu susuk emas yang saya pakai, tujuannya biar muka saya nampak muda, tak
makan tua. Saya tersilap,” sebuah pengakuan yang amat mengejutkan dari Khoja
Lisut untuk kami. Saya dan Mat Upeh saling berpandangan.
Haji Yatimi senyum panjang. Terbayang kepuasan di wajahnya. Tanpa membuang
masa dia terus menerkam ke arah Khoja Lisut lalu dipeluk dan diciumnya beberpa
kali . Apa yang mengharukan perasaan saya, mungkin juga perasaan datuk dan Mat
Upeh, bila melihat Khoja Lisut merangkum tubuh Haji Yatimi dengan erat sekali.
Saya lihat Haji Yatimi menangis tersedu-sedu.
“Aku bahagia bila kamu mengakui kesilapan kamu,” dalam esak tangis itu, Haji
Yatimi terus bersuara tersangkut-sangkut.
“Allah membuka pintu hati saya tuan Haji,” balas Khoja Lisut lalu melepaskan
sepasang tangannya yang merangkum tubuh Haji Yatimi. Mereka berpegangan
tangan dan serentak menghalakan wajah ke arah saya, ke arah Mat Upeh dan
datuk.
“Seorang Islam sejati akan merasa bahagia dan bersyukur pada Allah bila dapat
menyelamatkan saudaranya dari tercebur ke kancah maksiat yang diketahui oleh
syaitan. Orang Islam yang yang baik selalu memikirkan tentang nasib agama Islam
dan saudara-saudaranya,” Haji Yatimi bagaikan memberi ceramah kepada kami.
“Saya tahu awak....” Khoja Lisut terus meluruskan jari telunjuknya ke arah datuk dan
“Tuan Haji ini benar-benar ikhlas mahu menolong aku, cuma aku saja ragu-ragu atas
kejujuran kamu berdua sekarang sudah terbukti aku yang salah hitung,” sambung
Khoja Lisut dengan wajah yang besar.
“Sudahlah, sekarang kamu tidak ada menyimpan ilmu hitam lagi? Kalau ada cakap
segera, biar aku selesaikan,” turut Haji Yatimi, Khoja Lisut gelengkan kepala seraya
berkata:
“Ilmu hitam yang Tuan Haji keluarkan tadi, itulah ilmu terakhir yang ada pada saya.
Memang saya berhajat nak menyimpannya kerana saya percaya dengan kata guru
saya; tidak ada orang yang boleh gugurkan 'susuk' yang sudah sebati dengan darah
daging saya, tidak ada orang yang tahu yang saya ada ilmu itu.”
“Dan guru kamu memberitahu kamu, jika mahu mengeluarkan susuk dari tubuh,
kamu disuruh masuk hutan mencari pokok yang separuh mati dan letaknya terasing

291
dengan pokok-pokok lain. Pokok tu mesti tumbuh di kemuncak bukit,” Haji Yatimi
tatap biji mata Khoja Lisut.
“Ya Tuan Haji,”
“Kamu disuruh betapa di pangkal pokok selama tiga hari tiga malam. Kemudian
kamu disuruh gantung diri kepala ke bawah kaki diikat dengan tali jerami pada
dahan pokok. Betul atau tidak?”
Khoja Lisut termenung sejenak. Dia seperti keberatan mahu menjawab pertanyaan
yang diajukan oleh Haji Yatimi. Masih mahu berahsia.
“Betul atau tidak? Jawab pertanyaan aku,” Haji Yatimi terus melenting. Dia genggam
penumbuk. Datuk dan Mat Upeh undur dua tapak ke belakang, menjauhkan diri dari
sisi Haji Yatimi. Bimbang akan berlaku sesuatu yang tidak diingini.
“Iya,” angguk Khoja Lisut.
“Dia juga beritahu kamu, genap empat hari empat malam kamu gantung diri kepala
ke bawah kaki ke atas, susuk yang ada dalam diri mesti keluar. Sebenarnya, dia
membohongi kamu. Dia menipu kamu.”
“Bohong?” Khoja Lisut terkejut.
“Iya, bila kamu tergantung begitu empat hari empat malam, kamu boleh mati,
setidak-tidaknya jadi habuan binatang ganas. Di mana logiknya cakap guru kamu?”
Mendengar kata-kata Haji Yatimi itu, Khoja Lisut bagaikan tergamam.Dia termenung
panjang sambil melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Dahinya,
segera dikerutkannya. Beberapa kali Khoja Lisut gelengkan kepalanya. Dia seperti
menyesali apa yang terjadi atas dirinya.
“Saya terkena dalam baik,” terpancut sebuah keluhan dari mulut Khoja Lisut. Mat
Upeh terus telan air liur dan saya terus menggigit lidah. Rasa simpati terhadap Khoja
Lisut terus berbunga dalam hati.
“Sepatutnya, kamu hati-hati bila mahu menuntut ilmu, lebih-lebih lagi ilmu silat,
banyak cabang, banyak simpang yang tidak sihat,” sanggah datuk.
“Salahnya kamu sendiri tak gunakan fikiran untuk buat keputusan, kamu tunduk
dengan kemahuan nafsu. Inilah akibatnya yang kamu terima,” Haji Yatimi
memberikan komentar tanpa memandang wajah Khoja Lisut.

