Anda di halaman 1dari 25

INSTITUT PENDIDIKAN GURU,

KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK,


KUALA LUMPUR.

KURSUS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(PISMP) DENGAN KEPUJIAN

WAJ 3104
LITERASI BAHASA MELAYU

NAME :
HARMIZI BIN MUSA 890305-07-5677
MUHAMMAD RIZAM BIN BAKRI 900421-12-6693
MUHD QAMARUL IDZUAN BIN KAMARUZAMAN 890327-03-5465
MUHAMMAD BASHIR BIN BAKAR 900421-09-5145

KUMPULAN : 2 PISMP (REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 3)


KOD MATAPELAJARAN : WAJ 3104 (LITERASI BAHASA MELAYU)
NAMA PENSYARAH : PN SHARIZAN BINTI ABDUL HAMID
TARIKH HANTAR : 30 SEPTEMBER 2010
BIOGRAFI

NAMA : MUHAMMAD RIZAM BIN BAKRI


NO. KAD PENGENALAN : 900421-12-6693
NOMBOR MATRIK : 7925
ALAMAT : NO. 11203 TAMAN KUHARA
INDAH LORONG 3,
BATU 2 ½ JALAN KUHARA, 91000, TAWAU,
SABAH
KELAS : 2 PISMP RBT 3
HOBI : BERMAIN PERMAINAN PC DAN X-BOX
NOMBOR TELEFON : 019-8011437
BIODATA DIRI

Nama : HARMIZI BIN MUSA


No kad pengenalan : 890305-07-5677
No matrik : 7924
Negeri kelahiran : Balik Pulau, Pulau Pinang
Alamat e-mail : mrtebu_ska89@yahoo.com
Subjek : literasi bahasa

Pensyarah : Pn. Shahrizan bt Abd Hamid

BIODATA
NAMA :
MUHAMMAD BASHIR BIN BAKAR
NO. MATRIX :
7922
NO. TELEFON :
0194604106
ALAMAT RUMAH :
1O4 KG HUTAN TEMIN, 02500 MATA
AYER, PERLIS.
E-MAIL : bashek_mr90@yahoo.com
NAMA : MUHD QAMARUL IDZUAN B KAMARUZAMAN
I/C : 890327-03-5465
KUMPULAN : 2 PISMP RBT 3
ALAMAT : LOT 1255, TAMAN SRI SENTOSA 2, 16800
PASIR PUTEH KELANTAN
MATRIK : 7912
HOBI : BERCUCUK TANAM

ANALISIS AKTIVITI PRABACAAN

DEFINISI PRABACAAN
Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana
guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam
huruf. Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-
murid dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia
perlu bagi membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan
dan dari atas ke bawah.

Membaca memerlukan satu tingkat berfikir yang tinggi dan komunikasi


mesej atau makna atau sebutan makna. Membaca merupakan proses kognitif
iaitu berfikir melalui bahan bercetak. Proses menguasai bacaan melibatkan
tahap penguasaan yang berbeza-beza di mana pada setiap aras penguasaan
mencerminkan tahap penguasaan pembacaan bagi individu tersebut. Terdapat
beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh pembaca untuk menguasai
kemahiaran membaca.

Terdapat beberapa definisi dan andaian asas mengenai prabacaan. Antaranya


ialah:

a) Peringkat permulaan membaca yang dihadapi oleh sebahagian besar


murid-murid Tahun 1 di semua sekolah rendah.
b) Kebanyakan daripada murid-murid ini adalah biasa dari segi keupayaan
atau kebolehan mereka belajar.
c) Murid-murid ini telah pun mempunyai kemahiran bahasa Melayu lisan
(walaupun mungkin dalam bentuk dialek), menguasai perbendaharaan
kata yang terhad akibat daripada lahir di dalam keluarga Melayu, atau
bercampur-gaul dengan orang-orang Melayu.

