Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN,

43200 CHERAS, SELANGOR

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
MURID PPKI SKBTHO
KE ZOO NEGARA

TARIKH:
22 NOVEMBER 2018

HARI :
KHAMIS

MASA :
8.00 PAGI – 3.00 PETANG

TEMPAT :
ZOO NEGARA, AMPANG, SELANGOR

ANJURAN :
PPKI SK BTHO
1
KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID PPKI SKTBHO
KE ZOO NEGARA
2018

1.0 PENGENALAN

Murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran seharusnya diberi peluang


untuk menikmati dan menyesuaikan diri dengan pelbagai aktiviti yang dapat mendedahkan
mereka dengan corak kehidupan bermasyarakat, penggunaan kemudahan awam serta cara
pengurusan diri dan persekitaran. Sehubungan dengan itu, para guru telah merancang aktiviti
Lawatan Sambil Belajar ke Zoo Negara khusus untuk murid PPKI SKBTHO. Melalui aktiviti ini juga,
guru berharap agar dapat membentuk keyakinan diri murid, melatih mereka untuk berdikari,
mengamalkan sikap bekerjasama dan menyemai sifat kepimpinan selain menggalakkan
interaksi, komunikasi dan integrasi di dalam dan luar sekolah. Sehubungan dengan itu, warga PPKI
SK Bandar Tun Hussein Onn akan mengadakan lawatan ke Zoo Negara bagi mengaplikasikan PdPc
di dalam bilik darjah dalam kehidupan sebenar.

2.0 OBJEKTIF

Melalui Program Lawatan Sambil Belajar Murid PPKI ini, murid-murid dapat:

2.1 Memupuk minat dan membantu meningkatkan kefahaman murid dalam mata pelajaran
Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar, Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkahlaku,
Sains, Bahasa Melayu serta Matematik.
2.2 Memberi peluang kepada murid menggunakan kemudahan pengangkutan awam
disamping melatih mereka memahami serta mematuhi peraturan dan arahan di
tempat-tempat awam serta menghargai kemudahan yang disediakan.
2.3 Mewujudkan suasana Pengajaran dan Pembelajaran Luar Bilik Darjah yang
menyeronokkan dan berkesan.

3.0 BUTIRAN PROGRAM


3.1 Tarikh : 22 November 2018
3.2 Hari : Khamis
3.3 Bilangan penyertaan : Murid Pendidikan Khas 47 orang
: Guru 7 orang
: PPM 2 orang
: Jumlah 56 orang

3.4 Nama Peserta Terlibat : Lampiran A dan Lampiran B

2
4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL ITEM/ PERKARA SUMBER KUANTITI HARGA JUMLAH


KEWANGAN
1 Tambang Bas Peruntukan 1 buah RM400.00 RM400.00
2 Tambang Van PCG 1 buah RM250.00 RM250.00
Kutipan
Murid
3 Tiket Bayaran Masuk
 Murid Percuma 47 orang RM0.00 RM0.00
Untuk
Murid OKU

 Guru dan PPM Tanggungan 9 orang RM43.00 RM387.00


Sendiri

3 Makanan
 Murid (Makan RMT 47 orang RM2.50 RM117.50
pagi)
 Murid (Makan Peruntukan 47 orang RM5.00 RM235.00
tengahari) PCG

 Guru dan PPM Tanggungan 9 orang RM10.00 RM90.00


(Makan pagi dan Sendiri
Makan tengahari)
Jumlah keseluruhan RM1479.50

5.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukan LPBT, Bimbingan dan Kaunseling dan tanggungan sendiri.

BIL SUMBER KEWANGAN JUMLAH


1 Peruntukan PCG RM885.00
2 Kutipan Murid RM705.00
2 RMT RM117.50
3 Tanggungan sendiri (Guru & PPM) RM477.00

3
6.0 AHLI JAWATANKUASA

6.1 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Azimah binti Ibrahim


Pengerusi : Azmi bin Ismail
Pengelola : Nurul Imani binti Abd Halim
Bendahari : Aina Nurfasya binti Ramli

6.2 AHLI-AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Ketua Rombongan : Nurul Imani binti Abd Halim
Peralatan : Rahu a/l Sellappa
Siti Zaharah binti Mohd Kayat
Makanan : Siti Fatimah binti Ab. Aziz
Dokumentasi : Aina Nurfasya binti Ramli
Kenderaan : Wan Hazirawati binti Wan Hussin
Keselamatan & Kawalan : Suriani binti Ibrahim
Siti Nur Azrin binti Mohd Jamil

7.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

7.00 pagi Berkumpul di kelas PPKI/ Catat kehadiran


7.30 pagi Sarapan
7.45 pagi Taklimat ringkas lawatan
8.00 pagi Bertolak ke Zoo Negara
8.45 pagi Tiba di lokasi
9.00 pagi Aktiviti Lawatan
- Lawatan dalam Zoo
- Animal Show
12.00 tengahari Makan tengahari
Rehat
1.00 petang Aktiviti Mewarna
2.00 petang Penyampaian Hadiah Mewarna
2.30 petang Bertolak ke sekolah
3.00 petang Tiba di sekolah

4
8.0 PENUTUP

Diharapkan agar aktiviti ini dapat dilaksanakan bersama-sama kerjasama yang diberikan oleh
semua pihak bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Semoga aktiviti ini dapat dimanfaatkan
oleh semua individu yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak.

Kami berharap agar kertas cadangan ini akan mendapat pertimbangan dan kelulusan
daripada pihak tuan. Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan saya dahului dengan
ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................................................... .......................................................................

(NURUL IMANI BINTI ABD HALIM) (AZMI BIN ISMAIL)


Guru Pengelola Lawatan, Penolong Kanan Pendidikan Khas,
SK Bandar Tun Hussein Onn. SK Bandar Tun Hussein Onn.

Kelulusan Guru Besar

Setelah menyemak kertas kerja yang dikemukakan ini, permohonan ini

* diluluskan / tidak diluluskan

Catatan :

...............................................................................................................................................................................................................
...............................................................................................................................................................................................................
...............................................................................................................................................................................................................
...............................................................................................................................................................................................................
...............................................................................................................................................................................................................

Disemak dan diluluskan oleh,

................................................................

(AZIMAH BINTI IBRAHIM)


Guru Besar,
SK Bandar Tun Hussein Onn.

5
6

Anda mungkin juga menyukai