GOSOK

Buat beberapa saat, semua yang ada di situ tidak bersuara. Datuk menggosok-
gosok batang hidung beberapa kali. Mat Upeh menekan sepasang tumit kakinya ke
bumi. Haji Yatimi terus berpeluk tubuh dan sepasang matanya merenung ke arah
pepohon yang terdapat di sekitar kawasan tersebut. Dia masih juga membelakangi
Khoja Lisut.
“Sekarang kamu dah sedar tentang kesilapan kamu?”
Saya lihat Khoja Lisut terkejut mendengar ungkapan dari Haji Yatimi itu. Dia pasti
kata-kata ditujukan kepadanya.
“Ya, sekarang sudah nyata cakapnya tak betul,” Khoja Lisut bersuara. Dengan serta-
merta Haji Yatimi memusingkan badannya lalu menatap menentang biji mata Khoja
Lisut.
Datuk dan Mat Upeh segera bergerak ke arah surau. Pada anggapan mereka, tugas
membantu Haji Yatimi sudah selesai. Tetapi, hati kecil saya keberatan untuk
meninggalkan Haji Yatimi sendirian di situ.
“Apalagi ilmu yang kamu simpan? Kalau ada, sila cakapkan pada aku dengan ikhlas
dan jujur. Demi kebaikan kamu,” terpamir rasa simpati di wajah Haji Yatimi.
Sinar matanya seolah-olah membayangkan kesungguhan untuk membebaskan diri

292
Khoja Lisut dari belenggu ilmu syaitan.
“Tak ada apa-apa lagi yang saya simpan,” Khoja Lisut telan air liur, bulu keningnya
nampak bergerak, “tak tahulah pula, kalau ada ilmu yang diserapkan diluar
pengetahuan diri,” sambung Khoja Lisut.
“Kamu sudah diiktiraf sebagai Khalifah?”
“Belum lagi.”
“Buktinya yang kamu belum iktiraf sebagai Khalifah,” Haji Yatimi terus merisik rahsia.
Khoja Lisut dongakkan wajah ke langit. Dia melihat awan dan langit petang. Dengan
tenang dia menarik nafas untuk menghirup udara yang berlegar-legar di sekitar
kawasan halaman surau. Khoja Lisut ubah pandangan lalu menatap ke arah Mat
Upeh dan datuk yang sedang berdiri dekat tangga surau. Kemudian pandangannya
itu dialihkan ke wajah Haji Yatimi.
“Buktinya? Mahu buktinya?” Ulang Khoja Lisut.
“Iya,” angguk Haji Yatimi.
“Saya tidak diberi songkok tinggi baldu merah berlilit kain putih. Kalau sudah diberi
songkok macam itu, bolehlah mengeluarkan petua baru tentang sembahyang,
puasa, zakat dan ambil haji.”
“Biasanya, hukum-hukum itu berlainan dengan apa yang diamalkan oleh
kebanyakan orang Islam, malah memang bertentangan, pengikut Khalifah yang
dianggap macam Imam paling agung, mesti disanjung, makan pakai, rumah harus
disediakan oleh pengikut. Apa yang Khalifah mahu mesti ditunaikan. Kalau engkar
nanti kena kutuk, mati berdarah, ada yang kena petir, mati lemas atau terbakar.
Bukan begitu.”
“Tepat sekali,” Khoja Lisut seperti terpaku. Dia kagum kerana Haji Yatimi dapat
menyatakan apa yang menjadi rahsia dirinya secara terperinci.
“Tolong, jangan buat apa-apa dengan saya.”
Khoja Lisut terkam ke arah Haji Yatimi dan terus melutut sambil mengangkat
sepuluh jari paras hidung, macam orang suruhan dalam zaman Kerajaan Melayu
Melaka menyembah sultan. Perbuatan itu tidak disenangi oleh Haji Yatimi dan dia
terus memarahi Khoja Lisut.
“Jangan sembah aku,” bentak Haji Yatimi, “berdiri lurus, cakap apa yang kamu nak
cakap,” kali ini nada suara Haji Yatimi lembut, penuh kemesraan bersama senyum
persahabatan. Khoja Lisut segera patuh dengan permintaan Haji Yatimi itu.
“Jangan, buat apa pada saya. Memang saya diarah cara halus supaya menetang
sesiapa saja yang menentang cita-cita. Maafkan saya. Ampunkan saya jangan
mengapa-apakan saya,”
“Aku ke mari bukan nak balas dendam kerana kamu menyeksa guru aku, tapi...” Haji
Yatimi berhenti bersuara. Khoja Lisut bertambah resah. Dia berada dalam ketakutan
yang amat sangat.
“Tapi, apa tuan haji” Tanyanya lembut.
“Menyempurnakan amanat guruku, dia memaafkan kamu. Tetapi, dia juga menyuruh
anak muridnya mencari kamu. Berikhtiar mengajak kamu kembali ke jalan benar.”
“Kamu tidak menipu.”
“Orang Islam tidak pernah menipu, apa yang ada di hati, itu yang dicakapkan.
Seseorang Islam berhak dan dituntut supaya mengembalikan saudaranya yang
sesat ke jalan yang benar.”
“Buktinya?” Khoja Lisut minta kepastian.
“Buktinya, aku tidak buat tak senonoh pada kamu, sekarang aku bersyukur pada
Allah kerana hamba yang sesat kembali ke jalan yang benar.”

293
294