Antara kaedah prabacaan yang dicadangkan dalam aktiviti prabacaan ialah :

1. Kaedah abjad

Kaedah Abjad bolehlah dianggap sebagai kaedah mengenal nama-


nama huruf yang digunakan dalam tulisan Melayu bermula dari huruf A
hingga Z. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf ini mengikut
susunan huruf tersebut dan memasukkan huruf-huruf tersebut ke dalam
nyanyian mereka.
Setelah beberapa minggu barulah huruf vokal mula diperkenalkan.
Selepas itu murid-murid membina suku-suku kata “ba – tu”, “ka – ki” dan
sebagainya, dan diikuti pula dengan mengeja perkataan-perkataan,
kemudian barulah diberi latihan membaca ayat-ayat yang pendek. Murid-
murid hanya mengambil masa tiga hingga empat bulan, atau lebih untuk
mengetahui nama-nama huruf hingga tahu membaca ayat-ayat .
Kaedah abjad yang begini hanyalah menegaskan hafalan-hafalan
yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak. Memulakan pengajaran
membaca dengan menegaskan pengenalan dan hafalan nama-nama
huruf, sebenarnya menegaskan sesuatu yang boleh membosankan murid-
murid. Saya kira kaedah ini mengambil masa yang agak panjang sebelum
murid-murid itu dapat merasa gembira atau puas.

2. Kaedah ‘Pandang dan Sebut’

Kaedah Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan
nama Kaedah Seluruh Perkataan (whole word) ini bolehlah dianggap
sebagai reaksi kepada kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah
Abjad. Kaedah itu lebih bermakna daripada Kaedah Menghafal ‘nama
setiap huruf itu’. Misalnya batu, rumah, sekolah, budak, pokok, meja,
pensel dan sebagainya. Perkataan-perkataan yang ditulis penuh adalah
difikirkan lebih bermakna daripada pecahan tiap-tiap hurufnya.
Kaedah Pandang dan Sebut atau Kaedah Seluruh Ayat ini dijadikan
asas untuk mengajar murid-murid membaca. Kerap kali ditunjukkan
seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang
dilambangkannya. Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar
rumah, perkataan pensel, dan sebagainya. Penggunaan kad imbasan juga
termasuk dalam kaedah ini.
Sehubungan dengan kaedah ini murid-murid cuba mengenal
keseluruhan lambang-lambang itu untuk mendapat membaca. Mereka
harus mengenal beberapa puluh lambang perkataan sebelum boleh
membaca ayat-ayat. Kemudian baru diajar mengeja tiap-tiap perkataan,
dan mengenal nama huruf-huruf yang mewakilinya.

3. Kaedah Fonik

Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid


melihat hubungan di antara simbol (huruf) dan bunyi (grapheme phoneme
relationship) supaya mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-
perkataan baru yang mereka hadapi. Murid-murid tidak diajar nama-nama
huruf, diajar bunyi-bunyi huruf. Ertinya lambang huruf terus dikaitkan
dengan bunyinya. Misalnya ‘a’ dibunyikan ‘aa…’, ‘t’ – ‘tah’, ‘s’ –‘ss’. ‘u’ –
‘uu…’, ‘z’ – ‘zz…’, dan sebagainya. Setelah mereka mengetahui hubungan
tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya, ‘ba’, ‘da’,
‘tu’, ‘ka’, ‘lu’, ‘mi’ dan sebagainya, kemudian digabungkan suku-suku kata
ini menjadi perkataan-perkataan – ‘dada’, ‘batu’, ‘kata’, ‘lalu’, dan
sebagainya. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat
yang menggunakan perkataan-perkataan ini.
Kelemahannya kaedah ini ialah kaedah ini masih memerlukan
murid-murid menghafal bunyi huruf yang kurang bermakna pada
permulaannya dan biasanya masa yang agak panjang diambil untuk
mereka mengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka
membaca perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang bermakna.

4. Kaedah Eklektik

Kaedah ini adalah kaedah Campuran – campuran kaedah-kaedah


mengikut kesesuaian murid, situasi bilik darjah dan bahan-bahan bacaan
yang digunakan. Ada yang menggunakan penujuan sintetik, ada penujuan
analitik dan ada pula penujuan sintetik-analitik.
Dari segi bacaan, guru pelatih meminta murid-murid mengulangi huruf
vokal yang disebut. Murid-murid akan menyebut huruf yang disebut oleh
guru pelatih tersebut.Kemudian guru pelatih akan menunjukkan gambar
yang bermula dengan huruf vokal tersebut,gambar tersebut turut
disertakan dengan ejaannya sekali.Murid turut diarahkan untuk mengeja
bersama-sama dengan guru pelatih perkataan yang berkaitan dengan
gambar tersebut.Selain itu,guru pelatih akan memilih secara rawak salah
seorang daripada murid untuk mengeja secara individu untuk menguji
kefahaman murid tersebut secara individu mengenai pembelajaran
sebentar tadi.
Manakala,penilaian untuk murid-murid dari kelas KIA kami dapati
bahawa mereka mampu mengenalpasti huruf kecil dan huruf
besar,mereka juga mampu membezakan bentuk abjad-abjad tersebut
samada abjad kecil mahupun abjad besar.Selain itu,mereka juga mampu
mengenal pasti huruf vokal iaitu a,e,i,o,u dengan menyebut huruf-huruf
tersebut. Melalui aktiviti tersebut,kami dapat mengenal pasti bahawa
murid-murid KIA mampu menguasai kemahiran-kemahiran asas tetapi
mereka masih memerlukan bimbingan dari guru,jadi guru perlulah
sentiasa peka terhadap perkembangan murid-murid KIA dan sentiasa
memberi peneguhan dari semasa ke semasa.

