Anda di halaman 1dari 2

Penyelidikan Biografi

Penyelidikan biografi merupakan penyelidikan ke atas seseorang individu dan


pengalaman yang dilaluinya; sepertimana yang diperihalkan sendiri oleh individu tersebut atau
sepertimana yang diketahui melalui koleksi dokumen. Satu aspek penting penyelidikan biografi
ialah individu terbabit mengingat kembali satu atau lebih peristiwa penting dalam kehidupannya.
Penulis biografi juga perlu menggambarkan konteks atau latar belakang peristiwa penting
tersebut. Selain itu, penulis biografi juga hadir secara aktif di sepanjang waktu pelaksanaan
penyelidikan dan secara terang-terangan mengakui bahawa laporan atau penyelidikan merupakan
tafsiran pengalaman peserta penyelidikan. Antara bentuk penyelidikan biografi ialah autobiografi
(penulisan penulis tentang diri sendiri).

Menurut Othman Lebar, penyelidikan biografi merupakan kajian ke atas individu dan
pengalamannya sebagaimana yang diceritakan kepada penyelidik yang boleh didapati daripada
dokumen tertentu atau bahan-bahan arkib. Istilah biografi merupakan satu istilah yang luas.
Dalam penulisan biografi termasuklah biografi individu, autobiografi, sejarah hidup dan sejarah
lisan. Penulisan biografi mempunyai akar umbinyadalam pelbagai disiplin yang berbeza yang
boleh dikesan daripada perspektif sastera, sejarah, antropologi, psikologi dan sosiologi serta
pandangan pelbagai disiplin daripada pemikiran feminis dan budaya.

Dalam kajian biografi, cerita tentang riwayat hidup individu ditulis oleh orang lain
berdasarkan dokumen dan rekod arkib (Denzin 1989). Subjek yang ditulis ceritanya mungkin
masih hidup atau pun telah mati. Autobiografi pula merupakan kisah hidup yang ditulis sendiri
oleh penulis tentang dirinya. Manakala sejarah hidup pula merupakan pendekatan yang terdapat
dalam sains sosial dan antropologi di mana penyelidik melaporkan sejarah hidup individu dan
bagaimana ia menggambarkan tema-tema budaya sesuatu masyarakat, tema-tema personal, tema
institusi dan sejarah sosial. Penyelidik mengumpul data biasanya melalui temu bual dan
perbualan dengan individu tertentu. Secara lisan pula merupakan pendekatan mengumpulkan
pengalaman peribadi individu atau beberapa individu tentang sesuatu peristiwa, sebab-sebab
serta kesannya. Maklumat ini dikumpul melalui pita rakaman atau hasil penulisan individu sama
ada yang masih hidup atau yang sudah mati.
Langkah-langkah analisis data pada kajian biografi, iaitu:

1. Atur jumlah gambar pengalaman objektif tentang hidup responden seperti tahap
perjalananidup dan pengalaman. Tahap tersebut berupa tahap kanak-kanak, remaja,
dewasa dan tua yang ditulis secara kronologi atau seperti pengalaman pendidikan,
pernikahan, dan pekerjaan.
2. Membaca keseluruhan kisah kemudian direduksi dan diberi kod.
3. Kisah yang didapati kemudian ditetapkan secara kronologi.
4. Seterusnya penyelidik mengenalpasti dan mengkaji makna kisah yang dipaparkan, serta
mencari epipani (turning point moment)dari kisah tersebut.
5. Penyelidik juga melihat struktur untuk menjelaskan makna, seperti interaksi sosial
didalam sebuah kumpulan, budaya, ideologi, dan konteks sejarah, kemudian memberi
tafsiran tentang pengalaman hidup individu.
6. Kemudian, daripada hidup responden di tulis dengan berbentuk narasi yang menumpukan
pada proses dalam hidup individu, teori yang berkaitan dengan pengalaman hidupnya dan
keunikan hidup individu tersebut.

Kesimpulannya, kajian biografi merupakan kajian tentang individu dan pengalamannya yang
dituliskan kembali dengan mengumpulkan dokumen dan rekod-rekod. Tujuan kajian ini adalah
mengungkap turning point moment atau epipani iaitu pengalaman menarik yang sangat
mempengaruhi atau mengubah hidup seseorang. Penyelidik menginterpretasi subjek seperti
subjek tersebut memposisikan dirinya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai