Anda di halaman 1dari 1

Islam menerusi al-Qur’an dan Sunnah merupakan agama yang bersifat universal dan

komprehensif. Ia bukan sahaja meliputi aqidah, syariah dan akhlak tetapi juga meliputi pendidikan
dalam masyarakat kita sendiri.

Secara amnya, dapat disimpulkan bahawa sistem pendidikan dalam islam ini ialah usaha membentuk
potensi ummah supaya menjadi insan berakhlak mulia yang juga mampu mencapai kecemerlangan
di dunia dan di akhirat berteraskan matlamat yang sama iaitu ? mencari keredhaan Allah.

Melalui ayat di atas, jelas menunjukkan bagaimana Allah SWT mengajar Nabi Adam tentang setiap
sesuatu perkara yang terdapat di dalam dunia yang bakal dihuninya. Tujuan pengajaran ini adalah
bagi memudahkan Nabi Adam dan zuriatnya tinggal di dunia sehingga hari kiamat (Kamarul, 2007).
Di sini dapat dilihat bahawa Islam itu mendidik manusia supaya menjadi individu yang
berpengetahuan agar dapat menjalani kehidupan dengan sejahtera.

Allah telah memberi isyarat dan perintah yang amat jelas dalam bidang pendidikan menerusi ayat
tersebut. Perkataan iqra’ (bacalah) yang disebutkan oleh malaikat Jibrail a.s. berulang-ulang kali
kepada Rasulullah s.a.w. menegaskan supaya umat manusia belajar, mengkaji dan mencari ilmu. Jika
diteliti dengan lebih mendalam, ayat ini mendidik kita bukan sahaja menjadi orang yang beriman
malah menjadi orang yang berilmu.

• Aishah telah ditahan semenjak 22 Mac 2016 kerana memiliki buku-buku yang berunsur
keganasan.
• Beliau mengatakan bahawa buku-buku yang dimiliki adalah bertujuan untuk kajian yang
sedang beliau jalankan. Namun, dia telah ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Counter-
Terrorism, lengkap bersenjata berat M-16, menyerbu kediaman beliau di Dungun,
Terengganu.
• Semenjak itu, Aishah sering keluar masuk pusat tahanan, penjara malah dia tidak
dibenarkan diikat jamin kerana ini adalah prosedur SOSMA.
• Namun pada 29 September 2016, Aishah dibebaskan kerana pihak pendakwaan gagal
membuktikan bahawa buku-buku yang dimiliki Aishah itu telah diharamkan oleh
Kementerian Dalam Negeri. Malah buku-buku tersebut masih tidak diharamkan sehingga
hari ini.
• Selepas keluar dari mahkamah, Aishah ditahan semula dibawah Akta Pencegahan Jenayah
(POCA). Kali ini, Aishah dituduh mengimport bendera ISIS ke Malaysia.
• Setelah lebih dari sebulan ditahan didalam ‘Solitary Confinement’ di bawah POCA, Aishah
diarahkan untuk dikenakan tahanan rumah selama 2 tahun, dan dipakaikan alat peranti
pemantauan eletronik (EMD).
• Sepanjang 2 tahun ini, setiap minggu, Aishah perlu melaporkan diri ke IPD Dungun. Aishah
tidak boleh keluar dari kawasan sekatan.
• Pada 27 Mac 2017, mahkamah rayuan meluluskan rayuan pendakwaraya untuk kes Siti Noor
Aishah.
• Kini, Aishah ditahan semula di Penjara Kajang.

Disini kita dapat lihat bahawa pihak atasan telah menahan seseorang pelajar tanpa bahan bukti.
Adakah isu ini wajar berlaku?? Allah sendiri telah mengatakan dalam surah al-alaq dengan perintah
menuntut ilmu. Lagi pula dia seorang wanita dan bergerak solo. Wajarkah Aishah ditahan? di sini
saya ingin menyeru semua bakal-bakal pendidik generasi akan datang supaya mendidik pemikiran
generasi anak muda agar dapat berfikiran luas dan rasional supaya isu seperti ini tidak berlaku lagi.

Anda mungkin juga menyukai