AKTIVITI –AKTIVITI PRABACAAN

1) Mengenali Abjad Dengan Nyanyian


a. Aktiviti mengenali abjad bolehlah dianggap sebagai kaedah
mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan Melayu;
a,b,c…hingga z.
b. Guru menyediakan kad-kad huruf a, b, c hingga z.
c. Kemudian, murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf ini
mengikut aturannya a,b,c,…z.
d. Untuk mengukuhkan lagi kemahiran membaca abjad murid, guru
memasang lagu a,b,c hingga z dan pada masa yang sama juga
guru menyuruh murid mengikut nyanyian lagu tadi yang mana
menggunakan huruf-huruf sebagai liriknya.

Analisa aktiviti:
 aktiviti ini adalah untuk murid pemulihan yang mempunyai masalah
dalam membaca kerana mereka tidak mengenali abjad atau huruf.
 murid dapat menghafal huruf-huruf yang telah diajar oleh guru.
 Membaca dengan disertai nyanyian dapat menghilangkan rasa
puas murid dalam aktiviti tersebut.

2) Aktiviti Pandang dan sebut

a. Aktiviti Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan
nama Kaedah Seluruh Perkataan (whole word) ini bolehlah
dianggap sebagai reaksi kepada kelemahan-kelemahan yang
terdapat pada Kaedah Abjad.
b. Aktiviti itu lebih bermakna daripada Kaedah Menghafal ‘nama
setiap huruf itu’. Misalnya batu, rumah, sekolah, budak, pokok,
meja, pensel dan sebagainya. Aktiviti pandang dan sebut telah
digunakan oleh guru dalam kelas pemulihan. Murid juga diajar
mengeja tiap-tiap perkataan, dan mengenal nama huruf-huruf yang
mewakilinya.
c. Dalam aktiviti ini,guru telah menyediakan menyediakan beberapa
kad imbasan yang mempunyai gambar benda dan bawah gambar
tersebut ada ditulis perkataan atau nama gambar. . Contoh gambar
benda yang terdapat ialah buku, meja, kerusi, pensel, beg dan
sebagainya.
d. Aktiviti ini bermula apabila guru menunjukkan kad imbasan kepada
murid yang berada di atas meja guru. Guru akan memanggil nama
murid serta menyuruh murid tersebut ke hadapan dan mengambil
satu kad imbasan gambar. Seterusnya,murid disuruh menyebut
nama gambar yang telah diambil tadi di hadapan guru dan murid
yang lain. Jika murid salah sebut, guru akan membetulkan sebutan
murid.

Analisa aktiviti:
 murid-murid cuba ‘mengenal’ keseluruhan perkatan dan gambar itu
untuk dapat membaca
 Murid yang kurang pengetahuan tentang nama benda dapat
meningkat pengetahuan murid dalam mengenali nama benda dan
juga dapat membaca nama gambar.
 Murid juga dapat belajar mengeja dengan betul dengan bantuan
guru juga.

3) Aktiviti Pengamatan Penglihatan


a. Aktiviti ini dijalankan kepada murid yang berada di kelas pemulihan.
b. Aktivitinya ialah menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk
di papan kenyataan.
c. Guru menyediakan gambar benda hidup, benda bukan hidup,
benda yang boleh dimakan, benda yang tidak boleh dimakan,
pakaian, dan alat tulis-menulis kepada murid.
d. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda
bukan hidup.
e. Guru menunjukkan kad imbasan. Murid menyebut “benda hidup”
atau “benda bukan hidup” sebagai respons terhadap kad benda
yang diimbaskan oleh guru.
f. Guru memberi murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di
papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian,
alat tulis-menulis dan lain-lain.

