Anda di halaman 1dari 4

TAKS KARNIVAL BAHASA MELAYU

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara;
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara.

Bismillahi rahmanir rahim.


Yang Berbahagia Encik Rozman Bin Baharuddin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat
Pendidikan Daerah Hulu Selangor.
Yang Berusaha En Firdaus bin Hj Abu Hanifah Guru Besar SK Bukit Sentosa,
Barisan guru penolong kanan, Pn Hjh Rosni bt kasim Guru Penolong kanan pentadbiran,
Pn Nor Hayati bt Mohd Zaini Guru penolong kanan HEM
Pn Anisah bt Jamian Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Pn Nafisah bt Mt Tahir Guru Penolong Kanan Petang
Yg Dihormati Ketua Panatia Bahasa Melayu.........................................
Tetamu-tetamu jemputan
Guru-guru dan seterusnya murid2 yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera dan salam negaraku Malaysia

Nuri berkicau di hujung pekan,


Membuat sarang di tanah rendah,
Kehadiran tuan Timbalan PPD kami alukan.
Kecil tapak tangan nyiru kami tadah.

Tanda Setuju Anguk-Angukkan


Jangan Dikisah Rasa Berdosa
Selamat Datang Kami Ucapkan,
Ke Karnival Bahasa Melayu SK Bukit Sentosa

Terlebih dahulu kami panjatkan rasa syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnianya kita
dapat sama-sama berhimpun pada pagi ini bagi memeriahkan karnival Bahasa Melayu TS25 SK Bukit
Sentosa ini. Semoga dengan adanya program ini akan meningkatkan dan memertabatkan lagi bahasa
Melayu, bahasa ibunda kita.
Bacaan Doa

Tuan2 Puan2 Hadirin dan hadirat sekalian,

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Al fadhil.................................

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


(Bacaan Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ……………………………………


atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan GB

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Bagi meneruskan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang Berusaha En Firdaus bin Hj Abu Hanifah, Guru Besar SK Bukit Sentosa untuk
menyampaikan ucapan
Dipersilakan…………………..
(ucapan)
Terbang melayang si anak kedidi, terima kasih kepada En Firdaus B. Hj Abu Hanifah atas ucapan
yang disampaikan sebentar tadi.

Ucapan Perasmi

Warga dewan sekalian,

Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan tetamu jemputan khas kita Yang
Berbahagia Encik Rozman Bin Baharuddin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat
Pendidikan Daerah Hulu Selangor untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Karnival Bahasa Melayu TS25 SK Bukit Sentosa 2017

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Ucapan )

Buah selasih di makan puan ,


Bersama gadis ditengah laman,
Takkan hilang jasamu tuan,
Jadi ingatan sepanjang zaman.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik
Rozman Bin Baharuddin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu
Selangor atas ucapan dan kesudian merasmikan Karnival Bahasa Melayu TS25 SK Bukit Sentosa
2017. Dengan Ucapan itu Maka Karnival Bahasa Melayu Ts25 SK Bukit Sentosa membuka
tirainya......

(Penyampaian cedaramata)

Hadirin sekalian,

Berikutnya dipersilakan En Firdaus b Hj Abu Hanifah Guru Besar SK Bukit Sentosa untuk
menyampaikan cendera mata kepada Yang Berbahagia Encik Rozman Bin Baharuddin, Timbalan
Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor atas ucapan dan kesudian
merasmikan Karnival Bahasa Melayu pada pagi ini.

Dipersilakan…….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Firdaus atas penyampaian cenderamata itu tadi
dan terima kasih yang tak terhingga kepada En Rozman atas kesudian tuan hadir pada pagi ini.

Pohon selasih di dalam kolam


Anak haruan berenang-renang
Terima kasih kami ucapkan
Budi tuan menjadi kenangan

Terbang selisih siburung kedidi


Terbang berduyun di waktu pagi
Terima kasih daun keladi
Di lain tahun berjumpa lagi

Buah selasih buah kelubi


Di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi

Hadirin sekalian.................

Seterusnya.... Majlis pepersilakan Tn Guru Besar En Firdaus Hj Abu Hanifah bersama barisan guru
penolong kanan, ketua panatia bahasa Melayu dan tetamu2 jemputan mengiringi Yang Berbahagia
Encik Rozman Bin Baharuddin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah
Hulu Selangor untuk ke lawatan Sudut Bahasa Melayu Dan Tapak Ekspo Bahasa Melayu..

Dipersilakan.....

Anda mungkin juga menyukai