Anda di halaman 1dari 3

PENDAHULUAN

Islam melihat kedudukan individu manusia itu sebagai amat mulia tanpa perlu wujud

perbezaan yang berdasarkan kepada kecantikan rupa paras dan fizikal, ataupun kelebihan

pangkat dan kedudukan, harta mahupun keturunan. Selagi ia manusia, ia masih memiliki

maruah yang perlu dipelihara, dijaga dan dihormati oleh setiap orang, walaupun ia memiliki

keadaan rupa paras dan fizikal atau mental yang serba kekurangan. Penghormatan yang perlu

diberikan itu perlulah adil dan saksama tanpa mengira bangsa dan pangkat, umur, gender dan

sebagainya. Yang tua perlu dihormati dan disegani manakala yang muda pula perlu dikasihi

dan disayangi. Inilah yang diajarkan oleh Islam sejak sekian lama. Ini juga bersesuaian dengan

pengiktirafan yang telah Islam berikan terhadap kedudukan manusia itu sebagaimana menurut

firman Allah SWT dalam surah al Isra' ayat 70 yang bermaksud:

'Sesungguhnya Kami telah memuliakan kedudukan anak-anak Adam dan Kami angkat

mereka di darat dan di laut dan Kami beri mereka rezeki yang baik-baik dan Kami lebihkan

mereka ke atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna'.

OKU secara mudahnya dapat kita fahami ialah manusia yang tidak sempurna tubuh

badan mereka dan cacat anggota. Namun begitu, mereka juga merupakan sebahagian daripada

anggota masyarakat yang mempunyai perasaan, kebolehan, keterampilan, bakat dan kepintaran

dalam pelbagai bidang seperti manusia normal yang lain. Oleh yang demikian, kita seharusnya

memberi layanan yang sopan kepada mereka supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf

mereka sebagai insan ciptaan Allah SWT. Kehadiran golongan OKU dalam masyarakat

sewajarnya dihargai dan diberi keutamaan agar mereka dapat berdikari dan juga berupaya

menyumbangkan bakti kepada masyarakat.


DEFINISI ORANG KELAINAN (OKU)

Menurut akta Orang Kurang Upaya (2008), OKU adalah seseorang yang mempunyai

ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera

yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan atau

menyekat penyertaan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendefinisikan OKU sebagai seseorang yang

tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya ataupun sebahagian daripada

keperluan biasa seseorang individu atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya

disebabkan sesuatu kekurangan, sama ada daripada segi fizikal ataupun mental, dan sama ada

ia berlaku semenjak lahir ataupun kemudiannya.

Selain itu juga, OKU bermaksud orang yang mengalami keterbatasan mobilisasi

merujuk kepada jenis kecacatannya, sama ada anggota fizikal mahupun mental; ringan,

sederhana, dan berat; penglihatan, dan pendengaran (Mohd Hafiz Abd Rahman, 2009). Tujuan

istilah OKU ini diketengahkan adalah bagi menjaga sensitiviti sekaligus mengelakkan

sebutan “orang cacat” yang bermaksud melabelkan orang itu cacat daripada semua aspek

(tanpa dikategorikan)

Kelainan upaya, kehilangan upaya atau ketakdayaan merupakan suatu keadaan yang

dianggap mengurangkan fungsi atau keupayaan seseorang jika dibandingkan dengan ukuran

biasa masyarakat. Istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada fungsi individu seperti

kelemahan fizikal, deria, kognitif, intelektual atau kesihatan mental. Penggunaan ini dikaitkan

dengan model ketakupayaan perubatan, dan bukan model ketakupayan sosial atau hak asasi

manusia. Kehilangan upaya ini boleh terjadi sejak lahir atau kemudiannya.

Individu yang mengalami keadaan ini digelar orang kurang upaya (OKU), atau lebih

kontroversi, orang cacat atau terencat. Sesetengah orang pula menggunakan istilah orang
istimewa. Orang Kurang Upaya ( OKU ) dikatkrifkan sebagai indidvidu "yang mempunyai

kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila

berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan

mereka dalam masyarakat." (AKTA OKU 2008).

KATEGORI ORANG KURANG / KELAINAN UPAYA

Jabatan Kebajikan Masyarakat (2008) telah membahagikan golongan OKU kepada

beberapa pembahagian seperti yang berikut:

1.Penglihatan (buta, buta warna, rabun)

2.Pendengaran & pertuturan (pekak, bisu, gagap)

3.Fizikal / anggota badan

4.Masalah otot (celebral palsy)

5.Masalah pembelajaran (autism, dll )

6.Masalah kurang upaya mental (syndrome down,dll)

Anda mungkin juga menyukai