Analisa aktiviti:

 Dapat menajamkan daya ingatan murid terhadap sesuatu benda.


 Dapat meningkatkan daya membaca murid dengan melihat
gambar-gambar yang ditampal pada papan penyataan.

ANALISIS AKTIVITI PRATULISAN


Definisi
Menulis ialah pembentukan simbol tulisan dalam bahasa yang
bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej,
maklumat atau idea kepada pembaca.
Menurut Don Bryne (1979), simbol grafik semasa menulis ialah
penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan
dengan lambang bunyi yang kita lakukan semasa kita bercakap.
Konsep Prapenulisan

Aktiviti Prapenulisan adalah merupakan aktiviti menulis sebelum


seseorang murid itu dapat menulis huruf dengan kemas, betul dan teratur.
Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan
kepada murid agar mereka dapat menguasai peringkat ini.

Matlamat yang ingin dicapai dapat peringkat prapenulisan ini


adalah untuk memastikan murid dapat memegang pensel dengan kaedah
yang betul agar mereka dapat melukis atau melakar bentuk dan objek
yang dapat dikenalpasti.

Setiap murid memerlukan kemahiran motor halus untuk tulisan


tangan. Penggunaan jari yang kerap dalam latihan prapenulisan
membantu murid tersebut menguatkan koordinasi tangan dan dalam pada
masa yang sama, mereka akan menguasai kemahiran ini.

Penguasaan kemahiran pada peringkat ini adalah penting sebelum murid


tersebut melangkah ke peringkat mekanis iaitu peringkat membentuk
huruf-huruf besar dan kecil.

Berikut adalah contoh aktiviti pra penulisan:

 Menulis dari kiri ke kanan


 Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan
 Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir dan
pasir tanpa menggunakan alat tulis.
 Menyambung titik
 Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus
yang dilakukan secara bebas.
 Latihan membentuk garisan lurus.
 Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan
bulat.
 Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk.
 Melukis gambar.

Aktiviti Prapenulisan

Contoh aktiviti:
Menyambung titik.

Kaedah:
Menyambung titik-titik mengikut urutan nombor yang gambar yang
disediakan bagi membentuk suatu imej, gambar atau grafik.

Alat-alat:
Pensel, pemadam dan kertas gambar yang bertitik.

Analisa aktiviti:
 Aktiviti ini dijalankan bagi membantu murid menguasai peringkat
prapenulisan menurusi kaedah menyambung titik.
 Sebelum aktivti dijalankan, murid akan dibekal dengan sehelai
kertas yang telah bercetak yang membentuk suatu gambar
berserta titik-titik yang bernombor. Titik-titik ini perlu
disambungkan mengikut urutan nombor bagi melengkapkan
gambar yang sebenar.
 Setelah murid selesai melengkapkan titik-titik tersebut mengikut
urutan nombor, guru perlu menyemak aktiviti murid dengan
segera bagi menilai perkembangan yang telah dapat dicapai
oleh murid tersebut.
 Pujian, galakan, nasihat dan motivasi harus diberikan oleh guru
kepada pelajar setiap kali semakan kerja dibuat bagi memastikan
mereka sentiasa bersemangat dan bermotivasi untuk
meneruskan aktiviti serta kemahiran yang sedang dan bakal
mereka pelajari.
Kekuatan:
 Aktiviti ini dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran motor
halus supaya mereka dapat mempersiapkan diri untuk aktiviti menulis
yang sebenar.
 Murid-murid juga akan menguasai kaedah memegang pensel dengan
betul.
 Aktiviti menyambung titik ini bukan sahaja menarik malah dapat
mencungkil bakat serta daya kreativiti sesorang murid.
 Aktiviti ini juga dapat mendorong murid dengan sikap berusaha dan
tekun dalam melaksanakan sesuatu aktiviti.

Kelemahan:
 Ruang serta penggunaan masa yang banyak diperlukan bagi
melaksanakan aktiviti pada peringkat prapenulisan ini terutamanya
aktiviti menyambung titik.
 Pemantauan yang mendalam serta menyeluruh diperlukan bagi
menilai serta mengenalpasti pencapaian atau tahap yang telah
dikuasai oleh sesetengah murid pada peringkat ini.
 Aktiviti ini harus diselang-selikan dengan imej bergambar dengan
tema yang berbeza bagi menimbulkan minat murid serta mengelakkan
rasa bosan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan.

Kesimpulan:
 Aktiviti ini dapat membantu murid menguasai peringkat prapenulisan
jika dilaksanakan secara bersama-sama pemantauan yang konsisten.
Sekiranya pelajar telah menguasai kaedah menyambung titik, guru
harus memberi murid-murid mencuba dan mempelajari aktiviti-aktiviti
prapenulisan yang lain supaya impak yang diperoleh adalah
seimbang.
AKTIVITI-AKTIVITI PASANGAN MINIMAL

1) Membina dan menggunakan bahan pengajaran untuk pasangan


minimal.

- Penggunaan bahan:

i. Guru membawa bahan untuk ditunjukan kepada murid.


ii. Guru menerangkan penggunaan bahan dan cara penggunaannya.
iii. Guru meletakkan dua gambar yang mempunyai bunyi yang hampir
sama seperti lalang – ladang, karam-garam dan sebagainya.
iv. Seterusnya guru memberi arahan kepada murid untuk membaca
perkataan tersebut dengan berulang-ulang sehingga murid tidak
keliru dengan perkataan tersebut.

Analisa aktiviti:
 Aktiviti ini boleh digunakan oleh murid pemulihan yang mempunyai
masalah dalam menyebut perkataan dan membezakan bunyi.
 Murid dapat melibatkan diri secara langsung.
 Bahan yang menarik minat murid.
 Mudah alih dan kukuh..
 Dengan adanya gambar-gambar murid akan lebih mamahami setiap
perkataan yang mempunyai bunyi yang hamper sama.
 Satu bahan yang lain daripada yang lain.
 Boleh digunaankan dimana sahaja.
 Baik untuk kanak-kanak atau murid-murid yang mempunyai
masalah dalam bahasa.
PEMINTAL LIDAH

Definisi Pemintal Lidah

Pemintal lidah merupakan satu cara yang digunakan oleh guru yang
mengalami masalah dalam menyebut. Ia merupakan satu kaedah di mana guru
memberi latihan latih tubi kepada pelajar untuk tujuan melatih murid-murid
menyebut sesuatu bunyi perkataan dengan betul. Latih tubi pemintal lidah ini
mengandungi bunyi-bunyi perkataan yang membawa masalah kepada murid
untuk menyebutnya dan murid akan melatih menyebut bunyi-bunyi ini. Pemintal
lidah ini juga digunakan sebagai bahan pengajaran untuk membantu murid yang
bermasalah ini.

Pemintal lidah mempunyai ugkapan yang dirancang dan agak sukar untuk
menyebutnya dengan betul. Contohnya, s dan sh. Oleh itu, pemintal lidah perlu
disebut berulang kali seperti menyebut dengan berbelit-belit. Contoh pemintal
lidah ialah:

 Pandang pandan depan padang.


 Letak tulang atas dulang.
 Berat beras dua belas kilo.
 Dari darah dari nanah yang punah di tanah
 Rumah Rosnah runtuh ranap.

AKTIVITI PEMINTAL LIDAH

1) Buku pemintal lidah

Penggunaan bahan:

i. Guru menunjukkan buku pemintal lidah tersebut dihadapan


kelas agar semua murid dapat melihatnya dengan jelas.
ii. Guru membimbing murid untuk membaca dan menyebut
perkataan-perkataan dalam buku tersebut. Contohnya ku kikis
kuku kaki ku.
iii. Apabila guru berpuas hati dengan pembacaan dan cara
sebutan murid, barulah guru beralih kepada helaian yang lain.

Analisa aktiviti:

 Buku ini dapat digunakan sebagai bahan pengajaran untuk


mengajar pelajar yang mengalami masalah dalam pemintal
lidah
 Buku ini dapat memuatkan beberapa perkataan yang melatih
murid yang mempunyai masalah dalam sebutan huruf.
 Murid dapat berlatih bila-bila masa kerana buku tersebut
mudah alih dan sesuai digunakan dimana-mana.
 Buku pemintal lidah ini mempunyai warna dan hiasan yang
boleh menarik minat murid. Walaubagaimanapun, guru harus
perbanyakkan contoh pemintal lidah dalam buku tersebut.

2) Kotak Beracun

Penggunaan bahan:

i. Guru menunjukkan satu kotak yang dipanggil kotak beracun


kepada murid. Di dalam kotak tersebut terdapat beberapa
ayat pemintal lidah. Guru juga menggunakan lagu.
ii. Guru menyuruh murid membuat satu kumpulan bulatan yang
besar. Guru akan memasang lagu dan memberikan kotak
beracun tersebut kepada murid dan menyuruh murid
memberikannya kepada rakan lain sehingglah lagu yang
dipasang tadi berhenti. Murid yang mendapat kotak beracun
ditangan semasa lagu diberhentikan akan disuruh membuka
kotak beracun tersebut dan mengambil satu kertas yang
mengandungi ayat pemintal lidah. Seterusnya, murid
tersebut mestilah menyebut pemintal lidah yang beliau
dapat.
iii. Guru akan membimbing murid untuk membaca dan
menyebut perkataan-perkataan dalam buku tersebut jika
murid tidak dapat menyebutnya dengan baik. Contohnya ku
kikis kuku kaki ku.
iv. Apabila guru berpuas hati dengan pembacaan dan cara
sebutan murid, barulah guru meneruskan aktiviti semula.

Analisa aktiviti:

 Aktiviti kotak beracun ini dapat digunakan sebagai bahan


pengajaran untuk mengajar pelajar yang mengalami masalah
dalam pemintal lidah
 Kotak ini dapat memuatkan beberapa perkataan yang
melatih murid yang mempunyai masalah dalam sebutan
huruf.
 Dapat berlatih bila-bila masa kerana kotak beracun tersebut
mudah alih dan sesuai digunakan dimana-mana sahaja.
REFLEKSI
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kami berjaya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya. Setelah berjaya menyiapkan tugasan ini, kami berasa amat
gembira dan berpuas hati kerana telah banyak input-input dan ilmu yang
berguna telah kami peroleh melalui tugasan ini. Selain itu, melalui tugasan ini
telah banyak pengetahuan mengenai cara-cara menghasilkan modul interaktif
dan juga manual kemahiran menulis telah dapat kami ketahui dengan lebih
mendalam lagi.
Bagi kami, kemahiran asas melalui penulisan nota ketika di dalam kelas
sahaja tidak dapat membantu kami untuk memahami dengan lebih mendalam
lagi tentang sesuatu pelajaran.. Antara pengalaman yang kami peolehi adalah
melalui langkah menghasilkan modul interaktif yang dikira agak menarik untuk
menjadi tontonan murid-murid, menyediakan manual kemahiran menulis untuk
dijadikan panduan kepada murid-murid dan seterusnya menghasilkan tugasan
yang dikira agak lengkap dan memenuhi kehendak tugasan yang diberikan.
Sebelum mendapat tugasan ini kami agak kurang mahir tentang tajuk ini.
Oleh yang demikian, setelah mendapat tugasan ini kami berasa agak kekok dan
takut memandangkan kami tiada pengalaman dalam penyediaan tugasan seperti
ini. Namun begitu, berkat kerjasama bersama ahli-ahli kumpulan serta mendapat
tunjuk ajar sedikit sebanyak daripada rakan-rakan seperjuangan maka lebih
mudah untuk kami dan ahli kumpulan untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu,
kami juga menperoleh kesukaran untuk mencari maklumat, dengan berbekalkan
semangat yang kental dan kolaborasi dengan pensyarah maka berjaya jugalah
tugasan ini disiapkan.
Kami berharap agar tugasan ini dapat diteruskan pada masa akan datang
dalam kalangan guru pelatih. Hal ini akan melahirkan guru yang kreatif dan
berdaya saing serta sanggup untuk menempuhi segala dugaan yang mendatang
pada masa akan datang.
RUJUKAN

http://literasibahasakami.blogspot.com/2009/07/melaksanakan-aktiviti-
prabacaan.html
(Dilayari pada 14 September 2010)

http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/31-pratulisan.html.

(Dilayari pada 14 September 2010)

http://pemulihankhas.blogspot.com/2008/01/pengajaran-bahasa-melayu-
kelas.html
(Dilayari pada 16 September 2010)

http://www.scribd.com/doc/21952171/kemahiran-pra-bacaan.
( Dilayari pada 16 September 2010)

http://literasibahasa.blogspot.com/2009_06_28_archive.html
(Dilayari pada 18 September 2010)

http://notapismp.blogspot.com/2009/10+/prabacaan.html
(Dilayari pada 18 September 2010)

Anda mungkin juga menyukai